Ikuti Blog ini

Kejayaan Mesyuarat PAFA,Mencerminkan Kematangan Ahli Majlis dan Presiden.

Mesyuarat Ahli Majlis PAFA yang dipegerusikan oleh YB Haji Muhammad Nizar selaku presiden PAFA bermula jam 2.15 petang tadi diadakan di Bilik Mesyuarat PAFA.Tetapi oleh kerana Bekas Presiden Kelab Penyokong Perak Sdr. Jamil Osman yang telah dipecat pada bulan november yang lalu tiba-tiba hadir dan menyuarakan ketidakpuasan hati beliau diatas pemecatan tersebut menyebabkan mesyuarat tergendala seketika.

Presiden menerangkan bahawa Sdr. Jamil banyak mengeluarkan kenyataan yang menentang Presiden dan sering mendesak YB Haji Nizar agar melepaskan jawatan,oleh kerana beliau sudah tidak sehaluan lagi dengan PAFA maka terpaksalah pemecatan dilakukan untuk kebaikan pengurusan Bolasepak Perak.

Desas-desus akan diadakan usul untuk memecat YB Nizar dan mengadakan EGM,langsung tiada kedengaran dan dibangkitkan.Suasana mesra dikalangan Ahli Majlis memutuskan bahawa tidak akan ada campurtangan politik dalam bolasepak perak,segala hutang dan kebajikan pemain akan dijaga dengan penuh amanah.

Sebidang tanah kepunyaan PAFA yang hampir 10 tahun tidak dimajukan,akan mula diusahakan oleh PAFA agar segala hasilnya dapat membantu kewangan PAFA pada masa akan datang.

Untuk menguatkan lagi komitmen dikalangan Ahli Majlis maka mesyuarat PAFA akan diadakan sebulan sekali.YB Haji Nizar menyatakan bahawa Presiden FAM memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada beliau agar dapat membangunkan Bolasepak Perak tanpa ada campurtangan politik dan sentiasa menjaga keperluan dan kebajikan pemain.

Dengan segala perancangan dan keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat itu,serta sokongan yang akan diberikan oleh Kerajaan Negeri,maka kesimpulannya,pihak BN kini sudah mengakui bahawa PAFA yang diketuai oleh Presidennya YB Haji Nizar mampu mentadbir Bolasepak Perak dengan baik..Syabas Yeoppp....

Pecah tembelang - BN disaman RM546 juta.


BN pula disaman RM546 juta kes kontrak

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan sebuah syarikat papan iklan dan BN memfailkan tujuh dokumen termasuk senarai isu yang akan dibicarakan berkaitan kes saman RM546 juta syarikat itu terhadap BN.

Syarikat Pentas Permata Sdn Bhd (PPSB) dan BN diperintahkan memfailkan antara lain ikatan dokumen yang dipersetujui kedua-dua pihak dan yang tidak dipersetujui, senarai saksi terlibat dan ikatan kes plaintif dan defendan.

Timbalan Pendaftar, Nur Yusliana Yusoff membuat arahan itu dalam kamarnya selepas kes itu disebut di hadapannya bagi pengurusan kes.

Peguam BN, Datuk Mohd Hafarizam Harun, memberitahu pemberita bahawa Nur Yusliana menetapkan 26 Jan untuk pengurusan kes akhir saman itu bagi menentukan tarikh perbicaraan.

Pada 7 Dis 2007, PPSB menfailkan saman terhadap BN kerana menamatkan perjanjian bertarikh 5 Jan 2006, untuk membekalkan dan mendirikan papan iklan luaran bagi BN untuk mempromosikan BN semasa pilihan raya umum.

Syarikat itu yang dilantik sebagai ejen untuk mendirikan papan iklan bagi BN, menamakan BN melalui pegawai amnya Datuk Yaakob Mohammad, sebagai defendan.

PPSB, dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa mengikut perjanjian, BN berhak menamatkan perjanjian itu pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan daripada perjanjian itu ditandatangani tetapi BN telah mengeluarkan notis itu selepas enam bulan perjanjian ditandatangani.

Akibat itu, syarikat itu mendakwa telah mengalami kehilangan keuntungan sebanyak RM546,552,800 termasuk kos mendirikan papan-papan luaran, pendapatan tahun pertama dan kedua dan jumlah pendapatan sepanjang 10 tahun.

Syarikat itu mendakwa BN juga gagal untuk bekerjasama bagi memperoleh lokasi strategik dan menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan-papan luaran itu.

Syarikat itu menuntut ganti rugi khas sebanyak RM546,552,800, ganti rugi am, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

BN dalam pernyataan pembelaan mendakwa penamatan perjanjian itu adalah sah kerana PPSB gagal menunjukkan sebarang hasil daripada tugas yang sepatutnya dijalankan mengikut perjanjian itu.

BN mendakwa syarikat itu tidak pernah memintanya bagi menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan luaran itu dan BN juga tidak bertanggungjawab untuk memperoleh lokasi strategik bagi membina papan luaran itu.

Ia berkata tindakan syarikat itu memfailkan saman terhadap BN adalah salah kerana yang sepatutnya disaman adalah pegawai amnya. BERNAMA

Ust. Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri.

ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.

Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki.

"Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.

Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.

Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.

"Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja.

"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .

Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.

Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.

Nik Aziz melawat tempat kejadian kemalangan KB MALL




KOTA BHARU, 8 Dis: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meluangkan masa kira-kira 25 minit di tempat kemalangan yang meragut dua nyawa dan satu parah dalam kejadian kereta terjunam dari parkir di KB Mall kelmarin.

Beliau yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan diberi taklimat oleh kakitangan Pasaraya New Pasiffic berhubung kejadian yang telah berlaku.

Turut meninjau perkembangan itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Meja (B) Md AnizamAbdul Rahman, Yang Dipertua MPKB, Haji Ahmad Mahmood, serta para pegawai kanan MPKB-BRI.

Ketika memberitahu pemberita selepas itu beliau berkata, kejadian berkenaan sesuatu yang diluar jangka dan tidak tidak terfikir oleh sesiapapun.

“Benda ni (kejadian itu) berlaku payah nak fikir, semuanya kuasa Allah, bagaimana kemalangan boleh berlaku dengan merempuh dinding yang begitu tebal, kemudian merempuh pula orang di bawah,”ujarnya.

Sementara itu, mesyurat khas yang berlangsung 11.15 pagi tadi memutuskan pasaraya berkenaan boleh beroperasi sebagaimana biasa bermula pukul 2.00 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata ianya diambil kira selepas mesyuarat memutuskan struktur bangunan berkenaan masih dalam keadaan baik.

“Bukan itu sahaja, pembinaannya juga tidak menyalahi peraturan MPKB-BRI seperti dengan mencampuri bahan-bahan yang tidak baik sehingga menjejaskan struktur bangunan,”ujarnya.

Bagaimanapun, menurutnya pihak Bomba dan Penyelamat meminta factor keselamatan sentiasa diambil kira bagi memastikan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada kejadian yang berlaku petang 6 Disember lalu, dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Bharu maut, manakala seorang lagi parah dan seorang lagi cedera ringan dihempap sebuah kereta yang terjunam dari tempat parkir tingkat atas.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Siti Nor Amira Samsuddin, 19 dan Siti Nor Diana Azman, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Latfi, 24, juga pelajar kolej yang sama.

Pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, hanya mengelami cedera ringan setelah kereta jenis Ford Laser TX3 yang dipandu mangsa dikatakan rosak di Tingkat 3 parkir itu, tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin pasar raya itu.

Sumber: Harakahdaily

Rayuan derma & tunjuklah simpati..pada Ahmad Lutfi

Oleh Songkok Putih


Beberapa hari lalu saya tidak berada di dalam kawasan, al Hamdulillah sekarang ada sidikit kelapangan untuk saya berbicara beberapa perkara dalam ruang ini.

Saya telah menerima maklumat bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat. Pembedahan ini memerlukan kewangan yang melibatkan angka yang besar.

Ahmad Lutfi Othman seorang perjuang reformasi semenjak di Universiti lagi. Seorang yang low forfile tidak menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan semangat waja.

Jasanya di Harakah cukup besar walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali dengan rendah diri dan tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama kenapa dia disingkirkan sebelum ini.

Ya seorang yang bekerja kerana Islam bukan kerana manusia sejagat! Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini.

Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau membuat serangan beberapa siri pendedahan kebajetan pemimpin-peminpin Negara!

Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!!

Ahmad Lutfi perlu dibantu, dimana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan di tolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?

Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maun yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman. Kita mesti meringakan bebannya.

Jangan sampai nanti ada sahabat-sahabat UMNO yang kita benci dan nista mendahului kita memberi bantuan. Jangan pelekeh kenyataan saya. Semasa Ahmad Lutfi di dalam tahanan ISA dahulu, sesiapa yang berusaha mengeluarkannya. Bukan Pemuda UMNO Selongor !! Siapa yang bantunya semasa dia di saman??

Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka... Jika ini sikaplah kita masa depan perjuangan kita masih jauh...

Saya menyeru dalam kesempatan ini bantu seadanya untuk meringankan beban beliau, semoga Allah akan memberikan kita kemuliaan disisiNya....

Akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman (Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) 162179670906

.........
** Saya juga diminta untuk maklumkan kepada HISBI ISLAMI UTM untuk sebaran dan bantuan kewangan.

Program Motivasi dan Teknik Penunggangan Selamat.

Puchong - Jawatankuasa Pengurusan DUN Seri Serdang, Masjid As-Salam & Lajnah DACS (Department Art, Culture and Sports, Dewan Pemuda PAS) telah berjaya mengadakan program motivasi dan teknik penunggangan motosikal dengan cara betul, yang telah di tunjuk ajar oleh bekas pelumba kebangsaan iaitu sdr. Yasir. dan motivasi disampaikan oleh Ust. Ahmad Husni Abdul Rahman dari PPZ ( Pusat pungutan zakat W.P). Program ini telah berlangsung di perkarangan masjid As-Salam Puchong Perdana petang tadi.
YDP Pas Puchong Ust. Soffiean memulakan bicara.

Motivasi disampaikan oleh Ust. Ahmad Husni Abd. Rahman.


Masjid As-Salam

Ust. Husni sedang berinteraksi dgn peserta.

Sdr. Yasir mununjukkan cara penunggangan motor dgn selamat.


Sdr. Yasir memberi penerangan kepada peserta-paserta.

Peserta mengambil bahagian teknik penunggangan selamat.


Tidak ketinggalan juga KP untuk menunjukkan bakat.

Akhi Roslan Hanafiah, semoga Allah memberkati jasa dan pengorbanan tuan menjayakan program ini.


Komander Jab. Amal Puchong, Sdr. Nazree banyak membantu dlm program ARC ini.



YDP Pas bersama Yasir.

Pengarah Program Sdr. Ahmad Azuwan bergambar kenangan dgn. Yasir.

KP juga nak bergambar dgn Yasir.

Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam supermarket

salah seorang mangsa yang cedera parah terkena bongkah batu dan kereta meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Mengikut maklumat pengawal di situ kedua-dua mangsa yang tekorban adalah pelajar dari kolej perubatan swasta Masterskill bersebelah KB Mall.

setelah berita ini tersebar, ribuan yang datang membanjiri di hadapan KB Mall untuk mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri apa yang berlaku di dalam supermarket KB Mall.Sehingga berita ini ditulis semua pintu utama supermarket masih lagi ditutup.Orang ramai masih lagi menunggu berita terkini dari luar KB Mall. gambar ini dirakam dari tingkat 3 tempat Parking KB Mall di mana tempat kereta merempuh benteng simen.

Pecahan siling dan Lubang besar yang terbentuk akibat dari rempuhan kereta yang hilang kawalan dari parking tingkat 3.Dari pecahan benteng simen inilah kereta menjunam ke dalam supermarket.

Beberapa orang anggota Polis sedang memerhati pecahan dinding konkrit simen yang pecah akibat rempuhan kereta.Dari tempat inilah kereta yang hilang kawalan telah merempuh dan masuk menjunam ke dalam supermarket.

Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa... 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkat sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.



Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.

Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.

Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.

Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.

Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi,i-c-u, hospital raja perempuan zainab dua kota bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.

Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.

Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.

WE LOVE T.G NIK AZIZ








Sebab sebenar Ahmad Said tergesa-gesa mahu bersara

Berbagai spekulasi mulai timbul ekoran Pengarah SPRM, Ahmad Said mengemukakan notis bertulis supaya kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei tahun depan dipendekkan kepada 31 Disember ini.

Adakah ianya ada kaitan dengan siasatan SPRM keatas Setpol seorang Menteri baru-baru ini atau kerana gara-gara SPRM mahu menyiasat isu berkaitan hubungan sulit di antara Perdana Menteri Najib Abdul Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dilapor oleh Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Shamsul Iskandar Mohd Akin di sini

Walau apa pun , besar kemungkinannya kerana takutkan satu lembaga yang menyerupai mendiang Teoh Beng Hock yang katanya kelihatan merayau-rayau di ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Plaza Masalam, Shah Alam. [klik sini ]

Apakah Najib akan mengambil langkah yang sama jika Altantuya muncul nanti? dengar khabarnya Altantuya akan muncul di sini . Ramai juga nak tahu, kalau hantu Monggolia tu bertarung dengan hantu kopek besar siapa yang menang?

Video Aksi Datuk Azhar Tunjuk Punggung

Belum pun 15 minit bersidang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini semalam kecoh apabila sembilan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bertindak keluar dewan.

Tindakan itu dibuat apabila Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim sekali lagi digantung berikutan keengganannya memohon maaf kepada Sim Tze Tzin (PKR-Pantai Jerejak) yang mendakwa Azhar menunjukkan punggung kepadanya.

Semuanya bermula apabila Tze Tzin yang mengambil bahagian perbahasan Bajet 2010 pada pukul 9.45 pagi dan membangkitkan isu itu yang kemudian- nya mendapat perhatian Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain.

Abdul Halim kemudiannya mengarahkan Azhar supaya memohon maaf kerana perbuatan itu seolah-oleh menghina Tze Tzin selain mempelawa Azhar menonton kembali tayangan video kejadian terbabit namun enggan dipatuhi Azhar.

Beliau kemudiannya mengumumkan Azhar digantung sehingga selesai persidangan yang menyaksikan semua ADUN BN keluar dewan. - Kosmo




Malam ini 'Himpunan PAS For All bersama Tok Guru Nik Aziz '


Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihujani pelbagai fitnah dan dugaan muktahir ini akan bersama-sama rakyat pada "Himpunan Perpaduan Umah PAS For All" di Taman Melewar, Sabtu 5 Disember jam 9.30 malam.

Program ini akan menampilkan kedua-dua Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) India dan Cina, Balasubramaniam dan Hu Phang Chow yang akan berintraksi dengan para penyokong Pakatan Rakyat, kata Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya kepada Harakah.

Turut menyampaikan pidato, AJK PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin yang akan mengulas isu-isu berkaitan royalti minyak, PRK Kota Siputeh, pengharaman BTN dan tohmahan jahat Umno terhadap MB Kelantan.

Himpunan ini juga bersempena sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Kawasan Batu.

Orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir bagi mengikuti ulasan terkini Mursyidul Am tentang kontroversi doa terhadap PM dan tuntutan royalti minyak.

Sokongan Tak Berbelah Bahagi Kepada PAS & TGNA

Anual Bakri, Setiausaha Politik TGNA.
Abdul Ariffahmi, menantu TGNA.
Ustaz Mat Daud Iraqi.
Wan Kharul Isham, Ketua AMK Negeri Kelantan.
Wakil Dewan Muslimah PAS Negeri Kelantan.
Yang tersengih dekat depan ni Jeming Hase, dekat belakang dia pulak Huse... ngam...
Pemimpin Pemuda PAS Negeri, Dr Rosli Alani Abdul Kadir.

Ramai lagi yang datang, tapi aku tak sempat nak snap... tangan dengan kaki gua sepasang je beb..!
Muslimah Tak pernah ketinggalan...
We Love Tok Guru... We Love Najib tak de pun..?
Dato' Paduka Husam Musa dan Setiausaha Politik TGNA dicelah-celah penyokong PAS dan TGNA
Petubuhan Kebajikan Negeri Kelantan Penyokong Setia Tok Guru...
Sengih...
Sengih...
Memorandum Menyokong Pemerintahan TGNA.
Berbagai-bagai, beramai-ramai...
Pakat-pakat kerumun Dato' Paduka Husam Musa...
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .