Ikuti Blog ini
Apabila Noh Omar Memutarbelitkan Kenyataan !!! , at 20.1.11,
Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, partinya telah mengarahkan wakil rakyatnya agar menghadiri sidang kali ini memandangkan Sultan Selangor telah pun memberi perkenan baginda bagi membolehkan pertemuan minggu depan diadakan.
Umno mengadakan mesyuarat di sini hari ini.
Bagaimanapun kata Noh, perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.
Noh mendakwa Ketua Setiausaha Negara sentiasa mendapatkan perkenan diraja sebelum memutuskan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini menjadi kemelut sehingga mencetuskan krisis perlembagaan.
Noh juga berkata, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.
Nampak tak di sini bagaimana Noh Omar memutarbelitkan kenyataan. Pada awal ayatnya...perkenan itu tidak harus dianggap Sultan Selangor bersetuju agar perlembagaan negeri dipinda.
Kemudian di akhir ayatnya ...lain pula perginya "Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati Sultan dengan menolak perkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri."
Hahahaha....Kan dah kantoi !! Kalau perkenan Sultan itu tidak membawa maksud yang Sultan Setuju......maka Tindakan Menteri Besar Selangor menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi....bukanlah tidak menghormati Sultan...kerana Sultan belum tentu setuju dengan perlantikkan Khusrin yang dikemukakan oleh Ketua Setiausaha Negara. Tak gitu Noh Omar ??? Apa yang ko nak cakapkan lagi.....???
Sebenarnya UMNO Selangor dah serba salah.....nak hadir ke...tak hadir??....arghhh...hadir ajer laaa. Nak sokong ke tak sokong pinda perlembagaan ini??.....heeeee.......
Ditelan (sokong) mati emak....diluah (tolak) mati bapak.
Kalau UMNO Selangor termasuklah Noh Omar ini sokong Pindaan ini...maka ianya bermaksud....UMNO Selangor memang menghormati Sultan kerana mengembalikan kuasa yang hilang kepada Sultan dalam melantik SUK Selangor. TETAPI HARUS DIINGAT...Jika UMNO Selangor MENOLAK pindaan ini bermakna UMNO SELANGOR DAN NOH OMAR SERTA ADUN atau Semua YB-YB UMNO di Selangor sememangnya PENDERHAKA kepada SULTAN SELANGOR.
Tahu.........nak buat apa kepada Penderhaka-Penderhaka Sultan ???
Ini bukan sistem Feudal.....macam dulu-dulu.
Jangan undi dan sokong YB-YB UMNO ini dalam Pilihanraya yang akan datang. Kerana merekalah Sultan yang merupakan Ketuanan Melayu...tidak mempunyai Kuasa. -Panglima 7
Apa yang kita rakyat malaysia dapat sempena lawatan RM ..??? , at 20.1.11,
lawatan RM iatu Rosmah Mansor ke luar negara .. Adakah ia mewakili mana-mana menteri sumber wanita atau ia sendiri bertaraf menteri atau PM.???
Rosmah tidak risau dengan pengkritik
MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.
Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.
Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.
"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.
"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu. - Bernama
Antara Punca Gobala Meracau ..!! , at 20.1.11,

Seorang pemimpin kanan PKR Kedah mendakwa, Gobalakrishnan yang didapati mengaku salah terhadap pertuduhan menghalang tugas polis dan dihukum denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang tahun lalu bimbang permohonan yang dibuat di Mahkamah Rayuan ditolak berikutan pernah melakukan perbuatan serupa pada 2007.
Menurutnya, peluang Mahkamah Rayuan menerima permohonannya dianggap tipis dan Gobalakrishnan kini terpaksa menentang parti bagi membolehkan beliau mengekalkan kepentingannya sekiranya bertindak melompat parti.
“Bagi saya, Gobi (Gobalakrishnan) membuat kesilapan apabila mengaku salah di atas pertuduhan ke atasnya kerana ianya membatasi peluang beliau untuk mengemukakan rayuan hingga ke Mahkamah Persekutuan.
“Mungkin beliau sudah berasa tidak selamat berada di kerusi Parlimen yang diduduki, Gobi terpaksa menyerang parti bagi membolehkan beliau tidak berputih mata dengan melompat parti sekiranya rayuannya ditolak,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini.
Pemimpin kanan PKR negeri yang enggan dikenali itu turut mendedahkan Gobalakrishnan adalah antara pengikut setia Presiden Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim dan tidak menolak kemungkinan bakal mengikut jejak langkah bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu tidak lama lagi.
“Semua ahli PKR sudah maklum Gobalakrishnan adalah orang kanan Zaid dan tindakan beliau lantang mengkritik parti sudah dapat diduga.
“Segalanya bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan dan sekiranya rayuannya ditolak, kemungkinan beliau keluar parti adalah 80 peratus,” katanya.
Ditanya sama ada ketiadaan Gobalakrishnan akan melemahkan jentera PKR Kedah bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, pemimpin kanan PKR Kedah menegaskan parti itu kini di bawah proses pemutihan.
“Kita tidak memerlukan pemimpin yang meletakkan kepentingan diri mendahului kepentingan parti,” katanya.
Sebelum ini, Gobalakrishnan yang juga bekas Ketua Cabang Padang Serai, didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, selepas didapati bersalah menghalang tugas polis dan menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Padang Serai jika Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.
Gobalakrishnan, 50, didapati bersalah menghalang tugas seorang anggota polis, Cif Inspektor V Salavanan pada sambutan Thaipusam di Jalan Utama, Georgetown, kira-kira jam 12.20 tengah hari pada 29 Januari 2002.
Gobalakrishnan yang ditahan di lokap mahkamah selepas hukuman dijatuhkan, membayar denda itu di pejabat Pendaftar Mahkamah petang semalam bagi membolehkan beliau memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi.
Berdasarkan Perkara 48, Perlembagaan Persekutuan seseorang anggota Parlimen akan hilang kelayakannya apabila disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000.
Demo Interlok Thaipusam: Sembilan Hindraf Ditangkap , at 20.1.11,
Kuala Lumpur - Sembilan lelaki ditahan kerana cuba menimbulkan kekacauan dengan memaparkan poster bertulis 'Haramkan Interlok' ketika sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.Gambar: SEKUMPULAN lelaki yang memakai baju T berwarna oren dan mempunyai tulisan HINDRAF mempamerkan poster protes pada sambutan perayaan Thaipusam hari ini, di Kuil Batu Caves, Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam kejadian pada pukul 10.10 pagi itu, kesemua lelaki yang memakai baju T berwarna oren dan mempunyai tulisan Hindraf itu cuba mempamerkan tiga poster kepada orang awam.
"Ketika polis hendak menghalang kesemua mereka yang berumur antara 18 hingga 46 tahun itu, mereka merempuh polis menyebabkan mereka ditangkap.
"Kami turut merampas kesemua poster itu untuk simpanan bukti kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati lapan daripada mereka berasal dari Selangor manakala seorang lagi dari Ipoh, Perak.
Siasatan juga mendapati tiga daripada mereka mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, katanya.
Beliau turut berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.
Mereka kini ditahan di Balai Polis Selayang.
Tun Hisan berkata, dari Isnin hingga hari ini, tiada kejadian jenayah dilapor di kawasan tumpuan sambutan perayaan bagi penganut agama Hindu itu kecuali kekacauan yang dileraikan polis itu.
Dilaporkan kira-kira 1.3 juta pengunjung dan penganut agama Hindu tempatan dan luar negara membanjiri perkarangan kawasan berkenaan sejak Isnin lepas.
Seramai 1,200 polis ditugaskan mengawal keselamatan di kawasan itu termasuk laluan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi memastikan kelancaran trafik dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini. -Bernama
Terkini : Adun Merliman (BN) Meninggal Dunia , at 20.1.11,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan Gambar) meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada Utusan Malaysia selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut.
Awas Pemfitnah Paling Merbahaya Berkeliaran Di Tenang - Shoot Him!!! , at 20.1.11,
| Find this guy, shoot him!!! |
Pemimpin Umno Labis Layak Bertanding Melawan Cikgu Mala. , at 20.1.11,
Akhirnya UMNO/BN mengumumkan calon mereka untuk PRK NO5, DUN Tenang En Mohd Azhar Ibrahim yang juga ADO di Daerah Rengit.
Desas desus di Labis mengatakan yang Azhar tidak tersenarai pun sebagai bakal-bakal calon top 5 yang dikemukakan kepada Dato Seri Najib. Ada yang kata nama beliau tidak tersenarai langsung. Walaupun bapanya pernah menjadi ADUN Tenang dan kemudian dilantik sebagai Senator
Apabila PAS meletakkan Cikgu Mala, maka ramai menjangka Haslinda, Ketua Wanita UMNO Labis yang akan bertanding.
Malah dengar cerita yang beliau juga sudah turun padang menganjurkan pelbagai program dengan pengundi. Ramai lagi baris pimpinan UMNO Labis yang disebut-sebut dan saya memang tak ambil pusing siapa yang mereka letak.
Jentera HalWa tetap akan bekerja berhabisan untuk memenangkan Cikgu Mala.
Dengar khabar juga apabila Cikgu Mala diumumkan sebagai calon PAS, semua pimpinan lelaki UMNO Labis dengan sendirinya tertolak kerana setiap seorang tidak ada sokongan solid kerana kononnya semuanya "tercalar imej" dan pihak lawan akan mendedahkan kelemahan dan kecacatan mereka sebagai calon.
Hanya orang UMNO Labis@Tenang sahaja yang tahu tercalar kerana apa. Tapi ketua wanita UMNO pun nampaknya tidak setanding Cikgu Mala. Keyakinan UMNO luntur walaupun dilubuk mereka sendiri yang sepatutnya mereka menang dengan mudah.
Kalau 60% dikatakan menyokong UMNO/BN, adatnya siapa sahaja yang diletakkan UMNO/BN sebagai calon pasti menang. PAS dikatakan mempunyai harapan tersangat tipis
.
Akhirnya mereka mengemukakan Azhar kerana Azhar dikatakan BERSIH dan agak rapat dengan orang bukan Melayu.
Malu besar UMNO Labis terpaksa ambil kakitangan kerajaan sebagai calon. UMNO bahagian ada, Wanita ada, Puteri ada, Pemuda pun ada… dok tak dok ambil mantan bendahari UMNO Labis (?). Pimpinan mereka dianggap TIDAK BERSIH.
Khabarnya juga Azhar agak keberatan untuk menjadi calon. Lebih selesa menjadi ADO. Gaji lumayan dan tidak perlu melayan rakyat dan ahli UMNO yang semua tahu hanya faham bahasa “fulus dan habuan”.
Hebat penangan Cikgu Mala yang sudah 13 tahun berkecimpung sebagai pendidik dan begitu prihatin dengan nasib masyarakat. Anak peneroka FELDA pula tu.
*** Dr Mariah melapor dari DUN Tenang
Umno akui kejayaan PAS , at 20.1.11,

KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.
Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.
Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.
Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.
Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.
“Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu,” ujarnya.
Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu ‘orang muslim tak faham Islam’, memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.
“Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar,” ujarnya.
Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.
Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka.
“Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran,” ujarnya. - Hrkh
Banyak Sangat Makan Duit Haram.. Itu Yang Bebal Sangat Tu.. , at 20.1.11,
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.Badrul Hisham yang dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.
“Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham . . . apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja,” katanya di sini hari ini.
Dipetik Bernama, beliau mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim termasuk memberikan surat pengesahan doktor.
Badrul Hisham yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menyerahkan kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Teng atau sebaliknya.
Badrul Hisham berkata beliau hanya mengetahui mengenai kekosongan kerusi yang disandangnya itu melalui berita di televisyen petang ini.
“Saya kini berada di Shah Alam dan belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu, sebarang maklumat lanjut saya akan panggil untuk sidang media,” katanya.
Teng dalam satu sidang media hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Badrul Hisham, 50, memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.
Pada 30 April lepas, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang.
Khalid Derhaka Kerana Ingin Kembalikan Kuasa Sultan - Bangang Betul Noh Omar , at 20.1.11,
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.
Menurut YB Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya. Di sini
Sidang DUN: Jangan Salaherti Sultan Selangor Menyokong Mana-mana Pihak
SHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Rabu bertitah bahawa tindakan baginda menandatangani proklamasi memanggil mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 Jan ini jangan disalahertikan bahawa baginda menyokong mana-mana pihak.
"Beta telah menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat Dewan Negeri di bawah sub-peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri yang ditetapkan pada 24 Januari 2011," titah baginda dalam satu perutusan yang dikeluarkan hari ini.
Sultan Selangor bertitah proklamasi itu ditandatangani baginda selaras dengan kuasa dan tanggungjawab baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Baginda juga berharap agar mesyuarat dewan pada kali ini dapat dijalankan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
"Janganlah hendaknya perjalanan kuasa Beta menandatangani proklamasi ini disalahertikan bahawa Beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah Beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-mana pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab," titah Sultan Selangor.
Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang berasingan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda telah menerima draf pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan baginda telah meneliti cadangan pindaan itu.
"Walaubagaimanapun baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menilai sama ada pindaan tersebut wajar diterima untuk diluluskan ataupun tidak," kata Mohamad Munir.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mencadangkan Perkara 52 Undang-undang Kerajaan Negeri dipinda bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar di dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri.
-- BERNAMA
BELUMPUN HARI PENAMAAN CALON,CIKGU MALA SUDAH DISERANG KIRI DAN KANAN , at 20.1.11,
Khabar angin di pihak Umno menampakkan lobi-melobi yang kuat terhadap dua nama calon iaitu wakil wanita iaitu Ketua Wanita Bahagian Labis,Haslinda Salleh selain nama ADO bagi Daerah Kecil Rengit,Azhar Ibrahim. Selain dua nama tersebut,nama Timbalan Ketua Umno Labis,Rusdin Mahmud dan Naib Ketuanya Hashim Daud turut diperkatakan orang untuk menjadi calon Umno di kerusi tersebut.Apapun,dalam masa beberapa jam sahaja daripada sekarang,lawan kepada calon Pas bakal terjawab di Tenang.
Apapun,Pas sebenarnya mempunyai kelebihan dalam tempoh berkempen kerana calonnya mempunyai masa yang lebih lama untuk berkempen semenjak namanya diumumkan Ahad lepas.Masuk hari ini,sudah tiga hari Cikgu Mala turun menemui para pengundi di Dun Tenang.Cikgu Mala yang juga merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Johor merupakan seorang anak peneroka tempatan selain mempunyai auranya yang tersendiri serta disenangi oleh pelbagai latarbelakang pengundi.Sepanjang dua hari tempoh berkempen secara tidak rasmi,Cikgu Mala telah berkunjung dari rumah ke rumah,dari kedai ke kedai untuk mengagihkan buah limau kepada mereka yang dijumpainya terutamanya golongan wanita di Dun Tenang.
Pada hari pertama kempen tidak rasminya Isnin lalu,Cikgu Mala yang tampil berjubah merah mempunyai personaliti yang menyenangkan semua pihak tetapi masih menjaga batas-batas seorang muslimah dalam Islam. Beliau bersama beberapa orang wakil muslimat Pas dan Ketua Wanita DAP,Chong Eng telah mengadakan sesi berkenalan di kawasan tumpuan ramai di kawasan Bandar Labis termasuk di pasar,pasar tani,kedai dan restoran.
Pertamanya,suami beliau telah menghadapi arahan berpindah ke Johor Bahru serta merta dalam masa 24 jam selepas Cikgu Mala diumumkan sebagai calon Pas.Tindakan itu kononnya adalah disebabkan oleh ketidakbolehan suaminya yang juga seorang guru di Tenang tidak boleh mengawal isterinya daripada menyokong Pas.Walaubagaimanapun,isu ini reda setelah bantahan umum berlaku terhadap Pengarah Pelajaran Johor yang nyata lebih Umno daripada seorang Umno.![]() |
| ditemani suami |
![]() |
| Gaya tangannya ketika memberi buah kepada lelaki untuk mengelakkan berjabat salam |
![]() |
| sentiasa ditemani ketika bertemu pengundi lelaki |
![]() |
| Mereka menganggap Cikgu Mala tidak kenang budi |
Cabaran Debat: Laporan Bernama Mengelirukan, Anwar tetap mahu berdebat dengan Najib isu rakyat! , at 20.1.11,
–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato’ Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.
Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.
Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul “SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG” – ANWAR.
ANWAR IBRAHIM
DI bawah adalah surat rasmi jemputan debat Anwar Ibrahim kepada Najib Razak..sila klik untuk besarkan image..



















