Ikuti Blog ini

Ahli, penyokong PAS diminta puasa sunat, solat hajat, 12 Julai

KUALA LUMPUR - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli, penyokong parti serta mereka yang bersimpati dengan perjuangan Islam agar melakukan puasa sunat pada hari Ahad, 19 Rejab bersamaan 12 Julai nanti.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali, dalam satu kenyataannya kepada Harakah, berkata puasa sunat bersempena pilihan raya kecil Manek Urai yang bakal berlangsung pada 14 Julai ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, pada sebelah malamnya diminta semua ahli PAS solat hajat dan bermunajat untuk memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan yang cemerlang kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Semua ahli PAS diminta melaksana arahan daripada Mursyidul Am dan Presiden itu.

"Kerjasama dan komitmen semua pihak bagi memastikan kejayaan PAS dalam pilihan raya kecil itu didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Khathira," ujarnya.

Peneroka Manek Urai jadi tumpuan PAS

PAS menggiatkan lagi kempen pilihanrayanya dengan memainkan isu nostalgia - penerokaan tanah di Manek Urai dan kawasan sekitarnya, kira-kira 40 tahun lalu.

NONEPetang semalam, kerajaan PAS Kelantan menghimpunkan kira-kira 300 peneroka awal di kawasan DUN itu dalam majlis khas bagi "mengenang jasa" kumpulan tersebut yang membuka kawasan tersebut tanpa sebarang kemudahan lain.

Bagaimanapun, program menjelang pilihanraya kecil di DUN Manek Urai pada 14 Julai ini, dilihat sebagai strategi baru kempen bagi memenangkan calon mereka Mohd Fauzi Abdullah.

Selasa depan, Mohd Fauzi - seorang peraih ikan yang lebih dikenali sebagai Abe Uji - akan berdepan dengan calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, yang juga bekas pengurus bahagian pemantauan Kesedar.

NONEPendekatan ini dilihat sebagai "serangan balas" terhadap janji BN untuk memajukan kawasan pertanian di kawasan DUN itu dengan meningkatkan hasil pertanian penduduk setempat berbekalkan pengalaman calon mereka.

Ditubuhkan oleh kerajaan pusat, Kesedar turut memainkan peranan membangunkan tanah di sekitar kawasan Selatan Kelantan, termasuklah Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Dalam majlis tersebut, ADUN Perupuk, Datuk Omar Mohamad secara terang meminta penduduk Manek Urai mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini.

Diperkenal 1961

"Tanah sekarang ini siapa buka? Sekolah yang ada sekarang ini, duduk atas apa? Kalau dia (BN) minta undi dacing (BN), ambo (saya) berhak minta pada demo (kamu) undi PAS.

NONE"Ambo beri kelulusan (teroka tanah). Ambo tidak mari kempen pun tak apa, hubungan kita macam anak dengan bapak. Demo tak mari pun tak apa. Demo hendak bagi apa, semua kita sudah berikan," katanya.

Bekas ahli lembaga pemilih Lembaga Kemajuan Tanah Kelantan (LKTN) - agensi kerajaan negeri yang memperkenalkan projek penerokaan itu - berkata, ketika projek itu diperkenalkan pada tahun 1961, kawasan DUN itu hanyalah hutan belantara semata.

Abe Uji dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub turut hadir dan berucap dalam majlis di sebuah sekolah agama rakyat di Sungai Sok, Manek Urai.

Ahmad, ketika ditemui pemberita selepas itu, menafikan program itu bertujuan meraih undi, sebaliknya bagi mengembalikan nolstalgia "peneroka ulung" yang membuka kawasan tersebut.

"Tidak, kita mahu kembalikan nolstalgia bagaimana mereka membangunkan tanah ini," katanya yang juga ketua dewan ulama PAS Kelantan.

NONEProjek penerokaan tanah LKTN melibatkan enam tempat di Manek Urai - antaranya Sungai Sok, Temalir dan Perial - melibatkan keluasan 5,491 hektar.

Tidak seperti rancangan pembangunan tanah lain seperti Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), LKTN hanya memberikan tanah tanpa sebarang kemudahan sokongan. Bagaimanapun, peneroka tidak dikenakan sebarang bayaran.

Setiap peneroka diberikan lebih 8 hektar tanah - 6 hektar tanah ladang, 2 hektar tanah dusun dan suku hektar tanah tapak rumah. Keluasan ini lebih dikenali sebagai "enam-dua-suku" di kalangan penduduk setempat.

Imej mesra dan santun Abe Uji memikat pengundi

Kempen dengan pendekatan yang mesra' - begitulah konsep yang dipilih calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Abe Uji.

Ketika mengikuti kempen beliau ke Sekolah Menengah Ugama Arab Falahiah Kesedar Sungai Sok Kuala Krai, beliau sempat menyampaikan ucapan dalam program Ceramah Motivasi Keibubapaan dan pelajar.

Selepas itu, beliau meneruskan perjalanan ke Program Pemutihan Armalah sebelum menziarahi seorang warga emas, Abdul Ghani Mat Arif, 85, yang sakit tua di Lepan Jenok, Sungai Perial.






Dalam lawatan tengah hari tadi, Abe Uji menggunakan peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.


Abe Uji juga mengambil kesempatan untuk meletakkan batu asas ketika turut sama bergotong royong membina wakaf di perkuburan Kampung Budi.

Kemesraan jelas terpancar ketika beliau bersama-sama beberapa orang ahli parlimen yang turun padang pada kempen pilihan raya kecil ini, termasuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Seusai program tersebut, beliau singgah melawat di pos-pos kawalan PAS di UPU Manjor serta kedai-kedai kopi yang berhampiran.

Abe Uji meluangkan masa menziarahi seorang pesakit barah, Ramlah Deris, 52, di Chuchoh Puteri yang tinggal bersama isteri dan dua anaknya.

Beliau melakukan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah bagi mendekati pengundi selain memperkenalkan dirinya kepada masyarakat sekitar kawasan tersebut.

Penduduk yang tinggal di kawasan tersebut menyambut baik dan menyapa beliau dengan mesra dan senyuman.

Malam Kebudayaan Islam Laloh, Manek Urai










PPSMI: Kita demo lagi, demo itu halal - A. Samad Said



Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.

Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012.

"Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.

Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya."

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.



anti ppsmi rally 070209 tear-gasSatu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.

A Samad, yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan."

Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13."

"Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus.

"Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata.

"Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?"

Baca seterusnya di sini

Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta ~ Kalau begitu kenapa perlu tangguh lagi sehingga tahun 2012? Mansuhkan mulai tahun hadapan dan Malaysia dapat menjimatkan RM120 juta wang rakyat. Ataupun perut-perut kroni perlu diboroikan dahulu secukup-cukupnya sebelum PPSMI dimansuhkan? Mungkin juga pak-pak menteri perlu memenuhkan kantung mereka dengan 'skim ppsmi' ini sebelum 'dipencenkan' oleh rakyat? Anak-anak kita masih lagi menjadi tebusan sehingga tahun 2012 tanpa diperdulikan masa hadapan dan nasib mereka.


Puisi N41 Manek Urai



DSC02649 Abe Uji….. mengambi wudud untuk menunaikan solat zohor di Madrasah Kg.Budi selepas bergotong royong dengan penduduk di situ…………

Undilah Pas

14 Julai 2009
Hari Selasa
Peluang berjasa
Ingat Allah, Maha Esa
'Abe Uji' calon Pas
Mudah bagi 12,293 pengundi
Pilih calon berbudi
Baik peribadi
Berserban ikut Sunnah Nabi
Beramanah budaya Nabi
Memperjuangkan Islam Sunnah Nabi
Cuba diikuti Abe Uji
Calon Pas rajin mengaji
Berniaga punca dapat rezeki
Pemborong ikan yang amanah
Undi Abe Uji
Pastilah
Calon musuh kalah
Alhamdulillah


Terburai

Manek Urai
Perut puak asyabiah pasti terburai
Dalam hadis dihurai
Bukan dari umat Nabi
Bagi pejuang-pejuang kebangsaan
Mendewa-dewakan bangsa
Walaupun perampas kuasa
Walaupun menyalahguna kuasa
Walaupun memperalat media massa
Tertipu rakyat desa
Tertipu rakyat jahil
Diperalatkan jentera awam
Yang jahil terus diperalatkan
Di Manek Urai ditalqinkan
Gerombolan
Pejuang-pejuang perkauman
Di tangan calon berserban

HMS Abu Bakar

MU: Muhyidin Tak Tau Beza Syiar Dengan Syariat



Berkata Muhyidin Yasin dalam ceramah Umno di Manek Urai-”Tunjuk bukti Umno tak perjuang Islam.Beliau cabar Pas bagi bukti .Ini berikutan Murshidul Am Pas terus berkata Umno memperjuangkan Nasionalis dan sekularisme bukan memperjuangkan Islam.

Muhyidin kata Umno dah banyak buat benda-benda Islam, seperti Bank Islam , Universiti Islam, dan banyak lagi yang berkaitan dengan Islam. Tu baru syiar bukan Syariat, setakat yang aku tau. Bagaimana pula dengan yang lain-lain:

Aku nak banding apa yang Kelantan buat bukan negeri lain, negeri lain aku tak mau cakap sebab Pas tak berkuasa penuh, yang ni kita kena faham. Kalau aku tak betul sila tegur;

1-Kelantan luluskan hukum hudud dalam dun negeri Kelantan, tapi Umno tolak hudud siap bagi amaran lagi kepada kerajaan Kelantan jangan laksana hudud, istihar darurat(Zaman Mahathir)

2-Kelantan hapuskan jualan arak secara terbuka, boleh minum tapi dalam rumah sendiri(bukan Islam)

3-Hapuskan tikam nombor dan judi-tak keluar lesen

4-Wajibkan pemakain tudung kepala dan tutup aurat di khalayak ramai bagi wanita Islam

5-Kaunter berasingan untuk lelaki dan wanita di pasaraya

6-Pajak gadai Islam

7-Dinar Emas

Kalau setakat buat masjid cantik dan indah kat Hong Kong dan Korea Selatan pun ada masjid, tu perkara biasa. Umno kenakan interest kepada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi untuk bayaran balik pinjaman (PTPTN). Kerajaan Umno-bn juga hapuskan bantuan kepada sekolah-sekolah agama dan anak tirikan sekolah2 agama rakyat. Apa yang Umno buat untuk Islam? penjarakan ulama dan bunuh ulama Pas itu ada Umno buat.Tangkap oarang tanpa bicara (ISA) itu Umno ada buat.

Beli adun di Perak dan timbul akuan bersumpah 50 juta itu kerja Umno. Umno juga tak berani tegur Sisters in Islam yang amalkan Islam Liberal kerana sama macam Umno. Umno dan kabinet buat kerja gila cadangkan orang bukan Islam masuk Islam tak libatkan anak-anak, mereka kekal agama asal! Perjuangkan Islam apa macam tu. Umno pernah cadangkan dihapuskan perkataan ISLAM pada mana-mana pertubuhan atas nama Islam, tapi Raja-Raja Melayu tolak. Umno anggap politik dan agama tak boleh campur aduk umpama minyak dengan air tak boleh dok sekali.

Mansuh PPSMI : Ulasan DS Nizar tentang pembohongan Umno



UMNO Tiada Hak Untuk Membela Bahasa Melayu – DS Nizar



MANEK URAI : DAP Tetap Bantu Kempen Calon PAS

Walaupun dikejutkan dengan keputusan DAP Kedah yang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini, parti tersebut tetap turun memberi sokongan terhadap calon PR dari Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan DAP tetap berdiri teguh bersama-sama PR walaupun sesetengah pihak memainkan isu tersebut sehingga menggambarkan DAP pada keseluruhannya keluar dari pakatan tiga parti tersebut.

“Kami tetap memberi sokongan terhadap Pas terutamanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat serta berdiri teguh dibelakang PR.

“Kehadiran saya disini membuktikan DAP tidak seperti yang digambarkan oleh sesetengah media yang mengatakan seolah-olah DAP keluar terus dari PR,” katanya kepada media selepas Ceramah Perdana anjuran Pas di Lata Rek malam kelmarin.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menjelaskan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP akan mengeluarkan nasihat agar DAP Kedah memikirkan semula keputusan mereka keluar dari PR.

“Ini adalah pilihan DAP Kedah, tapi kita beri nasihat agar fikir semula,” katanya.

Antara penceramah Pas yang turut hadir adalah Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah dan calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah.

Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya dari Pas, Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu. Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dari UMNO diwakili Tuan Aziz Tuan Mat manakala calon Pakatan Rakyat dari Pas diwakili oleh Mohd Fauzi Abdullah. Hari pengundian jatuh pada 14 Julai nanti. - SH






UMNO/BN dan Pihak-pihak Tertentu ‘Terlampau’.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ProgramUPULaloh%20001.jpgKUALA TERENGGANU – UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta pihak-pihak tertentu sepatutnya rasa malu kerana yang memberi komen ‘terlampau’ tentang Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Kata-kata liar yang menuduh Ustaz Nasharudin berkrisis dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik ternyata tidak berasas sama sekali.

”Saya berbincang dengan Setiausaha PAS Kawasan Bachok yang kebetulan bersama-sama pasukan pembantu di Laloh, tidak ada masalah antara Timbalan Presiden dengan Mursyidul Am,

”sepatutnya pihak-pihak yang menuduh pastikan dulu kedudukan Ustaz Nasha, bahkan kita sepatutnya simpati kepada beliau yang sedang ‘sakit’,”kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi Buletin Online semalam.


Beliau berkata demikian, mengulas berita yang mengesahkan Timbalan Presiden PAS itu akan turun berkempen di Manek Urai hari ini (10 Julai).

Petang semalam, Penasihat Jentera Pilihanraya PAS Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata Ustaz Nasha akan turun berkempen bersama-sama Mursyidul Am PAS, di pasar basah Laloh pada jam 5 petang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ProgramUPULaloh%20031.jpgSebelum itu, sebuah akhbar internet mendedahkan ketiadaan Ustaz Nasha pada hari penamaan calon dan kempen pilihanraya Manek Urai sejak beberapa hari kebelakangan adalah kerana beliau sedang di rawat di hospital.

”Jelas ia adalah fitnah UMNO dan media yang menjadi alat BN, mereka sanggup menipu rakyat dan pengundi Manek Urai,”tegas haji Hanafiah.

Mengenai kempen Manek Urai dan potensi PAS menang pada pilihanraya kecil itu, beliau berkata InsyaAllah PAS akan menang dengan majoriti lebih besar.

(Gambar kiri - orang ramai yang hadir menyaksikan persembahan kebudayaan Islam sempena program Comel dan Sihat semalam.

Beliau yang telah berkampung sejak beberapa hari lalu di daerah mengundi Kampong Laloh yakin Peti Undi (UPU) itu akan menang melebihi 153 undi sebagaimana yang diperolehi PAS dalam pilihanraya umum lalu.

”Saya sasarkan (UPU) Laloh akan menang dengan 270 undi majoriti, bertambah sebanyak 117 undi (berbanding PRU 12),”ujarnya.

Beliau yakin sasaran itu akan menjadi kenyataan berdasarkan sambutan program-program yang dianjurkan serta ‘sentuhan peribadi’ beliau dan Ketua UPU Laloh, Mat bin Tapa ketika menziarahi rumah pengundi.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ProgramUPULaloh%20029.jpg

”Sambutan pengundi Laloh sangat menggalakkan, bahkan mereka berjanji akan
mengudi ‘Abe Uji’,

”sebanyak 120 buah rumah sasaran yang saya pergi memberikan komitmen akan mengundi PAS,”jelasnya.

Selain kontinjen negeri Terengganu, PAS Kawasan Bachok menjadi pasukan pembantu jentera pilihanraya kepada UPU Laloh.

(Gambar kanan - Kontinjen Terengganu turun bersama orang ramai di malam Kebudayaan Islam di Padang Majlis Daerah Dabong, Laloh)


Buletinonline dimaklumkan, beberapa program besar telah diadakan di Kampung Laloh antaranya adalah Sukan PASTI negeri Kelantan dan Program Comel dan Sihat yang di anjurkan bersama Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.


Umno hanya ada tiga cara untuk menang di Manek Urai - Wan Rahim

MANEK URAI - Terdapat tiga cara Umno-BN boleh memenangi pilihan raya Kecil Dun Manek Urai.

Demikian ditegaskan Penasihat Jentera Operasi PAS Pilihan raya Kecil Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Saya mencadangkan agar Umno menggunakan tiga cara ini iaitu tipu, pitis dan ugut yang kebiasaannya kita akui pernah digunakan dalam pilihan raya kecil yang sebelum ini," katanya kepada pemberita semalam.

Ini kerana mereka tiada cara lain untuk menawan kawasan ini melainkan dengan cara tersebut, dan PAS tiada cara untuk menanganinya,"

Tegasnya, strategi lain yang dijalankan tidak akan memberikan kesan dan tidak mampu menyaingi jentera serta strategi PAS yang lebih bersedia daripada awal selain masyarakat di Manek Urai berakar umbi.

Tambahnya, Umno mungin perlu membelanjakan sebanyak RM25 juta untuk mengupah 5,000 orang pengundi dengan bayaran sebanyak RM5,000 seorang.

"Mungkin itu sahaja cara yang Umno boleh buat untuk memenangi pilihan raya kali ini," tambahnya lagi.

Beliau yang juga ahli parlimen Kota Bharu tidak menafikan tindakan yang bakal diambil oleh Umno dengan menggunakan jentera kerajaan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Seperti biasa, Umno memperalatkan SPR dengan menetapkan tarikh penamaan dan pengundian jatuh pada hari bekerja iaitu hari Selasa sekali gus tidak mewajibkan kepada semua majikan yang kakitangan mereka adalah merupakan pengundi agar melepaskan mereka pulang untuk membuang undi pada hari terbabit," katanya lagi.

Wan Abdul Rahim yakin bahawa terdapat majikan yang enggan membenarkan kakitangan mereka cuti bergaji pada hari berkenaan.

"Walaupun ianya menyalahi peraturan pilihan raya, tetapi kita lihat tiada ketegasan dan SPR seolah-olah tidak serius dalam melaksanakan peraturan ini," ujarnya.

Strategi ini ujarnya, merupakan cara untuk menghalang daripada pengundi luar balik mengundi bagi membantu mempertahankan kemenangan PAS.

"Dia tahu bahawa pengundi ini akan balik mengundi PAS dan ini merupakan salah satu cara untuk menghalang mereka, kerana tarikh berkenaan jatuh pada hari bekerja," ujarnya lagi.

Dalam pada itu Wan Abdul Rahim berpendapat, tindakan Umno yang bertindak menyerang peribadi calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah ternyata lebih memberi kesan yang negatif kepada diri mereka sendiri.

"Strategi tersebut merupakan tindakan yang bersifat makan diri apabila mereka bertindak kurang bijak menghina latar belakang calon kita dengan membandingkan dengan calon mereka selain pertembungan kenyataan Tok Guru Nik Aziz yang keras terhadap Umno," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau percaya bahawa PRK Manek Urai akan menjadi tempat Umno berkubur.

"Saya percaya bahawa Manek Urai akan menjadi pukulan maut dan pusara kepada Umno," katanya merujuk kenyataan-kenyataan Tuan Guru yang akhir-akhir ini mengecam Umno dengan begitu hebat.

Mengulas tindakan PAS yang dianggap agresif pada kali ini, Wan Abdul Rahim menjelaskan rasional tindakan tersebut adalah disebabkan oleh Manek Urai sebagai kubu kuat PAS yang perlu dipertahankan.

"Ini kubu kita, rumah kita, kita bertarung di padang sendiri," katanya lagi.

Oleh yang demikian, dengan kekuatan jentera dan sokongan yang ada, beliau berkeyakinan bahawa PAS boleh menang dengan majoriti yang bertambah.

Semoga Ust. Nasha Cepat Sembuh

1. Pelbagai pihak termasuk pemerhati politik dan pihak media telah membuat aneka andaian berikutan ketiadaan ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden di manek Urai .


2. Semoga ustaz nasha dapat bersabar dengan segala fitnah yang menimpa beliau justeru itu adalah sebahagian dari mehnah dan sunnah orang yang berjuang .

3. Juga saya ucapkan agar Ustaz Nasha selamat dan cepat sembuh agar kembali dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah perjuangan yang tentunya semakin sukar dan mencabar .

4. Ustaz nasha yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang dan menurut maklumat yang saya terima bahawa beliau akan dibenarkan keluar pada petang ini .

5. Teruskan perjuangan dengan penuh istiqamah dan ikhlaskan diri , kepada Allah jua kita bertawakkal dan menyandarkan segala urusan kita . Agar tapak kaki terus thabat bersama perjuangan suci ini insyallah .


Lim Guan Eng in Manek Urai




GARA_GARA GILA KUASA: MURID TAHUN 1 & 2 DI CUTI KAN UMNO

DSC02653



Inilah cara yang ditunjukkan oleh pimpinan UMNgOk/Barisan Nasiyonal, bagaimana mendahulukan rakyat. Bagi menDAHULUKAN rakyat...., Pelajar darjah 1 & 2 Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru diberi cuti khas bagi memberi laluan kepada UMNO untuk menjalankan kempen bagi mencapai kemenangan dalam PRK nanti...

Surat yang ditandantangan Guru Besar SK MU Baru itu bertarikh 7 Julai itu, TERPAKSA menCUTIkan budak-budak darjah 1 & 2 pada persekolahan hari ini (9 Julai) kerana bilik darjah digunakan....
Inikah maksud RAKYAT DIDAHULUKAN.... atau diHULUkan

Cadangan tukar je slogan...
"WangMalaysia" - "Rakyat DiHULUkan, PEMBELITAN diutamakan"

N41 - Manek Urai : Calon kito !



Banner yg sungguh cantik dan sempurna, terima kasih saudara aeman yg sudi mengirimkannya melalui email, dan disini wak siarkan hasil kerja beliau untuk kita kongsi bersama, serta memberi sokongan agar CALON KITO menang dengan majoriti besar di N-41. Takbir !!


UNDI PAS !! PANGKOH PAS !! TOLAK BN !! TAKBIRR..!!


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .