Ikuti Blog ini
Hina Cina dan India – Pegawai Khas PM letak jawatan. ,Selasa, Februari 02, 2010 at 2.2.10,
Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Kenyataan Pegawai Khas Najib melampau.
Kenyataan Datuk Nasir bin Safar, (Gambar) Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak membuktikan slogan 1Malaysia Najib hanyalah satu sandiwara semata-mata.
Beliau berkata, orang India di Negara ini yang mendesak 12 matapelajaran untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai ‘pelampau’.
"Orang India di Malaysia melampau sangat….. mereka mendesak kerajaan untuk 12 mata pelajaran dalam SPM.. jangan desak kerajaan,”katanya ketika berucap dihadapan pegawai-pegawai kerajaan dan politik dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, (JASA) di Pusat Dagangan Melaka hari ini, 2 Februari.
Lebih mengejutkan, Nasir telah membuat ugutan untuk melucutkan kerakyatan kaum India di Malaysia dan menuduh mereka datang ke Malaysia sebagai ‘peminta sedekah’.
Beliau turut menggelar kaum Cina (Tionghua) khususnya perempuan-perempuan Cina yang berhijrah ke Malaysia pada masa lalu sebagai ‘pelacur’.
”Anytime kita boleh melucutkan kewarganegaraan orang India dimalaysia... Indians came to Malaysia as beggers and chinese especially ladies untuk jual badan melacur,"kata Nasir.
Tindakan Pegawai Khas Bahagian Komunikasi yang duduk ‘dibawah dagu’ Najib dilihat sebagai satu kenyataan yang menghasut.
”Jasa org Cina dan India dalam pembangunan, dan pembentukan modal insan di Negara ini sebelum merdeka,
”dan penjuangan bila (ketika) zaman konfrontasi, tidak dikenang langsung, faktor sejarah diputar-belit, 1Malaysia konon,”kata seorang pengamal media.
Karnival Penang Harmoni: Pakat Mai Penang...!!! , at 2.2.10,


Nurul Izzah: Kedatangan Tok Guru Nik Aziz Memberi Kekuatan Kepada Keluarga Kami! , at 2.2.10,
Nurul Izzah Anwar
Perbicaraan ini merupakan satu percubaan jahat yang bukan sahaja berniat untuk menghina dan menghancurkan karier politik ayah, tetapi juga keutuhan keluarga kami. Perbicaraan ini sekali lagi mengingatkan rakyat tentang penglibatan Peguam Negara, pimpinan tertinggi Umno dan Ketua Polis Negara dalam perencanaan konspirasi 1998 – dan tentunya pembabitan mereka di dalam kes terbaru ini.
Saya ingin menegaskan dakwaan bahawa kes ini sebenarnya dilengah-lengahkan datang dari pendusta, pemfitnah, dan mereka yang sememangnya tidak faham atau arif tentang sistem perundangan negara.
Sewaktu kes dibicarakan di mahkamah majistret, Peguam Negara bersungguh-sungguh memohon agar kes tersebut dipindah untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Permohonan tersebutlah yang merupakan satu bentuk penangguhan – yang dipinta oleh MEREKA!
Kita semua maklum bagaimana ayah diminta membela diri oleh mahkamah walaupun bukti penting yang menunjukkan wujudnya kes prima facie tidak diserahkan kepada beliau. Ini bercanggah dengan peruntukan undang-undang yang jelas menetapkan kewajipan pihak pendakwa berbuat demikian.
Justeru ayah terpaksa menggunakan saluran mahkamah untuk mendapatkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Malangnya kami pula dituduh cuba untuk melengah-lengahkan kes.
Amat mendukacitakan rayuan kami ke Mahkamah Tinggi untuk membatalkan tuduhan terhadap ayah turut ditolak sungguhpun bukti menunjukkan dakwaan wujudnya elemen “kemasukan” adalah tidak berasas. Selain itu, Mahkamah Rayuan sehingga ke hari ini masih belum menetapkan tarikh perbicaraan.
Sudahlah ayah dinafikan akses terhadap bukti-bukti untuk membela dirinya. Ditambah pula dengan rayuan ke Mahkamah Tinggi yang ditolak serta permohonan kami agar keputusan itu disemak oleh Mahkamah Persekutuan, mana mungkin perbicaraan ini boleh diteruskan?
Kami tidak mengharapkan belas kasihan dari para konspirator tetapi setidak-tidaknya janganlah menuduh kami menggunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan kes sedang kami sedari awal maklum keputusan mahkamah tidak akan memihak kepada kami. Hormatilah hak kami untuk menggunakan saluran mahkamah demi menegakkan keadilan. Sesungguhnya kami juga mahu keaiban kedua ini berakhir secepat mungkin agar kami dapat menjalani kehidupan seperti insan lain.
Sungguhpun demikian, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang masih terus menyokong kami dalam usaha mengembalikan maruah kami sekeluarga serta maruah negara dan bangsa. Doa dari tuan-tuan Allah sahaja yang dapat membalasnya dan sesungguhnya percayalah kebenaran akan pasti tertegak. Ketabahan dan kesabaran harus diteruskan, terutamanya bila terbayang wajah Mursyidul Am PAS, YAB Menteri Besar Negeri Kelantan, Al-Fadhil Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pagi tadi – hadir bersama, menolak fitnah. Moga Allah SWT berikan kita kekuatan.




KES LIWAT ANWAR : KONSPIRATOR SILAP STRATEGI , at 2.2.10,
Kalau benar dakwaan ramai pihak bahawa Anwar sekali lagi difitnah oleh sepasukan Konspirator yang mahu membunuh karier politik Anwar dan PR, saya kira pasukan konspirator dan tuannya telah tersalah langkah. Apakah Mahkamah Sedia Memanggil Najib dan Rosmah? , at 2.2.10,
Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai bukti cukup untuk mensabitkan bahawa dakwaan fitnah terhadapnya adalah konspirasi Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, demikian lapor TVSelangor.Anwar mengarahkan peguamnya, Karpal Singh untuk memanggil Perdana Menteri dan Rosmah menjadi saksi dalam perbicaraan beliau yang bermula hari ini.
Anwar berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Saiful telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.
"Orang yang terlibat berpakat dengan orang yang menuduh saya termasuk Najib dan Rosmah harus hadir ke mahkamah jelaskan keadaan".
"Kita membuat tuntutan supaya Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah. Saya hendak tengok mereka hadir atau tidak. Kenapa hendak larang, nafikan hak saya bela diri, sekarang saya ada bukti Najib dan Rosmah mempengaruhi budak ini", ujar Anwar.
Anwar berkata Saiful Bukhari Azlan yang membuat tuduhan fitnah itu hanyalah kambing hitam di dalam episod ini, manakala dalangnya adalah Najib dan Rosmah.
Pemerhati berkata kesediaan mahkamah untuk memanggil Najib dan Rosmah adalah ujian getir untuk kewibawaan perbicaraan kali ini.
Pada 1999, hakim dalam kedua-dua perbicaraan Anwar enggan memanggil Tun Mahathir Mohamad untuk memberi keterangan walaupun mantan Perdana Menteri itu melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Anwar disamping memecat beliau dari kerajaan dan Umno.
Anwar sebelum ini berkata konspirasi politik kali ini digerakan oleh Perdana Menteri dan isterinya dalam satu lagi cubaan untuk membunuh kerjaya politik beliau selaku Ketua Pembangkang dan seteru utama Umno.
Dengan menghantar Anwar balik ke penjara, Najib berharap untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan sekali gus memastikan kelangsungan Umno.
Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan ke 2 petang ini untuk mendengar permohonan Anwar bagi menangguhkan perbicaraan kes liwat beliau.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh, berkata penangguhan itu diperlukan kerana mereka perlu memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk diberikan akses kepada dokumen daripada pihak pendakwaan untuk tujuan pembelaannya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata jika tiada tarikh ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan itu, Mahkamah Tinggi akan meneruskan prosiding bagi mendengar permohonan penangguhan perbicaraan.
Anwar, 63, tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sementara itu Tian Chua hampir ditahan oleh pihak polis kerana enggan menurunkan banner yang tertera "Perhimpunan Bantah Fitnah Ke 2". Tian Chua menyatakan kepada polis berkenaan, "kamu boleh rampas banner, tapi pihak CNN sedang perhatikan apa yang kamu lakukan."
Seorang warga emas yang datang ingin mengikuti perkembangan perbicaraan telah pengsan dan dikejarkan ke hospital.
TERKINI : Kes Anwar-Saiful Ditunda Jam 2.30 Petang Ini , at 2.2.10,

Kes liwat 2 yang melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula pagi ini ditunda ke pukul 2.30 petang.Penundaan itu dibuat sementara menunggu arahan dari Mahkamah Persekutuan selepas permohonan difailkan oleh Peguam Karpal Singh, supaya semakan dibuat ke atas keputusan mahkamah minggu lepas yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tambahan bagi membantunya mempertahankan diri terhadap tuduhan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di sebuah kondominium setahun lalu.
Anwar dilihat keluar dari bangunan mahkamah jam 10.15 pagi tadi dengan disambut laungan REFORMASI oleh para penyokongnya.
Tepat jam 9 pagi tadi, Anwar telah melangkah masuk ke Mahkamah Jenayah 3 ditemani oleh isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah dan adik-adiknya Nurul Hana & Nurul Iman.
Turut hadir memberikan sokongan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Datuk Chua Jui Meng, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, exco selangor, Elizabeth Wong, Senator Dr Syed Hussin Ali dan Setiusaha agong PKR, Saifudddin Nasution.
Selain itu, turut hadir memberikan sokongan ialah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dalam keadaan sebak ditemani oleh beberapa duta asing dari Sweden dan US.
Sementara itu tiga trak anggota polis mula berkawal di perkarangan dan di dalam mahkamah seawal jam 7 pagi.
Kawalan ketat dan pemeriksaan dilakukan sebelum dibenarkan masuk ke Mahkamah Jenayah 3.
Sementara itu Tian Chua hampir ditahan oleh pihak polis kerana enggan menurunkan banner yang tertera "Fitnah Kedua". Tian Chua menyatakan kepada polis berkenaan, "kamu boleh rampas banner, tapi pihak CNN sedang perhatikan apa yang kamu lakukan."
Sementara itu terdapat jeritan "tangkap Saiful, tangkap saiful, bawa masuk ke tandas," diiringi senyum tawa para penyokong Anwar.
Foto dari malaysianinsider





Pengaruh PAS di Kelantan tidak surut - pensyarah , at 2.2.10,
Ini dibuktikan dengan kehadiran puluhan ribu rakyat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV mendengar penjelasan mengenai tuntutan royalti minyak.
Bagi pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, terdapat data-data yang menunjukkan pengaruh PAS di Kelantan tidak surut.
Menurutnya, kehadiran begitu ramai rakyat pada program solat hajat dan ceramah mengenai royalti yang disampaikan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi satu petanda jelas.
Program tersebut yang diadakan malam Jumaat lalu memberi pukulan terhadap Umno biar pun terdapat usaha bagi menghalang program tersebut diadakan.
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang bertanggungjawab menganjurkan program berkenaan mengakui ada tekanan diterima sebelum program berlangsung.
Sementara itu, dalam perkembangan lain Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat isu cah keting yang ditimbulkan media dengan mensasarkan PAS ternyata tidak berjaya mempengaruhi rakyat.
“Ini kerana rakyat tahu di mana budaya ‘cah keting’ sebenarnya berlaku. Namun media melaporkan kononnya budaya itu hanya berlaku dalam PAS,” katanya pada satu program di Pasir Puteh, baru-baru ini.
Pada majlis itu beliau juga melahirkan rasa puas hati terhadap pengurusan hotel di negeri ini yang mematuhi dasar ditetapkan kerajaan negeri.
Katanya, walaupun di sini terdapat juga hotel mewah, namun pihak pengurusannya mematuhi arahan ditetapkan termasuk larangan penjualan arak, disko, perjudian dan aktiviti pelacuran.
Wakil Kedutaan Amerika menemui DS Nizar ,Isnin, Februari 01, 2010 at 1.2.10,

Ipoh 1 Feb : Kunjungan hurmat Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan Amerika ke Pejabat PAS Perak pagi ini merupakan satu penghormatan oleh sebuah kerajaan besar dunia terhadap keupayaan kepimpinan PAS Perak, khususnya terhadap DS Ir Nizar Jamaluddin.
Turut mengiringi beliau menemui Majlis Dewan Harian PAS ialah Setiausaha Politik Kedutaan Amerika, En Ravi Manickam.
Tetamu dari Kedutaan Amerika tersebut berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin PAS Perak hampir satu jam lebih.

Selain DS Nizar, turut hadir ialah Pesuruhjaya Negeri, Ust Abu Bakar Hussin, Timb 3 PJ, Ust Mustaffa Shaari,YB Zainuddin,Misbahul Munir dan beberapa yang lain.
Ditanya oleh wartawan samada kunjungan beliau menemui PAS Perak ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang akan memutuskan kedudukan DS Nizar sebagai Menteri Besar pada 9 Februari nanti, Jeremy menyatakan bahawa kunjungan ini sebenarnya telah lama dirancang dan hanya kali ini beliau ada kesempatan.
Beliau menjelaskan tujuannya adalah untuk berkenal-kenalan dan bertanya tentang peluang pelaburan yang ada di Perak.
“Amerika tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” jelasnya lagi kepada pihak media.
Walau bagaimana pun ramai yang melihat kunjungan wakil Kedutaan Amerika tersebut menemui pemimpin PAS pada hari ini sebagai memberi semangat dan sokongan kepada kes DS Nizar yang dijangka diputuskan menjelang 9 Februari ini.
UMNO Kelantan Gerun Untuk Bertindak Ke Atas Ku Li , at 1.2.10,
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata hanya majlis tertinggi parti yang boleh mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Barisan Nasional Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.(gambar Ku Li turut mengamin doa yang dipohon oleh TGNA )Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai ceramah yang disampaikan oleh Ku Li pada Khamis lalu di Kota Bharu mengenai tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan yang bercangggah dengan pendirian Kerajaan Pusat.
"Perkara ini bukan di bawah bidang kuasa Umno Kelantan," katanya dan menambah "hanya Majlis Tertinggi boleh membuat keputusan terhadap tindakan yang hendak diambil terhadap Tengku Razaleigh."
Mustapa, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ditanya sama ada Umno Kelantan akan bertindak terhadap Ku Li kerana berkata Kelantan harus diberi royalti minyak dan bukan wang ihsan.
Berikutan kenyataan itu, Perdana Menteri dan juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak berkata pimpinan parti akan meneliti ucapan Ku Li ketika perhimpunan raksasa menuntut royalti minyak di Stadium Sultan mohammed ke IV di Kota Bharu.
Pada mesyuarat dengan Umno Bahagian Pasir Puteh kelmarin, Mustapa berkata Jawatankuasa Perhubungan Umno akan bertemu Najib untuk memberi cadangan tentang projek-projek yang akan dibiayai dengan wang ihsan.
Mustapa, sebelum ini berkata Kerajaan Pusat akan menyediakan peruntukan RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan, iaitu lima peratus dari hasil pengeluaran minyak dan gas di pesisir luar pantai Kelantan untuk tahun 2008. – Bernama
Kenyataan Zambry sombong, dangkal dan bodoh , at 1.2.10,

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Kenyataan Menteri Besar Mahkamah Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang meminta 28 Adun Pakatan Rakyat di negeri itu mengosongkan jawatan dilihat sebagai bukan sahaja sombong dan dangkal bahkan bodoh sebagai seorang ahli politik berwibawa.
Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki berkata, kenyataan Zambry yang mencabar semua Adun PR melepaskan jawatan untuk dipertandingkan semula menampakkan kecetekan beliau di dalam ilmu pengetahuan berpilihan raya di negara ini.
Di dalam satu portal berita, Zambry dilapurkan mencabar 28 Adun PR mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kerusi-kerusi.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak dalam pilihan raya kecil," katanya selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.
Menurut Ustaz Misbah, Zambry mengeluarkan kenyataan itu tanpa meneliti aturan dan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dengan tegas menyebutkan; mana-mana wakil rakyat yang meletakkan jawatan; beliau tidak boleh bertanding dalam masa lima tahun berikutnya.
Inilah yang Zambry terlepas pandang dan pasti beliau tidak mempunyai maklumat ini sebab itulah beliau dengan tidak semena-mena membuka tembelang dirinya yang kononnya bijak berpolitik, jelasnya.
“Sepatutnya Zambry yang isytiharkan pembubaran Dun Perak untuk diadakan pilihan raya semula bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih PR yang layak atau BN yang akan ditumbangkan mengikut lunas demokrasi.
“Bukannya dengan membuat kenyataan yang menampakkan sikap sombongnya dalam mempertahankan perbuatan merampas Kerajaan Perak bermula 6 Februari 2008 lalu, malah dilihat oleh rakyat sebagai dangkal dan bodoh,” tegasnya kepada Siasah baharu sebentar tadi.
Ustaz Misbah berkata, PAS berkeyakinan penuh suasana Negeri Perak akan kembali makmur dan segar semula dan perasaan rakyat keseluruhannya akan berpuas hati sekiranya Dun dibubarkan untuk pemilihan kerajaan baharu.
Berita Angin: Pilihanraya serentak Perak dan Sarawak. , at 1.2.10,

Strategi ini untuk menumpulkan tumpuan kempen parti2 PR. Kalau DUN Perak saja bubar, semua jentera parti2 PR akan tertumpu ke Perak.
Begitu juga kalau DUN Sarawak saja dibubar.
Pihak BN tak ada masalah tentang jentera, infrastruktur dan logistik berkempen. Semua jentera negara dan negeri akan dikerahkan untuk berkempen dan bekerja bagi pihak BN.
Begitu juga dengan kewangan, BN banyak pemodal-taukey yang sanggup beri subsidi. Wang negara pun akan kena pau.
Ini terutamanya berkempen di Sarawak. Negerinya besar, lebih luas daripada Tanah Semenanjung. Bagi satu kawasan DUN, untuk logistik dan berkempen, memerlukan RM200,000.
Ada 71 kawasan DUN. RM200,00 x 71 Berapa da?
BN akan belanja tak kurang dari RM 1 juta untuk satu kawasan DUN. Untuk politik wang!
Oh ya, bila?
Desas desusnya ialah pada bulan Mei. Bulan Jun pesta Gawai di Sarawak. Jadi kata Orang Iban tak sesuai buat pilihanraya.
Hujung bulan Februari ini AGM parti PBB - parti pemerintah Sarawak. Ranking parti itu akan diputuskan di situ. Calon2 juga akan dikenalpasti kat situ.
Masa aku pegi kat Sarawak, kuat sekali lobi melobi calon ni. Sudah ada yang mengenalkan diri sebagai calon dan mula berkempen.
Sarawak dan Perak, BN rasa mereka boleh menang. Apa khabar PR?...
DS Anwar Nyatakan Sokongan Kepada Tengku Razaleigh , at 1.2.10,
Umno mungkin akan mengambil tindakan keatas Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh kerana menyokong rayuan royalti minyak rakyat Kelantan.Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak berkata parti itu akan meneliti isi kandungan ucapan pemimpin veteran itu yang dibuat di satu perhimpunan aman di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Baharu, Khamis lalu.
Tengku Razaleigh dalam ucapannya berkata rakyat Kelantan berhak kepada royalti minyak dan bukannya wang ehsan.
Mengulas perkembangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mengalu-alukan tuntutan Tengku Razaleigh itu.
“Pendirian beliau bercanggah dengan pendirian pimpinan BN. Kita mengalu-alukan pendirian itu, dan tumpuannya kepada membantu kerajaan negeri,” kata Anwar.
Diminta mengulas desas-desus pemimpin Umno itu akan beralih parti, Anwar berkata beliau menyambut baik sekiranya perkara itu berlaku.
“Sekiranya benar, kesudian beliau didokong oleh semua ahli PR,” katanya.- TVS
Hampir 10,000 hadir Himpunan Pemuda Perak ,Ahad, Januari 31, 2010 at 31.1.10,
LARUT, 31 JAN :- Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP 2010) berjaya mencapai sasaran apabila hampir 10,000 pemuda berhimpun sejak pagi lagi untuk bersama-sama pimpinan PAS Perak yang meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan himpunan pemuda ini.Antara pimpinan yang turut serta adalah Pesuruhjaya Pas Perak, Ust. Haji Abu Bakar Hussain, Menteri Besar Rakyat Perak, Dato' Seri Haji Nizar Jamaluddin, Naib Presiden, YB. Salahudin Ayub dan YB.Dato' Mahfoz Omar , Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Al-Tantawi , Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust. Azman Shapawi, Setiausaha PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir dan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.
Program tersebut diadakan di Darul Ta'alim, Sungai Limau Ijok menghimpunkan pemuda-pemuda daripada seluruh negeri Perak. Biarpun cuaca panas terik, ianya sedikit pun tidak menggugat ketabahan pemuda-pemuda untuk menjayakan program anjuran Dewan Pemuda Pas Perak ini.
Sebahagian daripada motorsikal berkuasa tinggi yangturut serta membawa sepanduk 'Orang Muda Geng Kita'
SIAPA YANG PATUT DAPAT WANG EHSAN - Wajah-wajah TOK GURU. , at 31.1.10,
Orang ramai dari jauh dan dekat membanjari kawasan tapak Himpunan diadakan.


Tok Guru kelihatan amat lemah semalam, namun ternyata tetap digagahi juga untuk datang. Jejak langkah Tok Guru kelihatan sungguh menyedihkan.Tok Guru tetap jua melangkah ke rostrum memulakan ucapannya. Ringkas, mengena dan tajam sekali.
"Minyak Kelantan untuk Kelantan""KL, setitik minyak pun tak ada. Dia ambil minyak kita lepas tu nak bagi ehsan pada kita."
"Patutnya kita bagi ehsan pada dia"
Sungguh mengena...disambut dengan laungan semangat dari semua yang hadir.
"UMNO ada DUIT, ada ISA, sikit-sikit DUIT, sikit-sikit ISA!!!!"Mengena lagi dan sungguh terkini.
"Kita do'a semoga Allah buka hati pemimpin UMNO, tenaga yang ada pada UMNO guna untuk kempen Islam, namun sebaliknya mereka gunakan untuk mencelarukan Melayu"
Siri perkongsian akan datang adalah konspirasi BN UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Negeri Kelantan.
Azan Akui Ada Tawaran Lompat Parti , at 31.1.10,
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat.Bercakap kepada TV Selangor selepas sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR Pusat tengahari tadi, Azan berkata beliau komited kepada agenda PKR dan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian mengulas desas-desus beliau akan keluar parti.
Azan bagaimanapun akui ada cubaan untuk memancingnya melompat parti dengan pelbagai tawaran dan desakan diterimanya.
“Cubaan mereka berhenti setakat itu kerana mereka sudah tahu saya tidak berminat dan saya tetap bersama PKR dan PR.
“Pendirian itu saya rasa tindakan mereka terdorong apabila mereka melihat saya membuat sidang akhbar baru-baru ini,” katanya. -TVS
Anwar akui BN berusaha ‘pikat’ MP PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini turut mengakui wujudnya usaha untuk memikat beberapa ahli Parlimennya keluar PKR menjelang sambutan Tahun Baru Cina sambil mendakwa langkah itu mendapat sokongan Perdana Mentri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar mendakwa beberapa ahli Parlimen termasuk Azan Ismail dari Indera Mahkota dan Yusmadi Yusof dari Balik Pulau telah didampingi seorang pegawai Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis agar meninggalkan PKR.
“Disebabkan mereka tidak melayan (permintaan itu), maka jumlah wang (sebagai ganjaran) tidak dibincangkan,” kata Anwar selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.
Pengerusi PKR Pulau Pinang Dr Mansor Othman juga mengesahkan perkara itu kepada The Malaysian Insider semalam.
Beliau berkata, tiga hingga empat orang wakil rakyat cuba dipikat untuk keluar PKR dan menyertai BN.
Kedua-dua Azan dan Yusmadi menghadiri mesyuarat empat jam hari ini.
Anwar bagaimanapun berkata beliau belum lagi bertemu dengan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang dikatakan mengetuai satu kumpulan wakil rakyat yang dikatakan kemungkinan menyertai BN.
“Saya hanya akan menemui beliau minggu depan tetapi apabila saya menemui beliau sebelum mengeluarkan kenyataan pedas, saya tidak melihat rasa tidak gembira (pada dirinya),” kata Anwar.
Zahrain yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai “diktator” dan berfikiran seperti “komunis” hari ini diputuskan untuk dirujuk kepada lembaga disiplin PKR.
Dalam pada itu, Azan memberitahu wartawan bahawa tawaran itu dibuat sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan sebagai timbalan pengerusi PKR Pahang minggu lepas.
“Saya menerima panggilan dan mesej sejurus selepas saya mengumumkan keputusan saya minggu lepas,” katanya.
Azan menambah beliau tidak tahu orang yang menghubunginya tetapi mendakwa ada menerima mesej berteks daripada Jamaluddin.
“Saya tidak tahu pada awalnya tetapi kemudian mendapat tahu itu adalah beliau,” katanya.
Azan memberitahu beliau tidak melayan panggilan-panggilan itu selepas menyedari perbualan menghala ke arah tawaran meninggalkan PKR.
“Saya menamatkan panggilan kerana mendapati tiada manfaat sama ada bagi saya ataupun mereka,” katanya.
Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh semalam memberitahu The Malaysian Insider desas-desus sekumpulan tujuh hingga 10 ahli Parlimen PKR akan menyertai BN dipercayai ada kaitan dengan langkah parti itu mula menilai prestasi wakil rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Mereka didakwa kemungkinan bimbang tidak akan dipilih semula sebagai calon, sekali gus mencari saluran lain - menyertai parti lain.
Fuziah tidak menolak kemungkinan tersebut tetapi menekankan parti mengambil langkah penilaian untuk memperbaiki prestasi, bukannya menghukum mereka.
“Saya khuatir mereka membuat penilaian sendiri dan bimbang akan terkeluar daripada senarai calon lagi... tapi kita ambil langkah penilaian untuk mencapai tahap yang dikehendaki pengundi,” kata beliau. -MI
UMNO BN sedang menggunakan segala taktik dan teknik untuk memerangkap ahli-ahli Parlimen PR untuk melompat.
Hasrat mereka ialah untuk menacapai majoriti 2/3 bagi memudahkan mereka untuk mengubah apa-apa Akta dan Undang-undang tanpa banyak bantahan dan soaljawab dari pihak pembangkang.
Tawaran dan ganjaran untuk melompat dikhabarkan memang lumayan. Semuga Ahli Parlimen PR terus tetap kekal dengan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat
















