Ikuti Blog ini
Penipuan Dasyat SPR: 21 Pengundi Berbeza Bangsa Dalam Sebuah Kedai, Umur Tentera 111 Thn , at 26.8.11,
Keraguan daftar pemilih terus dibongkar apabila terbaru, DAP menemui bukti (a) 21 orang pengundi berlainan kaum tinggal di sebuah kedai.
Selain penemuan itu, mereka juga menjumpai:
(b) seorang anggota tentera berumur 111 tahun tetapi masih lagi berkhidmat dalam tentera, (lihar imej)
(c) seorang anggota dengan dua isteri yang nama mereka sama, dan
(d) seorang wanita yang lahir dua kali pada abad yang lepas.
Keganjilan yang bersifat penyelewengan dan penipuan ini telah didedahkan oleh Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau seperti dipetik Roketkini berkata, DAP telah menemui 21 nama daripada beberapa keluarga Cina dan India yang berdaftar sebagai tinggal di sebuah kedai yang dijadikan pusat khidmat tidak rasmi seorang pemimpin MCA di Negeri Sembilan.
Kedai itu yang beralamat di A11-2 Metrix Medan Jalan Manikawasagan, Seremban mempunyai 10 pengundi Cina dan 11 India.
“Ini membuktikan satu penipuan yang jelas kerana tidak munasabah sebuah kedai, dan bukannya rumah, boleh mempunyai begitu ramai pengundi daripada keluarga yang berbeza,” katanya.
Menurutnya, satu lagi keganjilan yang ditemui ialah nama seorang pengundi di kem tentera Jalan Rasah, iaitu Nor Hisham bin Md Darus dengan kad pengenalan tentera T1091492.
“Apa yang pelik di sini ialah Nor Hisham ini mempunyai seorang isteri bernama Khadijah Binti Husin yang mempunyai dua kad pengenalan, iaitu 79022011518 dan 700220115182.
“Adakah Nor Hisham ini mempunyai dua isteri dengan nama yang sama dan ejaan nama yang sama?” katanya.
Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, ini adalah tidak mungkin kerana Khadijah membuat pendaftaran baru sementara Khadijah ‘yang kedua’ baru sahaja mendaftar sebagai pengundi.
Dalam masa sama juga, beliau mempertikaikan bagaimana seorang anggota tentera bernama Hisni Bin Isnain yang bernombor tentera T1102918 dan lahir pada 24 Julai 1900, masih berkhidmat di kem tentera Sunggala, Bagan Pinang.
“Hebat sekali anggota tentera kita. Sudah berumur lebih 100 tahun pun masih berkhidmat,” ujarnya.
Katanya, DAP juga menemui dalam daftar pemilih nama seorang pengundi Swee Lan @ Chia Swee Lan yang lahir pada 17 September 1918 yang mempunyai kad pengenalan baru dan lama bernombor 410917055006 dan 1559230.
Daripada maklumat dua kad pengenalan itu, tidak dapat dipastikan sama ada Swee Lan telah dilahirkan dua kali, iaitu pada 1918 dan 1941.
“Ini hanya di kawasan Parlimen dan DUN saya sahaja, dan hanya beberapa kes sahaja yang dapat kami kesan, kerana bukannya mudah untuk mengesan pengundi-pengundi misteri ini,” kata Loke.
Justeru, beliau berkata, walau pun penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) adalah satu langkah yang boleh diterima, tidak ada gunanya jika masalah pelik yang boleh menimbulkan keraguan dalam sistem pilihan raya negara gagal diatasi.
“Begitu juga kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya yang angkuh kerana mengatakan mereka boleh menolak apa-apa keputusan PSC. Maksudnya, masalah-masalah ini tidak akan selesai,” katanya. -Hrkh
PERUTUSAN EIDULFITRI 1432 , at 26.8.11,
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walillahil hamd
Sama ada kita sedar mahupun tidak, Ramadhan semakin menghampiri penghujungnya. Bulan istimewa ini bakal meninggalkan kita, membawa pulang kembali segala tawaran-tawaran yang pernah ditawarkannya. Kalaulah manusia dapat mendengar laungan khas di bulan Ramadhan sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi S.A.W dalam hadisnya, “Ya baghiyal khairi aqbil, wa ya baghiyas sharri aqsir”, nescaya mereka akan berlumba-lumba mendapatkan kelebihannya, dan serta merta menghentikan segala perkara keji, mungkar dan maksiat. Maka beruntunglah bagi sesiapa merebut kelebihan-kelebihan itu, dan rugilah serugi-ruginya bagi mereka yang lalai dan alpa.
Ramadhan meninggalkan sekian banyak hikmah dan pengajaran. Bermula daripada ibadah puasa dan qiamnya, hinggalah kepada peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalamnya.
Salah satu daripada peristiwa besar tersebut ialah Fathu Makkah ataupun Pembukaan Makkah yang berlaku pada tahun kelapan hijrah. Pembukaan Makkah membawa erti kemerdekaan yang sebenar. Bukan sekadar memerdekakan tanahair, tapi memerdekakan jiwa fitrah setiap manusia daripada diperhambakan sesama manusia kepada memperhambakan diri kepada Allah, Tuhan semesta alam.
Benarlah kata-kata Rub’i bin ‘Amir ketika berhadapan Panglima Tentera Parsi, “Sesungguhnya Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada memperhambakan diri hanya kepada Allah Tuhan Yang maha Esa, daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dan daripada kezaliman ajaran-ajaran yang lain daripada Islam kepada keadilan Islam.”
Makkah dibebaskan oleh Rasulullah S.A.W bukan daripada penjajah asing, tapi daripada penjajah tempatan. Bangsa dan bahasa tutur kata mereka adalah sama. Bezanya ialah satu mahu berhempas pulas mempertahankan jahiliah, dan satu lagi mahu menegakkan kalimah tauhid. Mungkin akan ada yang berkata Rasulullah mengkhianati bangsa dan tanahair sendiri. Menyerang dan menakluk bangsanya. Tetapi apabila bangsa dan tanahair menjadi penghalang dalam rangka menegakkan kalimah Allah, maka semua itu secara automatik menjadi musuh yang mesti diberi pengajaran.
Apalah ertinya merdeka daripada penjajah asing, tetapi kemudiannya menjadi hamba kepada “penjajah tempatan” yang sama kulit dan bahasanya. Apalah ertinya merdeka apabila penjajah sudah dihalau, tetapi pemikiran penjajah masih lagi menjadi anutan dan ajarannya masih diamalkan.
Bukan mahu memperkecilkan jasa mereka yang telah memerdekakan tanahair tercinta ini, tetapi Islam telah mengajarkan erti kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan membebaskan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Bukannya meruntuhkan jahiliah lama, kemudian membina jahiliah moden di atas runtuhan tersebut. Sebaliknya ialah meruntuhkan jahiliah dan membina kegemilangan Islam di atas runtuhan itu.
Semoga Allah swt menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan ini.
Bagi pihak PAS Puchong saya mengucapkan Selamat Menyambut Eidulfitri, maaf zahir dan batin, kepada semua umat Islam. Mudah-mudahan Allah S.W.T memberkati dan melimpahi kita semua dengan keampunan dan belas kasih daripada-Nya.
Salam hormat daripada saya;
MUHAMMAD SUFYAN ISMAIL YDP PAS PUCHONG
TV3 Kantoi! Surau Al-Musyrikin tidak wujud! , at 26.8.11,
Milo Suam
Balik raya berbekalkan juadah media alternatif ,Khamis, Ogos 25, 2011 at 25.8.11,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu
jalan yang jahat yang membawa kerosakan." - Maksud Ayat al-Quran Surah al-Israa': 32BEGITU gegak gempitanya media alternatif termasuk laman portal Malaysiakini, Harakahdaily; akhbar cetak seperti Suara Keadilan dan Harakah; blog dan media baru terkini seperti Facebook, membicarakan isu kepincangan SPR dan kewarganegaraan; namun ‘keributan’ itu kelihatan tidak dipedulikan langsung orang kampung.
Sebaliknya, media tradisional seperti surat khabar Utusan, Berita Harian dan media elektronik RTM dan TV3 masih dianggap ‘kitab paling sahih’, jadi tak hairanlah ketika meninjau-ninjau isu dibualkan di tepi gerai atau pasar malam, ramai yang memuji-muji kerajaan kerana memberi bonus setengah bulan gaji kepada kakitangannya sempena Aidilfitri ini.
Orang pencen pun tersengih, mengucapkan tahniah kepada satu sama lain kerana mendapat habuan RM500. "Siapa nak bagi, terima kasih kerajaan," terdengar seorang pesara berkata kepada seorang sahabatnya ketika turun dari basikal di depan sebuah pejabat pos mini kampung.
Berlainan sebahagian orang bandar yang membicarakan secara agresif mengenai laporan isu kewarganegaraan yang didakwa membolehkan sekian jumlah bekas warga asing mengundi, orang kampung nampaknya tidak peduli, malah tidak peka pun terhadap permasalahan tersebut.
Pergilah ke kawasan pedalaman, mereka tidak bercakap pun mengenai perkara itu. Salah satu sebabnya, orang kampung tidak tahu dan mereka pun tidak didedahkan secara berhikmah mengenai kebobrokan pihak-pihak tertentu ini. Malahan media alternatif, tidak sampai pun ke kawasan mereka; hari-hari mereka dihadapkan propaganda RTM dan TV3 dan membaca akhbar Utusan dan Berita Harian.
Perangkaan menunjukkan media alternatif bercetak seperti Harakah mempunyai edaran dan pasaran terbesar di Lembah Klang manakala di kawasan pedalaman kadang-kadang akhbar ini tidak sampai atau kedapatan sama sekali.
Berdasarkan keadaan ini, adalah amat baik sekali untuk anak-anak yang berkhidmat di bandar-bandar, mulai sekarang mengumpulkan bahan-bahan bacaan termasuk akhbar alternatif untuk dibawa pulang ke kampung masing-masing untuk dijadikan sebagai antara ‘juadah’ hari raya nanti. Inilah masa terbaik untuk kita berbakti kepada perjuangan, kerjanya tidak berat, kita hanya keluarkan sedikit modal dan hulurkan bahan bacaan berkenaan kepada saudara-mara dan sahabat.
Dengan adanya bahan-bahan itu, kita tak perlulah bercakap banyak kerana bimbang ia akan mencetuskan perbahasan dan pertelingkahan pada hari mulia, memadailah kita menghadiahkannya kepada mereka; insya-Allah mereka yang berhati kering pun akan membacanya nanti kerana mereka mendapat bahan-bahan itu secara ‘free’.
Atau lebih baik lagi, jika memasukkan misalnya akhbar Harakah dalam bungkusan kuih-muih yang kita hadiahkan kepada saudara-mara dan sahabat. Jadi tidaklah nampak kita terlalu berkempen pula.
Ataupun, kita boleh letakkan akhbar-akhbar berkenaan di meja makan (janganlah dibuka TV), mahu tidak mahu tetamu yang sudah lama datang; bagi menghilangkan kebosanan, akan menyelak akhbar itu nanti. Kata orang tak kenal tak cinta, mana tahu lepas menyelak-nyelak helaian akhbar itu mereka dapat ‘hidayah’, lantas menjadi penyokong kuat perjuangan Islam pula!
Bagi menghadapi saudara-mara dan sahabat yang sudah kita kenal hati budi mereka, di samping menghadiahkan bahan bacaan berkenaan, kita bolehlah membuat sesi penerangan (jika kita mahu kita bolehlah membuat jamuan atau rumah terbuka kemudiannya), insya-Allah mereka akan menerimanya jika melakukannya secara berhikmah.
Apa yang penting, kita sambutlah saranan ini dan buatlah kerja mudah yang dicadangkan, insya-Allah hasilnya akan dapat dilihat nanti!
Oleh Lanh
Tak Ramai Pemimpin Mahu Terima Nasihat Ulama, Tak Ramai Ulama Berani Menasihat Pemimpin , at 25.8.11,
Tak Ramai Pemimpin Mahu Terima Nasihat Ulama
SHAH ALAM : Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberitahu beliau pernah berhasrat untuk bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menasihati perdana menteri keempat itu agar tidak memecat dan mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia "mampu memecahbelahkan Melayu".
“Banyak perkara saya minta, Dr Mahathir tidak lakukan, (ada juga) yang beliau dengar dan lakukan (mengikut) nasihat saya, tetapi ada tiga perkara beliau tidak melakukannya. Yang pertama bila nak pecat Anwar, saya nasihat agar jangan bertindak demikian (kerana) pengaruh Anwar bukan sikit dan ini mampu memecah belahkan Melayu.
"Bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri dan menteri kewangan) buat rombakan kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,”ujar Harussani.
Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian siri ke 6 yang bertajuk 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti?' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.
Sejak kejadian itu, karier politik Anwar terus dihujani dengan pelbagai fitnah termasuk salahguna kuasa dan serangan moral.
Dalam pada itu, Harussani juga turut mendedahkan, dalam usaha untuk memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau juga pernah mengingatkan kepada Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah".
"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.
Perkara tersebut didedahkan oleh Harussani bagi mengulas peri pentingnya peranan para ulama dalam menegur dan memberi pandangan kepada pemimpin dalam urus tadbir sesebuah negara.
Ujarnya, sejak dahulu lagi beliau sering mengambil pendekatan sama iaitu menegur pemimpin utama negara termasuk pada zaman Tun Razak Hussein lagi.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci tentang teguran-teguran yang dibuatnya. -tvsnews
SAMBUTAN EIDULFITRI MENGIKUT SUNNAH , at 25.8.11,
Eidulfitri merupakan hari kita bersuka ria dan menzahirkan kegembiraan. Ia membawa makna kembali kepada fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih itu adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadhan. Maka dengan erti kata lain, tujuan kita berhari raya ialah bagi meraikan kejayaan kita berpuasa di bulan Ramadhan dalam masa yang sama mengekalkan momentum tarbiah Ramadhan yang mana maqsad (tujuan) utamanya iaitu menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.
Eidulfitri Yang Di Tuntut
Sebagaimana yang ditegaskan bahawa puasa disyariatkan bagi mencapai maqsad taqwa. Maka sambutan hari raya mestilah selari dengan apa yang dituntut oleh syarak. Anas r.a menceritakan:
“ Ketika Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Eiduladha dan Eidulfitri. " (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)
Jelas di sini, bagi umat Islam bukan ia sekadar satu perayaan, adat atau budaya. Ianya juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah S.W.T sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Apa yang menyedihkan kita sekarang ialah segelintir daripada manusia melakukan banyak kesalahan dalam menyambut hari raya. Malah ramai yang tidak mengerti apa sebenarnya tujuan mereka merayakannya. Lebih teruk, kegembiraan yang sepaturnya diraikan dalam suasana ibadah bertukar menjadi menderhakai Allah s.w.t.
Amalan Eidulfitri Mengikut Sunnah
Bertakbir.
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal suatu amalan yang disyariatkan. Takbir ini bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) pada malam hari raya pertama dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam mula berkhutbah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)
Lafaz ucapan selamat
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalallahu minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
Meneruskan qiamullail
Jika sepanjang bulan Ramadhan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadhan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam hari raya sahaja. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadhan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadhan.
Memakai pakaian yang indah
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang nipis, menampakkan susuk badan dan bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menjerumuskannya ke dalam kemungkaran. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, (untuk menarik perhatian) dia adalah (ibarat) penzina." (Hadis riwayat al-Nasaai)
Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menarik perhatian lelaki hanyalah khusus untuk suaminya.
Mengerjakan Solat Sunat Eidulfitri
Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Eidulfitri adalah perlaksanaan solat sunat Eidulfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya (pertama) Eidulfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." ( Hadis riwayat al-Bukhari)
Namun, jika anda masuk ke masjid, wajarlah menunaikan solat dua rakaat tahiyyatul masjid. Merujuk kepada hadis di atas, Baginda S.A.W menunaikan solat hari raya di tanah lapang, bukan di masjid Baginda S.A.W.
Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." – (Hadis riwayat Muslim)
Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Kiraan setahun adalah setelah mengambil kira 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan. Ini berdasarkan kepada setiap amalan soleh akan digandakan sepuh pahala oleh Allah S.W.T. 30 hari Ramadhan ditambah 6 hari digandakan dengan sepuluh akan menghasilkan 360 hari iaitu julah hari untuk satu tahun.
Hadis ini menjadi penguat bahawa Syawal yang datang menjadi pelengkap kepada penyempurnaan Ramadhan yang sebelumya kita lakukan dalam usaha mencapai ketaqwaan kepada Allah S.W.T
Terdapat banyak lagi perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut hari raya ini seperti berjalan kaki ke masjid untuk bersolat raya, mandi di pagi raya, dan makan sebelum menunaikan solat raya.
Penutup
Kesimpulannya, Syawal menjadi penerus kepada maqasid puasa dan ibadah-ibadah lain dalam Ramadhan. Maka kita seharunya menyambut hari raya dalam keadaan tunduk, patuh, penuh keinsafan dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut hari raya Eidulfitri menurut al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, hari raya yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya
MU Kembali , at 25.8.11,
Alhamdulillah setelah beberapa lama blog MU ditutup sementara akibat tekanan daripada pihak atasan maka dengan keberkatan doa' sahabat-sahabat di bulan Ramadhan yang mulia ini akhirnya blog ini dapat beroperasi seperti biasa. Selamat berpusa dan selamat Hari Raya Aidilfitri.
Polis tembak gas secara sejajar membahayakan ,Rabu, Julai 20, 2011 at 20.7.11,
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Fayyadh Afiq Al-Bakri hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan polis melepaskan gas pemedih mata di terowong KL Sentral sewaktu perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lau.
Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pecah tulang pipi sebelah kiri akibat terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan pihak polis.
Fayyad, 25 terpaksa menjalani pembedahan selama lima jam di Hospital Pantai pada 11 Julai lalu bagi meletakkan plat titanum bagi menggantikan tulang pipinya.
Pada hari tersebut, beliau cuba melindungi Anwar daripada terkena kanister itu dengan menolak Anwar ke tepi sehingga ianya terkena pipi kirinya.
"Saya menuntut siasatan segera, adil dan bebas mengenai serangan ke atas saya, Datuk Seri Anwar dan kumpulan tersebut.
"Saya percaya tindakan polis menembak secara sejajar ke dalam terowong adalah salah dan amat membahayakan saya dan semua yang berada di situ," katanya dalam laporan tersebut.
Beliau ditemani peguam R. Sivarasa (ahli Parlimen Subang), N. Surendran (Naib Presiden PKR), Latheefa Koya (Ketua Penerangan PKR), dan Fadiah Nadwa Fikri (Lawyer For Liberty).
Beliau juga meminta tindakan pendakwaan dilakukan ke atas semua anggota polis yang didapati bertanggungjawab.
"Setelah insiden ini berlaku saya mendapat tahu bahawa pegawai yang memberi arahan menembak adalah Wan Bari dan saya telah melihat video di mana saya melihat hampir dua belas das tembakan gas pemedih mata dilepaskan ke dalam terowong," katanya.
Fayyad yang berkaca mata hitam bagaimanapun tidak bercakap kepada media selepas laporan itu dibuat sebaliknya hanya N Surendran dan Sivarasa yang membuat penjelasan.
Latheefa Koya berkata Fayyad masih dalam keadaan trauma dan matanya masih berair.
N Surendran berkata, tindakan polis itu jelas melanggar undang-undang kerana melepaskan gas secara berlebihan di dalam terowong.
"Tindakan polis itu ternyata salah sebab mengikut undang tak boleh lepaskan gas pemedih mata dalam terowong kerana asap yang terkumpul akan menjadi tebal dan membahayakan orang ramai," katanya.
Tambahnya jika Fayyad tidak bertindak cepat, sudah tentu kanister itu akan mengenai tepat ke arah Anwar.
Anwar turut cedera di kepala dan lutut dan dikejarkan ke Hospital Pantai.
Turut mengalami kecederaan akibat terkena kanister gas pemedah mata yang dilepaskan secara rambang ialah ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menerima enam jahitan di kepala. -Hrkh
Saman Judi: Mana PERKASA, Patriot & Silat Lincah..? , at 20.7.11,

Hari tu bila BERSIH 2.0 nak buat Perhimpunan Aman, PERKASA, PATRIOT, SENI SILAT LINCAH & macam2 pertubuhan "Pembela Agama Islam & Bangsa MeLAYU" timbul...
Hari ni bila 3 ekor (dipercayai Ahli MCA) saman Kerajaan Kelantan sebab tak benarkan aktiviti Judi di Kelantan mana Haram-Jadah2 "Pembela Agama Islam & Bangsa MeLAYU" hilang..?
Mana Brahim Ali Puk1m4k...??? Mana geng "Eee"..? Mana geng Keris..? Pettuih...!!!
Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan Pas Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lepas.
Saman pemula itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Sheng Lee Law pada 6 Jun lepas.
Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.
Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.
Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.
Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.
Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan.
Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya. -Perisikrakyat
Kerana Mereka.. Rosak nama PDRM.. , at 20.7.11,
Bagi aku.. adalah tidak patut jika kita melabelkan semua anggota PDRM itu zalim dan tidak bertimbangrasa, apa yang mereka lakukan itu hanyalah kerana menurut arahan..
Apa yang menjadikan mereka bertindak zalim itu adalah kerana mengikut perasaan
Tetapi oleh kerana tindakan segelintir dari mereka yang bertindak mengikut perasaan maka buruklah nama PDRM, umpama kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga atau kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit..
Gambar diatas adalah gambar seorang anggota Polis? yang bertindak mengikut perasaan..
Lihat video-video dibawah yang memperlihatkan kepada kita anggota-angota Polis yang melanggar SOP mereka.. sumber
Kenapa katak ini menangis? , at 20.7.11,
UiTM belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan presiden PERKASA supaya Anugerah Ibrahim Ali diberikan kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Menurut naib canselornya, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar UiTM tidak memilih nama ataupun membuat sebarang cadangan anugerah berkenaan.“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.
“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” kata Sahol Hamid dalam laman Facebooknya.
Menurut beliau senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan,
“Di senat ada 60 orang professor, dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” katanya.
Menurut naib canselor itu, isu itu berlaku kerana Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.
“UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” kata Sahol Hamid.Isnin lalu, Impak pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri .
Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.
Kriteria lain adalah:
• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM
Bagaimanapun tindakan menamakan anugerah itu sempena naman pemimpin yang kontroversial itu menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pelbagai pihak. -M'kini
Kelantan Cheng Ho 2011 yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan , at 20.7.11,
Kemeriahan dan kegembiraan jelas terpancar pada wajah-wajah pengunjung yang berkunjung ke Festival Makanan Antarabangsa Kelantan Cheng Ho 2011 pada malam semalam walau cuaca mendung dan hujan membasahi bumi Serambi Mekah yang diberkati Allah s.w.t ini.

BERS✔H Akhinya Berjaya Serah Dokumen 8 Perkara Kepada Agong , at 20.7.11,
Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 semalam berjaya menyerahkan memorandumnya yang mengandungi lapan perkara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, lapor sebuah laman berita setempat.Encik Richard Yeoh dan Encik Liau Kok Fah, dua anggota jawatankuasa pandu Bersih 2.0, menyerahkan memorandum itu kepada seorang pembantu setiausaha peribadi Sultan Mizan pada sebelah petang.
'Memorandum itu menggesa agar diadakan pembaharuan (proses) pilihan raya,' kata Encik Liau kepada laman berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT), semalam.
Antara lain, memorandum Bersih 2.0 itu menggesa agar dikemaskinikan senarai pengundi bagi pilihan raya mendatang, membaharui amalan undi pos dan menghentikan politik kotor dan rasuah.
Ia juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan dakwat tidak boleh dikikis bagi setiap pengundi, mengadakan tempoh berkempen selama 21 hari, akses media yang bebas dan adil, serta pengukuhan institusi awam seperti SPR.
Selain itu, Bersih 2.0 turut menggesa agar enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk seorang Ahli Parlimen (AP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.
Dalam satu perkembangan lain pula, Datuk Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau marah dengan serangan peribadi para pemimpin Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap Ketua Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
'Saya rasa rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,' kata Datuk Marina, seperti yang disiarkan oleh laman berita Indonesia, VIVANews.com.
Anak sulung Dr Mahathir itu menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih tetapi mengakui dirinya bernasib baik kerana menyertai perhimpunan itu di kawasan polis tidak langsung bertindak keras.
Namun, menurutnya, para pembantah di tempat lain mengalami tindakan kekerasan berlebihan daripada polis.
'Ada banyak cerita daripada peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka terkenan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,' katanya.
Datuk Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, mereka tetap diserang polis, walaupun telah melarikan diri, dengan tembakan gas pemedih mata hingga dalam pekarangan Hospital Tung Shin.
Bersih hands over memo to King
The Bersih's eight-point memorandum was delivered to the palace on Friday by two members of the steering committee.
KUALA LUMPUR: Election watchdog Bersih 2.0 has finally delivered its eight-point memorandum to the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Richard Yeoh and Liau Kok Fah, members of the Bersih 2.0 steering committee, gave the memorandum to an aide of the King’s private secretary on Friday afternoon.
“The memorandum called for electoral reforms,” Liau told FMT today.
Bersih 2.0’s eight-point memorandum calls for a cleaning of the electoral roll, the reformation of the postal ballot, using indelible ink, a minimum of 21 days for campaigning, free and fair access to media, the strengthening of public institutions such as the Election Commission, and putting a stop to corruption and dirty politics.
It also calls for the release of the six leaders of Parti Sosialis Malaysia (PSM), including Member of Parliament Dr Michael Jeyakumar Devaraj, who has been detained under the Emergency Ordinance.
The Bersih 2.0 rally held on July 9 saw tens of thousands people dressed in yellow taking to the streets to call for fair electoral processes.
However, the Bersih steering committee members were not able to march to the palace to deliver their memorandum as they had been arrested earlier by the police. -FMT



