
dengar cerita hanya tisu jer yang luka. tapi kami tak dan nak p melawat lagi.
hehehehe... semoga azeez cepat sembuh dengan kemalangan ini.
mungkin rosyam nor pun kalah dalam lakonan ini.










Seronok depa...ye la...hangpa dok atas bukit....kami kat bawah...elok la tu...dapat clear view betapa ramai dan kuatnya kami PR!!!
Ish...ishhh...memang terlampau...heran betul, di setiap penamaan calon pasti ada aksi ini yang saya lihat...tapi kali ini lensa kami berjaya pula merakamnya...
Kena ulang tayang...sebab dalam akhbar arus perdana dan tv perdana pasti tak tunjuk...tapi PM pandai saja nak kata penyokong PR LIAR...kamu yang LIAR wahai Najib...penipu besar...LIAR LIAR!!!!

Hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Halimah bt Ali yang juga ADUN Selat Kelang. Turut serta adalah Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan YB M.K Arumugam, ADUN Rahang.
Bercakap dalam majlis perasmian malam tadi, Presiden PAS dato' Seri Abdul Hadi Awang yang merasmikan majlis sambutan tersebut dalam ucapannya berkata,
Beliau mengharapkan agar penduduk sekitar Siliau terus memberi sokongan dan bangkit membuat perubahan pada pilihanaraya kecil Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober akan datang.
Beliau turut menjelaskan konsep 'PAS For All' yang menawarkan keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum tanpa mengira perbezaan agama.
Majlis tersebut turut diserikan dengan cabutan bertuah dan sedikit bantuan kepada penduduk setempat yang hadir disampaikan oleh YB Dr. Halimah Ali dan YB Dr. Siti Mariah Mahmud.
Manakala ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud menjelaskan betapa sukarnya menjadi wakil rakyat pembangkang di negeri kerajaan memerintah kerana tidak diberi bantuan kewangan untuk ADUN melaksanakan tugas di DUN masing-masing.
Beliau yang mewakili parlimen Kota Raja yang majoritinya kaum India berkongsi cerita bagaimana sokongan kaum India di kawasannya, sehingga kini permintaan penubuhan kelab penyokong PAS India sentiasa ada.
Turut berucap dalam majlis tersebut, Adun Rahang, M.K Arumugam berkata Bagan Pinang perlu dimenangi bagi menambah kerusi pembangkang dalam sidang DUN Negeri Sembilan sekaligus mengurangkan majoriti BN.
"Kerusi pembangkang perlu ditambah bagi membolehkan kita mencadangkan dan membahaskan usul dalam sidang DUN kerana majoriti yang kurang menyebabkan usul yang dibawa oleh pembangkang tidak boleh dibahaskan dan kita tidak boleh buat apa-apa selagi tidak jadi kerajaan", ujar beliau turut menceritakan bagaimana Adun Pakatan Pakatan Rakyat berhadapan Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang.
PORT DICKSON: PAS mendakwa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berbohong berhubung isu beliau dipukul oleh sembilan lelaki yang dipercayai penyokong PAS.
TELOK KEMANG, 4 Okt: PAS meminta rakyat N31 melihat sendiri nasib Dun Linggi yang diwakili Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sejak tahun 1978 lalu, sebelum membuang undi Ahad depan.Naib Presidennya Salehuddin Ayub pagi tadi mendedahkan projek perhentian bus terbengkalai sejak 10 tahun lalu, yang menjadi simbol kritikan setempat kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
"Di tangan saya ini, adalah (gambar) projek terbengkalai sejak 10 tahun lalu, dibina waktu dia (Isa) jadi Adun Linggi. Ketika Isa jadi Menteri Besar pun, ianya tidak juga selesai," katanya.
"22 tahun jadi MB, hanya tapak bas terbengkalai sahaja yang ada (wujud). Ia adalah rahsia umum (dan) tanda tanya seluruh penduduk Linggi, yang pengundi Bagan Pinang perlu tahu."
Beliau juga meminta rakyat tempatan memberi nilai KPI (aras pencapaian utama) kepada Isa, disebabkan gagal menyelesaikan masalah naik taraf jalan utama Pasir Panjang ke Linggi sejak 10 tahun lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Umno tidak perlu menggambarkan Isa sebagai pemimpin yang berjasa kepada rakyat.
Ini kerana, orang ramai rata-ratanya tahu Isa merupakan pemimpin Umno yang mengamalkan kronisme, dengan menggunakan kedudukan istimewa sebagai Menteri Besar dan Adun Linggi sebelum ini.
Beliau juga mendedahkan beberapa maklumat risikan � segelintir penyokong tegar Isa sudah mula berkempen secara senyap bahawa jika Umno menjadi Adun kelak, Isa mungkin akan dipertimbang untuk dilantik menjadi Menteri Besar semula.
Ditanya tentang isu pergelutan yang dikatakan berlaku pada hari penamaan calon semalam, Salehuddin menegaskan ianya angkara Ketua Putera Umno Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman.
"Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh lapan orang Pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih," jelas Salehuddin merujuk pada pertemuaannya di perkarangan dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).
"Inilah kerja provokasi jahat Azeez. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi.
Bercakap pada sidang media yang sama, Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya ini, Dr. Dzulkifli Ahmad menyifatkan strategik kempen Umno sebagai cara berpolitik lama dan tidak jujur.
"Kita (rakyat) sebenarnya sudah muak mendengar janji politik bahawa Umno akan menaburkan projek, jika anak tempatan itu (Isa) menang. Apa penjelasan mereka (Umno) tentang projek terbengkalai (di) Linggi itu," soal Dzulkifli.
"22 tahun jadi Menteri Besar, (perhentian bas) ini pun tidak boleh selesai. Jika isu sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan, tidak perlulah dimainkan isu-isu anak tempatan kerana Linggi juga rakyat tempat.
"Ini (projek terbengkalai) menggambarkan Umno sudah ketinggalan 20 tahun."
Dzulkifli berjanji membuat satu pendedahan setiap hari, sehingga hari akhir berkempen.
Sambil menunjuk peta perparitan Port Dickson, Salehuddin dan Dzulkifli dijangka mendedahkan beberapa skandal rasuah dan penyelewengan Umno di Port Dickson pada jam 11 pagi esok.
Dalam ulasan berkaitan, Zulkifli menjelaskan bahawa rakyat negeri telahpun melakukan perubahan dengan memberi 15 kerusi dari 19 kerusi Adun kepada Pakatan Rakyat.
Jika Zulkefly (calon) menang di Bagan Pinang, bermakna Pakatan bukan sahaja kian kukuh di Negeri Sembilan, malah menjadi sumbu sumbu perubahan bersama di Malaysia-Selatan.
Sebelum berkecimpung dalam PAS, Zulkefli dikenali khalayak dalam aktiviti kemasyarakatan; melalui Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), No Incenarator di Borga dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Turut menyertai Salehuddin dan Zulkifli, Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa).
Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan Azeez mendakwa dirinya dipukul lapan pemuda yang dipercayaai penyokong PAS.
Jun 2005, Isa telah digantung oleh Lembaga Disiplin Umno kerana sah mengamalkan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2004.
Pergantungan itu, sekali gus mendesak Isa melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan pada Oktober 2005.
Pergantungan itu juga dikatakan khalayak tempatan, mengurangkan cabaran kepada Menteri Besar selepas Isa; iaitu Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.
Hari pertama berkempen ini menyaksikan bahawa PAS cuba meletakkan calonnya lebih integriti dan bersih, manakala Umno dan Isa pula sedaya upaya berselindung di sebalik sentimen anak tempatan untuk meraih sokongan; sebelum terus ke pejabat Menteri Besar kelak
Penyokong Pakatan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara turun memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Zulkefly Mohd Omar seawal jam lapan pagi.
Meskipun arahan terbaru Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen, namun ia tidak menghalang dua parti itu menunjukkan sokongan dari sudut lain.
Buktinya, tidak boleh mengibarkan parti sendiri, mereka masing-masing mengibarkan bendera PAS menjadikan bendera PAS berkibaran di mana-mana sahaja mengalahkan bendera Barisan Nasional. Namun ada juga bendera PKR dan DAP kelihatan di celah-celah bendera PAS.
Ini kerana larangan SPR itu tidak disertakan dengan bukti bahawa ada peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.
Seorang penyokong Pakatan Rakyat dari DAP, K Sarojadewi yang ditemui menyatakan rasa tidak puas hati terhadap larangan SPR yang disifatkan sengaja diada-adakan itu kerana mendakwa ianya mengurangkan kemeriahan dalam satu-satu pilihanraya.
"Saya tak puas hati pasal SPR melarang parti selain parti yang bertanding mengibarkan bendera parti masing-masing. Kenapa SPR buat macam tu?Saya seratus peratus tak setuju. Biarlah semua parti kibar bendera. Barulah meriah,"katanya.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.
Namun, parti komponen Barisan Nasional sewaktu penamaan calon juga tidak mengendahkan larangan itu apabila banyak bendera MCA dan MIC dikibarkan.
Ditanya mengenai sokongan terhadap calon PAS pula, Sarojadewi yang merupakan Ketua Wanita DAP Dun Senawang berkata, DAP menyokong penuh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly sebagai calon.
Ujarnya, DAP tidak mempunyai apa-apa masalah dengan calon yang dipilih PAS dan hadir memberikan sokongan penuh kepada PAS.
"Tak ada apa-apa masalah dengan calon dan PAS sendiri. Semua ok. Kami turun semata-mata untuk menunjukkan sokongan kami terhadap PAS,"ujarnya yang telah berada di kawasan penamaan calon seawal jam 7.30 pagi lagi bersama rakan-rakan yang lain.
Dianggarkan hampir 50, 000 penyokong Pakatan Pakyat menyertai perarakan calon.
Meskipun hujan lebat turun kira-kira 15 minit sewaktu perarakan, sedikit pun tidak mematahkan semangat para penyokong untuk terus menzahirkan sokongan terhadap calon PAS.
Sebaliknya laungan takbir terus bergema menaikkan lagi semangat penyokong tidak kira Melayu, Cina atau India.
Pilihanraya kali ini menyaksikan perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN. BN meletakkan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calonnya. Hari mengundi ditetapkan pada 11 Oktober ini.