Ikuti Blog ini

Pakej Umrah : Ajaran Tok Guru



Gomo Kelate Gomo!!! Itulah laungan keramat yang bakal mengamitkan muka Stadium Bukit Jalil Sabtu ini. Ya, Kelantan akan bertemu dengan Negeri Sembilan pada perlawanan akhir bagi merebut juara Piala Malaysia bagi musim ini. Syabas diucapkan kepada pasokan Kelantan dan Negeri Sembilan di atas kejayaan mara ke akhir.

Apa yang penting di sini ialah, semangat kesukanan yang tinggi akan melahirkan suatu mekanisma yang cemrlang. Semangat kerjasama dan kerja berpasukan merupakan paksi kepada kejayaan ini. Syabas pada semua jentera yang terlibat.

Betapa hebat Tok Guru Nik Aziz, Menetri Besar Kelantan ini, dimana Kerajaan Kelantan di bawah pimpinannya menghadiahkan Pakej Mengerjakan Umrah kepada semua pemain dan jentera pasukan Kelantan. Disamping suntikan kewangan kepada jurulatihnya, serta sedikit wang saku kepada mereka bagi mengerjakan umrah nanti.

Jika kita fikirkan, alah...tok guru bagi pakej umrah ja...tak bagi ke lot-lot tanah ke, pakej pelancongan ke. Itu lah yang selalu diperolehi oleh pemain-pemain bolasepak di negara kita.

Tapi jangan kita lupa, Kerajaan Kelantan memberikan sumbanagn tersebut sebelum perlawanan akhir bermula lagi. Maknanya, jika pasukan Kelantan tewas sekalipun, mereka tetap akan ke Tanah Suci Kota Mekah unutk mengerjkan umrah. Apa pengajrannya di sini?

Ajaran Tok Guru kita cukup indah, cukup beralasa, malah cukup berbisa jika kita perati dan amati betul-betul. Tok Guru nak dalam apa jua yang kita lakukan, biarlah perbuatan kita, pekerjaan kita tu menghalakan kita ke arah syurga, biarlah setiap apa yang kita lakukan itu, memperolh pahala. Dan yang paling utama, setiapa kejayaan yang kita perolehi, jangan sesekali kita lupakan Yang Maha Pencipta kita, Allah SWT.

Itulah ajaran Tok Guru selama dia mentadbir Negeri Kelantan ini. Alhamdulillh, kita semua berada di bawah kepimpinan tok guru. Hmm... Kerajaan Kelantan akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai 'hadiah' kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, yang akan berlangsung Sabtu ini.

Hadiah yang diberikan sungguh bermakna sekali. Kerajaan boleh je jika nak bagi duit, nak bagi pergi melancong ke mana-mana. Tetapi Tok Guru kita ni, hendakkan supaya rakyatnya mengunjungi Baitullah. Mahukan supaya kita semua merafak kesyukuran kepada Allah. Segala urusan dunia nih, perlu merujuk kepada landasan Allah.

Jika kita diberi pakej2 pelancongan ke mana-mana destinasi yang memungkinkan kita untuk lalai dari meningati Allah, maka segala kejayaan kita, segala penat lelah kita, hanya sia-sia sahaja. Wah, sungguh murni ajaran Tok Guru. Mungkin akan dapat dicontohi oleh semua menteri besar di negeri-negeri di Malaysia.

Hmmm...saya suka menarik suatu cerita yang diceritakan oleh seorang kawan lama melalui chatting. Katanya, dia terkilan dengan sikap pengurusan pejabatnya yang membawa staf2nya melancong ke Phuket sebagai hadiah setelah selesai mengadakan suatu majlis yang besar. Hmmm..baguslah, ada jugak bos yang suka bawa anak buahnya berjalan-jalan.

Tetapi lain halnya di sini apabila tempat lawatannya ke tempat-tempat maksiat, tempat yang dilaknat oleh Allah Taala. Itu yang silapnya kita nih. Kononnya setelah penat buat kerja memeriahkan majlis tersebut, sekarang tiba masanya untuk bergembira, 'release tention' lah katakan.

Ada juga sesetengah jabatan, pergi ke Pulau Perhentian untuk bersuka ria. Tak ada kerja lain, makan, tidur, suka ria. Masya Allah!!! Amat malang sekali jika perka ini berlaku di jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Kelantan. saranan Tok Guru lagu lain, tetapi perbuatan para pegawainya tidak selari dengan apa yang disarankan oleh Tok Guru. Subahanallah!!!.

Diceritakan lagi, bahawa tempat yang dikunjungi itu, penuh dengan maksiat, minum arak, dan pelabgai lagilah. Malu, jijik kita mendegarnya. Macam mana jabatan kita nak maju? Nak untung? Dah akhlak para pegawainya tidak selari dengan apa yang Allah nak. Saya sungguh-sungguh kecewa mendengarnya.

Tok Guru ajar kita dengan elok, bagi pergi umrah supaya kita semua ni mengenal Islam itu dengan lebih mendalam. Jika kita kumpul duit sekalipun, tentu sukar untuk kita ke sana mengerjakan umrah kan? Tetapi Tok Guru menlihat, pergi buat umrah lebih besar dari pergi ke Phuket, Pulau Pehentian yang penuh dengan noda dan maksiat!!!.

Syabas Tok Guru. Membangun Bersama Islam. Gomo Kelate Gomo!!! Takbir!!!

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN AGENDA MUSUH


Seluruh petugas PAS diingatkan jangan terperangkap dengan 'agenda musuh' sehingga mencetuskan polimik sesama sendiri dan lupa fokus paling utama untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sama ada sedar mahupun tidak, PAS katanya sedikit demi sedikit telah masuk ke perangkap musuh apabila menyerang 'sahabat dalam satu jemaah' lebih hebat dari menyerang musuh sebenar.

Selain merugikan jemaah, membuang masa, tenaga dan wang ringgit, tindakan itu juga seperti menghulurkan peluru kepada musuh untuk menyerang PAS itu sendiri"Jangan masuk perangkap musuh yang sengaja menimbulkan perpecahan di kalangan kita. Di mana ukhuwah jamaah, sehingga kita menyerang sahabat dalam satu jamaah lebih hebat dari kita meyerang 'musuh' kita sebenar.

"Apakah sudah hilang ukhuwah jamaah, sudah hilang rasa sayang pada saudara sesama jamaah, sehingga kita sanggup memberikan peluru kepada musuh untuk menyerang sahabat kita," tulis dalam blognya ...baca lagi di http://tuanibrahim.blogspot.com

”Saya bukan ajak…… saya suruh masuk PAS,” Dato’ Ustaz Harun Taib

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita13/drasriharuntaib.jpgKUALA TERENGGANU – Kontroversi penangkapan bekas Mufti Perlis Dr. Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin menyebabkan cerita beliau akan masuk PAS semakin hangat.

Tribulasi yang dihadapi beliau, ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sebelumnya menerima memorandum bantahan dari sekumpulan peguam syari’e, meletakkan beliau semakin hampir kepada kehidupan pejuangan dan politik Islam.

Bagi orang-orang PAS, ditahan dan didakwa kerana mengajar ’tanpa tauliah’ sudah menjadi ’asam garam’ dalam perjuangan bersuara, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar ma’ruf, nahi mungkar).


Sehubungan itu Ketua Dewan Ulamak PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib yakin Dr. Asri akan menyertai PAS tidak berapa lama lagi.(Gambar yang dirakam ketika kunjungan Ustaz Harun)

Ustaz Harun yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di Taman Seri Intan, dekat sini, hari ini, Khamis.

”Dia menjemput saya makan petang, minum petang dirumahnya,”kata Ustaz Harun memulakan cerita bagaimana beliau ke rumah Dr. Asri

”Memang dia jemput saya makan, melalui seorang kawan, saya pun pergi rumah dia, makanlah,

”seperti biasa saya berbual seperti zaman saya (mula) mengenal beliau, daripada sebelum dia masuk universiti, sampai keluar universiti,”terang Ustaz Harun.

Menurutnya, sejak Dr. Asri tamat pengajian di sebuah Universiti di Jordan, beliau belum bertemu dengan Dr. Asri, sehinggalah saat itu, kebetulan waktu Pilihanraya Kecil DUN
Permatang Pasir di Pulau Pinang.

Katanya, rumah Dr. Asri berhampiran dengan kawasan Pilihanraya, dan sebab itu mungkin Dr. Asri menjemput beliau.

”Saya berbual ringkas, saya kata kepada dia, tidak sudah dengan duduk seorang (diri) maka lebih baik ’join’ PAS,”kata Ustaz Harun sambil membaca hadis ’Talzamul Jama’atul Muslimin Wa Imamahum’ (Wajib bagi seseorang kamu menyertai Jamaah Muslimin dan Kepimpinannya).

Katanya, Dr.Asri tidak menolak, cuma katanya beliau ’tunggu’ dan memberikan secara berseloroh, orang PAS sudah ramai.

”Saya belum terima jawapannya lagi,”jelas Ustaz Harun yang berkata beliau bukan mengajak, tetapi menyuruh Dr. Asri menyertai PAS.

”Saya bukan ajak, saya suruh dia menyertai PAS, ajak (bermakna) lain, kena duduk dalam PAS lah... saya kata,”tegas Ustaz Harun bila ditanya, adakah benar-benar beliau mengajak Dr. Asri menyertai PAS.



Kedudukan MB Perak, lima hakim dengar rayuan Nizar

PUTRAJAYA, 5 Nov: Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah hari ini sedang didengarkan di hadapan lima panel hakim.

3.55 petang: Peguam pencelah yang juga Peguam Negara, Ghani Patail memulai penghujahan sebelah petang selepas peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah menghabiskan penghujahannya.

3.45 petang: Mahkamah kembali bersidang selepas berhenti rehat sehingga jam 3,30 petang tadi. Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar masih berada dalam mahkamah untuk terus mengikuti sesi yang sedang berlangsung.

3.00 petang: Sementara itu, Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim yang turut berada dalam kamar mahkamah melaporkan sesuatu yang janggal dalam kes kali ini.

Menurutnya, kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas di tempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

"Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

"Hari ini seorangpun dari mereka tidak kelihatan. Cuma pada sesi pagi yang jelas mewakili Umno hanyalah Hamdan Taha dan kawan-kawannya yang datang. Mereka tidak ada apa-apa jawatan dalam Umno cuma yang pasti ada kepentingan,"jelasnya melalui catatan blog peribadinya.

Tambahnya,"keadaan ini menimbulkan banyak persoalan, adakah mereka sudah tahu keputusan awal sehingga seorangpun tidak kelihatan didalam kamar bicara. Yang jelas panel peguam sahaja yang mewakili Zambry termasuklah peguam pencelah, Ghani Phatail.

"Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapakah ini berlaku, dan saya pun tidak dapat memberi jawapan yang pasti,"katanya.

12.45 tgh:Dalam pada itu, Nizar sewaktu ditemui menjelaskan, lima hakim yang ditetapkan tidak menggambarkan 1 Malaysia.

Katanya, jika kes dadah boleh didengar oleh lima hakim tentunya kes ini memerlukan hakim lebih besar kerana ia membawa kesan lebih besar.

"Sepatutnya ada hakim dari Borneo juga,"katanya semasa ditemui pada sesi rehat sebentar tadi.

Beliau berharap inilah peluang keemasan untuk membuat keputusan yang memulihkan sistem kehakiman negara.

12.00 tengahari: ImageSementara itu, menurut Hanifa Maidin yang hadir hari ini, permohonan untuk mendapatkan 11 hakim adalah untuk memastikan tiada unsur 'bias', para hakim membuat keputusan yang tepat dan tidak wujud unsur-unsur yang memihak apabila membuat keputusan.

Beliau juga melahirkan kebimbangan kerana lima panel hakim yang dilantik kini adalah hakim-hakim yang pernah mendengar kes terdahulu dan dibimbangi akan mempengaruhi kes tersebut.

Sementara itu, ditanya mengenai hujah yang dikemukakan oleh pihak Nizar, beliau mengulas bahawa antara yang ditegaskan oleh barisan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah adalah;telah termaktub dalam undang-undang bahawa Tuanku Sultan Perak tiada hak dan kuasa dalam memecat Menteri Besar dan juga jika ingin memecat maka mesti ada undi tidak percaya dalam dewan.

Tambahnya, berkemungkinan keputusan tidak akan diketahui hari ini, tetapi diharapkan Nizar akan menang bersandarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan.

Mahkamah ketika ini berhenti rehat.

Berita sebelum ini

10.15 pagi: ImageKetika ini, panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut tetapi telah ditolak oleh mahkamah.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

9.00 pagi:Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.

Najib seleweng fakta hak royalti minyak Kelantan



KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ahli Parlimen PAS kesal dengan penyelewengan fakta yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dewan rakyat berhubung pembayaran royalti petroleum kepada rakyat Kelantan. Pengumuman Najib bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan, bercanggah dengan akta 144 kemajuan petroleum 1974 yang memperuntukkan lima peratus mesti diberikan kepada negeri pengeluar minyak. Salahuddin Ayub (PAS - Kubang Kerian ) berkata, pembayaran wang ehsan yang diputuskan itu jelas bertentangan dengan akta 144 kemajuan petroleum 144 dan merupakan satu pembohongan terhadap rakyat Kelantan.

"PAS kesal dan dukacita dengan jawapan perdana menteri tadi tentang pembayaran royalti minyak yang ditukar dengan wang ehsan. Jelas ianya penyelewengan fakta yang terkandung dalam akta 144 petroleum negara yang jelas memberikan lima peratus untuk negeri yang mengeluarkan minyak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi. Beliau juga berkata, rakyat Kelantan tidak mengharapkan wang ehsan sebaliknya mahu hak mereka ke atas royalti minyak dikembalikan.

"Rakyat Kelantan bukan peminta sedekah. Mereka memperjuangkan hak di atas semangat federalisme. Kita (ahli parlimen PAS) akan perjuangkan hak ini dan jelas jawapan perdana menteri tadi bertentangan dengan semangat federalisme, bertentangan dengan perlembagaan dan akta 144 petroleum yang disebut tadi," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau di dewan rakyat pagi tadi meminta Najib menyatakan bilakah tuntutan royalti kerajaan kelantan akan dilangsaikan petronas.

Najib dalam jawapannya berkata Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan.

Najib juga berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.

Dr. Dzulkifly Ahmad (PAS Kuala Selangor) pula mahu tindakan undang-undang diambil terhadap Najib yang juga menteri kewangan kerana menyelewengkan fakta dengan mensyaratkan kedudukan telaga minyak mesti tiga batu nautika dari darat untuk mendapat royalti sedangkan dalam akta petroleum tidak disebutkan syarat itu.

"Jelas perdana menteri tadi melakukan penyelewengan fakta dengan menyebut tentang pensyaratan 3 batu nautika sementara akta 144 petroleum tidak dinyatakan syarat ituuntuk berikan royalty," tegasnya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) pula menyifatkan Najib sebagai pengecut kerana tidak berani mengambil tindakan yang betentangan dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menarik kembali royalti minyak yang diberikan kepada rakyat Terengganu apabila PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu.

"Saya melihat Datuk Seri NAjib begitu kerdil dan takut untuk mengambil tindakan yang sama dengan bekas perdana menteri dahulu, Tun Mahathir,"

"Tun Mahathir pernah tarik balik riyalti minyak Terengganu apabila PAS perintah negeri itu. Jadi tindakan yang sama dibuat apabila telaga minyak dan gas ditemui di Kelantan," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurut beliau juga, PAS akan mendapatkan bantuan daripada pakar undang-undang untuk mengambil tindakan kepada kerajaan persekutuan yang telah menafikan hak rakyat Kelantan.

"Kami akan bincang dalam parti untuk memberi nasihat kepada kerajaan Kelantan untuk dengan bantuan penasihat undang-undang untuk ambil tindakan perundangan sepertimana kerejaan Terengganu di bawah pimpinan PAS satu masa dahulu menyaman kerajaan pusat yang telah menafikan hak kerajaan negeri," katanya.

Khalid Samad (PAS, Shah Alam) pula menegaskan kerajaan pusat tidak berhak ke atas royalti minyak itu kerana laporan kewangan petronas mengakui negeri-negeri pengeluar minyak di Malaysia adalah Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.

"Ia bercanggah dengan laporan kewangan petronas yang menyebut negeri-negeri pengeluar minyak di malaysia adalah Sabah, Sarawak Terengganu dan kelantan. Berdasarkan kepada laporan, ia mengakui ia milik kelantan. Maka royalti itu harus diserah kepada kerajaan yang dipilih rakyat,"

"Ianya bererti bahawa kerajaan pusat tidak ada hak untuk memegang wang rakyat Kelantan," tegasnya.

Siti Zailah Mohd Yusuf (PAS, Rantau Panjang) dalam pada itu meminta kerajaan menjelaskan kepada rakyat kenapa royalty yang telah sekian lama dituntut digantikan dengan pemberian wang ehsan.

Beliau turut mempersoal di bawah akta dan peruntukan manakah wang ehsan ini diberi.

"Kami mminta kerajaan jelaskan kenapa rakyat kelantan harus diberikan wang ehsan sedangkan mereka menuntut royalti minyak dikembalikan,"

"Dan kadar wang ehsan itu dikira berdasarkan akta mana?" Soalnya.


Sumber: http://www.harakahdaily.net/

Rayuan DS Nizar esok, PAS Perak solat hajat malam ini

IPOH, 4 Nov: PAS Perak hari ini menyeru seluruh ahli parti itu mengadakan solat hajat berdepan keputusan siapa Menteri Besar perak yang sah yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan esok.

Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, ianya bagi memohon pertolongan dari Allah agar memberi kemenangan kepada perjuangan Islam negeri itu.

Beliau juga telah mengeluarkan arahan kepada pimpinan PAS di semua kawasan agar menunaikan solat hajat malam ini.

"Saya mengarahkan kepada semua ahli PAS Perak disemua peringkat, supaya melakukan solat sunat hajat secara berterusan, mohon kepada Allah SWT agar diberi kemenangan dan kekuatan kepada PAS," katanya.

Solat hajat itu juga katanya bagi mendoakan keselamatan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari sebarang perancangan jahat musuh.

Image"Semoga Allah SWT sentiasa membela, memelihara dan melindungi pejuang-pejuang PAS, dan semoga disatukan hati seluruh para pejuang Islam dan memfokuskan Matlamat Perjuangan PAS, iaitu menumbangkan kezaliman dan menegakkan Islam," katanya lagi.

22 Mei lalu, Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei yang telah memutuskan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop juga telah mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar pada 19 Jun lalu bagaimanapun telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

Tutut dipohon supaya kes membabitkan pertikaian Menteri Besar Perak itu di dengar oleh 11 hakim.

Ekoran itu Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan Nizar dan menetapkan rayuan didengar esok.

Kelantan mungkin tolak Petronas.

Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya.

Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera negeri itu terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak pagi ini di Parlimen.

Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak.

"Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.

"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."

Berita Menakutkan Zambry Kadiaq


Ceramah umum yang menampilkan Presiden PAS, YB. Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang mendapat sambutan luarbiasa sehingga melimpah keluar dewan. Selain itu menampil ceramah oleh Pesuruhjaya PAS Peak, Ust. Abu Bakar Hussain, Speaker DUN Perak, YB. Sivakumar' dan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

Ceramah umum tersebut dibuat dalam usaha menjelaskan kepada rakyat mengenai isu nasional dan isu perak khususnya desakan pembubaran DUN. (Cina Islam)

p/s : awat la orang mai ramai2 mesti zambry lagi takut nak bubar dun

Khalid Samad Mempunyai Rekod Jenayah - JAIS




Ahli parlimen Shah Alam tersepit apabila didakwa mempunyai "rekod jenayah" tetapi sehingga kini gagal mendapatkan penjelasan polis berkenaan perbuatan jenayah yang telah dilakukannya.

Akibat "rekod jenayah" beliau itu, Khalid Samad tidak diberikan tauliah menyampaikan kuliah agama di Selangor walaupun beliau mendapat kelulusan awal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid menulis kepada IPK untuk mendapatkan butiran mengenai "jenayahnya" itu.

Semoga Berjaya pasukan Kelantan




Setelah 39 tahun tidak beraksi di pentas akhir bola sepak Piala Malaysia, akhirnya Kelantan berjaya menjejakkan kaki untuk beraksi di pentas akhir pada hari Sabtu ini menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil.

KOTA BHARU, 3 Nov : Kerajaan Kelantan mungkin mengisytiharkan cuti pada Ahad ini 8 November bersempena perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara pasukan Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Perkara itu bagaimanapun hanya akan diputuskan pada mesyuarat exco kerajaan negeri esok.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata cuti berkenaan diberikan bagi menghargai skuad negeri 'Red Warriors' yang telah berjaya ke perlawanan akhir selepas 39 tahun dalam penantian.

"Cuti berkenaan diberikan juga untuk kemudahan para penyokong untuk memberi sokongan kepada pasukan kita, khususnya dari Kelantan,"ujarnya.

Menurutnya, mereka tidak perlu bersusah payah memohon cuti atau tergesa-gesa untuk pulang semula ke kampung halaman masing-masing untuk bekerja keesokan harinya.

"Walaupun kita belum pasti adakah kita akan menjadi juara pada malam itu, namun cuti tetap akan diberikan pada hari Ahad ini atas sebab-sebab sedemikian,"ujarnya.

Sambungnya, mudah-mudahan dengan cuti yang diberikan oleh kerajaan negeri, para penyokong khususnya yang sama-sama turun ke Stadium Bukit Jalil akan pulang dengan tenang dan selamat.

Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan tahniah kepada pasukan negeri kerana telah berjaya melangkah gagah ke peringkat akhir.

Beliau juga berharap, dengan prestasi yang semakin meningkat itu skuad Kelantan diharap mampu menjuarai perlawanan peringkat akhir.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui berkata, dianggarkan hampir 50,000 penyokong Kelantan akan memberi sokongan di Stadium Bukit Jalil nanti.

Sebelum ini Tuan Guru telah mengikuti perlawanan separuh akhir pertama antara Kelantan menentang Perlis di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV berkesudahan pasukan merah putih itu menang dengan 2-0.

Perlawanan kedua separuh akhir antara Kelantan menentang Perlis itu juga sekali lagi skuad 'Red Warriors' berjaya menewaskan Perlis dengan 3-1.

Anggota-anggota exco kerajaan negeri termasuk Datuk Husam Musa dijangka hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Ucapan penutup oleh Tuan Guru Nik Aziz pada Konvensyen Pakatan Rakyat




Ucapan penutup oleh Tuan Guru Nik Aziz pada Konvensyen Pakatan Rakyat 2009 yang diadakan di Hotel Syuen, Ipoh

PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat- Mohamad Sabu


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa PAS akan menarik diri daripada Pakatan Rakyat(PR).

Beliau juga menyelar mereka yang cuba menimbulkan konflik dalam Pakatan Rakyat dengan menimbulkan pelbagai kontroversi dan provokasi semata-mata untuk melihat PR berpecah.

"Konflik yang melanda PAS kebelakangan ini telah mengundang pelbagai persepsi dikalangan masyarakat dan penyokong.Ada juga yang mengandaikan PAS akan berpecah.

Namun begitu walau apa jua yang dilemparkan oleh pihak yang cuba melihat PR retak ianya tidak akan menjadi realiti kerana PAS akan tetap bersama dalam PR.

"Kekhilafan dan perbezaan pandangan yang berlaku dalam PAS sejak mutakhir ini tidak menimbulkan impak yang besar dan tidak pula sampai kepada perpecahan seperti yang didakwa mereka.Sebaliknya perbezaan tersebut adalah perkara yang lumrah tetapi ia tidak akan sampai kepada perpecahan dalam parti."

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata PAS tidak menolak untuk mengadakan perbincangan dengan Umno dan sesiapa sahaja.

"PAS akan tetap bersatu dan tidak akan berpecah kepada kumpulan yang berpihak samada kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz ataupun kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media dan mereka yang ingin melihat PAS berpecah selama ini."katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada majlis Ihtifal PASTI kawasan Nibong Tebal.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Bakap, Maktar Shapee, Yang Dipertua PAS kawasan Nibong Tebal, Rahman Ramjan dan kepimpinan Pakatan Rakyat kawasan Nibong Tebal.

Gambar sekitar Jambori Jabatan Amal Malaysia kali ke 17.











Kunjungan Mesra Presiden Ke Rumah Mursyidul Am PAS



Preisen PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah membuat kunjungan mesra ke rumah Mursyidul Am PAS di Pulau Melaka Pada hari Jumaat 30.10.2009

Antara lain mereka telah membuat perbincangan 4 mata selama 1 jam. Lagi... (trgkini)

SIDANG MEDIA DR ASRI




Supporters and well-wishers of former Perlis mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin continue to gather at the Gombak Timur Lower Syariah Court as he waits to be charged by the Selangor Islamic Religious Council (Jais).


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .