Ikuti Blog ini

Ku Li : Najib dijeling,Tok Guru dikenyit.


Ku Li anak raja yang cerdik dan berjiwa besar serta memiliki ciri-ciri negarawan. Berbeza sama sekali dengan Dr Mahathir bagai langit dengan bumi. Lihat kenyataannya tentang PRK Galas. Beliau tidak begitu agresif berkata tentang kemenangan dan kekalahan. Bagi Ku Li , menang kalah Kelantan tetap di perintah PAS. Macam juga "main sorok-sorok" di PRK Galas.

Ku Li syorkan PRK Galas dijalankan dalam suasana santai, kekeluargaan dan riang ria. Iyalah menang kalah Parti Najib tetap jadi pembangkang di DUN Kelantan.

Melihat kepada kenyataan Ku Li ini, tentunya Kerajaan Putrajaya tidak seronok. Mana mungkin kita taburkan puluhan juta RM tiba-tiba Ku Li kata menang kalah, kerajaan negeri tidak berubah. Lebih malang lagi Ku Li tetap sokong Kerajaan Kelantan mengenai isu royalti minyak. Sikap Ku Li inilah yang memeningkan kepala Najib dan Muhyiddin. Mana mungkin orang UMNO berfikiran berlawanan dengan polisi Kerajaan Pusat?

Mungkinkah Ku Li menyedari dan dapat mengesan"muslihat " PMNajib dan TPM Muhyiddin memilihnya jadi Pengarah PRK Galas. Kini tiba masanya Ku Li pulangkan balik "peluru"nya pada Najib dan Muhyiddin.

Ku Li menyedari medan Galas adalah umpama "lubang kubur" yang disediakan untuknya oleh UMNO Pusat. Jika menang, Najib dan Muhyiddin serta UMNO Pusat tumpang semangkuk bangga. Tapi bagi UMNO Pusat, seeloknya biar UMNO tewas di Galas supaya karier Ku Li senang ditalkinkan. Agar Ku Li tidak berpeluang bertanding jawatan Presiden UMNO tahun depan.

PRK Galas sebenarnya adalah "medan peperangan" antara puak Najib bersatu dengan puak Muhyidin bertarung dengan puak Ku Li. Bukannya pertarungan UMNO dan PAS. Sebab itulah Ku Li mahukan pertarungan PAS dengan UMNO( baca: Ku Li) berlawan secara semangat kekeluargaan sahaja. Kerana bagi Ku Li beliau mahu tumpukan fokus terhadap "lawan yang sebenar".

Hakikatnya, Ku Li, Najib dan Muhyiddin punya agenda masing-masing di PRK Galas. Semuanya tidur satu bantal(UMNO) tetapi punya mimpi yang berlainan. Masing-masing berhajat untuk menghunuskan "keris telanjang" sesama sendiri!

http://tokpepijat.blogspot.com/

Pemimpin UMNO Titiwangsa: Kita Tak Perlu Undi Cina Dan Undi India

Chua: Ada pemimpin Umno "tak berapa cerdas"

Rakaman video di internet yang memaparkan seorang pemimpin bahagian Umno yang membuat ucapan bahawa partinya tidak memerlukan sokongan Cina dan India dijangka tidak akan menjejaskan sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya kecil di Galas, kata presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Katanya, pemimpin seumpama itu tidak mencerminkan pandangan pemimpin atasan Umno.

“Jika kita mahu jawapan yang jelas, tanya perdana menteri. Perdana Menteri dengan jelas mempromosikan polisi 1Malaysia untuk setiap kaum. Ini amat jelas, katanya kepada wartawan di pekan Gua Musang hari ini.

Chua berkata MCA tidak akan menyokong pemimpin akar umbi seumpama itu dan malah akan mencadangkan kepada pemimpin Umno agar mereka tidak dikemukakan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, pemimpin Umno itu gagal bertindak atas semangat BN bagi menjaga kepentingan semua kaum.

“Ini (klip vedeo) memberitahu kita bahawa ada pemimpin akar umbi Umno yang tidak berapa cerdas dari segi politik. Mereka ini kurang bijak. Kita akan laporkan kepada perdana menteri.

“Mereka tidak sepatutnya keluar. Kita akan ikuti kes ini. Mereka tidak tidak mewakili BN dan sepatutnya bersara dan pulang,”
kata Chua.

Chua mengulas klip video yang memaparkan ucapan ketua Umno bahagian Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani di Pusat Dagangan Dunia Putra pada tarikh yang tidak disebut.

Menurut Johari, bagi membolehkan Umno menawan semula kerusi parlimen Titiwangsa, mereka memerlukan sokongan 70 peratus undi Melayu di sana.

“Tuan-tuan, jika kita dapat 70 peratus daripada 32,000 undi Melayu, maka kita tidak lagi perlu undi Cina dan India,” kata Johari sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di majlis itu.

Ketika berita ini ditulis, video yang dimuat-naik di Youtube itu telah menarik minat 50,000 orang menontonnya dengan 600 komen yang kebanyakan mereka membidas Johari.





Orang Asli Pakai Baju Tulis 'Adik Sayang Tok Guru'



alhamdulillah..

takbir!

hancur umno dengan gerombolanya

Jeyakumar Saman Kerajaan BN



KUALA LUMPUR, 28 Okt - Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan melaksanakan saman secara berkumpulan (Class Action Suit) terhadap Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Tindakan saman itu dibuat berikutan kegagalan kerajaan persekutuan Barisan Nasional menyalurkan peruntukan tahunan berjumlah RM1 juta kepada setiap 74 ahli parlimen pembangkang sejak tiga tahun lalu.

Ahli Parlimen PSM Sungai Siput, Dr D Jeyakumar berkata, beliau masih belum menerima peruntukan terbabit sejak memenangi pilihanraya kawasan parlimen Sungai Siput menewaskan presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu 2008 lalu.

Dalam saman yang dikemukakan esok, Jeyakumar mahu Mahkamah Tinggi membuat penghakiman bahawa kerajaan persekutuan Barisan Nasional mesti bertanggungjawab terhadap penyaluran peruntukan tahunan ahli parlimen kerana ia membabitkan wang rakyat.

Beliau juga akan meminta mahkamah menggunakan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan dalam samannya yang menyebut setiap individu adalah saksama mengikut undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang saksama sekaligus peruntukan terbabit tidak sepatutnya hanya diberikan kepada ahli parlimen BN sahaja.

Menurutnya lagi, peruntukan untuk ahli parlimen adalah bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat di kawasan parlimen yang diwakili.

Terdapat 222 kerusi parlimen di Parlimen dimana BN memegang 140 kerusi dan ahli Pakatan Rakyat 74 kerusi manakala lapan lagi dipegang oleh ahlli parlimen bebas.

Jeyakumar mendakwa, semua ahli parlimen Pakatan Rakyat menghadapi masalah kewangan memberikan perkhidmatan di kawasan parlimen masing-masing berbeza dengan ahli parlimen BN yang diberikan peruntukan terbabit.

Beliau seterusnya menyelar BN kerana menggunakan langkah menafikan hak ahli parlimen pembangkang mendapat peruntukan sehingga mereka menghadapi kesulitan untuk berkhidmat kepadda rakyat di kawasan parlimen masing-masing sebagai alat untuk mencemarkan imej ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Majoriti pengundi di kawasan parlimen pembangkang tidak menyedari bahawa perutukan kewangan bagi kawasan parlimmen mereka disekat," katanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau telah berusaha untuk mencari penyelesaiian masalah ini sejak tiga tahun lalu dengan usaha mendapatkan jawapan dari Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kemajuan Negeri Perak yang bertanggungjawab menyalurkan peruntukan kepada ahli parlimen tetapi sehinngga kini masih gagal.- tvs

Video : Kempen Pakatan Rakyat Di Kawasan Pengundi Cina Galas



Masyarakat Tioghua senang dengan Dr. Zulkefli



GUA MUSANG, 28 Okt: Masyarakat Tionghua Galas yakin calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mampu meneruskan kesinambungan perjuangan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.

Dr Zulkefli yang pernah bertanding di Galas pada pilihan raya 2004, dikenali mereka sebagai mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sudah semestinya berupaya untuk menerajui perubahan rakyat semua kaum di kawasan itu.

Selain sifatnya yang lemah lembut, tidak lokek mengukir senyum setiap kali bertemu orang ramai membuatkan Dr Zulkefli senang didampingi oleh segenap lapisan masyarakat.

Seorang masyarakat Cina, Chee Kin Hwa, 53, berkata, pemilihan Dr Zulkefli sebagai calon wakil rakyat Galas adalah tepat berdasarkan pengalamannya yang pernah berkhidmat kepada rakyat.

“Dr Zul bagus. Dia orang baik, tidak sombong dengan orang ramai sama ada kenal atau tidak kenal kalau berhadapan dengan dia kita mudah akan dapat merasai kemesraannya.

“Saya percaya kaum Cina di Galas akan memberi sokongan seratus peratus kepada Dr Zul dalam pilihan raya kecil ini,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru, Gua Musang dekat sini malam tadi.

Chee berkata, sebagai masyarakat veteran dia amat memahami citarasa atau sentimen pengundi Cina Galas yang lebih mengutamakan pemimpin yang berperwatakan bersih, telus, adil serta ikhlas dengan rakyat.

Chong Kun Sew, 42, menerima kerajaan pimpinan ulama berdasarkan sikap terbuka PAS yang tidak pentingkan satu bangsa, sebaliknya meletakkan kepentingan masyarakat semua kaum atau bangsa di dalam negara dengan sama rata.

“Kita mahukan seorang pemimpin yang boleh jaga rakyat. Ada masa untuk jenguk rakyat, tanya khabar apa masalah rakyat, bukan masa pilihan raya sahaja hendak jumpa rakyat selepas itu hilang, setahun tak boleh jumpa sekali, sibuk kononnya.

“Saya yakin Dr Zul boleh jadi seperti Chek Hashim dulu. Kalau lebih dari itu lagi bagus,” katanya yang pernah menemani Allahyarham Che Hashim semasa mendapat rawatan di Cina sebanyak lima kali.

Allahyarham Chek Hashim meninggal dunia pada 27 September lalu akibat barah usus pernah menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San oleh pakar dari Beijing.

Sementara itu, Wong Siew Lan, 45, memberitahu masyarakat Cina masih mengenang pemergian Allahyarham Chek Hashim yang dianggap kehilangannya sukar dicari ganti, dan berharap Dr Zul menjadi penerus demi keharmonian masyarakat Galas.

“Kaum Tionghua Gua Musang banyak terhutang budi pada wakil rakyat Chek Hashim. Sikap bertanggungjawab, rendah diri, suka menolong dan tidak berkira dengan rakyat, menjadikan kehilangannya seperti sukar dicari ganti.

“Saya menyeru semua pengundi Cina terus undi calon PAS (Dr Zulkefli) sebagai tanda kasih sayang berkekalan kepada Chek Hashim yang telah banyak membuat jasa kepada rakyat,” katanya.

Pada masa sama, Yap Chan Look, 34, berkata PAS mempunyai harapan besar untuk pertahankan kemenangannya di Galas.

“Tanggungjawab kerajaan Pas kepada rakyat adalah jelas. Mereka telus. Kebajikan rakyat diageh dengan adil tak kira kaum Cina, India atau Asli.

“Saya fikir tidak ada sebab rakyat semua kaum hendak tolak atau tukar perjuangan Pas kepada parti lain,” jelasnya.

Jumlah pengundi Cina Dun Galas adalah 20.06 peratus dengan 2,317 orang pengundi. -Hrkh

Lawak Kartun Projek Jambatan Manek Urai Ke Galas

Musuh guna tiga strategi

(Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)

SETIU:- Musuh-musuh Islam melancarkan pelbagai bentuk ‘serangan’ termasuk strateginya menggunakan saluran media, politik, ekonomi dan lain-lain.

Justeru itu, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para pendokong gerakan Islam agar mengawasi ‘serangan’ musuh terhadap umat Islam di seluruh dunia.

Menurutnya, terdapat tiga bentuk ‘serangan’ yang perlu difahami oleh para pendokong gerakan Islam termasuk PAS di negara ini.

“Mereka melancarkan serangan media, serangan politik, ekonomi dan lain-lain. Mereka menggunakan berbagai-bagai pendekatan antaranya ialah tiga pendekatan yang perlu difahami oleh kita pendokong gerakan Islam.

“Semua pendekatan-pendekatan ini menggunakan orang Islam termasuk di kalangan ulama’-ulama’ dan pemimpin-pemimpin menjadi ‘perkakas’ (alat) mereka (musuh),” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.

Pertama, katanya pendekatan Islam Liberal, kedua pendekatan Islam Sekular dan ketiga pendekatan politik tanpa pelaksanaan syariat.

“Pertama, pendekatan Islam Liberal ini mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, tidak bersembahyang, bergaul bebas, mendedahkan aurat dan menafikan syariat Allah SWT.

“Berani mengkritik hukum Islam walau pun mereka mengaku menjadi orang-orang Islam. Di negara kita (Malaysia) adanya NGO seperti ‘Sister In Islam’ dan lain-lain yang mendukung fahaman Islam Liberal ini.

“Kedua, Islam Sekular iaitu Islam tetapi politik tidak ada dalam Islam. Mereka (pemerintah) membenarkan Islam sekadar ibadat, sekadar akhlak, sekadar perkara yang berkait dengan kerohanian, sekadar peraturan keluarga membahagi harta pusaka dan harta wakaf tetapi tidak dibenarkan berpolitik.

“Inilah yang diamalkan oleh Umno dengan menubuhkan Jabatan-jabatan Agama untuk menjaga agama supaya khutbah jumaat tidak menyampaikan ucapan politik. Mengajar agama tidak ada ajaran politik. Pada hal politik tidak dapat dipisahkan dengan ajaran Islam.” jelasnya. -GB

(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)

Menurutnya, semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah pendakwah dan politik sama ada Nabi-nabi menjadi ketua kerajaan bila menang seperti Nabi Sulaiman a.s, Nabi Daud a.s dan Nabi Muhamad SAW menjadi Ketua Negara.

Atau katanya, Nabi-nabi menjadi Ketua Pembangkang menentang kerajaan di zaman masing-masing seperti Nabi Musa a.s, Nabi Harun a.s, Nabi Zakaria a.s, Nabi Yahya a.s dan lain-lain lagi.

“Strategi ketiga adalah politik tanpa pelaksanaan syariat dengan membenarkan parti politik Islam tetapi ‘dihalang’ pelaksanaan syariat.

“Mereka (musuh) membenarkan politik, membenarkan parti Islam menang tetapi menghalang pelaksanaan syariat, menghalang hukum qisas, hukum hudud dan hukum takzir.

“Fahaman ini menular di kalangan masyarakat Islam. Mereka boleh berpolitik tetapi tidak ada matlamat untuk melaksanakan syariat Allah SWT. Kita berdepan dengan cabaran-cabaran baru,” tegasnya di hadapan lebih 8,000 hadirin.

Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah bagi menyambung mesej yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW.

Katanya, mesej Nabi SAW adalah berjuang untuk mengIslamkan manusia serta mendaulatkan Islam dengan menegarakan Islam dan mengIslamkan negara.

“Perjuangan PAS adalah menyambung mesej yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW untuk mengIslamkan manusia dan mendaulatkan Islam. Menegarakan Islam dan mengIslamkan negara,” tegasnya.

Menurutnya, Allah Ta’ala mewajibkan memerintah negara sejak dicipta Nabi Adam a.s dan menjadikan tanggungjawab manusia mendaulatkan Islam.

Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib, Pengarah Ijtima’, Dato’ Abu Bakar Chik serta semua pimpinan PAS negeri Terengganu.

(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)

(’AKSI Tok Guru’…Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucaptamanya di Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)


(Sebahagian dari lebih 8,000 ahli serta penyokong PAS yang hadir ke Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu)

(Sebahagian dari lebih 8,000 ahli serta penyokong PAS yang hadir ke Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu.)

(’LUCU’…sesuatu yang mencuit hati sehingga saf kepimpinan utama parti tergelak-ketawa di pentas utama Ijtima’ Kepimpinan PAS Negeri Terengganu 2010 Kali Ke-14, di perkarangan Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit, Setiu, pada 23 Oktober lalu.)

Kekecohan di 'Little India' - sembilan ditahan polis

Polis menahan sembilan lelaki di hadapan sebuah restoran, kira-kira 100 meter dari lokasi majlis perasmian 'Little India', sebuah kawasan kediaman masyarakat India di Brickfields di Kuala Lumpur, petang semalam.

Semua mereka yang berumur lingkungan 30-an dan 40-an itu dipercayai anggota Persatuan Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia (PKPTM) yang sebelum ini memprotes kehadiran Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh bagi merasmikan majlis itu.

Kumpulan itu ditahan kira-kira jam 5 petang selepas enggan memberi kerjasama kepada polis ketika diminta menunjukkan kad pengenalan masing-masing.

Sebelum ditahan, berlaku sedikit kekecohan antara mereka dengan anggota polis, namun ia dapat disuraikan kira-kira 10 minit kemudian.

Semua mereka dibawa menaiki sebuah van polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan, namun dibebaskan pada kira-kira jam 7 malam selepas keterangan mereka diambil.

PKPTM, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), tidak bersetuju dengan cadangan perasmian 'Little India' dilakukan oleh Dr Manmohan Singh kerana mendakwa cukup sekadar dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau di kalangan pemimpin kaum India tempatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

- Bernama

Petugas PAS Puchong selamat Sampai di Galas





Pemuda Umno puji selibus PASTI, hentam 'kaw-kaw' tabika KEMAS!!..(video inside)



Oleh: Pria Malaya

Bukti pemimpin Umno pun turut mengakui kehebatan dan kelebihan yang ada pada tadika PASTI.. Mari kita dengar pengakuan ikhlas pemimpin Umno ini...



“…Menyanyi, Menari, Makan, Main….inilah 4M benda yang dilakukan dorang (KEMAS)…

Tetapi tuan-tuan…kalau tuan2 tengok PASTI..kita boleh bandingkan pelajar2 yg masuk PASTI dan pelajar2 yg masuk KEMAS….kalau tuan/puan tengok Pelajar yang masuk PASTI berbeza dengan pelajar yang masuk KEMAS.. Pastu kita nak marah bila pelajar masuk PASTI pasal apa, dia CERDIK dari kita…patut kita ikut selibus dia..dia ajar apa..baca al-Quran, cakap Bahasa Inggeris, cakap Arab, Cakap Tamil, dan sebagainya… Tetapi kita marah..sebab (padahal) rakyat sekarang nak yang lebih baik daripada sekarang…”
Kalau selama ini dakwaan pembangkang (PAS) ditepis begitu sahaja, kononnya syok sendiri, tiada bukti kejayaan dan keberhasilan, kemudian difitnah kononnya merosakkan minda pelajar2, menggelapkan masa depan pelajar2, undur kebelakang, mundur berbanding tadika kerajaan dan lain2..kali ini, cukup bawakan rakaman video ini, mereka pasti terdiam kaku....


(Sekadar gambar hiasan:..kanak2 tabika KEMAS..)

Apa pun, bukan niat utk mempolitikkan isu ini..kedua2nya tetap memberi manfaat kepada kanak2..

Cuma penulis agak kesal suara2 dari pihak kerajaan yang seolah2 memandang rendah keupayaan PASTI, seterusnya melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah buruk ke atas tadika kanak-kanak ini..terbaru, kerajaan Melaka dilaporkan mahu merobohkan tadika PASTI kononnya atas alasan2 tertentu, boleh baca di SINI...

Pada sesape yang free, sila buat salinan atau muat turun (download) video ini dalam komputer korang...kot2 la, video ini akan diremove oleh tuan dia...khususnya pada pentadbir dan guru-guru PASTI seluruh negara, korang mesti ambil pengajaran sebagai pemangkin utk teruskan pemerkasaan tadika PASTI...



(sekadar gambar hiasan: Kanak-kanak PASTI..)

Di bawah disertakan satu video untuk korang lihat dan nilai...Syarahan/khutbah oleh pelajar PASTI Negeri Kedah yg telah menjuarai acara berkhutbah dalam Ihtifal PASTI Pusat bertempat di MENTALON KEDAH...wallahua'lam..

RAKYAT MALAYSIA HAIRAN PROJEK RM35 JUTA DIRASMI OLEH PM INDIA ?



Agaknya lepaih nie , ajak PM Negara China rasmi Petaling Street pula kot?

SEPANG: Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.

Ketibaan Dr Manmohan yang diiringi oleh isteri Gursharan Kaur disambut oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam, Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S.K. Devamany.

Lawatan itu sebagai membalas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke India pada Januari lepas, selain sebagai usaha memperkembangkan lagi hubungan dua hala Malaysia-India.

Esok, Dr Manmohan akan diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat delegasi di mana kedua-dua Perdana Menteri dijangka membincangkan isu berkaitan hubungan dua hala, rantau dan antarabangsa.

Najib dan Dr Manmohan juga dijadual menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian kerajaan dan memorandum persefahaman.

Selepas itu, Najib dan Dr Manmohan dijadual melancarkan mesyuarat pertama Forum Ketua-ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia-India di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Dr Manmohan dan isteri juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Najib dan Dr Manmohan kemudian dijadualkan melancarkan 'Little India' di Brickfields, yang merupakan salah satu kemuncak atur cara lawatan itu.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis jamuan malam untuk meraikan tetamu itu di Seri Perdana, Putrajaya.Dr Manmohan dan delegasi dijadualkan berlepas ke Hanoi, Vietnam pada Khamis petang.
http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

Laporan Audit: Pelaburan Di Perak Merudum Selepas BN Berkuasa

Pelaburan di Perak 2009 merosot

PETALING JAYA: Perak yang mengalami pelbagai rombakan dalam pemerintahan sepanjang tahun 2008 dan 2009 lalu, menyaksikan perbezaan kedudukan pelaburan bagi kedua-dua tahun dan mencatatkan penurunan sehingga RM86.85 juta.

Melalui analisis perbandingan yang dipetik dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008.

Perak mengalami perubahan besar sepanjang tempoh itu, apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu, dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kini menjadi nadi pemerintahan di negeri itu.

Jika dilihat daripada keseluruhan kedudukan pelaburan Perak dari tahun 2005-2009 telah menunjukkan penurunan pada 2006 dan 2007. Kedudukan pelaburan negeri itu meningkat semula pada 2008 tetapi menurun semula pada tahun 2009.

"Ini disebabkan Simpanan Tetap berjumlah RM93.15 juta telah dicairkan untuk menampung defisit aliran tunai kerajaan negeri, kata laporan itu yang dipetik FMT.

"Pengurangan aliran tunai antara lain disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan aset. Baki pelaburan pada tahun 2005 hingga 2009 adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini."

Sementara itu, pada 2009 baki hutang kerajaaan negeri kepada kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak RM57.26 juta atau 6.9 peratus menjadi RM887.85juta berbanding RM830.59 juta pada tahun 2008.

"Peningkatan ini disebabkan penerimaan pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM94.06 juta bagi Projek Bekalan Air," laporan itu dipetik.

Kedudukan hutang kerajaan negeri berjumlah RM887.85 juta pada 2009 berbanding RM830.59 juta tahun sebelumnya.

Kedudukan baki hutang ini akan berkurangan dengan ketara sekiranya pihak Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mengambil alih hutang bekalan air menjelang tahun 2011.

Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman

Perak adalah satu-satunya negeri yang sentiasa membayar pinjaman kepada kerajaan persekutuan mengikut jadual dan tidak mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman bagi tempoh 2005 hingga 2009.

"Kerajaan negeri berupaya untuk menjelaskan hutang awam termasuk faedah sejumlah RM38.62 juta terhadap 71 pinjaman mengikut jadual bayaran balik pinjaman.

"Penyata hutang awam berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan Perak telah menyelesaikan empat pinjaman di bawah Rancangan Perumahan Awam berjumlah RM6.49 juta dan satu pinjaman di bawah Rancangan Pembangunan Perusahaan berjumlah RM4 juta," demikian menurut laporan itu.

Secara keseluruhannya, analisis audit mendapati kedudukan kewangan kerajaan negeri Perak bagi tahun 2009 adalah memuaskan.

Laporan itu menyimpulkan bahawa, kerajaan negeri perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan dengan mengekalkan perbelanjaan berhemat tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Tindakan lebih berkesan hendaklah diambil untuk mengutip tunggakan hasil yang berjumlah RM198.57 juta.

Bagaimanapun, tunggakan pinjaman daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, Yayasan Perak dan Majlis Daerah Tanjong Malim yang telah matang berjumlah RM15.74 juta hendaklah dituntut.

Lawan PAS mainkan sentimen agama di Galas

GUA MUSANG, 27 Okt: Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti Islam itu dengan isu agama.

Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran agar juru kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka.

Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang Hishamudin dari dipermainkan.

Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".

Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).

Komen PAS

Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke atas bahan kempen seumpama ini.

Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.

"SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini. Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen sebegini," kata Nasir.

Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.

Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.

Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada bahan kempen tersebut.

Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.

Komen DAP

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya. -Hrkh

Gambar Manarik Ustaz Azhar Di Galas




[Sumber]

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .