Ikuti Blog ini

KPN didesak bertindak ke atas pihak ketiga

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan boleh dianggap tidak mematuhi ketuanya jika beliau tidak bertindak ke atas pihak ketiga yang campur tangan dalam urusan polis, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (PIC).

"Oleh kerana Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Datuk Seri Hishammuddin Hussein) berkata, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk bertindak ke atas pihak ketiga yang campur tangan dalam urusan polis, Musa boleh dianggap ingkar kepada ketuanya jika beliau tidak menyegerakan tindakan tersebut," katanya.

Musa sebelum itu mendedahkan ada pihak ketiga yang campur tangan dalam urusan polis dan memberi tekanan kepada para pegawainya.

Menurut beliau, hanya Ketua Polis Negara yang boleh memberi arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.

Salahuddin juga mempersoalkan sikap Hishammuddin yang seolah-olah mengambil sikap lepas tangan terhadap apa yang dibangkitkan oleh Musa itu.

"Selaku menteri, beliau sepatutnya mengambil tanggungjawab bersama untuk menyiasat dan bertindak ke atas campur tangan pihak ketiga yang dibangkitkan oleh ketua polis negara sendiri.

"Bukannya membuat kenyataan yang seolah-olah memperkecilkan betapa seriusnya apa yang dibangkitkan oleh Ketua Polis Negara itu apabila mendakwa beliau belum lagi mendengar aduan tentang pihak ketiga yang berkuasa mempengaruhi polis.

"Ketua Polis Negara telah membangkitkannya dalam media dan heboh di seluruh negara, adakah wajar bagi Hishammuddin untuk membuat dakwaan bahawa tidak pernah mendengar aduan?" kata Ahli Parlimen Kerian itu sambil tidak menolak kemungkinan pihak ketiga yang berkepentingan politiklah yang memaksa polis menyerang perhimpunan-perhimpunan demokratik yang dijalankan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Salahuddin juga berharap Menteri Dalam Negeri jujur apabila mendakwa tidak ada pergeseran antara Kementerian Dalam Negeri dan pasukan polis.

"Jika Menteri Dalam Negeri berkrisis dengan Ketua Polis Negara, yang menanggung padahnya adalah rakyat," katanya.

Hishamuddin membuat dakwaan itu ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat daripada Anthony Loke (DAP- Rasah) yang meminta penjelasan mengapa Ketua Polis Negara dan beliau memilih meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing di media daripada berkomunikasi sesama mereka.

Wujud spekulasi bahawa hubungan kedua-dua pihak adalah tegang berikutan pendedahan Musa bahawa ada campurtangan pihak ketiga dalam pasukan polis.

Harakah Daily

Terkini...Pilihan Raya Kecil Di Perlis...!!!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi dari MCA, Yip Sun Onn telah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam.
Yazid mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam suratnya itu, kata beliau, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta.

"Dalam suratnya, Yip berkata beliau bertindak demikian kerana tidak puas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat," katanya.

Akhbar berbahasa Cina sebelum ini melaporkan yang Yip tidak berpuas hati apabila beliau digugur daripada menjadi exco negeri baru-baru ini.

Yip merupakan exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri - memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan - dan satu-satunya exco yang digugur pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho. Beliau juga merupakan setiausaha MCA Perlis.

Mengulas lanjut, Yazid berkata kedudukan Yip belum diputuskan lagi "dan masih dalam pertimbangan saya".

"Kita minta beliau bertenang dan memikirnya semula (keputusannya itu)," tambahnya.

Ditanya mengenai kemungkinan diadakan pilihan raya kecil di DUN Titi Tinggi, Yazid berkata: "Saya tak tahu kata apa, terserahlah kepada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya). SPR yang akan tentukan," katanya

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, mengesahkan perkara itu.

Bagaimanapun, Md Isa berkata pihaknya sedang merayu Yip untuk menarik balik hasratnya itu dan yakin pilihan raya kecil tidak perlu diadakan.

- M'kini

HIMPUNAN 1 JUTA UMAT DI KEDUTAAN SWEDEN JUMAAT INI (26 MAC)


KOTA BHARU, 23 Mac — PAS dan Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaaan akan mengadakan Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden di ibu negara bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata sempena himpunan itu juga satu memorandum bantahan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada pihak kedutaan berkenaan.

“Mereka telah menyatakan komitmennya untuk sama-sama hadir pada perhimpunan tersebut,” katanya sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai tanpa mengira fahaman politik sama ada dari kalangan Islam dan bukan Islam.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, disiarkan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet.

anti ppsmi rally 070209 tear-gas“Ini adalah satu penghinaan. Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bererti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya.

“Kita tidak boleh terima hakikat perbuatan melampau yang menyentuh sensitiviti melibatkan agama sebab kita sendiri yang selama ini mendokong perjuangan Islam tidak pernah menyentuh sensitiviti agama-agama lain.

“Kerajaan Sweden patut mengambil pengajaran dari Denmark yang pernah membuat penghinaan yang sama terhadap Nabi Muhammad membuatkan umat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan memberi ancaman keras terhadap Denmark.

“Kini Sweden nampaknya mengulangi kesilapan yang sama, seolah-olah mahu mencabar atau mahu mengajak umat Islam berperang,” kata Nasrudin.

Penyiaran karikatur seumpama itu oleh akhbar negara Denmark pernah mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam awal 2006 dengan membakar bendera negara berkenaan dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan bahkan barangan dari Denmark juga diboikot beberapa negara Islam.

Perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan Jumaat lepas tetapi terpaksa ditunda ke Jumaat ini kerana masalah teknikal selain beberapa perkara tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun masa dan tempatnya dikekalkan mengikut jadual asal di mana peserta akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak sebelum memulakan perarakan ke kedutaan Sweden.

“Umat Islam digalak bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan selepas itu berarak bagi menunjukkan kemarahan umat Islam terhadap pencabulan agama Islam,” katanya sambil menambah perbuatan akhbar di Sweden itu tidak boleh diterima sama sekali.

Dalam pada itu tambah Nasruddin, himpunan tersebut juga akan mengutuk kekejaman terbaru Zionis menindas rakyat Palestin di bumi Gaza.

EZAM CUBA NASIHAT TGNA


Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor tidak mengenali Anwar sebenarnya.

Kerana tidak kenal itulah menyebabkan sikap beliau berubah-ubah atau kluk-klek, sekejap sokong dan sekejap lagi menentang Anwar.

“Saya pun kenal juga Anwar Ibrahim. Dia kenal, saya pun kenal. Jadi tak usahlah mendakwa yang pelik-pelik sangat.

“Saya boleh terima nasihat dia, tetapi jangan sampai kepada peringkat seolah-olah macam saya tidak kenal siapa Anwar Ibrahim. Saya kenal Anwar semasa dia berada dalam ABIM lagi.

“Saya terima nasihat ezam, tetapi saya juga menasihatkan dia jangan banyak ubah pandangan.

“Ini kerana kalau dia kenal Anwar Ibrahim, kenapa dahulu dia mendekati tetapi sekarang kenapa pula dia lawan. Ini menunjukkan dia tidak kenal. Namun saya kenal Anwar Ibrahim dahulu sampai sekarang.

“Ezam tidak kenal, sebab itulah dia bersikap sekali rapat, sekali marah, itu menunjukkan tidak kenal,” tegasnya yang juga Mursyidul Am PAS.


TG Nik Aziz mengulas nasihat bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam supaya Nik Aziz menjauhi Anwar Ibrahim.

Ini kerana, mengikut dakwaan Ezam bahawa dia lebih mengenali siapa dia Anwar Ibrahim.

(Video)Royalti: MP Pas janji 'bongkar' habis-habisan


Sidang Parlimen:MP Pasir Salak Hina Melayu,Tim.Speaker Hina India

KUALA LUMPUR — Di sebalik suasana hangat sepanjang sidang Parlimen Rabu lalu dengan ‘perang mulut’ di kalangan wakil rakyat, timbalan speaker dan ahli-ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan berbaur rasis tanpa mereka sedari.

Penyata rasmi diperoleh dari laman web Parlimen menunjukkan, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata orang Melayu pernah tinggal di kawasan hutan sebelum pelaksanan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman pula direkodkan meminta Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan sama ada mahu kembali ke estet — kata-kata yang dilihat sebagai satu tanggapan perkauman.

Situasi ini berlaku ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membahaskan titah ucapan diraja.

Tajuddin mencelah ucapan Anwar dengan mempersoalkan pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu terhadap dasar ekonomi pro-Melayu dan untuk menjelaskan bahawa ia sebenarnya telah berjaya mengubah taraf hidup orang.

“Mari kita berbincang berdasarkan kepada fakta. Okey bincang soal Dasar Ekonomi Baru, Yang Berhormat Permatang Pauh menafikan tentang kejayaan Dasar Ekonomi Baru.

“Yang Berhormat, berapa ramai orang yang telah berjaya dibandingkan dahulu dengan sekarang. Mungkin tidak semuanya kaya, takkan semuanya hendak jadi jutawan, ‘billion one’ tetapi kalau kita lihat keadaan ekonomi orang Melayu dibandingkan dahulu dengan sekarang ibarat bumi dengan langit. Ini kita boleh lihat sendiri, kenapa kita nafikan ini semua, kita tidak minta pun pujian, kita tidak minta kredit ‘but this is the reality of today’, Melayu tidak lagi duduk dalam hutan, duduk di atas pokok, duduk...,” katanya.

Ketika itu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dari DAP pula bangun sambil berkata, “siapa cakap Melayu duduk dalam hutan? Umnolah.”
Tindakan itu memaksa Wan Junaidi meminta beliau agar duduk.
Gobalakrishnan pula cuba untuk menyertai suasana yang mula hangat itu tetapi mikrofonnya ditutup.

Ia disusuli dengan kenyataan Wan Junaidi, “Yang Berhormat Padang Serai kalau ada hendak balik estet, baliklah sekarang.”

Kenyataan Wan Junaidi diiringi tepukan beberapa wakil rakyat manakala Gobalakrishnan didengar berkata, “balik.”

Bagaimanapun tidak pasti sama ada ia merujuk “balik” atau “baik”.
Ketika Timbalan Speaker berkata sekiranya wakil-wakil rakyat meneruskan sikap macam itu Parlimen perlu diubah sebagai tempat budak-budak, Gobalakrishnan menambah, “mana ada orang Melayu duduk dalam hutan.”

Ketika dihubungi, Wan Junaidi mengesahkan kenyataan yang dibuat beliau tetapi menegaskan, tidak bermaksud mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Ia sama seperti meminta orang Melayu supaya ‘balik kampung,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Junaidi memberitahu kenyataan beliau itu tidak harus dilihat di luar konteks, sebaliknya harus dibaca bersama pertukaran kata-kata lisan semasa sidang.

Dalam pada itu, Gobalakrishnan pula memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau kecewa jika benar timbalan speaker mengeluarkan kenyataan itu.

Bagaimanapun beliau mengakui tidak dengar dengan jelas kenyataan Wan Junaidi dan oleh itu mahu meneliti pekrara itu hari ini sebelum menentukan tindakan susulan.

“Saya perlu meneliti penyata rasmi terlebih dahulu pada hari Isnin (hari ini) dan akan meminta kenyataan itu dikeluarkan jika benar timbalan speaker menggunakan kata-kata itu,” kata wakil rakyat penggal pertama itu dari Parti Keadilan Rakyat.TMI

Doa TGNA terhadap Najib dan Zahid Hamidi





'UMNO PERASUAH 1

Mat Sabu : Tamat kontrak wakil tetap PBB ada kaitan dengan APCO?

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Haji Mohamad Sabu mempersoalkan adakah tindakan menamatkan kontrak wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna mempunyai kaitan dengan nasihat firma perhubungan awam Apco Worldwide.

Perkhidmatan wakil tetap tersebut, Datuk Mohamad Arshad Hussain ditamatkan bulan ini setelah dipanggil balik oleh Kementerian Luar awal Disember lalu.

Menurut laporan Bernama, beliau dipanggil balik "bagi perbincangan selepas undi Malaysia pada mesyuarat IAEA bercanggah dengan prosedur kerajaan".

Pada mesyuarat itu, Malaysia bersama-sama dengan Cuba dan Venezuela, telah mengundi tidak menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program pengkayaan uranium.

Mohamad Arshad juga adalah pengerusi lembaga gabenor IAEA yang dilantik. "(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri mengaitkan pemecatan Mohamad Arshad dengan keengganannya menyokong resolusi menuntut Iran membekukan program nuklear.

"Oleh sebab tindakan pemecatan yang pro-Amerika Syarikat dan pro-Israel itu berlaku di zaman Apco menjadi tempat Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN) meminta nasihat, bimbingan, panduan dan tunjuk ajar, kita tertanya-tanya adakah tindakan itu hasil dari muslihat perhubungan awam yang ditagih oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaan BN yang diketuainya dari firma yang didominasi Zionis itu?" soal Mohamad.

Beliau menyifatkan tindakan pemecatan yang pro-Amerika dan Israel itu meletakkan maruah negara ini di tahap paling hina.

"Para pemimpin Umno dan BN menjadikan perbuatan menuduh pembangkang memburuk-burukkan nama negara sebagai hobi dan perisai untuk melindungi kelakuan buruk mereka.

"Hakikatnya kerajaan BN di bawah Najiblah yang meletakkan maruah negara ini di tahap paling hina dengan pelbagai keburukan seperti misteri pembunuhan Altantuya Shaariibuu, pemecatan Mohamad Arshad dan pelbagai kelakuan buruk lain," kata Mohamad.

Pertengahan Disember lalu, dalam posting blognya yang bertajuk "Kita sudah tukar," Dr Mahathir menyatakan "duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika".

Secara sinis bekas Perdana Menteri itu bertanya: "Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?"

Tindakan menamatkan kontrak Mohamad Arshad itu kebetulan berlaku ketika Apco sudah memulakan perkhidmatannya untuk Najib dan kerajaan BN.

Tidak berapa lama selepas Najib menjadi Perdana Menteri, Apco membuka pejabatnya di Malaysia.

Menurut laporan Bernama, firma yang didominasi oleh tokoh-tokoh Yahudi itu menyatakan, tugasnya di Malaysia termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Januari lalu, memetik The Times Of India (TTI), Free Malaysia Today melaporkan bahawa APCO Worldwide juga memberikan perkhidmatan kepada diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan lain APCO termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang juga salah seorang pemimpin muda Parti Komunis Rusia.

Beliau dikaitkan dengan kegiatan mafia.

TTI berusaha membongkar senarai pelanggan APCO selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga menjadi pelanggan syarikat tersebut.

Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002 di mana kira-kira 1,000 orang terbunuh, majoritinya orang-orang Islam.

Kerajaan Negeri Gujarat membayar US$25,000 sebulan kepada APCO untuk memulihkan imej Narendra.

Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.

Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya dan misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene serta pembelian jet Sukhoi diselubungi misteri.

1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di Kuala Lumpur selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Di antara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel termasuk bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel, Doron Bergerbest-Eilon; bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Shein dan bekas duta Israel ke Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich. -FMT

Nazri hina kaum wanita




Dewan sekali lagi kecoh apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di desak menarik balik perkataan anak betina dan jantan. Kekecohan berterusan disebabkan Timbalan Speaker tidak mahu meminta Menteri menarik balik perkataan yang digunakan beliau itu.

Royalti: Nazri Aziz berbohong di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Gara-gara menggunakan Akta Ordinan Darurat 1969, iaitu akta yang telah pun dimansuhkan bagi menafikan hak kerajaan negeri Kelantan daripada menerima royalti minyak, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibuktikan berbohong di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen lepas.

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Mohamad Nazri pada sesi penggulungan Disember lalu berulang-ulang kali membuat penafian demikian atas alasan minyak tersebut berada di luar kawasan perairan Kelantan, iaitu tiga batu nautika seperti dirujuk pada Akta Ordinan Darurat 1969.

“Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu 1969 dengan ini dimansuhkan, maknanya ketika berhujah di dalam Dewan (Rakyat), yang berhormat Menteri (Nazri) telah memakai akta yang sebenarnya dimansuhkan.”

“Undang-undang yang dimansuhkan, dia tahu tidak boleh dihujahkan di dalam Dewan (Rakyat), perbuatan menipu Dewan Rakyat telah berlaku pada saat itu,” tegas Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR.

Sehubungan itu, Saifuddin mendesak Mohamed Nazri dikenakan tindakan keras berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(12), iaitu berkaitan hukuman-hukuman yang wajar ke atas Ahli Parlimen atau Menteri kerana berbohong di Dewan Rakyat.

Sebelum pada itu, Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee dilihat cuba untuk tidak memberi laluan kepada Saifuddin bagi membuktikan Mohamed Nazri berbohong di Dewan Rakyat.

Saifuddin kemudiannya mendesak Ronald supaya konsistan dalam mengendalikan sesi penghujahan di Dewan Rakyat.

Menurut Saifuddin, Ronald diminta konsistan melaksanakan Peraturan Mesyuarat, 37(1) dan 36(12), dengan membenarkan beliau mempertikai Mohamed Nazri.

Ini kerana, beliau berkata, Ronald pernah membenarkan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan membuat penghujahan balas, selepas mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong di Dewan Rakyat dengan mengatakan bahawa 1Malaysia adalah ciplak pada 1Israel.

Disember tahun lalu, Nazri Aziz berkata, kedudukan pelantar minyak 170 kilometer, di Zon Ekonomi Eksklusif Melaysia-Thailand melayakkan kerajaan Kelantan menerima wang ehsan semata-mata daripada Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, ketika bercakap dalam sidang media di lobi parlimen tengah hari ini, Saifuddin berkata, Nazri secara jelas menyelewengkan fakta apabila menggunakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1969) yang telah dimansuhkan sewaktu berhujah dalam isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen PR itu.

"Tadi kita (Ahli Parlimen PR) telah membangkitkan peraturan mesyuarat perkara di bawah 37 (1) dan 36 (12) berkenaan perbuatan yang kita percaya dilakukan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas yang mengelirukan dewan.

"Ketika MP Padang Rengas menggulung perbahasan di peringkat dasar Jabatan Perdana Menteri, apabila kami membahaskan isu berkaitan royalti kelantan, apabila kami meneliti semula jawapan yang diberikan menteri iaitu isu tiga batu nautika berdasarkan Ordinan Darurat (kuasa-kuasa perlu 1969) yang dikatakan menghadkan sempadan sesebuah negeri setakat tiga batu nautika. Oleh kerana telaga minyak Kelantan yang berada melebihi tiga batu maka menteri berhujah berdasarkan ordinan ini, Kelantan tidak ada hak membuat tuntutan.

"Tetapi kami menemui undang-undang Malaysia iaitu Akta 216, Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu 1979), di bawah seksyen 13(1) jelas yang menyebut ordinan (kuasa-kuasa perlu darurat 1969) telah dimansuhkan," katanya.

Sementara itu, Datuk Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) dalam sidang media yang sama berkata, isu yang dibawa oleh Saifuddin itu jauh lebih besar daripada perkara yang dibangkitkan Abdul Rahman berkaitan Anwar.

"Isu yang dibawa wakil Machang iaitu ahli dewan menyelewengkan fakta jauh lebih besar isunya kerana beliau seorang Menteri Kabinet yang mempunyai tanggungjawab untuk memberikan maklumat yang betul berbeza dengan ahli parlimen biasa.

"Isu yang dibangkitkan Kota Belud berkaitan Datuk Seri Anwar itu kita boleh bahaskan," katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub pula berkata, Nazri seperti yang didedahkan Saifuddin Nasution pernah menggunakan fakta mengelirukan semasa membuat hujah penggulungan berhubung isu royalti negeri Kelantan.

"Kita tunggu dalam masa seminggu, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan dewan, maka kami juga akan merujuk Nazri ke jawatankuasa sama," katanya yang juga Naib Presiden PAS ketika ditemui di parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan kerajaan yang akan mengheret Anwar ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen jika gagal memberi penjelasan dalam tempoh seminggu berhubung dakwaan mengaitkan kerajaan dengan sebuah firma penasihat Israel.

BUKTI UMNO MINTA BANTUAN ISRAEL UNTUK DANA PILIHANRAYA...


“Surat" di atas (click pada image untuk besarkan) ditandatangani oleh Dr. Mahathir Mohamad, bertarikh 16 Ogos 1999 yakni sebelum Pilihanraya Umum ke-10 (PRU 10) dan ditujukan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Barak.


Meneliti kandungan "surat" tersebut, Mahathir memulakannya dengan mengucapkan tahniah sebagai mewakili UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas kejayaan Barak dilantik sebagai Perdana Menteri Israel.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Perenggan keempat seterusnya menyebut harapan dan keterbukaan Mahathir dalam memulakan jalinan perhubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dengan Israel.

Nah! Anwar Ibrahim ketika itu merengkok dalam penjara dan secara senyap-senyap Mahathir menulis "surat" memohon bantuan Perdana Menteri Israel untuk dana pilihanraya buat UMNO.
Sumber...

Israel Mengganas Lagi…

A  Palestinian man walks past a building at an abandoned airport that was  hit by an Israeli air strike in the southern Gaza Strip March 20, 2010.  Israeli aircraft struck at least seven targets in the Gaza Strip on  Friday, a day after a rocket fired from the Palestinian enclave killed a  Thai worker in Israel, Hamas security officials and witnesses said. The  Israeli military confirmed several sites were hit, including two  tunnels dug near the Israeli border fence, a weapons manufacturing site  and the airport.

A Palestinian man walks past a building at an abandoned airport that was hit by an Israeli air strike in the southern Gaza Strip March 20, 2010. Israeli aircraft struck at least seven targets in the Gaza Strip on Friday, a day after a rocket fired from the Palestinian enclave killed a Thai worker in Israel, Hamas security officials and witnesses said. The Israeli military confirmed several sites were hit, including two tunnels dug near the Israeli border fence, a weapons manufacturing site and the airport.

A  Palestinian boy leaves a building at an abandoned airport that was hit  by an Israeli air strike in the southern Gaza Strip March 20, 2010.  Israeli aircraft struck at least seven targets in the Gaza Strip on  Friday, a day after a rocket fired from the Palestinian enclave killed a  Thai worker in Israel, Hamas security officials and witnesses said. The  Israeli military confirmed several sites were hit, including two  tunnels dug near the Israeli border fence, a weapons manufacturing site  and the airport.

Palestinians carry a wounded man at al Najar a hospital in the  southern Gaza Strip town of Rafah on March 19, 2010 after Israeli  aircraft hit a disused airport in southern Gaza injuring 11 people, two  of them seriously, Palestinian medical officials and witnesses said.  Cross-border exchanges occured as UN Secretary-General Ban Ki-moon was  headed for a weekend visit to Gaza, the West Bank and Israel and as the  United States sought to get Palestininans and Israelis talking peace.

Palestinians carry a wounded man at al Najar a hospital in the southern Gaza Strip town of Rafah on March 20, 2010 after Israeli aircraft hit a disused airport in southern Gaza injuring 11 people, two of them seriously, Palestinian medical officials and witnesses said. Cross-border exchanges occured as UN Secretary-General Ban Ki-moon was headed for a weekend visit to Gaza, the West Bank and Israel and as the United States sought to get Palestininans and Israelis talking peace.

Palestinians carry a wounded man at al Najar a hospital in the  southern Gaza Strip town of Rafah on March 19, 2010 after Israeli  aircraft hit a disused airport in southern Gaza injuring 11 people, two  of them seriously, Palestinian medical officials and witnesses said.  Cross-border exchanges occured as UN Secretary-General Ban Ki-moon was  headed for a weekend visit to Gaza, the West Bank and Israel and as the  United States sought to get Palestininans and Israelis talking peace.

An  injured Palestinian man gestures as he is treated by medics at the  Najar hospital at the Rafah refugee camp on the Gaza-Egypt border,  southern of Gaza Strip, Friday, March 19, 2010, after an Israeli  airstrike at the Gaza International airport, injuring 12 people,  witnesses and medics said.

A  wounded man is wheeled at al Najar a hospital in the southern Gaza Strip  town of Rafah on March 19, 2010 after Israeli aircraft hit a disused  airport in southern Gaza injuring 11 people, two of them seriously,  Palestinian medical officials and witnesses said. Cross-border exchanges  occured as UN Secretary-General Ban Ki-moon was headed for a weekend  visit to Gaza, the West Bank and Israel and as the United States sought  to get Palestininans and Israelis talking peace.

Palestinian youths gather behind barricades they set up during  clashes with Israeli forces in the Qalandia refugee camp, between  Ramallah and Jerusalem on March 19, 2010. Palestinian president Mahmud  Abbas said Israel must comply with the Middle East Quartet's call to  halt settlement activity as a means to clear the way for peace  negotiations.

Palestinians run from tear gas fired by Israeli soldiers, not seen,  during clashes near the Kalandia checkpoint between the West Bank city  of Ramallah and Jerusalem, Friday, March 19, 2010. Top international  diplomats on Friday called on Israel and the Palestinians to return to  peace negotiations with a goal of reaching a final settlement that would  create an independent Palestinian state within 24 months. They  reiterated their condemnation of Israel's latest move to add Jewish  housing in disputed east Jerusalem but did not escalate criticism of the  Jewish state.

Israeli soldiers take positions during clashes with Palestinian  protesters, not seen, near the Kalandia checkpoint between the West Bank  city of Ramallah and Jerusalem, Friday, March 19, 2010. Top  international diplomats on Friday called on Israel and the Palestinians  to return to peace negotiations with a goal of reaching a final  settlement that would create an independent Palestinian state within 24  months. They reiterated their condemnation of Israel's latest move to  add Jewish housing in disputed east Jerusalem but did not escalate  criticism of the Jewish state.

An  Israeli border police officer detains a Palestinian stone-thrower in  front of the controversial Israeli barrier during clashes at Qalandiya  checkpoint near the West Bank city of Ramallah March 19, 2010.  Stone-throwing Palestinians clashed with Israeli security forces in  several locations in East Jerusalem and the West Bank amid tensions over  Israel's recently announced plan to build houses in East Jerusalem.

Israeli border police officers detain a Palestinian stone-thrower  in front of the controversial Israeli barrier during clashes at  Qalandiya checkpoint near the West Bank city of Ramallah March 19, 2010.  Stone-throwing Palestinians clashed with Israeli security forces in  several locations in East Jerusalem and the West Bank amid tensions over  Israel's recently announced plan to build houses in East Jerusalem.

A  member of an Israeli special police forces unit arrests a Palestinian  stone-thrower during clashes in the Shuafat Palestinian refugee camp in  Israeli-annexed east Jerusalem on March 20, 2010. As UN chief Ban  Ki-moon said the international community 'strongly supports' Palestinian  efforts to build a state at the start of his Middle East tour in  Ramallah with the aim of reviving peace talks, Palestinian demonstrators  clashed with Israeli security forces in the West Bank and east  Jerusalem during anti-settlement protests.

A member of an Israeli special police forces unit arrests a Palestinian stone-thrower during clashes in the Shuafat Palestinian refugee camp in Israeli-annexed east Jerusalem on March 20, 2010. As UN chief Ban Ki-moon said the international community ’strongly supports’ Palestinian efforts to build a state at the start of his Middle East tour in Ramallah with the aim of reviving peace talks, Palestinian demonstrators clashed with Israeli security forces in the West Bank and east Jerusalem during anti-settlement protests.

Israeli special police forces arrest a Palestinian stone-thrower  during clashes in the Shuafat Palestinian refugee camp in  Israeli-annexed east Jerusalem on March 20, 2010. As UN chief Ban  Ki-moon said the international community 'strongly supports' Palestinian  efforts to build a state at the start of his Middle East tour in  Ramallah with the aim of reviving peace talks, Palestinian demonstrators  clashed with Israeli security forces in the West Bank and east  Jerusalem during anti-settlement protests.

An  Israeli border policeman bundles an arrested Palestinian stone thrower  into the back of a police vehicle during clashes in the Shuafat  Palestinian refugee camp in Israeli-annexed east Jerusalem on March 20,  2010. As UN chief Ban Ki-moon said the international community 'strongly  supports' Palestinian efforts to build a state at the start of his  Middle East tour in Ramallah with the aim of reviving peace talks,  Palestinian demonstrators clashed with Israeli security forces in the  West Bank and east Jerusalem during anti-settlement protests.

An Israeli border policeman bundles an arrested Palestinian stone thrower into the back of a police vehicle during clashes in the Shuafat Palestinian refugee camp in Israeli-annexed east Jerusalem on March 20, 2010. As UN chief Ban Ki-moon said the international community ’strongly supports’ Palestinian efforts to build a state at the start of his Middle East tour in Ramallah with the aim of reviving peace talks, Palestinian demonstrators clashed with Israeli security forces in the West Bank and east Jerusalem during anti-settlement protests.

Masked Hamas members attend a rally in the Nusseirat refugee camp  in the central of Gaza Strip on March 19, 2010 against Israel's  renovation of a synagogue in Jerusalem's Old City and plans to build new  settlements. The Quartet for the Middle East urged Israel Friday to  stop building settlements and set a bold target for a final deal with  the Palestinians by 2012 as it tried to kickstart the stalled peace  process.

Masked Hamas members attend a rally in the Nusseirat refugee camp in the central of Gaza Strip on March 20, 2010 against Israel’s renovation of a synagogue in Jerusalem’s Old City and plans to build new settlements. The Quartet for the Middle East urged Israel Friday to stop building settlements and set a bold target for a final deal with the Palestinians by 2012 as it tried to kickstart the stalled peace process.

Israel serang lapangan terbang Gaza

BAITULMAQDIS: Pesawat Israel menyerang sebuah lapangan terbang yang tidak digunakan di selatan Gaza malam kelmarin, mencederakan 11 orang, dua daripadanya parah, kata pegawai perubatan Palestin dan saksi.

Empat peluru berpandu mengenai tapak itu, kata saksi. Mangsa yang cedera berada dalam lingkungan kawasan lapangan terbang, berhampiran bandar Rafah.

Satu kenyataan tentera Israel menggambarkan sasaran sebagai ‘tapak pengganas’ dan juruterbang mengesahkan serangan berkenaan. Pihak berkuasa Hamas pula memberitahu, pesawat Israel melepaskan lima peluru berpandu di lapangan terbang itu dan terowong sempadan berhampiran, mencederakan sekurang-kurangnya 12 orang.
Tentera Israel mengesahkan serangan kelmarin, mengatakan mereka menyasarkan aktiviti militan sebagai maklum balas terhadap serangan roket dari Gaza.

Ia adalah malam kedua Israel melancarkan serangan sejak satu roket dilepaskan dari Semenanjung Gaza mengorbankan seorang pekerja di ladang wilayah negara Yahudi itu, Khamis lalu. – AFP/AP

Saya mungkin ditahan di bawah ISA - Mazlan

BERA, 22 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, terdapat banyak maklumat yang menunjukkan kerajaan akan melakukan tindakan agresif terhadapnya termasuk kemungkinan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, penahanannya baru-baru ini bertujuan untuk menakutkan dirinya dan masyarakat peneroka menghadiri program yang dianjurkan sekali gus berusaha menutup kepincangan pengurusan Felda dan kerajaan Umno/BN.

“Penahanan saya adalah untuk menakutkan masyarakat Felda untuk menjemput saya berceramah. Mereka berusaha untuk menutup kepincangan yang dilakukan dalam pengurusan Felda termasuk penindasan terhadap masyarakat peneroka.

“Saya menerima banyak maklumat yang diberikan oleh banyak pihak tentang bagaimana penyelewengan berlaku. Saya ada 15 isu yang akan saya dedahkan satu persatu. Saya akan dedahkan walau pun saya juga mendapat maklumat bahawa saya dicadangkan agar saya ditahan dibawah ISA,” katanya ketika berucap dalam program yang dianjurkan PAS kawasan di Darul Ikhwan, Mengkarak, dekat sini semalam.

Selepas peristiwa yang berlaku di Felda Lembah Klau, baru-baru ini, beliau menerima banyak sokongan dari masyarakat peneroka dan generasi kedua Felda yang mahu penjelasan diberikan agar kehidupan mereka terbela.

“Selepas saya ditangkap ramai peneroka terutama generasi keduanya tak puas hati dan marah kepada Felda. Malahan, selepas itu semakin ramai anak Felda yang mahu menyertai persatuannya kerana tahu inilah saja pentas yang boleh diharapkan dapat membela masa depan mereka,” katanya.

HarakahDaily..

LGE: Zahid, bila nak selam?



Penang Chief Minister, Lim Guan Eng awaits Ahmad Zahid Hamidi's submarine dive dare. cj.my

Pilihan raya jika lompat

GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh mencadangkan Perlembagaan Persekutuan dan negeri dipinda untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan apabila wakil rakyat keluar parti.

Katanya, langkah itu untuk kepentingan orang ramai dan wajar untuk mengelak wakil rakyat mengambil kesempatan keluar atau melompat parti menjadi wakil rakyat Bebas walaupun memenangi pilihan raya atas tiket parti terdahulu.

“Kita tidak mahu ada wakil rakyat yang terus menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sedangkan mereka sudah meninggalkan parti yang memberi peluang mereka bertanding dan menang dalam pilihan raya.

“Parti pembangkang termasuk DAP sanggup menyokong pindaan itu jika ia dilakukan sekarang ini walaupun Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, dengan 28 kerusi di Parlimen, DAP akan menyokong pindaan yang dilakukan walaupun BN memerlukan kerusi (undi) untuk meluluskannya.

“Saya juga boleh dapatkan sokongan dan komitmen penuh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk menjamin pindaan perlembagaan itu dapat diluluskan tanpa sebarang halangan,” katanya.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, terus mendesak Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak jawatan atau tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan tanpa kebenaran Speaker.

Langkah itu adalah untuk membolehkan kerusi itu menjadi kosong secara automatik dan memberi peluang untuk pilihan raya kecil.

“Ahli Parlimen yang melompat parti tetapi enggan melepaskan jawatan bersikap tidak wajar. Mereka perlu faham bahawa pengundi sudah hilang kepercayaan dan tidak puas hati. Oleh itu, pilihan raya kecil boleh menentukan pilihan pengundi,” katanya.

:Karpal berkata, Artikel 52 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa di mana seorang Ahli Dewan Rakyat tidak menghadiri Dewan bagi tempoh masa enam bulan tanpa kebenaran speaker secara tidak langsung didapati kerusi ditanding menjadi ‘kosong’.

“Dalam artikel tidak pula menyatakan satu syarat, halangan ataupun peruntukan dalam menghalang seseorang Ahli Dewan rakyat daripada menghadiri Sidang Dewan itu selama enam bulan sekiranya mereka keluar daripada parti yang bertanding ketika pilihan raya.

“Jikalau ada kuasa sedemikian dalam artikel itu, ia memudahkan urusan untuk mengosongkan kerusi berkenaan. Selepas itu, kita boleh mengadakan pilihan raya kecil dan memilih calon baru,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan Artikel 48 (6) adalah berbeza di mana seseorang Ahli Dewan Rakyat yang meletak jawatan sendiri tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya umum atau pilihan raya kecil untuk tempoh lima tahun.

“Ini adalah perbezaan antara Artikel 52 (1) dengan artikel 48 (6). Saya rasa sudah tiba masa untuk meminda perlembagaan khusus dalam mengatasi masalah itu demi kebaikan orang ramai,” katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .