Ikuti Blog ini

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA PRK TENANG.


Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) saya merayu kepada seluruh pengundi di DUN N.05 Tenang supaya memberi undi kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu 'Cikgu Mala' dalam pengundian pada hari Sabtu 30 Januari ini. Segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan para pengundi memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja kawasan Tenang tetapi kepada politik negara.

Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.

Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.

Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pengundi di DUN Tenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.

Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor



23 Safar 1432H.
Harakahdaily

LABIS, 28 Jan: Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.

"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana doktor lebih profesional terhadap surat yang dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.

Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.

Tambah Normala, gambaran yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.

"Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.

"Setahu saya, suami saya jarang ambil cuti, seorang yang sangat berkomitmen. Sabtu Ahad pun sanggup hantar pelajar main hoki," katanya.

Tengok nii..Mengapa Tiba-tiba Calon BN Berpeluh dan "Mengelabah"..??


Kuah3...belum bertanding mamat ni dah nampak gabraaa..sampai
berpeluh ,kalau ikut kajian gua, dari raut wajah dah susuk tubuh
mamat ni memang kaki "Meroloh" iaitu kaki tidurrr,..Kalau jadi YB
alamat DUN tenang akan tidurr (lembab) macam mata mamat ni jugak.
jadiii...lu Sendiri mau pikirr..siapa yang layak di PILIH!!

Edisi Santai Petanggg...Hancur Umno...

PAS Tambun Buat Laporan Polis Terhadap Chua Soi Lek

PAS Kawasan Tambun (Muslimat) telah membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Chua Soi Lek yang telah menghina Islam di dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang.

Tindakan Chua telah menghina Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

Menjawab soalan wartawan Chua Soi Lek merangkap Presiden MCA itu dalam nada yang marah tetap menegaskan pendiriannya bahawa norma yang diamalkan oleh wanita Islam bagi mengelakkan persentuhan kulit dalam berjabat tangan itu adalah bertentangan dengan asas budaya dan kesopanan dalam berjabat tangan.


LAPORAN POLIS

Kami ingin membuat laporan tentang kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek di atas kenyataannya memperlekehkan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan antara lelaki dan perempuan. Kenyataan ini telah menghina umat Islam dan patut disiasat di bawah Akta Hasutan. Kenyataan ini telah disebut dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di Kuil Budha San Ti Shu dalam kawasan Labis pada tarikh 20 Januari 2011 di dalam artikel Malaysia Kini versi Bahasa Enggeris. Beliau telah merujuk kepada penampilan calon PAS, Normala Sudirman yang diandaikan tidak akan bersalam dengan pengundi-pengundi lelaki. Siapakah Datuk Seri Chua Soi Lek untuk mempertikaikan hukum Islam. Kenyataan ini juga boleh menimbulkan ketidakselesaan dan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

HADIS NABI YANG MENGHARAMKAN BERSENTUHAN ANTARA LELAKI DAN WANITA :

“Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai’ah. Baginda tidak membai’ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Dari Ma’qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
“Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya” (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi)


“Saya telah hidup dikalangan awam selama bertahun-tahun, itu sebahagian dari budaya dan sopan santun dalam berjabat tangan” kata Chua.

Sebelum ini Chua itu telah mempersendakan tindakan Calon PAS Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan jantina yang berlawanan dan membandingkannya dengan amalan yang sama yang dipraktikkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah.

Chua juga telah berkata "Dia tidak akan datang ke sini (sebuah kuil China), dia bahkan tidak berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika ia berjabat tangan. Jika anda boleh menerima jenis nilai-nilai Islam ini , teruskan dan pilihlah PAS, "katanya.

Hal ini kemudiannya disambung pula oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe dari GERAKAN yang membidas Cikgu Normala dengan berkata amalan Normala itu adalah bukti bahawa PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang bercorak melampau.

Setiausaha Agong PAS juga sebelum ini telah mengulas tindakan melampau Chua tersebut.


Berikut adalah kenyataan penuh Mustafa.

Saya terpanggil untuk memberikan komen dan pandangan saya bagi pihak PAS terhadap komen yang dibuat oleh Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA terhadap isu bersalam.

PAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada Normala Sudirman kerana tidak menggadaikan prinsip dan disiplin perjuangan untuk kepentingan politik sementara.

Normala berjaya tonjolkan disiplin Islam di tengah-tengah masyarakat dengan penuh yakin walaupun mungkin kehilangan satu dua undi orang di sekeliling Chua Soi Lek. Tak usah bimbang kerana masyarakat umum yang mengenali PAS memahami soal ini.

Ia bukan perkara baru dalam PAS. Semua pemimpin muslimat PAS samada calon atau tidak calon berpendirian yang sama seperti Normala. Samada Dr Mariah Mahmood (MP Kota Raja) atau Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (MP Titiwangsa) dan lain-lain wakil rakyat PAS pun berpendirian yang sama hatta Datuk Seri Dr Wan Azizah pun berpendirian yang sama.

Apa sebab Chua menjadikan isu sebagai pendiriannya dan MCA. Bagi saya, ada dua sebab.

Yang pertama Chua rasa pelik kerana sepanjang puluhan tahun bergaul dengan pemimpin Umno, samada pemimpin wanita atau isteri pemimpin Umno, dia tidak pernah melihat apa yang diperlihatkan oleh Normala.

Ini bagi saya kegagalan Umno kerana tidak memahamkan perkara ini kepada pemimpin bukan Islam yang bersama mereka. Saya tidak fikir wanita Umno tidak tahu dari segi hukumnya.

Yang kedua sikap Soi Lek sendiri yang tidak dapat membezakan mana yang dianggap bermoral dan mana yang tidak. Sebab itu, berlakun filem seks pada orang lain tidak bermoral tetapi bagi dia dan partinya MCA tidak ada apa-apa. Sebab itu dia terus menang menjadi presiden MCA.

Sepatutnya pemimpin Umno perlu ingatkan kawan mereka yang bukan Islam supaya hormati hak orang Islam sebagaimana orang Islam hormati hak orang bukan Islam. Kita tidak cemuh orang bukan Islam khususnya Cina yang makan babi misalnya kerana itu hak mereka dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh
diambil.

Ia berbeza sekali dalam Pakatan Rakyat apabila pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR cuba memahami dan mendekati Islam. Ia diperlihatkan dengan baik dalam isu bukan Islam memasuki masjid, membaca al-Quran dan memberi salam.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS

AYUH PERANTAU, KEMBALI KE KAMPUNG DAN KITA RAIKAN KEMENANGAN ISLAM



23 Safar 1432H. Oleh : WFAUZDIN NS.

AYUH..Jom kita tabalkan Puan Normala Sudirman sebagai Wakil Rakyat yang baru di kawasan Dun Tenang pada 30 Januari ini. Jangkaan bahawa PAS boleh membuat kejutan pada pilihanraya boleh diterima akal kerana calon Umno kini terpaksa bertahan dan berselindung hanya di sebalik media dan jentera Kerajaan.

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman. Bagi mencapai hasrat tersebut, adalah amat penting semua pengundi di luar kawasan pulang untuk mengundi.

Kepada mereka semua, pulanglah ke kampung untuk membuktikan kepada Umno bahawa parti ini tidak boleh menungkat langit di bumi Johor. Buktikan rakyat Johor tidak selama-lamanya boleh dibeli maruah mereka setelah dikatakan tanah-tanah di Johor juga boleh dibeli oleh pihak luar.

Agama Islam yang begitu disanjung di bumi Johor tidak lagi bolehg dipermainkan atau dipersendakan oleh pemimpin yang terbukti rendah moralnya itu. Jika kaum Cina sendiri malu untuk menerima pemimpin ini, adakah kaum Melayu berugama Islam boleh berpeluk tubuh dengan sikap biadab beliau?

Umno di Johor perlu diajar bahawa ugama Islam mesti dihormati kalau pun Umno sendiri tidak mahu mendaulatkannya. Jika Umno tidak mampu mempertahankan ugama suci ini, serahkan kepada PAS untuk memeliharanya.

Ayuh lah, abang, adik dan kakak untuk kembali ke kampung halaman bersama Cikgu Normala. PAS teramat sukar untuk memenangi pilihanraya ini seandainya saudara-saudari tidak bersama di sini. Lakukan lah pengorbanan besar kali ini. Selamat kembali.

'Suami calon PAS murung, bukan sakit serius'

PAS hari ini menafikan bahawa suami calonnya di kerusi pilihan raya kecil Tenang - Maarof Abdul Mutalib menghadapi penyakit serius seperti didakwa dalam akhbar arus perdana dan beberapa blog pro-BN.

NONEMenurut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Hatta Ramli yang juga ahli parlimen Kuala Krai, setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan suami Normala Sudirman itu menghadapi masalah kesihatan yang serius.

"Tidak ada indikasi beliau ada penyakit yang serius, yang bahaya, tidak ada.

"Beliau bukannya lumpuh atau hilang ingatan. Rasanya (ia) bukannya isu.

"Kalau ada pakar minta rujuk kepada pakar besar, terpulanglah pakar tersebut," kata Dr Hatta Ramli.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata berdasarkan surat cuti sakit yang diberikan kepada guru berkenaan selama 21 hari, hanya mencatakan sakitnya sebagai "simple depressive disorder".

NONE"Masalah kemurungan boleh berlaku dalam banyak hal. Kita tidak tahu apa puncanya, tetapi beliau pernah digambarkan sewaktu isterinya diisytiharkan menjadi calon, beliau diarahkan berpindah 24 jam.

"Mengikut amalan perubatan antara tekanan dan kemurungan boleh berlaku kerana kematian keluarga, atau perpindahan. (Jadi) kemurungan mungkin boleh berlaku," katanya.

Dr Hatta mengulas laporan akhbar dan blog yang mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Bersama isteri

Mengulas lanjut, Dr Hatta berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai kemurungan tersebut.

tenang ceramah normala received flowerBagaimanapun, katanya antara terapi dan jalan penyelesaiannya mengenai isu ini adalah bersama-sama dengan isteri, keluarga dan orang yang disayanginya.

Mengulas mengapa Maarof mengambil cuti yang banyak, Dr Hatta meminta perkara tersebut dirujuk kepada doktor yang memberi cuti berkenaan.

Beliau juga berkata sijil sakit itu "tidak wajar" didedahkan kepada umum kerana ia merupakan dokumen sulit dan peribadi antara majikan dan pekerja.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mempertahankan Maarof yang didakwa berkempen untuk isterinya.

"Beliau tidak kempen, atau memberi ucapan, tetapi (beliau) mendampingi isterinya," katanya.

Utusan Malaysia hari ini memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'. Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini. -M'kini

TG Nik Aziz kuliah Dhuha di Tenang

LABIS, 28 Jan: Orang ramai khasnya para petugas PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi Dataran Wayang Pacak, Labis pagi ini untuk mendengar Kuliah Dhuha yang diberikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Biasanya di pagi Jumaat ini, Nik Aziz memberikan kuliah di Dataran Ilmu di perkarangan Bangunan PAS Kelantan, dekat Kota Bharu.

Namun hari ini sempena dengan kempen pilihan raya kecil Tenang, TG Nik Aziz memberikan kuliahnya di sini.

TG Nik Aziz sudah tiga hari berada di Tenang selepas tiba sejak dua hari lepas.

Malam ini beliau dijangka akan bersama Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dijangka memberikan ucapan di Ceramah Perdana di depan Dataran Wayang Pacak ini.

Ini adalah ceramah umum terakhir menjelang hari pengundian pilihan raya kecil ini Ahad ini. -Hrkh

TG Nik Aziz, Anwar 'terjah' Felda Chempelak Barat


Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONERamai yang 'bermandikan hujan' meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah. Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Paling ramai

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin. Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONETG Nik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan - antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara. "Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam). "Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini.

Tanya... tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis. "Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS... Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan," katanya yang diiringi dengan laungan takbir. NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.

Tiada wang Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan. NONE

"Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,"katanya. Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah. -M'kini

Laporan CNN lambang ketakutan Najib - DS Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Datuk Seri Najib Razak untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang.

Demikian kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Anwar, laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiayai beliau untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Katanya, laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha mereka demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga (gambar kanan), sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Najib, tegas Anwar.

Katanya, Najib sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.

Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan, dakwa beliau.

"Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

"Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya.

"Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat," kata Anwar lagi. -Hrkh

UMNO Jadikan Warga FELDA Labis Sama Dgn Orang Asli Galas


BN digesa henti ugut pengundi Melayu
KUALA LUMPUR : Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.

"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.

"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.

"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu menjadi takut untuk menampakkan sokongan mereka kepada PAS, termasuk takut untuk menaikkan bendera PAS dan menampakkan reaksi cenderung kepada PAS," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang.

Sungguhpun begitu, beliau yakin, pengundi-pengundi Melayu akan sedar tentang kepentingan mereka memberikan undi kepada PAS pada hari mengundi nanti, sekiranya mereka terus didekati oleh para petugas PAS dan diberikan penjelasan yang secukupnya tentang kelebihan perjuangan PAS berbanding Umno BN.

Dari tinjauan yang dilakukan oleh para petugas PAS juga, katanya, para pengundi Melayu di kawasan itu juga ternyata tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno di Johor termasuk di kawasan itu kerana masih amat banyak isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan, walaupun Umno BN telah memerintah negeri itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Selain politik ugutan, Siti Zailah turut kesal dengan para pemimpin Umno BN yang masih terus menerus memainkan politik wang dalam pilihanraya Dun Tenang, walaupun ia sudah diketahui umum salah dari segi undang-undang. -Hrkh

Ingat Galas! UMNO bawa taktik Galas ke Labis. Di Galas, orang asli yang diumpan dan diugut, tetapi di Labis, warga FELDA yang menerima umpanan dan ugutan tersebut. Tak sudah-sudah UMNO BN melembukan rakyat 1Malaysia. -GB


PRK Tenang - Cikgu Mala Di Mata Pengundi Tenang

Pagi Sabtu lalu, di tengah gelombang puluhan ribu orang yang berkumpul di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis Johor, seorang muslimat berumur pertengahan 60-an, memerhatikan calon PAS – Normala Sudirman - yang lalu di depannya bersama pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat.

Muslimat itu kelihatan sangat gembira dan terharu memandang Normala. Air matanya mengalir dan mengesat dengan tudung labuhnya.

Saya bertanya kepada muslimat itu, mengapa beliau menangais. Wanita itu menjawab segera:

"Saya sangat gembira dengan calon PAS ini. Dia masih muda, kuat semangat, sanggup berkorban. Bertuah sungguh ibu yang melahirkannya."


Muslimat itu tidak dapat bersalam dengan Normala atau Cikgu Normala kerana orang begitu ramai, tetapi, katanya, dia puas hati dapat melihat Normala dari dekat dan mengucapkan shukur kepada Allah s.w.t. dan berterima kasih kepada pimpinan PAS kerana memilih calon, yang sangat baik.

Rakan sebelahnya yang kelihatan lebih muda sedikit membertitahu saya bahawa "Kami bangga dengan Normala dan memang tepat memilihnya menjadi calon. Ini calon yang tepat."

Beberapa orang wanita China yang duduk berteduh di bawah sebuah pohon besar menyaksikan perarakan calon itu turut memuji calon PAS itu. melalui isyarat tangan mereka.

"Itu Cikgu Normala calon yang bagus," kata salah seorang dari mereka.

Di tengah gegak gempita penamaan calon itu, turut sama beberapa pemimpin DAP dari Sabah dan Sarawak. "Kami datang untuk sama-sama membantu calon PAS," kata salah seorang dari mereka kepada saya.

Sementara itu, para penyokong Pakatan Rakyat dari DAP memberitahu saya: "Saya puji calon PAS ini, rugilah pengundi Tenang kalau menolaknya."

Hampir semua yang saya temui, dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat mahupun yang mengaku tidak menjadi ahli mana-mana parti politik, memuji calon PAS ini. Malah seorang wartawan senior akhbar berbahasa Inggeris yang saya kenali turut memuji calon PAS ini.

"Dari ucapannya yang saya dengar dia menguasai perkembangan pilitik dengan baik, kata-katanya tersusun, ada wawasan politk yang jelas dan dia memahami suasana politik tempatan dan nasional."

Pemimpin dan penykong DAP serta PKR turut memuji PAS kerana memilih Cikgu Normala sebagai calon di Tenang. Seorang YB DAP berkata, dia gembira wanita PAS memiliki tokoh terbaik seperti Normala.

Perlu disebutkan di sini bahawa walaupun Normala sibuk dengan politik, tetapi dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya mendidik anaknya tiga orang itu, bahka anak sulungnya telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini.

Bagi penganalisis politik pula, PAS/Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan dengan memilih Cikgu Normala dan kelebihan ini tentunya menjadikan pertarungan di Dun Tenang ini begitu sengit sekali di mana pencalonan Normala memberikan impak suckup besar kepada pengundi.

Menurut penganbalisis itu lagi, dengan kekuatan peribadi Normala ini dan parti PAS/Pakatan Rakyat yang diwakilinya, sangat wajar pengundi Tenang memilihnya.

Normala sudahpun bertemu dengan sekian ramai orang – peniaga Cina di bandar Labis, orang kampung, pemandu teksi dan bas, peniaga kecil, peneroka Felda dan sebagai.

Kini sudah semakin ramai berpendapat bahawa generasi baru Felda berbeza dengan sikap politik mereka dengan generasi lama Felda. Generasi baru ini lebih terbuka dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber. Malah di kalangan anak peneroka Felda sendiri sudah memiliki facebook, mengukiti twitter, blog dan sebagainya. Ertinya bukan lagi sekedar mendapat maklumat dari akhbar harian biasa dan TV yang menyajikan maklumat terpilih, justru media lama ini adalah milik Umno/BN.

Oleh itu, suasana berbeza dan tidak boleh lagi menyangka bahawa komuniti Felda tertutup. Sebab itu, walaupun kawasan Felda di Tenang diselimuti bendera, poster dan kain rentang Umno/BN, tetapi peluang PAS bertemu dan berkomunikasi dengan komuniti Felda masih tetap ada.

Pemimpin PAS/Pakatan Rakyat dan Cikgu Normala sendiri sudah menjawab semua isu dan tuduhan yang dibangkitkan oleh musuh politik PAS sejelas-jelasnya, seperti isu hudud, negara Islam, isu wanita Muslim bersalaman dengan lelaki dan sebagainya. Semua yang dibangkitkan oleh MCA ini, menurut pemimpin PAS menunjukkan kekagalan Umno untuk menerangkan Islam sebenarnya kepada mereka.

"Yang mereka bangkitkan bukan lagi isu," kata seorang pemimpin PAS dan rakyat sudah ramai yang faham.

Menurut beliau, isu yang mendominasi rakyat sekarang dan begitu penting sekali ialah mengenai harga barang yang naik berterusan, isu perkauman, isu rasuah dan nepotisme, isu penyelewengan dan ketirisan, isu keruntuhgan moral dengan pelbagai skandel, isu jenayah yang berleluasa, isu penagihan dadah oleh remaja Melayu dan pelbagai masalah lagi.

Kenaikan harga barang ini – terutama minyak dan gas - sangat memedihkan rakyat di mana peneroka Felda juga amat terkesan dengan kenaikannya, walaupun mereka tidak banyak bersuara.

Tidak syak lagi, pilihan raya kecil Dun Tenang ini bersekala besar. PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis dan bekas guru, Normala Sudirman, 38, BN pula menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 38. Hari mengundi 30 Januari ini.

Sementara itu, Normala berkata beliau percaya pengundi di DUN itu akan membuat perubahan dengan memilih beliau untuk kelangsungan masa depan mereka dan anak-anak. 

"Saya sangat optimis dan berkeyakinan keperayaan ini akan diberikan kepada saya dan saya percaya pengundi di DUN Tenang mampu membuat pilihan terbaik," katanya. 

Sekiranya dipilih, beliau akan memastikan masalah rakyat akan diketengahkan pada persidangan DUN Johor untuk diselesaikan. Umpamanya masalah jenayah, pendidikan, sosial, ekonomi, keadaan bandar Labis serta masalah peniaga di sana.

Katanya, banyak masalah rakyat Labis yang akan dikemukakankannya kepada kereajaan Johor jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat nanti.

Normala juga berkata, beliau sudah bersedia untuk memikul amanah dalam memberikan khidmat kepada rakyat khusunya di Dun Tenang.

"Alhamdulillah, Allah memberikan saya keberanian untuk membuat suatu perubahan kerana saya telah mengiltizamkan dalam diri saya perjuangan ini untuk mencari keredhaan Allah," katanya tenang.

Justeru, bekas guru itu menyerahkan kepada pengundi untuk membuat pilihan terbaik pada 30 Januari nanti.

"Saya sangat optimis mandat itu akan diberikan dan saya percaya pengundi di Dun Tenang mampu membuat pilihan terbaik. Pengundi sudah bijak untuk membuat pilihan dan saya serahkan kepada mereka pada 30 Januari ini," katanya tegas.

sumber

Gambar calon PAS, Cikgu Normala Sudirman bersama Tok Guru Nik Aziz..






















Sedang Umno tolak Islam, MCA usah cakap hal Islam-Tok Guru Nik Aziz

Normal Sudirman (kiri) berceramah dengan diperhatikan oleh Nik Aziz Nik Mat ketika berkempen di Kg Redong menjelang hari pengundian Ahad ini. — Foto oleh Choo Choy May

LABIS, 27 Dis — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan MCA — rakan Umno dalam BN — yang terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Mursyidul Am PAS mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Kata beliau, sedangkan Umno sendiri menolak pendekatan Islam dalam politik kerana tidak faham, rakannya MCA tidak wajar menyentuh isu Islam dalam kempennya.
“Dia (MCA) tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham?
“Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, kalau faham mustahil tolak Islam,” kata beliau pada sidang media di Kampung Redong di sini ketika berkempen untuk calonnya Normala Sudirman.

TG Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu juga melahirkan rasa duka cita apabila Umno yang merupakan parti Melayu terbesar itu juga menolak Islam dengan memilih pendekatan nasionalis.

“Kenapa tolak Islam? Saya duka cita kerana Umno tolak Islam.
“Kalau MCA cakap macam itu tidak mengapa sebab dia tidak faham (Islam).
“Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai... kalau nak bagi mesti bagi pada anak yang tahu tentang komputer,” katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.
Ketika ditanya bagaimana peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil itu, Nik Aziz berkata ia terpulang kepada pengundi untuk membuat pilihan.

“Peluang (menang) terletak kepada pengundi, sama ada nak kekal jahiliah atau pilih Islam.
“Islam ada dua (pilihan), jahiliah atau Islam,” katanya.
Sebelum ini, Dr Chua menegaskan, akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Bekas menteri kesihatan itu berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

“Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat),” katanya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa parti komponen BN terutamanya MCA supaya tidak mengeksploitasikan pendirian Normala yang tidak bersalam dengan lelaki.

Selain itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Dr Chua, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam sebagai satu pendirian menghina agama Islam, yang merupakan agama rasmi negara ini.

Justeru, Harussani menggesa Dr Chua supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.
PAS menerusi Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali meminta Umno menasihatkan MCA supaya menghormati adat dan tatatertib orang Islam. -TMI

Blogger Anjur Debat Azahar vs Cikgu Mala

Blogger tawar diri anjur debat antara calon Tenang

LABIS: Sebuah kumpulan blogger bebas hari ini menawarkan diri untuk menganjurkan satu majlis perdebatan antara kedua-dua bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan Normala Sudirman (PAS).

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Kumpulan Blogger-blogger Independent’ (Kubid) itu menyarankan supaya diadakan perdebatan antara kedua-dua calon bagi membincang dan menjelaskan isu-isu yang berbangkit dan berkaitan dengan kawasan tersebut.

Wakil Kubid, Sariffuddin Abdullah berkata penganjuran sesi debat itu bagi membolehkan pengundi mengetahui dan menilai usaha serta hala tuju yang cuba dibawa setiap calon dengan lebih jelas serta berkesan terutama menjelaskan isu-isu yang didakwanya disembunyikan.

“Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politik berpengetahuan, ‘knowledge political’ subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara di mana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus antara calon yang bertanding,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan pemantauan Kubid sepanjang lima hari berkempen, kedua-dua calon banyak menjurus kepada kempen-kempen yang bersifat populis dan ‘kosmetik’ yang bertujuan mengaburi mata pengundi kepada isu sebenar yang sedang berlegar di Tenang.

“Kami mempersoalkan tentang kewibawaan dan integriti calon-calon yang bertanding. Di manakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain? Di manakah etika dan moralnya?” soal beliau.

Pada sidang media itu, Shariffuddin menyerahkan surat jemputan kepada Naib Presiden parti PAS Datuk Mahfuz Omar untuk mempelawa calonnya, Normala menyertai debat itu manakala surat jemputan kepada calon BN akan dihantar selewat-lewatnya petang ini.

Katanya, Kubid bercadang mengadakan debat tersebut esok pada 9 malam di satu tempat yang akan ditetapkan setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua calon. - Bernama

Kantoii...Mahfuz "Tibai" Maslan...

Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkenaan kes mahkamah calon Umno DUN Tenang menunjukan Azahar Ibrahim memang bersalah dalam kes tanah di Segamat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz hal itu membuktikan betapa Umno tidak kisah dengan integriti calon pilihannya dan bawa implikasi buruk kepada pentadbiran dan ekonomi negara.

Dilaporkan Utusan Malaysia, Ahmad Maslan berkata kesalahan ini bersifat sivil dan bukan jenayah.

Inilah kenyataan Timbalan Menteri tak sekolah. Dia menganggap bahawa kesalahan sivil ini tak apa. Kesalahan rasuah tak apa, bantailah banyak mana pun, Salah guna kuasa ni tak apa bagi dia, nak rembat tanah rakyat pun tak apa. Asalkan bukan bunuh. Sedangkan kesalahan inilah yang akan merosakkan persoalan pentadbiran dan pengurusan yang akan beri implikasi kepada ekonomi negara, bidas Mahfuz.

Mohd Azahar Ibrahim, sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Muar kerana bertindak tidak mengikut prosedur dalam melelong tanah milik Mansor Mohamad.

Namun kini beliau disaman pula oleh Norhana Salim, yang telahpun membayar sebanyak RM70 ribu untuk memiliki tanah yang dilelong tersebut tapi terpaksa diserah semula kepada Mansor.

Norhana menamakan Azahar, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defendan dan memfailkan saman sebanyak RM 1.5 juta atas kerugiannya.

Kes itu bakal disebut di Mahkamah Tinggi Muar pada bulan hadapan tetapi Azahar menyatakan dalam akhbar bahawa kes beliau sudahpun selesai.

Mahfuz berpendapat ini menunjukkan betapa pepimpin Umno tidak pernah menyiasat dan menilai peribadi ahli mereka bagi memastikan mereka tidak mengkhianati rakyat.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .