Ikuti Blog ini

Najib Tidak Mampu Selamatkan Imej Buruk Taib

MIRI : Barisan Nasional Sarawak terpaksa bergelut dengan krisis imej Ketua Menterinya yang dianggap sebagai liabiliti terbesar untuk menjamin kemenangan BN pada pilihanraya negeri 16 April ini.

Tambah parah apabila Perdana Menteri dan BN Pusat juga dilihat tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan imej buruk Tan Sri Taib Mahmud di mata rakyat.

Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam temubual bersama TV Selangor berkata, imej buruk Ketua Menteri telah menjadi satu beban yang terpaksa digalas oleh pimpinan BN Sarawak sekali gus menyukarkan laluan BN untuk mengekalkan tampuk kekuasaannya pada 16 April depan.

Ini dibuktikan dengan ketiadaan langsung pemimpin BN Pusat ketika majlis pelancaran manifesto BN Sarawak oleh Taib Mahmud di Sibu petang semalam.

"Tidak syak lagi dilema Barisan Nasional ialah bagaimana menguruskan Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. Satu adakah dia menjadi satu beban atau liabiliti kepada peluang dan harapan Barisan Nasional mengekalkan kuasa, bila soalan itu ditanya saya percaya pimpinan Barisan Nasional dari Kuala Lumpur sudahpun terang jawapannya.

"Tetapi Perdana Menteri Najib tidak ada keupayaan untuk berterus terang dengan Ketua Menteri Taib Mahmud kerana segala macam karenah selama 30 tahun tidak memungkinkan lagi popularitinya boleh menjamin Barisan Nasional mengekalkan kuasa.. tetapi dek kerana ketidakupayaan dan kelemahan pemimpin Barisan Nasional Kuala Lumpur dan Perdana Menteri Najib, maka Barisan Nasional Sarawak terpaksa menguruskan beban ini," jelas Saifuddun.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat menambah, kegusaran BN Sarawak amat ketara apabila dilihat keadaan hambar dan lesu kempen pilihan raya pada pihak BN walaupun sudah memasuki hari ketiga.

" Sudah tentu 'mood' itu kalau dibandingkan dengan 2002 dan 2006, terus terang saya katakan 'mood' kali ini luar biasa yang mengesahkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan khusus Parti Keadilan, meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat negeri Sarawak.

" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu. Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.

" Jadi saya fikir 'mood' ini kalau diterjemahkan formulanya harus sekitar 70 peratus komuniti Tiong Hua, 50 peratus komuniti Iban, Bidayuh dan kemudian kita pertahankan sekitar 40 peratus sokongan masyarakat Melayu. Kalau itu boleh berlaku saya percaya bahawa ianya mampu memberi kejutan besar kepada Barisan Nasional,"tambah Saifuddin.

Malah ujarnya, melihat kepada perkembangan secara keseluruhan, kempen Pakatan Rakyat juga katanya terus bertenaga dalam usaha menyebarluas dasar-dasar Pakatan Rakyat.

" Tema atau tagline kempen kita ialah menerangkan kepada rakyat mengekalkan lagi Taib Mahmud, suatu yang malang bagi rakyat negeri Sarawak. Kita menjanjikan barisan yang lebih segar, yang lebih dinamik, yang lebih kompeten dan komited dengan isu-isu rakyat.

" Saya yakin stigma Taib Mahmud sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional sudah lama melekat dalam fikiran rakyat, maka, dalam strategi kempen Pakatan kita cuma menguruskan gelombang kebencian ini tetapi jangan hanya mendedahkan keadaan itu tetapi harus menerangkan tawaran kita, polisi kebajikan kita, polisi mengagihkan keadilan, kekayaan negara dengan adil kepada setiap golongan,"tambahnya lagi. -tvs

Fuhh..."Mood" Rakyat Sarawak Kini Luar Biasa - Saifuddin

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail dengan yakin berkata, kegusaran BN Sarawak amat ketara apabila dilihat keadaan hambar dan lesu kempen pilihan raya pada pihak BN walaupun sudah memasuki hari ketiga.

" Sudah tentu 'mood' itu kalau dibandingkan dengan 2002 dan 2006, terus terang saya katakan 'mood' kali ini luar biasa yang mengesahkan penerimaan rakyat Sarawak terhadap parti-parti dalam Pakatan khusus Parti Keadilan, meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat negeri Sarawak.

" Kalau dulu 2002, 2006 kita bergelut memperkenalkan lambang kita, kita bergelut cuba memberikan alasan dan rasional kenapa kita mesti hadir menawar diri di Sarawak tetapi kali ini kita telah melepasi tahap itu, perkenalkan parti, menerangkan dasar-dasar perjuangan parti sudahpun kita melepasi tahap itu. Saya fikir itu yang menyumbang kepada penerimaan dan kesedaran yang sekali gus membentuk 'mood' rakyat negeri Sarawak sama ada ianya komuniti Tiong Hua ataupun komuniti pribumi, Iban, Bidayuh, Orang Asal termasuk juga komuniti Melayu,"katanya.

" Jadi saya fikir 'mood' ini kalau diterjemahkan formulanya harus sekitar 70 peratus komuniti Tiong Hua, 50 peratus komuniti Iban, Bidayuh dan kemudian kita pertahankan sekitar 40 peratus sokongan masyarakat Melayu. Kalau itu boleh berlaku saya percaya bahawa ianya mampu memberi kejutan besar kepada Barisan Nasional,"tambah Saifuddin.

Malah ujarnya, melihat kepada perkembangan secara keseluruhan, kempen Pakatan Rakyat juga katanya terus bertenaga dalam usaha menyebarluas dasar-dasar Pakatan Rakyat.

" Tema atau tagline kempen kita ialah menerangkan kepada rakyat mengekalkan lagi Taib Mahmud, suatu yang malang bagi rakyat negeri Sarawak. Kita menjanjikan barisan yang lebih segar, yang lebih dinamik, yang lebih kompeten dan komited dengan isu-isu rakyat.

" Saya yakin stigma Taib Mahmud sebagai satu liabiliti kepada Barisan Nasional sudah lama melekat dalam fikiran rakyat, maka, dalam strategi kempen Pakatan kita cuma menguruskan gelombang kebencian ini tetapi jangan hanya mendedahkan keadaan itu tetapi harus menerangkan tawaran kita, polisi kebajikan kita, polisi mengagihkan keadilan, kekayaan negara dengan adil kepada setiap golongan,"tambahnya lagi.

Najib Dikecam Kerana Tidak Serius Dengan Kematian Sarbani

Kes Teoh, Sarbani adalah sama, kata MP Pakatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak silap ketika mendakwa tiada persamaan antara kematian Teoh Beng Hock dan penolong pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, kata beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini.

Dengan menolak persamaan antara kedua-dua kes berkenaan, Najib sebenarnya cuba memperlihatkan ketidak-seriusan dalam kematian Ahmad Sarbani ketika dalam jagaan Suruhanjaya Pencegahan Rasiah Malaysia (SPRM).

"Najib adalah salah kerana ada persamaan dengan kematian Teoh Beng Hock. Kedua-dua mereka mati di bangunan kerajaan kettika dalam tahanan agensi pihak berkuasa,” kata ahli parlimen Klang, Charles Santiago.

Santiago dan tiga lagi ahli parlimen - MP Shah Alam Khalid Samad, MP Teluk Intan M Manogaran dan MP Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud hari berjumpa dengan pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Maahad bagi melahirkan kebimbangan mereka berhubung keselamatan orang ramai kepada suruhanjaya itu.

50 polis

Keempat-empat ahli parlimen itu diiringi kira-kira 20 penyokong, bertemu Jaafar kira-kira 10 pagi tadi.

Khalid berkata pertemuan kira-kira 30 minit itu diadakan bagi mendapat penjelasan daripada SPRM berhubung beberapa perkara termasuk kes kematian Ahmad Sarbani pada Rabu lalu.

Beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan penjelasan yang diperolehi daripada Jaafar termasuk memberi jaminan bahawa SPRM negeri sentiasa memastikan semua pegawainya mematuhi prosedur siasatan yang ditetapkan.

"Dalam pertemuan ini, kami juga melahirkan kebimbangan orang ramai berhubung keselamatan saksi atau tertuduh dalam kes rasuah apabila dibawa ke premis SPRM," katanya ,

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa hampir 50 anggota polis dilihat mengawal dan menyekat laluan menuju ke Wisma PKPS di Shah Alam sejak 8.30 pagi tadi dipercayai bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Rabu lalu, Penolong Pengarah cawangan Import Eksport dan Kawalan Sempadan KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, ditemui mati di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

Allahyarham didakwa datang secara sukarela ke pejabat SPRM untuk berbincang sesuatu mengenai siasatan kes rasuah dengan pegawai penyiasat suruhanjaya tersebut.

Ekoran kejadian itu, dua pegawai SPRM digantung tugas kerana ingkar perintah berhubung pengendalian saksi yang berkaitan dalam kes kematian berkenaan.


Sepatutnya jangan dilayan buat tayangan di Parlimen tapi kena buat Kuliah Agama pasal dosa tengok video nie..??

Mufti: Video seks bukan bahan bukti

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membidas kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Zainol Rijal Abu Bakar bahawa video seks seseorang yang didakwa berzina boleh dijadikan bukti di Mahkamah Syariah.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Dr Juanda (kanan) berpendapat kenyataan Zainol Rijal itu "menyeleweng" daripada prinsip dalam Islam.

"Jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi (yang adil) yang melihat perlakuan zina itu.

"Bukti video atau gambar atau rakaman tidak diterima bagi jenayah zina. Pandangan (beliau) ini cukup menyeleweng.

"Beliau seorang peguam, takkan dia tak tahu mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Berikutan itu, Dr Juanda meminta Zainol Rijal agar tidak menimbulkan salah faham kepada rakyat umum.

subashini mohd shafi court case pc 030407 zainul rijal"Hukum syara' jangan dipolitikkan... Hukuman zina amat berat dalam Islam, jadi pembuktian juga perlu maksimum," tegasnya.

Dr Juanda mengulas laporan akhbar yang memetik Zainol Rijal (kiri) berkata rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.

Zainol Rijal berkata ia dikategorikan sebagai "bukti bayyinah" iaitu keterangan yang boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video.

Sehubungan itu, kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

Mengulas lanjut, Dr Juanda berkata beliau juga memuji tindakan Speaker Dewan Rakyat yang tidak membenarkan penayangan video seks di parlimen.

bersih parliament police blockade memo 111207 parliament"Saya bersetuju (untuk larang tayangan) dengan beliau, nanti ada orang lain mungkin nak tunjuk video (seks) orang lain pula," kataya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan supaya menutup isu video seks ini dengan segera demi menuju sebuah negara yang rakyatnya mempunyai akhlak.

Pilihanraya menjadi pilihan semua gerakan Islam

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita45/tepoh4.JPGKUALA NERUS - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak ahli dan seluruh rakyat menyokong perjuangan parti itu dengan penuh keyakinan tanpa rasa was-was.

Beliau berkata, PAS pernah menang dan memerintah di Terengganu tahun 1999 hingga 2004 pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 yang lalu.

“Marilah kita bekerja dengan PAS secara yakin, dengan tidak ada was-was sedikit pun khususnya bagi kita di Terengganu ini. Kita di Terengganu tidak ada sebab kita tidak yakin dengan PAS.

"Ini kerana, kita pernah menang tahun 1999 hingga 2004 dan kita telah meletakkan asas untuk mengisi kemenangan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh, di Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) Darul Iman, Tok Jiring, dekat sini Khamis 7 April.

Menurutnya, PAS mengambil pendekatan jalan demokrasi dengan menyertai pilihan raya bagi mengajak rakyat menentukan sesebuah kerajaan.

Justeru itu, katanya menjadi kewajipan kepada PAS bagi mengajak rakyat menyokong perjuangan parti ini dalam pilihan raya.

“Pilihan raya adalah demokrasi dan rakyat diberi hak untuk menentukan kerajaan pilihannya. Maka, kita (PAS) berkewajipan mengajak rakyat untuk menyokong kita dalam pilihan raya supaya pilih kita jadi kerajaan.

“Kerajaan yang memerintah dengan Islam. Pendekatan kita (PAS) mengajak orang bersama menyokong perjuangan kita. Pilihan raya ini, kita kena ajak ‘orang atas pagar’ menyokong bersama dengan kita. Inilah kelebihan kita menyertai pilihan raya,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Rhu Rendang menegaskan pendekatan mengajak rakyat turun ke jalan raya juga mengikut saluran demokrasi.

Namun begitu, katanya agak sukar berlaku di negara ini kerana pemikiran rakyat masih tertutup dan hidup tidak tertekan.

Menurutnya, pendekatan menyertai pilihan raya merupakan jalan demokrasi terbaik hari ini bagi rakyat mengubah kerajaan.

“Pilihan raya dan turun ke jalan raya, kedua-duanya jalan demokrasi. Tapi, hendak turun ke jalan raya dan rakyat bangkit kena ada dua perkara yang berlaku.

“Pertama, fikiran dia (rakyat) terbuka. Kedua, hidup dia tertindas sehingga ada orang tidur di kaki lima di Mesir, di Jakarta, tidak ada makanan dan surat khabar dia (media) bebas melaporkan semua kebaikan dan kejahatan kerajaan.

“Kita (Malaysia) pula surat khabar (media), tv ‘tutup’ dan hidup pula tidak tertekan dan fikiran rakyat ‘tertutup’. Ini yang dihadapi oleh kita (PAS).

Oleh kerana itu, selaku Ahli Parlimen Marang, menegaskan jalan pilihan raya menjadi pilihan masa kini kepada semua gerakan Islam di seluruh dunia.

Katanya, sama ada dipanggil parti Islam atau jamaah Islam mendekatan demokrasi secara aman ini boleh diterima oleh para ulama’ Islam.

Dalam majlis tersebut Presiden PAS turut menyampaikan sijil keahlian PAS kepada setiap wakil-wakil Dun serta menyerahkan bendera parti sebagai tanda simbolik permulaan gerak kerja parti hingga menjelang PRU ke-13, tidak lama lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut penasihat PAS Dun Tepoh, Dato’ Wan Abdul Mutalib Embong dan Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah. -BO

Tengok nii..Dah Tak Tahannn...


Dah tak tahann..Polis menahan seorang lelaki yang
menyertai tunjuk perasaan di hadapan pejabat SPRM
Selangor di Shah Alam pagi tadi.

Lu orang sendiri pikir dengan kepala otak..jangan pikir
dengan kepala lutut macam melayu UMnoo..

Markas PAS Tanjung Datu Disimbah Cat, Taib Dah Kecut!!

Markas PAS di Tanjung Datu disimbah cat oleh pihak tidak bertanggungjawab kelmarin menjelang hari mengundi pada 16 April di Sarawak.

Ketua Penerangan PAS negeri, Abdul Aziz Mohamad berkata, “ekoran peristiwa itu kami telah membuat laporan polis. Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai siapa yang melakukan kerja sabotaj ini. “Biar pihak berkuasa menyiasat insiden ini,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.


Tanjung Datu merupakan salah satu dari lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi oleh calon PAS. Empat kerusi lagi ialah Beting Maro Sebuyau, Sadong Jaya dan Muara Tuang.

Isu video tak ditelan orang, maka digunakan cara purbakala menakut-nakutkan orang. Dah kata BN kuat sangat, kenapa pula markas pula menjadi mangsa.

HIMPUNAN AMAN SELAMATKAN MALAYSIA HENTIKAN LYNAS Siri 2

Perkarangan Masjid Balok Makmur - 8 April 2011








Berita Baik Untuk Rakyat Sarawak....!!!


Baru Bian KM Sarawak jika BN ditumbangkan-MK

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN pada pilihanr raya negeri ke-10, 16 April ini.

Persetujuan itu diputuskan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dan diumumkan di Kuching ketika pelancaran manifesto mereka yang 'Ketuanan Rakyat'.

Hadir ketika pengumuman itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin serta calon-calon Pakatan yang bertanding pada pilihan raya ini.

Ketua DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata perlantikan Baru itu diputuskan pada mesyuarat majlis Pakatan Sarawak.

“Pendirian kita adalah jelas. Kita mahu Baru jadi KM (jika beliau menang),” kata Chomg.

Dr Wan Azizah berkata nama Baru dicadangkan kerana beliau adalah pemimpin negeri tetapi menambah parti dengan jumlah kerusi terbanyak akan dipilih sebagai ketua menteri.

Baru adalah pemimpin veteran dan pembabitannya dalam politik bermula dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS), Kongres Dayak Malaysia dan juga pernah bertanding di bawah tiket Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) pada 2006.

Beliau terkenal dengan kelantangannya memperjuangkan tanah hak adat pribumi (NCR) dan pada pilihan raya ini bertading di DUN Ba'Kelalan di bahagian timur Sarawak. Baru dijangka memenangi kerusinya itu.

Sementara itu, Mohd Nizar berkata pelantikkan ketua menteri atau menteri besar boleh diselesaikan seperti kes Perak pada 2008.

Meskipun PAS adalah parti minoriti dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, namun Nizar dilantik sebagai menteri besar.

“Untuk masa ini, soalan itu tidak timbul. Hanya apabila kita diberi mandat, seorang daripada kami yang berkelayakan akan menerajui kerajaan negeri.

“Saya fikir soalan itu tidak penting sekarang. Maksud saya, saya juga tidak pernah terfikir akan menjadi menteri besar di Perak,” katanya.

Pada pilihan raya 16 April ini, Pakatan bertanding di semua 71 kerusi dengan PKR berentap di 49 kerusi, DAP 15 dan PAS 5.

PR mahu kembalikan kekayaan pada rakyat Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 8 April: Mohamad Sabu berkata, kesungguhan PAS menyertai pilihan raya Sarawak adalah kerana mahu membela hak rakyat negeri ini yang lebih 20 tahun ditindas BN.

Sambil mengulangi bahawa rakyat sepatutnya menikmati hasil kekayaan negeri, beliau juga mahu rakyat bangkit menghentikan segera kerakusan pemimpin negeri yang mengaut kekayaan negeri.

Rakyat, katanya harus keluar dari belengu kemiskinan dengan menukar kepimpinan negeri ini yang ternyata mengabaikan kebajikan mereka.

"Kita (PAS dan Pakatan Rakyat) datang untuk kembalikan kekayaan Sarawak kepada rakyat Sarawak. Sangat sedih apabila rakyat Sarawak antara paling miskin di Malaysia sedangkan Sarawak ada petroleum.

"Inilah dia Sarawak tanah airku," kata Mohamad (gambar) yang juga AJK PAS Pusat sinis dalam satu ceramah di Kampung Sidang Baru di sini.

Turut serta berceramah, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Idris Ahmad serta Adun Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

"Dari Miri ke Sibu lebih kurang 120 km, kalau di Semenanjung sejam naik kereta. Kalau saya bawa 45 minit, kena saman ekor, Mahfuz bela," katanya disambut gelak ketawa hadirin.

"Di sini, Sibu ke Miri 3 jam lebih, kerana jalan raya bukan macam naik kereta, tapi macam naik kuda," tambahnya menggambarkan kemudahan asas yang jauh ketinggalan.

Membandingkan dengan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih kaya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Beliau memberi contoh Selangor yang kaya dengan hasil negeri tetapi di bawah Pakatan Rakyat, kekayaan itu dinikmati rakyat.

Ianya termasuk 20 meter padu air percuma, wang masuk universiti RM1,000, skim warga emas dan banyak lagi.

"Dalam tempoh sekarang, rakyatlah yang menjadi raja, bukan lagi Tan Sri (Abdul) Taib Mahmud.

"Undilah Pakatan Rakyat, kalau satu penggal mereka perintah baik, sambung tugas mereka, kalau buruk lebih dari BN, patah balik undi parti yang anda mahu," katanya.- Hrkh

Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan.

Ia termasuk memberi wang tunai secara terus kepada rakyat dan menuntut pemberian royalti minyak Sarawak ditingkatkan jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru pada 16 April ini.

NONEBerbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat.

“Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,” kata manifesto itu.

Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

NONEPakatan Rakyat juga berikrar bagi membentuk Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal..

Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'

  • Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.
  • Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
  • Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
  • Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
  • Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
  • Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
  • Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun. -M'kini

Underwear tok imam berlubang



Lawak tapi penuh pengajaran... haha..

Bomoh Taib Mahmud kena maki hamun di khalayak ramai!


Sebelum ini MiLo Suam ada memetik pendedahan dari laman sesawang Sarawak Report mengenai seorang bomoh berambut perang yang sering mendampingi Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud rujuk sini [Bomoh]. Boleh tahan juga ye Taib Mahmud, pandai pilih bomoh, sebijak dia memilih isteri juga.

Apa yang agak memeranjatkan dalam proses penamaan calon semalam, susuk tubuh bomoh "blondy" Taib Mahmud yang memiliki rupa ala-ala warga asing daripada eropah ini berjaya dirakamkan oleh ramai para hadirin. Malah bomoh "blondy" ini telah menyebabkan berlakunya kekecohan di penamaan calon semalam apabila dia dimaki hamun oleh sepupu Taib Mahmud.

Beberapa blog ada melaporkan bahawa bomoh rambut perang ini telah dihalau dan tidak dibenarkan berada di tempat penamaan calon. Sepupu Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak nampaknya sangat marah dengan bomoh ini kerana didakwa telah meracuni fikiran Taib Mahmud dan membawa kerosakan kepada negeri Sarawak.

Kisah ahli politik dan bomoh ini mengingatkan kita kepada berita yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu apabila seorang ahli politik juga merangkap ADUN Barisan Nasional yang mati dikerap-kerat kepada 18 bahagian oleh bomoh yang dibayar kononnya untuk mengekalkan kedudukan dan pangkatnya.


Elok sangatlah bomoh Taib Mahmud ni dihalau daripada terus menyesatkan orang. Silap hari bulan, Taib Mahmud pulak akan menggemparkan negara kerana dikerat-kerat oleh bomoh seksinya ini.

ReJaM© "Gerombolan dengan bomoh ni dah jadi perkara biasa, ustaz-ustaz dan ulama UMNO pun tak berani tegur, takut kena buang kerja..."

Kenyataan Yang Tidak Bertanggungjawab Di Hari Pengkebumian Ahmad Sarbani

SPRM digesa kekal sifat tegas, berani jalan tugas


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur terhadap suspek serta penjenayah rasuah bagi mengelak negara hancur disebabkan gejala itu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.

“Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya.

“Ini juga menunjukkan SPRM tidak boleh dibeli oleh penjenayah rasuah. Ini adalah satu transformasi kerajaan yang boleh dilihat keberkesanannya,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Kelmarin, pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Ahmad Sarbani Mohamed ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini.

Ahmad, 56, penolong pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor adalah antara pegawai kastam yang ditahan SPRM pada 1 April lalu di pejabat kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebelum mayatnya ditemui di gelanggang badminton di tingkat satu. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. -BH

Tiada yang lebih biadab daripada berita di atas. Tiada yang lebih biadab daripada kenyataan dari seorang pemimpin NGO seperti di atas.

Ia dikeluarkan sewaktu jenazah Allahyarham sedang disemadikan semalam.

Mengaitkan berita kematian Ahmad Sarbani Mohamed yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane (sehingga ini belum diketahui punca sebenar kematian) dengan membunuh diri adalah satu tindakan keterlaluan lagi tidak bertanggungjawab.

Ia tidak lansung memberikan kesan positif kepada usaha memperbaiki mutu perkhidmatan SPRM tetapi sebaliknya akan menyebabkan negara akan terus berdepan dengan kes-kes yang tidak diingini berlaku.

Kredibiliti dan integriti pasukan SPRM sudah tercemar dan usaha berdalih untuk mewangikannya dengan membuat kenyataan yang bodoh lagi mereng meminta SPRM supaya terus mengekalkan sifat tegas, berani dan tidak bertolak ansur.

Memang kita tidak bertolak-ansur dengan apa bentuk jenayah, kolar biru atau kolar putih, tetapi sesuatu siasatan sehingga menyebabkan kematian itu sendiri sudah merupakan satu jenayah.

Seluruh rakyat negara ini akan bangun menentang apa juga bentuk kezaliman dan kekejaman yang dilakukan ke atas rakyat.

Tubuh segera Suruhanjaya Siasatan untuk kes ini, jika berani dan jika ada kejujuran untuk mengetahui kebenaran! -GB

Mufti: Letak jawatan tanda protes, ada media sendiri

KUCHING, 8 April: PAS mencadangkan Jabatan Mufti negeri-negeri seluruh negara mengeluarkan media sendiri bagi menyuarakan pandangan mereka agar tidak lagi dipermainkan oleh Umno melalui media mereka.

Mufti juga dicadangkan agar meletakkan jawatan sebagai tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kanan) berkata, kejadian yang berlaku terhadap Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar bawah) amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia.

Ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks, para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja.

Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.

Antara mangsa salah lapor ini adalah Tuan Ibrahim sendiri yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.

"Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.

Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini.

Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media tradisional yang dikawal Umno dan BN.

Kenyataan begini amat dinanti oleh rakyat kerana ketegasan mereka akan dilihat pendirian rasmi para mufti. Sayangnya kenyataan begini jarang dikeluarkan oleh media tradisional kerana ianya bertentangan dengan agenda tersembunyi UmNo, kata Tuan Ibrahim.

Bagi beliau, tindakan media tradisional ini sekali lagi membuktikan isu video adalah agenda Umno bagi mematikan karear politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekaligus merencatkan perubahan politik yang sedang berjalan di Sarawak.

Katanya, apa yang membimbangkan ada ura-ura pihak tertentu yang akan mengedarkan klip video ini di Sarawak, khususnya di kawasan Melayu bagi tujuan jahat mereka ini.

Memandangkan tiadanya senbarang tindakan phak polis bagi mengambil tindakan kepada Trio Umno yang menayangkan klip ini dan tindakan media perdana menyiarkan klip ini, maka tindakan ini tidak mustahil, tambahnya.

"PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya.

Kata Tuan Ibrahim, sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;

1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.

2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.

3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."

4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .