Ikuti Blog ini

TIADA TEMPAT BAGI KETUANAN MELAYU (Cantik punya statement)


Apa akan terjadi agaknya bila kata-kata itu, TIADA TEMPAT BAGI KETUANAN MELAYU! diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP. Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar lagi?

Bila Penasihat GERAKAN sendiri yang bercakap begitu.. mana menghilang ahli-ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU) yang bersemangat membela nasib melayu hari itu?

Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.

Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Akhbar berbahasa Cina memetik Lim berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam ulangtahun ke-41 parti itu di Ipoh malam tadi.

Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.

Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

"Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara," katanya dalam laporan tersebut.

"Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin'," katanya lagi.

LAPORAN BERBAU HASUTAN, UTUSAN BERDEPAN SAMAN


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia di atas laporannya yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam berkata, mana-mana pihak tidak harus membazir masa memainkan isu untuk meniupkan api perkauman, sebaliknya harus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara.

"Saya akan berbincang dengan panel peguam saya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak (Utusan Malaysia) yang membuat laporan yang tidak bertanggungjawab,"

Kor Ming turut kesal dengan dakwaan yang dibuat beberapa pihak terhadapnya tanpa merujuk dan meneliti kenyataannya terlebih dahulu.

"Saya sangat kesal dengan kenyataan beberapa pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Syed Abdul Aziz dan beberapa NGO lain telah membuat dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks ucapan," katanya.

Kor Ming juga akan membuat laporan polis pada masa terdekat ini berhubung laporan itu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan kononnya Kor Ming di Dewan Rakyat kelmarin mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataan Kor Ming itu turut dikecam Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkannya sebagai biadab.

Sebaliknya Kor Ming menegaskan, beliau langsung tidak mempertikaikan peruntukan untuk masjid sebaliknya mengalu-alukan perkara itu.

Namun beliau turut mahukan kerajaan menitik beratkan mengenai pembinaan rumah ibadat agama lain bagi memberikan keadilan kepada semua kaum dan agama.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat menyifatkan laporan media arus perdana kini semakin melampau dengan kenyataan-kenyataan yang sengaja membangkitkan kemarahan rakyat bukan Islam.

"Saya lihat keadaan pemberitaan media sekarang ini semakin melampau. Hari ini kita baca laporan yang boleh membangkitkan kemarahan kaum India,”

"Saya setuju dengan kebebasan pemberitaan tapi cara yang ttidak mengikut etika adalah tidak betul. Sedangkan Kor Ming tidak pernah memertikai RM700 juta yang diperuntukkan untuk pembinaann masjid," tegasnya.

Beliau juga berkata, PAS akan mempertahankan tindakan rakan-akan daripada DAP atau PKR sekiranya perkara yang dilakukan itu tidak bertujuan mewujudkan kebencian kaum.

“Kami di sini daripada PAS yang akan mempertahankan kenyataan Nga Kor ming walaupun kita dilihat seolah-olah menjual bangsa dan agama kita kerana perkara itu tidak berlaku sama sekali,” tegasnya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam pula berkata, laporan itu membuktikan Umno BN semakin terdesak dengan cuba mengapi-apikan orang Islam dengan orang bukan Islam.

“Tindakan Umno BN melalui media milik mereka ini membuktikan mereka dalam keadaan terdesak,”

“Mereka sentiasa nak tunjukkan DAP ini anti-Melayu, anti-Islam. Ini satu tindakan yang sangat bahaya,” katanya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR turut menyokong cadangan Kor Ming yang mahukan pembinaan rumah ibadat lain turut diberi perhatian bagi memastikan pembangunan moral rakyat bukan Islam terus terjamin.

“Kerajaan juga harus melihat kemudahan untuk rakyat agama lain supaya anak-anak mereka ada tempat untuk beribadat. Ini juga dapat memerangi masalah soasial yang berlaku ketika ni,” katanya.(harakahdaily)

Wacana Perdana : “Islam Di Malaysia Realiti & Harapan”

Terkini ! - Jawapan TG Hj. Abd. Hadi.

Tok Guru Hj Hadi (TGHH) sebenarnya telah lama menjawab segala apa yang terbuku dihati blogger-blogger yang masih lagi memutar-belit isu UG dan beberapa isu lain, agar menampakkan bahawa PAS itu telah berpecah kepada dua kumpulan.

Malangnya, ini hanya berlaku di Malaysia. Isu-isu lapok dicungkilkan kembali dan di'spin' agar matlamat si 'zalim' tercapai. Pelajar dan rakyat kita di UK telah lama faham dan jelas isu-isu tersebut. Tanpa masalah.

Isu-isu yang dijana semula untuk kepentingan peribadi dan keuntungan pihak tertentu sebenarnya pernah dijawab secara tuntas oleh TGHH. Beberapa video jawapan yang dipetik dari sebuah channel youtube: "Islamic Home Media (IHMedia)" telah lama tersiar sejak 15 Jun 2009, sepatutnya menjadi salah satu rujukan asas kepada penggemar politik tanah-air.

Diharap pihak webmaster menjadikan video-video tersebut sebagai 'Sticky Video' dimuka depan blog anda semua, supaya tiada lagi isu-isu berbangkit dan di'spin' oleh puak-puak bathil, yang sengaja memburuk-burukkan pemimpin PAS dan mengeji Presiden tanpa hujah yang tuntas. Kepada pengunjung, anda semua disaran menonton semua bahan media tersebut, terutama Part 7 (dimana isu UG disebut).

Sebanyak lebih daripada 13 soalan dijawab oleh TG Presiden, semuanya bersifat ilmiah. Dari isu bahasa, isu demokrasi pilihanraya dan lain-lain lagi. Dan diharap perkara-perkara bathil tidak lagi disemarakan didalam blog-blog pemfitnah (samada pembawa, pembuat, mahupun pembuka atau muqaddimah kepada fitnah!). Sesungguhnya benar, pembawa berita bathil adalah dekat dengan neraka!




"SELAMAT MENONTON"

TGNA vs. Najib - Awas kamu !!

MB Kelantan, TG Nik Aziz akan terus mengangkat tangan ke langit luas berdoa ke hadrat Allah swt. Awas Najib, itu janji kamu kepada Kerajaan Kelantan berdasarkan kepada perjanjian asal yang dimeterai. Siapakah yang boleh menghalang beliau (TGNA) dan rakyatnya dari terus berdoa dalam gelap di malam buta dinihari, biarpun secara sendirian ?

"Ingat, Jika Najib tak beri, beliau akan berdepan dengan kemusnahan, baca seterusnya KLIK IMEJ DIBAWAH.

sumber : Harakah cetak edisi terbaru

KERAJAAN PERLU PEGANG PADA PRINSIP KEBEBASAN BERSUARA

PETALING JAYA: Menteri Besar Rakyat Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan perlu berpegang kepada prinsip kebebasan bersuara dan pandangan rakyat.

Kata Nizar, Kerajaan perlu menerima pandangan dan kritikan daripada rakyat melalui debat terbuka dan ia bukan untuk melemahkan agensi kerajaan.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) semalam supaya berhenti berdebat secara terbuka sehingga boleh mengakibatkan mereka terperangkap dengan strategi pembangkang untuk menimbulkan perasaan buruk sangka terhadap kerajaan.

Muhyiddin berkata, pembangkang sentiasa mencari jalan untuk memburukkan imej institusi dan agensi-agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi diraja.

Dalam hal ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu menambah, Muhyiddin seharusnya menunjukkan sikap satu Malaysia yang dilaung-laungkan oleh perdana menteri.

"Kami tidak ada tujuan dan strategi untuk memerangkap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam bentuk debat terbuka," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Sementara itu, Ketua Wanita Keadilan, Zuraidah Kamaruddin berkata, sebarang isu yang dibangkitkan atau didebatkan bukanlah untuk mencari silap mana-mana agensi kerajaan tetapi sebaliknya memberi ruang kepada masyarakat untuk bersuara.

"Ini bukan strategi pembangkang untuk meraih suara rakyat tetapi kami mengamalkan konsep kebebasan bersuara.

"Jika mereka (pemimpin kerajaan) tidak mahu berdebat bermakna mereka takut menerima teguran dan menghadapi perbezaan pendapat," ujarnya.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pendapat Muhyiddin mengganggap saranan itu mengekang hak kebebasaan bersuara masyarakat.

Budaya busuk sampai ke ju**r dalam umno











Salam...kekawan semua...betul ke orang umno busuk sampai ke usus ? jawapannya betul bukan aku kata Chet Det kata...sini

Hello kekawan betulkah umno ada bapak raccist ? betul... bukan aku kata..sini kata

Tengok gambar pun dah tau jawapan...kalau musuh umno buat riuh satu dunia tapi bila anak buah demer buat diam membisu ..apakah jadah semuanya ni? You all fikir ler sendri......

Perak Darul Kartun


Selepas mempunyai masalah dengan pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartunnya, kartunis Zunar melalui syarikatnya, Sepakat Efektif meneruskan penerbitan kartun itu dalam bentuk lain.

Kali ini mereka mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam bentuk buku dengan tajuk "Perak Darul kartun" (PDK).

Kenapa mereka memilih buku?

"Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anwar ul Haq.

(Gambar: Zunar bersama dengan pasukan kartunisnya)

PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah.

Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com.

"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat berkonfrontasi dengan pihak KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.

"Matlamat kami adalah untuk menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia, dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini, khususnya kartunis," kata Zunar.

Zunar percaya kartunis bukan sahaja berperanan mengenengahkan unsur lelucon dalam karya, tetapi punya tanggung jawab sosial untuk mengkritik, merakam realiti, memberi informasi, membawa suara rakyat dan mendidik.

"Kami berpendirian tegas bahawa kartunis tidak boleh berdiam diri atau berkecuali, tetapi harus menyatakan pendirian apabila masyarakat atau negara berdepan dengan krisis. Dan pendirian itu harus diterjemahkan dalam karya," katanya.

Kandungan

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu, turut dimuatkan ialah ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” yang memaparkan kritikan pedas terhadap isu semasa, tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.
Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

PDK juga menyiarkan komik empat belas muka surat karya ahli akademik dan sejarawan Dr Farish Noor bertajuk “Istana Kita”.

Sasterawan Negara, A. Samad Said menyumbangkan puisi tajamnya mengkritik pemimpin yang cakap tak serupa bikin sementara penyair Pyanhabib terus menulis di dalam kolumnya (seperti di dalam majalah Gedung Kartun) yang diberi nama “Racau”.

Aktivis Hishamuddin Rais menulis cerpen ‘Riwayat Tok Seri Jantan Takubin” dan seniman Rahmat Haron membongkar kisah misteri “Siri Bercakap Dengan Puaka”. PDK juga menampilkan peguam muda Puspa Ros menulis tentang undang-undang di dalam kolumnya “Dari Meja Loyar” yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Umno Parti ‘Racist’; Ustaz-Ustaz Dalam Umno Wajib Keluar Parti!

KUALA NERUS – Pemimpin Umno yang ‘racist’ telah bertelagah sesama sendiri, dengan masing-masing ‘pakat’ menggelar diri mereka diantara satu sama lain dengan panggilan ‘racist’ (orang yang mengamalkan perkauman).

http://buletinonline.net/images/stories/berita16/IsmailDgg.JPGSemalam, 7 Disember, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz yang mengakui beliau tidak boleh lari dari menjadi seorang ‘racist’, telah menggelar bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad sebagai ‘bloody racist’.
Nazri berkata demikian apabila Mahathir membalas kenyataannya, yang mahu merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) kerana BTN telah melatih rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu menjadi ‘racist’.

Pada 6 Disember, Mahathir berkata kerajaan tidak perlu merombak Biro Tata Negara (BTN) sebagai membalas kenyataan Nazri yang mengumumkan kabinet akan merombak kurikulum ‘racist’ BTN.

Hari ini, 8 Disember, Mahathir dan Nazri, kedua-duanya pemimpin parti Umno yang ‘racist’ berbalas-balas kenyataan tentang siapa yang lebih ‘racist’.

Mahathir telah mencabar Nazri keluar dari parti Umno yang ‘racist’, kerana kata Mahathir, Umno memang parti ‘racist’.

Namun begitu, kira-kira dua bulan lalu, pada pembukaan Perhimpunan Agung Umno 15 Oktober lalu, Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak memberi amaran kepada parti-parti politik lain khususnya Pakatan Rakyat, jangan menuduh Umno sebagai parti yang bersifat perkauman (racist).

Pada masa yang sama beliau menafikan Umno adalahsebuah parti politik yang ‘racist’

Hari ini, jelas cakap Najib adalah tidak benar, apabila bekas Presiden parti ‘racist’ Umno mengesahkan, memang Umno parti ‘racist’ dan Nazri turut mengakui, memang Umno adalah ‘racist’

Sehubungan itu, Ketua Urusan Ulamak PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang, menasihatkan supaya semua ustaz-ustaz yang masih menjadi ahli Umno, keluar dari parti Umno yang ‘racist’.

Menurutnya, Islam melarang orang-orang Islam yang beriman, berjuang atas dasar ‘perkauman yang sempit atau dalam bahasa sekarang dipanggil ‘racist’

”Orang-orang Islam yang beriman wajib berjuang menegakkan Islam, dan meperjuangkan Islam sahaja,

”perjuangan menegakkan ‘bangsa’ tidak ada dalam Islam, apatah lagi ‘menegakkan perkauman yang sempit,”katanya kepada Buletinonline semalam.

Secara khusus katanya, beliau mengajak dua orang ustaz dalam Umno Terengganu, supaya kembali memperjuangkan Islam bersama Parti Islam dan meninggalkan Umno.

”Semalam telah jelas, bekas Presiden Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno mengesahkan Umno adalah parti ‘racist’, parti yang bersifat perkauman,

”Oleh itu saya mengajak kedua-dua pemimpin Umno, YB Tepoh dan YB Batu Rakit supaya meninggalkan Umno, wajib bagi mereka keluar dari Umno,”jelasnya.

"Cina Kaum Pendatang" – MCA, GERAKAN macam mana???

MCA dan Gerakan dicabar keluar dari Barisan Nasional (BN) berikutan pembatalan penggantungan bekas Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang pernah mengeluar kenyataan “Cina adalah kaum pendatang.”

Ahli Parlimen DAP-Ipoh Barat, M Kulasegaran menganggap MCA dan Gerakan sebagai parti tidak berprinsip jika kekal dalam BN walaupun tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

“Apa pendirian Gerakan dan MCA dalam hal ini? Adakah mereka berani membuat keputusan meninggalkan BN. Itu yang patut dibuat jika mereka ada prinsip.

“Saya tidak hairan dengan keputusan Umno. Mereka langsung tidak menghiraukan desakan Gerakan dan MCA dulu yang mahu menghukum Ahmad.

“Kini semuanya kabur,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, sambil mendesak Umno membuat pengumuman rasmi mengenai isu itu.

September tahun lalu, Ahmad digantung keahlian dan dilucut hak-haknya dalam Umno selama tiga tahun kerana menyentuh sensitiviti kaum, tapi dibatal Jumaat lalu.

Pembatalan itu dibuat Umno dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) manakala Ahmad sudah dimaklumkan perkembangan itu tetapi tiada pengumuman rasmi setakat ini.

Pada satu ceramah 23 Ogos 2008 dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut masyarakat Cina adalah pendatang dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Ahli Parlimen DAP-Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula berkata, pembatalan itu meningkat imej rasis Umno dan bertentangan dengan semangat 1Malaysia.

Beliau tertanya-tanya pendirian Pengerusi BN Pulau Pinang yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Koh Tsu Koon yang terlibat secara langsung dalam pertelagahan dengan Ahmad Ismail.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam soal perpaduan, apa pendirian Tsu Koon? Dan, apa sebenarnya mesej yang mahu disampai melalui keputusan itu?” katanya.

Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menyifatkan penggantungan itu ditarik balik bagi mengukuhkan konsep Ketuanan Melayu.

Menyifatkan keputusan itu mengecewakan banyak pihak, beliau mendapati Umno cuba memulihkan individu yang didapati bersalah dalam kelakuan mereka semata-mata atas dasar kepentingan politik. -FMT

"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," Mursyidul Am Pas

[DSC00685.jpg]
Kelantan sahut cabaran bawa isu royalti ke mahkamah

KOTA BAHARU - Kerajaan Pas Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.

Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.

"Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak," kata Mursyidul Am Pas itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.

Pecah Perut Bakal Jadi Kenyataan.

Doa Menteri Besar Kelantan yang dijadikan isu oleh UMNO BN nampaknya bakal dimakbul oleh Allah s.w.t. apabila hari ini dengan jelas terpapar sekeping gambar, "lets cheers", Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Mohd Najib Tun Razak bersama-sama Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjiva.

Ianya dipercayai dirakam di dalam majlis Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Bukit Bunga yang terletak di Malaysia dan Ban Buketa di selatan Thailand yang menurut Najib membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara sejak 50 tahun lepas.

Perdana Menteri berkata hubungan Malaysia dan Thailand sentiasa menjadi perkara utama kerana kedua-dua negara bukan hanya merupakan jiran terdekat yang berkongsi sempadan, tetapi juga mempunyai aspirasi yang sama.

"Kedua-dua kerajaan telah menunjukkan mereka boleh bekerjasama untuk kepentingan rakyat kedua-dua negara," katanya.

Beliau berkata keputusan kedua-dua kerajaan pada 14 Okt 2004, untuk menandatangani perjanjian bagi membina jambatan itu adalah bukti kepada hubungan baik kedua-dua negara yang telah menghasilkan banyak projek usahasama untuk dilaksanakan bagi kepentingan rakyat yang tinggal di sepanjang sempadan bersama.

Najib berkata demikian ketika bersama-sama Perdana Menteri Thai Abhisit Vejjajiva merasmikan jambatan itu pada majlis menamakan semula jambatan berkenaan sebagai Jambatan Persahabatan.

Di dalam gambar berkenaan, Najib selaku seorang "pemimpin beragama Islam" tidak segan silu untuk melakukan satu majlis cheers, yang ramai meyakini Najib bersama PM Thailand memegang segelas wain setiap seorang, semata-mata untuk membuktikan hubungan persabahatan yang erat antara dua negara .

SAH sahih confirm UMNO parti perkauman.

“Mahathir Bapa Segala Racist”




KUALA LUMPUR, 9 Disember - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menepis serangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyelar mantan Perdana Menteri itu sebagai ‘bapa segala perkauman’.

Berhubung isu modul perkauman Biro Tata Negara, Nazri membidas mantan Presiden Umno itu sebagai cuba menegakkan benang yang basah, dan mengkritik Tun Dr Mahathir sebagai seorang munafik.

Nazri berkata demikian ketika mengulas mengenai cabaran Mahathir supaya beliau meletakan jawatan bagi membuktikan Nazri bukan seorang yang rasis. Cabaran itu timbul selepas Nazri menyifatkan veteran Umno tersebut sebagai sangat rasis dengan mempertahankan kursus berkenaan.

“Jika saya bersifat perkauman kerana dalam Umno, beliau adalah bapa perkauman selaku Presiden Umno selama 22 tahun.

“Apa yang dia buat kini, kami menyokong dia sepenuhnya sebelum ini tanpa ragu dan sekarang dia menyerang kami lebih teruk dari pembangkang. Hari ini pembangkang tidak perlu buat kerja bagi Tun Mahathir sahaja,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu dan Nazri Aziz bertelagah selepas kerajaan dikritik kerana akur dengan tuntutan rakyat supaya kursus BTN yang pro-Umno dan anti-Cina dirombak dan diperbaharui dengan modul yang pro-Malaysia.

Tun Dr Mahathir yang Nazri sifatkan sebagai gurunya dalam politik ala-Umno dikecam kerana menggerakkan kempen menjatuhkan kerajaan dibawah para penggantinya. Nazri juga menolak cabaran Dr Mahathir yang beliau sifatkan sebagai satu perangkap politik.

“Dulu masa dia hendak berhenti kita kata jangan berhenti, dia yang hendak berhenti. Lepas tu nak suruh saya berhenti kenapa?

“Saya tidak akan memenuhi permintaanya untuk membuat dia gembira kerana itu yang dia mahu dari saya. Saya tidak bodoh untuk terperangkap,” katanya.

Nazri juga menyanggah dakwaan bahawa beliau telah bersikap kurang ajar terhadap mantan Perdana Menteri itu. Beliau menambah Tun Dr Mahathir perlu redha bahawa dalam negara demokratik, tidak ada orang yang bebas dari kritikan.

“Jangan kata saya ni kurang ajar, yang dulu pada tahun 60-an dia kritik Tunku Abdul Rahman beliau tidak kurang ajar? Dia ajar saya.

“Kalau dia boleh komen orang kenapa saya tidak boleh komen dia? Siapa dia? Hanya sebab dia mantan Perdana Menteri dia boleh buat apa yang beliau suka saya tidak setuju.”katanya.

Apa kata ahli Umno yang miskin ?

Memetik sumber dari Paradigma, tulisan Haji Banang berkaitan kandungan sebuah buku, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang mendakwa Malaysia mengalami kerugian kewangan secara langsung berjumlah kira-kira RM50 billion sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahan Dr. Mahathir.

Jumlah itu bertambah sekali ganda jika diambil kira kerugian lain yang ditanggung, seperti pelupusan hutang tanpa rekod.

Berasaskan nilai pertukaran matawang, ‘kerugian’ RM100 billion itu bersamaan dengan AS$40 billion. Buku itu, yang ditulis oleh Barry Wain, bekas editor Asian Wall Street Journal, mendakwa kebanyakan kerugian berlaku pada sekitar tahun 1980-an dan antara penyebabnya ialah percubaan kerajaan untuk memanipulasi pasaran timah dan pertaruhan Bank Negara dalam pasaran matawang.

Penulis itu, yang kini menjadi penulis residen di the Institute of Southeast Asian Studies in Singapore turut mendakwa Mahathir menggunakan sumber kewangan rahsia untuk membolehkan UMNO, yang diterajuinya ketika itu berkembang menjadi sebuah konglomerat besar dengan pelaburan dalam setiap cabang ekonomi.
_______
*Namun pelaburan konglomerat itu tidak terdasar kepada golongan ahli-ahlinya yang miskin seperti dalam gambar ini. Kesian ahli miskin Umno ini. Cerita lanjut klik di sini.

Bila disebutkan 'konglomerat' mungkin hanya golongan terbatas seperti foto dibawah ini yang dipandang tinggi oleh pemimpin Perikatan khususnya ketika itu, kini dan selamanya. Sebahagian dari gambar-gambar rumah Dato Mukhriz yang dirakamkan ketika "house warming" suatu masa dahulu.

Terkedu pakcik ahli Umno seumur hidup tu bila ditunjukkan 2 keping foto dibawah kepadanya ketika kunjungan ke-2 tempohari. Jangan terperanjat jika beliau ada umur dan bertemu PRU13, pangkah pakcik ini tidak lagi untuk Umno kerana Umno busuk hingga ke usus, chedet kata.






Ini bapak Mukhriz.Kenai kaa ??

BUKU BARU AKAN TERBIT !!

(klik untuk besarkan)
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .