Ikuti Blog ini
BONGKAR: Inilah mamat SAMSENG yang mengganggu ceramah PR semalam..(video inside) ,Rabu, Januari 26, 2011 at 26.1.11,
PRK TENANG : PANAS BERAPI - Skrip kempen UMNO bocor lagi ? , at 26.1.11,
Rokok dan teh tarik bergelas-gelas gelimpangan diatas meja. No problem, jentera parti yang minum-minum dan makan-makan di kedai mamak sepenuhnya disponsor oleh parti KIMMA. Sudah kaw-tim. Kepada penyokong BN sila ke kedai mamak KIMMA di Labis sekarang, cukup hnaaya memakai baju biru (macam samseng yg ganggu ceramah LGE malam tadi) dan berlambang 1Malaysia, makan minum anda FREE sepenuhnya.Hidup
Tok Ai dimaklumkan juga sudah siap sedia. Tok Ai juga sudah beberapa kali menyudahkan aksi lakonan untuk beliau jatuh parit ketika membantu mangsa banjir dikampung itu. Itukan scene penting didalam drama ini. Secara tidak langsung tajuk berita boleh diolah dengan baik, " Tok Ai jatuh parit ketika membantu mangsa banjir, " baru nampak calon berjiwa rakyat biarpun hanya sekadar lakonan. UMNO kan kuat berlakon. Hello bro..semua aksi ini perlu ikut skrip. Ini saja cara terbaik untuk mengagalkan imej Cikgu Mala yg makin terserlah di DUN Tenang.
Kerajaan Semakin Takut, Mahu Kawal Bahan Internet , at 26.1.11,
NUJ bantah keras langkah kawal media InternetLangkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.
Beliau mengulas tindakan KDN untuk meminda akta tersebut supaya meliputi media dalam talian dan juga pengenalan satu garispanduan baru berkaitan kesalahan hasutan di ruang maya itu.
"Sehubungan itu NUJ Malaysia meminta KDN agar menghentikan segala usaha untuk meminda PPPA bagi tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.
"Sebaliknyna NUJ Malaysia menuntut agar KDN melakukan pindaan bagi memberikan kebebesan kepada media cetak untuk beroperasi dengan lebih bebas," kata Hata dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, kerajaan juga perlu menghapuskan ketetapan kepada pengusaha media supaya memperbaharui permit akhbar setiap tahun dan memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menerbitkan akhbar berkenaan tanpa permit KDN. -mk
KDN kaji akta penerbitan kawal bahan Internet termasuk Facebook
PUTRAJAYA, 25 Jan — Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebihkomprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.
Selama ini akta berusia lebih dua dekad itu hanya mengawal selia penerbitan bahan-bahan cetak dan terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Ini kali pertama peruntukan itu dikaji sejak dasar Koridor Raya Multimedia diperkenalkan pertengahan 1990-an.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian.
“Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia,” katanya dipetik Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan Anggota Lembaga Penapisan Filem, Anggota Jawatankuasa Rayuan serta anggota-anggota bersekutu, di sini hari ini.
Katanya pihaknya juga bercadang mengemaskini garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) penapisan filem, selari dengan teknologi memuat turun filem yang ada sekarang.
Mahmood berkata walaupun garis panduan sedia ada ditetapkan pada 2010 dan hanya digunakan kira-kira setahun, ia perlu diubah bagi memenuhi kepentingan rakyat.
“Pengubahsuaian garis panduan antaranya bertujuan memastikan kita mampu mengawal kemasukan filem melalui teknologi terkini seperti melalui pemacu pena.
“Ramai orang tidak lagi membawa masuk filem dalam bentuk cakera padat video (VCD) tetapi ia mungkin disembunyi dalam komputer. Kita perlu melihat dan mengatasi masalah ini,” katanya.
Mengenai kawalan bahan dalam laman YouTube, beliau berkata pihaknya bersama wakil dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sentiasa melakukan pemantauan terhadap laman web tersebut.
Kan dah ramai blogger UMNO yang ditugaskan untuk menyerang PR. Pun masih tak berupaya lagi?
Blogger UMNO yang patut bantah kerana blog2 kamu yang akan disekat nanti sebab blog-blog anda yang banyak menyebar fitnah, menyiar gambar porno, mencarut dan sebagainya. -GB
KEDAI MAKAN RAKYAT DIROBOH DI PRK TENANG UNTUK BUAT MARKAS UMNO/BN , at 26.1.11,

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.
(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)
Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.
Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).
Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.
(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.)
"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.
Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.
Selepas bersiap-siap dan bergegas ke kedai makan tersebut, beliau amat terkejut dan sebab sekali apabila mendapati kedainya sudah dirobohkan semuanya! Alatan memasak dan barang-barang yang masih berada di dalam kedainya telah dilonggokkan di satu sudut tidak jauh daripada situ.
Kedai makan yang beroperasi dari petang sehingga malam dan dikendalikan oleh isteri beliau sendiri merupakan sumber penting pendapatan keluarga di samping beliau turut menjadi penjual ikan dan sayur-sayuran di Felda Tenang ini bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.
"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.
"Walaupun sekadar menyewa, saya dan isterilah yang memasang wiring, memasukkan api air, memasang lampu dan kipas dan semua kelengkapan2 tambahan yang lain untuk kesempurnaan kedai makan ini. Belanjanya bukan sedikit," tambahnya dalam nada penuh kesal.
(GAMBAR: HAPUS...Pada 24 Januari, kesan-kesan tapak kedai ini ditimbus dengan batu dan pasir untuk memberi ruang kepada bilik gerakan Umno.)
Menurut Norehan, pendapatan bersih hasil jualan di kedai makan tersebut mampu mencecah RM80 hingga RM100 sehari.
Apabila ditanya beliau lagi, adakah isu perobohan kedai makan ini ada kaitannya dengan Pilihanraya Kecil yang sedang berjalan di DUN Tenang, beliau menjawab;
"Saya tak mahu komen lebih-lebih. Tetapi semua orang di Felda Tenang ini pun sudah sedia maklum bahawa kedudukan kedai saya terletak berhadapan dengan Bilik Gerakan Umno Cawangan Kolam Air. Ada khabar angin menyatakan, petugas-petugas Umno di sini berasa tidak senang apabila Bilik Gerakan mereka terlindung oleh kedai saya ini," beritahu Norehan.
Bohong: PAS desak calon BN tarik diri , at 26.1.11,
LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.
Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.
“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.
Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.
Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.
Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.
Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)
Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.
Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.
Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.
Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.
Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.
Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?
Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?
Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?
YB Salahuddin Ayub,
Pengarah PRK N05 Tenang
merangkap Naib Presiden PAS.
Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng , at 26.1.11,

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.
Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut. Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ. Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi.'Jangan kacau Chemplak' Dalam hujan renyai-renyai, kumpulan tersebut melaungkan antaranya "Jangan kacau Chemplak, balik!" dan "Hidup BN, Hancur PAS". Mereka juga membuat rantai tangan bersama-sama menyanyikan lagu "Inilah barisan kita".
Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN. Kira-kira jam 10.40 malam - Guan Eng yang sebelum itu berceramah di Bandar Labis Tengah - tiba di Felda berkenaan di tengah-tengah pekikan "Balik Guan Eng" dan "Woi, balik lah woi" dari kumpulan tersebut, dengan hujan turun renyai-renyai. Hal demikian menyebabkan kira-kira 15 anggota polis, hadir mengawasi kumpulan tersebut dan seorang pegawai polis menasihati mereka supaya tidak menggangu ceramah berkenaan.
Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya. Sewaktu Lim menyampaikan ceramah yang berkisar mengenai pentadbiran beliau yang mengembalikan peruntukan sekolah agama rakyat (SAR) di Pulau Pinang, kumpulan tersebut berselawat, bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir beberapa kali.
Seorang bertaqwa Dalam ucapannya juga, Lim - yang juga anak lelaki tokoh DAP Lim Kit Siang - membidas Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.
"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa. "Kita kena hormat (prinsipnya), apa salahnya. (Itu pun) tak fahamkah," katanya disambut gelak ketawa kira-kira 150 penyokong. "Kita kena hormat prinsip dan keimanan orang lain, asalkan beliau tidak rasuah dan makan wang (rasuah), beliau orang baik," katanya sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".
Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.
Baru puas "Kalau Cikgu Mala tak mahu salam, ini bukan isu, jadi (Chua Soi Lek) tarik baliklah...Adakah dia (Soi Lek) salam dengan Cikgu Mala, baru dia puas," sindir Lim.
Sehubungan itu, beliau meminta pengundi yang hadir - sekiranya calon PAS tidak bersalah dan tetap dengan prinsipnya tidak bersalam dengan lelaki bukan muhrim - supaya menyokong Pakatan Rakyat. Ucapan Guan Eng selama kira-kira 15 minit itu, disambut dengan laungan beramai-ramai dari kumpulan berkenaan "Siapa tipu... Guan Eng". Kira-kira jam 11.05 malam, kumpulan itu pun beredar dan tiada sebarang tangkapan atau insiden yang tidak diingini berlaku. -M'kini
Kempen Hari Ketiga: Mendepani Isu - PAS Mengatasi BN , at 26.1.11,

PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar UmnoTindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu.
Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah.
Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa.
Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama?
Jumlah pengundi Cina tersebut merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis.
Sebelum ini PAS dituduh oleh Umno dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pro-Umno bahawa parti Islam itu telah menggadai prinsipnya kerana berkawan dengan DAP yang didakwa anti Islam. Pelbagai tohmahan dan demontrasi dibuat mengutuk tindakan PAS itu. Ditambah pula isu kenyataan "over my dead body" oleh Karpal Singh.
PAS dan DAP didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan. Tetapi isu ini telah membuka wajah sebenar Umno dan NGO tersebut. Mana perginya suara lantang mereka? Mana jaguh-jaguh pendemo mereka? Mana perginya ketuanan Melayu-Islam yang mereka bangga-banggakan selama ini? Di mana Umno yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Semuanya menunduk kepala tatkala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama.
Dalam hal ini, jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini.
Rakyat yang cerdik dan celik tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam telah dapat melihat dengan jelas bahawa PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama walaupun difitnah dan dihalang melalui pelbagai cara oleh Umno dan konco-konconya.
Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno.
Isu ini sepatutnya mencelikkan mata dan hati rakyat Johor khususnya di Dun Tenang yang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang. Perkara ini tidak mustahil kerana Johor terkenal dengan sekolah agama rendahnya. Secara logik, hampir semua anak-anak Johor mempunyai asas agama.
Mereka sewajarnya sedar bahawa Umno yang mempunyai JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar dan menghina Islam. Berbanding PAS yang tegas mempertahankan Islam walaupun pernah hilang sekutunya pada pilihanraya 1999.
Walau apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dan membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka. -Hrkh
Pusingan 2: BN jaring gol sendiri, PAS jerit goool!
ULASAN Pertembungan BN dan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang umpama perlawanan 'Merseyside Derby' antara Real Madrid dan Barcelona di Stadium Barnabeau, Madrid, Sepanyol untuk perlawanan penentuan kejuaraan La Liga.
Bagi peminat setia kedua-dua pasukan itu, pertemuan itu adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia pasukan, apatah lagi Real Madrid bermain di hadapan penyokong sendiri.
Kedua-dua pasukan membarisi kesebelasan utama yang mantap dari bintang-bintang handalan dari segenap posisi sama ada serangan, tengah dan pertahanan serta penjaga gol bertaraf dunia.
Bagi Real Madrid, siapa yang tidak kenal seperti Higuan, Karim Benzema, Christiano Ronaldo, Gucci sehingga Iker Casillas. Manakala bagi Barcelona mereka menurunkan bintang seperti David Villa, Lionel Messi, Xavi Henandez, Carlos Puyol sehingga Victor Valdez.
Maka BN, diumpamakan Real Madrid yang turun dengan kesebelasan yang mantap, apatah mempunyai kelebihan bertarung mempertahankan di kubu kuat, Tenang. BN mempertaruhkan Mohd Azahar Ibrahim, seorang bekas penolong pegawai daerah dan bekas bendahari Pemuda Umno Labis.
Manakala PAS diibaratkan Barcelona yang turun sebagai 'pasukan underdog' apatah lagi berdepan dengan ribuan penyokong lawan. Oleh itu PAS menobatkan bekas guru cemerlang dan ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman mewakili Pakatan Rakyat.
Kelebihan tuan rumah
Pada adat kata, selalunya tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mencapai kemenangan, tetapi ia juga harus berwaspada dengan taktikal pihak lawan.
Dengan mengetepikan andaian "bermain di atas padang tidak sama rata", pilihan raya kecil Tenang dilihat penting bagi kedua-dua parti khususnya kepada BN yang mahu mempertahankan kerusi tersebut yang dikuasai sejak dahulu lagi.
Manakala PAS dan Pakatan Rakyat juga mahu memenangi kerusi berkenaan bagi menambah suara pembangkang di DUN Johor seterusnya membuktikan momentum 'tsunami politik' pilihan raya umum 2008 masih lagi kuat selepas menang sembilan daripada 13 pilihan raya kecil.
Jika begitu, umumnya dalam situasi sebegini, perlawanan antara BN dan PAS bukan pertembungan angka atau jumlah kemenangan, tetapi
pertembungan strategi, taktikal dan corak permainan ketika berdepan dengan lawan masing-masing yang sama-sama handal.
Dalam separuh masa pertama, serangan BN terhadap PAS - beberapa hari sebelum penamaan calon - melalui jentera bahagian sayap kanan, MCA yang cuba merobek-robek pertahanan PAS melalui satu serangan - isu negara Islam.
Malah serangan tersebut, mendapat turut mendapat 'restu' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan "ada baiknya" masyarakat Cina dingatkan dengan perkara tersebut kerana PAS tidak meminda perlembagaan mereka berhubung perkara tersebut.
PAS memintas
Bagaimanapun, serangan itu dapat dipatahkan setelah pertahanan PAS 'merapati' isu berkenaan dan berjaya 'memintasnya' dengan sekadar berkata "itu isu lama" yang dibangkitkan semula, bahkan ia tidak memberi kesan kepada pengundi terutama kaum Cina.
Penat dengan serangan yang tidak menjadi-jadi, BN menukar strategi dan taktikal dengan melancarkan serangan dari arah kiri melalui isu calon PAS - yang mesra dipanggil Cikgu Mala - melalui isu bahawa beliau enggan bersalaman dengan lelaki.
Serangan itu juga dimulakan sekali lagi oleh Chua Soi Lek melalui 'satu hantaran lintang' ke sebelah kiri yang disambut oleh rakan lain - Gerakan.
Bagaimanapun, PAS berjaya mematahkan serangan tersebut dengan 'bertahan' dan sekali sekala melancarkan serangan balas dengan berkata perkara tersebut adalah prisip agama dan wanita Muslim tidak dibenarkan bersalam dengan lelaki.
Mungkin strategi bertahan - buat masa ini - adalah yang terbaik di samping mungkin berbekal kata-kata azimat: "Istiqamah baru datangnya karamah".
Serangan yang bertali arus itu, gagal membuahkan hasil sehingga mendapat liputan meluas oleh media. Kebuntuan mencari gol, menyebabkan pengurus pasukan bangun dari tempat duduk bangku simpanan.
Kehadiran Timbalan Muhyiddin Yassin dalam 'walkabout' semalam bertemu masyarakat dan pengundi di DUN Tenang yang mahu "taktik dan strategi" mengenai isu bersalam ini dihentikan.
Teguran Muhyiddin
Sebaliknya, beliau menegaskan masih terdapat perkara lain yang harus ditumpukan "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan" kepada rakyat.
"BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu.
"Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," katanya dalam satu sidang media di Tenang.
Teguran itu dilihat bukan sahaja kepada MCA tetapi kepada kepada parti komponen yang berada dalam gabungan BN.
Pemerhati politik melihat teguran Muhyiddin itu sebagai serangan dari PAS untuk mendapatkan gol di minit-minit akhir perlawanan separuh masa kedua. Teguran itu juga diumpamakan satu rembatan kencang 'ala Lionel Messi', melencong dan terkena pertahanan sendiri, lalu meniti masuk ke gawang sendiri.
Kedudukan berubah, 1 - 0, dan PAS menjerit "goool"! tanda kegirangan dengan jaringan itu kerana hasil bertahan dan sekali sekali melancarkan serangan pantas berjaya membuahkan hasil, tanpa 'bekerja keras' - buat masa ini.
Rebut peluang
Persoalannya sekarang ialah, berpeluangkah BN bangkit dengan strategi, taktikal dan mengubah corak pemainan yang masuk kepada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan walaupun tempoh berkempen masih lagi berbaki lima hari lagi.
Atau mampukah PAS menggunakan peluang ini sekadar bermain bertahan sehingga tamat perlawanan, walaupun barang diingat BN mampu membuat serangan balas dalam permainan berbaki lima minit - masa kecederaan.
Apa sahaja boleh berlaku dalam masa lima minit, seperti mana berlaku dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah 1999 antara Manchester United dan Bayern Munich.
Bayern Munich mendahului hingga akhir perlawanan, tetapi akhirnya kecundang kepada Manchester setelah Teddy Sheringham dan Ole Gunaar Solksjear - masing-masing menjaringkan gol pada minit kecederaan. -mk
Najib??? Macamana Ni??? , at 26.1.11,
Anwar ketika mengulas kenyataan Najib, beliau bersedia untuk berdepan dengan Najib dari segi ekonomi sehinggalah ke hal peribadi masing-masing.
Namun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya."Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi.
"Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar (Malaysiakini).
Bayangkan, jika Anwar sanggup berdepan dengan Najib walaupun berkaitan dengan kes liwatnya yang Najib kununnya tahu banyak perkara, dan Najib masih `malu-malu' untuk berdebat, maka kita boleh nilai sendiri kredibiliti Najib. Kita tahu ramai pencacai-pencacai dalam Umno dan di luar Umno yang mahu cari makan tidak mahu sungguh Najib berdebat dengan Anwar. Mereka adalah seperti Ezam sesumpah, KJ, Rais Yatim termasuk juga `firaun besar' Zul Kulim.
Mengapa mereka bimbang sangat jika Najib berdebat dengan Anwar? Bukankah yang pasti `demam' dan `terlondeh' nanti adalah Anwar? Atau, sebenarnya mereka tahu siapa sebenarnya yang bakal `demam' atau `pitam' di atas pentas perdebatan itu nanti. Anwar telah memberikan pengajaran yang amat berguna kepada pemimpin Umno sewaktu beliau berdebat dengan Shabery Chik. Malang buat Shabery ketika itu kerana mungkin beliau terlupa membawa `tisu atau sapu tangan' untuk mengesat air liurnya.
Percayalah, atas apa jua isu Najib tidak akan ada keberanian untuk berdebat dengan Anwar. Beliau hanya berani bercakap seorang diri di depan kamera TV dan di akhbar pencacai sahaja. Malang sungguh ahli-ahli Umno kerana Presiden mereka sendiri tidak sangup untuk menghunus dan bertempur mengunakan `keris telanjang Umno' itu. Keris tersebut hanya layak dicium dan dijulang atas pentas Umno dan PERKASA sahaja./wfauzdin.blogspot.com
Isu Salam: UMNO BN Sedang Menggelupur Di Tenang ,Selasa, Januari 25, 2011 at 25.1.11,

Di Tenang, isu bersalam tikam balik UmnoIsu calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang, Puan Normala Sudirman yang dikatakan berjabat tangan dengan pengundi, terutama kaum lelaki, dengan memakai sarung tangan yang dijadikan bahan kempen oleh BN, telah menikam balik parti itu sendiri.
Isu itu dibangkitkan oleh MCA pimpinan Chua Soi Lek, yang satu ketika dahulu terlibat dalam satu skandal seks, jelas memperlihatkan kebodohan dan kejahilan di kalangan MCA.
Oleh kerana isu itu telah menikam balik BN dan tidak pula menjadi satu masalah kepada pengundi Cina di Tenang, maka panglima perang BN Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa 'memperbetulkan' keadaan dengan meminta jentera BN jangan membangkitkan isu itu lagi.
Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata ia adalah soal peribadi calon PAS dan lebih banyak isu yang jauh lebih penting untuk dibangkitkan, bukan isu berjabat tangan dengan memakai sarung tangan.
Benar sangat. Malangnya, Muhyiddin tidak berani nak sebut sebab sebenar kenapa Puan Normala berbuat demikian. Mungkin Muhyiddin masih kabur dengan hukum-hakam Islam itu sendiri. Apa salahnya jika Muhyiddin bertanya kepada tokoh agama UMNO dalam Kabinet, Mej-Jen (B) Jamil Khir mengenainya.Muhyiddin sedar bahawa isu itu tidak memihak walau sedikitpun kepada BN dan tinjauan yang dibuat oleh Malaysiakini juga menunjukkan bahawa ia bukan satu masalah kepada pengundi Cina. Pengundi Cina juga tidak bimbang ataupun takut dengan isu negara Islam yang turut dibangkitkan oleh MCA.
Banyak lagi isu yang sepatutnya dihuraikan kepada rakyat terutama soal rasuah dan salah guna kuasa, soal keadilan mahkamah, soal kenaikan harga barang keperluan seharian dan soal keadilan sosial. Isu-isu inilah yang menjadi bualan dan percakapan di mana-mana, bukan soal remeh-temeh seperti yang dibangkitkan oleh MCA.
Kita harap kedua-dua pihak akan berkempen dengan tenang dan berwibawa tanpa membangkitkan isu yang tidak sepatutnya, yang boleh menimbulkan rasa kurang senang dan marah di kalangan pengundi berbilang kaum dan agama di Tenang. -kudaranggi
Calon BN cuai sebagai ADO , at 25.1.11,
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad.Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.
Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009.
"Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya.
Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau.
Justeru kata beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut.
Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang.
"Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya.
Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN.
Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis.
Ini kerana katanya, fakta dan keterangan tersebut jelas menunjukkan tanah rakyat dengan mudah telah dilelong dengan secara tidak sah.
"Kami menyeru pengundi Dun Tenang jangan gadaikan maruah dan masa depan anak bangsa dengan memilih calon Umno yang terbukti didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menganiayai rakyat," tegasnya.
Salahudin menegaskan pendedahan itu bukan merupakan serangan peribadi calon tetapi ia menyentuh isu integriti dan kelayakan Azahar (Tok Ai) untuk menjadi calon di Dun Tenang. -Hrkh
Pusingan 2: BN jaring gol sendiri, PAS jerit goool! , at 25.1.11,

ULASAN Pertembungan BN dan PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang umpama perlawanan 'Merseyside Derby' antara Real Madrid dan Barcelona di Stadium Barnabeau, Madrid, Sepanyol untuk perlawanan penentuan kejuaraan La Liga.
Bagi peminat setia kedua-dua pasukan itu, pertemuan itu adalah perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh penyokong setia pasukan, apatah lagi Real Madrid bermain di hadapan penyokong sendiri.
Kedua-dua pasukan membarisi kesebelasan utama yang mantap dari bintang-bintang handalan dari segenap posisi sama ada serangan, tengah dan pertahanan serta penjaga gol bertaraf dunia.
Bagi Real Madrid, siapa yang tidak kenal seperti Higuan, Karim Benzema, Christiano Ronaldo, Gucci sehingga Iker Casillas. Manakala bagi Barcelona mereka menurunkan bintang seperti David Villa, Lionel Messi, Xavi Henandez, Carlos Puyol sehingga Victor Valdez.
Maka BN, diumpamakan Real Madrid yang turun dengan kesebelasan yang mantap, apatah mempunyai kelebihan bertarung mempertahankan di kubu kuat, Tenang. BN mempertaruhkan Mohd Azahar Ibrahim, seorang bekas penolong pegawai daerah dan bekas bendahari Pemuda Umno Labis.
Manakala PAS diibaratkan Barcelona yang turun sebagai 'pasukan underdog' apatah lagi berdepan dengan ribuan penyokong lawan. Oleh itu PAS menobatkan bekas guru cemerlang dan ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman mewakili Pakatan Rakyat.
Kelebihan tuan rumah
Pada adat kata, selalunya tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mencapai kemenangan, tetapi ia juga harus berwaspada dengan taktikal pihak lawan.
Dengan mengetepikan andaian "bermain di atas padang tidak sama rata", pilihan raya kecil Tenang dilihat penting bagi kedua-dua parti khususnya kepada BN yang mahu mempertahankan kerusi tersebut yang dikuasai sejak dahulu lagi.
Manakala PAS dan Pakatan Rakyat juga mahu memenangi kerusi berkenaan bagi menambah suara pembangkang di DUN Johor seterusnya membuktikan momentum 'tsunami politik' pilihan raya umum 2008 masih lagi kuat selepas menang sembilan daripada 13 pilihan raya kecil.
Jika begitu, umumnya dalam situasi sebegini, perlawanan antara BN dan PAS bukan pertembungan angka atau jumlah kemenangan, tetapi
pertembungan strategi, taktikal dan corak permainan ketika berdepan dengan lawan masing-masing yang sama-sama handal.
Dalam separuh masa pertama, serangan BN terhadap PAS - beberapa hari sebelum penamaan calon - melalui jentera bahagian sayap kanan, MCA yang cuba merobek-robek pertahanan PAS melalui satu serangan - isu negara Islam.
Malah serangan tersebut, mendapat turut mendapat 'restu' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan "ada baiknya" masyarakat Cina dingatkan dengan perkara tersebut kerana PAS tidak meminda perlembagaan mereka berhubung perkara tersebut.
PAS memintas
Bagaimanapun, serangan itu dapat dipatahkan setelah pertahanan PAS 'merapati' isu berkenaan dan berjaya 'memintasnya' dengan sekadar berkata "itu isu lama" yang dibangkitkan semula, bahkan ia tidak memberi kesan kepada pengundi terutama kaum Cina.
Penat dengan serangan yang tidak menjadi-jadi, BN menukar strategi dan taktikal dengan melancarkan serangan dari arah kiri melalui isu calon PAS - yang mesra dipanggil Cikgu Mala - melalui isu bahawa beliau enggan bersalaman dengan lelaki.
Serangan itu juga dimulakan sekali lagi oleh Chua Soi Lek melalui 'satu hantaran lintang' ke sebelah kiri yang disambut oleh rakan lain - Gerakan.
Bagaimanapun, PAS berjaya mematahkan serangan tersebut dengan 'bertahan' dan sekali sekala melancarkan serangan balas dengan berkata perkara tersebut adalah prisip agama dan wanita Muslim tidak dibenarkan bersalam dengan lelaki.
Mungkin strategi bertahan - buat masa ini - adalah yang terbaik di samping mungkin berbekal kata-kata azimat: "Istiqamah baru datangnya karamah".
Serangan yang bertali arus itu, gagal membuahkan hasil sehingga mendapat liputan meluas oleh media. Kebuntuan mencari gol, menyebabkan pengurus pasukan bangun dari tempat duduk bangku simpanan.
Kehadiran Timbalan Muhyiddin Yassin dalam 'walkabout' semalam bertemu masyarakat dan pengundi di DUN Tenang yang mahu "taktik dan strategi" mengenai isu bersalam ini dihentikan.
Teguran Muhyiddin
Sebaliknya, beliau menegaskan masih terdapat perkara lain yang harus ditumpukan "ada perkara yang lebih pokok yang patut BN lakukan" kepada rakyat.
"BN tidak mahu eksploitasi soal-soal begitu. Terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian kerana (beliau) mungkin (bertindak) atas sebab-sebab tertentu.
"Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala). Tetapi apa pun terserah kepada pengundi untuk membuat penilaian," katanya dalam satu sidang media di Tenang.
Teguran itu dilihat bukan sahaja kepada MCA tetapi kepada kepada parti komponen yang berada dalam gabungan BN.
Pemerhati politik melihat teguran Muhyiddin itu sebagai serangan dari PAS untuk mendapatkan gol di minit-minit akhir perlawanan separuh masa kedua. Teguran itu juga diumpamakan satu rembatan kencang 'ala Lionel Messi', melencong dan terkena pertahanan sendiri, lalu meniti masuk ke gawang sendiri.
Kedudukan berubah, 1 - 0, dan PAS menjerit "goool"! tanda kegirangan dengan jaringan itu kerana hasil bertahan dan sekali sekali melancarkan serangan pantas berjaya membuahkan hasil, tanpa 'bekerja keras' - buat masa ini.
Rebut peluang
Persoalannya sekarang ialah, berpeluangkah BN bangkit dengan strategi, taktikal dan mengubah corak pemainan yang masuk kepada minit-minit akhir perlawanan untuk mengikat kedudukan walaupun tempoh berkempen masih lagi berbaki lima hari lagi.
Atau mampukah PAS menggunakan peluang ini sekadar bermain bertahan sehingga tamat perlawanan, walaupun barang diingat BN mampu membuat serangan balas dalam permainan berbaki lima minit - masa kecederaan.
Apa sahaja boleh berlaku dalam masa lima minit, seperti mana berlaku dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah 1999 antara Manchester United dan Bayern Munich.
Bayern Munich mendahului hingga akhir perlawanan, tetapi akhirnya kecundang kepada Manchester setelah Teddy Sheringham dan Ole Gunaar Solksjear - masing-masing menjaringkan gol pada minit kecederaan. -M'kini
PAS ucap tahniah kepada Normala, kecam Soi Lek , at 25.1.11,

KUALA LUMPUR, 25 Jan: PAS hari ini mengucapkan tahniah kepada calonnya di Tenang dan menyerang Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang gagal dalam membezakan nilai moral apabila menghina orang yang tidak bersalam tetapi boleh berlakun filem seks.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam kenyataan bertulisnya hari ini berkata, semuanya ini berlaku kerana dua sebab iaitu kegagalan Umno mendidik rakannya dan kegagalan Chua Soi Lek dalam neraca moralnya.
Mustafa dipercayai mengulas kenyataan Chua Soi Lek yang mempertikaikan tindakan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (gambar) yang tidak bersalam dengan lelaki dalam sessi kempen dalam Pilihan Raya Kecil Tenang.
Sebelum ini, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendesak Chua Soi Lek meminta maaf kepada umat Islam kerana kenyataannya itu. Bahkan Pertubuhan Perkasa juga membela Normala di samping persatuan Peguam Muslim kerana itu adalah ajaran Islam.
Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan itu melepaskan jawatannya dari kabinet selepas didapati terlibat dalam video seks dan beliau sendiri mengaku lelaki dalam video itu adalah dirinya. Namun baru-baru ini, perwakilan MCA telah memilih Soi Lek sebagai presiden mereka.
Jentera pilihan raya PAS di Tenang dibawah pimpinan Salehudin Ayub cuba mengelak dari menyentuh isu ini kerana tidak mahu menyerang peribadi Presiden MCA itu. Antaranya Salehudin mengarahkan mana-mana jentera PAS agar menyerahkan kepada polis jika menemui video itu.
Namun kini, ia tidak dapat dielakkan lagi apabila Choi Sek sendiri membuka pandora box dengan mempertikaikan hak peribadi calon PAS itu sebagai seorang Islam.
Berikut adalah kenyataan penuh Mustafa.
Saya terpanggil untuk memberikan komen dan pandangan saya bagi pihak PAS terhadap komen yang dibuat oleh Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA terhadap isu bersalam.PAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada Normala Sudirman kerana tidak menggadaikan prinsip dan disiplin perjuangan untuk kepentingan politik sementara.
Normala berjaya tonjolkan disiplin Islam di tengah-tengah masyarakat dengan penuh yakin walaupun mungkin kehilangan satu dua undi orang di sekeliling Chua Soi Lek. Tak usah bimbang kerana masyarakat umum yang mengenali PAS memahami soal ini.
Ia bukan perkara baru dalam PAS. Semua pemimpin muslimat PAS samada calon atau tidak calon berpendirian yang sama seperti Normala. Samada Dr Mariah Mahmood (MP Kota Raja) atau Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (MP Titiwangsa) dan lain-lain wakil rakyat PAS pun berpendirian yang sama hatta Datuk Seri Dr Wan Azizah pun berpendirian yang sama.
Apa sebab Chua menjadikan isu sebagai pendiriannya dan MCA. Bagi saya, ada dua sebab.
Yang pertama Chua rasa pelik kerana sepanjang puluhan tahun bergaul dengan pemimpin Umno, samada pemimpin wanita atau isteri pemimpin Umno, dia tidak pernah melihat apa yang diperlihatkan oleh Normala.
Ini bagi saya kegagalan Umno kerana tidak memahamkan perkara ini kepada pemimpin bukan Islam yang bersama mereka. Saya tidak fikir wanita Umno tidak tahu dari segi hukumnya.
Yang kedua sikap Soi Lek sendiri yang tidak dapat membezakan mana yang dianggap bermoral dan mana yang tidak. Sebab itu, berlakun filem seks pada orang lain tidak bermoral tetapi bagi dia dan partinya MCA tidak ada apa-apa. Sebab itu dia terus menang menjadi presiden MCA.
Sepatutnya pemimpin Umno perlu ingatkan kawan mereka yang bukan Islam supaya hormati hak orang Islam sebagaimana orang Islam hormati hak orang bukan Islam. Kita tidak cemuh orang bukan Islam khususnya Cina yang makan babi misalnya kerana itu hak mereka dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh
diambil.
Ia berbeza sekali dalam Pakatan Rakyat apabila pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR cuba memahami dan mendekati Islam. Ia diperlihatkan dengan baik dalam isu bukan Islam memasuki masjid, membaca al-Quran dan memberi salam.
Datuk Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS.
Tengok nii..Kenyataan "Bangang" Ulamak Yang Pentingkan "Perut dan Bawah Perut"... , at 25.1.11,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam mempersoalkan tindakan PAS meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, sedangkan sebelum ini parti itu berpendirian bahawa pemilihan wanita sebagai calon pilihan raya adalah tidak mengikut syariat Islam.Katanya, sebelum ini PAS pernah menuduh UMNO sentiasa melakukan perkara tidak mengikut syariat Islam dengan memilih wanita sebagai calon setiap kali pilihan raya diadakan di negara ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, pada pilihan raya kecil DUN Tenang, parti berkenaan memilih calon wanita atas alasan sebagai penghormatan kepada kaum hawa.
"Malaysia sudah aman damai dan ia hasil kesungguhan BN untuk memajukan negara ini dan masyarakat secara keseluruhan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Mini Karnival Islam di pekarangan Masjid Jamek Labis di sini, semalam.
Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan kepada parti pembangkang apabila adanya pilihan raya kecil, mereka mula menabur fitnah.
Jamil Khir berkata, isu agama menyentuh perasaan orang ramai dan PAS sendiri tidak pernah mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.
Katanya, agama Islam tidak boleh `dijual beli’ atau dipergunakan semata-mata untuk meraih sokongan politik dengan mengelirukan masyarakat yang akhirnya berlaku pergaduhan dan perpecahan.
“Bila datang saja pilihan raya ia menjadi satu medan untuk orang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif agama,” katanya.
Jamil Khir berkata, rakyat perlu berwaspada kerana bagi pilihan raya kecil, fokus kempen itu menjurus kepada satu tempat dan pelbagai isu akan ditimbulkan tetapi isu agama adalah isu yang amat menyentuh perasaan.
“Saya nasihatkan orang ramai supaya memahami dalam suasana ketika ini, kita mendapat pelbagai sumber yang boleh membawa kepada fitnah," katanya.
Sebagai seorang Ulamak...Tragedi Big Mama ini yang wajib di tegur oleh Jamil Khir kerana benar-benar menyakitkan hati dan perasaan Rasullullah s.a.w...Juragan : Jangan hanya memikirkan Habuan Perut dan Bawah Perut braderr,jadilah Ulamak seperti kata Rasulullah "Ku Lil Haq,Wa Lau ka Na Muro" Katakanlah kebenaran islam itu,walau pun pedih (Iaitu Orang ramai terutamanya pemimpin yang berkuasa membencimu).
PRK Tenang: Isu Bendera - Sikap Berat Sebelah MDL Dikecam , at 25.1.11,
Pelbagai pihak kesal dengan sikap pihak Majlis Daerah Labis yang tidak profesyenal dan berat sebelah di dalam tindakan mereka mengarahkan bendera-bendera parti yang tidak bertanding diturunkan.Arahan cuma dilakukan apabila wujudnya bendera-bendera DAP dan PKR dikibarkan, tetapi mereka berdiam diri apabila adanya bendera parti pihak kerajaan yang tidak bertanding dikibarkan.
Semalam berlaku satu kekecohan di antara petugas jentera parti Pakatan Rakyat semasa pegawai Penguatkuasa Majlis Daerah Labis hendak menurunkan bendera dan kain rentang parti yang tidak bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang di Pekan Labis,
"Majlis Daerah terang-terangan menunjukkan sikap mereka yang berat sebelah dan tidak profesyenal. Jika hendak kuatkuasakan arahan, pastikan mereka arahkan juga parti MCA dan MIC yang tidak bertanding supaya menurunkan bendera mereka," tempelak seorang petugas PR.
Gambar: Bendera MIC dikibarkan tetapi tidak diganggu oleh MDL"Ini tidak, mereka hanya tumpukan kepada Pakatan Rakyat," tambahnya.
Tinjauan di beberapa lokasi di Labis menunjukkan memang terdapat bendera-bendera parti komponen Barisan Nasional yang dikibar tanpa diganggu oleh Majlis Daerah Labis.
Justeru itu tidak hairan Majlis Daerah Labis dikecam hebat apabila mereka cuba bertindak mengarahkan bendera parti komponen Pakatan Rakyat yang tidak bertanding supaya diturunkan.












