Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz: Akta khusus cegah murtad sudah lama wujud jika Umno ‘tak ego’



KUALA LUMPUR, 16 Okt ─ Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin negara sudah lama telah menggubal undang-undang khusus mencegah murtad jika tidak terhalang hanya disebabkan oleh sikap ego Umno yang melampau.

Menurut Mursyidul Am PAS, jika ‘tiada halangan’ dalam bentuk itu daripada Umno, undang-undang seumpama sudah pasti telah diterima pakai kira-kira dua dekad yang lalu.

Pendirian itu diketengahkan ketika pelbagai pihak mengulas kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, yang diutarakan minggu lalu, agar negara menggubal Akta Murtad bagi mengawal isu berkaitan.

“Jika tidak kerana keegoan Umno yang terlampau mengutamakan sentimen politik, pada adatnya negara kita sudah pun memiliki undang-undang khusus menangani gejala murtad.

“Paling lewat pun pada sekitar awal 90-an dulu, sudah ada usaha secara serius dan bersaluran oleh PAS untuk membuka jalan perbahasan secara positif dan signifikan ke arah penggubalan suatu undang-undang berkaitan murtad,” kata beliau dalam pandangan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Idea berkenaan undang-undang murtad ini muncul ketika Nik Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri Kelantan mahu memperkenalkan undang-undang hukum hudud.

Kerajaan negeri menggubal enakmen berkaitan pada 1993, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan ekoran sekatan kerajaan pusat atas faktor peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan supaya Akta Murtad diwujudkan harus dibincangkan secara bersama-sama oleh majlis-majlis agama Islam negeri kerana soal agama terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Beliau berkata penguatkuasaan enakmen melarang orang bukan Islam menyebarkan agama mereka kepada kalangan orang Islam juga terletak dalam kuasa kerajaan negeri.

“Apa pun hukuman harus diputuskan bersama-sama... kalau tidak akan timbul masalah. Yang saya tahu di setengah-setengah negeri, sudah ada enakmen untuk melarang orang yang bukan Islam menyebarkan agama mereka,” katanya.

Katanya, sekiranya kesepakatan dicapai, penelitian juga harus dibuat supaya akta yang ingin diwujudkan itu tidak bercanggah dengan bidang kuasa kerajaan persekutuan sebelum ia diteliti oleh Peguam Negara.

Akta Murtad dicadangkan Harussaini untuk menghukum individu yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. TMI

TERBUKTI PR LEBIH BAGUS DRP BN... TENGOKLAH SENDIRI !!!

Siapa kata BN pandai memerintah ???
Terbukti PAKATAN RAKYAT jauh lebih baik.....

PAS lancar 'Protes BN' di Sabah

pas protes bn campaign launching sabah 161011Pemuda PAS hari ini melancarkan kempen membantah kenaikan harga barang di Kota Kinabalu peringkat Sabah, yang antaranya bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung isu itu.

Pengerusi biro hal ehwal Sabah dan Sarawak dewan itu Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, kempen yang dikenali "Protes BN" itu akan digerakkan ke seluruh negeri melalui ekspo, siri jelajah dan penyebaran risalah.

"Saya pasti bahawa semua rakyat merasai bebanan kenaikan harga barang ini," katanya yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS.

Beliau menyeru semua pihak turut mengambil bahagian dalam kempen itu.

Ahmad Kerdee berkata,  beliau menjangkakan pada tahun depan caj 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikuatkuasakan.

Hadir sama dalam majlis perlancaran itu Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu dan beberapa exco Pemuda PAS. -M'kini

Kerajaan Pusat Hutang Kelantan RM9.4b - Husam

Putrajaya perlu men jelaskan hutang tertunggak RM9.4 bilion kepada Kelantan, mencakupi hasil royalti minyak dan pampasan tanah yang diambil untuk dijadikan kawasan Taman Negara.

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata, anggaran hutang merangkumi RM7 bilion bagi hasil royalti minyak dan RM2.4 bilion bagi pampasan kawasan Taman Negara.

"Jumlah itu besar dan Kerajaan Pusat sepatutnya bertanggungjawab dengan perkara ini," katanya semasa menjadi berucap di Majlis Forum Rakyat di Balai Islam di sini, yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, tuntutan di Taman Negara melibatkan kawasan 1,043 kilometer persegi termasuk kawasan hutan.

"Berdasarkan kajian awal tuntutan itu ada asas, berikutan kerajaan kehilangan nilai sewa ekonomi terlepas kerana hutan balak daripada hutan kekal tidak dibenarkan dengan nilai bersih terkini iaitu RM1.2 bilion.

"Asas kedua adalah pulangan terlepas bagi menerokai sektor perladangan kelapa sawit dengan nilai bersih terkini RM585 juta seluruh kawasan.

"Manakala, bagi komoditi getah untuk lateks dan balak pula, kerajaan kehilangan yang dianggarkan bernilai RM353 juta, manakala ladang getah hutan kini bernilai RM242 juta," katanya di hadapan 1,000 penyokong Pakatan Rakyat. -SH

Terkini!!!Kesian Sama Ini Apek.Kena terajang Dengan Wanita...


Tsu Koon Buat Muka Walfare.
1- Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe mendesak supaya Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak bertanding pada PRU 13 akan datang.

Gesaan dibuat semasa persidangan perwakilan kebangsaan Wanita Gerakan, di ibunegara hari ini.

"Saya tidak memaksa beliau berundur tetapi Wanita berharap beliau tidak akan jadi calon pada PRU itu nanti. Saya yakin beliau akan jadi lebih baik jika tidak bertanding" - Bernama

Kalau Wanita sendiri pun dah reject muka Tsu Koon, beliau harus cermin diri dan akur dengan kehendak akar umbi. Bukan sahaja orang Umno meluat dan lantang mengkritik Tsu Koon, orang China pun sudah menyampah dengan beliau.

Ayat yang digunakan oleh Wanita ialah ayat bangun jatuh terduduk seperti yang di amalkan oleh Guan Eng Dap Komunis. Tsu Koon betul-betul kena penyepak dengan Wanita. Lihat ayat di atas betul-betul.

Ayat ‘Agree to disagree’ atau ‘tidak memaksa berhenti tetapi berharap berambus lah cepat-cepat’ kepada Tsu Koon.

Ini muka reject yang katakan Melayu Pendatang.

2- Di ramalkan lepas hari ini Tsu Koon akan tidur tidak lena kerana beliau sudah tidak dikehendaki wanita kerana sudah terlalu lama.

Beliau akan announce dan berundur diri dari bertanding pada PRU13 nanti.

Siapa Mamat Nii..Sehingga MB Zambry "Ketakutan"..??










InsYaAllah..Rakyat Perak akan kembali merasai pemerintahan PR dibawah
kepimpinan YB Haji Nizar Selepas PRU13 nanti...maklumat terkini daripada
sumber yang boleh dipercayai,masalah dalam UMNO Perak bertambah parah
kerana ramai yang mempertikaikan calon-calon UMNO yang telah tersenarai dalam
PRU13 nanti,ditambah pula banyak kawasan yang menjadi kubu kuat Umno selama
ini sudah mampu ditembusi oleh Pakatan Rakyat...Yang pasti 18 kerusi DUN yang
dikuasai oleh DAP tidak akan berkurang,malah kerusi PR akan bertambah,InsYaAllah!!

Kesal harga barangan runcit melambung

KULIM - Kenaikan harga ayam dan barang keperluan yang mendadak meresahkan pengguna terutamanya mereka yang berpedapatan rendah sekitar daerah ini.

Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim meminta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kulim memantau harga ayam dan barangan keperluan yang melambung tinggi.

Menurutnya, walaupun harga siling telah dikeluarkan tetapi masih ada dalam kalangan peniaga yang tidak mengendahkan sehingga membebankan pengguna.

“PPDNKK seharusnya membuat pemeriksaan di sekitar pasar awam dan pasar malam dan sekiranya harga yang dipamerkan penjual tidak mengikut garis panduan diletakkan oleh kerajaan, pihak kementerian boleh mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan di Terengganu baru-baru ini,” katanya.

Beliau berkata, kita terlalu sibuk memberikan bantuan ke negara luar yang terlibat dengan bencana alam dan kebuluran tetapi harga barangan di negara sendiri terlalu mahal.

“Bayangkan pengguna memperoleh pendapatan di bawah RM700 sebulan. Apakah mereka mampu membeli ikan dengan kadar harga melebihi RM5 manakala ayam dijual melebihi RM10 sekilogram.

“Jangan dianaktirikan rakyat sendiri. Saya minta agensi kerajaan terlibat turun padang dan memantau permasalahan ini. Tidak munasabah sekiranya ada pegawai di kementerian pengguna yang tidak tahu permasalahan ini sedangkan mereka juga seorang pengguna,” katanya.[Sinar Harian]

Kantoi : 'Misteri Enam Bas' Ke Putrajaya Untuk Anugerah Warganegara Sudah Terbongkar!


Lucu benar bila mendengar ada "warga asing" mahu diberikan Kursus Keusahawanan dalam negara kita. Itulah alasan yang diberika oleh pihak-pihak tertentu bagi mengalih pandangan rakyat tentang isu warga asing mahu diberikan MyKad untuk membolehkan mereka mengundi pada pilihanraya umum akan datang.

Isu ini bukan perkara baru sebenarnya, malah di Pahang ini sendiri sudah berpuluh-puluh buah bas yang membawa warga asing ke Putrajaya sebenarnya. Mereka terutamanya warga Kemboja dan Myanmar ditempatkan di sebuah kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di daerah ini, sebelum dibawa ke Putrajaya (dua hari satu malam) untuk majlis "anugerah kewarganegaraan" di sana.

Menurut sumber, setiap kali ke sana pasti sebanyak "enam buah" akan digunakan. Malah, memang terdapat sebuah resort di kawasan Cherating yang digunakan sebagai "port mereka" untuk menjalankan kerja-kerja terkutuk ini. Sesudah mendapat MyKad mereka akan dipindahkan secara berperingkat-peringkat ke parlimen yang kritikal seperti Parlimen Pekan, Rompin, Paya Besar dan juga Indera Mahkota sendiri.

Malahan, mereka bukan sahaja ke Putrajaya untuk mendapat anugerah warganegara, pihak terbabit juga dipercayai membiayai penginapan mereka di beberapa buah hotel terkenal di ibukota. Pendekkata warga asing ini akan dibawa melancong ke sana ke sini dan keesokannya baru dibawa mengadap "pemimpin besar negara" untuk menerima anugerah terbabit.

Perkara ini tidak perlu dirahsiakan lagi kerana ada dikalangan mereka yang pergi telah mendedahkan kepada pihak tertentu. Makanya dengan isu terbaru seperti yang didedahkan oleh pembangkang sekarang ini, ia seolah-olah mengesahkan lagi apa yang berlaku. Pihak kerajaan tidak perlu buat cerita yang bukan-bukan pasal isu ini, kerana mereka dipercayai "berikan lesen" untuk tujuan tersebut.

[Maka itulah kenyataan terbaru yang dibuat oleh OCPD Serdang Superitenden Imran Abdul Rahman menafikan sindiket penganugerahan IC kepada 240 warga asing dari Johor kononnya mengikuti kursus kewartawan jelas sekali satu tindakan terdesak untuk mereka menutup "rahsia yang sudah terbongkar" itu sebenarnya. Mujurlah kes itu berjaya dikesan dan dikepung oleh Pemuda PAS dan akhirnya mereka terpaksa bersidai di Istana Dugang Country Resort tanpa dapat pergi ke destinasi sebenarnya.

Jika inilah caranya untuk kekalkan kuasa, maka sudah wajarlah rakyat menolak mereka sekarang. Jika tidak, Malaysia ini akhirnya akan dihuni oleh jutaan warga asing. Rakyat akan merempat dibumi sendiri akhirnya. Fikirlah masa depan anak cucu, dan generasi akan datang. Usah terlena dibuai mimpi lagi, "Misteri Enam Bas Ke Putrajaya" kini terbongkar. - SUMBER WM

Jom Layan Video Kuliah Dhuha ustaz Azhar Di Majlis PAS Ganti Umno Pagi Tadi










Dasar kebangsaan bukan ajaran Nabi .

KUALA TERENGGANU - Orang Melayu Islam di negara ini mestilah mendokong kerajaan yang berlandaskan Islam kerana politik tidak boleh dipisahkan dari agama.

Menurut Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerja menegakkan Islam, bukan suatu kerja main-main.

"kerja ini bukan kerja main-main, kerja ni kerja tuntutan daripada Allah,

"Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan,"ujarnya pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K) di pantai Pandak Chendering dekat sini, Sabtu 15 Oktober.

Katanya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1400 tahun lalu, merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu tetapi kepada seluruh manusia.

Beliau yang juga Menteri Besar kerajaan negeri Kelantan Darul Naim berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam.

Menurutnya, Nabi Muhammad bukan sahaja mernjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah, menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik dariapad agama.

"Oleh kerana nabi Muhammad (telah) meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran, al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu,

"Nabi Muhammad SAW menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah,"soal beliau.

Justeru, kata beliau, kerajaan yang memngambil bukan Ilsam sebagai dasar, yang mengambil dasar kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW. -BO


Keluarga Sarbaini Desak Suruhanjaya Diraja Ditubuhkan

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed yang ditemui mati April lalu menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk mengendalikan inkuiri berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor terbabit.

Tuntutan itu disuarakan peguam yang mewakili keluarga, N Surendran meminta supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati kabinet dan seterusnya Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menubuhkan RCI tersebut.

Surendran menegaskan tindakan itu bukan bertujuan untuk menentang sesiapa tetapi demi menuntut keadilan di atas kematiannya.

Beliau mendakwa tiada ketelusan dalam inkues yang dijalankan kerana keterangan bahawa Sarbaini menerima rasuah adalah tidak berasas sama sekali dan hanya dibawa untuk merosakkan reputasi Sarbaini seperti mana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

“Koroner yang menjalankan inkues membelakangkan undang-undang sedia ada apabila menerima keterangan yang tidak berasas bahawa Sarbaini menerima rasuah.

“Memandangkan Sarbaini tidak dapat menjawab tuduhan rasuah itu, bagaimana boleh bergantung dengan kenyataan tersebut?

Keterangan ini dibawa untuk merosakkan reputasi Sarbaini maka inkues telah terjejas kerana ia bukan bertujuan untuk mencari keadilan.

“Maka tiada cara lain untuk dapatkan keadilan yang telus melainkan dengan menubuhkan RCI,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu termasuk ibu Sarbaini, Aishah Abd Raof, adik ipar arwah Makhtar Mansor, wakil keluarga Beng Hock dan seorang lagi wakil peguam keluarga terbabit Fadiah Nadwa Fikri.

Surendran turut mempertikaikan pelantikan Datuk Shafie Abdullah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sedangkan semua sedia maklum bahawa agensi terbabit mempunyai peguamnya sendiri.

“SPRM awal-awal lagi tidak berminat dengan kes ini. Mereka hanya berminat untuk membela diri sendiri. Sepatutnya mereka berusaha untuk mencari kebenaran.

“SPRM dibiayai oleh pembayar cukai. Agensi terbabit menggunakan RM150,000 hanya untuk membayar peguam Umno untuk membela mereka. SPRM kena jelaskan mengapa wang RM150,000 itu digunakan untuk membayar Shafie Abdullah?,” soalnya.

Sarbaini 56, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada April lalu.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. -FMT

GB sudah ulas beberapa kali kes kematian Allahyarham Sarbani. Diantaranya:


Persoalan kini, relevankah inkues? Mengapa tidak terus tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja?


Ini kerana rakyat menjadi hairan sudah tiga inkues membuat keputusan yang hampir serupa - tidak menemui "pembunuh sebenar" kepada mangsa. Pergi balik pergi balik mahkamah yang kita perolehi, keputusan yang tidak ada keputusan.


1) Inkues kematian Gunasegaran di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan "keputusan terbuka" berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.


2) Inkues kematian Teoh Beng Hock di mana koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan bahawa kes inkues itu juga adalah satu kes “keputusan terbuka” dengan beralasan yang serupa di atas: keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.


3) Inkues kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat juga memberikan "keputusan terbuka" kerana dikatakan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu.


Apa cerita ni? Buang masa, buang wang negara dengan pewujudan inkues.


Hakim-hakim seperti "takut" untuk menetapkan hukuman dan seperti mahu melindungi pihak tertentu kerana ketiga-tiga kes di atas melibatkan pihak polis & pegawai SPRM sendiri.


Jika demikianlah keadaannya, rakyat wajar persoalkan peranan Istana Keadilan (Palace of Justice), peranan hakim-hakim dan peranan institusi kehakiman negara yang sepatutnya menjadi payung kebenaran dan keadilan tetapi kini musnah akibat dari sikap para hakim yang tidak bertaggungjawab.


Di dalam inkues kematian Sarbaini ini, apa yang nyata koroner TIDAK lansung mengarahkan siasatan mengapa CCTV tiba-tiba tidak berfungsi selama 22 jam dan rakaman termasuk tempoh apabila Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu telah dipadamkan. Itu kecacatan paling besar di dalam inkues kematian Ahmad Sarbaini.


Ia adalah penting tetapi koroner mengabaikannya. GB sudah juga ulas hal ini. Petikan:


GB melihat isu ini sama seperti isu kematian Teoh Beng Hock - bahawa - Ahmad Sarbani adalah mangsa kepada pegawai-pgawai SPRM yang salahguna kuasa, angkuh dan sentiasa berdusta apabila memberi keterangan.

Kita masih tertanya-tanya: Siapa padamkan rakaman CCTV sewaktu Ahmad Sarbani disoalsiasat? Itu perlu diberikan penekanan di peringkat awal siasatan.

MUSTAHIL samasekali CCTV terhenti atau tidak berfunsi di dalam keadaan itu sedangkan CCTV dapat merakam ketibaan Ahmad Sarbani di pejabat SPRM dengan menaiki motorsikal sebelumnya. Ini bererti pihak orang dalam SPRM atau PDRM yang menyiasat TELAH menghapuskan rakaman CCTV berkenaan.



JUSTERU ITU, rakyat berpersepsi bahawa Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan. Tiada alasan lain lagi selepas ini. Jika sebelum ini pihak kerajaan menyatakan bahawa inkues perlu diadakan terlebih dahulu sebelum Suruhanjaya Siasatan, maka kini keputusan koroner itu amat tidak memuaskan kerana seperti menutup kepincangan di dalam SPRM seperti yang berlaku di dalam kes Teoh Beng Hock. Justeru itu Suruhanjaya Siasatan perlu ditubuhkan untuk membongkar misteri sebenar kematian ALlahyarham Ahmad Sarbaini.

GAMBAR MENARIK PEMANDANGAN KAABAH



SUBHANALLAH
LAMBAIAN KAABAH
MOGA MENDAPAT HAJI MABRUR
KEPADA YANG MENGERJAKAN RUKUN ISLAM KE 5 INI

Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud:

"Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah"
(Surah Al- Baqarah ayat 196)

Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

"Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam"
(Surah Ali Imran ayat 97)

al-azim

Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas terbongkar !!

DI SINI...Ina menunjukkan tangki pam air tandas tempat bayi itu disembunyikan.

DI SINI...Ina menunjukkan tangki pam air tandas tempat bayi itu disembunyikan.



CHUKAI: Gelagat pelik seorang wanita selepas keluar dari tandas yang disedari rakan sebiliknya membawa kepada penemuan seorang bayi baru lahir dan disorokkan dalam pam tandas di sebuah rumah sewa di bandar ini, jam 4 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.

“Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, rakan serumah suspek mengesyaki sesuatu tidak kena pada gadis itu yang kelihatan tidak bermaya selepas keluar dari tandas di rumah sewa mereka.

Katanya, suspek pada mulanya enggan menceritakan kejadian itu tetapi selepas didesak rakan sebilik yang juga pengadu, akhirnya dia mendedahkan melahirkan bayi di dalam tandas.

Abdullah Sani berkata, pihaknya menyiasat kes itu mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa itu untuk membuang air besar.“Selepas berada terlalu lama dalam tandas, dia akhirnya keluar dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan sebelum berbaring di atas katilnya.

“Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakan itu menceritakan apa yang berlaku dan diberitahu dia melahirkan seorang bayi di dalam tandas,” katanya.

Dia kemudian bergegas ke tandas dan menemui bayi itu yang kesejukan dalam tangki air pam tandas.

“Selepas menemui bayi itu, saya dapati ada sedikit kecederaan pada mukanya dan badan kebiruan akibat kesejukan sebelum membawanya ke Hospital Kemaman untuk rawatan,” katanya.

Khalid Samad menang kes atas Utusan

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan akhbar Umno, Utusan Malaysia membayar gantirugi RM60,000 kepada Khalid Samad kerana memfitnah ahli parlimen Shah Alam itu.

Keputusan itu dibuat hakim Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini berhubung berita di muka hadapan akhbar itu bertarikh 11 Oktober 2009 yang bertajuk ‘ Zulkifli bidas Pak Janggut’.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Khalid berkata, selain membayar RM60,000 itu, Utusan juga diarah membayar kos perundangan.

“Mahkamah arahkan Utusan membayar RM60,000 kepada Khalid Samad sebagai gantirugi kerana memfitnah.

“Utusan juga kena bayar kos yang jumlahnya akan ditaksir kemudian,” katanya ketika dihubungi.
Hakim juga memberi tempoh satu bulan kepada Utusan untuk mengemukakan rayuan.

Utusan pada 11 Oktober lalu melaporkan ‘Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin membidas individu yang digelarnya Pak Janggut yang sanggup memutar belit ayat-ayat Al Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 Shah Alam.’

Di dalam samannya sebelum ini Khalid menyatakan berita fitnah itu merujuk kepada beliau meskipun nama beliau tidak disebut.

Beliau menamakan Ketua Pengarang Utusan, penerbit dan pencetak akhbar itu, sebagai defenden dalam saman tersebut.

Ini kerana sebelum berita itu diterbitkan, beliau ada menulis surat kepada penduduk Seksyen 23 di mana di dalam surat tersebut Khalid ada menukilkan ayat-ayat Al-Quran bagi menegaskan perlunya umat Islam berlaku adil dalam isu pembinaan kuil di Sekyen 23 Shah Alam.

Hakim pada perbicaraan 30 September lalu, bersetuju bahawa artikel tersebut merujuk kepada Khalid dan hakim berkata tuduhan memutar belit ayat al-Quran adalah fitnah yang serius, lebih serius dari menuduh orang Islam sebagai Abu Jahal.

Pada 11 Oktober lalu, mahkamah telah mendengar hujah peguam kedua-dua pihak berkaitan isu gantirugi.
Khalid Samad yang juga AJK PAS Pusat diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Azhana Khairudin manakala Utusan diwakili peguam Mohan dari Tetuan Shafiee & Mohan.

Mat Sabu semakin berbisa...




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .