Ikuti Blog ini

Nizar, 6 MP digantung sidang parlimen



Tujuh ahli parlimen Pakatan Rakyat , termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Jumlah tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mereka juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Kerai)dan Dr. Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.


YB.Mahfoz, Dr Hatta, Ust.Taib, YB Gobala dan YB.Zailah bergambar di luar dewan dengan memakai lilitan kepala Bubar Dun.

DS.Nizar dan hampir 10 MP dihalau keluar dewan oleh Speaker

Dato'Ngeh Kor Ham dan YB.Nga Kor Ming bangun dengan memakai lilitan kepala BubarDun dan akhirnya diarahkan keluar Dewan.

Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.

Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato'Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani surat acara jawatan lalu DS.Nizar melaungkan 'Hidup Rakyat' dan 'Bubar Dun' sehingga Dewan kecoh selama hampir setengah jam.

Selepas itu DS.Nizar memakai lilitan kepala di songkoknya bertulis Bubar Dun diikuti oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.


DS.Nizar sedang menandatangani surat acara jawatan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang




'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan



Mahkamah Tentukan MB Perak, ROS Tentukan Presiden PPP

Meskipun pada asalnya perancangan jahat dibuat manusia itu menampakkan keuntungan dan kelebihan kepada pihak yang merencanakannya, dalam masa yang singkat kesan buruknya akan menimpanya, secara langsung dan tidak langsung.

Bagi maksud diperkatakan, BN mungkin sangat beruntung dengan keputusan Mahkamah Rayuan, 22 Mei lalu, yang membatalkan keputusan lebih awal oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Lalu seluruh pendokong BN mendakwa keputusan itu paling tepat, demokratik dan berperlembagaan. Sedangkan ia secara zahir pun sudah lari dari tabiat biasa demokrasi dalam menentukan pemilihan sesebuah kerajaan.

Pihak yang sepatutnya menentukan kerajaan ialah rakyat (menerusi pilihanraya) atau wakil-wakil rakyat (menerusi persidangan DUN). Namum kes Perak membuka duluan bahawa penentuan kerajaan yang sah boleh juga dilakukan pihak ketiga, iaitu mahkamah.

Ada yang melihat dari kaca mata politik mengatakan kes Perak bakal membuka lebih banyak kes penentuan kerajaan, samada di peringkat kerajaan negeri-negeri lain mahupun pusat, tidak melalui pilihanraya atau undi tidak percaya di persidangan Dewan. Itu sebenarnya satu amaran awal buat BN bahawa kesan buruk perencanaan jahatnya di Perak bakal kembali dirasainya.

Ada juga yang menilai sudut undang-undangnya. Mereka menjangkakan kes tersebut akan menjadi rujukan berbagai pertikaian selepas ini, terutama berhubung kuasa mahkamah, bidang kuasa istana dan wibawa sebuah pilihanraya.

Kita boleh melihat kes terbaru membabitkan kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) dari perspektif ini. Pertikaian mengenai kesahihan penyandang jawatan tertinggi parti itu kini memening dan memalukan BN.

Menariknya, seperti mana kes Perak menjadikan pihak ketiga (mahkamah) sebagai penentu siapa Menteri Besar yang sah, kes PPP ini pula menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai pemutus kata pertikaiannya.

Sebab itu banyak pihak masih selesa menggunakan istilah 'rampasan kuasa' bagi merujuk kepada pertukaran kerajaan Perak. Istilah yang sama juga mungkin sesuai digunapakai dalam konteks PPP.

Para pemimpin yang memihak kepada 'rampasan kuasa' dalam PPP itu barangkali telah mengambil teladan daripada tindakan dan manipulasi kuasa BN dalam kes Perak tempoh hari.

Bezanya, kes Perak itu amat dibanggakan BN, manakala kes PPP ini pula mungkin salah satu kesan buruk perancangan jahat itu yang mula kembali menimpa BN.

-dipetik dari Rencana-Fikrah-



Nizar angkat sumpah MP Bukit Gantang pagi ini.

amat memeranjatkan mengapa MB Perak YAB Ir Nizar yang memperolehi undi terbanyak di dalam AJK Pas Pusat tidak dipilih sebagai Pesuruhjaya Pas Perak? Bukan kita ingin mengatakan Us Abu Bakar Husin tidak layak untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Perak, tetapi di dalam situasi sekarang, politik yang bergelora di Perak adalah amat bijak dan tepat jika jawatan tersebut diserahkan kepada YAB Ir Nizar. Bukankah YAB Ir Nizar memerlukan segala kekuatan moral dan fizikal di samping kepercayaan dan sokongan untuk menghadapi situasi di Perak sekarang?


Ahli Parlimen Bukit Gantang, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin akan mengangkat sumpah sebaik saja bermulanya persidangan Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau dijangka mengangkat sumpah pada jam 9.30 pagi ini.

Sementara itu sebuah bas yang membawa ADUN Pakatan Rakyat Perak telah berangkat dari Ipoh pada jam 6.15 pagi tadi. Mereka akan berada di Bangunan Parlimen untuk sama-sama menyaksikan peristiwa bersejarah itu.

Kebangkitan PAS turut menarik perhatian Lee Kuan Yew

nik aziz pas


KOTA BHARU : - Kebangkitan PAS yang semakin hampir menggantikan Umno bagi mendominasikan kuasa politik negara turut mendapat perhatian menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini, hari ini bekas Perdana Menteri Singapura itu mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim.

Menteri Besar berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew ingin mengetahui hubungan PAS dengan Singapura seandainya suatu hari nanti parti tersebut menguasai politik negara.

Menjelaskan perkara itu katanya, PAS mementingkan keharmonian kehidupan dalam masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

"Masyarakat minoriti di negeri ini seperti kaum Cina dan India diberi layanan yang serupa sehingga mereka dapat hidup dalam suasana harmonis," katanya ditemui pemberita selepas menerima kunjungan tersebut.

Menurutnya, menteri mentor negara jiran itu juga memberitahu Kelantan semakin pesat membangun dan bukannya sebagaimana dilaporkan sesetengah media sebelum ini.

Katanya, beliau mendapati bandar Kota Bharu begitu bersih, bukan sebagaimana yang digambarkan sebelum ini. Di samping kehidupan rakyat juga berada dalam suasana aman.

"Allah mencipta orang Melayu, Allah juga cipta orang Cina, India dan sebagainya. Oleh kerana itu saya pandang semua rakyat di negeri ini sama sahaja tanpa mengira bangsa dan agama.

"Sesiapa yang berpegang teguh kepada jalan Allah akan mendapat balasan syurga tanpa mengira bangsa atau kedudukan, sebaliknya kalau dia bersalah dengan Allah walaupun keturunan Arab akan mendapat balasan neraka," ujarnya.

Pada pertemuan singkat yang penuh bermakna itu, Kuan Yew memberitahu antara tujuannya bertemu dengan Mursyidul Am PAS untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan.

Beliau juga berkesempatan melawat rumah ibadat masyarakat Buddha, dan menemui pemimpin pelbagai agama termasuk Kristian di sini.

"Saya pula menceritakan kepadanya antara negara pertama yang dilawati sewaktu mula-mula menjadi Menteri Besar ialah negara China. Ini kerana negara tersebut menerima Islam lebih awal berbanding Tanah Melayu.

"Saya juga menjelaskan Islam sejak awal lagi memberi kebebasan seperti hak beragama, beribadat, ekonomi dan berbagai lagi sejak awal lagi dan bukannya selepas PBB diwujudkan pada 1948," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, PBB yang bertopengkan hak asasi manusia sebenarnya hanya dikuasai lima negara kuasa besar dengan diketuai Amerika Syarikat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, beliau berbangga menerima kunjungan hormat bekas pemimpin yang bukan sahaja dikenali di peringkat ASEAN, sebaliknya peringkat antarabangsa.

Pada pertemuan terbabit Kuan Yew juga menjemput Menteri Besar Kelantan mengadakan lawatan ke Singapura.

Pertemuan hampir sejam itu turut dihadiri Menteri Kewangan Singapura, Tharman Shanmugaratnam, Menteri Pelajaran, Ng Eng Hen dan beberapa pegawai kedutaan Singapura.

Manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz ditemani Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, Dato' Husam Musa, Dato' Anuar Tan Abdullah dan Dato' Mohd Amar Abdullah. Harakahdaily.



MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersalaman dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew (kiri) yang melakukan kunjungan hormat ke atas beliau yang juga Mursyidul Am PAS di pejabatnya hari ini. Lee, 85, yang juga Bapa Singapura Moden melakukan kunjungan lapan hari ke Malaysia sejak Isnin lepas.

KULIAH HARAKI PAS PUTRAJAYA

Dijemput Kepada Seluruh Ahli-Ahli PAS Putrajaya & Kawasan Berhampiran

ke


KULIAH HARAKI PAS KAWASAN PUTRAJAYA

"KEPENTINGAN WALA' DALAM HARAKAH ISLAM"

OLEH



Ybhg. USTAZ IDRIS AHMAD
(Ketua Penerangan PAS Pusat)

Pada
20 Jun 2009 (Sabtu)

Jam
10.00 pagi

Tempat
Pusat Khidmat Komuniti Parlimen Putrajaya
41B, Jalan Diplomatik, Presint 15
PUTRAJAYA

ANJURAN

URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN PUTRAJAYA DAN LAJNAH TARBIYYAH KAWASAN PUTRAJAYA




Isu Perak Di Sidang Parlimen Esok



Dewan Rakyat akan mula bersidang esok selepas dua setengah bulan. Sudah tentu banyak isu-isu hangat akan dibangkitkan dalam persidangan kali ini. Ini merupakan mesyuarat pertama selepas Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri. Beliau dan kabinet barunya terpaksa berdepan dengan Pakatan Rakyat yang akan mencungkil keluar isu-isu 'bagai api dalam dedak' dalam persidangan kali ini. Antara isu yang akan menjadi tumpuan ialah krisis politik negeri Perak.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anuar Ibrahim akan mengemukakan soalan kedua di Parlimen Esok. Beliau akan membangkitkan isu kerakusan polis dalam Dewan Negeri Perak baru-baru ini. Datuk Seri Anuar meminta polis memberi alasan dan pengimbangan berkenaan tindakan mereka berdasarkan undang-undang samada wajar untuk polis menceroboh masuk Dewan Negeri yang mulia dan mengheret keluar Speaker yang sah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menjawab soalan berkenaan.


STADIUM CAP AYAM


Assalamualaikum,


http://mampat.blogspot.com/




Mula mengerti maksud cap ayam ini dari al brangi. Barulah aku tahu bagi orang Terengganu, sekiranya sesuatu itu tiada standard dan sangat lekeh, maka dilabelkan cap ayam. Al brangi ada buat satu posting mengenai cap ayam ini, tapi aku tidak ingat lagi hal apa. Lepas itu Dr. Lo' Lo' pula buat satu posting mengenai stadium cap ayam yang roboh di Terengganu. Beliau mempersoalkan samada konsultan ke yang cap ayam, atau kerajaan ke yang cap ayam.

Yang sahnya ialah stadium di Terengganu runtuh. Ada juga orang yang ingin mempertahankan kerajaan Terengganu, kerana kata mereka Jaya Supermarket pun runtuh. Bezanya ialah jaya supermarket memang hendak diruntuhkan, cuma prosedur sahaja yang mungkin tidak betul. Stadium di Terengganu bukan hendak diruntuhkan, tetapi ia runtuh atas sebab yang masih belum diumumkan.

Jadi unsur cap ayam itu saya rasa memang ada. Di mana letaknya cap ayam itu anda kena nilai sendiri. Yang pasti ialah wang jutaan ringgit lebur sahaja bersama leburnya stadium tersebut. Bayaran telah dibuat.

Kontraktor telah terima bayaran. Konsultan telah terima bayaran. Sub kontraktor sudah terima bayaran. Segala yang perlu menerima bayaran telah terima bayaran. Wang rakyat Terenggau telah melayang. Cuma rakyat Terengganu sahaja yang melopong.

Tahap kehidupan masih lagi jauh tertinggal berbanding dengan negeri negeri lain. Kos kehidupan tinggi berbanding dengan negeri negeri lain yang juga setaraf dengannya. Royalti minyak rakyat hanya dengar deringan duitnya sahaja. Wang ehsan pun rakyat tidak pernah lihat.

Yang rakyat dapat lihat ialah runtuhnya stadium.

Yang rakyat dapat ialah menghirup debu stadium yang runtuh.




Ustaz Fathi Yakan kembali ke rahmatullah

Al-fadhil ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi.. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.Al-fatihah...




Kemenangan tokoh yang ku kagumi!!!!

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

Tahniah!!!

Alhamdulillah...... Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kekal sebagai Presiden Republik Islam Iran. Kalau dekat di hati rakyat pasti akan disanjungi dan disayangi rakyat. Ini lah dia pemimpin rakyat yang tiada tolok bandingan nyer yang patut dijadikan contoh.




LAMBAIAN MANEK URAI

Kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan sokongan rakyat di kawasan itu kepada kerajaan negeri tetap utuh seperti ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kemenangan Pas di Manek Urai juga sesuatu yang amat penting kerana pilihan raya kecil itu adalah peluang untuk terus memperkasakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama yang memerintah Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.

Justeru katanya, rakyat Manek Urai termasuk penyokong Pas sendiri diharap agar tidak mudah terpedaya dengan kempen Barisan Nasional (BN) yang meminta supaya kemenangan pada pilihan raya kecil itu diberikan kepada calon BN dengan alasan ia tidak akan menggugat kerajaan negeri sedia ada.

“Kalau sudah tahu kerajaan negeri tidak akan tergugat dan jawatan Menteri Besar tidak akan bertukar (jika BN menang), kenapa kita nak beri kemenangan kepada mereka (BN) dan buat apa mereka nak bertanding.

“Sepatutnya BN tidak payah bertanding seperti pada pilihan raya kecil di DUN Penanti, lebih baik beri mandat kepada Pas untuk terus mewakili rakyat Manek Urai, buat apa nak membazir duit rakyat (dengan bertanding),” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang berkata, rakyat khususnya pengundi di Manek Urai juga diminta supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan jika BN menang di kawasan itu kerana semuanya hanya sekadar janji untuk memenangi pili-han raya kecil berkenaan.

Menurutnya, BN tidak perlu menunggu sehingga memenangi pilihan raya kecil itu jika benar-benar ingin membawa pembangunan di Manek Urai kerana ia mampu dilaksanakan menerusi pelbagai agensi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Lembaga Kemajuan Kelan-tan Selatan (Kesedar).

“Kalau kata BN janjikan pembangunan, rakyat Manek Urai telah beri peluang kepada calon BN menang pada pilihan raya umum 2004 lalu dan menjadi wakil rakyat mereka selama satu penggal tetapi cuba tunjukkan kepada saya, pembangunan apa yang dibuat oleh ADUN BN sepanjang tempoh itu.

“Kalau rakyat Manek Urai beri juga peluang sekali lagi kepada BN, maka mereka yang akan rugi sedangkan pilihan raya kecil ini peluang untuk kita menyatakan sokongan dan memperkasakan kerajaan negeri yang ada sekarang serta sebagai bukti bahawa rakyat di sini (Manek Urai) tetap menolak BN,” kata Abdul Latiff.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan sehubungan itu meminta rakyat Manek Urai supaya kekal memberikan sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu nanti bagi memastikan agenda kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjaga kebajikan rakyat dapat diteruskan.



HORMATILAH PILIHAN MUKTAMAR!

Apapun tanggapan dan pahat serta tukul yang berbunyi di luar tidak boleh merubah keputusan uktamar yang lalu. TG Presiden telah mengumumkan barisan pembantu yang akan meneruskan agenda memperkasakan PAS sebagai pemimpin prubahan dengan Islam sebagai teras. Ia adalah suara perwakilan muktamar yang mewakili akar umbi yang bekerja untuk parti.

Jangan dihiraukan suara sembang dan sumbang dari media cetak atau elektronik. Sepaham saya ahli PAS diajar wala dan tsiqah kepada pimpinan. Tak terfikir saya ahli PAS ingin mengatur pemimpin yang dipilih dalam muktamar. Muktamar adalah badan tertinggi membuat keputusan PAS. Lebih malang adanya blogger yang entah dari mana asal usul mencadangkan pemimpin yang dipilih di dalam muktamar menarik diri... SIAPA KAMU????

sepatutnya ahli parti yang berasaskan Islam terdidik dengan akhlak dalam menegur dan mengkritik. Saya tak tahu penyakit apa yang melanda ahli parti Islam sejak kebelakangan ini. Atau mereka ini bukan ahli....apappun untuk merujuk kepada blog yang ada sila merujuk dengan kawasan masing masing dari segi keterlibatan mereka dalam kawasan masing masing...jika mereka hanya jadi pengkritik dari luar...lupakan...

Kita diseru agar menghormati keputusan muktamar...jadi hormatilah keputusan pemilihan di dalam muktamar juga..tak puas hati bekerjalah dari sekarang menempati JK Kawasan agar dapat menjadi perwakilan dan menukar pemimpin dalam muktamar akan datang.. itu lebih baik. Hormatilah perwakilan anda...tidakkah itu demokrasi yang anda inginkan???

Jika kita menyusup di akar umbi, isu perbezaan pendapat ialah mengenai kerajaan perpaduan. Ianya belum dijelaskan lagi kerana ianya sesuatu yang baru dan ilmiah. Tg Presiden hanya memberi lontaran awal. DSAI dilihat lebih rasional dalam hal ini dari sesetengah ahli dan pimpinan parti sendiri. Moga pandangan DSAI akan melemturkan serangan dari kalangan yang berkiblat kepada beliau.

Saya berpendirian, Muktamar telah memberi kepercayaan kepada pimpinan yang ada. Berilah ruang kepada mereka memimpin dengan kepercayaan yang mereka miliki dari muktamar. Apa yang dibimbangkan ialah PERCANTUMAN PAS DAN umNo. TG Presiden dan seluruh kepimpinan telah memberikan komitmen akan memperkasakan Pakatan Rakyat dan TIDAK akan bersama umNO???? di situ kita bertemu....

Persoalannya mengapa masih ada keraguan kepada pimpinan. Tak percaya kepada pimpinan??? moga penulis tak berakhlak dengan pimpinan dari kalangan ulama cermin diri dalam mempersoalkan kredibiliti ulama..... mereka tidak seperti kita...... solat pun mungkin tak tentu hala waktunya...... cabulnya mulut boleh dibaca dari tulisan yang penuh dengan makian ....

Berilah kepercayaan kepada pimpinan pilihan muktamar mengatur perjalanan parti dengan ilmu dan keyakinan pengalaman mereka. Telah ditegaskan untuk bersama umNO perlu muktamar khas memutuskan... apa ditakutkan... kenapa kita ingin mengikat mereka dengan apa yang kita rasa perlu dan tahu....? Mereka berhujjah dengan Al Quran dan hadis... apa hujah kita???? akal??? emosi...surat khabar?? cerita orang?? prasangka???? hatta sirah sekalipun... boleh kah semua itu mengalahkan hujjah Al Quran dan Sunnah?? Apakah jalan yang mereka pilih bercanggah dengan Al Quran yang merupakan sumber tertinggi parti??? jika salah boleh dikenakan tindakan seperti golongan syiah dulu... tentunya blogger yang cenderung kepada syiah masih ingat sesangat peristiwa itu.....

Marilah kita memberi ruang kepada pimpinan melaksanakan amanah muktamar untuk parti. kita ada ruang 2 tahun dari sekarang untuk menilai. Berilah keadilan sebaiknya buat mereka yang sekian lama kita percayai.... Jika mereka gagal memikul amanah memperkasakan parti...kita akan tukar dalam pemilihan akan datang.... Kejayaan dan kegagalan diukur untuk seluruh pilihanraya Malaysia kerana mereka pemimpin Malaysia.... bukan Manik Urai, Trengganu, Kelantan atau Negeri Sembilan...

Tindakan anda menganggu kepimpinan adalah sesuatu yang merugikan jamaah..... biar siapa pun anda... hanya hujjah al Quran layak dikemukakan bagi menyanggah pendekatan yang berpandukan Al Quran jua....


HEBATNYA e-HARAKAH..!


Setelah e-Harakah dilancarkan oleh Presiden PAS pada 5 Jun yang lepas, saya tidak berpeluang untuk mencuba membukanya sehingga saya balik dari muktamar. Namun semasa pelancaran tersebut, saya dapati ia merupakan salah satu produk yang paling canggih dalam bidang penerbitan elektronik pernah saya tatapi.

Maka tidak hairanlah, Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali (kini Setiausaha Agung PAS), e-Harakah merupakan produk Harakah yang terkini dan tercanggih. Malah, dalam dunia penerbitan elektronik di negara ini, produk tersebut masih begitu asing dan tidak semua akhbar perdana dalam negara ini menggunakan teknologi canggih seperti ini.

Saya ada mencari sedikit maklumat tentang e-paper ini melalui wikipedia. Menurut wikipedia e-paper (akhbar elektronik), Electronic paper, also called e-paper or e-ink display is a display technology designed to mimic the appearance of ordinary ink on paper. Unlike a conventional flat panel display, which uses a backlight to illuminate its pixels, electronic paper reflects light like ordinary paper and is capable of holding text and images indefinitely without drawing electricity, while allowing the image to be changed later.

Dari segi sejarahnya pula, menurut wikipedia Electronic paper was first developed in the 1970s by Nick Sheridon at Xerox's Palo Alto Research Center. The first electronic paper, called Gyricon, consisted of polyethylene spheres between 75 and 106 micrometres.
Jadi, berbalik kepada e-Harakah yang menggunakan teknologi e-paper ini, menurut Mohd. Suhaimi Embong yang merupakan Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Harakah, idea mewujudkan e-Harakah timbul selepas terdapat permintaan tinggi daripada pembaca yang tinggal di luar negara.
"Harganya adalah sama seperti langganan akhbar Harakah bercetak dan isi kandunganya sama seperti mana Harakah cetak kerana ia menggunakan aplikasi e-browse seperti yang dikendalikan oleh bluehyppo" (petikan daripada akhbar Harakah bil. 1446)

Rupa-rupanya sekarang merupakan tempoh promosi bagi e-Harakah secara percuma sehingga 31 Jun ini. Maka saya terus membukanya melalui laman web :


Maka terpaparlah satu produk akhbar elektronik yang mengkagumkan. Lihatlah di bawah :


Paparan pada skrin komputer amat jelas seperti kita membaca akhbar cetak.

Kita boleh menyelak helaian mukasurat sebagaimanan akhbar cetak dengan menggunakan tetikus (mouse).


Antara kelebihan e-Harakah setelah saya menggunakannya ialah :
  • kita dapat membaca e-Harakah sebagaimana kita membaca Harakah bercetak.
  • kita dapat menyelak helaian mukasuratnya seperti Harakah bercetak dengan menggunakan tetikus/mouse
  • bagi yang menghadapi masalah penglihatan, tiada masalah kerana helaian mukasurat e-Harakah boleh zoom sehingga paparan menjadi besar dan amat jelas
  • jika kita ketinggalan Harakah minggu lepas contohnya, kita boleh membacanya melalui e-Harakah (mengikut Harakah edisi mana yang kita kehendaki)
  • kalau Harakah cetak lama kelamaan ia akan rosak dan koyak tetapi e-Harakah dijamin tidak rosak dan koyak
  • e-Harakah berbeza daripada Harakahdaily kerana Harakahdaily hanya memaparkan kandungan berita sahaja sedangkan e-Harakah memaparkan kesemua bahan yang ada seperti yang terdapat dalam Harakah cetak termasuklah iklan-iklan, artikel dan sebagainya.

Kesimpulannya, anda layari sendiri e-Harakah (sementara ia dalam tempoh promosi secara percuma) dan nilailah sendiri. Banyak kelebihannya.

Tahniah kepada Harakah yang berani mengorak langkah mendahului akhbar-akhbar politik dalam bidang akhbar elektronik ini. Tahniah PAS !




Anwar : Tidak timbul isu Kerajaan Perpaduan

PAS telah menjelaskan pandangan dengan sebaiknya. Kita sedia berbincang Umno/BN dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaian bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno.

“Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan,” tegas Anwar.

“Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali,” tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini.

“Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal dikeluarkan,” tambahnya.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .