Ikuti Blog ini

Master Lancar Jentera Pemuda Pas PRK N45 Dun Galas

Master Husam Musa , telah melancarkan jentera pemuda Pas bagi PRK Dun galas petang tadi di pusat khidmat masyarakat ADUN Galas, ketua pemuda Pas pusat dan Negeri hadir sama serta pimpinan2 Pas kawasan Lu Musang, oh ! ya aku tabik spring kat Cikgu Bard AMK awal sudah tunjuk sokongan, yeahh ! bravo, go cikgu bard go….

SONY DSCDatuk Husam Exco Kelantan

SONY DSC Ketua pemuda Pas pusatpemudagalas8 Ketua pemuda Pas Negeri Kelantan

pemudagalas5 Chegu Bard AMK

DSC06716 sebahagian jentera pemuda PRK N45 Dun Galas

SONY DSCpemuda pemuda

DSC06692barisan pimpinan pemuda bersama Yb Husam.

Adat pertandingan, tak kira siapa yang jadi musuh Pas, GURKHA ke, KULI ke, Ku Li ke, lawan tetap lawan. sumber

Segala Kezaliman BN akan di tentang habis-habisan

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/kam1691(a)-jubli1.JPG

KEMAMAN - PAS berikrar akan terus menentang sebarang bentuk penindasan dan kezaliman Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun, penentangan dan perbalahan PAS-Umno/BN itu bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi perbezaan dasar dan perjuangan.

Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Terengganu, Dato’ Abu Bakar Chik berkata kedatangan Islam di dunia ini adalah bagi menyelesaikan segala masalah dan kekusutan umat.

“Apa pun kezaliman yang dibuat terhadap PAS dan penindasan terhadap negeri Terengganu suatu ketika dahulu dengan ‘rampasan’ royalti minyak.

“Kezaliman mereka (BN) terhadap kerajaan PAS Kelantan dan Kedah, penindasan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang. PAS akan bangkit menentangnya. Insya’Allah, rakyat akan bersama kita (PAS) dalam pilihan raya akan datang,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman di Pekan Kemasek, Kemaman pada 8 Oktober lalu.

Menurutnya, PAS bekerjasama dengan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mendakwa Umno dan Barisan Nasional telah bertindak zalim dengan ‘merogol’ dan ‘merampas’ kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Justeru itu, katanya kezaliman yang dilakukan oleh Umno-BN terhadap PAS dan Pakatan Rakyat akan ditentang sepanjang masa.

“Kita (PAS) bercakap soal sambutan Jubli Emas adalah soal perjuangan. Perayaan itu adalah keceriaan dalam berorganisasi.

“Penegasan kita (PAS) soal Barisan Nasional (BN) dan bukan kerana kita (PAS) semata-mata hendak memusuhi parti (Umno-BN) ini. -BO

“Kita (PAS) berbalah dengan Umno-BN bukan kerana permusuhan kemanusiaan tetapi kerana dasar dan perjuangan,” ujarnya.

Ustaz Abu Bakar menegaskan bagi melaksanakan dasar Islam yang diperjuangkan itu PAS menyertai pilihan raya kerana dibenarkan oleh agama.
“Bagi melaksanakan dasar Islam itu kita (PAS) menyertai pilihan raya yang dibenarkan oleh agama kita (Islam).

“Pilihan raya ini ada prinsipnya, kita (PAS) menyertainya di atas dasar kita (PAS) memberikan kepada rakyat peluang menyokong kita (PAS) secara massa. Ini (pilihan raya) mendekati konsep syura dalam Islam yang mengambil suara rakyat,” jelasnya.

Najib sekalipun calon, PAS tetap lawan-Presiden PAS

SHAH ALAM, 9 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika Datuk Seri Najib sekalipun menjadi calon Umno di Galas, PAS tetap akan bertanding.

Ianya kerana PAS telah menetapkan pendirian untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil tersebut yang dijadual 4 November ini.

"Kita akan melawan siapa sahaja, kalau Datuk Seri Najib yang bertanding sekalipun kita akan lawan.

"Kita sudah buat keputusan untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan petugas media berhubung respon Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) hari ini.

Ku Li pagi tadi menjelaskan beliau menerima tawaran sebagai Pengarah Pilihan Raya Galas, namun berhubung calon, beliau belum boleh memberi keputusan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu menyentuh soal calon Umno kerana itu hak mereka.

Namun bagi PAS beliau berkata, parti itu mengambil kira semua aspek dalam menentukan keberkesanan kempen pada pilihan raya itu nanti.

Ianya termasuk soal isu yang akan dibangkitkan yang dijangka sedikit berbeza dari PRK Manek Urai lalu memandangkan Galas lebih dekat dengan kawasan pekan.

"Dalam isu tempatan sudah tentulah berubah, masyarakatnya berbeza.

"Di Galas ada org asal, Tiong Hua, oleh sebab itu pendekatan, kita ambil kira.

Ditanya soal calon PAS, beliau memberitahu sedang menunggu mesyuarat PAS Kelantan yang akan memutuskannya dalam masa terdekat.

"Kita menunggu mesyuarat PAS Kelantan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan Briged Dewan Muslimat PAS (Briged Muslimat) di sini.

Ku Li Mampu "Mengalas" Atau "Menggalas"?

Ku Li Dilantik Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas

SEPANG: Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menerima pelantikan sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata ia merupakan tanggungjawab sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, persoalan sama ada dilantik sebagai calon tidak timbul kerana beliau perlu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta bermesyuarat mengenai perkara itu Isnin depan.

"Kita belum mengadakan mesyuarat pun. Kita bincang tadi, mungkin saya akan jumpa Perdana Menteri pada hari Isnin depan.

"Selepas itu, kita akan mengadakan mesyuarat, dan selepas mesyuarat, kitaakan mengadakan sidang media, memaklumkan apa yang kita bincangkan dalam mesyuarat itu," katanya kepada pemberita sebaik tiba dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhir bulan lepas, kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu.

Pada Jumaat, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional.

Mengenai dakwaan Pas bahawa cadangan menamakan beliau sebagai calon BN padapilihan raya kecil itu adalah tidak wajar selain merendahkan darjatnya, Ku Li berkata beliau menghormati pandangan parti pembangkang itu.

Bagaimanapun, katanya, pandangan Umno juga perlu dihormati parti pembangkang berkenaan.

Berhubung cubaan Pas memutarbelitkan isu royalti minyak, Ku Li berkata ia adalah isu nasional dan perkara itu tidak boleh ditimbulkan kerana kerajaan Pas telah membawanya ke mahkamah.

Katanya, tindakan membincangkan perkara itu adalah "sub judice" kerana kes tersebut belum didengar oleh mahkamah.

Berhubung keyakinan Pas bahawa mereka akan terus menguasai kerusi DUN Galas itu, Ku Li berkata, "Kita tengoklah pada 4 November nanti". - BERNAMA

GB tertarik kepada kain rentang UMNO BN yang menyambut kepulangan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, awal pagi tadi.

Ayatnya berbunyi: KU LI MAMPU MENGALAS

Perkataan "mengalas" datang dari akar kata "alas" yang bermakna tempat untuk diletakkan sesuatu di atasnya atau tempat untuk dipijak seperti "alas kaki".

Manakala yang sebetulnya atau sepatutnya "menggalas" yang terbit dari pertaaan "galas" itu "memikul", "membahu" - di dalam konteks sekarang "memikul tanggungjawab"

Daripada dua itu, UMNO lebih suka Ku Li mampu "mengalas" daripada "menggalas" ertinya Ku Li mampu dijadikan tempat untuk dipijak bukan untuk "memikul tanggungjawab".

Nak perjuangkan bangsa sedang bahasanya pun masih bercelaru. Tetapi yang nyata memang UMNO jadikan Ku Li sebagai "alas kaki", maka lantarannya dikatakan Ku Li mampu mengalas, bukan menggalas...-GB

Pilihanraya Kecil Parlimen ke 13

Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah
meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu.


KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu. Beliau berusia 54 tahun.

Mendiang dipercayai menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki 750 di jalan Sembulan-Tanjung Aru apabila bertembung Mercedez kira-kira 11.40 pagi Sabtu.

Mayat mendiang dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, di sini.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkahwin dengan Linda Tsen Thau Lin dan meninggalkan empat anak.

Jurutera perunding itu merupakan bendahari parti dan Pengerusi bahagian Elopura.

Chong menjadi Ahli Parlimen setelah memenangi kerusi Batu Sapi pada pilihan raya umum 2004.

DAP Anti Islam; Satu Fitnah dan Dusta - Lim Kit Siang



Sekiranya Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu anti Islam, tentulah semua ahli dan pimpinan DAP telah dimasukkan ke dalam penjara kerana Islam adalah agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata sekiranya DAP anti Islam, Dato' Seri Hishamudin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri mestilah mengambil tindakan.

"Kalau DAP anti Islam, kita semua sudah masuk dalam penjara, oleh kerana Islam agama rasmi (dalam perlembagaan), (Dato' Seri) Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri perlu mengambil tindakan, tetapi kita tahu ia (DAP anti Islam) tidak benar,

"tetapi dia (Hishamuddin) benarkan Umno Besut mengadakan ceramah yang begitu tidak bertanggungjawab,"jelasnya.

Lim berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam dan Dailog Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat yang diadakan disebuah hotel disini semalam 8 Oktober.

Menurutnya sikap Hishamuddin membenarkan ceramah itu diadakan menunjukkan beliau bukan seorang yang mempunyai prinsip

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Umno begitu terdesak sehingga sanggup menggunakan isu perkauaman dan isu sensitif.

Katanya, politik perkauaman dan sensitif yang diamalkan oleh Umno adalah satu politik merbahaya yang boleh mnganggu gugat keharmornian hidup rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

"Dan, ini adalah cara politik yang berbahaya, satu politik terdesak (desperado), Umno begitu terdesak sehingga rela untuk merosakkan keharmonian negara kita,

"ini (DAP anti Islam) tidak benar, ini satu fitnah dan dusta,"tegasnya. -BO

Rumah Kediaman Pemimpin Gerakan Islam....!!!

Pemandangan Bilik Tidur Anak PM Paletin (Hamas)Ruang tamu Rumah PM Palestin ( Hamas )Ruang Makan Rumah PM palestin (Hamas)Rumah TG Mursyidul Am PAS
Rumah Tuan Guru Presiden PAS...

Terbongkar, Rupanya Ada Si Ketua UMNO Yang Tergamak Menyamar Sebagai ' Warga Emas' Semata-Mata Untuk Jatuhkan Imej Lim Guan Eng

Susulan insiden pemulangan semula wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada warga emas baru-baru ini, maka hebohlah puak-puak UMNO menjaja kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (foto), itu telah menipu warga emas terutamanya yang beragama Islam.

Malah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri dan ADUN Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim juga menyifatkan tindakan itu jelas sekali menipu warga emas yang serba kekurangan itu. "Mereka orang kampung, ibu-ibu bapak-bapak... mereka sembahyang, mereka mengaji, mereka bukan orang jahat, mereka orang baik-baik tetapi mereka ini agak kurang mendapat rezeki daripada Allah SWT, kekurangan itu maka digunakan kesempatan ini untuk menipu mereka", katanya.

Beliau kononnya bangkit sebagai pembela kepada warga emas terbabit yang kecewa dengan status wang tersebut. Malah beliau mengatakan kononnya warga emas sendiri mahu mengadakan majlis untuk memulangkan wang tersebut kepada UMNO untuk diserahkan kepada Kerajaan Negeri. Dalam majlis itu seramai 40 warga emas dari Penaga, Kepala Batas telah bertindak memulangkan wang yang dipercayai haram hasil sumbangan Kelab Lumba Kuda untuk program membasmi miskin tegar di negeri itu.

Biarpun Lim Guan Eng sudah menjelaskan bahawa wang sumbangan tersebut adalah dari hasil kerajaan negeri sendiri, namun mereka tetap tidak dapat menerima kenyataan tersebut kerana termakan dakyah puak UMNO. Maka disiarkan secara eksklusif oleh media arus perdana.

Ketua UMNO Tergamak Berlakon Jadi Warga Emas

Maka, selepas itu pemulangan wang diikuti pula oleh warga emas Bayan Baru dan semalam diikuti pula oleh warga emas dari Balik Pulau. Makanya hebohlah orang memperkatakan serta kecewa dengan tindakan Lim Guan Eng itu. Biarpun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah memberi penjelasan demi penjelasan, anehnya puak-puak UMNO masih terus mahu menjadi juara isu ini.

Hilang isu doa khutbah untuk Lim Guang Eng, kini timbul pula isu panas ini. Pendek kata UMNO amat berharap agar isu seperti ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP itu. Malah, akan melunturkan sokongan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat di seluruh negara atas apa yang berlaku di negeri itu.

Namun, akhirnya mungkin sudah suratan takdir UMNO terpaksa menerima hakikat bahawa majlis yang diadakan itu adalah tajaan UMNO Pulau Pinang sendiri sebenarnya. Malah, bukti jelas berjaya dibongkarkan yang terdapat seorang Ketua UMNO Bahagian tergamak menyamar sebagai warga emas pada hari berkenaan. Beliau ialah Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir (foto).

Sungguh melucukan melihat adengan beliau sanggup berlakon sebagai warga emas untuk diambil gambar oleh media, kemudian dilihat semula duduk semula di sebelah Datuk Azhar ketika sidang media. Dengan bukti ini, maka sahlah isu "wang haram" yang dimainkan oleh puak-puak UMNO ini hanyalah ciptaan mereka.


Bukti, wajah Si Ketua UMNO yang sanggup jadi pelakon tambahan itu

Lagi bukti, wajah sebenar pelakon tambahan yang tidak tahu malu itu

Jika seorang Ketua Bahagian sanggup jadi "pelakon tambahan warga emas" seperti itu, maka apatah lagi dengan ahli-ahli biasa sebenarnya. Makanya, kemungkinan besar 40 warga emas yang dikatakan memulangkan wang tersebut adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO sekitar DUN Penaga dan ditempat lain itu sebenarnya.

Maka itulah kita tidak hairan mereka memulangkan wang RM100 ke dalam tabung yang disediakan oleh UMNO, kerana kemungkinan besar mereka ada perjanjian akan diberikan wang lain sebagai ganti "aksi lakonan mereka" pada majlis itu. Pendedahan ini sungguh menjijikkan sebenarnya. Sungguh kita tidak sangka seorang Ketua UMNO sanggup berlakon sebagai warga emas semata-mata untuk mencari publisiti murahan. Apalah nak jadi dengan puak-puak UMNO ini agaknya.

Mereka sudah terlalu kemaruk untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng. Malah mereka tidak mahu Lim dipandang popular oleh dasar-dasarnya yang banyak membela dan menjaga kebajikan rakyat. Maka itulah kita tidak hairan, dicari jalan sedaya upaya untuk menjatuhkan imej dan maruah Lim Guang Eng. Apapun, kini sudah terbukti bahawa adengan tersebut hanyalah lakonan dan sandiwara semata-mata. Maknanya, sia-sia sahaja adengan mereka selepas ini susulan daripada pendedahan yang dibuat ini.
Bukti video, sila perhatikan betul-betul kelibat pelakon warga emas itu

[Inilah akibaynya, cuba menyamar tapi tidak kena pada tempatnya. Akhirnya berjaya juga dibongkarkan secara eksklusif begini. Akhirnya siapa yang mendapat malu?. UMNO Pulau Pinang juga yang mendapat malu sebenarnya. Patutlah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hanya memberikan reaksi ‘Biarkan Umno terjun dengan labu-labunya’ apabila beliau ditanya tentang isu ini oleh wartawan.

Malah, Lim juga meminta kepada mana-mana warga emas yang ingin memulangkan wang itu supaya tidak memberikan kepada wakil rakyat atau wakil dari UMNO. Ini kerana perbuatan tersebut bakal mengundang UMNO yang akan mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah berdasarkan sejarah parti itu yang didakwanya tidak amanah.

Maknanya, wang tersebut sudah pasti akan dibayar kepada pelakon tambahan seperti Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam itu agaknya. Tambah memalukan, siasatan kami mendapati beliau juga pernah bergelar Senator Dewan Negara satu ketika dulu dan bersaudara dengan Kadir Sheikh Fadzir bekas Menteri Penerangan. Soalnya, apakah ini sikap seroang Senator?. Moga berakhirlah sandiwara ciptaan UMNO ini]. -PahangDaily

Maka, Tergoleklah "Lembu-lembu" Itu Disembelih Tangan Sultan Sendiri


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V, berkenan untuk mengagihkan daging sembelihan 99 ekor lembu kepada orang miskin di seluruh negeri ini, sempena Hari Keputeraan baginda ke-41 pada 6 Oktober lalu.

Biarlah gambar-gambar ini berbicara sendiri:
dari : Topeng Perak





Kes Sosilawati DiPerbesarkan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita35/IMG_9501.JPG- Untuk Menutup Kes Pimpinan Umno Bunuh Diri
KUALA TERENGGANU
- Kes pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Sosilawati diperbesarkan oleh media masa dengan tujuan untuk menutup berita berkenaan pimpinan Umno yang bunuh diri.

Menteri Besar Pakatan Rakyat negeri Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD) Batu Burok di sebuah hotel di sini.

(Gambar - Dato' Wan Mutalib menyambut ketibaan Dato' Seri Nizar ke Majlis Makan Malam anjuran MTD Batu Burok)

Menurutnya sekiranyanya berita pemimpin Umno itu disebarkan, nescaya ramai ahli Umno akan keluar parti

Sementara itu, lebih 700 orang hadir ke Majlis Makan Malam anjuran MTD Batu Burok.

Sebaik tamat majlis makan malam, seluruh pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir meneruskan program dengan satu ceramah mega yang diadakan di dataran PAS Kualai Ibai, hadapan Pusat khidmat DUN Batu Burok

Nizar mengulangi dakwaan beliau yang berkaitan kes pembunuhan Sosilawati yang sengaja diperbesar-besarkan.

Dengar ceramah Nizar di Batu Burok melalui Buletinonline Radio

Galas : Kelate kito


Sepintas Lalu Analisis PRK Dun Galas


Kalau di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad ‘dipanggil semula’ oleh BN bagi memenangi Dun Bagan Pinang, diletakkan sebagai calon heavyweight setelah mengambil kira faktor diterima ramai, berpengaruh, anak jati Negeri Sembilan ataupun calon tempatan dan banyak lagi, nampaknya situasi tersebut seakan-akan mempunyai persamaan dengan PRK Dun Galas kali ini.

Kali ini ketokohan dan wibawa Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li) pula ditagih setelah BN merasakan kemampuan beliau untuk memenangi sekaligus merampas semula kerusi Dun Galas dari PAS. Bukanlah perkara biasa bila mana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terus mencadangkan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, yang kebiasaannya digalas oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri mewakili ‘orang kuat’ BN selepas Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan fakta lepas, Tengku Razaleigh Hamzah, yang sekian lama menguasai Parlimen Gua Musang, pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan sebelum ini, namun dikatakan beliau tidak pernah mencalonkan dirinya untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negeri

Sedangkan mengikut sifir mudahnya, semasa beliau memegang jawatan tersebut, boleh sahaja beliau mencalonkan dirinya bagi bertanding mana-mana pilihan raya disebabkan beliau ‘berkuasa’ sewaktu itu Pengerusi Perhubungan Negeri, namun beliau tidak berbuat demikian.

Namun sehingga kini Ku Li sendiri tidak mengesahkan samada beliau menerima kedua-dua tawaran tersebut. Beliau hanya akan membuat pengumuman 9 Oktober ini di KLIA sebaik sahaja sampai dari luar negara.

Setakat ini, Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Mansor berkata, Ku Li telah menerima tawaran sebagai pengarah pilihan raya itu. Namun, hanya Ku Li sendiri yang mampu membuat pengesahan berkaitan hal tersebut. Semua mata, telinga dan lensa kamera wartawan pastinya tertumpu kepada apa sahaja yang mahu Ku Li nyatakan di saat ketibaannya nanti.

Pastinya Ku Li mampu membuat bacaan politik sendiri dan membuat keputusan tepat, berdasarkan pengalaman luasnya dalam gelanggang politik negara, termasuklah beliau pernah bertanding mencabar Tun Dr. Mahathir pada ketika itu untuk bertanding sebagai Presiden Umno dan beliau hanya tewas tipis. Beliau juga pernah menjadi Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Ku Li juga pernah menjadi nadi utama Parti Melayu Semangat 46 (PMS46), yang berjaya mengembelengkan kekuatan pembangkang Melayu / Islam membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama PAS-Berjasa-Hamim-Kimma, yang mana telah berjaya merampas Kelantan dari Umno pada tahun 1990, seterusnya membentuk Gagasan Rakyat dengan kerjasama DAP-IPF-PRM-PBS.

Beliau pernah juga menjadi tokoh utama berpengaruh yang menjadi antara faktor dalam usaha menyakinkan PBS parti komponen BN yang memerintah negeri Sabah ketika itu keluar BN beberapa hari menjelang pilihanraya umum pada tahun 1990 untuk bersama dengan Gagasan Rakyat, yang ternyata memberikan kejutan yang besar kepada BN. Kegagalan pembangkang terutama PMS46 di Pulau Pinang dan lain-lain negeri adalah disebabkan serangan saat-saat akhir terhadap Ku Li oleh media BN yang gagal ditangkis baik oleh pembangkang.

Tetapi natijahnya cukup memberangsangkan di seluruh negara walaupun tidak berjaya sepenuhnya. Selain negeri Sabah yang berada dalam genggaman pembangkang, pembangkang (APU) berjaya mencipta yang rekod yang tidak pernah dicipta dari dulu hingga sekarang, yakni menyapu bersih semua kerusi di Kelantan dengan APU memenangi 39 kerusi,dan BN tewas di semua kerusi. Jadi, kemampuan beliau sudah teruji dan terbukti di gelanggang politik negara bukan hanya sekadar omongan kosong. Ternyata kini BN sangat-sangat memerlukan pengaruh dan kredibiliti yang dimiliki Ku Li bagi menawan kembali Dun Galas.

Mengikut perkiraan, kemungkinan Ku Li akan menerima lantikan sebagai Pengarah Pilihan Raya memandangkan beliau sendiri adalah Ketua Bahagian Umno Gua Musang, lebih-lebih lagi beliau merupakan tokoh politik yang berprinsip dan ada hujahnya yang tersendiri.

Beliau dilihat masih setia kepada Umno cuma tindakannya sesekali mungkin dilihat membelakangkan parti contohnya dalam isu royalti minyak namun beliau perjuangkan demi hak rakyat Kelantan sendiri. Beliau berjuang untuk rakyat, demi kebenaran beliau sanggup ketepikan parti sendiri. Beliau juga kekadang dilihat tidak sehaluan disebabkan beliau mempunyai pandang sisi yang berbeza dengan pucuk pimpinan parti, namun teguran dan kritikan yang dibuatnya, ianya demi kebaikan parti, dan memberi pandangannya sebagai tokoh veteran parti.

Cuma untuk menerima sebagai calon, berdasarkan fakta lepas, berkemungkinan beliau lebih senang ianya diberikan kepada orang lain. Kemungkinan Ku Li meletakkan calon pilihannya adalah lebih berkemungkinan besar, berbanding beliau sendiri yang menjadi calon.

Berasaskan fakta PRK kali ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

Melihat kepada jentera pula, setakat hari ini, percaturan strategi telah pun bermula. Di pihak kem masing-masing sudah merencana percaturan yang terbaik. Di pihak PAS telah melantik Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya ini. Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Penasihat manakala Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun sebagai Ketua Operasinya.

Di pihak Barisan Nasional (BN) pula, seperti yang dinyatakan tadi, Umno melantik Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Ku Li sendiri sebagai pengarah pilihan raya, satu taktikal luar biasa yang tidak pernah dibuat oleh jentera BN sebelum ini. Ini kerana, menjadi kebiasaan bagi BN melantik Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sebagai pengarah. Kemungkinan ada faktor-faktor mendesak dan strategi-strategi tertentu di pihak BN sendiri.

Melihat kepada calon PRK kali ini pula, dapat dilihat Setiausaha Umno bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusof, 49, adalah antara nama yang disebut-sebut sebagai bakal calon BN dalam pilihan raya kecil bagi kerusi dewan undangan negeri Kelantan Dun Galas ini.

Satu lagi nama yang disebut-sebut juga ialah Naib Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Zamzani Harun, 39. Namun, ada beberapa nama lagi atau tokoh Umno Gua Musang yang boleh diketengahkan untuk jadi calon. Salah seorangnya ialah Ketua Pemuda, Bazlan Baharuddin. Beliau juga dikenali orang kuat menyokong Ku Li. Bazlan ini juga pernah membuat kenyataan agar menolak Ibrahim Ali kalau bekas ahli Umno itu mahu diterima semula ke dalam Umno.

Selain Bazlan, Ketua Wanita, Wan Huzani Wan Md Noor, juga berminat untuk menjadi calon. Tetapi Wan Huzani dikatakan tidak mungkin akan dipilih kalau pengarahnya ialah Ku Li. Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed juga sudah membayangkan soal calon akan ditentukan oleh pengarah pilihan raya bersama Pengerusi BN.

Sudah tentu jika Ku Li menjadi pengarah, sudah tentu beliau akan memilih orang kepercayaannya di bahagian iaitu Setiausaha Umno bahagian Gua Musang sekarang ini. Inilah beberapa nama yang disebut dan kemungkinan akan diturunkan Umno jika calon BN selain dirinya sendiri.

Di pihak Pas pula ada dua nama setakat ini menjadi sebut sebutan, Hussein Embong iaitu pegawai Halaqah Gua Musang dan Dr Zulkifli Mohamad. Zulkifli merupakan calon Pas dalam dua pilihanraya 2004 dan 2008. Beliau pernah bertanding di kerusi Parlimen Gua Musang, kedua-dua kalah kepada Ku Li.

Dalam pilihan raya umum 2004 beliau kalah dengan kekurangan undi sebanyak 6,598. Manakala dalam PRU 2008 sekali kalah dengan kekurangan undi 4,394. Kekalahan itu bagaimana pun tidak boleh dijadikan ukuran. Pilihan raya Dun dan Parlimen berbeza. Lagipun yang ditentang Dr Zulkifli itu ialah Ku Li yang banyak jasanya selama ini kepada penduduk Gua Musang.

Sama ada Hussein atau Dr Zulkifli mereka ini juga dikatakan disenangi penduduk Galas. Bukan saja Melayu tetapi orang Cina dan Orang Asli juga senang mendekati mereka. Apa lagi Zulkifli yang mempunyai klinik di Gua Musang menyebabkan beliau dikenali ramai dan khidmatnya juga menjadi sebutan. Yang pastinya calon yang ingin diketengahkan nanti, pastinya yang tidak merokok. Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah memberi tahu awal-awal kriteria calonnya mereka mestilah yang tidak merokok.

Tidak kiralah siapa pun calon yang diputuskan parti-parti yang akan bertanding nanti, namun diharapkan perjalanan PRK kali ini berjalan lancar. Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, akan diadakan di Bilik Gerakan dan pejabat Tanah Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November. Sama-samalah kita nantikannya.

Dengan peruntukan kira-kira sebanyak RM1.3 juta bagi menjalankan pilihan raya kecil ini berikutan kawasannya yang luas dan melibatkan empat pusat mengundi yang perlu menggunakan perkhidmatan helikopter, diharapkan ianya bukanlah sesuatu yang dilihat membazir wang rakyat, tetapi ianya berbaloi dengan rakyat Galas mendapat wakil rakyat yang baru untuk membela nasib penduduknya.

Cuma apabila keputusan SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi pada hari bekerja, penamaan calon pada hari Selasa, manakala hari pembungan undi pada hari Khamis, ianya amat mengecewakan, di sebalik kempen SPR sebelum ini untuk rakyat menunaikan tanggungjawab mereka dengan turun mengundi.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, pengundi di Galas ini, terdiri dari yang berumur 21 tahun, termasuklah yang lebih 100 tahun, di mana dikatakan yang paling tua berumur 111 tahun. Itu yang menariknya fakta-fakta PRK Galas kali ini. Jangan ada individu yang sudah mati, namanya turut ditanda sebagai individu yang turut turun mengundi juga cukuplah.

Faktor kawasan tersebut sememangnya kubu kuat BN sebelum dirampas Pas pada PRU lepas dengan majoriti kecil, namun BN masih dihantui dengan janji-janji mereka yang tidak tertunai ketika di Manik Urai. Terdapat 1,889 pengundi Orang Asli daripada sejumlah 11,553 pemilih berdaftar di Galas juga, mungkin menjadi undi penentu PRK kali ini.

Dengan perkembangan Pas yang diperkuatkan dengan jentera DHPP dari kaum bukan Melayu, dengan orang asli juga menawarkan jentera mereka sendiri, isu-isu tempatan seperti royalti minyak, isu-isu nasional, dan faktor Ku Li sendiri, menjadikan PRK Galas ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Namun, biarlah kepentingan rakyat terus diperjuangkan, demi kesejahteraan keseluruhan rakyat jelata agar kehidupan mereka terus terbela, tanpa dibayangi kepentingan politik mana-mana pihak.
Muhamad Faris Mohd Zaini Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)

SPR Tidak Hormat DUN & Sultan Kelantan

Galas: SPR Jawab TG Nik Aziz Isu Tarikh Mengundi

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendakwa suruhanjaya itu bersifat pilih kasih dan tidak sensitif apabila menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangn Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penetapan tarikh penamaan calon ataupun pembuangan undi.

Jelas beliau, keupayaan pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam DUN Galas merupakan keutamaan utama yang diberi perhatian oleh SPR.

"Perkara yang paling penting ialah sama ada tarikh yang dipilih itu bersesuaian serta tidak menyusahkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekesalan Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berhubung pemilihan tarikh mengundi yang bertembung dengan persidangan DUN negeri yang bermula 1 November depan.

Malah Mursyidul Am PAS itu menganggap SPR tidak menghormati sidang DUN dan seolah-olah sengaja memberi kelebihan kepada Umno.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, dakwaan bahawa SPR hanya mengambil kira tarikh yang bersesuaian dengan Umno iaitu selepas Perhimpunan Agung yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini adalah tidak benar.

Sebaliknya beliau menegaskan bahawa SPR juga pernah mengambil kira tarikh berlangsungnya Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan pada 2008 iaitu semasa berlakunya kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

"Ini masalahnya... mereka mudah lupa perkara yang SPR lakukan yang berpihak kepada mereka. Sebaliknya mereka akan tuduh kita macam-macam kalau ia berpihak kepada parti lain.

"Kita pernah ambil kira mengenai Muktamar PAS ketika itu, dan kali ini kebetulan Umno mengadakan perhimpunan agung mereka, jadi ia turut diambil kira oleh SPR," katanya.

Selain itu Wan Ahmad berkata, soal tidak menghormati sidang DUN tidak timbul kerana ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

"Sidang DUN bukan melibatkan semua pemimpin PAS, ada ramai lagi jentera mereka yang boleh menjalankan aktiviti berkempen.

"Malah kebanyakan aktiviti ceramah diadakan pada waktu malam, jadi mereka yang terlibat dengan sidang DUN boleh mengambil tempat untuk berkempen di waktu malam," katanya. -mstar


Tidak seperti selazimnya, pengumuman tarikh pilihanraya atau plihanraya kecil biasanya diumumkan oleh Pengerusinya sendiri iaitu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Tetapi kali ini ia diumumkan oleh Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, seorang anak Kelantan.

Mengenai tarikh mengundi bagi PRK Galas yang jatuh pada 4 November memamng ketara terlalu berpihak kepada UMNO BN. Terlebih lagi ianya dilakukan sewaktu DUN Kelantan sedang bersidang.

Jawapan Datuk Wan Ahmad mudah, ia hanya melibatkan beberapa pemimpin parti itu.

Persoalan kini DUN Kelantan tidak dihormati sebagai sebuah insitusi penting di dalam sebuah kerajaan negeri, dalam konteks ini kerajaan Kelantan.

Wan Ahmad dilihat cuba memusingkan fakta dan mengelirukan rakyat.

Sebarang persidangan DUN dirasmikan oleh Sultan sesebuah negeri, dan sebarang ganggu-gugat perjalan persidangan itu sebenarnya tidak menghormati malah mencemari Sultan di negeri berkenaan.

Ia bukan persoalan ramai atau tidak keterlibatan pemimpin yang ada di dalam pilihanraya yang diadakan, tetapi menyangkut persoalan SPR tidak menghormati sebuah institusi yang paling penting di dalam sesebuah negeri selepas institusi raja.

Hairan, seorang penjawat awam boleh bertindak sedemikian rupa semata-mata untuk melaksanakan agendanya bagi memberikan kelebihan kepada UMNO BN supaya menang di dalam PRK berkenaan.

Mungkin sebagai persediaannya untuk cepat menggantikan tempat pengerusi SPR yang akan bersara.

Tetapi, kita yakin, perencanaannya itu akan digagalkan Tuhan Yang Maha Berkuasa.-GB

Solat istikarah TG Nik Aziz jadi penentu calon PAS


GUA MUSANG: Solat istikharah Menteri Besar TG Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi pemutus pemilihan calon PAS untuk pilihanraya kecil Galas.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, terlalu ramai calon yang berkelayakan dan seimbang yang dicadangkan PAS di peringkat akar umbi sebelum diperhalusi oleh pimpinan tertinggi parti itu.

"Mengikut amalan biasa yang dinyatakan oleh bekas Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Yahya Othman, parti itu menerima calon yang mempunyai kriteria tidak pernah melakukan dosa besar, seperti zina dan membunuh serta sanggup meninggalkan dosa-dosa kecil, termasuk merokok," katanya.

Bagaimanpun, beliau menyokong PAS untuk menimbangkan meletakkan Orang Asli sebagai calon pada pilihan raya akan datang termasuk pada pilihan raya kecil Galas.

Katanya, ini semua tidak mustahil boleh terjadi, kerana masyarakat Orang Asli sekarang berbeza dengan sebelum ini kerana mereka kini berpelajaran tinggi dan tidak mudah menerima pandangan orang lain kerana boleh berfikir sendiri,” katanya.

Pemilihan calon, katanya bukan menjadi agenda penting PAS, tetapi lebih besar dari itu untuk menegakkan perjuangan berasaskan prinsip Islam.

Beliau juga yakin Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan menerima jika beliau dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 26 Okt ini dan jika ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 4 November ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kekosongan DUN itu berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46 akibat barah usus pada 27 September lepas.

Umno Besut Mengaku Penceramah Sebut 'Tok Guru Gilo' Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz11kt4SRTU

http://buletinonline.net/images/stories/berita35/drazman.jpgKUALA TERENGGANU - Umno Bahagian Besut yang menganjurkan ceramah bertajuk 'DAP Anti Islam' pada 1 Oktober lalu, mengaku dan mengesahkan penceramahnya menggunakan perkataan 'Tok Guru gilo'

Timbalan Ketua UMMO Bahagian Besut, Nawi Mohamad menyatakan demikian dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar tempatan hari ini, Khamis, 7 Oktober.

Namun begitu, beliau yang juga ADUN Hulu Besut 'berhelah' dengan berkata, perkataan gila yang ditujukan kepada Musyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh penceramah terbabit, bukan merujuk kepada masalah 'mental'.

Mengulas kenyataan Umno Besut, Ketua Penrangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim yang mendengar sendiri ceramah tersebut berkata pengakuan Umno Besut itu membuktikan apa yang beliau dedahkan sebelum ini adalah benar.

Katanya, Umno sama sekali tidak menafikan bahawa penceramahnya ada mengucapkan caci maki tersebut.

"Soal pelbagai jenis 'gilo' yang cuba disenaraikan oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut yang turut berada di atas pentas ceramah pada malam itu, hanyalah sekadar menegakkan 'benang basah' bagi menutup kesilapan dan ketelanjuran Umno menganjurkan ceramah,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau menegaskan, ceramah tersebut adalah satu keterterlanjuran Umno kerana menurutnya, laman web rasmi Umno Besut (www.umno-besut.org) yang sebelum ini giat mempromosikan program ceramah itu, kini telah menghilangkan maklumat berkaitan.

Oleh itu, menurutnya kenyataan Umno Besut tersebut dilihat terpaksa dikeluarkan apabila menerima tekanan akibat pendedahan yang dibuat perbuatan Umno Besut yang biadap dan memalukan.

"laman web rasmi Umno Besut di www.umno-besut.org yang sebelumnya giat mempromosikan program ceramah tersebut, tetapi selepas dari pendedahan acara caci maki biadap yang telah berlaku, semakan saya di laman web tersebut mendapati berita berkenaan ceramah ini telah ditiadakan. Mengapa?,"soal Dr Azman.

Beliau mendedahkan, Umno Besut turut melakukan kesilapan kerana menjemput seorang 'penceramah buangan' di negeri Kelantan yang telah ditarik tauliahnya dan Persatuan yang didakwa sebagai 'Persatuan Pondok-Pondok Seluruh Kelantan' sebenarnya tidak wujud.

"Hakikat(nya) mereka (Umno Besut) tersilap menjemput penceramah buangan Umno Kelantan yang telah ditarik tauliah oleh Majlis Agama Islam Kelantan dari menyampaikan kuliah di masjid-masjid seluruh Kelantan,

"'Persatuan Pondok-Pondok Seluruh Kelantan' yang didakwa oleh Haji Loh (dimana dakwanya) beliau sebagai pengerusi, sebenarnya tidak wujud, yang wujud dan diiktiraf adalah 'Pusat Pembangunan Pondok Berhad'.,"jelas Dr Azman.

Lebih memalukan, katanya, Pondok Genting, Tumpat yang didakwa belaiu adalah Tok Gurunya, sebenarnya tidak mempunyai pelajar atau anak murid, yang ada hanyalah beberapa orang tua yang 'menunggu hari mati'.

Sebanyak dua laporan polis telah dibuat ke atas ceramah tersebut, sebelum dan selepas program Umbo Bahagian Besut itu berlangsung.

DAP Kuala Terengganu membuat laporan di balai polis Kuala Terengganu pada 30 September lalu kerana menurut Pengerusinya, Encik Ng Chai Hing, penganjuran ceramah tersebut merupakan satu fitnah dan pembohongan yang berniat jahat untuk memburuk dan mencemar kredibiliti DAP.

Manakala PAS Kawasan Besut telah membuat satu laporan polis pada 6 Oktober, setelah kata dua yang diberikan kepada Umno Besut, tidak diindahkan

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar telah memberi kata dua kepada Umno Bahagian Besut, samada meminta maaf atas keceluparan penceramah undangan yang menghina Mursyidul Am PAS sebagai 'Tok Guru Gilo' atau menghadapi sebarang tindakan undang-undang.

Justeru, tindakan angkuh Umno tidak mahu memohon maaf, Wan Azhar sendiri telah membuat laporan polis di balai polis daerah Besut.

Walau pun telah dua laporan dibuat, sehingga kini, Buletinonline difahamkan, tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak polis tehadap penganjur ceramah tersebut. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .