Ikuti Blog ini

Dato Seri Nizar Imamkan Solat Jumaat

Dato Seri Nizar telah diberikan penghormatan oleh Imam Masjid Jln Hospital untuk mengimamkan solat Jumaat. Beliau yang masih mendapatkan rawatan dan berehat di HTBI pergi menunaikan solat ditemani anak dan pegawai khas beliau.

Pemimpin rakyat ini disambut meriah oleh para jemaah di Masjid berkenaan.

Memo berjaya diserah, lebih 1000 berhimpun bantah Mesir

KUALA LUMPUR : Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung Haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak lebih kurang 4 kilometer ke bangunan Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang.

Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub serta beberpa kepimpinan PAS lain.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'Bebas Palestin, Bebas Al Aqsa, 'Hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.

Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.

Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.

Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.

Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.

Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.

Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pintu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota unit simpanan persekutuan (FRU).

Antara yang berucap adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat Dr. Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.

Kesemua mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Mesir yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis menindas umat Islam Palestin.

Mereka juga menyeru Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat penentangan berterusan di atas sikap kerajaan Mesir tersebut.

Memorandum bantahan berkenaan bagaimanapun berjaya diserahkan kepada Duta Mesir, Hani Abdel Kader Ahmed sendiri dalam pertemuan hampir 15 minit.

"Kami telah menyatakan hasrat kami agar Mesir memainkan peranan penting membenarkan aktivis antarabagsa menghantar bantuan mereka ke Gaza.

"Beliau berjanji untuk mainkan peranan penting dan menyatakan kesedian memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin," beritahu Salahudin pada sidang media sejurus menyerahkan memorandum bantahan tersebut.

Selain itu, Mesir juga jelasnya perlu menunjukkan sikap lebih bertoleransi dan terbuka dalam meyelesaikan masalah umat Palestin dan tidak terus menerus dilihat sebagai boneka Amerika.

Di kesempatan sama, Salahuddin juga menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga PAS buat semua badan-badan dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam, yang sentiasa teguh di belakang umat Islam Palestin.

Manakala Nasrudin pula memberitahu, turut dituntut agar Mesir menghentikan usaha membina tembok di sempadan negara itu yang dilihat sengaja untuk mengepung penduduk Palestin.

"Kami juga meminta kerajaan Mesir segera menghentikan usaha membina tembok sepanjang 6 kilometer menyebabkan ummat Islam Palestin bagai terpenjara, dihalang makanan,minuman, bekalan perubatan.

"Andai kata berlaku peperangan, sudah tentu sukar bagi umat Islam Palestin untuk keluar menyelamatkan diri," kata Nasrudin.

DS Nizar perlu lebih berhati-hati, mungkin ada cubaan bunuh pihak desperate?

Inilah volvo yang muncul tiba-tiba dari simpang menyebabkan kereta DS Nizar mengalami kemalangan. Walaupun keadaan fizikal kereta DS Nizar agak teruk yang mungkin menyebabkan persepsi, luka parah, tapi Alhamdulillah ! Allah masih memberi peluang beliau untuk terus berkhidmat dan berjuang juga untuk kita terus berjuang bersamanya. Dan takdirnya...kerana Volvo ini..beliau kemalangan.

Inilah Volvo Mak datin tu..

Kemek sikit...aje !

Buku antara khazanah dalam kereta DS Nizar

Ia ujian dari Allah

Sekaki payung PAS ! Masih elok dan tiada 'kecederaan'

Pintu yang membolehkan beliau merangkak keluar.

8851 - Ini nombor bukan untuk di tikam ! Apaa..? Sold out kaa..!!

Di saat MB Nizar hampir-hampir dikembalikan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Perak, satu kemalangan jalanraya telah menimpa beliau. Seperti yang telah diketahui umum, hasil daripada perbicaraan mahkamah di peringkat yang tertinggi dikatakan menyebelahi MB Nizar dengan empat hakim memihak kepadanya daripada lima.

Kedudukan ini pasti menimbulkan intensiti yang celaru kepada pihak yang desperate dalam mengejar tahta yang bakal terguling. Kita tidak tahu apakah rencana yang boleh dimainkan oleh seteru tatkala pilihan dan peluang yang semakin menguncup serta kesuntukkan masa; keputusan mahkamah yang memihak kepada Nizar.

Justeru itu, saya menyeru supaya keselamatan pemimpin Pakatan Rakyat harus dijadikan priority terutamanya tahap keselamatan MB Nizar yang berdarah manis menunggu keputusan positif dari mahkamah perbicaraanya.

Bayangkan, sekiranya Nizar terkorban dalam kemalangan jalanraya tersebut, pastinya kemenangan perbicaraan berkenaan MB Perak yang sah sekalipun tidak akan memberi makna kerana penyandangnya telah tiada.Syukurlah MB Nizar selamat. Dengan izin Allah, MB Nizar masih relevan untuk menyandang MB Perak, beliau dilindungi oleh daulat sebenar.

Sila ambik iktibar, dalam keadaan terdesak, apa sahaja boleh jadi.


Dua Tok Guru Hadir Ke Taklimat Penerangan 9 Jan

KUALA LUMPUR, 7 Jan: Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengesahkan akan hadir ke Taklimat Penerangan Isu-Isu Semasa pada 9 Januari 2010 anjuran Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat.

Program yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini akan dirasmikan oleh Presiden.

Program akan bermula dari jam 8 pagi dan akan ditutup oleh Mursyidul Am jam 5.30 petang.

Program ini diadakan khusus untuk membentangkan isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Dalam program ini juga segala pengkhianatan Umno dan Barisan Nasional terhadap rakyat akan dibongkar dan didedahkan kepada seluruh jentera penerangan yang hadir.

Taklimat ini dijangka akan melibatkan kehadiran Ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri, Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP, Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri, Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah menghubungi Pegawai Tadbir Penerangan, Shahir di talian 019-2153225.

DS Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan

IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini. Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini.

Ds. Nizar telah dimasukan ke ward 8C kerana tekanan darahnya agak tinggi. Nothing serious. Beliau telah terlanggar divider jalan sewaktu mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan 'Seruan Islam'.

Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki.

Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya di atas dalam kemalangan itu.




Memang dahsyat.
Pandangan dari sisi
Lawatan Wakil dari PSM
Pihak wartawan bersama Dato Seri
Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sedang diambil keterangan oleh Pihak Polis
Adun-Adun PR berkumpul di depan Wad Kecemasan
Pimpinan Pas
Yb Siva dan Yb Tai mengadakan lawatan ziarah kepada Dato Seri Nizar
Bilik Dato Seri dipenuhi Rakyat yang hadir untuk bertanya khabar
Yb Husin Din dan Ramli Tusin turut kelihatan mengziarahi Dato Seri

Himpunan Aman Membantah Kerjasama Israel-Mesir

http://buletinonline.net/images/stories/berita18/gaza_wall_0201.jpg

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru kepada semua ahli, pertubuhan NGO dan golongan yang simpati kepada nasib rakyat Palestin untuk menyertai Himpunan Aman membantah tindakan Kerajaan Mesir yang berkerjasama dengan Zionis Israel untuk menindas umat Islam di Gaza.

Kerajaan Mesir dilaporkan enggan membenarkan sebuah kapal yang membawa konvoi antarabangsa melibatkan 17 buah negara dengan150 kenderaan membawa beratus-ratus tan bekalan kemanusiaan masuk ke Gaza melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah. Kerajaan Mesir telah mendesak konvoi Viva Palestina berkenaan menyerahkan bantuan melalui pelabuhan Mediterranean, iaitu jarak lebih jauh yang memerlukan konvoi berkenaan berpusing ke semenanjung Sinai dan melalui Terusan Suez sebelum sampai ke El Arish kelmarin.

Kezaliman Mesir ini jelas membuktikan sokong mereka kepada tindakan Israel yang menutup pintu sempadan di Nahal Ozz di timur pusat bandar Gaza dan mengepung rakyat Palestin dengan hanya membenarkan satu laluan sahaja dibuka untuk memasuki Gaza iaitu melalui Kerem Shalom di tenggara Semenanjung Gaza.

Tidak cukup dengan itu Mesir juga didapati menutup mata dengan tindakan Israel yang meluluskan pembinaan empat bangunan apartmen baru untuk peneroka haram Yahudi di timur Baitulmaqdis yang berada dalam Wilayah rakyat Palestin.


PAS kesal, kerana sebagai sebuah negara Islam dan anggota OIC, Mesir tergamak bersubahat dalam menindas rakyat Palestin. Justeru itu PAS menyokong tindakan sayap Pemuda PAS yang akan mengadakan Himpunan Aman dan menyerahkan memorandum bantahan pada 8 Januari 2010 (Jumaat).


PAS mengesa kepada rakyat Malaysia yang prihatin untuk berkumpul di Bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak sebelum berarak ke Kedutaan Mesir selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan.


Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

UMNgOk/Beer eNd... Tolong Komen Wahai Pencacai..!

Mana "Pejuang Islam" dalam UMNgOk/Beer eNd yang dok bising pasal isu Kalimah Allah masa pemimpin mereka sendiri hina Islam..? Para pencacai tolong komen sikit..!

UMNO tersepit Antara Allah dan Tugu Negara


Kepelbagaian agama di Malaysia adalah satu keunikan, tetapi sebagai umat Islam kita harus tahu membezakan yang mana amalan Islam dan yang mana bukan Islam. Sesungguhnya menyembah Patung Salib, Buddha, Hinddu dan apa jua patung boleh membawa kepada kekufuran jika dilakukan oleh umat Islam.

Saya teruja bila Umno secara tiba-tiba tampil cuba menjuarai konflik penggunaan nama Allah. Namun di tengah-tengah kekalutan itu, kita tidak lupa bahawa pemimpin Umno juga selalu melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan tindakan bertafakur di Tugu Negara kerana ia boleh membawa kepada perlakuan mensyirikkan Allah dan bertentangan dengan ayat-ayat Surat Al-Ikhlas yang dijadikan Umno bahan hujjah dalam isu nama Allah ini:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”-Surah Al Ikhlas ayat 1-4.


Sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan tiada apa pun jua yang layak disembah, melainkan Allah. Allah sesekali tidak boleh disamakan seperti atau dibandingkan dengan Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara. Yang jelas Patung Salib, Buddha, Hinddu dan Tugu Negara bukan tuhan kita.

Maka segala iktikad, niat, percakapan, dan perbuatan kita hendaklah selari dengan apa yang Allah sudah sebutkan dalam Surah Al-Ikhlas.

Sarjan TUDM, pengarah syarikat didakwa curi enjin jet F5-E


KUALA LUMPUR: Seorang sarjan dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F-5E milik TUDM.

N. Tharmendran, 42, daripada Pangkalan Udara TUDM Subang yang berpakaian kemeja berwarna putih hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan keduadua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.

(OK lah...kita dakwa mereka yang mencuri enjin jet tu. Tetapi bagaimana dengan mereka yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan itu sendiri. Tidak adakah mana-mana mekanisme bagi melihat bagaimana kelalaian dan kealpaan sehingga menyebabkan boleh kehilangan barangan yang amat besar dan berharga itu. Akhirnya, MARI KITA LIHAT SIAPA YANG TAK KENAAA....!)




Polis Paris siasat Najib?

NAJIB TUN RAZAK

Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.
"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.

"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.

Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.

Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.

Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.

Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.

Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .

Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.

Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya. - freemalaysiatoday

Umno raih simpati rakyat isu 'Allah'

KOTA BHARU, 6 Jan: Mengapa pemimpin Umno menjadi kelam kabut dengan isu penggunaan nama Allah oleh Herald, sedangkan dalam masa yang sama mereka memisahkan agama dan politik.

Persoalan tersebut dilontar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah melihat Umno tiba-tiba nampak serius dengan isu tersebut.

“Tahukah mereka pengertian nama Allah itu sendiri sedangkan pegangan pemimpin Umno memisahkan agama dan politik.

"Mereka sanjung perkataan Allah swt tak boleh guna sembarangan, tetapi dalam pada yang sama mereka menyebut agama lain dan politik lain,” katanya pada ceramah isu semasa di Medan Ilmu malam tadi.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Ketua Penerangan, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan Herald ‘The Catholic Weekly’.

Ekoran itu Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan perintah mahkamah tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin Umno sebenarnya ada agenda di sebalik isu tersebut bagi meraihkan sokongan daripada rakyat.
”Kalau mereka mengatakan agama lain, politik lain, maka siapa yang menjaga politik semasa Nabi saw masih hidup dahulu,” katanya.

Beliau juga meluahkan rasa hairan pemimpin negara menyanjung tokoh ulama luar negara, Dr Yusuff Al-Qardhawi sehingga memberi tokoh Maal Hijrah, sedangkan pengikut ulama tersebut di negara ini dikenakan tekanan.

Kata beliau Dr Yusuff Al-Qardhawi dalam bukunya Fiqh Al-Daulah begitu marah kepada alim ulama atau tok guru yang tidak berpolitik dalam kehidupan mereka.

"Ini juga pernah berlaku pada zaman Imam Ibn Al-Qayyim di mana beliau mengadu pemerintah pada masa itu membuat peraturan sendiri tanpa merujuk kepada Islam.

“Keadaan itu berlaku kerana alim ulama dan tok guru tidak berperanan dalam politik dan bersifat jumud.
"Raja, sultan atau amir pada masa itu menggubal undang-undang sendiri sehingga menyebabkan berlaku banyak kerosakan,” katanya.

Baru-baru ini Dr Yusoff al Qardhawi dianugerah Tokoh Maal Hijrah 1431 pada sambutan yang diadakan pada 1 Muharam lalu.[Harakah]

Projek Kerajaan Barisan Nasional

Tahniah kepada kerajaan umno/BN kerana prihatin terhadap masalah kesihatan rakyat.




SETIU: Ibarat rumah siap tetapi pahat masih berbunyi, itulah yang terjadi kepada Dewan Bedah Hospital Dearah Setiu apabila ia masih tidak dapat digunakan walaupun hospital yang berharga RM65.8 juta itu sudah siap sejak enam tahun lepas.

Antara masalah yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan termasuk kebocoran bumbung dan masalah hama yang mengakibatkan udara di dalam dewan bedah tercemar sekaligus tidak dapat digunakan untuk pembedahan.

Sebelum ini dewan bedah Hospital Daerah Kemaman dan Besut dilaporkan mengalami keadaan tersebut dan mengambil antara empat hingga enam tahun untuk menjalani proses pembaikian semula sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya.

Keadaan itu memaksa pesakit yang ingin menjalani pembedahan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu lebih 50 kilometer dari sini dan Hospital Daerah Besut yang terletak hampir 60 kilometer.

Sebelum ini difahamkan beberapa kerja pembaikan dilakukan dengan melibatkan kos hampir lebih setengah juta, namun masalah yang sama tetap berulang.

Buat hospital RM65.8 juta untuk bela hama!!! Rakyat kena tunggu, umno akan arahkan tubuh badan siasatan. Siasat kemudian senyap. Tubuh badan atau suruhanjaya siasatan untuk perabis duit rakyat. Hasilnya tarak... dapat hama jugak...

Bagi pemimpin umno ini hal kecil. Mereka kalau sakit mana hendak masuk hospital macam ini, mereka dirawat di hospital swasta. Bil hospital puluh ribu bukan dia orang yang bayar, gomen bayar. Duit gomen tu duit kita, duit rakyat.



Hadian UBN Untuk Rakyat..!

100 billion untuk F1
100 Juta untuk Rosmah dan Permata


Kenaikan 20 Sen untuk Rakyat

Kenaikan harga Minyak

Kemiskinan Tegar untuk diteruskan

"Rakyat DiULUkan Pencapaian DiuTAMAKan"

Peratus kemiskinan terkini Negara menunjukan ia masil lagi di aras tertinggi dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3.8 peratus(tidak rasmi) yang membawa jumlah 61,000 keluarga dan isi rumah.Ini jelas menunjukan bahawa rakyat yang ada dinegara kita ini masih lagi didominasi oleh kelompok rakyat yang miskin tegar.Mereka ini hidup diparas kemiskinan yang melampau yang mana ia dilihat sebagai salah satu bukti pengabaian kerajaan dan pimpinan Negara terhadap rakyat.

Jumlah wang yang dibelanjakan kepada pembangunan sukan yang dirasakan tidak sepatutnya didaHULUkan namun diberi KeUTAMAAN hanya kerana ia melibatkan KRONI dan kepentingan mereka sendiri.Akibat dari jumlah besar yang dibelanjakan kepada tujuan yang tidak sepatutnya maka terjadilah kenaikan harga gula yang dilihat sebagai satu lagi projek Kerajaan untuk membebankan Rakyat.Persoalanya apakah Kerajaan tidak tahu yang Rakyatnya sudah cukup terbeban dengan kenaikan harga minya baru-baru ini..?

Hasil tinjauan menunjukan ada beberapa kedai-kedai makan yang mula menaikan harga makanan dan minuman ekoran dari kenaikan harga gula tersebut.Tidak sepatutnya kemarahan itu dilontarkan sepenuhnya kepada peniaga akan tetapi yang sepatutnya dipersalahkan ialah Kerajaan yang mana selepas menggadaikan sejumlah wang demi keseronokan mereka sehinggakan mereka sanggup melihat Rakyat terbeban dan dibebankan.

Peniaga kecil yang diklasifikasikan sebagai rakyat diberi amaran oleh Kerajaan UBN yang ada untuk tidak menaikan harga makanan dan minuman dan apa jua sempena dengan kenaikan harga gula.Nampak bagai tiada apa namun Rakyat dinafikan HAK mereka untuk mendapat sedikit kesenangan akan tetapi bagi mereka,kroni dan syarikat besar yang ada dibiarkan begitu sahaja untuk mengaut keuntungan dan kemewahan berganda.Akhirnya Rakyat yang menjadi Tuan Tanah dijadikan pencacai dan mereka yang kononnya mendahulukan Rakyat,berkhidmat untuk rakyat akhirnya yang dapat merasa empuk kerusi pemerintah dan juga mereka megah berkata "Kami Mendahulukan Rakyat".

Namun ingat Rakyat tidak akan berdiam diri,keluhan rakyat akan terus berbunyi gendang perubahan akan terus dipalu agar rakyat diangkat kembali sebagai Tuan dan mereka yang zalim dan menindas akan kembali kepada asal..Satu nama yang tiada erti..!

AJK UMNO Tasek Gelugor Meliwat..!

Sumber : Mstar

Photo kiri - Mastura ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini

KUALA LUMPUR: Bekas madu kepada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris hari ini mendakwa suaminya, Datuk Muhamad Mustafa Idrus, 54, pernah meniduri lebih 10 wanita sepanjang perkahwinan mereka.

Mastura Bakar, 24, ketika memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini berkata, suaminya itu tidak adil dalam berpoligami selain banyak berfoya-foya.

"Dalam berpoligami memang dia tidak adil dan banyak berfoya-foya dengan lebih 10 wanita di hotel kerana saya mengenali dan menghubungi setiap wanita yang pernah tidur dengannya," katanya hari ini ketika menjawab soalan peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakilinya dalam semasa prosiding tuntutan cerai fasakh.

Dalam pada itu, Mastura mendakwa Muhamad Mustafa yang juga ahli jawatan kuasa Umno Tasek Gelugor itu pernah meliwatnya setelah dia enggan tidur bersama.

"Dia (suami) suka paksa saya untuk tidur dengannya dan apabila saya enggan berbuat demikian, dia mengasari saya termasuk pernah meliwat saya.

"Jadi, sebab itu saya tertekan dan ingin memohon cerai fasakh dengannya. Bukan itu sahaja, dia juga pernah memukul, menampar dan menendang saya sebanyak tujuh hingga lapan kali apabila mempunyai masalah dan apabila saya bertanya tentang hubungannya dengan wanita lain.

"Apabila saya melarikan diri dari rumah, dia akan pecahkan barang-barang dan pernah melanggar saya dengan kereta sekali," katanya pada perbicaraan kes tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya itu.

Mastura juga memberitahu Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin bahawa dia merupakan isteri keempat ketika mereka bernikah pada 3 Jun 2006.

Namun, dia hanya mengetahui tentang statusnya itu semasa mahu melahirkan anak sulung mereka.

"Ketika bernikah dengannya, saya langsung tidak mengetahui yang saya merupakan isterinya yang keempat. Saya hanya mengetahui yang dia pernah berkahwin dan mempunyai anak-anak.

"Apabila saya nak bersalin anak pertama, baru saya tahu yang saya merupakan isteri keempat," ujarnya.

Beliau berkata, selepas itu suaminya berkahwin dengan tiga wanita termasuk Noraniza.

"Dia sendiri mengaku telah berkahwin dengan ketiga-tiga wanita itu kepada saya setelah saya mengemukakan bukti-buktinya.

Selepas dua tahun berkahwin, tambahnya, Muhamad Mustafa mula jarang pulang ke rumah apabila selepas dia mengetahui suaminya mempunyai isteri lain.

"Kadangkala, seminggu dia tidak pulang ke rumah. Sekitar Mei 2008, dia hanya pulang sekejap dan tidak bermalam di rumah. Saya rasa seperti tempat persinggahannya.

Menurut Mastura, dia bukan sahaja tertekan sehingga trauma untuk tinggal bersama malah lelaki itu juga didakwa tidak memberikan nafkah kepadanya dan anak-anak sejak Disember 2008.

"Sejak Disember 2008, semuanya (pakaian, makanan dan rumah sewa) saya tanggung sendiri dan mendapat bantuan keluarga," ujarnya lagi yang kini menganggur.

Sebelum ini, Mastura menanggung keperluannya dan anak-anak menerusi pendapatannya bekerja sebagai pembantu jualan di kedai barang kemas My Diamond di The Curve, Damansara termasuk berkerja di pusat rawatan spa Mustika Ratu.

Mastura dan Muhamad Mustaffa bernikah pada 3 Jun 2006 di Masjid Pengkalan Hulu, Perak dan dikurniakan tiga anak berusia dua hingga lima tahun.

Muhamad Mustafa tidak hadir ke mahkamah dan diwakili oleh peguam syarie Zaidi Ibrahim.

Kes itu ditangguh pada esok, 6, 12, dan 13 Januari di mahkamah yang sama.

Skyhawk terperosok di dalam semak...F5E pulak enjin hilang...Ketua Audit Negara, boleh tolong komen

Semuanya dah jadi besi buruk, alangkah sedihnya, Pada pihak berkenaan silalah bagi penjelasan...entah boleh terbang ke tidak...wallahualam



Bookmark and Share
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .