"Dia sudah masuk hospital sejak dua tiga hari lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ikuti Blog ini
Doakan KESEJAHTERAAN Adun Galas....... ,Jumaat, Julai 30, 2010 at 30.7.10,
"Dia sudah masuk hospital sejak dua tiga hari lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sultan Brunei miliki 7,000 kereta berprestasi tinggi , at 30.7.10,


Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).
Antara kereta mewah milik Sultan Hassanal Bolkiah termasuk sebuah kereta Porsche 959, Porsche Carrera GT, Lamborghini Diablo Jota, Lamborghini Murcielago LP640, Bugatti EB110, dua buah Bugatti Veyron (edisi biasa dan Pur Sang) , Maybach 62, Jaguar XJR-15 dan enam Dauer 962s.
Invalid Domain NameInvalid Domain NameNIKMATI 1 BULAN YURAN LANGGANAN PERCUMA DENGAN OIAB™ PLUS NIKMATI 1 BULAN YURAN LANGGANAN PERCUMA DENGAN OIAB™ PLUS Baginda turut memiliki enam buah kereta Ferrari FX, model asal Bentley Continental R, satu-satunya Porsche Carma di dunia, satu-satunya kereta sport Koenigsegg Agera CC GT, dua kereta konsep Ferrari Mythos yang beroperasi sepenuhnya, dua kereta Sedan Ferrari 456 GT, satu-satunya kereta Mercedes-Benz CLK-GTR pemanduan kanan di dunia, lima kereta lumba McLaren F1 termasuk dua model LM hitam dan tiga kereta Cizeta-Moroder V16T.
Sultan Hassanal juga merupakan pemilik 10 daripada 77 model Aston Martin One-77 yang pernah dikeluarkan, satu-satunya Aston Martin Convertible DB4 GT Zagato, dan satu-satunya kereta Cicero BDB Maestro.
Menurut akhbar Daily Mirror, setakat 30 Jun 2010, beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.
Koleksi penuh kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah hangar pesawat yang lokasinya dirahsiakan. -Agensi
Kerabat Diraja Kelantan rentung , at 30.7.10,
KERETA Volvo yang dinaiki Raja Mohammad hangus terbakar selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori simen di persimpangan KLIA, Sepang semalam.KOSMO | SEPANG - Cubaan seorang pemandu lori simen dan kelindannya untuk menyelamatkan seorang kerabat Diraja Kelantan daripada hangus gagal apabila lelaki itu rentung selepas kereta Volvo dinaikinya terbakar selepas dirempuh kenderaan berat itu dari belakang.
Bagaimanapun, dua lagi penumpang di dalam kereta itu selamat.
Datuk Raja Mohammad Raja Ismail, 60, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas hangus 100 peratus manakala seorang rakan dan anak saudaranya yang dikenali sebagai Tengku Mariani, 26, cedera ringan di kepala apabila sempat diselamatkan.
Kejadian pukul 8.45 malam di kilometer 31.3 Lebuh Raya Elite dekat susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu berlaku apabila kereta yang dipandu mangsa dilanggar lori berkenaan dari belakang menyebabkan kereta itu terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar.
Difahamkan, sebaik melihat kereta mangsa dan lorinya terbakar, pemandu dan rakannya bergegas turun sebelum memberi bantuan tetapi malang mereka hanya dapat menyelamatkan rakan dan anak saudara ahli perniagaan itu sahaja.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Husin Omar berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk menghantar anak saudaranya menaiki penerbangan ke Kota Bharu, Kelantan.
"Pemandu lori dan kelindan itu mendakwa mereka mengeluarkan kedua-dua mangsa melalui tingkap kereta yang pecah sebelum api marak.
"Bagaimanapun, ketika hendak menyelamatkan seorang lagi mangsa yang tersepit, api sudah mula marak dan membakar keseluruhan kereta termasuk Datuk tersebut," katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Putrajaya sementara jenazah mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
PAS bentuk jawatankuasa anti saman ekor , at 30.7.10,
KUALA LUMPUR, 30 Julai: Datuk Mahfuz Omar (kanan) berkata, Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat bersetuju membentuk Jawatankuasa Bertindak Kempen Anti Saman Ekor (KASE).
Beliau yang juga pengerusi lujnah itu berkata, perkara itu dicapai dalam mesyuarat lujnah pada 28 Julai lepas.
Katanya, jawatankuasa bertindak yang dipengerusikan beliau itu bagi menangani masalah kenderaan dan pemilik yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tidak dibenar memperbaharui cukai jalan ekoran saman ekor yang dilakukan oleh pihak polis yang bertentangan dengan perlembagaan dan perundangan negara.
Jawatankuasa bertindak KASE yang dipengerusikan oleh beliau sendiri selaku Naib Presiden PAS akan bermesyuarat pada 2 Ogos ini di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur jam 11.00 pagi.
Mesyuarat itu, ujarnya untuk merumus tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membela rakyat khususnya pemilik kenderaan.
“Satu sidang media akan diadakan pada 2 Ogos jam 12.30 tengah hari di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua pihak media dan blogger dijemput hadir,” ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyelar sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno BN yang tetap meneruskan saman ekor walaupun pelbagai pihak menentang perlaksanaannya.
Timbalan ketuanya, Azman Shapawi Abdul Rani (kiri) berkata, ini berdasarkan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada sidang media mereka pada 9 Julai yang lalu.
Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof bahawa tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.
PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.
Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihaknya juga telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.
Azman berkata, tindakan itu jelas membelakangkan slogan keramat Umno BN iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’.
Ini, katanya kerana dengan perlaksanaan itu akan menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.
Ini juga, menurutnya boleh dikategorikan sebagai ‘ISA Kedua’ seperti mana yang telah diungkit oleh Ketua DPPP, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi sebelum ini.
Katanya lagi, dengan perlaksanaan saman ekor itu juga kerajaan sebenarnya tidak bertindak untuk mendidik rakyat tetapi terus menghukum.
“Di dalam kaedah Islam, sebelum menjatuhkan hukuman perlu ada kaedah mendidik dahulu agar bijak menilai buruk baik sesuatu perkara. Kemudian, sekiranya melakukan juga kesalahan, harus dibicarakan terlebih dahulu. Dan sekiranya didapati bersalah, barulah hukuman dijalankan,” ujarnya.
Dengan perlaksanaan saman ekor itu juga, katanya menguatkan lagi dakwaan bahawa kerajaan Umno BN sememangnya ketandusan sumber kewangan dan kekeringan cara bagaimana hendak menambah hasil negara selain daripada mengalihkan beban itu untuk ditanggung oleh rakyat.
“Sudahlah rakyat dibebani dengan kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini atas alasan ‘penyelarasan subsidi’. Kini rakyat ditambah lagi dengan satu lagi bebanan,” katanya.
Di dalam isu itu, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) perlulah menghapuskan semua bentuk saman ekor serta memansuhkan yang tertunggak dan melaksanakan satu kaedah yang lebih mendidik kepada pengguna jalan raya sekiranya diberi peluang menjadi kerajaan Pusat.
Ini, ujarnya bukan bererti tiada langsung saman tetapi hukuman yang lebih mendidik dan lebih berkesan.
“Melihatkan kedegilan kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat dengan terus melaksanakan pelbagai polisi yang mencengkam rakyat, DPPP merasakan hanya satu jalan sahaja yang akan menyebabkan kerajaan mendengar rintihan rakyat iaitu dengan memilih PR di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang,” ujarnya. -Hrkh
Kempen Antisaman Ekor Bermula Isnin , at 30.7.10,
PAS lancar Kempen Antisaman Ekor Isnin iniPAS akan melancarkan Kempen Antisaman Ekor Isnin ini bagi membela pemandu dan pemilik kenderaan yang disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana mendakwa tindakan pihak berkuasa itu bertentangan dengan perlembagaan negara.
Jawatankuasa kempen itu yang diketuai oleh Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berharap dalam membantu mereka yang teraniaya kerana sistem saman ekor.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mahfuz berkata jawatankuasa itu ditubuhan untuk memastikan halangan pemilik yang disenarai hitam itu boleh diselesaikan mengikut undang-undang yang sah.
“Ini kerana kita melihat tindakan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kerana mempunyai saman ekor amat bertentangan, malah kita akan kemukakan bukti bersama nanti,” katanya.
Beliau berkata kesalahan-kesalahan mengatakan pemilik kenderaan bersalah tidak wajar kerana tiada bukti yang kukuh.
“Tidak semestinya pemilik kenderaan bersalah apabila kenderaannya disaman oleh polis atau JPJ, mungkin orang lain yang menaiki kenderaan tersebut.
“Jadi ia tidak ada bukti jelas dan JPJ juga sebenarnya tidak mempunyai hak untuk menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan mereka.
“Ingin saya tegaskan bahawa kita tidak sokong pemandu yang memandu tanpa etika, cuma kita mahu JPJ bertindak adil kepada pemilik kenderaan,” katanya.
Difahamkan sejak September 2009, lebih 2.5 juta notis saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dan daripada jumlah itu, sebanyak 1.07 juta pesalah trafik telah disenaraihitamkan oleh Polis Diraja Malaysia.
“Kita akan merangka tindakan yang akan diambil ke atas kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak boleh beritahu sekarang, kena tunggu sidang media minggu depan,” kata Mahfuz. -TMI
Bila cikgu dan cikgi dah boleh berpolitik , at 30.7.10,

Pagi sampai pukol 2pm cikgu Cikgi main dengan anak Murid !.
Kuasa Melayu Tidak Hilang, Malah Bertambah Kuat , at 30.7.10,
- Sekiranya Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional mendakwa, sekiranya Pakatan Rakyat yang terdiri dari muafakat parti PAS, PKR dan DAP memerintah negara, orang Melayu akan hilang kuasa terutamanya kuasa politik di parlimen.
Sebenarnya, ia adalah tidak benar sama sekali, bahkan kuasa Melayu terbukti lebih kuat dengan kawasan-kawasan parlimen yang dulunya milik MIC dan MCA telah doimenanangi oleh calon-calon Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.
Dalam mengemukakan hujah berdasarkan fakta, Buletinonline telah menemuramah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian membentangkan fakta kerusi di parlimen.
Berikut kenyataan penuh YB Salahuddin;
Perlu saya jelaskan, dalam parlimen kita ada 222 kerusi. Ini yang saya letak dalam simpanan. Jelas setakat ini. Asas hujah bahawa dakwaan melayu akan hilang atau melayu akan lemah ataupun kuasa melayu akan terhakis kalau PAS terus bersama DAP. Ini suatu dawaan yang mereka lancarkan.
Saya ingin menyatakan secara fakta. Dalam parlimen ada 222 kerusi dan kalau mengikut tahun 2008, DAP hanya bertanding 35 kerusi daripada 222 kerusi dan hari ini dia menang, pada waktu itu dia menang 28 kerusi. Sekarang dia ada 29 kerusi kerana dia menang bru-baru ini di Sibu.
Jadi oleh itu, di sinilah saya ingin menyatakan kalaulah dap, andainya DAP dalam tahun 2008, bertanding 35 kerusi, andailah dia menang semua, dia masih tidak boleh perntah negara ini dengan hanya 35 kerusi.
Ini bermakna bahawa hujah Umno yang mengatakan bahawa DAP ni menjadi ancaman besar kepada melayu tidak benar. Sebab DAP pun faham teras negara ini, bahawa teras kepelbagaian mestilah dipegang oleh orang melayu. Ini DAP faham.
Dan dengan jumlah kerusi yang mereka bertanding pun, tidak memungkinkan mereka akan menjadi ancaman kepada melayu dalam parlimen.
Dan saya ingin melanjutkan lagi pas mempunyai 23 kerusi. PKR, 31 kerusi. Ada 5 kerusi yang melompat sekarang dia tinggal 26 kerusi. Tetapi kerusi melayu dalam PKR masih ada 17 dan kerusi pas kita ada 23 kerusi, maknanya sekarang kita ada 40 kerusi melayu dalam parlimen. Umno Cuma ada 78 kerusi dalam parlimen pada hari ini.
Oleh itu, kalau PAS dan PKR, kita bertanding di atas premis yang sama, dan kalau sekarang ini pun kita mendapat 40 kerusi, jadi kalau umno 78, kita hanya lebih kurang, majoriti lebih kurang 30 saja lagi. Jadi kalau 30 kerusi, kalau kita dapat esok, kalau kita rayu besok kerusi-kerusi melayu yang lain dalam parlimen di negara kita ini, beri kepada pas, bermakna kuasa Melayu itu akan terjamin dalam parlimen.
Terengganu menang, Hulu Terengganu menang esok (nanti), Dungun menang, Besut menang, Setiu menang, Johor boleh beri sikit, kita menang di Pahang kerusi-kerusi Melayu ini, kita mengalahkan Umno, bermakna bila bertambahnya kerusi Melayu ini, maka akan menjadi kukuh kerusi-kerusi melayu dalam parlimen.
Maka tidak benar sekali bahawa bila PAS berkawan dengan DAP ini, akan terhakisnya kuasa melayu dalam parlimen, sedangkan dap hanya bertanding tidak lebih daripada 35 kerusi dalam pilihanraya yang akan datang. Kalau dia menang pun semua 35 kerusi ini, maka dia tidak akan menyebabkan berlakunya sebarang penghakisan kuasa melayu dalam parlimen.
Oleh itu, orang Melayu, kalau hendakkan Pakatan Rakyat kuasa Melayunya terjamin, maka saya rayu undilah kepada calon-calon PAS dan PKR besok (PRU-13) dan bila kita dapat menambahkan kerusi Melayu ini yang hanya setakat ini saya rasa kita hanya perlukan 30 kerusi sahaja lagi maka takde masalah untuk kita memperkukuhkan kuasa melayu dalam parlimen.
Jadi tidak benar sama sekali dakyah Umno ini yang mengatakan bahawa bila PAS berkawan dengan DAP ini, akan hilangnya kuasa Melayu di dalam parlimen.
Kerajaan Selangor Perlu Rampas SYABAS ,Khamis, Julai 29, 2010 at 29.7.10,
Syabas mahu saman Selangor berhubung isu airSyarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Selangor untuk menuntut pampasan kerana menangguhkan pelarasan tarif air.
Ketua Pegawai Operasinya Datuk Lee Miang Koi berkata, sehingga hujung tahun ini, pampasan yang perlu dibayar kepada Syabas dijangka mencecah RM1 bilion.
“Syabas akan tuntut pampasan, kami sedang menimbang untuk ambil tindakan undang-undang, ikut perjanjian konsesi kami memang berhak ambil tindakan undang-undang,” katanya ketika menjawab satu soalan yang dikemukan pada majlis Wacana Intelek Negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Memorial Tunku Abdul Rahman di sini malam tadi.
Beliau berkata Syabas sudah menghantar tuntutan mengenai pampasan itu bagaimanapun sehingga sekarang, masih tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.
“Tarif air perlu diselaraskan supaya dapat perolehan untuk bayar hutang yang dipinjam bagi meningkatkan mutu perkhidmatan air. Dengan penangguhan pelarasan dan pembekuan program Capex oleh kerajaan negeri, taraf perkhidmatan air akan merosot,” katanya.
Lee berkata Syabas juga terpaksa membayar sebahagian bil untuk dibayar kepada operator loji air walaupun mengikut perjanjian, Syabas harus membayar sama rata.
Menurutnya akibat penstrukturan semula air yang tidak dimuktamadkan, Syabas turut mengalami beberapa masalah dalam operasinya, termasuk sukar mendapat dana dari bank kerana syarikat itu tidak tahu hala tujunya.
“Sejak kerajaan negeri Selangor ambil alih, Syabas menyuarakan beberapa isu dan masalah tetapi tiada maklum balas dari kerajaan negeri sebab mereka kaitkan isu itu dengan penstrukturan semula.
“Mereka nak lihat Syabas tak berjaya dan boleh ambil alih dengan harga yang murah, walaupun terdapat pelbagai kekangan, Syabas masih perlu beri perkhidmatan kepada pengguna,” katanya.
Lee berkata bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan menghadapi kekurangan menjelang 2012 hingga 2014 dan jika tidak diuruskan dengan baik, besar kemungkinan kekurangan itu akan berlaku lebih awal.
“Sekarang hanya ada rezab 240 juta liter sehari atau 5.9 peratus daripada keperluan harian, selain dari penggunaan purata, ada keperluan puncak seperti perayaan serta musim panas, dan jumlah 5.9 peratus tidak mencukupi untuk menampung ketika waktu puncak.
“Enam bulan lalu, penggunaan air meningkat empat peratus, jika dibandingkan dengan rezab yang ada, dalam masa setahun enam bulan rezab air akan habis dan akan mengalami kekurangan bekalan air,” katanya.
Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan menggalakkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON97 yang tidak bersubsidi.
“Lepas ini, mereka datang beli RON97 lagi banyak lagi negara untung kerana (minyak ini) tiada subsidi,” katanya. — Bernama
Kerajaan Negeri Selangor perlu tegas. SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah.
Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara.
Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR.
Dewan Undangan Negeri perlu membahaskan isu SYABAS dengan lebih berkesan agar rakyat Selangor seluruhnya memperolehi menafaatnya. -GB
PANAS MEMBARA ! TUN LING LIONG SIK DI DAKWA , at 29.7.10,
PEGUAM Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bersama pegawai Pejabat Peguam Negara tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Kajang di Putrajaya , dipercayai bagi mengendalikan kes pendakwaan Tun Ling Liong Sik.Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kajang di Putrajaya berhubung pembabitannya dengan skandal Zon Pelabuhan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Ling adalah bekas Presiden MCA juga adalah antara ahli politik terkemuka pernah didakwa atas tuduhan rasuah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Agak-agaknya boleh ke Mahkamah di Malaysia ni mendakwa Tun Ling..tak mungkin, mustahil..Kasitah Gadam pun lepas, ni kan pulak Tun Ling..."kepala ikan kalau sudah busuk, semua akan busuk"..ada betoi ka Tun Ling..?
-Perakkume
Prof Aziz: Benar guru aktif berpolitik langkah silap Umno-BN , at 29.7.10,
Keputusan membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini, yang diumumkan semalam adalah satu langkah “terdesak Umno-BN” yang silap, kata penganalisis politik Prof Aziz Bari. Ali Rustam Dah Lantik Pengerusi Nak Tubuh Sekolah Mengandung , at 29.7.10,
Ali Rustam memang keras kepala. Taksub pada fahaman sekular. Kan bagus kalau ketegasan nak buat sekolah mengandung ni..setegas nak buat hukum islam di Melaka. Kembalikan balik Hukum Kanun Melaka..ini tak, masih je nak buat sekolah mengandung. Sampaikan dah lantik Pengerusi untuk tubuhkannya. Nanti sapa-sapa nak beli anak, pergilah ke sekolah tu. Untung-untung dapat free..
Sekolah pelajar hamil diteruskan
MELAKA 28 Julai - Biarpun hasrat Melaka menubuhkan sekolah khas bagi pelajar yang mengandung tidak mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelajaran namun rancangan tersebut tetap akan diteruskan.
Sehubungan itu, kerajaan negeri telah melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim sebagai pengerusi bagi menggerakkan penubuhan sekolah berkenaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pelantikan Ab. Rahaman itu berkuat kuasa serta-merta.
Menurut beliau, ia merupakan komitmen kerajaan negeri yang serius untuk menubuhkan sekolah tersebut biarpun terdapat beberapa pihak memperlekehkan cadangan mengenainya.
''Saya mencadangkan perkara ini bukan untuk suka-suka tetapi berdasarkan pandangan banyak pihak menerusi rumusan setiap seminar menangani gejala sosial sebelum ini.
''Tiada jalan penyelesaian yang boleh dibuat sekali gus menyelesaikan masalah ini sehinggalah kerajaan negeri mencadangkan perkara ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Chua Kheng Hwa (BN-Bemban) pada sidang Dewan Undangan Negeri Penggal Ketiga kali ke-12 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Cadangan penubuhan sekolah untuk gadis mengandung yang diumumkan oleh Mohd. Ali baru-baru ini tidak mendapat sokongan pelbagai pihak kerana menyifatkannya sebagai tiada keperluan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula menyifatkan ia suatu idea yang pelik dan tidak sesuai dilaksanakan.
Tambah Mohd. Ali, sekiranya sekolah pelajar hamil itu berjaya ditubuhkan, ia diharap mampu membantu golongan terbabit mengharungi kehidupan sepanjang tempoh mengandung.
''Tiada salahnya jika sekolah ini diwujudkan kerana ia bertujuan baik dan digalakkan oleh semua agama termasuk Islam, apatah lagi cadangan itu turut dipersetujui oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM),'' katanya,
by Hisyamuddin Che AliPresiden PAS: ‘Mufti Perak hanya orang kecil, saya tak mahu layan’ , at 29.7.10,
KUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.
“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.
“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.
“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.
“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.
Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.
“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.
“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.
“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.
Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
The Malaysian Insider
Anggap BN melampau: Rakyat teraniaya dengan kenaikan harga barang! , at 29.7.10,
Azizan dan Saiful...sama saja.... , at 29.7.10,
Rakyat juga tidak pernah lupa semasa kes liwat Anwar dijalankan,tiba-tiba kita terima maklumat dari Alor Gajah, Melaka memberitahu bahawa saksi utama kes tuduhan liwat ke atas Anwar, Azizan Abu Bakar, ditangkap khalwat bersama pasangannya pada 15 September 1999.
Azizan Abu Bakar telah ditangkap di rumahnya kerana bersekedudukan dengan seorang gadis berusia 22 tahun berasal dari Kangar oleh oleh Imam II Alor Gajah.
Kini Saiful yang juga saksi utama kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim juga gempar dengan skandal bersama tunang dan pendakwarayanya. Baca di sini.
"..Mereka merancang..Allah juga merancang...tetapi Allah juga sebaik-baik perancang...."

Tetapi umno akan terus memfitnah Anwar termasuk raja sesumpah haram jadah senatak Ezam yang dalam siri ceramah terbaru "Selamatkan Selangor" menuduh Anwar bukan sahaja peliwat politik tetapi adalah seorang PELIWAT.
Mungkin Ezam pernah kena liwat dengan Anwar agaknya..he..he..sebab itu dia tahu Anwar memang seorang peliwat..
Anwar yang kini berusia 62 tahun, maknanya beliau seorang warga emas, jika dilihat liku-liku perjuangan yang terpaksa ditempuhi demi untuk menegakkan keadilan, ternyata beliau seorang yang cukup tabah dan sememangnya Anwar harus dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru..InsyaAllah...Takbir..
Amizudin Ahmat (Din Binjai)




