Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan





KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, TG Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan TG Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut TG Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

TG Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

Yang ni SPRM tak nak siasat ke???

Maharaja putih sangkabumi dari langit turun ke dunia utk korban 427 ekor lembu.


Najib Korban 427 Ekor Lembu Parlimen Pekan

Dengan gaji PM sebulan kalau tak silap RM 25 ,000.00 saja. Najib baru jadi PM tak sampai 2 tahun pun. Kalau tak dibelanjakan satu sen pun , dia Cuma dapat kumpul RM 600.000.00.

Untuk beli lembu untuk korban ni , bukannya sikit 427 ekor , biasanya untuk korban harga satu bahagian lebih mahal dari harga biasa yang dijual di pasar , purata dalam RM 350.00 untuk satu bahagian. Kalau untuk 7 bahagian , jumlahnya RM 2,450.00 untuk seekor lembu. Kalau 427 ekor , jumlahnya sebanyak RM 1,046,150.00.

Tak tau lah kalau sebagai Menteri Kewangan , gajinya juga RM 25,000.00 sebulan. Jadi kalau dicampur dua jawatan ni , Najib berjaya kumpul RM 1,200,000.00. Kalau dicampur kedua – dua ni baru cukup untuk bayar harga 427 ekor lembu ni.

Kesian kat Najib dan keluarga terpaksa ikat perut , semata – mata nak korban lembu , minggu depan

Adakah ada pihak – pihak yang sponsor ?

Mungkin juga ada pihak yang sponsor Najib , dengan menyediakan semua bajet untuk biayai harga lembu tersebut

sumber: tranungkite

PM Lulus Lesen Judi, Ustaz-ustaz Umno Sunyi Sepi ??

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/anwarsignplak1.jpgKUALA NERUS – Dalam masa tidak sampai setahun Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan, sebanyak 3 lesen judi baru telah dikeluarkan

.
(Gambar - Anwar menandatangani plak perasmian pejabat baru PKR Cabang Kuala Nerus)


Jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek yang berkata, pendapatan dari aktiviti perjudian digunakan untuk kebajikan rakyat, telah ditolak dan ditentang oleh wakil-wakil bukan Melayu dan bukan Islam.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata demikian, mendedahkan perbahasan di parlimen baru-baru ini, ketika berucap dalam ceramah sempena perasmian pejabat PKR Cabang Kuala Nerus, di Taman Desa Solehah, Jalan Kelantan disini, kelmarin.


”Dunia betul-betul sudah terbalik sekarang, orang Melayu Islam Umno luluskan judi, wakil-wakil bukan Melayu, bukan Islam menentang,”ujarnya.

Beliau turut mencabar, dimanakah golongan Ustaz-ustaz dalam Umno yang tidak berkata apa-apa atas tindakan kerajaan, meluluskan lessen-lesen judi baru itu, dan meningkatkan aktiviti ‘haram’ tersebut.

Sebelum itu, pada sebelah petang, Anwar hadir dan menutup Majlis Konvensyen PKR peringkat negeri Terengganu di Seberang Marang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah, Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Pengerusi PKR Negeri, Hj Abdul Rahman Yusof dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah.




Esok SPR Malaysia Jadi Loyer pada UMNO Kedah


Esok, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak rayuan SPR menangguhkan kekosongan Dun Kota Siputeh. Jika ditolak maka bukan sahaja imej SPR tercalar, imej Umno juga turut tercemar sama.

Kita hairan dengan sikap SPR Malaysia apa hak dia untuk membuat rayuan adakah calun dia yang disingkir oleh keputusan Hakim Mahkamah tempoh hari ? Dari segi logik, kita lihat bukan sahaja SPR melangkaui peranan tuan Speaker kalau mengikut perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, kita lihat Spr seolah solah menjadi LOYER pada Umno Kedah..

Dibawah adalah hujah- hujah yang akan dibawa oleh SPR esok dalam permohonan penangguhan tersebut aseperti berikut :




  • Jika permohonan penangguhan itu ditolak, satu lagi pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Ia membabitkan wang yang banyak.



  • SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh.



  • Ini merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan kepada SPR.



  • SPR minta agar mahkamah menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu.



  • Terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.



  • Selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri.

Dibawah Hujah dan fakta yang melawan hujah Spr antaranya .

Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah seperti yang digunakan oleh Speaker Kedah adalah jelas maksudnya.

Hujjah SPR sangat remeh dan mengganggu perjalanan mahkamah.

Seolah-olah SPR tidak pernah menyediakan peruntukan untuk pilihanraya kecil sebelum ini. Malah majoriti pengundi di kawasan itu mahu supaya ADUN yang ada sekarang digantikan.

YAB Ustaz Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah telah memberitahu, biar kerajaan rugi wang untuk mengadakan pilihanraya kecil dari rugi wang dengan membayar gaji dan elaun ADUN yang tidak membuat kerja termasuk tidak hadir persidangan dewan yang merupakan tugas hakikinya.

SPR seolah-olah mewakili Barisan Nasional mempertahankan salah laku ADUN berkenaan yang jelas melanggari dewan yang mulia.

Mereka seolah-olah mahu memaksa kerajaan Kedah dan rakyatnya membayar gaji dan elaun berjumlah kurang lebih RM5,000.00 sebulan, atau RM60,000.00 setahun atau RM300,000.00 bagi sepenggal kepada Abu Hassan Sarif tanpa ADUN itu menjalankan tugasnya.

Selama inipun SPR bersekongkol dalam banyak hal bagi mencapai matlamat menghalalkan cara. Pengerusi dan SPR sendiri kelihatan sebagai satu organisasi yang tidak halal dimata rakyat.contoh kes di Perak yang lalu.

Kenapa Mamak Tak Main Bola?

Cuba hangpa teka, kenapa mamak takde yang main bola. Hangpa cari la di negara mana pun dalam dunia ni, memang takdak mamak yang main bola, Cikgu Omaq memecah sunyi sementara menanti teh tarik sampai dengan satu soalan kepada kawan-kawan yang lain.

Ha ahh la...rasanya takdak sorang pun mamak yang main bola. Pasai apa ha? Pasai depa tak reti main bola ka? Pasai depa keturunan kaki bangku ka?, jolok Nasir menambah lagi kesedapan kepada soalan Cikgu Omaq tadi.

Depa memang jenis yang tak suka main bola kot? Tengok bola pun takde rasanya. Tak nampak pun mamak kat stadium bila ada lawan bola, sampuk Johari.

Takdak....percaya la cakap aku. Memang depa takdak dan tak boleh main bola. Sergah Cikgu Omaq pada Johari.

Habih tu, habaq mai la pasai apa mamak tak boleh main bola, jangan bagi kami penin kepala pikiaq lama-lama. tambah Nasir.

Hangpa tau, mamak ni memang tak boleh main bola. Pasai kalau depa main bola, bila ada corner kick, depa tak main dah....Cikgu Omaq bagi clue kat depa yang tercengang dengar jawapan bola gantung Cikgu Omaq tu.

Pasai apa depa tak main dah bila sampai kat corner tu? tanya Johari tak sabar nak tau jawapannya.

Pasai....bila mamak dah dapat kat corner tu, depa bukak restoran laa.....macam Salam Corner, macam Sahul Corner tu.....bila masa depa nak main lagi...apa la hangpa ni. Itu pun hangpa tak tau kaa, jawab Cikgu Omaq pada mereka semua.

Cilakoi betoi, gelak Faisol yang sedari tadi hanya mendengar tanpa masuk campur dalam soalan pasal mamak itu.

Sudah terang lagi bersuluh, Zambry hanya layak bekerja di Zambry Corner kah kah kah


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0MJP8IKF4YHAzvzetZi3CvJD2Iuo_Q1PHq5-H7rFHtFNbWXvmlXRHOsudMM6YSkp14MJ-wH4-A3P4B61L9jg2BhIINu8QixB11B0BDNb13CrV5916msdAfe8tXmWOg-CP-8a9LfUnTUU/s400/Zambry+roti+canai.JPG
macam ini kah kah kah

SPRM Perlu Hentikan Bersandiwara

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi pada Jumaat dilihat hanya sebagai sandiwara SPRM untuk memulihkan imej setelah tercalar teruk ekoran keputusan mahkamah yang tidak membenarkan SPRM melakukan siasatan di luar waktu pejabat seperti yang lazim dilakukan oleh SPRM.

Ia bukan satu tindakan yang jujur kerana sebelum ini sudah berlaku kejadian seumpama itu apabila kredibiliti SPRM merudum dengan teruk, mereka melakukan penahanan seorang ADUN UMNO Terengganu, kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.

Tetapi selepasnya, apa yang berlaku?

Tiada sebarang pun tindakan diambil.

Hal yang sama juga bakal berlaku ke atas enam anggota Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi yang ditahan. Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Justeru itu dakwaan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bahawa tindakan SPRM itu kononnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas mereka adala hanya sebagai satu usaha untuk membersihkan nama SPRM yang telah diketahui umum melaksanakan siasatan berpilih, tidak telus, kejam serta tidak profesyenal.

N3 Kota Seputeh - Isnin ini Mahkamah akan membuat keputusan


Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya pada 16 Nov yang mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh sebagai kosong.


SPR memfailkan permohonan itu pada 17 Nov selepas Hakim Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.


jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Terlibat Rasuah RM40,000

JOHOR BAHRU: Enam ahli Umno bahagian Kota Tinggi termasuk Ketua Pemuda Umno bahagian berkenaan serta seorang bekas Setiausaha Akhbar Menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor awal pagi tadi semalam untuk siasatan berhubung dakwaan cuba menyogok tiga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno bahagian berkenaan sebanyak RM40,000.

Semua mereka yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu, ditahan kira-kira jam 2 pagi di rumah seorang AJK berkenaan, selepas kumpulan terbabit dikatakan cuba berunding dengan lelaki terbabit untuk menarik balik hasrat meletakkan jawatan sebagai AJK Pemuda bersama 17 yang lain.

Difahamkan, rundingan berkenan dilakukan selepas 18 AJK Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi meletakkan jawatan serentak minggu lalu, berikutan hilang kepercayaan terhadap pimpinan Ketua Pemuda Umno bahagian itu.

Ia menyebabkan satu pemilihan baru perlu diadakan membabitkan pergerakan berkenaan selepas dua pertiga jawatankuasa meletakkan jawatan.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan enam lelaki terbabit mengadakan rundingan dengan sekurang-kurangnya tiga AJK Pemuda Bahagian yang meletak jawatan bagi menarik balik peletakan jawatan untuk mengelakkan pemilihan semula Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata beliau mengetahui mengenai penahanan enam ahli bahagiannya itu.

Siapa dapat apa dalam urusniaga pembelian kapal selam?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/malay-subs55.jpg

KUALA TERENGGANU
– Sebuah akhbar Internet bebas serantau bagi negara-negara Asia, Asia Sentinel telah mendedahkan beberapa persoalan yang timbul, ekoran pembelian dua buah kapal selam oleh kerajaan Malaysia.

Dalam tulisan analisis akhbar tersebut mendedahkan, urusniaga pembelian dua buah kapal selam Scorpene yang berukuran 66 meter, berserta penyewaan sebuah kapal selam lama Agosta dari tentera laut Perancis bernilai USD 1 bilion (bersamaan dengan RM3.39 bilion).

Dengan urusniaga itu, yuran sebesar € 114 juta, bersamaan RM 575,151,512.60 diperuntukkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh kawan baik dan bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda.

Pembelian kapal selam tersebut kini terus menjadi kontroversi yang dikaitkan dengan pembunuhan penterjemah dan kekasih Abdul Razak Baginda, Altantuya Shaaribuu.

Altantuya, 28 tahun, berbangsa Mongol, dibunuh pada bulan Oktober 2006 oleh dua ‘pengawal peribadi’ yang pernah berkhidmat di pejabat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak,

Selepas Razak meninggalkan Altantuya, beliau menyerahkan tanggunjawab menjaga Altantuya kepada ketua pegawai Najib, Musa Safri.

Persoalan pembelian kapal selam yang menyebabkan kematian ‘perempuan simpanan yang ditinggalkan’, dianggap menjadi satu pengajaran kepada kerajaan Malaysia dan Perancis, oleh akhbar tersebut.

Apatah lagi timbulnya perkaitan baru dengan kes tersebut minggu lalu, apabila dilaporkan penyiasat persendirian P. Bala mendedahkan, seseorang yang rapat dengan Najib bersedia membayar RM5 juta (US $ 1.48 juta) untuk melupakan kenyataannya tentang Najib dan Altantuya.

>>> Ikuti Seterusnya Cherchez The French, Who got what for the sale of French submarines to Malaysia?

Khutbah Jumaat TGNA Hari Ini



PIMPINAN PAS YANG PALING DIPERCAYAI DI KELANTAN


Tok Guru serious bercakap soal royalti minyak yang cuba dirompak oleh kerajaan Pusat. Yang baju biru yang hanya nampak tangan dan kening tu aku.


Ramai yang menuduh aku mereka reka cerita. Ramai juga yang menuduh aku memandai mandai sendiri. Paling ramai yang menuduh aku munafiq. Takperlah. Itu hak kalian. Allah Maha Mengetahui.


Hari nih, hari last aku di Kelantan. Malam kang dah nak balik KL. Misi sudah selesai.


Tadi, lepas solat Jumaat, sempat bersama Tok Guru ke HUSM untuk ziarah seorang penghulu masyarakat Siam. Mengikut maklumat daripada anak anak penghulu tersebut, penghulu sangat rapat dan kasih dengan Tok Guru.


Ada miracle berlaku di wad tersebut. Biarlah hanya kami berlima sahaja yang tahu apa yang terjadi ke atas penghulu ketika di wad.


Kuasa Allah swt menentukan segala galanya. Penghulu menghembuskan nafas terakhir ketika Tok Guru berdiri di hujung katilnya.


Semasa dalam lif, Tok Guru kata "kita makan dulu sebelum balik rumah". So, singgah makan nasi kukus. Tok Guru kata "nasi kukus macam nih takde di Kuala Lumpur".


Waktu makan, Tok Guru tanya bila aku akan balik ke Kuala Lumpur. Jawab aku, mudah jer. "Malam nih".


"Jangan tak datang lagi. Kita kena perjelas kepada semua tentang cadangan wang ehsan dari kerajaan Pusat".



Isu aku mendahului dalam menafikan "sidang akhbar" yang kononnya diwarwarkan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan seperti mana yang didakwa oleh kickdefella.

Tok Guru kata - "Nik Aziz nih dia tahu dengan saper dia nak buka mulut dan dengan saper dia nak minta buat penerangan. Anta bagitau orang tu Nik Aziz nih dia ada orang orang dia untuk menjawab segala tuduhan dan tidak perlu keluar daripada mulut Nik Aziz sendiri".

..................................................

Isu kickdefella.

Tok Guru kata - "Dia nih memalukan kelompok bloggers. Suka suka hati dia menulis. Baghe tadok jadi ado. Bendo bendo ye tok telitah di fikire manusio warah nih dio buleh buak buwi jadi ado. Sapo dio ghoyak ana nok buak side akhbar? Sapo dio buwitahu ko dio? Bakpo dio tak rujuk ana? Bakpo dio tak rujuk ko setiausaho ana? Ana ado tigo oghe SU".


"Dio buke setakak fitnoh ko menatu tapi denge denge ana skali di bedal. Ana nok mitok bloggers yang sipati denge ana tulong pejelaske semuo nih. Tulih biar beto. Jange sokong bendo ye tok beto. Buak ulase mace mace. Bakpo tok maghi tanyo ana sedighi?".

................................................

Sebelum berpisah....

"Anta maghi smulo lepah nih. Ana nak bloggers tulong perjelah duit ehse pitih ehse yang geger dale media kato kerajae Pusak nok buwi".


"Anta jange lemoh semangak. Letok dale ppalo, kito nok lawe makhluk ye tadok ime".

.................................................

InsyaAllah, aku akan datang lagi.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

So, nak marah pun marahlah. Ada aku kisah.......

Wartawan upahan UMNO terkedu jawapan MB Kedah

Wa memang tergelak habis, bila member wa cite kisah wartawan nak perangkap MB Kedah, Ustaz Azizan Razak dalam satu temubual bersama MB Kedah tu semalam. Memang la perangai dan sifat wartawan upahan Umno ni kalau boleh nak kasi terjerat habis pimpinan Pas dengan soalan-soalan mereka yang mengelirukan.

Kisahnya..Apabila seorang wartawan bertanya soalan yang dianggap Soalan Perangkap Maut untuk pimpinan Pas ini, dengan pertanyaannya "Tidakkah merugikan wang rakyat apabila kerajaan Kedah mengambil peguam untuk membawa kes Kota Siputeh ini ke mahkamah, sedangkan wang upah peguam tersebut boleh digunakan untuk kepentingan rakyat?

"Baik la kita rugi sedikit untuk membayar peguam, daripada kita membayar GAJI BUTA dengan wang rakyat setiap bulan kepada ADUN BN yang pemalas."Jawab MB kedah dengan sinis.

Kah..kah..kah..lu orang nak main dengan MB yang berilmu dan Cerdik, jawapannya tepat dan padat menyebabkan wartawan tersebut terdiam, ini lah pentingnya MB yang mempunyai ilmu mantik..sekali kilas wartawan terpulass.

Jawapan begini mengingatkan wa kepada Allahyarham Presiden Pas Datuk Fadhir Noor dalam satu ceramah beliau..semasa beliau sedang berceramah mempersoalkan kepimpinan Dr. Mahathir, tiba-tiba penonton di bawah pentas menjawab "Mahathir dah Nyanyukkk"..Datuk Fadil tersenyum mendengar sampukan penonton, lalu menjawab.

"Mahathir tak nyanyukk..Kalau orang nyanyuk dia main taikkk...ini dia main kepala hampaaa.."kata beliau sambil tersenyum...penonton yang hadir turut tergelak dengan jawapan beliau yang cukup sinis.

Penyelewengan & Rasuah; Guna Duit Kerajaan Untuk Parti Umno

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/danabaktiremaja.jpg
(Gambar atas - Komander Program Dana Bakti Remaja Terengganu, Mohtadin Arim, memeluk seorang puteri umno pada hari akhir program tersebut bagi DUN Bukit Besi 5 November lalu. Itulah mungkin antara kandungan kursus yang diajar oleh Umno menerusi program Dana Bakti Remaja)

KUALA TERENGGANU - Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya menyiasat Program Dana Bakti Remaja yang dilaksanakan di negeri ini.

Ini kerana, program tersebut didakwa mempunyai unsur-unsur penyelewengan serta rasuah melibat pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya kira peruntukkan RM23 juta untuk program Dana Bakti Remaja itu menyalahi etika dan salah satu bentuk rasuah kerana duit kerajaan digunakan untuk kepentingan parti politik dan program politik tertentu sahaja,” tegasnya dalam satu sidang mediadi Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dekat sini, baru-baru ini.

Beliau mendakwa program tersebut menyalahi etika serta merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat di negeri ini.

Katanya, peruntukkan RM23 juta tersebut digunakan 100 peratus bagi ‘servival’ parti Umno dalam meningkatkan sokongan golongan belia remaja terhadap BN.

“Oleh kerana itu, kita (PAS) minta dana ini disiasat dari segi pemberian dan sasaran. Saya difahamkan ketika program ini dibuat peserta diminta menyanyikan lagu Umno.

“Jika berlaku kesalahan di kalangan peserta itu juga didenda dengan menyanyikan lagu Umno berulang kali.(klik lihat Video Klip)

“Ini bukan satu bentuk program yang sepatutnya guna duit kerajaan. Saya minta pihak SPRM dan pihak-pihak yang prihatin membuat penyiasatan. Ini benda besar duit rakyat RM23 juta dan bukan benda kecil,” tegasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/dinadamdanabaktiremaja.jpgManakala, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman yakin memberian serta penyalahgunaan duit rakyat melalui program Dana Bakti Remaja itu tidak menjamin sokongan rakyat terhadap Umno-BN.

Katanya, meski pun tujuan program tersebut bagi menarik pemuda dan pemudi menyokong Umno-BN tetapi rakyat bijak menilai.(Gambar kanan - Dato' Din Adam, ADUN Bukit Besi berucap dimajlis perasmian 3 November lalu)

“Kita (PAS) tahu dana remaja ini digunakan untuk menarik pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi hanya untuk kepentingan politik Umno sahaja dalam pilihan raya akan datang.

“Mereka (Umno) menggunakan duit ehsan khususnya untuk menarik golongan muda menyokong mereka (BN).

“Umno guna peluang (Dana Bakti Remaja) itu untuk daftar pengundi muda supaya memihak kepada mereka (BN),” ujarnya.

Namun begitu, katanya tidak semesti pemuda dan pemudi yang menyertai program tersebut akan memihak 100 peratus kepada Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

“Bagi kita (PAS) daftar sebagai pengundi itu tidak semestinya orang (Pemuda) itu akan jadi Umno.

“Cuma itu (dana) menjadi satu tarikan atau ‘umpan’ dengan menggunakan duit kerajaan. Pemuda ini akan daftar dengan Umno dan ambil duit Umno.

“Tetapi semasa mengundi, kita (PAS) yakin mereka (Pemuda-pemudi) akan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka tidak mengundi BN,” jelasnya.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita kerana isu program Dana Bakti Remaja pernah dibuat laporan kepada pihak SPRM yang waktu itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tetapi tidak ada tindakan positif.

.

Adnan Ibrahim: Menteri Besar Kelantan kais pagi makan pagi

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.

Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.

Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.

Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.

Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?

(Gambar: TG Nik Aziz tidak mempunyai harta...apa orang akan percaya tetapi itulah realiti sehingga tidak boleh menunaikan haji tahun ini.)

Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa TG Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa TG Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

Boros sangat TG Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.

Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.

Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.

Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.

Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.

Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun TG Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."

Apakah orang seperti TG Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."

Dilihat dengan mata kasar memang TG Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini jiwa besar yang ada pada TG Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "Kesian orang miskin."

Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.

(Gambar: Rumah TG Nik Aziz di Pulau Melaka tidak sama dengan rumah para menteri besar BN walaupun sudah 19 tahun menjadi MB)


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan TG Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.

Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan TG Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta TG Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.

Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja TG Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.

Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana TG Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.

Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.

Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.

Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?


Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis 'pentaerythritol tetranitrate' (PETN) dan 'cyclotrimethylene trinitramine' (RDX) tergolong dalam kumpulan 'secondary explosive', digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.

http://nanbinjai.blogspot.com

UMNO selamanya Rasuah-DS Nizar Jamaluddin

Sg Siput : Dato Seri Nizar mengimbau kembali dan menerangkan kepada Rakyat mengenai apa yang berlaku pada waktu awal dahulu yang ketika mana diwaktu itu UBN menawarkan kebanyakkan Adun-Adun PR dengan wang ringgit dan pelbagai lagi jawatan seperti Exco Kerajaan Negeri sekiranya mereka mahu untuk bersama UBN.

Dato Seri menyatakan sendiri bahawa Beliau juga turut ditawarkan wang ringgit dan jawatan Menteri Besar sekiranya Beliau mahu untuk bersama-sama dengan UBN di awal pemerintahan PR di Perak dahulu.Beliau memberikan gambaran kepada Rakyat dan menyatakan kepada mereka untuk menilainya sendiri bahawa inilah sikap Pemimpin UBN yang ketika itu cuba menyogok kami Adun-Adun PR dengan wang ringgit dan kesenangan.Beliau turut menegaskan bahawa setelah sekian lama dan untuk selamanya Umno akan menjadi sebuah Parti yang mengamalkan rasuah.Ia bukan sekadar tuduhan namun ia diakui sendiri oleh Pimpinan UMNO iaitu Tun Dr Mahathir dan juga Tengku Ritaudin yang mengesahkan bahawa parti UMNO ialah parti rasuah.

Sabda Rasullulah yang bermaksud : 'Rasuah yang terdiri daripada penerima,pemberi,pencatit rasuah dan yang menjalankan kerja-kerja rasuah ini dibalas dengan siksaan Api Neraka'.

Perumpaan buat UMNO ialah seolah-olah mereka ini melihat budaya rasuah semacam seekor lalat yang hinggap dihidung,dan di kuis dengan mudah oleh mereka sedangkan kita ummat islam menggambarkan rasuah ini semacam satu gunung yang besar yang nak runtuh menghempap kita dan kita lari dengan laju.

Beliau juga menyatakan bahawa budaya ini sebenarnya dibentuk oleh Pimpinan merka apabila 1 Malaysia(Najib Tun Razak) juga menggambarkan kepada semua bahawa rasuah ini hnya sekadar kesilapan taknikal dan ia menampakan ia begitu mudah untuk dimaafkan dan diperbetulkan.Maka akibat dari itu lah maka UMNO hari ini boleh membuat perkara-perkara yang dipenuhi rasuah semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

Umno membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak kerana pemikiran mereka menetapkan bahawa agama itu asing dan politik itu asing.Ia bermakna bagi fahaman mereka Allah swt hnya akan bertanya pada mereka bab - bab rukun sahaja sedangkan Allah swt berfirman di dalam surah 36 ayat 65 yang bermaksud :

'Pada hari itu aku akan kunci mulut-mulut kalian dan tangan-tangan kamu aku benarkan berkata-kata berkenaan dengan apa yang kita lakukan diatas muka bumi ini dan kaki-kaki kamu menjadi saksi.'

Di akhir ceramah itu,Beliau merumus dan menyatakan bahawasanya akibat dari pemikiran yang mengasingkan antara agama dan politik inilah yang membuatkan UMNO tidak takut untuk memikirkan akan salah dan silap,dosa dan pahala,akhirat dan dunia kerana bagi mereka Allah swt tidak akan bertanya tentang perkara-perkara itu.


Yb Yunus dan Surya turut menjadi Penceramah termasuk Yb Jayakumar






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .