Oleh Mohd Sayuti OmarMUHYIDDIN Yassin kata kerajaan Selangor takut kepada logo 1 Malaysia kerana ianya mendapat sambutan ramai. Sebab itulah kerajaan Selangor larang logo berkenaan dipasang di negeri berkenaan. Muhyiddin boleh membuat telahan begitu kerana ia menguntungkan Umno. Bila cerita itu disebarkan ia memberi gambaran slogan 1 Malaysia mendapat perhatian rakyat. Politik akan mengeksploitasikan apa saja termasuk tanah, air, api dan angin.
Saya tidak fikir kalau kerajaan Selangor takut kepada logo berkenaan. Tidak ada sebab untuk merasa takut. Ia sebuah logo saja tidak lebih dari itu. Ramai pun rakyat Malaysia termasuk pemimpin UBN sendiri tidak faham dengan tujuan dan makna logi demikian. Jadi kenapa ianya harus ditakuti kepada sesuatu yang tidak ada apa-apa erti?
Sebaliknya kalau logo itu membawa kesan dan natijah baik ke atas UBN maka wajar kalau kerajaan Selangor takut dan gerun kerana ia boleh menganggu kerajaan Selangor hari ini.
Teapi semua pihak sedar bahawa 1 Malaysia hanya sebuah slogan saja. Ia sama saja dengan slogan atau laungan kata-kata peransang yang dilaungkan penonton bola sepak kepada pasukan yang mereka suka. Kalau Kelantan, "gomo Kelantan gomo" kalau Terengganu "peteh Terengganu Petah".
Begitu juga dengan slogan 1 Malaysia. Ia slogan ataupun laungan Najib untuk mengejutkan para hadirin yang mengantuk atau pun layu semasa mendengar ucapannya. Ia sebuah jenama Najib bagi mengganti Wawasan 2020 atau Islam Hadhari yang menjadi sebutan sebelum ini. Kalau Islam Hadhari tidak memberi apa-apa impak dan makna, nah begitu juga dengan slogan 1 Malaysia.
Jadi tidak logik kalau kerajaan Selangor takut dengan slogan berkenaan seperti mana kata Muhyiddin itu. Takut kepada sesuatu tidak diketahui asal usul dan kesannya, takut yang tidak ada asas.
Adapun larangan itu bagi saya, yang saya nampak ialah kerana ia menganggu alam sekitar. Apa lagi kalau billboard itu dipasang di persimpangan jalan sehingga menganggu pemandangan pemandu ianya merbahaya.
Kalau pun kerajaan Selangor ada melarang pemasangan papantanda 1 Malaysia bukan kerana ianya ditakuti tetapi kerana masalah tadi, mencacatan keadaan sekitar dan menganggu pemandangan orang ramai.
Misalnya kalau papan tanda itu dipasang di taman rekreasi bukankan ia menganggu pemandangan umum. Orang ke taman rekreasi untuk melihat keindahan alam sekitar tiba-tiba tergerugup pula papan tanda 1 Malaysia menutupi pemandangan. Tidakkah sakit mata dibuatnya?
Bagaimana pun kerana faham dalam politik. Apa saja keadaan ianya diambil kesempatan. Politik tidak pernah berkata jujur melainkan penuh dengan tipu muslihat tidak kira ianya keluar dari halkum siapa. Misalnya kalau isteri Naijib atau Muhyiddin terjatuh di mana-mana jalan di Selangor, Muhyiddin dan Najib akan terus salahkan mengatakan jalan di Selangor buruk dan huduh. Itulah politik. Yang penting apa saja keadaan dan isu akan memberi untung kepada pihak yang menimbulkannya.
Satu hal yang lain kita mahu tanya Muhyiddin dan Najib apakah mereka juga akan bersedia untuk memberi ruang dan tempat dan tidak melarang sekiranya Pakatan Rakyat ada memasang banner ataupun apa-apa papan tanda slogan mereka di dalam negeri-negeri kepunyaan UBN? Saya tidak mahu menjawab tetapi biarlah penjenguk blog ini menjawabnya.
Saya sangat berharap agar ada sesiapa yang mengambil gambar membuktikan bahawa ada terdapat apa-apa slogan atau papan tanda Pakatan Rakyat di negeri-negeri dikuasai UBN? Jadi kalau Muhyiddin atau UBN juga tidak bersedia membenarkan bumi mereka yang dipinjamkan Allah untuk membenarkan Pakatan Rakyat meletakkan simbol atau slogan mereka, apa nak hairan kalau Selangor berbuat demikian?
Kesimpulannya di pagi yang cerah dan diharap akan cerah sampai ke esok, ialah... tuduhan Muhyiddin yang kerajaan Selangor itu takut adalah tuduhan atau cakap-cakap untuk menggaru mulut yang gatal saja, tidak lebih dari itu. Pembelaan Muhyiddin kepada slogan 1 Malaysia itu juga hanya di luar saja sedangkan hakikatnya beliau sendiri menjueh mulut kepada slogan berkenaan.
Bukankah Muhyiddin yang menyokong pandangan Mahathir yang mengatakan orang tidak faham dengan 1 Malaysia? Mat Masllan benar-benar ingat apa yang diperkatakan Mahathir itu.
DD














Demikianlah pengalaman Chia Buang Hing (gambar kanan), yang enggan menyogok polis dengan rasuah ketika ditahan kerana cukai jalan kereta isteri yang dipandunya telah melewati tarikh luput. Chia meminta agar polis menyaman dirinya, tetapi dibalas dengan tumbukan bertubi-tubi oleh anggota polis. Beliau dibawa ke balai polis, dibelasah tujuh orang anggota sehingga muntah darah.
Chia Buang Hing menyeru, “Saya mengharapkan bantuan anda. Saya tidak berharap peristiwa macam ni berulang. Seorang yang pukul saya berkata, banyak kes yang tidak disiasat, banyak yang dipukul mati…”
Chia (gambar kiri) berkata kepada polis, “Bang, saya tak mahu bagi duit, saya mahu saman saje. Kalau you angkat duit saya, saya akan report balai.” Menurut Chia lagi, anggota polis nampak Kad VIP Kelantannya, seorang polis yang berada di tempat meja berkata, “You Kelantan Istana banyak besar, banyak besar.”
Pada jam 3 pagi 19 November, Chia dibawa ke IPD PJ, dan diugut polis untuk menyuntik Chia dengan dadah. Chia diarahkan untuk kencing di Jabatan Nakrotik, tetapi beliau gagal berbuat demikian kerana habis air kencingnya semasa dipukul polis. Menurutnya, polis memasukkan kencing polis sendiri ke dalam botol dan memasukkan sesuatu ke dalamnya.
Selepas pemeriksaan di Hospital Sungai Buloh, Chia terus dibawa ke mahkamah untuk dipohon reman. Aduan Chia tentang kecederaannya dan permintaannya tidak dipedulikan majistret. Chia kemudian dibawa untuk disiasat pegawat penyiasat bernama Azizuddin. Azizuddin membuat panggilan di depan Chia kepada polis yang memukulnya, mendapati Chia tidak bersalah dan diseksa polis.



Menggelabah sungguh Najib dan Muhyiddin nampaknya...he he!!
“Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
“Oleh itu, Pakatan Rakyat berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita,” kata beliau.
Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

