|
|
Ikuti Blog ini
Alah cayang2...peluk mama dik..he he..geli gelamannya... ,Isnin, Januari 25, 2010 at 25.1.10,
Berita Baru Masuk Dari Suk Perak!(UPDATE) , at 25.1.10,
Salam bahagia.
Teman dihubungi oleh seorang rakan yang berkerja di SUK Perak. Dia khabor kat teman yang petang tadi Zambry memanggil semua ketua bahagian dan jabatan peringkat negeri Perak hadir ke pejabat SUK. Ada taklimat persediaan pilihanraya.
Kepada semua ahli dalam Pakatan Rakyat dikehendaki bersedia. DUN Perak mungkin akan bubar bila-bila masa.
p/s: rasa macam mimpi lak. Terpulang kat kome nk cayer atau tidak.
maklumat dari kawan
Bloger-bloger pakatan sila bersiap sedia
Ade SB teman yang duk melepak di bawah pokok kat Istana mengaborkan ke teman yang LA- Legal Advisor SUK Perak dilihat keluar dan masuk perkarangan Istana.
Nampak benor kelam-kabatnye.
p/s: fakta atau auta, terpulang kat hangpa. Aku tukang sampaikan aje.
http://anje-online.blogspot.com/
Anwar Hampir Di Tangkap Di Kg Kerinci , at 25.1.10,
Dihalang Berceramah Di Lembah Pantai
ANWAR IBRAHIM
Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.
Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.
Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.
Dalam pengalaman saya berdepan dengan pegawai polis sebelum ini dalam isu ceramah, saya belum pernah menyaksikan keangkuhan pegawai saperti Wan Bari dari IPD Brickfields. Selalunya pegawai datang – pernah Ketua atau Timbalan Ketua Polis Negeri menyatakan dengan sopan (dari bawah pentas) bahawa saya harus segera menghentikan ucapan. Dalam kes ini beliau terus naik ke pentas pukul 11.33 malam dan minta saya hentikan ucapan. Saya setuju dan meminta hadirin bertenang.
Saya berhenti berucap tetapi beliau arah saya turun pentas segera. Saya minta beliau sopan, kerana saya sudah berhenti dan tidak wajar beliau pamer kuasa secara angkuh.
Alhamdulillah majlis berakhir dengan tenang. Ayuh Selamatkan Malaysia!
Terkini : Tian Chua Eksiden , at 25.1.10,



Royalti: Pendirian tegas TG Nik Aziz disokong , at 25.1.10,
KOTA BHARU, 25 Jan: Pelbagai pihak di sini mahu kerajaan negeri mempertahankan tuntutan royalti minyak dan bukan wang ihsan seperti dicanang pemimpin Umno.
Malah mereka menganggap ketegasan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan melantik wakil kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Wang Ihsan di bawah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai tepat.
Pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusoff berkata, kerajaan negeri perlu mempertahankan hak ke atas royalti sebagaimana termaktub dalam Akta Petroleum 1974.
Katanya, kerajaan pusat sebenarnya tidak ada hak ke atas royalti tersebut kerana perjanjian dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas dan bukan kerajaan pusat.
“Sekarang kita pun hairan dari mana pula kuasa kerajaan pusat untuk menentukan royalti menjadi wang ihsan.
“Ini langsung telah melanggarkan lunas-lunas federalisme yang dilaungkan kerajaan sejak merdeka,” katanya di sini.
Semalam, Menteri Besar Kelantan menolak pelantikan wakil kerajaan negeri dalam Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan yang akan diletak di bawah JPP.
Sebelum itu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin memberitahu kerajaan pusat akan menubuh jawatankuasa terbabit bagi menentukan kaedah penyaluran wang ihsan hasil petroleum yang dicari gali di perairan Kelantan.
Dr Abdul Halim bimbang wang ihsan hanya akan menjadi alat politik kepada pemerintah dan bukan bagi memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
“Tidak mustahil ia akan menjadi alat kepada kempen Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang seperti pernah berlaku di Terengganu,” ujarnya.
Oleh itu, beliau menyokong pendirian Menteri Besar menolak menghantar sebarang wakil dalam Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan.
Dewan Pemuda PAS Kelantan turut menyokong penuh pendirian tegas Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi mempertahankan hak Kelantan ke atas royalti minyak.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tidak berbangkit sama sekalik kewujudan Jawatankuasa Pembangunan Wang Ihsan kerana ia bertentangan dengan perjanjian yang ditandatangani berpuluh tahun lalu.
“Sepatutnya kerajaan negeri yang mencadangkan pelantikan wakil kerajaan pusat dalam jawatankuasa royalti minyak kerana ia menjadi hak mutlak kerajaan negeri.
“Dan JPP pula suatu entiti yang tidak sepatutnya wujud kerana jabatan itu hanya ada di negeri-negeri yang BN kalah. Peranan JPP bercanggah dengan konsep federalisme.
“Oleh itu Dewan Pemuda mencadangkan JPP dibubarkan sekiranya benar Perdana Menteri mahu mengamalkan konsep 1Malaysia,” ujarnya.
Kes MB 9 Feb: DS Nizar minta doakan kemakmuran Perak , at 25.1.10,
IPOH, 25 Jan: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyeru semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran untuk negeri ini.
Ini berikutan Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah, kata Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat negeri, Drs Khalil Idham Lim.
Menurut Khalil, Mohammad Nizar memaklumkan kepada pihaknya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan itu dalam satu kenyataan rasmi, sebentar tadi.
“Beliau (Nizar) juga memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang memohon kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri ini.
P'raya kampus: Proses penamaan calon panas , at 25.1.10,
Proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus di empat universiti awam berlangsung hari ini dalam suasana panas, terutama di Universiti Malaya (UM) di mana para penyokong yang berbaju oren dan hitam melaungkan slogan antara satu sama lain.
Seperti biasa, pilihan raya kampus menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan pelajar - Pro-aspirasi yang didakwa mendapat sokongan pihak berkuasa kampus, dengan Pro-Mahasiswa (pro-M).
Kira-kira 200 penyokong pro-M di Universiti Malaya, ramai daripadanya memakai baju oren, berarak ke pusat penamaan calon pagi ini. Manakala kira-kira 200 penyokong pro-Aspirasi turut berkumpul di fakulti sains, dekat pusat penamaan calon.
Penyokong pro-M melaungkan slogan 'hapuskan rasuah' dan membawa plakad yang bertulis 'RM5,000' dan nama sebuah hotel. Mereka mendakwa kumpulan pro-Aspirasi mendapat bantuan kewangan dari pihak berkuasa kampus.
Manakala penyokong pro-Aspirasi pula membalas dengan melaungkan slogan 'pro-M alat PKR'
Sejumlah 41 kerusi di pertandingkan di UM kali ini. Pro-M mengemukakan 32 calon manakala pro-Aspirasi bertanding di semua 41 kerusi.
Tiga lagi universiti yang terbabit dalam proses penamaan calon hari ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Suasana di UKM juga panas di mana masing-masing 200 penyokong Pro-M dan 100 pro-Aspirasi, hadir untuk menyokong calon mereka.
Pro-M turut membawa dua kuda mainan yang bertulis “aspirasi”, sambil mengejek lawan mereka yang didakwa dikuasai pihak berkuasa kampus.
Di UKM, selepas penamaan calon tadi, pro-M menang satu kerusi tanpa bertanding. Manakala 34 kerusi lagi akan dipertandingkan pada 28 Januari ini.
UTM pula bertandingkan 51 kerusi - 46 kerusi di kampus Skudai dan lima kerusi di kampus Kuala Lumpur.
Di Skudai, Pro-M meletakkan 43 calon dan pro-Aspirasi 46 calon, tetapi belum dapat dipastikan keadaannya di Kuala Lumpur.
Di USM pula sejumlah 39 kerusi akan dipertandingkan, tetapi pro-M hanya meletakkan tiga calon. Setakat ini pro-Aspirasi sudah 17 menang tanpa bertanding.
Turut bertanding kali ini ialah enam calon bebas.
Proses penamaan calon di UM, UKM dan USM berjalan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, dan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari bagi kampus UTM.
Bola, Dinner, Parlimen Parit - Dato’ Seri Nizar , at 25.1.10,
Manjung - Sebagai President PAFA, Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin sekali lagi turun ke padang menonton perlawanan bola sepak Piala President PAFA di Stadium Majlis Perbandaran Manjung. Perlawanan antara Ipoh B yang diwakili oleh PCRC (Perak Chinese Recreation Club) melawan pasukan Daerah Manjung itu berlangsung seperti yang dirancang walaupun keadaan kawasan sekitar Manjung dikatakan hujan dengan lebat. Dato’ Seri Nizar dengan bantuan Pusat Khidmat beliau telah menyumbangkan jaring untuk tiang gol kepada Persatuan Bolasepak Daerah Manjung. Jaring tersebut adalah untuk kegunaan di padang rasmi mereka di Padang Astaka, Manjung.
Setelah beramah-mesra dengan pemain dan juga petugas, Dato’ Seri Nizar dibawa untuk minum petang bersama petugas-petugas Pusat Khidmat beliau di sebuah restoran dalam kawansan Manjung. Beliau juga berpeluang beramah-mesra dengan pengunjung di restoran tersebut.
Sesudah solat Maghrib di Masjid Ar-Rahmaniah Sungai Wangi, beliau bergegas ke Majlis Makan Malam Anjuran DAP di Dewan Kutien Ayer Tawar. Seramai lebih 1000 orang menghadiri jamuan makan malam tersebut. Dalam ucapan beliau ketika itu, beliau menyatakan kekesalan terhadap pengalihan isu oleh UMNO dengan kalimah Allah sedangkan isu yang lebih penting seperti kehilangan enjin kapal terbang dan kematian Teoh Beng Hong masih belum lagi selesaikan.
Dalam majlis yang sama juga, Datuk Ngeh Koo Ham selaku Ahli Parlimen Beruas dan YB Nga Kor Ming sebagai Adun Pantai Remis menyampaikan beberapa sumbangan kepada beberapa sekolah Tamil sekitar Ayer Tawar dan juga orang-orang miskin di kawasan ini.
Selesai ucapan Dato’ Seri di Ayer Tawar, beliau kemudiannya bergegas ke Kampung Acheh untuk menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat beliau di dewan Tokong Seng Huat Soo Kong.
Acara terakhir beliau pada hari ini disudahi dengan ceramah di Markaz PAS Titi Gantong. Acara ini adalah bersempena dengan mengingati nostalgia Parlimen Parit ketika pilihan raya Umum tahun 1999.
Kejayaan `paling manis’ bagi PAS pada pilihan raya umum 1999, apabila calon PAS, Ustaz Basir Mohammad Rahmat, berjaya `merampas’ kerusi Parlimen Parit dengan menewaskan Dato’ Seri Megat Junid Megat Ayub. Manakala kerusi DUN Belanja turut `dirampas’ daripada BN, apabila Dr Faizol Fadzli Mohamad, menewaskan calon BN, Dato’ Zaim Abu Hassan. Dalam masa yang sama DUN Bota berjaya dimenangi oleh calon daripada PKR.
Mengenangkan kejayaan itu, Dato’ Seri Nizar menyeru kepada semua jentera pilihan raya Pakatan Rakyat khususnya di Parlimen Parit untuk berkerja dengan lebih kuat supaya dapat mengulangi kejayaan meraka pada tahun 1999 dahulu. Beliau juga menyeru rakyat di Bota agar meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional kerana mereka dalam Parti yang penuh dengan rahsuah.
Kehadiran pada malam itu mencatatkan angka yang agak besar iaitu kira-kira 4000 orang. Majlis disudahi dengan penyampaian penghargaan kepada penyumbang-penyumbang yang menyumbang untuk menjayakan program pada malam itu.
Lihatlah bagaimana TG Nik Aziz menjaga semua agama ,Ahad, Januari 24, 2010 at 24.1.10,
Seramai 16 orang daripadanya adalah ketua-ketua paderi Kristian dari seluruh negara yang sedang bersidang di Kota Bharu, ibu negeri yang negerinya ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata majlis yang diadakan di sebuah hotel itu akan diadakan bermula pukul 10.45 pagi dan dijangka berkahir 12.00 tengahari.
"Majlis makan ini adalah lambang kita meraikan tetamu bagi orang Islam. Masa kita dapat anak kita adakan majlis aqiqah, kahwin kita buat kenduri. Semuanya sebagai tanda kita meraikan tetamu dan kegembiraan bukannya permusuhan," kata TG Nik Aziz dalam wawancara khas dengan tiga wartawan termasuk dari Harakahdaily.
“Kita terpaksa menganjurkan program berkenaan agak awal bagi menghormati sebahagian penganut agama yang tidak boleh makan tengahari melebihi pukul 12.00 tengahari,” ujarnya.
Menurutnya, biarpun kerajaan negeri pernah meraikan golongan berkenaan beberapa tahun dahulu, namun majlis yang bakal berlangsung nanti lebih besar apa lagi kerana ianya melibatkan ketua agama dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Jelas Tuan Guru lagi, kerajaan negeri meraikan golongan berkenaan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan yang telah sedia terjalin tetapi juga untuk mengekalkan suasana aman di negeri itu yang telah ditadbir oleh parti yang berlandaskan Islam.
Tambahnya, lagipun Islam menggalakkan umatnya berbuat baik kepada semua bangsa dan agama termasuk meraikan mereka dengan jamuan.
“Mudah-mudahan dengan cara ini masyarakat bukan Islam dapat menyaksikan sendiri bagaimana Islam mengajar penganutnya meraikan golongan bukan Islam,” ujarnya.Hrkh
Kelantan tolak lantik wakil pantau wang ehsan , at 24.1.10,

KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.
“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.
Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
Menurut Nik Aziz lagi, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ehsan.
“Kalau nak beri wang ehsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.
“Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya.
Terdahulu PAS Kawasan Batu, menyerahkan memorandum sokongan terbuka kepada kerajaan Kelantan, dalam menuntut royalti dari Kerajaan Pusat.
Memorandum berkenaan diserahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin kepada Nik Aziz di JKR 10.
Ketika berucap pada majlis itu, Tuan Guru sekali lagi menjelaskan kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.
“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.
“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak, tetapi sekarang ada hak, cuma dengan nama ehsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin Umno) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur,”ujarnya.
Sambungnya lagi, petrol berkenaan hanya ada di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun kerajaan pusat didakwa mengaku kesemua itu hak mereka dan menafikan hak negeri.
Jelasnya, lebih malang lagi wang ehsan tersebut akan diberi kepada rakyat melalui JPP seolah-olah Kelantan tiada kerajaan.
“Beri wang ehsan tersebut pada Kerajaan Kelantan kerana rakyat dia ada kerajaan, ada bendera sendiri, ada Menteri Besar, ini mengarut kerana mereka terlampau bertuhan kepada duit,”ujarnya lagi.
"Kalau inginkan wang hasil minyak dari Kelantan, minta dari kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya negeri ini memohon wang ehsan dari Kerajaan Pusat," katanya.
Rakyat Malaysia tidak akan dapat baca blog Pakatan Rakyat lagi? , at 24.1.10,
Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) tujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.
Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.
Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet .
Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim, bersama dengan beberapa Menteri Kabinet UMNO / BN telah mengadakan rundingan tertutup dengan CEO - CEO dari Telekom dan Celcom untuk membincangkan perkara ini sebelum Najib berangkat ke India.
Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi kata laluan masuk, akses penerbitan tempatan, sistem melambatkan sistem, bahkan hingga memusnahkan data- data di dalam hard disk jika ada yang mengakses blog anti kerajaan dan juga menghalang laman-laman blog daripada menyiarkan berita-berita yang buruk tentang kerajaan.
Perkara ini tidak akan melibatkan blog-blog pro kerajaan kerana pemintasan akan dilakukan berdasarkan alamat IP dan POP Proxy individu. Jadi, jika anda mengakses blog pro-kerajaan, anda tidak akan terjejas.
Najib dan UMNO / BN akan memastikan bahawa Rakyat Malaysia tidak akan dapat mengakses berita dari sebarang portal-portal dan juga blog-blog anti-kerajaan dan laman tersebut tidak akan dapat menyiarkan sebarang berita yang benar tentang salah laku rasuah mereka dan strategi untuk menggulingkan Prakatan Rakyat di Internet .
Rais Yatim, Muhyiddin dan Hishamuddin baru-baru ini telah menyentuh mengenai Blogs, Facebooks, dan Twitters yang dikatakan boleh menghancurkan budaya kita.
Selain itu mereka juga merancang untuk membenarkan polis dan tentera untuk membuat permohonan bagi memiliki Mykad , sudah pasti tujuannya ialah bukan kerana subsidi petrol dan kegunaan lain tetapi sebagai pengundi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.
Isu Kalimah Allah baru-baru ini juga dirancangkan oleh Najib dan UMNO untuk memperolehi lebih banyak sokongan Melayu.
Ini menjelaskan bahawa Najib dan UMNO akan mencuba segala cara untuk kekal berkuasa untuk terus merompak kekayaan Negara untuk jangkamasa yang lebih lama.
Khutbah-khutbah jumaat dan juga ceramah Ugama telah diarahkan agar menekankan tentang isu Kafir untuk tahun 2010 dan 2011 juga bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap UMNO.
Membeli ahli politik ,wakil-wakil rakyat dan pengundi dari Pakatan Rakyat juga merupakan sebahagian daripada rancangan mereka untuk melemahkan Pakatan Rakyat sehingga mereka boleh tetap berkuasa.
Mereka juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan pendapatan dan elaun semua kerabat diraja secara diam-diam, untuk mendapatkan sokongan mereka untuk tetap berkuasa.
Sumber: Anak Sungai Derhaka & MalaysiaToday.
TG Nik Aziz laungkan Amaran Kata Dua Pada Pimpinan PR ,Sabtu, Januari 23, 2010 at 23.1.10,

Mursyidul Am Pas TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi kata dua kepada gabungan parti dalam Pakatan Rakyat bahawa mereka akan dipulau atau sebaliknya oleh rakyat jika mengamalkan gejala tidak sihat, seperti cah keting, kronisme dan rasuah serta tidak prihatin kepada rakyat.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa sesebuah parti tidak kekal dan diterima rakyat selamanya jika pemimpinnya tidak menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.
“Saya memberi ingatan kepada pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat supaya mereka menunaikan tanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat dan tidak melakukan perkara buruk seperti cah keting, kronisme, rasuah dan sebagainya.
“Sebaliknya, mereka akan terus diterima rakyat dan menjadi sebuah kerajaan yang berwibawa,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan Anggota Parlimen Kapar, Selangor, di kediaman rasminya di JKR 10, di sini hari ini.
Hadir sama, anggota Parlimen kawasan itu, S. Manikavasagam dan Ketua PKR cawangan Kapar, Mohd Bakir Abd Wahab. – BERNAMA
9 pelajar ditahan bantah p'raya kampus , at 23.1.10,
![]() |
Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.
Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.
Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.
Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.
![]() |
Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima minit selepas kumpulan pelajar tersebut berarak dari Menara Tun Razak.
Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka menurunkan kain rentang bantahan mereka serta bersurai dalam masa lima minit.
Jenazah Sultan Iskandar Selamat Disemadikan , at 23.1.10,
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail menyiram air mawar ke pusara Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semasa istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini. - Foto The Star oleh MOHD SAHAR MISNIJOHOR BAHARU: Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, hari ini.
Istiadat itu disempurnakan dengan siraman air mawar dan taburan bunga rampai selepas bacaan doa dan talkin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Seri Mohd Nooh Gadot.
Terdahulu, Tunku Bendahara Tunku Abdul Majid dan cucunda-cucunda Almarhum termasuk Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim bersama-sama menimbus tanah dalam liang lahad makam baginda.
Istiadat itu disaksikan oleh Sultan Johor Tunku Ibrahim Ismail, Sultanah Zarith Sofiah, Sultanah Zanariah serta anakanda dan cucunda selain anggota kerabat diraja Johor yang lain.
Turut berangkat hadir ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Perak Sultan Azlah Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Muhriz, dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang turut menghadiri upacara pemakaman itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Osman serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Ali Rustam, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut serta.
Sebelum itu, semasa upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja.
Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Selain itu, sebanyak 77 das tembakan mariam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya.
Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.
Sultan Iskandar mangkat di Hospital Pakar Puteri di sini pada 7.15 malam semalam selepas dimasukkan ke hospital berkenaan kerana gering. - BERNAMA









