Ikuti Blog ini
Demostrasi Bantahan Menyekat Rombongan Bantuan “Palestine Solidarity Campaign” ke Kedutaan Mesir pada 8 Jan. ,Isnin, Disember 28, 2009 at 28.12.09,
UMNO Buat Demo Sarkas , at 28.12.09,
Kesian kepada UMNO. Tidak habis-habis mahu pecah belahkan Pakatan Rakyat. Lakonan mereka tidak mendapat sambutan "Box-office". Kalau mahu buat demo, janganlah buat seorang dua sahaja. Nanti membazir masa. Terdesak agaknya buat demo dengan hanya 20 orang. UMNO demo biasalah, tidak sampai 100 orang. Demo mereka tiada motif, siapa mahu terlibat dengan demo mereka.
Kartika Saridewi terharu temui TG Nik Aziz ,Ahad, Disember 27, 2009 at 27.12.09,
KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.
Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.
Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.
Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.
Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.
Hadir sama pada pertemuan tersebut, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar serta anggota parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti Zailah mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera kes kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti dilaporkan baru-baru ini.
Katanya, SPRM hendaklah melaksanakan tanggungjawab itu dengan telus dan adil tanpa memilih bulu demi menjaga amanah rakyat.
“Sedangkan sebelum ini pantang ada khabar angin negetif membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, SPRM segera membuka fail siasatan.
“Sekarang kenapa pula seperti berdiam diri apabila dakwaan berlaku membabitkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat tersebut.
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, kalau enjin jet pejuang boleh dicuri, tidak pelik masalah rempit, ragut serta gejala sosial lain gagal diselesaikan pemimpin kerajaan.
Baru-baru ini media tempatan mendedahkan kehilangan dua enjin jet tempur F-5E milik TUDM pada 2007 yang hanya disedari beberapa bulan kemudian. Setiap enjin tersebut bernilai RM50 juta.
PAS Optimis Tawan Semula Terengganu , at 27.12.09,
Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiah disini.
”Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat ras bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,
”saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,”ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.
Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai’ah’ janjisetia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam.
Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu.
Mereka Bukan Orang Pas , at 27.12.09,

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.
"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.[ lagi ]
Sifir mudah mengenal penipu
1. Bentuk Risalah yang diedar
2. Dapat liputan media arus perdana.
3. Perhimpunan 'macam ada permit'
4. Bercerita tentang 'bangsa melayu' ... klik sini
5. Muka yang datang, keruh je ...
Hari ini - 10 Muharram - banyak kelebihannya. , at 27.12.09,
Hadith daripada Aisyah:
Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud. Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
1- Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
2- Diterima taubat Nabi Adam a.s.
3- Dicipta Adam a.s.
4- Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
5- Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
6- Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
7- Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
8- Selamat Musa dan pengikutnya.
9- Lemas Firaun.
10- Dilahirkan Nabi Isa a.s.
11- Diangkat Nabi Isa kelangit.
12- Diangkat Nabi Idris ke langit.
13- Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
14- Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
15- Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
16- Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
17- Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
18- Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
19- Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
14 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah. Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak. Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kiil, nikmal maula wa nikmannasiir”. Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Projek "Hilang" Najib , at 27.12.09,
Projek "HILANG" Pak Najib telah mendapat liputan luas media di luar negara.Hasil daripada Projek "HILANG" beliau telah menaikkan nama Malaysia di persada dunia,diantara projek "HILANG" tersebut ialah :
1.Altantuya yang dikaitkan dengan isu Kapal Selam dan Najib dilaporkan hilang, kemudian ditemui mati setelah dibunuh dengan bom C4.
2.Bala yang ada kaitan dengan kes Altantuya dan Najib, dilaporkan hilang dan baru ditemui semula baru-baru ini,menyatakan beliau diugut oleh adik Pak Najib.
3.Raja Petra juga hilang dan ada kaitan dengan kes Altantuya - Najib.
4.Saiful Bukhari yang dilaporkan hilang,tiba-tiba muncul di pejabat Najib dan mendakwa beliau di liwat oleh Anuar Ibrahim
5. Nasaruddin, Adun Umno Perak yang menyertai PKR kurang dari seminggu dilaporkan hilang kemudian ditemui dipejabat Najib yang kemudiannya istihar masuk Umno balik
6. 3 Adun Perak dilaporkan hilang, kemudiannya muncul tiba2 dipejabat Najib dan umumkan keluar parti dan menyokong BN hingga menyebabkan Kerajaan rakyat dirampas.
7.Helmi yang dikatakan ada kaitan dengan kes Video Elizabeth Wong dilaporkan hilang dan tidak mampu dijumpai oleh PDRM yang paling cekap di Asia Tenggara sampai hari ini.
8.Dua Buah Enjin Pesawat F-5E hilang semasa Najib Jadi Menteri Pertahanan.
Usaha Husam Akhirnya Kelantan Dapat RM10juta Dari Felcra ,Sabtu, Disember 26, 2009 at 26.12.09,
Datuk Husam Musa, yang digerami oleh sesetengah pihak di dalam partinya sendiri dengan sebab yang hanya Allah s.w.t. saja mengetahui membuktikan lagi bahawa beliau adalah sorang pemimpin berkebolehan yang menunggu masa segala-galanya reda untuk kebenaran menjelma.Ada yang cemburu dan ada yang dengki, tatkala Tuan Guru Nik Aziz mengungkapkan Husam sebagai "Allah buat bukan untuk Kelantan sahaja tetapi untuk rakyat Malaysia, dia budak yang cerdik, pengalaman banyak dan pemikiran jauh ke depan.
“Rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam seperti ambil balik tanah Felcra yang banyak, wujudkan sistem kifalah yang memberi banyak manfaat kepada rakyat dan orang kurang upaya (OKU).”
Sebelum ini, Datuk Husam Musa berpendapat Kerajaan Persekutuan perlu menangani masalah pemanasan global, sekiranya serius mahu menangani masalah banjir di Malaysia. Cadangan itu, disampaikan dalam rancangan Agenda Awani, suatu rancangan terbitan Astro saluran 501, sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu menangani kesan-kesan pemanasan global yang semakin mengancam kehidupan manusia.di dalam ucapan di Copenhagen.
Kemudian di dalam kes Ahmad Lutfi Othman yang kini menerima rawatan kritikal, Husam dengan Kijang Carenya dilaporkan telah menyumbang RM18,000 untuk menanggung kos pembedahan fasa pertama.
Hasil dari kebaikan dan kebajikan yang dianjurkan itu, maka benarlah hukum Allah s.w.t. bahawa kebaikan itu akan dibalas dengan kebaikan juga.
Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa Felcra Berhad menyerahkan sebanyak RM10 juta kepada kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran lebihan pendapatan melalui projek perladangan getah dan kelapa sawit yang menjadi milik negeri.
Ia diserahkan oleh Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abdul Rahman kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan di pejabatnya di sini semalam.
Selain itu, dokumen bagi ladang bernilai RM200 juta melibatkan kawasan tanaman seluas 6,065 hektar tanpa peserta yang dimajukan Felcra juga diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian itu, Tajuddin memberitahu, Felcra memajukan 10,802 hektar tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit di negeri ini sejak lebih 20 tahun lalu.
Kawasan terlibat yang telah dimajukan ialah di jajahan Gua Musang Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Pasir Mas.
Daripada kawasan yang dimajukan itu katanya, terdapat 31 projek dengan keluasan 6,065 hektar yang belum dipilih pesertanya oleh kerajaan negeri.
Berikutan itu katanya, kerajaan Kelantan mahu supaya kawasan berkenaan dibahagikan secara fizikal 70:30 iaitu 70 peratus menjadi bahagian Kelantan melibatkan 20 projek dengan keluasan 4,247 hektar.
''Sebanyak 30 peratus melibatkan 11 projek dengan keluasan 1,818 hektar menjadi milik Felcra," katanya.
Dengan persetujuan itu juga katanya, kerajaan negeri mengeluarkan 25 lot hak milik tanah bagi 11 projek berkenaan dan Felcra telah membayar premium ke atas tanah berkenaan.
''Dalam masa yang sama, Felcra membayar sejumlah RM10 juta kepada pihak berkuasa negeri sebagai bayaran lebihan pendapatan bahagian 70 peratus projek yang dibahagikan kepada kerajaan negeri," ujar beliau.
Persetujuan itu katanya, dapat membantu Felcra menampung kos pengurusan yang kemudiannya berupaya meningkatkan kecekapan pengurusan syarikat demi kesejahteraan warga peserta.
Ia adalah hasil usaha Husam yang penyabar (kulu kilir) menjalankan usaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan kepada Negeri dan rakyat, jiwokelate dipetik.
Daripada berhiruk-pikuk dengan masalah UG, masalah arifahmi, masalah itu dan ini di dalam parti, Husam menunjukkan langkah apa yang sepatutnya dilakukan oleh ahli dan pemimpin parti. Tewas di dalam pemilihan jawatan bukan bererti kebajikan dan kebaikan juga dihentikan lantarannya tetapi terus disemrakkan lagi sehinggalah nanti, ahli-ahli menyaksikan sendiri, mana permata, mana kaca di dalam parti.
Itu belum lagi mengenai usaha yang dilakukan untuk merebut kembali royalti yang telah dinafikan oleh Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan.. dan insyaAllah berkat doa kita semua usaha Husam itu tidak akan disia-siakan Allah s.w.t.
Tinggalkan saja mereka yang irihati, yang dengki, yang berdaki di hati terhadap manusia yang bernama Husam ini.
BERITA BERKAITAN
Kutipan zakat Kedah meningkat RM11 juta selepas PR memerintah , at 26.12.09,
Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kutipan tahun ini adalah kerana ramai pembayar zakat memilih skim Zakat Pendapatan Potongan Gaji.
“Skim ini mendapat sambutan majikan dan pekerja kerana memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab membayar zakat. Sehingga kini, terdapat 37,000 pembayar zakat yang memilih skim ini, terutama kalangan kakitangan awam dan Kerajaan Negeri,” katanya pada majlis penyampaian bantuan zakat kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di sini, semalam. [ lagi ]
MB Terengganu merasuah pelajar cemerlang. ,Jumaat, Disember 25, 2009 at 25.12.09,
KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.
Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.
Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.
Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.
Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.
"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.
Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.
Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.
Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.
"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.
Tok Guru Nik Aziz: Isu enjin jet hilang, Najib perlu bertanggungjawab. , at 25.12.09,
MENTERI Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak perlu bertanggungjawab mengenai isu kehilangan dua buah enjin jet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Tok Guru berkata kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguannya di perkarangan bangunan Perhubungan PAS Kelantan di Kota Bharu, 25 Disember 2009.Enjin jet hilang dosa kepada rakyat, kata Nik Aziz
Pihak-pihak terlibat dalam insiden kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk dipercayai didalangi warga kerjanya telah berdosa kepada setiap rakyat negara ini, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Orang yang terlibat bukan saja berdosa dengan Tuhan, tapi berdosa juga dengan rakyat. Kalau rakyat Malaysia ini ada seramai 30 juta, maka orang itu berdosa dengan 30 juta rakyat.
“Sebab enjin itu adalah hak kerajaan dan bila sebut kerajaan ia termasuk lah semua rakyat,” kata Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Dengan nada yang sinis Nik Aziz berkata mustahil enjin itu boleh hilang dengan begitu mudah jika tidak ada dalang atau pengatur skrip di sebalik tragedi itu memandangkan prosedur kawalan ketat di pangkalan TUDM.
Baru-baru ini insiden kehilangan dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM mengejutkan banyak pihak.
Sistem kawalan keselamatan negara dipandang rapuh apabila Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi mendedahkan di samping enjin beberapa peralatan kelengkapan lain juga didapati hilang.
Sampai putus urat tumit, berjuang.... , at 25.12.09,

KOTA BARU — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerusi Perupok, Kelantan Datuk Omar Mohamad kini menerima rawatan di Hospital Pakar Perdana Kota Baru di sini akibat terputus urat tumit kaki kirinya sejak seminggu lalu.
Semasa kunjungan The Malaysian Insider di wad rawatannya di hospital tersebut hari ini keadaannya kelihatan stabil.
“Sehari kemudian baru tiba-tiba saya tak boleh berjalan (melangkah) lalu saya dihantar untuk pemeriksaan. Di situlah baru sedar bahawa urat tumit kaki putus,” katanya.
DUN Perupok merupakan antara satu bahagian dalam Parlimen Bachok yang disandang Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
“Punca utama ialah disebabkan keletihan. Bukan saya kata, tapi doktor yang beritahu saya begitu,” katanya.
MAHATHIR : SIASAT JUGAK RM270 BILION ZAMAN PAK LAH , at 25.12.09,
Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.
Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.
Kursus mencuri enjin jet , at 25.12.09,

Sebuah syarikat pelabur di dalam sektor pembelian besi buruk dari luar negara akan mengadakan satu kursus mencuri enjin jet kepada syarikat bumiputera tempatan.Menurut sumber,kursus tersebut bakal diadakan pada suku ke enam tahun hadapan.
Menurut Ketua Pengarah Bukan Eksekutif Tapi Memakai Tali Leher, Mr John Kiss Banana kursus yang julung kali diadakan itu diadaptasi daripada kisah benar yang terjadi di negara ini.Kursus yang bakal diadakan kelak bakal melahirkan lebih ramai graduan yang mampu mencuri enjin jet pesawat yang lebih canggih daripada F5E.
Kursus yang bakal diadakan akan dikendalikan sepenuhnya tenaga pengajar tempatan yang diberi kepercayaan buat kali ke 18 oleh syarikat tersebut.
Menurutnya lagi,orang ramai yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah melayari bahtera menyusuri Sungai Kinabatangan dan bukannya melayari laman web sepertimana kehendak sesetengah portal berita.
PAS Sokong Terengganu Tuntut Royalti Sepenuhnya , at 25.12.09,
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Burok) berkata, pihaknya berharap Kerajaan Persekutuan mengembalikan wang tersebut kepada Kerajaan Negeri secepat mungkin.
(Gambar - Dr Syed ketika bangun berucap dalam Sidang DUN semalam)
Beliau mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said yang telah memberikan jawapan secara terbuka berkenaan perkara tersebut dalam Sidang Dewan Undangan Negeri semalam.
Namun katanya, beliau agak terkejut dan kesal kerana ratusan juta ringgit wang tersebut telah dibelanjakan oleh kerajaan persekutuan.
“Penjelasan dibuat adalah sesuatu yang mengejutkan apabila wang dibelanjakan untuk pembangunan Persekutuan melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menggunakan wang royalti lebih RM700 juta, ini amat kita kesal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang semalam.
Semalam, Ahmad ketika menjawab soalan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) telah mengumumkan pihaknya masih berunding dengan Kerajaan Persekutuan dalam usaha penyelesaian pembayaran balik royalti petroleum kepada Terengganu.
Katanya, Kerajaan Negeri menuntut sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.
Syed Azman yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berharap Kerajaan Negeri dapat mempertahankan pendirian dalam memastikan tuntutan tersebut dipenuhi Pusat.
“Kita mengharapkan ia dapat disegerakan Kerajaan Pusat terutama Perdana Menteri bersesuaian janji beliau pada 13 Disember 2008 bahawa wang royalti Terengganu akan dikembalikan dan dimasukkan terus dalam Perbendaharaan Negara setiap tiga atau empat bulan sekali,” katanya.




















