Ikuti Blog ini

Gila Judi - UMNOTO








Umno-BN Jadikan ADUN Pakatan Rakyat Jutawan Segera


KUALA LUMPUR 16 Jun - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, Keshvinder Singh keluar DAP dan menjadi anggota Bebas adalah disebabkan masalah kewangan dan peribadi.

ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata alasan yang diberikan bahawa beliau hilang keyakinan terhadap Pakatan Rakyat Perak cumalah mainan politik dan pembohongan semata-mata.

"Keshvinder mendakwa kawasannya tidak mendapat peruntukan pembangunan sebab itu dia menjadi ahli Bebas.

"Dia sepatutnya kutuk kerajaan Umno-Barisan Nasional di bawah pimpinan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang enggan memberikan peruntukan daripada cukai yang dikutip daripada rakyat.

"Sebelum ini selepas pilihan raya kecil Sibu, Keshvinder ada memberitahu bahawa keretanya telah ditarik oleh institusi kewangan dan ADUN Titi Serong, Drs Idham Lim telah membantunya menyelesaikan tunggakan sebanyak RM3,500.

"Bulan lalu juga, kerani yang bekerja di dalam firma guamannya telah melakukan pecah amanah sebanyak RM45,000 di mana wang pelanggan firma telah dilesapkan.

"Kita juga mendengar berita yang mengatakan beliau mempunyai tunggakan kepada Kelab DiRaja Perak sejak beberapa bulan lalu," kata Koo Ham pada sidang media di lopbi parlimen tengahari tadi.

Koo Ham menjelaskan DAP Perak berusaha membantu Keshvinder mengatasi masalah kewangannnya tetapi tawaran Umno-BN lebih lumayan dan menarik tanpa mendedahakan bentuk imbuhan tersebut.

Ini kerana Keshvinder pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahbun lalu berhubung dakwaan bahawa beliau ditawarkan sebanyak RM20 juta untuk melompat parti oleh agen Umno-BN.

Bagaimanapun sehingga kini SPRM tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyiasat dakwaan Keshvinder itu.

"Bulan lalu Keshvinder sekali lagi telah ditemui oleh agen Umno-BN dan pada pendapat beliau gejala rasuah adalah perkara biasa yang diamalkan oleh Umno-BN.

"Saya percaya beliau disogok wang dan imbuhan tetapi jumlahnya kurang daripada RM20 juta yang pernah ditawarkan kepadanya semasa Pakatan Rakyat Perak menjadi kerajaan negeri," tegas beliau lagi.- suara keadilan

PANDANGAN MENARIK USTAZ MISBAH TENTANG ADUN LOMPAT PARTI



Posted by MisbahulMunir

Saya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap desas desus kononnya beberapa ADUN BN akan melompat dari parti mereka, saya bimbang ini hanya gimik untuk meletakkan harga yang tinggi ke atas mereka. UMNO BN sudah tentu tidak akan berdiam diri untuk mengikat adun-adun BN, jutaan ringgit dan berbagai tawaran pasti akan dihamburkan kepada mereka.

Alasan untuk meninggalkan UMNO BN pula sekadar tidak puas hati kerana Zambry terlalu melebihkan dan melayani 3 adun yang melompat dulu berbanding mereka. Kalau inilah alasan, lompat yang seumpama ini lompat yang tidak bermoral dan berprinsip. Lainlah kalau alasan itu atas dasar prinsip, amalan rasuah UMNO BN, penyelewengan, salah guna kuasa, penghalalan judi bola dan sebagainya. Kalau inilah alasanya, perbuatan mereka terpuji dan ia bukan melompat tetapi berhijrah dari perkara yang tidak baik kepada yang lebih baik. Dan amalan ini wajar dicontohi oleh orang-orang UMNO BN yang lain.

Saya setuju dengan pandangan YB Hj Nizar supaya mana-mana Adun UMNO BN yang sememangnya tidak puas hati dengan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar sewajarnya mengusulkan undi tidak percaya kepada Zambry di Dewan Undangan Negeri Perak, saya percaya semua ADUN PR pasti akan menyokong dan memberi undi terhadap usul tersebut. Sekiranya usul tersebut diterima dengan kelebihan undi, Zambry mesti letak jawatan bersama seluruh EXCOnya dan DUN Perak hendaklah dibubarkan. Inilah kaedah yang lebih adil dengan memberi hak kepada rakyat memilih semula parti yang akan memerintah Perak dalam pilihanraya DUN. Semua calon masih boleh bertanding. Dan kaedah inilah yang diperjuangkan oleh PR apabila berlaku krisis politik yang berlarutan sehingga setahun.

Atau dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN di DUN yang diwakili, risikonya adun tersebut tidak lagi boleh bertanding dalam pilihanraya.

Pakatan Rakyat (PR) dan sebahagian besar rakyat Perak mengalu-alukan tindakan mereka meninggalkan Umno/BN dan menyertai PR. Setahun lebih mereka memerintah Perak, banyak kepincangan berlaku dalam amalan pentadbiran, salah guna kuasa, pembaziran, pegawai-pegawai kerajaan ditukar sesuka hati, menyalah gunakan duit rakyat dan kerajaan dengan memberi peruntukan kepada parti seperti MCA dan sebagainya.

Jadi amat wajar adun-adun BN yang tidak puas hati meninggalkan UMNO BN dan menyertai PR. Langkah terbaik hanya melalui usul undi tidak percaya bagi membolehkan pembubaran DUN. Saya sangat hormat dan tabik kepada mana-mana ADUN BN yang mengusulkan undi tidak percaya kepada Zambry.

Sebelum ini, ada beberapa adun BN dikatakan menemui pimpinan PR Perak bagi menyatakan ketidak puashatian mereka terhadap Zambry dan berhasrat untuk meninggalkan parti itu.

PR Perak bagaimanapun menegaskan, mahu Adun-Adun yang tidak berpuas hati itu menggunakan saluran yang betul dan mengikut undang-undang, tidak boleh dengan cara lompat parti, usulkan undi tidak percaya, kita mahu hak rakyat dikembalikan semua dengan membubarkan dun.

Sekiranya betul dakwaan adun BN menyertai PR, itu kerana kesedaran mereka yang tinggi terhadap kepincangan, penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, ketidakadilan, isu APCO, judi dan sebagainya. Berbeza dengan Adun PR yang melompat meninggalkan parti. Mereka dipujuk dan disogok dengan berbagai tawaran, bahkan ada konspirasi melalui tuduhan rasuah yang membabitkan mereka melalui SPRM. Ternyata usaha jahat mereka berjaya.

Belumpun lagi Adun-adun BN yang didakwa mahu meninggalkan parti, tiba-tiba Adun DAP dari Malim Nawar pula meninggalkan DAP dan menjadi bebas sekarang, serta mengisytiharkan sokongan kepada BN. Adun tersebut adalah antara beberapa Adun DAP yang mendedahkan ada menerima tawaran puluhan juta supaya menyertai BN, Adun tersebut juga yang lantang menghentam mereka yang melompat parti dan menuntut supaya meletakkan jawatan, membubarkan dun serta mengikuti siri-siri jelajah Perak oleh PR.

Untuk memberi keadilan kepada rakyat di Malim Nawar yang mengundinya, beliau sangat wajar meletakan jawatan dan memberi mandat kepada rakyat memilih semula wakil rakyat mereka. Saya percaya, rakyat di Malim Nawar mengundi bukan atas sifatnya sebagai calon tetapi parti, dia bukan tokoh yang dikenali di Malim Nawar sebelum ini, rakyat Malim Nawar lebih mengenali DAP dari calonnya. Kita percaya siapa pun calon yang bertanding di Malim Nawar ketika itu, pasti akan diundi asalkan bukan BN yang bertanding.

Apapun kemelut politik di Perak semakin bercelaru, macam-macam boleh terjadi. Ini semua akibat hak rakyat dinafikan, undang-undang dilanggar, kepentingan peribadi mengatasi kepentingan rakyat dan sebagainya.

Al Marhum Ustaz Hassan 1939-2010




Dalam Kenangan 1939- 2010 : Al Mahrhum Ustaz Hassan Shukeri telah menerima anugerah Tokoh Pemuda semasa Majlis Perasmian Muktamar 3 Dewan Oleh YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di PUTIK Kelantan pada 9 Jun 2010.

Lulus Lesen Judi Untuk Dapatkan Dana Pilihanraya

Najib 'Terpaksa' Lulus Judi Sukan, Rela Berdepan Protes Umno Sendiri

Kedegilan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menarik balik kelulusan lesen judi sukan menunjukkan Umno Barisan Nasional dalam keadaan terdesak untuk meneruskan kelangsungan politik mereka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan nekad itu dianggap Najib sebagai perlu bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau yakin Najib tidak akan tunduk pada desakan pelbagai pihak untuk menarik balik kelulusan lesen judi sukan itu sekalipun ia datangnya dari parti pimpinannya sendiri.

Rentetan bantahan Pakatan Rakyat terhadap kelulusan judi sukan, Umno Johor pula mengikut langkah sama apabila membuat kenyataan menolak sebarang pertaruhan judi sukan.

Senario itu mengikut telahan Shamsul, menunjukkan bantahan judi sukan yang dipelopori Pakatan Rakyat member keinsafan kepada sebahagian ahli dan pemimpin akar umbi Umno sendiri.

Malah, desas desus mengenai tiga ADUN Perak dari Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat dikatakan bertitik tolak dari alasan berkaitan kelulusan lesen judi sukan.

“Saya kurang yakin Najib akan tunduk atas desakan yang terbaru dari Umno sendiri. Kerana tidak banyak yang boleh dilakukan oleh menteri kewangan. Ekonomi lembab. Pelabur luar tidak datang. Mereka terpaksa guna cara yang merosakkan masyarakat selagi ia memberi pendapatan yang lumayan,” katanya.

Bercakap kepada TV Selangor, Shamsul berkata bukan mustahil fenomena ini akan merebak ke negeri lain yang dikuasai Umno Barisan Nasional.

“Saya yakin negeri lain selepas ini akan mengambil sikap sama. Sebab saya yakin kerana di kalangan raja-raja Melayu membantah keras dalam hal yang berkaitan dengan lesen ini,” katanya.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang membantah kelulusan judi sukan kerana aspek negatifnya, bangkangan pimpinan akar umbi Umno lebih menjurus kepada faktor politik.

“Umno khuatir akan hilang sokongan melayu islam jika teruskan lesen itu. Sebab itu timbul desakan yang kuat dari Umno sendiri sebab mereka takut hilang sokongan orang Melayu. Orang melayu begitu marah dengan tindakan Najib,” katanya. -TVS

Bahana Judi; Penoreh Miskin Jadi ‘papa kedana’

http://buletinonline.net/images/stories/berita27/azmanmahathirjudi.gifSETIU – Kegiatan judi yang berluasa menyebabkan kehidupan seorang penoreh getah yang miskin, di kampung Merbau Menyusut, dekat sini, bakal menjadi papa kedana.

“Nasi sudah menjadi bubur”, itulah pepatah yang paling sesuai dipadankan dengan kisah Othman Mohamad, 42, akibat menjadi seorang ‘penagih’ judi nombor ekor.

Beliau yang mempunyai enam anak, juga menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini.

Namun apabila ‘perangai buruk’nya yang melanggar perintah ugama itu diketahui oleh pihak JKM, bantuan yang diterimanya sejak Oktober tahun lalu dihentikan baru-baru ini.

Kini, Othman hanya bergantung kepada pendapatan hasil menorehnya kerana Skim Bantuan Persekutuan (bantuan kanak-kanak) sebanyak RM450 sebulan, tidak lagi diterimanya.

Mengulas kisah Othman, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim berkata, sebab itulah ugama Islam mengharamkan judi dan PAS sebagai parti yang mengamalkan syariat Islam, mendesak kerajaan mengharamkan semua bentuk judi.

Beliau turut menyelar pengakuan Mantan Perdana Menteri yang bersetuju dengan pengeluaran lesen judi bolasepak.

”Sebagai negarawan, dan sebagai seorang yang mengaku Islam, Tun Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian,

”kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan tentang hukum ‘haram’ judi kepada orang Islam umumnya,

”bahkan boleh menyebabkan terhakisnya ‘aqidah’ beliau sendiri,”katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kisah Othman yang dipaparkan dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini sepatutnya menjadi tauladan dan panduan kepada pemimpin negara, dalam menentukan dasar tentang ‘judi’.

Katanya, walaupun mungkin ia membawa pulangan yang lumayan kepada negara, namun judi terbukti, dalam kes Othman, memusnahkan kehidupan manusia.

Pada 6 Mei lalu, dilaporkan akhbar perdana, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.


Pada 11 Mei, Menteri Kewangan, yang juga Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak

secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Kelmarin, 14 Jun, di Kuala Terengganu, Tun Dr. Mahathir menyatakan beliau bersetuju dengan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi itu.

Ketika bercakap kepada pemberita, beliau berkata, langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi sempena pertandingan bola sepak Piala Dunia hendaklah diterima secara terbuka untuk membendung kegiatan itu daripada berleluasa.

"Mungkin pendapat saya berbeza sedikit dengan orang lain. Sama ada lesen judi dikeluar atau tidak, judi tetap berlaku di negara kita kerana orang-orang Cina memang suka berjudi.

"Jadi kalau dia berjudi tanpa lesen, tidak ada satu cara untuk kita menentukan perjudian itu tidak berleluasa. Ini kerana judi tidak haram bagi orang Cina, tetapi haram bagi orang Islam dan orang Islam jangan berjudilah. Kalau mereka didapati berjudi tangkaplah mereka," katanya ketika ditanya mengenai lesen untuk menjalankan judi bolasepak di Malaysia selepas berucap pada program Melayu Bangkit di sini Isnin. -BO

Saat yang paling sedih untuk Haji Rahman

KUALA LUMPUR : Saat paling sedih bagi Haji Abdul Rahman adalah apabila mengingatkan kembali saat dia terpaksa berehat sebentar dan menyerah stering kereta yang dipandunya kepada Ustaz Hasan Shukri di Kuala Krai dalam perjalanan mereka pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu Ahad lepas.

"Ketika itu saya terlalu mengantuk. Haji Subky tak boleh memandu kerana masalah matanya, jadi Ustaz Hassan yang mengambil stering dan memandu," kata Haji Rahman kepada Harakahdaily.

Beliau sangat bimbang kalau-kalau orang mempersalahkan beliau dengan apa yang berlaku.

Haji Rahman Sulaiman, 66 tahun, (gambar) bersama dengan Allahyarham Ustaz Hassan Shukri, 71, dan Haji Subky Latif, 70, ke Kota Bharu untuk menyertai muktamar PAS sejak Rabu, 9 Jun lagi. Tiga warga emas PAS ini telah naik kereta bersama dari Kuala Lumpur dan Haji Rahman menjadi pemandunya.

Ustaz Hassan menyertai Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang Rabu itu. Pada malamnya mereka bertiga di dewan besar Pusat Tarbiyah Islamiyyah Kelantan (Putik) menyertai majlis perasmian muktamar ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat oleh Mursyidul Am.

Pada hari Khamis, ketiga-tiganya menyertai Muktamar Dewan Pemuda di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) namun tidak lama.

"Sejuk sangat kat dalam," kata Ustaz Hassan kepada Harakahdaily ketika ditanya kenapa tidak masuk dan duduk di atas kerusi dalam dewan KTC.

Selepas selesai muktamar, mereka bertiga bertolak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang hari Ahad.

Namun, menurut Haji Rahman, kerana terlalu mengantuk selepas makan, Ustaz Hassan mula memandu apabila sampai ke Kuala Krai menjelang Gua Musang hinggalah ke Kuala Lipis.

Di Kuala Lipis, Ustaz Hassan mengadu sakit dada.

"Mereka ingat, Ustaz Hassan sakit dada kerana tersalah makan pajeri nenas dalam perjalanan tadi. Jadi Haji Rahman memandu semula sampai ke rumah," cerita Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky kepada Harakahdaily.

Namun, bagi Haji Rahman, itulah menjadi saat yang menyedihkan beliau kerana terpaksa memberikan stering kepada Ustaz Hassan kerana terlalu mengantuk.

Ustaz Hassan telah dibawa ke hospital Selayang jam 9 pagi keesokannya oleh isterinya Puan Hamidah Abdul Mutalib bersama anak lelakinya dan dimasukkan ke wad rawatan jantung (CCU) hospital itu.

Kira-kira jam 1 tengahari, Hamidah dan anaknya meminta izin untuk pulang dari Ustaz Hassan untuk mengambil barang-barang keperluan wad selepas disahkan Ustaz Hassan terpaksa dimasukkan ke wad.

"Ustaz masih bercakap elok dengan kami ketika itu. Namun, sampai kat Pasar Borong, Selayang, doktor telefon kami ustaz sudah tidak ada," beritahu Puan Hamidah kepada sahabat-sahabatnya yang menziarahi beliau di rumahnya semalam.

(Gambar: Haji Rahman dan Subky menceritakan saat-saat akhir mereka bersama Ustaz Hassan kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di perkarangan rumah Allahyarham Ustaz Hassan)

Menurut seorang jururawat yang merawat Ustaz Hassan, beliau telah jatuh dari katilnya ketika mahu pergi membuang air kecil. Tidak lama selepas itu, tanpa menyusahkan sesiapa, tokoh khutub khanah dan pakar perlembagaan PAS ini pergi menemui Tuhannya buat selama-lamanya. Beliau meninggalkan Puan Hamidah serta enam anak, lima perempuan dan satu lelaki.

Bagi peguam Mohamed Hanipa Maidin, Ustaz Hassan adalah pakar perlembagaan PAS dan beliau selaku peguam pun merujuk Ustaz Hassan sebelum memberikan apa-apa nasihat undang-undang tentang PAS.

"Masa kami mahu menyiapkan aturan dan peraturan untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) baru-baru ini, kami rujuk Ustaz Hassan. Kami ingat perlu pinda perlembagaan PAS untuk menubuhkan dewan ini tetapi Ustaz Hassan kata tidak perlu," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Lalu terbentuklah DHPP siap dengan aturan dan peraturannya tanpa perlu meminda perlembagaan yang menjadi undang-undang tubuh PAS. Ia telah selamat dilancarkan Mei lalu dan perwakilan DHPP menyertai Muktamar PAS ke 56 baru-baru ini.

Allahyarham Ustaz Hassan Shukri : Gambar-gambar sekitar Solat Jenazah.



Perjalanan terakhir seorang Hamba yang dicintai manusia, moga dicintai dan diredai oleh penciptaNya......kami kehilanganmu..namun Allah lebih menyayangimu...kita semua akan menyusul...buat masa ini kita teruskan perjuangannya....moga Islam tertegak di bumi yang kita cintai....baca kesahnya di sini.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Pintu Gerbang Markaz Tarbiyyah Taman Melewar


Tetamu dari luar negara

Tuan Subky Latif, seperti yang diceritakan oleh isteri beliau, Puan Naznah Taha, mereka bertiga bertolak dari Kota Bharu bertiga dan Allahyarham Ustaz Hassan Syukri memandu dari Kuala Krai hingga ke Kuala Lipis dan kemudiannya mengadu sakit dada.

Suasana di jalan hadapan Markaz sebaik jenazah dibawa pergi untuk dikebumikan.

Dr MAZA, YB Mahfuz dan Tuan Guru Presiden.

Orang ramai bergerak keluar sebaik selesai solat jenazah.

Dr Tan Seng Giaw Ahli Parlimen Kepong-DAP turut kelihatan hadir memberi penghormatan-ahli politik veteran. Semuanya kini merasakan keindahan bekerjasama dan bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat.

DS Ir Nizar menanti di hadapan pintu van Jenazah.

Tuan Guru berjalan keluar sebaik selesai solat jenazah. (pemandangan di bahagian tepi-pintu utama Markaz Taman Melewar dulunya-nampak gah kini)



Tuan Guru duduk sebentar sementara menanti solat Jenazah bermula.

Jenazah diusung beramai-ramai keluar dari rumah untuk disembahyangkan.

Bersiap sedia menanti jenazah diletakkan di tempatnya untuk disembahyangkan dengan diimamkan oleh Tuan Presiden PAS.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berjalan masuk menuju ke rumah Allahyarham. Terbaca di Tweeter Tuan Guru, semalam beliau masih punyai satu program pelancaran satu majlis di Kelantan, dan beberapa hari sebelumnya sebagaiamana ramai yang lain penuh dengan aktiviti di Muktamar PAS yang ke 5. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepadanya.

Kelihatan Markaz Taman Melewar yang dalam proses pengubahsuaian menjadi sebuah Kolej.

Di hadapan rumah Allahyarham Ustaz Hassan Syukri.

Memenuhi ruang jalan di sepanjang jalan masuk ke Markaz Taman Melewar dan ke rumah Allahyarham.


Dr Lo' Lo kelihatan bersama Muslimat dan teman Nisa' Izzah Halim...semua ni masih muka penat bertugas di Muktamar.

Dr MAZA tiba dan dibawa masuk ke dalam rumah untuk menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir. - Ummu Asiah

Kenali 9 syuhada Mavi Marmara

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 31 Mei lalu, seramai sembilan sukarelawan dari Turki telah syahid sewaktu dalam perjalanan menghantar bantuan kemanusiaan kepada saudara seagama di Palestin.

Mereka dibunuh oleh tentera Israel laknatullah ketika angkatan kuffar itu menyerang kapal Turki M.V. Mavi Marmara yang sedang dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin yang sedang dikurung dalam sebuah penjara yang sungguh besar.

Berikut merupakan senarai syuhada yang telah gugur sepanjang misi menyampaikan bantuan tersebut sebagaimana laporan laman web Haluan Palestin:

1. Ibrahim Bilgen, 61, seorang jurutera elektrik dari Siirt, Turki. Ahli Chamber of Electrical Engineers di Turki, berkahwin dan mempunyai enam orang anak.

2. Ali Haydar Bengi, 39, dari Diyarbakir. Graduan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Telah berkahwin dan mempunyai empat cahaya mata.

3. Cevdet Kiliçlar, 38, Seorang wartawan dari Kayseri, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai dua orang putera.

4. Çetin Topçuoglu, 54, dari Adana, Turki. Pemain bola amatur dan jurulatih taekwondo yang melatih atlet taekwondo Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

5. Necdet Yildirim, 32, dari Malatya, Turki. Berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun.

6. Fahri Yaldiz, 43, seorang ahli bomba di Adiyaman, Turki. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak.

7. Cengiz Songür, 47, dari Izmir, Turki. Berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.

8. Cengiz Akyüz, 41, dari Iskenderun, Turki. Berkahwin dan mempunyai anak berusia 14, 12 dan 9 tahun.

9. Furkan Dogan, 19, as-syahid termuda dalam kalangan yang syahid, merupakan pelajar Kayseri High School. Anak kepada Dr. Ahmet Dogan, seorang professor di Erciyes University. Warganegara Turki-Amerika dan mempunyai dua adik beradik. -Hrkh


Tangisan 2 Tok Guru



Ni selepas solat jenazah... Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjalan seiring dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi... TGNA memang tak dapat nak tahan sebak, then TGHH cuba tenangkan TGNA...

Sebaik TGHH pegang bahu TGNA, airmata TGNA turun lagi, aku tengok TGHH pun tak dapat tahan sebak jugak... habisnya, 2-2 Tuan Guru kesayangan kita sama-sama menitiskan airmata...

Agaknya masing-masing terkenang jerit-perih sama-sama berjuang menegakkan agama suci Islam yang kita sayangi dengan Arwah sampai ke tahap yang kita ada sekarang...

Harap-harap, mereka-mereka yang cuba nak khianat perjuangan ni fikir balik pengorbanan orang-orang yang kita sayangi samada yang masih ada atau yang telah pergi mengadap Illahi...

Jangan sia-siakan perjuangan mereka-mereka ini selama ini... jangan khianat pada perjuangan, jangan khianat pada rakan-ralan seperjuangan...

Sabar itu sifat orang-orang yang beriman, tak hari ni, esok, tak esok lusa... masanya akan tiba untuk Islam tertegak di bumi Malaysia...

Jangan khianat, jangan khianat & jangan khianat...

topeng perak

Kontraktor Stadium Gong Badak bina istana baru

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.

collapsed half of roof of the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium  in Kuala TerengganuPada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.

Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

new istana palaceSemalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.

KESAYUAN AKAN PEMERGIAN SAHABAT SEPERJUANGAN....










Setelah sekian lama berjuang bersama. Mengharungi cabaran, pahit dan getir. Mehnah dan fitnah. Akhirnya, sahabat perjuangan mendahului kita untuk menemui Khaliq.

Kadang-kadang, kesayuan tidak dapat dibendung hingga menitislah air mata. Hanya kesabaran dalam diri dan bingkisan doa dititipkan kepada Almarhum.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .