Ikuti Blog ini
Umno gelabah bila dibicarakan mahkamah rakyat ,Ahad, Januari 10, 2010 at 10.1.10,
Dato’ Seri Nizar dibenarkan pulang , at 10.1.10,
Ipoh 10 Jan - Dato’ Seri Ir Hj Muhammad Nizar Bin Jamaluddin hari ini dibenarkan pulang oleh pihak hospital setelah berpuas hati dengan perkembangan tekanan darah beliau. Beliau dibenarkan pulang kira-kira jam 12 tengahari tadi. Ketika bercakap kepada pemberita di ruang legar hospital, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital atas layanan dan kerjasama mereka sepanjang beliau berada di hospital selama 4 hari.
Sebelum itu, setelah disahkan kebenaran untuk keluar daripada hospital, beliau sempat mengunjungi teman-teman sesama wad dengan beliau di Wad 8C. Secara kebetulan salah daripada mereka telah menghembuskan nafas terakhir dan Dato’ Seri Nizar berkesempatan bertemu dengan keluarga Arwah. Beliau seterusnya mengadakan bacaan Tahlil untuk arwah.
Bakar gereja: Masyarakat hilang sensitiviti dosa pahala - TG Nik Aziz , at 10.1.10,
SHAH ALAM : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa kejadian serangan membakar gereja kelmarin berlaku kerana Umno telah menghilangkan sensitiviti dosa dan pahala dalam masyarakat di negara ini khususnya orang Melayu itu sendiri.Kesan hilangnya sensitiviti itu, katanya telah menyebabkan masyarakat melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak menghormati agama lain sehingga membakar gereja dan mengarak kepala lembu seperti berlaku di Shah Alam baru-baru ini.
"Tiap-tiap orang nak bakar gereja kena reti (tahu) gereja ini harta kawan kita orang Kristian, bila kita bakar kita lukakan hati dia, berdosa kita di akhirat kelak.
"Sama juga arak kepala lembu, melukakan hati orang India (Hindu), ini berdosa. Tapi perasaan dosa pahala tidak ada dalam orang Melayu sekarang kerana telah dibuang oleh Umno, ini kita dukacita," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) petang semalam.
Selain itu, hilangnya sensitiviti tersebut juga, jelasnya telah mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya, berlaku dalam negara kita.
Umno, jelasnya telah menghilangkan sensitiviti tersebut dari hati orang Melayu apabila membezakan ajaran agama Islam dengan politik dengan berpendirian agama lain, politik lain.
"Sebab itu lah menteri rasuah, orang kampung rasuah, parti-parti rasuah hatta enjin kapal pun boleh dijual senang-senang sahaja, mana boleh jual kalau tidak ada rasuah," jelasnya lagi.
Di dalam ucapan penutupnya sebelum itu, beliau mengingatkan seluruh pimpinan dan jentera PAS meneruskan usaha memberi penerangan kepada masyarakat selaras dengan tugas yang dipikul oleh Nabi-nabi.Beliau mengakui ianya bukan sesuatu yang mudah kerana perlu berdepan bermacam halangan.
Apatah lagi, ianya sesuatu yang boleh dianggap baru dan bertentangan dengan apa yang dibawa zaman penjajahan Inggeris.
"Kerja PAS hari ni memang buat kerja baru, yang (zaman) Inggeris dulu tidak buat, Umno dia (hanya) sambung kerja buat Inggeris," katanya.
Slogan 1Malaysia Punah Dalamasa Kurang 24 Jam , at 10.1.10,
Parti Keadilan Rakyat kesal Umno-Barisan Nasional mewujudkan suasana tegang dan menyemai prasangka antara Muslimin dan Kristian melalui media massa.Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata liputan media arus perdana menuruti tunjuk perasaan tempoh hari memaparkan sikap konfrontasi pimpinan Umno-Barisan Nasional.
"Saya telah bersama pimpinan Parti Keadilan, PAS dan DAP membuat kenyataan mengutuk keras serangan itu. Pimpinan UMNO harus memikul tanggungjawab kerana mereka telah menggunakan media selama ini untuk menghasut rakyat benci kepada Kristian yang menuntut nama Allah digunakan," tegas Anwar.
Beliau berkata, media milik UMNO-Barisan Nasional harus lebih berwaspada dalam melaporkan isu-isu keagamaan dan perkauman.
"Media yang membawa aliran, fahaman perkauman dan mendokong perasaan benci kepada kaum dan agama harus menjawab dan dipertanggungjawabkan," tambahnya.
Pemimpin reformasi ini berkata slogan 1Malaysia punah dalam masa kurang dari 24 jam berikutan serangan keatas gereja-gereja semalam.
Beliau berkata pemerintah merestui tunjuk perasaan tempoh hari kerana layanan yang berbeza diberikan untuk ceramah pembangkang dan perhimpunan anti-kenaikan harga minyak dan tol, atau demonstrasi anti-ISA.
"Kerajaan yang selama ini keras terhadap ceramah aman sekarang ambil tindakan umpamanya memberi laluan kepada demostrasi kononnya demostrasi aman boleh. Padahal selama ini kita ditekan dengan kasar sekali," jelas Anwar.
Gambar Dua Perhimpunan Yang Berbeza… , at 10.1.10,


Himpunan Bantah Mesir.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….



Himpunan Bantah Penggunaan Nama Allah Dalam Akhbar Mingguan Herald
Kedudukan MB Nizar : Kenapa Mahkamah Sukar Tetapkan Tarikh? , at 10.1.10,

KUALA LUMPUR : Kedudukan Mahkamah Rayuan yang sehingga kini tidak menetapkan tarikh sebenar untuk mendengar perbicaraan kes berhubung siapakah Menteri Besar (MB) Perak yang sah, besar kemungkinan disebabkan kerana, keputusan itu akan memenangkan MB Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Hj. Nizar Jamaluddin.
Menurut Nizar, tindakan melengah-lengahkan itu menunjukan pihak BN berkemungkinan akan kalah dalam kes itu seterusnya memberikan kemenangan kepada PR.
“Saya tidak menyatakan yang keputusan itu akan memihak kepada saya, tetapi saya percaya bahawa tindakan melengah-lengahkan kes itu berkemungkinan untuk BN kalah amat cerah," katanya ketika dihubungi Era Pakatan baru-baru ini.
"Jika tidak," tambah beliau, "mengapa lima hakim mahkamah rayuan terlalu sukar untuk menetapkan tarikh?”
Kata Nizar, kes tersebut telah tertangguh sejak dua bulan lalu.
Beliau berkata, pada 9 Disember tahun lalu, beliau dijemput memberi ucap utama dalam forum bertajuk "Ke arah mana Perlembagaan? Natijah dari Krisis Perak".
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, forum itu turut dihadiri oleh peguam-peguam yang pakar dalam Perlembagaan di negara-negara Komanwel termasuk di Malaysia seperti Tommy Thomas, Shad Saleem Faruqi dan Kevin Tan.
Nizar yang juga Adun Pasir Panjang berkata, peguam Tommy Thomas pada malam itu memberi jaminan kepada hadirin bahawa seandainya kes beliau dibicarakan di mahkamah di enam buah negara komanwel termasuk di negara Eropah, pihaknya pasti menang.
“Tapi, hal ini berlaku di Malaysia. Kalau ia berlaku di negara-negara seperti Britain, Kanada, Australia, New Zealand, India, dan Afrika Selatan, keputusannya secara total akan menyebelahi kerajaan Pakatan Rakyat,” kata Nizar.
Tambah beliau, forum malam itu juga terganggu apabila peguam terkemuka Singapura, Kevin Tan gagal tampil sebagai panelis pada saat-saat akhir apabila polis mengenakan syarat terhadap beliau untuk mendapatkan Pas Ikhtisas sebelum hadir sebagai panelis.
Mengulas kenyataan Menteri Besar, Zambry Abdul Kadir yang didakwa keluar negara bersama Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), beliau berkata, jika benar beliau ke sana kononnya atas nama MB Perak, ia sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan sekali gus membazirkan wang rakyat.
Nizar berkata, selagi tiada keputusan sah dan rasmi daripada mahkamah, tindakan beliau atas nama MB adalah haram dan semua yang dilakukannya juga adalah haram kerana kedudukan siapakah MB Perak yang sah sehingga kini belum diputuskan di mahkamah.
Memo berjaya diserah, lebih 1000 berhimpun bantah Mesir , at 9.1.10,
KUALA LUMPUR : Lebih seribu berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.
Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung Haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak lebih kurang 4 kilometer ke bangunan Kedutaan Mesir yang terletak di Jalan Rhu, Ampang.
Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub serta beberpa kepimpinan PAS lain.
Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.
Laungan takbir dan 'Hidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'Bebas Palestin, Bebas Al Aqsa, 'Hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.
Pelbagai bentuk bantahan dizahirkan termasuk memakai mafla warna bendera Palestin, sepanduk mengecam Mesir dan Israel serta bermacam lagi.
Turut bergema sepanjang perarakan adalah nyanyian lagu nasyid "Al-Amalulillah" yang bermaksud 'beramal kerana Allah' sebagai pembakar semangat peserta himpunan.
Pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.
Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.
Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.
Sementara menunggu pertemuan dan serahan memorandum selesai di dalam, beberapa peminpin berucap dengan menyampaikan pidato kepada peserta himpunan di luar pintu masuk bangunan kedutaan dengan dikawal sebilangan anggota unit simpanan persekutuan (FRU).
Antara yang berucap adalah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat Dr. Dzulkifli Ahmad, Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin.
Kesemua mereka mengutuk keras tindakan kerajaan Mesir yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis menindas umat Islam Palestin.
Mereka juga menyeru Umat Islam seluruh dunia bangkit membuat penentangan berterusan di atas sikap kerajaan Mesir tersebut.
Memorandum bantahan berkenaan bagaimanapun berjaya diserahkan kepada Duta Mesir, Hani Abdel Kader Ahmed sendiri dalam pertemuan hampir 15 minit.
"Kami telah menyatakan hasrat kami agar Mesir memainkan peranan penting membenarkan aktivis antarabagsa menghantar bantuan mereka ke Gaza.
"Beliau berjanji untuk mainkan peranan penting dan menyatakan kesedian memberikan bantuan kepada umat Islam Palestin," beritahu Salahudin pada sidang media sejurus menyerahkan memorandum bantahan tersebut.
Selain itu, Mesir juga jelasnya perlu menunjukkan sikap lebih bertoleransi dan terbuka dalam meyelesaikan masalah umat Palestin dan tidak terus menerus dilihat sebagai boneka Amerika.
Di kesempatan sama, Salahuddin juga menyampaikan ucapan penghargaan tidak terhingga PAS buat semua badan-badan dunia sama ada Islam mahupun bukan Islam, yang sentiasa teguh di belakang umat Islam Palestin.
Manakala Nasrudin pula memberitahu, turut dituntut agar Mesir menghentikan usaha membina tembok di sempadan negara itu yang dilihat sengaja untuk mengepung penduduk Palestin.
"Kami juga meminta kerajaan Mesir segera menghentikan usaha membina tembok sepanjang 6 kilometer menyebabkan ummat Islam Palestin bagai terpenjara, dihalang makanan,minuman, bekalan perubatan.
"Andai kata berlaku peperangan, sudah tentu sukar bagi umat Islam Palestin untuk keluar menyelamatkan diri," kata Nasrudin.
DS Nizar perlu lebih berhati-hati, mungkin ada cubaan bunuh pihak desperate? ,Jumaat, Januari 08, 2010 at 8.1.10,
Dua Tok Guru Hadir Ke Taklimat Penerangan 9 Jan ,Khamis, Januari 07, 2010 at 7.1.10,

Program yang berlangsung di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini akan dirasmikan oleh Presiden.
Program akan bermula dari jam 8 pagi dan akan ditutup oleh Mursyidul Am jam 5.30 petang.
Program ini diadakan khusus untuk membentangkan isu-isu nasional serta isu-isu yang berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Taklimat ini dijangka akan melibatkan kehadiran Ahli Majlis Syura Ulama, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat, Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri, Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP, Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri, Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri, Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara, Adun-Adun dan Ketua serta setiausaha Penerangan Kawasan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai program ini bolehlah menghubungi Pegawai Tadbir Penerangan, Shahir di talian 019-2153225.
DS Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan , at 7.1.10,

![]() |
Ds. Nizar telah dimasukan ke ward 8C kerana tekanan darahnya agak tinggi. Nothing serious. Beliau telah terlanggar divider jalan sewaktu mengelakkan sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari persimpangan 'Seruan Islam'.

























