Ikuti Blog ini

DS Anuar & Lim Kit Siang: Sumbangan TG Abd Hadi Amat Di Perlukan


SHAH ALAM 29 JAN : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik diri dari menyertai PRU13 akan datang kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam memenuhi desakan rakyat yang ingin melihat perubahan tampok pemerintan negara amat memerlukan pemimpin veteran PAS itu.

"Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Hadi pada PRU-13 akan datang supaya dapat merealisasikan cita-cita mengambil alih Putrajaya,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Mengimbau kembali tsunami politik yang melanda negara pada 2008 lalu, Kit Siang berkata kejayaan gagasan Pakatan Rakyat itu seharusnya diteruskan lagi untuk membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"Oleh sebab itu, kejayaan yang bakal kita (Pakatan Rakyat) kecapi pada PRU-13 ini memerlukan sumbangan semua parti dengan barisan kepimpinan yang hebat seperti Tuan Guru Hadi Awang,"jelasnya.


Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk berundur dari PAS dalam satu wawancara ekslusif yang disiarkan di Sinar Harian semalam.

Abdul Hadi menjelaskan pengundurannya itu berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat bahawa gagasan Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Abdul Hadi dan ia bukan suatu yang mudah untuk melepaskan pemimpin seperti Abdul Hadi daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan sebuah portal berita, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,"katanya.

KUALA LUMPUR, 29 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah pendiriannya untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya akan datang yang mana Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka mampu untuk memenangi.

Presiden PAS itu menyatakan pendiriannya untuk menarik diri daripada Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam, dan menyatakan beliau memberikan peluang kepada generasi pelapis untuk membentuk parti itu.

“Saya harapkan Ustaz Hadi akan menarik balik keputusannya itu kerana khidmatnya amat diperlukan.

“Beliau penting buat PAS dan juga Pakatan Rakyat,” jelas ketua pembangkang itu kepada The Malaysian Insider dalam khidmat mesej teks yang dihantar oleh setiausaha akhbarnya.

Pemimpin PKR itu turut menambah, beliau akan berjumpa Hadi “dalam masa terdekat” bagi memastikan Ahli Parlimen Marang itu “kekal mengetuai kepimpinan PR.”

Abdul Hadi menjelaskan, beliau ingin berundur kerana telah menjadi wakil rakyat lebih 30 tahun walaupun rakan — rakan PR beliau termasuk, Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat, Anwar dan Lim Kit Siang termasuk Karpal Singh turut berada dalam parti untuk jangka masa yang lama.

Umno membuat penjelasan bahawa pengumuman Hadi itu menunjukkan terdapatnya krisis dalaman parti Islam tersebut.

“Situasi itu akan memberi kesan besar terhadap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana beliau yang sepatutnya membuat keputusan sedemikian selepas menjadi Menteri Besar Kelantan untuk tempoh masa yang terlalu lama.

“Keputusan ini berkemungkinan disebabkan konflik dalaman PAS, termasuk pemecatan Datuk Hasan Ali,” jelas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin memetik laporan Bernama Online.

Bekas exco Selangor, Hasan disingkirkan daripada parti selepas menggesa penyojong pembangkang agar tidak terlibat dalam perhimpunan menyojong pembebasan Anwar atas kes liwat.

Bekas Ketua PAS Selangor itu juga berulang kali menuduh parti berkenaan terpesong daripada landasan sebenar parti.

Abdul Hadi juga menyatakan sekiranya beliau tidak akan bertanding untuk mana-mana kerusi, beliau akan bergerak bebas ke seluruh negara untuk berkempen.

Anwar turut melakukan perkara yang sama dalam kempen ketika Pilihan Raya 2008, ekoran beliau tidak dibenarkan bertanding atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

Namun begitu, kehadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu merupakan kunci utama pembangkang menewaskan penguasaan dua per tiga Barisan Nasional di Parlimen dan menguasai lima negeri. 

Soi Lek takut DAP dan PKR tapi orang Cina kini juga lebih suka PAS dari MCA


Jui Meng: Soi Lek takut DAP dan PKR tapi orang Cina kini juga lebih suka PAS dari MCA
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengecam Presiden MCA, Chua Soi Lek kerana "bercakap bohong tanpa mengelip mata" untuk menegaskan bahawa PAS adalah parti yang mendominasi gabungan Pakatan, dan orang-orang Cina harus mengundi untuk gabungan BN yang diketuai Umno kerana PAS parti Islam.

"Ini adalah mengapa MCA telah jatuh merudum. Mereka mempunyai pemimpin yang tidak berprinsip yang menipu besar, ditambah lagi dia merupakan seorang yang fanatik perkauman dan agama. Komen Soi Lek juga adalah satu penghinaan kepada Islam. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kami telah dididik dari muda untuk menghormati semua agama, dan setakat ini, hanya orang-orang seperti Mahathir Mohamad, Ibrahim Ali dan Chua Soi Lek yang mengatakan agama ini lebih tinggi, bahawa agama itu tidak baik dan agama lain keterlaluan. Bagaimana orang seperti ini boleh layak untuk menerajui negara kita," Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ia juga adalah sangat jelas bahawa Soi Lek takut akan DAP dan PKR. Sepertimana (Perdana Menteri) Najib takutkan Anwar. Itulah mengapa terdapat tekanan untuk mewujudkan Liwat II dan semua jenis tuduhan untuk menjatuhkan Anwar. Soi Lek takut orang Cina akanmengundi DAP dan PKR. Tetapi saya boleh memberitahunya sekarang, orang Cina lebih suka untuk mengundi PAS berbanding MCA, itu sudah pasti. "


Belajar menghormati semua agama, Soi Lek yang tidak sopan diberitahu

Jui Meng merujuk kepada satu temu bual yang Soi Lek berikan kepada Malaysian Insider. Presiden MCA itu menaikkan hantu pemerintahan Islam, dengan berkata bahawa masyarakat Cina telah mula jatuh kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka kini sedar bahawa "memperkasakan DAP bererti membuka jalan untuk PAS".

"Ia adalah PAS yang akan menjadi parti dominan. Ia adalah PAS yang akan membuat keputusan, PAS yang akan memerintah rakyat jika mereka (pembangkang) mendapat kuasa. Jika mereka mendapat kuasa, PAS yang akan memerintah, "kata Soi Lek.

Tetapi walaupun Soi Lek dengan yakin menyatakan ini sebagai fakta, menafikan bahawa ini adalah semata-mata rancangan parti itu untuk menarik undi Cina pada pilihan raya umum yang akan datang, beliau tidak dapat memberitahu kenapa ini begitu menakutkan apabila menegaskan BN adalah Umno yang dicemari rasuah.

"Media Umno BN yang digunakan untuk membakar kami dengan berkata PAS adalah rakan seperjuangan rendah dalam Pakatan kerana kita memenangi kerusi terkurang. Mereka berkata kami cemburu dan cuba untuk mewujudkan perasaan buruk-sangka antara kami bertiga. Malah, walaupun tiada mereka mendesak bahawa ia ada. Tetapi Soi Lek adalah presiden MCA dan bukannya pemberita. Beliau perlu menghormati parti sendiri dan bercakap dengan tanggungjawab yang lebih besar. Cara dia bercakap sekarang, tiada siapa akan menghormati MCA, "MP Kuala Krai PAS Hatta Ramli memberitahu Malaysia Chronicle.


Cuma melihat apa yang beliau mahu dan tidak menghiraukan selebihnya

Tetapi benar-benar tidak sedar, Soi Lek memberi amaran bahawa "hari kemegahan" PAS bakal cepat tiba dan menolak apa-apa kemungkinan bahawa PKR akan menjadi parti yang lebih dominan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak akan mengatakan ini adalah sebuah rancangan. Mengatakan ini adalah rancangan kami bererti kita sedang bermain. Inilah apa yang disedari oleh orang-orang Cina bahawa undi untuk DAP memperkasakan DAP, mengukuhkan DAP, (dan) membuka jalan untuk PAS, yang akhirnya mungkin mencapai peringkat pusat, "katanya.

PKR, katanya, tidak sepadan dengan rakan Islamnya dari segi organisasi, disiplin parti dan yang paling penting, kesetiaan ahli, menyebabkan parti tersebut yang paling lemah daripada tiga parti di dalam PR. Bekas Menteri Kesihatan berkata walaupun keyakinan PKR dalam mengetuai perarakan pakatan pembangkang ke Putrajaya, parti itu telah menghadapi bilangan berpaling tadah terbesar daripada pemimpin-pemimpin utama.

"PKR mungkin adalah satu-satunya parti di dunia yang begitu yakin akan berarak ke Putrajaya, satu-satunya parti yang akan menuntut kemenangan hangat, tetapi mempunyai masalah terbanyak. Ia adalah satu-satunya parti yang sepatutnya muncul tertinggi tetapi bilangan ahli yang meninggalkan PKR amat menakutkan - 50 pemimpin kanan telah pergi, termasuk 12 atau 13 wakil rakyat yang telah secara terbuka berkata mereka mempunyai hubungan yang terputus dengan PKR," kata Soi Lek.


MCA kehilangan lebih banyak kerusi dari PKR, tetapi Soi Lek lupa

Walaubagaimanapun, Soi Lek terlupa untuk menyatakan walaupun PKR kehilangan sejumlah bilangan wakil-wakil yang dipilih, ia masih memegang lebih banyak kerusi di Parlimen daripada MCA yang hanya memegang 15. Untuk mengelakkan ini daripada berulang, ketua de facto PKR Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang, telah berkata bahawa parti itu akan membariskan 40 peratus calon baru pada pemilihan akan datang, berjanji untuk membariskan calon profesional yang lebih berpendidikan, bukan aktivis.

"Saya tidak mahu terus mengulanginya tetapi ia adalah kerana kekurangan pendirian berprinsip ini bahawa MCA telah gagal untuk bangun kembali daripada abu 2008. Soi Lek menuding jari pada PKR, tetapi gagal berkata mengenai kehilangan kerusi MCA sendiri. Dia memberi amaran terhadap parti PAS tetapi tidak menyebut pembuli BN sendiri iaitu Umno. Apakah ini? Apakah jenis manusia seperti ini?" tanya Jui Meng, bekas naib presiden MCA, yang mengetahui bahawa Soi Lek dicemari skandal.


Bekerjasama dangan Umno bagi menghasilkan rasuah perkauman

Jui Meng, seperti pemimpin MCA yang lain, telah memberi amaran kepada komponen BN bahawa ia bakal kehilangan sekurang-kurangnya 30% daripada ahli-ahlinya kepada PKR dan DAP. Penghijrahan besar-besaran itu adalah kerana ahli yang kecewa putus asa terhadap Soi Lek dan pasukannya, kata Jui Meng.

"Hanya kaji apa yang dikatakan Soi Lek, satu demi satu fakta. Yang mana satu dia tidak berputar belit atau memberi alasan? Beliau bercakap mengenai NFC dan menyalahkan Shahrizat untuk tidak bertindak balas dengan pantas tetapi sepantas kilat, dia bergegas untuk mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana mengendalikan keadaan dengan baik, apabila ia adalah bertentangan sebenarnya. Najib sepatutnya serta-merta menasihatkan Shahrizat untuk mengambil cuti dan memerintahkan siasatan tetapi tidak, beliau menyertai Shahrizat dalam mendesak bahawa NFC merupakan helah pembangkang," kata Jui Meng, bekas Ahli Parlimen Bakri.

"Dan pada hujung minggu, Ibrahim Ali telah mula mengkaumkan rasuah di NFC. Ibrahim Ali berkata jika orang-orang yang digelapkan dari NFC Melayu dan dari Umno, dan pembuat bising orang bukan Melayu, maka ia tidak salah. Ia bukannya mencuri tetapi suatu perbuatan patriotik, dan orang-orang yang dihukum sepatutnya pembuat bising disebabkan warna kulit mereka. Tetapi dari Soi Lek, tiada sebarang bunyi. Bagi beliau, ini boleh diterima. Padanlah ahli-ahli MCA menukar parti."

Malaysia Chronicle

"Kadok Naik Junjong"...


Apa sudah jadi beb..takkan pasai isu KUIN lu nak suruh MB Kedah letak jawatan dan samakan Ustaz yang hidup dan matinya untuk perjuangan Islam dalam Pas lu kata sama macam Umno.Gua tahu lu pakar dalam undang-undang bro,tapi MB Kedah lagi tahu tentang situasi negeri beliau dan lu kena baca penjelasan ustaz Azizan jangan main sedap mulut saja..(Klik) untuk lebih panasss...dan di sini

HASAN ALI NAK SERTAI UMNO!!! Jawab 45 soalan Cepu Emas ini dulu


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjfIebWKz3ewQXyRntx_srdjgTdyqVEAT32Ia3DZIUexXrjEbr3hYvmHFn8-rLeBLRMBzoTsDlp1C2xZnlz_fmurDIx9b_KKBb06MJyJGCe9kGKApdxzONrjJ5IBK-Yxj6J_EEIT_fuu4/s1600/Hasan+Ali-umno+syaitan.PNG
Soalan Cepu Emas dan Fakta menarik Soalan2 utk kita jawab bersama:

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP B. Presiden PAS C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi?
A. DAP B. PAS C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP B. PAS C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP B. PAS C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP B. PAS C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS B. Presiden DAP C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum islam selama ini ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS B. DAP C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS B. DAP C. UMNO

Dan soalan cepu emas siapakah bela lembu dalam kondo
A. Anwar B Nik Aziz C Kak Ijat

16. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

17. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

18. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

19. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

20. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

21. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

22. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

23. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

24. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

25. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

27. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

28. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

29. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

30. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

31. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

32. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

33. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

34. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan
bandar-luar bandar semakin melebar?

35. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

36. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

37. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

38. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

39. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

40. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

41. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

42. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

43. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

44. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

45. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?



BR1M; Tidak Ramai Orang Cina Memohon Kerana Bimbang ‘Manipulasi’

KUALA TERENGGANU – Masyarakat Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak termakan dengan pujuk rayu dan ‘kata-kata manis’ pemimpin Umno yang cuba mengulangi peristiwa sebelum pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, beberapa kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno mutakhir ini cuba mengambil hati kaum Cina yang sudah jemu dengan sikap berpura-pura Umno.

“Pemimpin Umno cuba mengulangi ‘skrip’ sebelum pilihanraya 1999, cakap Perdana Menteri ketika itu kononnya menghargai sumbangan kaum Cina dalam pembangunan Negara,

“apabila orang Cina sokong MCA dan BN menang, pemimpin Umno kembali menuduh orang Cina dengan macam-macam fitnah,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, pada tahun 1999 orang-orang Melayu marah kepada Umno kerana kes pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tetapi undi orang Cina yang menyokong MCA menyebabkan Umno kembali berkuasa dan bertindak lebih rasis, perkauman dan amalan rasuah meningkat.

Oleh itu beliau mengingatkan supaya masyarakat Cina harus sedar tentang perkara ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

“Masyarakat Cina mesti ingat, walaupun pelbagai program yang dibuat termasuk sambutan tahun baru secara besar-besaran dibuat, sebenarnya Umno cuba memancing undi untuk mengekalkan kuasanya,”jelasnya.

Menyentuh soal bantuan rakyat 1Malasia seanyak RM500 yang digembar gemburkan oleh pemimpin Umno masakini, beliau mendakwa tidak ramai orang Cina yang membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Beliau bekata, majoriti orang Cina yang berniaga bimbang permohonan melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri itu akan dimanipulasi.

Namun begitu beliau berkata, tidak salah kepada orang yang benar-benar susah dan memerlukan untuk megambil bantuan tersebut kerana ia bukanlah wang MCA atau wang Umno.

Bahkan, katanya, rakyat berhak kerana wang tersebut adalah hasil kutipan cukai dari seluruh rakyat Malaysia. -BO

Khas Buat Yang Pakai Gelang Tangan Magnet ! Sila Baca Kalau Nak Selamat !

Kita tentu pernah lihat orang yang memakai gelang tangan. Kalau yang memakai itu perempuan tak ada sesiapa yang ambil hairan tapi jika yang memakainya itu lelaki dan sudah berumur pula tu dan ditambah lagi memakai kopiah pergi solat berjemaah di masjid, ada sedikit musykil timbul dalam fikiran.

Sebenarnya amalan orang lelaki yang dah agak berumur memakai gelang tangan ini dan menjadi satu perkara biasa di negara kita terutamanya di kawasan bandar. Ramai daripada mereka terutamanya pemain golf suka mengenakan gelang tangan tersebut yang mereka panggil gelang tangan magnetik.

Gelang tangan magnetik itu dikatakan mempunyai khasiat sebagai penawar dan mampu mengubat berbagai penyakit kerana ia membantu melancarkan aliran darah. Ia juga dikatakan mampu melegakan segala penyakit sendi dan lain-lain yang seumpama dengannya.

Walau apapun yang didakwa terhadap kemujaraban gelang magnetik tersebut, tak ada bukti yang diiktiraf lagi secara meluas terhadapnya. Berkemungkinan semuanya adalah kesan daripada psikologi pengguna yang percaya terhadap apa yang didakwa mampu mengubat atau kita namakan placebo effect. Mari kita lihat satu riwayat di bawah untuk renungan.

Satu riwayat daripada Imran bin Hasein menyatakan bahawa ada satu ketika Rasulullah melihat seorang lelaki memakai rantai tembaga pada pergelangan tangannya. Rasulullah lalu menyerunya dengan berkata, 'celakalah pada anda, apakah (yang engkau pakai) ini?, lalu lelaki itu menjawab, ' saya mengalami masalah lemah (al-wahinah - satu penyakit yang menyebabkan kesakitan pada bahu dan tangan dan lelaki itu memakai gelang itu kerana percaya ia mampu mengubat kesakitan yang dialaminya)'

Rasulullah lalu berkata pada lelaki tersebut, 'ia tidak mendatangkan apa-apa pada engkau melainkan kesakitan, buanglah benda itu. Jika kamu mati ketika memakainya, sudah pasti kamu tidak akan selamat'. Rasulullah melihat gelang tersebut seperti tangkai dan ia melarang pemakaiannya. (hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berdasarkan cerita di atas, nampaknya tidak ada bezanya apa yang ramai orang pakai sekarang dengan apa yang lelaki di atas lakukan dan Rasulullah mengarahkan lelaki tersebut mencampakkan benda itu. Adakah kita ada alasan lain lagi untuk memakainya?, terpulanglah kepada penafsiran masing-masing.

Sebenarnya untuk menghasilkan badan yang sihat ada banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan yang lansung tidak dilarang dalam agama. Contohnya adalah seperti mengamalkan puasa setiap hari isnin dan khamis serta sentiasa beriadah dengan berjalan kaki setiap hari sekurangnya 30 minit sekali.

Menjaga makanan yang kita telan masuk ke dalam mulut kita juga penting untuk mendapatkan kesihatan badan. Makanlah bila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Pelbagaikan makanan anda dan banyaklah makan ulam, sayuran serta buahan. Insyallah kita akan mendapat kehidupan yang berkualiti.

Cara syaitan membogelkan perempuan


Syaitan sangat tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su '). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah.

Salah satu sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari ketaatan kepada Allah.

Ini adalah tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:

1. Menghilangkan Definasi Hijab.

Pada tahap ini, syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.

Akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie akan tetap dipertahankan.

Pertama: Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ... tiada apa-apa, kan?"

Kedua: Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "

Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang

Seterusnya syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).

Keempat: Agak dibuka Sedikit

Setelah para wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya .... tersingkap sedikit tak mengapa lah, yg penting enjoy," katanya.

2. Terbuka Sedikit Demi Sedikit.

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal, kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya, ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. "

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi,  apabila berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion baru yang terbuka hingga separuh betis. "

Ketiga: Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya. "

"Tetapi apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan 'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "

3. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.

"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya "Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.

"Seterusnya terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil risiko.

Demikianlah halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

- terjemahan dari unikaneh.com

- Sumber asal Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah.
The Art Of Islam

Nasaruddin Buat Laporan Polis Nafi Bersama Hassan Ali..






Ustaz Nasa membuat laporan polis bahawa beliau tidak sekali2 tidak terlibat.....malah beliau tidak sedar langsung bahawa beliau diregukan dengan Hassan Ali dalam salah satu program roadshow Hassan Ali di Bandar Baru Bangi pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi minggu depan.

Kerja sapa ini?

Inilah kerja iblis-iblis yang bertopengkan manusia.....inilah perbuatan tangan-tangan gatal yang berniat jahat agar sorang lagi pimpinan ter'cicir' dalam perjuangan.

Manakala Hasan Ali pula terus hanyut dalam syok sendiri.....dalam kehairan sendiri.....dalam ujub sendiri.

Samada dalam sedar.....atau separuh sedar.....atau tak sedar langsung.....ha ha ha yang sebenarnya beliau telah di'tunggang' oleh kumpulan tertentu.....alangkah ter'hina'nya jika seseorang yang kuat 'aqidah'nya serta mempunyai rantaian kelulusan sehingga ke peringkat PhD menjadi 'kuda tunggangan' oleh individu tertentu yang muflis politik atau kumpulan atau pertubuhan tertentu yang sedang terlantar 'nazak' menunggu tarikh 'keramat' PRU13-albrangi

Saya tak sangka dilantik Exco - Dr Ahmad Yunus


SHAH ALAM, 28 Jan: Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (gambar) menjelaskan, beliau sehingga kini masih terkejut kerana tidak menjangkakan dirinya akan dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Dalam satu temubual dengan Harakahdaily di pejabatnya semalam, beliau bagaimanapun berkata, perlantikan baru itu diterimanya sebagai amanah besar untuk dilaksanakannya.

"Saya memang tak jangka akan dilantik sebagai exco menggantikan Datuk Hasan Ali. Di peringkat PAS negeri pun asalnya letak nama (Pesuruhjaya) Dr. Rani (yang juga Adun Meru).

"Lewat petang 17 Januari baru saya diberitahu bahawa saya dipilih dan esok kena angkat sumpah Exco," katanya menceritakan suasana sehari sebelum tarikh angkat sumpah.

Dr Ahmad Yunus menduduki pejabat Exco kerajaan negeri di tingkat 2 bangunan SUK Selangor yang diduduki oleh Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebelum ini.

Beliau yang baru memasuki pejabat itu sedang menyusun kakitangannya.

Sebagai Exco, beliau diperuntukkan beberapa kakitangan termasuk pegawai dasar, setiausaha di samping pegawai tadbir.

Dr Ahmad selaku profesional dalam bidang perubatan dari Universiti Malaya kelihatan kemas dengan tubuh yang tegap sangat mesra melayan tetamu.
Percakapannya lancar dan kemas memperlihatkan beliau berpotensi besar menjadi pemimpin kanan PAS selepas ini.

Dengan memegang portfolio Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus bakal berhubung selalu dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Yang menariknya, kedua-dua mereka adalah dalam satu batch di Universiti Malaya.

Menurut Dr Yunus yang sebelum ini bertugas sebagai Pembantu Exco Belia dan Sukan di bawah Menteri Besar, beliau pada mulanya juga tidak diberitahu apa portfolio yang akan dipegang selepas dilantik menjadi Exco.

Sehinggalah ujarnya pada satu sidang media selepas mesyurat Exco pada hari angkat sumpah tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau diamanahkan memegang portfolio Belia, Sukan dan Adat Resam Melayu.

Khalid pada sidang media tersebut juga, turut mengumumkan portfolio Infrastruktur dan Hal Ehwal Agama Islam yang dipegang Hasan Ali sebelum ini dipegangnya sendiri.

Ditanya apa perasaan beliau setelah menyedari tidak diberi tanggungjawab memegang portfolio agama, Dr Yunus  yakin ianya keputusan terbaik yang dibuat atas kebijaksanaan Menteri Besar.

"Kita tak pernah pun untuk merebut jawatan. Saya tak rasa langsung sama ada cemburu atau sebagainya kerana bagi saya apapun yang dipertanggungjawabkan adalah satu amanah.

"Saya tahu sudah tentu Menteri Besar ada strategi dan kebaikan tertentu," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Dr Yunus berkata, kapasiti Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar juga diyakini mampu memberi kesan lebih baik dalam urusan agama di negeri itu ekoran hubungannya dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta pihak istana.

Biarpun portfolio agama tidak dipegang oleh PAS secara langsung, namun kata Dr Yunus, peranan PAS dalam portfolio itu masih besar ekoran perlantikan Adun Bangi Dr. Shafie Abu Bakar sebagai Pembantu Exco Agama yang dipegang Menteri Besar itu.

"Walaupun exco agama tidak dipegang oleh PAS, tapi kita masih boleh beri input kepada Menteri Besar.

"Menteri Besar sendiri pun kata, apa-apa isu berkaitan agama, beliau sendiri akan rujuk kepada PAS," katanya. -Hrkh

Presiden PAS Mahu Bertanding Satu Kerusi Sahaja Dalam PRU13

Marang - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melahirkan hasrat mahu berundur daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.

“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.

Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.

“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.

Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.

Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.

“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.

“Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya.

Turut hadir dalam sesi temu bual itu, Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan Akbar Khan dan Editor Sinar Harian Edisi Terengganu, Wan Normi Hasan. -SH

Umno Takut Dengan Kebebasan dan Demokrasi

KEMAMAN - Bila kebebasan demokrasi dibuka dan rakyat boleh memilih mengikut naluri mereka, nescaya Islam akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya, sebagaimana yag berlaku di Negara-gara Timur Tengah seperti di Tunisia dan Mesir.

Apabila pemerintahan ‘kuku besi’, diktator Hosni Mubarak di jatuhkan oleh rakyat Mesir dan pilihanraya bebas diadakan, Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) yang menjadi sayap politik Ikhwanul Muslimin menang.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, FJP telah memenangi lebih 250 kerusi Parlimen daripada 600 kerusi parlimen pada pilihanraya Parlimen Mesir baru baru-baru ini.

“Bila jatuh rejim Hosni Mubarak berlaku pilihanraya adil dan bebas kita lihat Ikhwanul Muslimin mencapai kejayaan besar, sekarang mereka berada di parlimen lebih daripada 250 orang daripada lebih kurang 600 ahli parlimen,

“ertinya, parti Islam PAS Mesir mencapai kemenangan bila ada demokrasi,”ujarnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat PAS Kawasan Kemaman.

Menurutnya, sekiranya berlaku pilihanraya yang adil dan bebas di Malaysia, Parti Islam SeMalaysia (PAS) juga akan mencapai kemenangan sebagaimana Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Katanya, keyakinan tersebut turut disuarakan oleh para pelajar Malaysia di Mesir kepadanya sewaktu beliau melawat dan bertemu dengan mereka pada 25 Januari baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berkata, rakyat tidak takut dengan demokrasi dan kebebasan, tetapi yang takut dengan adalah Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Sebab itu kita jangan takut dengan demokrasi, jangan takut dengan kebebasan, kerana yang takut dengan demokrasi, yang takut dengan kebebasan adalah Umno,

“Umno Mesir tersungkur bila ada kebebasan, Umno Tunisia tersungkur bila ada kebebasan dan demokrasi, Umno Malaysia (juga) akan tersungkur, rebah (dan) ranap) bila ada demokrasi,”jelasnya.

Hadir sama dan menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut adalah Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir adalah Pebolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, Yang DiPertua PAS Kemaman Ismail Harun dan Ahli-ahli Jawtankuasa PAS Kawasan Kemaman. --BO


PAS anjur himpunan generasi guru bermaruah Ahad ini


JOHOR BAHRU: PAS akan mengadakan perhimpunan Generasi Guru Bermaruah 2012 bagi mendekatkan lagi mereka dengan golongan guru di negara ini.

Program yang dipelopori oleh Cikgu Normala Sudirman (gambar), bekas calon PAS pilihanraya kecil Tenang ini dijangka akan mengumpulkan 1,000 guru di Dewan Pusat Tarbiyyah PAS Parit Pechah, Muar, Johor.

Ia akan diadadakan Ahad 29 Januari ini dengan pelbagai pengisian.

Normala dalam kenyataannya berkata, warga pendidik memainkan peranan sangat penting dalam menggerakan aktiviti bersifat kemasyarakatan.

Golongan ini juga sangat dekat dengan masyarakat dan sangat dihormati justeru peranan yang disumbangkan dalam membentuk masyarakat selama ini.

Oleh itu, katanya,  sekiranya tenaga mereka dapat digarap dengan tanzim yang tersusun, ianya mampu memberikan kesan yang amat besar dalam gerakan dakwah dan politik yang diperjuangkan PAS selama ini.

Program yang bertemakan 'Bangkit Guru Untuk Rakyat' ini akan diserikan dengan pelbagai kertas kerja yang akan dibentangkan oleh tokoh pendidik dari PAS.

Antaranya Dr. Mahfodz Mohamad, Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, yang merupakan bekas pensyarah kanan Universiti Malaya.

Turut terlibat adalah Datuk Abu Bakar Bin Chik, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat dan Dr. Halimah Bin Mohd Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan  Modal Insan Negeri Selangor.

Pada sebelah malamnya pula akan diadakan pidato perdana dan ceramah sempena perhimpunan guru ini.

Antara penceramahnya adalah Dr Mahfodz, Datuk Adnan Bin Ibrahim (Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak) dan  Cikgu Normala sendiri. Hrkh

Ustaz Azhar Idrus di Shah Alam, 29 Jan 2012


Ayohhh ... ! Dtg ramai ramai .. Datang awal, parking mesti penuh. Jangan tolak tolak nanti ada yang masuk tasek ... !

Adab Berjamaah Umpama Solat - Presiden PAS


Panas !! Dr Syed Husin Ali saman Utusan, Zulkifli Noordin RM10 juta


KUALA LUMPUR 27 Jan: Senator Dewan Negara, Dr Syed Husin Ali memfailkan saman RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad dan Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.
Syed Husin yang juga mantan Timbalan Presiden KEADILAN menamakan pengarang akhbar milik Umno, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam writ saman melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh.
Menurut peguam beliau, Fadiah Nadwa Fikri, tindakan itu diambil ekoran artikel yang diterbitkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November 2011 bertajuk ‘Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin’.
Artikel itu pada asalnya dipetik berdasarkan blog Zulkifli mendakwa Syed Husin berbohong dan mengamalkan rasuah, ketika mengulas buku ‘Memoir Perjuangan Politik’ yang ditulis beliau.
Antara lain artikel itu mendakwa Syed Husin bersetuju jika mengosongkan kerusi Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji menawarkan jawatan dalam mana anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000 hingga RM60,000 sebulan.

“Defenden-defenden pertama dan kedua telah secara palsu dan dengan niat jahat mencetak dan menerbitkan atau telah menyebabkan percetakan dan penerbitan perkataan-perkataan fitnah.
“Manakala defenden ketiga (Zulkifli) dalam blog peribadinya bertajuk “Anjing-Anjing Pencen” turut menerbitkan perkataan-perkataan fitnah,” kata Fadiah di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.
Justeru itu katanya, plaintif mengambil kira ganti rugi sepadan dengan fitnah yang dilemparkan oleh defenden.
Syed Husin ketika ditemui pemberita berkata, artikel tersebut mengambarkan seolah-olah beliau ‘seorang hiprokit’ , ‘tidak layak menjadi ahli politik, menikam rakan-rakan parti, tidak berprinsip dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.
“Tindakan menerbitkan artikel itu bukan sahaja memalukan saya, tetapi memalukan akhbar tersebut, di mana integriti mereka sehingga sanggup memaparkan berita fitnah.“Ia memalukan negara, sepatutnya akhbar mesti bebas melaporkan berita yang betul, bukannya fitnah dalam unsur politik bagi mempertahankan sesebuah kuasa,” katanya. -KD
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .