Ikuti Blog ini

Respon Nik Aziz berhubung kenyataannya yang didakwa melampau



Tok Guru sedia bersemuka dengan Majlis Fatwa

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Persoalanya beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil dan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz?

ATM: Penipu Akan Terus Menipu..!

Semalam, Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamiditelah respon kepada isu Kor Perubatan Tentera yang di"UMNO"kan dalam siri kempen Pilihanraya Kacil N11.

Beliau menjelaskan bahawa program "jiwa murni" itu bukan bertujuan politik. siapa disini boleh yakin dan percaya tindakan Zahid itu sedangkan beliau sendiri menempatkan Kor Perubatan Tentera dalam bangsal UMNO di depan Masjid Permatang Pasir.

Kalau tidak dengan tujuan politik, apa tujuannya..? Kami mempunyai bukti bergambar "UMNO bohong 1Malaysia, khususnya para penduduk Permatang Pasir sendiri...

Pendedahan akan dibuat lagi terhadap Rohaizat

ImageKUALA LUMPUR, 21 Ogos: PAS akan membuat pendedahan demi pendedahan berhubung salah laku calon BN Rohaizat Othman, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menurut beliau, pendedahan baru itu adalah berkaitan perkara yang dilakukan Rohaizat semasa masih bersama firma guamannya dan ia mempunyai kaitan dengan beberapa orang penduduk di Permatang Pasir.

"Kalau beliau tidak tarik diri atau mengaku bersalah serta terus menyalahkan rakan kongsinya berhubung penyelewengan wang dalam tempoh terdekat ini, kita akan dedahkan lagi.

"Saya bukan mengugut beliau tetapi saya sayangkan beliau sebagai anak muda yang sepatutnya menggilap masa depan sebelum masuk ke gelanggang untuk bertanding dalam pilihan raya," kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil itu.

Dalam sidang medianya semalam, Mahfuz juga mendedahkan bagaimana seorang wargatua menerima wang palsu dalam satu sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya.

Menyangkal tuduhan bahawa calon PAS bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Ustaz Salleh Man pernah menggelapkan wang RM600,000, Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu supaya supaya pihak yang menuduh membuat laporan polis dengan segera.

"Bawa segala bukti yang ada, bila, di mana dan berapa banyak wang digelapkan oleh Ustaz Salleh dan segera lapor kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata beliau yang menyifatkan pihak yang menuduh itu tidak bertanggungjawab dan tidak ada kejantanan untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar.

Mohamad pula memberi reaksi spontan, "Tuduhan tanpa bukti seperti itu menguntungkan kita. Bagus tu".

Beliau menggesa Umno agar mengemukakan lebih banyak lagi tuduhan tanpa bukti.

Dakwaan awal mengenai perkara itu dibuat dalam dua blog penyokong Umno.

Tuduhan itu dipercayai sebagai tindak balas kepada pendedahan bahawa calon Barisan Nasional (BN) dari Umno dalam pilihan raya itu, Rohaizat Othman telah dibatalkan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Rayuannya supaya keputusan Majlis Peguam itu dibatalkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu.

Enggan mengakui penglibatan Rohaizat dengan penggunaan wang pelanggan, Umno berbohong pula dengan menuduh rakan beliau dalam firma guamannya, Yusri Isahak yang melakukan kesalahan itu.

Yusri mengadakan sidang akhbar pagi ini menafikan dakwaan Umno yang mengkambinghitamkannya berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Menurut beliau, pada tahun 2002, koperasi tersebut telah mendapat pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Ketika wang itu berada dalam akaun tersebut, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasa baik firma tersebut untuk membiayai bayaran baki RM100,000.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Bagaimanapun, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat pula telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Menjawab dakwaan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, Yusri menyifatkannya satu pembohongan.

"Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

"Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut," kata beliau.

Program Padang Bersama Calon PAS N11

Petang hari lebih kurang jam 6:30 petang semalam berlangsung perlawanan persahabatan antara Kubang Semang FC menentang Pemuda Pakatan Rakyat & Bekas Pemain Negeri di Padang Bola Kubang Semang... tengok gambar sudah...
Siap sedia untuk sepak mula.
Bolos..! gol pertama dari Kubang Semang FC.
Cubaan yang dibuat oleh Pemuda PR gagal menembusi gawang gol Kubang Semang FC.
Ni main bola ke main selut..?
Debub..!
Hah... mai sapa nak bersilat... ini Tantawi tau..! jangan main-main..!
Team Power Rangers...
Ucapan ringkas dari calon PAS N11.
Antara yang hadir...
Bergambar kenangan.
Aksi terbaik dari calon PAS, Ustaz Salleh Man... Ur d man..!

LAGI PENDEDAHAN : NASARUDDIN TANTAWI DAKWA ROHAIZAT PUNYA ISTERI KEDUA DI PAHANG











KUBANG SEMANG-20HB Ustaz Nasaruddin Tantawi bersama S/U KM Pulau Pinang Steven dan juga wakil DAPSY serta Ketua AMK Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali, telah mengadakan satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tersebut Ustaz Nasaruddin Tantawi memberi 3 perkara utama dan pendedahan yang agak mengejutkan semua pihak.

1. Pemuda Pakatan Rakyat menghantar satu seruan untuk mengadakan satu debat dengan isu pengkhianat negara dan menyediakan satu kawasan lapang di Permatang Tengah pada 23 hb 2009 malam. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, tujuan diadakan debat ini ialah untuk berhujah dengan pemuda Pakatan Rakyat iaitu "Siapa Pengkhianat Negara". Berhubung dakwaan Muhyiddin Yassin terhadap DSAI sebagai pengkhianat negara. Jika ada bukti dokumen mereka mesti berani berhujah, malah telah 7 kali dijemput agar hadir berhujah malah pemuda Umno tidak pernah menyahut, sama ada MCA atau MIC agar turun pada 23 hb jam 9.00 malam di Permatang Tengah.

2. Meyentuh isu polimek kononnya Tuan Guru Nik Aziz yang ekstrem berkaitan syurga dan neraka. Kenyataan yang diekplotasi dan menggunakan majlis fatwa tanpa memanggil beliau memberikan kenyataan sebenar apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan beliau tidak menyiarkan ucapan TG Nik Aziz tanpa gambar dan suara.

Tuan guru hanya menyebut dasar perjuangan umno yang tidak boleh masuk styurga, tetapi menyebut perbuatan seseorang yang mungkar. Misalnya ibubapa yang memberi didikan kepada anak. Jika umno mahu masuk syurga, jangan rasuah, menahan orang tanpa bicara, dan bukan menentukan siapa yang masuk syurga, tetapi mereka juga berhak perjungan mereka benar, kenapa Khairy Jamaluddin tidak berani menyahut dan benarkan perjuangan umno tidak bertentangan dengan syariat, kita minta ulama umno untuk berhujah dengan kita dan bersedia untuk berhujah dan bukan dengan kekerasan.

3. Isu yang besar ialah berkait dengan calon BN yang saya anggap seorang yang tidak layak untuk menjadi wakil kepada rakyat di Permatang Pasir. Selain dengan isu pecah amanah dan koperasi ,, ada satu perkara mengenai keperibadian beliau dimana beliau mempunyai seorang isteri yang dikahwininya pada 2005 pada peringkat awal hanya di daftarkan pada 2008 dan hanya menjadikan isteri beliau tetapi tidak diberikan nafkah yang adil. Menurut Ustaz Nasaruddin lagi, wanita tersebut yang dikenali rapat dengan keluarga beliau sebagai Fiza atau Hafizah dan berkali-kali menafikannya dan mengahwininya sejak tahun 2005 yang lalu , saya bukan menyentuh soal peribadi , tetapi isteri beliau disembunyikan, pergi dan datang ikut suka hati malah tidak diakui sebagai sisteri, malah isteri beliau menuntut dari Rohaizat agar mengakuinya dan kini berada di Pahang, kawasan Jengka, dan menurut Ustaz Nasaruddin Tantawi lagi, jika ini lah orangnya dan tidak berlaku adil dengan isteri, mana mungkin beliau akan dapat memimpin rakyat di kawasan Permatang Pasir dan bakal di beri mandat di kalangat rakyat."

"Kalau bersama isteri tidak berlaku adil, maka bagaimana beliau akan bertanggungjawab kepada rakyat dengan adil". Kita tahu dijabatan agama mana di daftarkan dan kita punya rekod mengenainya.

Menurut Ustaz Nasaruddin lagi Hafizah adalah kerani di pejabat Rohaizat."Hafizah ketua kerani di pejabat Rohaizat selama 8 tahun dan bekerja dengan Rohaizat, berkahwin tanpa diberitahu keluarga. Kita minta selesai dulu rumahtangga beliau baru selesai masalah rakyat," demikian jelas ustaz nasaruddin lagi.

Apabila UMNO takut untuk ber "PRK"


ABU HASAN


SEBERANG PRAI - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Abu Hassan Sarif - dari UMNO/BN - yang kurang sihat dalam menentukan sama ada kerusi tersebut kosong atau sebaliknya. Untuk berita lanjut sila klik sini.

Inilah keadaan UMNO/BN sekarang. Takut menghadapi 'kematian' nya. Takut untuk menghadapi kenyataan bahawa UMNO/BN kini kian dibenci rakyat. Muhyiddin sendiri mengakuinya. Kekuatan mereka akan dirobek satu persatu oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

Allah S.W.T Berfirman tentang kehancuran satu kaum atau umat itu pasti tiba walaupun mereka cuba untuk menghalangnya. Ianya telah Tercatat dalam Surah Al A'raaf pada Ayat 34 yang bermaksud. AuzubILLAHi minas syaitonirrojim. "Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu[537]; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya ke belakang barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) untuk meneruskannya ke hadapan." ShodaqALLAHul'Azim.

[537]. Maksudnya: tiap-tiap bangsa mempunyai batas waktu kejayaan atau keruntuhan.

WAllahua'alam ....

UMNO/BN Edar Wang Palsu Ke Rumah Penduduk Kampung..!

Kampung Petani - Beberapa orang penduduk di Kampun Petani menerima wang palsu RM100 yang diletakkan didalam sampul surat yang diselitkan dibawah pintu rumah mereka.

Seorang penduduk, Salim b. Abdul Hamid, 50 tahun mendakwa, isterinya menemui sampul surat berisi 3 keping wang kertas palsu RM100 yang diselitkan dibawah pintu rumahnya pagi ini.
Didalam sampul surat tersebut, mengandungi sebanyak 3 keping wang kertas RM100 dan juga sekeping kertas bertulis "Tolong Menangkan Calon BN".

Beliau yang berkunjung ke Markas Induk N11 juga mendakwa, bukan beliau seorang sahaja menerima wang palsu tersebut tetapi beberapa penduduk di kampungnya juga menerima sampul surat berisi benda yang sama termasuk beberapa penyokong UMNO.

Laporan polis akan dibuat oleh mereka-mereka yang menerima sampul surat berisi wang palsu tersebut di balai polis berdekatan.

GEMPARR !!! Surat : Kait pegawai tinggi SPRM


Surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock semalam dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya.

Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Dan atas persefahaman tersebutlah, Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.

Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat - yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.

Ia seterusnya mendakwa pegawai tinggi tersebut menyoal siasat Teoh pada hari setiausaha politik exco Selango ritu, ditemui mati.

Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan bagaimana Teoh mati atau sama ada pegawai berkenaan terbabit secara langsung dalam kematiannya.




PR Bangga Calonnya Bersih - Guan Eng

Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng berbangga apabila Pakatan Rakyat dapat mengemukakan seorang calon yang bersih dari sebarang masalah integriti dan moral.
Menurutnya, keputusan Pas untuk mencalonkan Salleh Man bertepatan dengan usaha kerajaan negeri yang mahu mencipta sejarah menjadi negeri berjiwa rakyat.

“Calon kita mesti yang bersih jujur dan sedia khidmat pada rakyat, kita tidak mahu wakil rakyat yang tidak boleh dipercayai dan makan duit orang. Tidak mahu wakil rakyat yang dipecat badan profesional kerana tidak jujur,” katanya pada Majlis Penerangan Rakyat.

Menurutnya, pembentukan kerajaan berjiwa rakyat memerlukan usaha bersama dan perkongsian prinsip yang satu bagi memastikan tradisi kepimpinan BN yang mengamalkan kerajaan kroni dapat dibasmi.

Guan Eng berkata beliau yakin masyarakat di Permatang Pasir sedia maklum mengenai usaha penubuhan kerajaan berjiwa rakyat tanpa mengira kaum agama dan latar belakang.

“Saya percaya calon kita Salleh Othman memenuhi semua kriteria ini bersih, beramanah, cekap dan bertakwa kepada Tuhan. Ada pertikaian terhadap integritinya (Rohaizat) dan kita amat berbangga calon kita memenuhi syarat asas khususnya intregriti,”katanya.

Guan berkata pihaknya mewakili Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada rakyat Permatang Pasir untuk menentukan pemimpin jenis apa yang mahu mereka hantar mewakili warga Permatang Pasir ke Dewan Undangan Negeri.

“Kita tidak akan bersikap angkuh, kita akan yakin tetapi terus bekerja bagi memastikan kemenangan,” katanya.

LAWATAN YB SALLEH MAN DI KAMPUNG CINA BUKIT MERAH









PERATANG PAUH. Lawatan bakal YB Permatang Pasir Us Salleh man ke perkampungan kaum Tionghua bersama Yb dari PKR ke perkampungan mereka berdekatan Permatang pauh.Sambutan terhadap beliau amat membanggakan kerana beliau mewarisi khidmat YB Hamdan sebelum ini.

Lawatan yang dilakukan sekitar jam 530 petang semalam dilakukan untuk menyakinkan masyarakat Tionghua bahawa PAS dan Pakatan Rakyat adalah pembela nasib rakyat semua.

Rakan kongsi Rohaizat berang di kambing hitam

Kenyataan Akhbar Yusri Isahak (Video)




Yusri menerangkan dokumen sambil diperhatikan SB


Yusri dikelilingi SB



Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman, Yusri Isahak, akan mengambil tindakan saman terhadap mana-mana individu yang mencemar namanya dengan salahlaku yang dibuat oleh calon BN itu.

Yusri berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Penanti, Pulau Pinang hari ini.

"Saya berasa hampa dan marah. Saya mahu bersihkan nama saya dan maruah keluarga," kata Yusri.

"Saya bersedia untuk bersemuka dan berdebat dengan Rohaizat untuk membersihkan nama saya dan keluarga," tegas beliau.

Rohaizat, bekas pengamal undang-undang sivil, menerjah ke muka hadapan akhbar selepas didapati disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.

Calon BN ini didakwa terbabit dalam kes pecah amanah membabitkan wang milik Koperasi Pekebun Getah Kecil di Pulau Pinang.

Namun ada pihak tertentu berkata Rohaizat disenarai-hitam atas kesalahan yang pihak tersebut dakwa dilakukan oleh Yusri Isahak.

Majlis Peguam berkata badan itu tidak akan sekali-kali menghukum mana-mana ahlinya untuk kesalahan yang dilakukan individu lain.

Yusri berkata dakwaan pihak tertentu bahawa Rohaizat telah melangsaikan wang pecah amanah itu kepada koperasi juga adalah tidak benar sama-sekali.

"Dakwaan Rohaizat telah buat bayaran penuh kepada koperasi adalah tidak benar kerana bayaran masih belum selesai. Saya pelik dengan kenyataan tersebut kerana Rohaizat lebih maklum akan urusan kewangan syarikat, lebih-lebih lagi beliau sendiri yang menandatangani cek melululsan wang syarikat untuk diberi pinjam pada kenalannya," kata Yusri. TVA

Berikut disiarkan salinan kenyataan akhbar Yusri Isahak;

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/PermatangPasir5%20050.jpg


http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/PermatangPasir5%20049.jpg

Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Akan Membuat Kejutan

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKPermatangPasir/rohaizat.gifPERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi calon UMNO/BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dijangka membuat kejutan berkaitan maklumat sebenarnya yang berlaku dalam syarikat guamannya.

Bendahari PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata beliau menjangka Yusri, rakan kongsi kepada Rohaizat akan bertindak demikian setelah beliau dijadikan kambing hitam oleh UMNO.

Katanya, Yusri telah dipersalahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataannya kelmarin yang menuduh segala apa yang berlaku dalam syarikat Rohaizat adalah disebabkan oleh Yusri.

Dr.Hatta turut menawarkan kepada Yusri, pentas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Petmatang Pasir, sekiranya beliau mahu memberikan penjelasan.


”Saya menawarkan bagi pihak pimpinan PAS, kalau beliau hendak gunakan pentas kita dalam kempen ini untuk memberikan penjelasan,

”supaya penduduk Permatang Pasir ini tidak diberikan maklumat yang salah, sebagai dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan,”katanya dalam vceramah kempen pilihanraya Permatang Pasir di UPU Tanah Liat, disini semalam.

Sementara itu satu pesanan ringkas (SMS) telah diterima oleh Buletinonline yang memberitahu, Yusri akan mengadakan satu sidang media khusus pada jam 10 pagi, 20 Ogos (hari ini)

ISA lembut...pemanis bibir untuk pengundi Permatang Pasir?

Hishamudin kata sekarang ni,ISA dilihat seperti akta syaitan dan alat politik perti memerintah.Jadi, beliau bercadang supaya beberapa perkara dalam akta itu dipinda iaitu dikurangkan penahanan dalam masa 60 hari dan dua tahun.

Kesihan rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar gaji yang tinggi kepada seseorang (Menteri) yang tidak tahu mana undang-undang yang baik dan mana akta yang jahat.

Sekiranya Menteri Dalam Negeri kurang faham, eloklah saya, sebagai keluarga kepada mangsa ISA jelaskan lagi sekali kenapa ISA itu dikatakan oleh Peguam Hanipa Maidin sebagai satu akta Syaitan .

1)Seksyen 73 ISA - Polis boleh menahan selama 60 hari dan menyoal siasat, mendenda tahanan mengikut sukahati mereka. (Rujuk kes Abd Malek Husin Mahkamah Tinggi Okt 2007).

2)Seksyen 8 ISA - Menteri Dalam Negeri , setelah mendapat nasihat dan cadangan dari SB@polis berpakaian biasa, boleh menambah tahanan mangsa ISA dari dua tahun kepada dua tahun berikutnya tanpa sebarang had.(Rujuk kes Mat Sah Satray yang telah ditahan 7 tahun dari tahun 2002 hingga 2009 setelah melalui 4 kali tahanan dua tahun dari tiga orang Menteri Dalam Negeri iaitu Abdullah Badawi 2002 hingga 2008, Hamid Albar 2008-2009, Hishamudin 2009)

3)Semua tahanan ISA TIDAK pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah.Kuasa peguambela, pendakwaraya, proses mahkamah dan hakim dipegang oleh Menteri Dalam Negeri.Sebab itu tiada hak jamin, tiada bukti diperlukan dan judicial review.

Namun yang jelas, kenyataan Menteri Dalam Negeri ni hanyalah sekadar pemanis bibir supaya penduduk Pematang Pasir tidak melihat UMNO/BN sebuah parti yang zalim dan jahat.... tu jeee!!!!

Percayalah, selagi unsur tahan tanpa bicara atau "detention without trial" masih dikekalkan dalam ISA, selama itulah akta itu masih lagi dinamakan akta Syaitan.


Kami mangsa ISA hanya menyerahkan pada Allah supaya memberi balasan yang sesuai untuk mereka yang suka menggunakan akta zalim itu keatas manusia lain..Allah lebih tahu apakah "ganjaran yang terbaik" untuk membalas perbuatan tidak berperikemanusiaan mereka, yang suka menggunakan akta tahan tanpa bicara ini keatas ahli keluarga kami.Balasan itu mungkin sesuatu yang tidak terfikir oleh manusia biasa seperti kami ini. Ameen !!!!

PAS candidate meet police at multiracial pasar





Pemuda Umno serah bukti pengundi hantu

BUKIT MERTAJAM: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini menyerahkan bukti mengenai kewujudan pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketuanya, Norman Zahalan, yang ditemani lebih 30 anggota pergerakan itu menyerahkan sepucuk surat rasmi serta senarai pendaftaran pengundi berkenaan kepada Penolong Pegawai Pengurus SPR, Masirah Che Ani, di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini.

Norman berkata, selepas membuat bancian terhadap 30 rumah di kawasan Permatang Pasir, Permatang Janggus dan Bukit Jelutong, terdapat sembilan pengundi yang tidak dikenali didaftarkan di dua alamat berasingan.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, daripada sembilan nama itu, terdapat dua pengundi Cina didaftarkan di rumah penduduk Melayu dan tidak dikenali oleh tuan rumah.

"Satu lagi alamat rumah di kawasan berkenaan mempunyai 14 pengundi yang mana tujuh daripadanya tidak dikenali oleh tuan rumah tersebut," katanya.

Katanya, ini adalah bukti peringkat pertama yang diserahkan kepada SPR dan percaya jumlah itu mungkin mencecah 3,000 orang.

"Kita akan terus mengesan pengundi-pengundi sedemikian," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, yang turut hadir di pejabat itu berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu.

Beliau berharap pihak SPR akan menjalankan siasatan pengundi hantu ini dengan segera supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian kelak.

Sementara itu, Masirah berkata bukti itu akan dipanjangkan kepada SPR Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

* Umno : Sekejap kata tiada pengundi hantu, sekejap kata ada pengundi hantu. Jangan sampai orang kata dia yang hantu.

Oleh kerana KJ baru perasan adanya pengundi hantu dalam daftar pengundi di N11, maka aku cuba menjejaki para pengundi hantu yang disebut oleh KJ untuk mendapatkan penjelasan dari mereka...
Tapi sayang... semuanya tidak memberi kerjasama... aku rasa betul la dakwaan KJ tu... SPR nak ambik tindakan ke tak ni..?
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .