Ikuti Blog ini

Khairy, Saifuddin, Tajuddin dan Arak

KUALA LUMPUR : Cubaan Ahli Parlimen (MP) Rembau yang juga Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin memainkan isu arak dan judi di Dewan Rakyat ibarat meludah ke langit, terpercik dimuka sendiri sebaik MP Machang, Saifudin Nasution diberi laluan untuk berucap.


Saifudin yang hanya menyatakan berhubung judi arak secara umum membuatkan beberapa MP Umno tidak duduk senang termasuklah MP Pasir Salak kelihatan marah-marah dan hampir-hampir keluar dari tempat duduk asalnya.

Berikut ialah transkrip penuh ucapan Saifudin yang juga Setiausaha PKR sehingga membuatkan MP Umno menggelabah di Dewan Rakyat.

“Dia (Khairy Jamaludin) tak sukar kita memahami keberanian Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang.

Sifirnya mudah, menang pemilihan parti (Umno), tak dapat jadi menteri, itu sahaja.Maknanya, perbahasan ini sekarang, diikuti oleh Perdana Menteri (Najib Razak) jadi keberanian itu akan diberi markah dan peluang untuk dilantik jadi menteri itu sahaja.

Jadi, Itu fakta. Adakah Permatang Pauh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersetuju, tak susah kita memahami budaya dalam politik Umno.

Maknanya dosa besar dalam Umno, ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin Umno itu berdosa besar. Parti agama, bangsa, Negara. Judi ok, arak ok.

Jangan cabar kita, kita boleh tunjuk berapa kerat dalam (Dewan Rakyat) ini.

Berapa banyak botol Arak dia togok dalam lawatan-lawatan pemuda Umno dulu.
Jangan sebut, kita boleh sebut, Jangan cabar kita, kita boleh sebut.

Jangan cabar, kita tahu, pejabat pemimpin Umno mana yang ada tong arak dalam pejabat.
Jangan cabar, waktu Wedding Anniversary, pemimpin pemuda Umno dihidangkan botol arak, jangan cabar kita,” kata Saifudin.

Ketika ini, beberapa pemimpin Umno merah padam walaupun Saifudin sekadar menyebut perkara itu secara umum sehingga Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) Dewan Rakyat menegur sikap pemimpin Umno itu.

TYDP : Sudah lah Pasir salak, Pasir Salak duduk dahulu, Rembau, Rmbau duduk dahulu, saya pun mahu dengar apa yang Machang nak cakap.

Saifudin yang dibenarkan berucap menyambung;“Apakah Permatang Pauh bersetuju kalau saya katakan bahawa, dalam satu forum beberapa tahun lalu, selepas MP Permatang Pauh di pecat (dari parti dan kerajaan), di University John New Hopkins Amerika Syarikat, Pemimpin pemuda Umno itupun ada di sini, Bendahari Umno Malaysia pun ada di sini. berapa banyak botol arak dia togok, kita tahu, jangan cabar,” katanya.

MP Pokok Sena yang terkejut dengan pendedahan itu turut sama menggamatkan Dewan apabila berkata’

Mahfuz : Tu dia, baru kami tahu. Allah Akhbar, apa pasal teruk sangat ni.
Saifudin menyambung;

“Sebab itu, jangan sampai kita sebut di mana, Hai kenapa marah (Khairy dan Tajuddin), kenapa marah, sebab apa marah, bersungguh marak kenapa, duduklah.

YDP saya bagi fakta ini, Bagan Datoh tak marah, Batu Pahat tak marah, Pontian tak marah. Rembau terpaku, Pasir Salak yang lebih, kenapa, kenapa, kenapa?Sebab itu, jangan… jangan sebut,” katanya.

Ketika ini Pasir Salak yang sejak tadi diam, tiba-tiba menyinga dan menyalak dan dilihat cuba keluar dari kerusinya sebelum MP Machang berkata;

“Kalau nak suruh saya ulang diluar dewan, saya ulang, namanya siapa, tarikhnya bila,berapa banyak botol arak dia togok.” kata Saifudin.

Sebaik ungkapan itu diucapkan Saifudin, MP Pasir Salak yang sebelum itu marah-marah ke kiri kanan, terduduk sambil mencebikkan bibirnya..

“Sebab itu saya tidak boleh terima amalan ini. Dalam satu lawatan Umno ke Amerika Syarikat, ada pemimpin Umno yang tertidur dalam mesin judi. Kita tahu.

Jangan Tanya saya pemimpin Umno mana. Bila semua orang dah naik bas, ada tiga lagi pemimpin Umno tak naik bas. Bila kita turun cari, rupanya pemimpin Umno ini tertidur dalam kasino judi. Nak sebut apa.

Pengerusi, cukup, untuk pusingan pertama kali ini. Adakah MP Permatang Pauh bersetuju tentang perkara ini, sekian untuk pusingan pertama,” jelas Saifudin.-erapakatan

Parlimen U.K. Desak Kerajaan Malaysia Gugur Kes Fitnah Terhadap DSAI

Dewan Rakyat United Kingdom (House of Commons) mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes fitnah terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta menghentikan usaha menekan dan mendakwa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Usul yang dikenali sebagai "Early Day Motion" tersebut di bawa oleh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Islington North daripada Parti Buruh Isnin lalu.

Dalam usul beliau Corbyn berkata Dewan Rakyat United Kingdom mengiktiraf sumbangan besar Anwar terhadap usaha mempromosi demokrasi di Malaysia dan keamanan serta persefahaman antara dunia Islam dan Barat.

"Oleh itu kami amat risau berhubung caj dan pertuduhan yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim dan ingin nyatakan bahawa perbicaraan beliau melanggari piawaian antarabangsa berkaitan konsep keadilan dan mendaulatkan undang-undang.

"Kami menyedari perbicaraan yang dihadapi beliau sekarang adalah hampir sama dengan perbicaraan pada 1998 di mana tindakan badan kehakiman di kutuk dan dikritik oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa," kata Corbyn.

Beliau juga berkata usul yang di bawanya adalah susulan kepada usaha berterusan komuniti global berhubung kes fitnah terhadap Anwar seperti mana yang telah dilakukan oleh pertubuhan antarabangsa Amnesty International, Human Rights Watch serta tokoh-tokoh terkemuka Komanwel termasuk bekas Perdana Menteri Kanada Paul Martin, Michael Danby dan 59 Ahli Parlimen Australia. -SK

Gambar-Gambar Yang Tidak Sesuai Untuk PM Lihat

Members of Malaysia's indigenous tribes gather in front of the   Prime Minister's office in Putrajaya during a protest on March 17, 2010.   Some 500 Orang Asli from all over Peninsula Malaysia gathered in   country's administrative capital to demonstrate for their rights and   against government's land reforms.

A  member of a Malaysian indigenous tribe walks in front of the  Prime  Minister's office in Putrajaya during a protest on March 17,  2010. Some  500 Orang Asli from all over Peninsula Malaysia gathered in  country's  administrative capital to demonstrate for their rights and  against  government's land reforms.

A  member of a Malaysian indigenous tribe walks in front of the  Prime  Minister's office in Putrajaya during a protest on March 17,  2010. Some  500 Orang Asli from all over Peninsula Malaysia gathered in  country's  administrative capital to demonstrate for their rights and  against  government's land reforms.

A  member of a Malaysian indigenous tribe wears the skull of a  monkey  around his neck as he prepares for a protest in front of the  Prime  Minister's office in Putrajaya on March 17, 2010. Some 500 Orang  Asli  from all over Peninsula Malaysia gathered in country's  administrative  capital to demonstrate for their rights and against  government's land  reforms.

Members of Malaysia's indigenous tribes gather in front of the   Prime Minister's office in Putrajaya during a protest on March 17, 2010.   Some 500 Orang Asli from all over Peninsula Malaysia gathered in   country's administrative capital to demonstrate for their rights and   against government's land reforms.

A  police officer talks to Malaysia's indigenous people staging a   demonstration in protest of the recent approved policy on the rights of   their lands, outside the prime minister's office, in Putrajaya March  17,  2010.

Female members of a Malaysian indigenous stand outside of the  Prime  Minister's office in Putrajaya during a protest on March 17,  2010. Some  500 Orang Asli from all over Peninsula Malaysia gathered in  country's  administrative capital to demonstrate for their rights and  against  government's land reforms.

Malaysia's indigenous people hold placards outside the prime   minister's office during a gathering to hand a memo in protest of the   recent approved policy on the rights of their lands, in Putrajaya March   17, 2010. The placard on the right reads "Give the rights to the   lands of the indigenous people's. ".

A  member of a Malaysian indigenous tribe walks in front of the  Prime  Minister's office in Putrajaya during a protest on March 17,  2010. Some  500 Orang Asli from all over Peninsula Malaysia gathered in  country's  administrative capital to demonstrate for their rights and  against  government's land reforms.

Malaysia's indigenous people gather as they wait for their   representatives to hand a memo in protest of the recent approved policy   on the rights of their lands, outside the prime minister's office in   Putrajaya March 17, 2010.

Members of Malaysia's indigenous tribes shout slogans while  holding  placards in front of the Prime Minister's office in Putrajaya  during a  protest on March 17, 2010. Some 500 Orang Asli from all over  Peninsula  Malaysia gathered in country's administrative capital to  demonstrate for  their rights and against government's land reforms.

Jangan Halang Kami!!! Kami Semua Datang Kat Putrajaya Untuk Serah Memo Pada PM

ceritanya boleh baca di sini

Ilmu dijunjung, guru disanjung

Tuan Guru Haji Salleh Musa, seorang tokoh pendakwah dan tokoh agama yang sangat disegani di Negeri Kedah. Beliau yang telah banyak menyumbang jasa dalam sektor pengajian agama di negeri Kedah merupakan anak jati Sik, Kedah. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sik yang mana merupakan sekolah yang sama dengan tokoh penulisan tempatan, Dato’ Shahnon Ahmad.

Pemilik dan pengasas kepada sebuah pondok agama terkemuka di Sik Kedah iaitu Madrasah Ar-Rahmaniah atau juga dikenali sebagai Pondok Tok Guru Haji Salleh, Sik pernah mengikuti sesi pengajian agama di Pondok Tuan Hussein, Pulau Pinang selama sebulan sebelum Malaysia (ketika dulu Tanah Melayu) ditakluk di bawah jajahan Jepun. Semasa tempoh penjajahan, Tuan Guru Haji Salleh tidak mengikuti mana-mana pengajian selama hampir 3 tahun 8 bulan. Setelah tamat penjajahan Jepun ke atas Malaysia, Tuan Guru terus menyambung pengajian dalam bidang pendidikan agama di Gajah Mati, Pendang.


Bapa beliau yang pada ketika itu merasakan sudah tiba masanya untuk Tuan Guru melanjutkan pengajian ke Mekkah memberi dorongan dan rangsangan untuk beliau melanjutkan pengajian ke Negara Timur Tengah itu. Berkat doa dari bapa beliau, Tuan Guru Haji Salleh telah menyambung pengajiannya ke Mekkah ketika beliau berusia lingkungan 25 tahun. Perjalanan ke Mekkah pada ketika itu yang menggunakan kapal laut telah memakan masa selama 16 hari untuk tiba di sana. Beliau mengabdikan diri menuntut ilmu di bumi bertuah Mekkah selama 15 tahun. Beliau telah mengikuti kuliahnya yang pertama di Makkah iaitu di Madrasah Darul Ulum Ad-Diniah selama 6 tahun sehingga beliau mendapat sijil yang tertinggi dari Madrasah tersebut.

Setelah tamat pengajian di Madrasah Darul Ulum Ad-Diniah, beliau seterusnya mendalami ilmu agama dari tokoh pengajian Arab yang terkemuka di Masjidil Haram seperti Al-Alim Alamah Sheikh Muhammad Yassin Al-Fadani. Pelbagai pengalaman yang telah beliau tempuhi sepanjang berada di Mekkah antaranya terpaksa bersusah payah dan bertungkus lumus untuk mempelajari Bahasa Arab yang menjadi pertuturan harian beliau ketika di sana.


Banyak halangan juga telah beliau tempuhi semasa membuka Madrasah Ar-Rahmaniah antaranya tohmahan dari orang kampung berhubung hasrat beliau untuk mengembangkan pengajian Islam menerusi kuliah yang beliau sampaikan di madrasah tersebut. Berkat kesabaran dan keikhlasan beliau untuk menyampaikan ajaran agama kepada seluruh masyarakat Kedah, akhirnya Madrasah Ar-Rahmaniah, Sik ini berjaya ditubuhkan dan kini telah menerima kemasukan pelajar dari seluruh Malaysia antaranya dari Kelantan, Pahang dan Perak.

Bapa kepada 11 orang anak ini telah dipilih oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk menerima Anugerah Tokoh Pendakwah bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 1430H/2009M di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini. Selain itu, beliau juga pernah menerima darjah kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah antaranya Bintang Kebaktian Masyarakat (B.K.M) dan pingat Setia Diraja Kedah (S.D.K).

Beliau yang sangat mengagumi pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang baru di bawah naungan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak pentadbiran kerana berjaya memacu negeri Kedah ke arah kehidupan yang lebih sejahtera disamping menyeimbangkan antara kehidupan dunia dan akhirat.

Akhir sekali, beliau mengucapkan selamat menyambut Awal Muharam kepada seluruh pembaca dan semoga tahun baru ini, kita penuhi dengan amalan-amalan kebaikan yang bakal membawa kita ke jalan kebenaran.

Disediakan oleh : Faiz Hj. Othman

Solat Hajat Memohon Supaya Royalti Di Kembalikan





KUALA TERENGGANU, Batu Burok - Solat Hajat memohon keberkatan dari Allah SWT, agar seluruh rakyat negeri Terengganu dicucuri rahmat dan dikembalikan semula wang pembayaran royalti telah didirikan oleh 500 jamaah di Masjid Tengku tengah Zaharah (Masjid Terapung) disini semalam.

”Telah sepuluh tahun (pembayaran royalti) tidak diperolehi oleh rakyat negeri Terengganu, jadi insyaAllah, mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan (dengan solat hajat ini) kepada rakyat Terengganu,”kata Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik membuat pengumuman mewakili 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkannya.

”Oleh kerana itu MAMPAT (Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu) dengan lebih 70 pertubuhan (yang bergabung) didalam negeri Terengganu, malam ini memohon (dengan solat hajat),”ujarnya,

Menurutnya, solat hajat yang diadakan di masjid tersebut, adalah pelancaran program munajat seluruh negeri memohon kepada Allah, dengan diikuti solat-solat hajat yang akan didirikan di kawasan dan qaryah masing-masing.

”InsyaAllah dilancarkan solat hajat itu pada malam ini, dan berikutnya (seterusnya) sehinggalah Allah memberi kepada kita pengembalian royalti,”katanya.

Tengku Razaleigh tidak setuju kes royalti ke mahkamah

KUALA TERENGGANU, 19 Mac: Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menolak cadangan untuk membawa isu royalti minyak ke mahkamah kerana ia tidak akan membawa ke mana-mana.

Beliau merujuk kepada kes perebutan kuasa di Perak selepas kerajaan negeri Pakatan Rakyat dijatuhkan melalui pintu belakang.

"Oleh itu, bagi saya ada tiga sahaja cadangan yang praktikal iaitu mencari orang tengah untuk menyelesaikannya, membawa kes ini ke Timbang Tara atau meneruskan sahaja tekanan kepada kerajaan Pusat sebagaimana yang dibuat sekarang.

"Kalau mahu mencari orang tengah, saya bersedia untuk menjalankan amanah itu jika diminta," kata beliau di hadapan lebih 5,000 penonton dan pendengar Dialog Royalti Petroleum di Terengganu Equaestrian Resort (TER) dekat Kuala Ibai malam tadi.

Dialog itu dianjurkan oleh Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu atau Mampat bersama Gegar iaitu NGO yang memperjuangkan royalti minyak untuk kerajaan Terengganu dan Kelantan.

Turut serta di pentas bersama Tengku Razaleigh adalah wakil kerajaan Terengganu ketika di perintah PAS iaitu Datuk Mustafa Ali dan Datuk Abu Bakar Chik serta wakil kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.

Majlis dialog itu dirasmikan oleh Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail, penaung Mampat.

Orang ramai yang datang sejak Maghrib apabila diadakan juga Solat Hajat di Masjid Tengku Tengah berhampiran TER turut menandatangani kain rentang bagi membantah sekatan royalti untuk kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Turut menandatanganinya adalah Datuk Mustafa dan Datuk Husam serta Tengku Paduka.

Di majlis itu, Mampat turut melancarkan buku kompilasi ucapan, kertas kerja dan forum Konvensyen Royalti Petroleum yang diadakankan tahun 2008 lalu di tempat yang sama.

Ketika ditanya, apakah beliau bersetuju untuk turun ke jalan raya sekiranya usaha yang dilakukan sekarang tidak berhasil, Razaleigh berkata, beliau tidak bersetuju.

"Saya rasa tidak perlu sampai ke situ...kita akan berjaya kalau kita teruskan usaha menekan kerajaan agar mematuhi apa yang telah termaktub dalam akta itu dan dipersetujui oleh Petronas dan kerajaan negeri," katanya.

Dalam ucapannya juga, Razaleigh berkata, dia sentiasa konsisten dalam sikapnya mengenai isu royalti ini.

Ia turut disokong oleh Mustafa yang mengesahkan Razaleigh bersetuju untuk menjadi saksi ketika kerajaan negeri Terengganu menyaman Petronas dan kerajaan Pusat dahulu.

"Bahkan, afidavit beliau telah kita siapkan. Malangnya mahkamah menerima permohonan agar kes ini dibicarakan tanpa perlu memanggil saksi," kata Mustafa.

Sapa nak tengok kehebatan Polis dan FRU sila Hadir 30 Mac ini di Dewan SUK Perak


MB Perak Tidak Boleh Hadir Sidang Dun 30 Mac Ini - Sivakumar

IPOH, 18 Mac (Bernama) -- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar pada Khamis berkata Menteri Besar Mahkamah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN pada 30 Mac ini kerana tempoh penggantungannya daripada menghadiri mesyuarat masih belum berakhir.

"Dr Zambry telah digantung selama 18 bulan manakala enam anggota exco selama 12 bulan...tempoh penggantungan enam anggota exco telah berakhir bulan ini," katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak di sini.

Sivakumar yang juga ADUN Tronoh berkata penggantungan Dr Zambry yang berkuatkuasa sejak 3 Mac 2009 masih berjalan tetapi enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan itu sudah tamat tempoh penggantungan dan akan dibenarkan hadir.

Sivakumar mendakwa beliau masih Speaker yang sah dan telah menghantar notis menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini kepada semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang kecuali Dr Zambry dan tiga ADUN Bebas.

"Tiga katak (ADUN Bebas) tidak dipanggil menghadiri Sidang DUN kali ini kerana saya sudah menerima surat peletakan jawatan mereka pada Februari 2009...mahkamah masih belum memutuskan sama ada mereka masih wakil rakyat yang sah kerana semakan kehakiman yang difailkan oleh saya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum dibicara," katanya.

Beliau berkata penggantungan Dr Zambry dan enam anggota exco oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN telah disahkan pada 3 Mac oleh Sidang DUN yang diadakan di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mengenai kedudukan Speaker Datuk R.Ganesan, Sivakumar mengulangi bahawa pelantikan Ganesan adalah tidak sah kerana tidak dibuat mengikut peraturan.

Katanya, usul pelucutan Speaker dan usul pelantikan Speaker baru telah beliau tolak iaitu sehari sebelum Sidang DUN 7 Mei 2009, jadi mengikut peraturan sidang, usul berkenaan tidak berbangkit.

Katanya, pelantikan Ganesan juga dibuat sebelum titah perasmian oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan itu bermakna peraturan mesyuarat telah dilanggar kerana perkara pertama dalam sidang perasmian ialah titah perasmian dan agenda lain adalah selepasnya.

Sivakumar berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu yang mengatakan Dr Zambry sebagai Menteri Besar yang sah atau ketua eksekutif tetapi jawatan beliau sebagai Ketua Legislatif tidak berubah dan oleh itu akan terus menjalankan tugas sebagai Speaker.

BN mempunyai 28 Adun serta tiga ADUN bebas yang menyokongnya manakala PR mempunyai 28 ADUN dalam DUN Perak.

-- BERNAMA

PRU13 Umno-BN Akan Terjejas Jika Terus Nafikan Royalti Rakyat Kelantan - Ku Li

Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak menolak kemungkinan kedudukan Umno-BN akan terjejas pada pilihan raya umum ke-13 jika rakyat Kelantan terus dinafikan hak dapatkan royalti.

“Susahlah sikit kalau tidak bersama dengan apa yang menjadi harapan rakyat. Orang panggil menentang arus.

“Apapun kena tengok pada pilihan raya nanti, sebab saya bukan tok nujum,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Pasir Puteh di Dewan Maahad Saniah dekat sini, petang tadi.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Parlimen Pasir Puteh Mohamed Husein.

Tengku Razaleigh dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bagi menyampaikan ceramah berkaitan isu royalti anjuran NGO malam ini.

Hampir dua bulan lalu Tengku Razaleigh menyampaikan ceramah yang sama di Kota Baru dengan menegaskan Kelantan berhak menerima wang royalti lima peratus.

Dalam pertemuan singkat itu beliau sekali lagi mempersoalkan kredibiliti kerajaan Umno yang terus mempertikaikan hak Kelantan dalam isu royalti dengan menganggap sebagai berfikiran sempit.

“Saya rasa sempit sangat pemikiran kita, kalau Umno pun kenapa tak mahu bagi kepada rakyat Kelantan? Apa kerana PAS menang, tak mahu bagi?

“Kalau begitu silap, minyak ini hak rakyat seluruhnya. Soal politik soal lain. Ini soal kehidupan, soal kemajuan rakyat bersama.

“Masalah orang (rakyat) hendak kepada Umno atau PAS itu hak dia (rakyat) masing-masing.

“Duk bercakap 1 Malaysia… 1 Malaysia… tapi macam mana 1 Malaysia kalau sebelah sini ‘rebeh’ (tidak diberi keadilan),” katanya.

Menjawab usaha NGO yang bertindak akan menyerahkan memorandum bersabit isu tuntutan royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong Sabtu ini, Tengku Razaleigh menyifatkan ia satu tindakan yang baik.

“Baguslah kalau hendak bawa memorandum kepada Agong supaya Agong lebih maklum.

“Tambahan dulu rakyat Terengganu dapat royalti tapi dinafikan selepas ia diperintah PAS,” katanya.

Semalam Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) dan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) mengumumkan dua memorandum melibatkan Kelantan dan Terengganu berkaitan tuntutan royalti akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong sempena keberangkatan baginda ke Terengganu Sabtu ini.

Bulan ini genap 10 tahun Terengganu dinafikan hak royalti oleh kerajaan pusat. -MI

Demo: PAS ucap tahniah kepada Orang Asli

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada Orang Asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya semalam kerana menuntut hak mereka yang dicabul.

Katanya, penghormatan patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai 2,000 orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak.

Perhimpunan semalam dianjurkan bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri.

Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

“Nampaknya Orang Asli lebih sensitif dalam mempertahankan hak mereka yang dicabul oleh kerajaaan BN,” ujar Idris dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, katanya walaupun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan itu berkata: Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan.

Katanya, kejayaan Orang Asli yang mengumpulkan hampir 2,000 orang ke Putrajaya satu perkembangan yang baik.

“Ini bermakna kesedaran politik yang dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini sudah mendasari hingga ke akar umbi, seperti Orang Asli sudah berani menuntut hak mereka melalui jalan raya,” ujarnya.

Selama ini, katanya Orang Asli hanya menjadi pemerhati dari jauh dan dilihat oleh pemimpin BN sentiasa menyokong tindakan kerajaan.

“Hari ini mereka telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat dan sebagai mercu tanda perubahan politik pada masa akan datang insya Allah,” ujarnya lagi.

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.

Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.

"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.

"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.

"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.

Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.

Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.

"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.

"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.

Gambar : Mohsin Gelak Besar Salam Najib, Muka Happy Dapat Duit Berjuta!!

ZAHRAIN meroyan di Parlimen




Dia bukan Biawak Hidup tetapi Anjing tersepit yg dilepaskan PKR!
Apa yang Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru perjuangkan sebenarnya?

Dalam ucapan membahaskan titah Yang DiPertuan Agong , Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu telah menggunakan peluang yang ada untuk mengecam DSAI habis-habisan..

Kononnya beliau kesal kerana telah diperdayakan oleh DSAI dan juga kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.

Kesal setelah dua tahun ditipu kononnya.. mengapa lembab sangat daya berfikir Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu setelah dua tahu ditipu baru hari ini sedar dan kesal kononnya..

Dan apa yang relevannya antara titah Ucapan Yang Dipertuan Agong dengan projek 16 September itu? Adakah Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu tidur semasa Yang Dipertuan Agong bertitah sehingga membahaskan sesuatu yang tidak relevan langsung dengan titah Ucapan Yang Dipertuan Agong ?

Tidakkah Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu merasa malu kerana berdirinya di dalam Parlimen itu atas tiket PKR? Sekarang apabila sudah keluar dari PKR beliau menghentam Penasihat PKR pula..

Sungguh memalukan tindakannya itu.. cuba menghina dan memalukan orang yang telah membolehkan beliau berdiri didalam Dewan Parlimen itu sebagai Ahli Parlimen.. membalas dengan tuba setelah madu diberi…

Sungguh tidak malu dan tidak ada maruah ahli parlimen itu, menang atas parti PKR kemudian membelasah penasihatnya. Kalau benar dia jujur, ikhlas dan ada intergriti letak jawatan dan masuklah ke parlimen untuk membelasah Anwar atas kekuatan diri sendiri.

Nampaknya Pak Mus telah silap disini.. Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru itu bukanlah Biawak hidup yang ditanggung PKR tetapi lebih kepada Anjing tersepit yang dilepaskan PKR!! - mymigrasi.ning.com/

Sultan Selangor Tidak Akan Hadir Mesyuarat Agung Pertama Perkasa

Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memutuskan untuk tidak berangkat merasmikan mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Pada asalnya baginda telah berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian selepas mengambil kira perjuangan Perkasa yang mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Baginda bercadang untuk menasihatkan Perkasa agar tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu perkauman dan harus berusaha mencapai objektif menerusi saluran dan undang-undang sedia ada, katanya pada sidang media, di sini Khamis.

Namun kata Mohamad Munir, selepas mengambil kira nasihat beberapa Anggota Dewan Diraja Selangor, Sultan Sharafuddin membatalkan hasrat kerana berpandangan walaupun Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi ianya diterajui seorang ahli politik.

"Baginda khuatir keberangkatan baginda akan disalahtafsir oleh pihak-pihak tertentu sebagai memihak kepada ahli politik berkenaan," katanya.

Mohamad Munir berkata baginda turut berharap pihak yang terlibat tidak menyalahkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kerana beliau tidak berniat untuk menggunakan nama Sultan Selangor semasa menghantar jemputan ke mesyuarat tersebut.

Surat mengenai pembatalan hasrat baginda bertarikh 12 Mac lepas itu telah dihantar ke pejabat Perkasa dan menjelaskan sendiri maksud pembatalan keberangkatan Baginda itu, katanya.

Bagaimanapun kata beliau, Sultan Sharafuddin tetap berharap mesyuarat agung pertama Perkasa itu dapat berjalan lancar dan pertubuhan itu akan menjadi sebuah NGO Bumiputera yang beintegriti.-- BERNAMA



GUAN ENG MERASMIKAN MAKMAL SAINS PERTAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Permatang Pauh - Ketua Menteri Pulau pinnag YB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .

Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn.Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.YB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri “CAT” iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat” demikian jelas guan Eng lagi.

Sekolah agama rakyat in juga , menurut Guan Eng menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”

Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

“Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin”

Sementara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama. Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Tuurt sama memberi ucapan dalam majlis tersebeut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya. Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi

Jemputan Ke Karnival Orang Muda Geng Kita Di Taman Tas Kuantan Pada 20 & 21 Mac Ini


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .