
Ikuti Blog ini
Detik-Detik Kemenangan Emas Di Vietnam , at 18.12.09,






Penantian emas 20 tahun berakhir…
Pasukan Bolasepak Malaysia menutup tirai tahun 2009 dengan memenangi perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA XXV menentang Vietnam pada malam ini..Gol Malaysia telah diperolehi pada minit ke 83 pada separuh masa kedua.Kemenangan pada malam ini mengakhiri penantian selama 20 tahun pingat emas bola sepak Malaysia di Sukan Sea
Kali terakhir Malaysia memenangi emas untuk bola sepak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1989, dengan kemenangan 1-0 ke atas Singapura.
Mahkamah Rayuan Dalang...???? , at 18.12.09,
Kes Dato Seri Nizar dan Negeri Perak menjadi mangsa pertama....Sudah diistihar menang tapi ditahan dari memiliki trofi hanya kerana mahkamah rayuan...!
kes SPRM diberi kuasa untuk menyoal siasat tahanan selepas waktu pejabat,juga angkara mahkamah rayuan...Apakah peristiwa 14 akan berulang...???
Sampai bilakah persoalan akan tinggal persoalan....????
PENEMUAN BARU - SUNGAI DIBAWAH LAUTAN , at 17.12.09,
Kerugian RM 8 Bilion MAS Harus Disiasat , at 17.12.09,
Pakatan Rakyat menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat dokumen yang mendakwa Sistem Penerbangan Malaysia menanggung kerugian RM 8 bilion.Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata Parlimen perlu memberi perhatian kepada salinan surat dari bekas Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Komersil kepada Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengesyaki ada unsur-unsur jenayah disebalik kerugian ini.
“Apa yang membangkitkan kemusykilan dan keresahan saya ialah, kemungkinan MAS telah ditipu atau diperdayakan sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 8 bilion daripada tahun 1994 sehingga tahun 2001. Dokumen yang dikatakan sebagai surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Komersial PDRM kepada PM itu mencadangkan supaya tindakan undang-undang diambil kepada beberapa orang individu warganegara Malaysia dan juga warganegara asing”, ujar Salahuddin Ayub.
Surat bertarikh 21 Julai ini mendakwa adanya unsur penipuan dan sabotaj sehingga menyebabkan syarikat penerbangan nasional ini menanggung kerugian sejak 1994 sehingga tahun 2001.
Soal beliau sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku, mengapa tiada sebarang tindakan diambil sedangkan cadangan untuk menyiasat perkara ini telah diserahkan kepada Tun Abdullah pada tahun 2007 lagi.
“Kesahihan adakah dokumen itu benar merupakan surat daripada Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah PDRM kepada Perdana Menteri, harus disiasat dan adakah kandungan dokumen itu benar atau tidak juga harus disiasat kerana ia benar melibatkan kerugian rakyat sebanyak RM 8 bilion dalam MAS".
Indahnya perjuangan ini..! , at 17.12.09,
Indahnya berjuang di dalam Islam. Bukan pangkat dan kuasa yang diidamkan. Hanya amanah sebagai tanggungan. Umar Abd Azizi menunjukkan contoh teladan. Menangisi nasib memimpin ummat. Bimbang dan takut pada amanah.Mungkin situasi ini tidak wujud di dalam selain jemaah Islam. Ia bukan lakonan kerana semua yang ikhlas berjuang itu tahu...amanah adalah sesuatu yang menyesalkan di akhirat..
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini dengan tegas menyatakan bahawa beliau belum bersedia untuk menggantikan kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Malah menurutnya, sekiranya benar-benar dipilih menggantikan Nik Abdul Aziz, ia sebagai satu tanggungjawab besar yang sukar digambarkan. "Bukan soal terima atau tidak, ini adalah soal tanggungjawab yang cukup besar... ia bukan perkara main-main. "Saya sendiri rasa begitu kerdil dan tak berkemampuan untuk lakukan seperti yang telah dilakukan oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama ini bagi membangunkan Kelantan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini.
Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang membayangkan bahawa beliau akan mewarisi kepimpinan di negeri itu berdasarkan hirarki kedudukannya sekarang. Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, Ahmad sebagai pelapis nombor satu kepimpinannya. Sebelum ini timbul beberapa spekulasi berhubung pengganti yang layak bagi menggantikan menteri besar itu.
Polemik isu semakin hangat selepas Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mencadangkan agar Nik Abdul Aziz mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam Pas negeri.
Bagaimanapun menurut Ahmad, beliau menyifatkan kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menamakan dirinya sebagai pengganti kepimpinan di Kelantan hanya sebagai kiasan. "Benarkah Tok Guru cakap macam tu? Tapi bagi saya itu hanya kiasan Tok Guru sahaja. "Tok Guru cakap macam itu berdasarkan kedudukan saya sekarang sebagai orang nombor dua, saya timbalannya sekarang.
"Tak berbangkitlah isu-isu macam ini, kita masih memerlukan Tok Guru menerajui Kelantan," katanya.
Berita Menyedihkan - DS Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas TG Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dijemput ,Rabu, Disember 16, 2009 at 16.12.09,
Dua ulama terkemuka memulaukan Persidangan Perpaduan Ummah Antarabangsa yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini kerana enggan terperangkap dalam komplot mencanang Presiden Umno Najib Abdul Razak sebagai pemimpin Dunia Islam.
Turut berucap pada persidangan itu ialah Timbalan Najib, Muhyiddin Yassin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Hampir 1 juta 1 Hari Untuk Senggara Kapal selam , at 16.12.09,
Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi memberitahu kerajaan membelanjakan RM290 juta setahun untuk kos pengoperasian dan senggaraan dua kapal selam yang pembeliannya menimbulkan kontroversi.Beliau berkata nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah Euro1.084 bilion (RM5.382 bilion) meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik bersepadu dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang ingin tahu mengenai ancaman yang dihadapi oleh Malaysia yang memerlukan penggunaan kapal selam dan apakah tugas dan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, selain kos penyelenggaraannya setiap tahun.
Dr Ahmad Zahid berkata penggunaan kapal selam bukanlah disebabkan ancaman yang dihadapi oleh negara tetapi lebih kepada keupayaan memberi cegah rintang kepada bakal musuh.
“Pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersandarkan kepada ‘capability-based’ yang harus dimiliki untuk melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi pada masa hadapan,” katanya.
Menurut beliau, keupayaan negara menyediakan satu angkatan perang yang moden dan berwibawa untuk memusnahkan angkatan musuh akan menggerunkan musuh malah mereka akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkiraan yang kurang rasional untuk mengancam dan menyerang negara ini.
Beliau berkata kehadiran kapal selam yang canggih dalam inventori negara akan memberi impak yang besar terhadap pertahanan negara kerana keupayaan kapal selam yang boleh beroperasi di mana sahaja di bawah permukaan dengan senyap akan menyukarkan pihak musuh untuk mengesan kedudukan kapal selam tersebut.
“Kehadiran kapal selam juga dapat meningkatkan keupayaan peperangan bawah air TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan menjadikan ia sebuah angkatan yang lebih seimbang, kredibel dan berwibawa,” katanya.
Memetik laporan Bernama, berhubung dengan petunjuk prestasi utama (KPI) TLDM, Dr Ahmad Zahid berkata untuk menentukan keselamatan dan perairan negara sentiasa terpelihara, kapal selam akan dioptimumkan untuk menyokong KPI tersebut.
Urusan pembelian kapal selam ini dibuat secara runding terus dan bukannya menerusi tender terbuka yang menyebabkan harganya melambung berkali ganda, termasuk komisyen lebih RM500 juta yang diperolehi oleh Abdul Razak Baginda, rakan karib Perdana Menteri Najib Razak.
Juga jika pembelian dua kapal selam itu dibuat menerusi tender terbuka, kos pengoperasian kedua-dua kapal itu hanya 10% atau kira-kira RM30 juta setahun berbanding RM290juta yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Bubar DUN Perak makin hampir. , at 16.12.09,
Tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir sidang. , at 16.12.09,
Kemenangan BN dan kekalahan tipis Pakatan Rakyat dalam sesi undian Bajet di Parlimen kelmarin telah mencipta sejarah baru dalam sistem demokrasi di negara kita. Undian yang dilakukan dalam keadaan ramai MP kedua pihak yang ramai tidak hadir sidang. Ia menunjukkan betapa hadir sidang adalah perakara yang paling utama bagi seorang Ahli Parlimen dan ADUN.Saya tidak kisah sangat dengan 70 orang ahli Parlimen BN yang tidak hadir sehingga mereka menang tipis dalam undian tersebut. Namun sedikit mendukacitakan ialah rekod yang menunjukkan seramai 18 orang Ahli Parlimen Pakatan rakyat (PAS, DAP dan PKR) yang tidak hadir dalam sesi yang penting itu. Jumlah itu tidak mengambil kira 3 MP Bebas yang tidak hadir iaitu Pasir Mas dan 2 dari SAPP.
PAS
P008 Pokok Sena - PAS - Mahfuz Omar
P016 Baling - PAS - Taib Azamudden Md Taib
P057 Parit Buntar - PAS - Mujahid Yusof Rawa
P101 Hulu Langat - PAS - Che Rosli Che Mat
P022 Pasir Mas - PAS - Ibrahim Ali
PKR
P052 Bayan Baru - PKR - Zahrain Mohamed Hashim
P058 Bagan Serai - PKR - Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor -PKR - Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak - PKR - Mohamed Azmin Ali
P109 Kapar - PKR - Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam - PKR - Nurul Izzah Anwar
P124 Bandar Tun Razak - PKR - Abd Khalid Ibrahim
DAP
P043 Bagan - DAP - Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan - DAP - P. Ramasamy
P049 Tanjong - DAP - Chow Kon Yeow
P050 Jelutong - DAP - Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor - DAP - Karpal Singh
P103 Puchong - DAP - Gobind Singh Deo *
P122 Seputeh - DAP - Teresa Kok Suh Sim
SAPP
P171 Sepanggar - SAPP - Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau - SAPP - Chua Soon Bui
Ramai yang membayangkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku termasuklah undi tidak percaya kepada kerajaan BN setelah bajet ditolak bila undian berpihak kepada PR,walaupun sebenarnya peluang itu cuma mungkin datang sekali sahaja dalam sejarah pengundian di Parlimen.
Bayangkan apabila PM dan TPM serta beberapa orang Ahli Parlimen dan sanator BN yang bergegas meninggalkan majlis penting diluar parlimen dan hadir untuk mengundi.
Apapun setiap kelalaian itu pasti ada sebab dan musababnya dan satu tindakan perlu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan pimpinan PAS, PKR dan DAP untuk menyiasat dengan teliti kenapa sejumlah ahli Parlimen masing-masing yang tidak hadir .
Selain itu saya sediri merasakan sesuatu yang tidak kena juga dengan pihak luar yang sering mengambil peluang dengan keberadaan ahli Parlimen di sekitar Lembah Kelang dengan mengatur pelbagai program dan menganggu jadual keberadaan MP dalam setiap sidang.
Sesungguhnya jika diteliti dalam insiden ini, semua pihak perlu muhasahab diri dan saya rasakan tidak perlu ada tuding-munuding dan saling mempersalahkan antara satu sama lain.
Semuga insiden ini akan menjadi ingatan kepada semua Ahli Parlimen malah ADUN yang dilantik supaya lebih amanah dengan hadir dalam setiap sidang, kerana perlu diingatkan bahawa tugas utama Ahli Parlimen dan ADUN ialah hadir pada setiap sesi sidang. Kecuali sekiranya berada diluar negara atas urusan resmi dan penting atau sesutu perkara yang tidak dapat dielakkan seperti sakit dan sebagainya namun perlu dibawah pengetahuan dan pengawasan parti masing-masing.
Penekanan dan memahamkan mereka bahawa hadir sidang adalah tugas yang paling utama adalah langkah yang paling wajar untuk mengelakkan mereka tidak hadir sidang.
Seterusnya saya cadangkan supaya parti masing-masing melalui sekretariat Parlimen Masing-masing atau bergabung atas nama pakatan Rakyat supaya ada satu pemantauan yang lebih teliti mengenai aliran kehadiran Ah;li Parlimen pada setiap kali Sidang.
Pengunaan sistem pesanan ringkas dan sebagainya sudah cukup untuk memaklumkan kepada Semua Ahli Parlimen untuk hadir dalam sesi kelmarin.
Sesungguhnya sesuatu yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya dan Islam mengajar kita untuk sentiasa muhasabah diri untuk mengatur langkah yang lebih baik dari hari kelmarin.
RM12 JUTA UNTUK BUAT RUMAH PAK LAH... , at 16.12.09,
| KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan, Kerajaan telah membina rumah bernilai RM12 juta untuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi. |
TG Nik Aziz sudi dilantik 'pemimpin rohani' Pakatan ,Selasa, Disember 15, 2009 at 15.12.09,
"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," katanya.
"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"
TG Nik Aziz diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan TG Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.
Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.
Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, TG Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.
"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.
"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.
Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, TG Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya".
"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya.
Husam Bakal Anjur Rapat Umum Royalti Minyak , at 15.12.09,
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berhasrat mengadakan rapat umum besar-besaran berhubung isu pemberian royalti minyak.Katanya, rapat umum yang akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur itu akan menjemput kehadiran Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
“Satu daripada cadangan kita untuk mengadakan majlis rapat umum ceramah besar-besaran dengan penyertaan Pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bersama dimulakan dengan Kelantan, Terengganu, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Pidato Rakyat bertajuk Antara Royalti dan Ehsan: Siapa Pengkhianat Bangsa, semalam.
Husam berkata, Kelantan berhak menerima royalti minyak yang disumbangkan kepada perindustrian petroleum Negara setelah menandatangani perjanjian pada 1975 selepas Akta Petroleum 1974 dibentangkan.
Katanya, mengikut seksyen 4 akta ini menyatakan bahawa segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum yang diserahkan kerajaan negeri kepada Petronas akan menerima bayaran wang tunai.
“Dalam seksyen 4 menyatakan segala hak keistimewaan dan khazanah petroleum ini diserahkan oleh kerajaan negeri kepada Petronas dan Petronas mesti membayar wang tunai kepada kerajaan negeri yang berkenaan,” katanya.
Husam berkata, royalti yang diterima ini juga bukan sahaja untuk Kelantan tetapi juga boleh digunakan untuk membentuk satu model penggunaan wang kekayaan negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.
Beliau turut mendesak bakal Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed lebih telus menangani isu rasuah.
“Kita minta pesuruhjaya SPRM yang baru ini lebih adil dalam cara dia menangani isu-isu dalam negara kita dan tidak membiarkan isu-isu yang tebrengkalai,” katanya. - FANSURINA ABDULLAH (TVS)
BTN : PAS SANGGAH PANDANGAN KETUA PENERANGAN UMNO , at 15.12.09,
| Idris Ahmad |
| Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyanggah kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa bahawa negara ini akan musnah jika tiada Biro Tata Negara (BTN). Pandang beliau jelas menafikan fakta sejarah bahawa masalah perkauman di negara ini sebenarnya menjadi begitu serius selepas BTN diwujudkan dimana kita melihat para peserta kalangan pelbagai kaum diajar tentang sejarah dan kepentingan kewujudan parti-parti perkauman seperti Umno, MCA dan MIC. Selain itu, peserta kalangan Melayu dan bumiputra dihasut supaya membenci kaum lain dengan lagu "Anak Kecil Main Api". Jiwa perkauman dibakar dalam dada mereka dan mereka di ingatkan agar sentiasa berwaspada kepada kaum-kaum lain. BTN juga mengasuh pesertanya agar membenci pemimpin-pemimpin yang tidak Pro-Umno dan BN. Pemimpin PAS dikatakan sesat, Pemimpin PKR dituduh sebagai pencetus huru hara, pemimpin DAP difitnah sebagai pelampau komunis dan ini semua hanya berlaku dalam program BTN. Peserta diasuh menjadi pembenci dan hanya taat pada Umno. BTN menyebabkan orang-orang Melayu dan Bumiputra tidak dapat berfikir secara rasional dan mereka hanya didedahkan fakta-fakta sejarah seperti peristiwa perjuangan menentang penjajah, Darurat, Memali, suasana politik pasca PRU 1999 dan 2008 yang kononnya negara ini sudah dikuasai kaum Cina dan India bila beberapa negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Bagi peserta Cina India atau kaum-kaum lain mereka diberikan modul yang berbeza dan didoktrinkan agar patuh kepada Kerajaan yang memerintah dan diasuh supaya melihat parti-parti pembangkang sebagai musuh negara. Mereka diajar supaya berterima kasih kepada kerajaan yang memberikan mereka peluang belajar, bekerja dan mendapat kemudahan lain. Mereka diminta untuk menghormati ketuanan Melayu iaitu satu cerita dongeng yang sengaja direka oleh BTN bagi memastikan mereka sedar bahawa hanya orang Melayu sahaja yang layak memerintah negara ini. Pemikiran-pemikiran sesat ini menafikan segala hak dan kebebasan rakyat untuk berfikir dengan wajar. Bila mereka keluar dari kursus ini perasaan curiga dan berhati-hati dengan kaum lain begitu tebal. Hinggakan bila ada isu yang menyentuh perkataan atau status 'Melayu', walaupun hanya sekadar pertanyaan akan dibalas oleh pemimpin Umno dan cauvinis Melayu dengan hunusan Keris. Itulah sebabnya kesimbangan perpaduan rakyat sukar untuk dicapai dan mendesak Najib melaungkan slogan '1 Malaysia'. Sebaik sahaja beliau melaungkan slogan ini, satu negara menyaksikan bahawa Perdana Menteri Malaysia sudah mengakui bahawa negara ini memang ada masalah perkauman dan perpaduan maka beliau memikirkan idea itu walaupun hakikatnya beliau tidak tahu apa nak buat untuk perbaiki kerosakan yang telah lama dilakukan oleh BTN dan pelbagai agensi Kerajaan lain. Jika benar dakwaan Ketua Penerangan Umno bahawa negara ini makmur kerana BTN, bermakna beliau juga sudah menolak gagasan 1 Malaysia yang Najib bentangkan. Tidak ada sebab 1 Malaysia kena wujud jika rakyat sudah hidup aman, makmur dan harmoni. Walaubagaimana pun PAS, masih melihat 1 Malaysia yang dibanggakan Umno ini hanyalah satu retorik semata-mata kerana banyak tindakan yang dilakukan oleh pemimpin Umno selama ini bertentangan dengan hasratrakyat. Malah gimik 1 Malaysia difahami sebagai lakonan semata-mata sedangkan rakyat diluar sana masih mencari identiti dan jati diri mereka sebagai warganegara ini. Ust. Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS |









