Video paling lawak yang pernah aku tengok... lawak habis,
Ikuti Blog ini
[Rugi kalau tak tengok] Samhuri Maharaja Lawak Terkini : Hidup Umno Hidup Dap... ,Jumaat, Mei 25, 2012 at 25.5.12,
PAS akan jadi MB di 4 negeri selepas PRU13? , at 25.5.12,
Lepas PRU13 nanti, nampak gayanya ada peluang untuk PAS jadi Menteri besar di empat buah negeri. Selain dari Kelantan dan Kedah yang tentunya insyaallah PAS akan mampu pertahankan ada dua lagi negeri yang Pakatan Rakyat berpeluang untuk tumpaskan Umno BN yang berkemungkinan besar PAS yang akan jadi Menteri Besar dan satu negeri lagi mungkin PKR akan jadi Menteri Besar.
3 negeri tu kalau ikut kata Mat Sabu adalah Perak, Johor dan Negeri Sembilan dengan besar kemungkinannya Hj Nizar Jamaluddin akan jadi Menteri Besar di Perak dan Salahuddin Ayub akan jadi Menteri Besar di Johor manakala di negeri Sembilan kemungkinan besarnya Kamarul Baharin dari PKR yang akan Menteri Besar.
Mungkin ramai yang kata ini cuma angan-angan mat jenin, tak mungkin Umno BN akan kalah di Johor dan Negeri Sembilan, di Perak pun payah. Aku lebih suka anggap itu sebagai hasrat, impian atau cita-cita.
Masing-masing ada perkiraan sendiri atau paling kurang pun persepsi sendiri dan aku yakin mat Sabu ada perkiraan sendiri bila dia berani kata macam tu.
Sinar harian melaporkan:
| [Sumber: SinarHarian] |
Apa pun, syarat yang paling utama adalah gerakerja jentera pilihanraya. Kalau jentera pilihanraya masih lagi bekerja macam pilihanraya umum sebelum-sebelum ni, jangan harap la nak tawan negeri, nak tambah kerusi pun belum tentu boleh silap-silap yang dah ada dalam tangan pun boleh terlepas.
Macam tu jugak dengan situasi di perak. Walaupun ramai yang yakin Pakatan Rakyat mampu rampas balik Perak tapi kalau tengokkan tahap gerakerja jentera pilihanraya PR di Perak, aku jadi tak berapa nak yakin.
Apa pun, harap-harap angan-angan, impian, hasrat atau pun cita-cita nak rampas lagi 3 negeri tu tercapai. Kalau 3 negeri tu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat insyaallah hayat umno BN akan berkubur tak lama selepas tu.
Cuma satu yang aku mushkilnya, pasai apa Terengganu termasuk dalam senarai Mat Sabu, takkan Terengganu yang katanya cukup hebat dengan gelombang "PAS ganti Umno" tu tak boleh menang kut? Ataupun mungkin jugak Terengganu bukan dalam keadaan 50-50 tapi dah hampir pasti Umno BN akan tumbang.
Insiden Lembah Pantai: UMNO Jangan Baling Batu Sembunyi Tangan! , at 25.5.12,
Insiden Lembah Pantai: Umno tak pasti salah siapaUmno Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi.
Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan.
"Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya.
Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap.
Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.
Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.
Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu. -mk

Pemuda PAS himpun depan NST desak minta maaf , at 25.5.12,

(Pemuda PAS berhimpun membuat bantahan depan NST hari ini)
KUALA LUMPUR: Hampir 100 Pemuda PAS berarak ke pejabat akhbar New Strait Times (NST) hari ini bagi membantah laporan akhbar berkenaan yang mendakwa "Nik Aziz bapak kafir".
Mereka medesak agar NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang menghina dan melabelkan Mursyidul Am PAS.
Berkata
kepada pemberita, Ketua Pemuda PAS Wialayah Persekutuan, Kamaruzzaman
Muhammad menjelaskan himpunan bantahan hari ini dilakukan adalah susulan
terhadap memorandum yang dihantar pada Rabu lepas."Kita hadir hari ini menyatakan ketidak puashatian kita terhadap apa yang dinyatakan oleh akhbar NST bahawa kenyataan tersebut adalah sahih dan tidak perlu menarik balik.
"Hari ini secara jelas kita mendesak agar NST bertanggungjawab sepenuhnya apa yang telah disiarkan, kita mahu NST memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan tersebut," jelasnya.
Sebelum itu, hampir 100 pemuda PAS berhimpun di hadapan pintu masuk bangunan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) sebagai tindakan membantah tuduhan yang dilemparkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.
Mereka berarak daripada Masjid Abu Bakar, Bangsar, selepas solat Jumaat, sebelum berhimpun di hadapan syarikat akhbar berkenaan.
Tambah Kamaruzzaman lagi, beberapa langkah akan diambil terhadap akhbar NST jika mereka terus berdiam diri serta tidak mahu mengambil tindakkan seperti mana yang kita mahukan.
"Kita
akan boikot akhbar kesemua akhbar yang berada di bawah NSTP, dalam pada
itu kita akan turut meminta akan syarikat-syarikat pengeluar produk
tidak mengiklankan produk mereka di dalam akhbar terbitan NSTP."Malah kita akan juga memboikot produk-produk yang diiklankan di dalam akhbar tersebut," sambungnya lagi.
Sementara itu, Pengarah pilihan Raya DPPM, Mohd Sany Hamzan sewatu ucapannya menegaskan jika NST tidak tampil memohon maaf serta menarik balik kenyataan tersebut, "Kami akan datang lagi dan kali ini dengan lebih ramai lagi."
Menurutnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan itu bersikap biadap serta jijik dan tidak bertanggungjawab.
Lebih kurang 30 orang anggota polis turut mengawal keadaan di sekitar bangunan NSTP tersebut. -Hrkh
Selamat Tinggal Umno; Bangkit Membuat Perubahan! , at 25.5.12,
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob berkata apa yang berlaku hari ini suatu kebangkitan rakyat yang menyeluruh bagi membuat perubahan dalam negara.
Bahkan, katanya rakyat menunggu-nunggu bilakah tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi mandat baru kepada kerajaan Pakatan Rakyat.
“Apa yang sedang berlaku hari ini adalah suatu kebangkitan rakyat, suara rakyat dan kehendak rakyat untuk melaksanakan perubahan dalam negara kita.
“Maka, dengan sebab itulah hingga hari ini Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri masih tidak berani untuk membubarkan Parlimen. Rakyat di seluruh negara sedang menunggu untuk memberi mandat baru memerintah negara kepada Pakatan Rakyat di Putrajaya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Himpunan Selamat Tinggal Umno anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai, di Dataran Tok Guru Kampung Geliga, Kemaman, semalam.
Menurutnya, kesungguhan PAS dan Pakatan Rakyat menggantikan Umno-Barisan Nasional bukan ‘main-main’ atau sekadar janji-janji manis.
Tetapi, kata Salahuddin, PAS menjanjikan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat sebagaimana terkandung dalam Buku Jingga kerajaan Pakatan Rakyat.
“Kita (PAS) tidak main-main lagi. Apabila kita jumpa rakyat pada hari ini kita bukan lagi menjanjikan bulan-bintang kepada rakyat. Tetapi hari ini, kita menjanjikan sesuatu yang kita (Pakatan Rakyat) rasakan akan memberikan banyak manfaat kepada rakyat,” jelasnya.
Salahuddin turut menyelar tindakan Umno menggunakan budaya samseng, fitnah dan seks dalam pertarungan politik di negara ini.
Katanya, Umno gagal menjawab hujah-hujah serta fakta-fakta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin BN.
“Mereka (Umno) tidak boleh lagi menjawab hujah-hujah kita, fakta-fakta yang kita kemukakan kepada mereka.
“Apabila mereka tidak boleh lagi menjawab segala hujah yang kita kemukakan dan rakyat yakin dan semakin yakin dengan hujah-hujah kita. Maka, kita melihat Umno mula bertukar untuk menjadikan budaya samseng dalam politik negara kita.
“Mereka (BN) lawan kita (Pakatan Rakyat) dengan fitnah, dengan video lucah dan dengan samseng-samseng untuk berdepan dengan kita. Inikah budaya Melayu.
“Hari ini mereka sudah melampau. Dia lawan kita dengan cara tidak bertamadun. Video seks, habis dengan pelacur, habis segala sundal, habis segala jalang, habis segala betina dan habis segala pondan,” jelasnya.
Oleh itu, katanya menjadi tangguungjawab kepada rakyat menamatkan budaya tersebut dengan cara menumpaskan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.
Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Strategik Parti KeADILan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, Pengerusi Amanah Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Timbalan Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek dan Pengarah MTD Chukai, Hanafiah Mat. -BO
BN Cemas, Jika Kalah Ramai Yang Akan Ke Penjara , at 25.5.12,
Semua
pemimpin BN tahu jika mereka kehilangan kuasa selepas PRU13 nasib
masing-masing tidak keruan. Sebahagian akan ke mahkamah atas dakwaan
mempunyai wang yang berlebihan hingga boleh memberikannya kepada artis
seksi dan sebahagiannya pula terpaksa ke mahkamah atas dakwaan
penyalahgunaan kuasa.Itulah sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika baru-baru mengambil alih jawatan PM, antara ucapannyadi hadapan perwakilan UMNO ialah "kita akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan dara terakhir".
Kata-kata ini ada kaitan denga ketakutan yang amat sangat pemimpin BN terhadap kehilanga kuasa. Lebih-lebih lagi selepas PRU12 BN sudah merasakan mereka tidak kebal dan rakyat boleh memilih parti mkana yang mereka suka, membolehkan BN tumbang di lima buah negeri.
Bukan main gelabah UMNO, parti terbesar di dalam komponen BN menerima keputusan PRU12. Mereka hairan mengapa akhbar dan media eletronik yang selama ini merupakan "sebahagian dari parti komponen BN" gagal memberi kelebihan kepada BN di dalam PRU12.
Disebabkan itu, pelbagai desakan bermula menyerang kepimpinan Pengerusi Bn ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ia bermula di Johor dan kemudian diikuti pelbagai pihak hinggalah Abdullah melepaskan jawatan PM tersebut kepada Najib.
Dalam keadaan sebegini, dengan mood rakyat yang tidak berpihak kepada BN kepimpinan BN sudah dapat merasakan mereka bukan sahaja memerlukan akhbar dan media elektronik, malahan buat pertama kalinya blogger dan media baru seperti mendapat pengiktirafan yang amat istimewa.
Najib dan Muhyiddin Yassin sudah pun ada akaun FB dan tweeter. Mereka akan menggembar gemburkan jumlah yang menjadi rakannya tetapi tidak diketahui apakah mereka yang menyertainya itu sudah boleh mengundi atau tidak.
Dalam nanar dan kepeningan yang amat sangat, media massa memberi gambaran kononnya sokongan anak muda sudah kembali ke pangkuan BN.
Tetapi pelbagai tragedi dari pihak mahasiswa dan beberapa perhimpunan yang disertai anak-anak muda, jelas BN masih belum berada dalam zon selamat.
Itulah sebabnya apabila Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz membuka mulut kesediaan muzakharah mereka berlumba-lumba memberi kenyataan, walaupun berbagai bunyinya tetapi memasang satu harapan, mahu PAS meninggalkan KeADILan dan DAP.
Pada perkiraan Najib, jika PAS masih bersama Keadilan dan DAP, sokongan masyarakat Cina memang berpihak kepada Pakatan Rakyat dan harapan untuk BN kembali mengekalkan kuasa amat tipis. - Safar Jumaat
Bukan saja menteri dan tokoh politik UMNO/BN, malah ramai penjawat awam juga bakal ke penjara terutama ketua-ketua agensi kerajaan yang terlibat secara terus membantu UMNO/BN mengekalkan kuasanya secara kotor.
Itulah yang amat ditakuti oleh kerajaan UMNO BN sekarang.-GB
Bawa bendera PAS, Jalur Gemilang ke Alor Setar , at 25.5.12,
KUALA LUMPUR:
PAS mengarahkan semua ahlinya yang akan ke Himpunan Hijau ke Putrajaya 1
Jun ini agar membawa bendera PAS dan Jalur Gemilang kecil bersama
mereka.Ia bertujuan untuk membolehkan semua peserta perhimpunan ini mengibarkannya sepanjang perhimpunan raksaksa di Alor Setar ini.
"Hanya bendera kecil di benarkan. Jika bendera besar, ia akan menganggu majlis pula," kata Datuk Mahfuz Omar, Pengarah himpunan ini.
Mahfuz juga berkata, bendera PAS dan Jalur Gemilang ini juga akan dijual di perkarangan stadium untuk orang ramai.
"Sebahagian akan kita berikan percuma. Namun ia tidaklah cukup untuk semua orang," kata beliau kepada Harakahdaily.
Semua pemimpin dan ahli PAS akan berhimpun di Stadium darul Aman, Alor Setar 1 Jun ini.
Perhimpunan akan bermula jam 4.30 petang itu akan dipenuhi dengan pelbagai acara.
Pada sebelah paginya, pertemuan tertutup antara pimpinan utama PAS akan diadakan.
Di majlis itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan memberikan taklimat kepada mereka.
Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, pelakon dan penulis lagu Bob Lokman, penyanyi Aishah dan Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said akan menyerikan perhimpunan ini.
Pada sebelah malamnya pula akan didakan majlis ceramah perdana dengan disertai oleh hampir semua pimpinan utama PAS.
Ia bakal disertai oleh beberapa ahli baru PAS termasuk Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman. -Hrkh
Peningkatan Kes Jenayah; Tiba Masanya Melihat kepada Perlaksanaan Hukum Islam , at 25.5.12,
KUALA TERENGGANU –
Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi
menekankan kes-kes jenayah yang sering berlaku seperti ragut, curi dan
rogol mestilah diberi perhatian oleh semua pihak.Menurutnya, beliau dimaklumkan oleh pihak polis kes-kes jenayah seumpama itu semakin meningkat dan membimbangkan, khususnya di negeri Terengganu.
“semua pihak termasuk polis dan masyarakat umum mesti memberikan perhatian dan mengambil tindakan bersama (mencegah jenayah),
“saya dimaklumkan oleh pihak polis bahawa kes-kes jenayah di Terengganu ini secara khususnya meningkat dan sangat membimbangkan,”ujarnya.
Ustaz Khalil berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian jenayah ragut yang berlaku kepada beliau serta isterinya pada 21 Mei baru-baru ini.
Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Marang menegaskan, situasi peningkatan jenayah masakini itu perlu di muhasabah dengan melihat kepada keperluan perlaksanaan hukum jenayah Islam.
“masyarakat Islam mesti kembali kepada hukum jenayah Islam (hudud dan qisas) untuk menyelesaikan masaalah ini,
“penjenayah pada hari ini tidak takut dan (tidak) menghormati dengan undang-undang yang ada pada hari ini,’tegasnya.
Oleh kerana itulah, katanya, kejadian jenayah semakin hari semakin ketara dan meningkat secara mendadak.
Katanya, sejarah telah membuktikan bahawa hanya undang-undang jenayah Islam yang berjaya menyelesaikan masalah jenayah di dalam masyarakat.
Menurutnya, perlaksanaan Hudud dan Qisas adalah bertepatan bagi penyelesaian masakini kearana ia adalah satu pencegahan.
“Undang-undang hudud dan qisas secara falsafahnya bukan untuk menghukum orang yang bersalah tetapi lebih kepada untuk mengajar dan mendidik penjenayah dan masyarakat supaya takut dan gerun kepada Allah,
“Cuba kita bayang apabila pencuri dihukum potong tangan selepas cukup syarat-syaratnya dan hukuman ini dilaksanakan di hadapan orang ramai,
“sudah tentu ia menyedar dan menakutkan penjenayah untuk melakukan jenayah ini,”jelasnya.
Pada kejadian yang menimpa beliau hari Isnin lalu, seorang pemuda yang berpura-pura memesan makanan di sebuah restoran telah secara tiba-tiba merampa beg tangan isterinya, Dr Dr Farhana Hasbullah, 32, ketika mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam.
Dalam pergelutan dengan ‘suspek’ peragut itu, Ustaz Khalil mengalami kecederaan di betis kanan dan salah satu jari ditangan kanannnya patah. -BO
Ustaz Azhar Menyantuni TGNA , at 25.5.12,
Kalau sebelum ni entry wa Foto Terbaik : Uztaz Azhar Menyantuni TGNA (rujuk foto) ada yang komen cakap foto tu tak berapa clear dan terlindung ..
Amacam ? Clear tak ? .. weyh .. sekali lagi wa nak tekankan, kalau level Ustaz Azhar yang tersohor tu boleh gitu hormat pada TGNA, kekita yang tak berapa nak start ni.. agak agak le skit kedudukan kita ..huhu
So, kali ni luorang takde lagi alasan
nak kata itu ini .. sebab foto yang kali ni jelas dan bersinar. Ini foto
terbaru dari sebuah program Himpuan Anak Muda Kelantan 2012 di Kelantan
semalam.
![]() |
| Kredit ada tertulih atas foto dah |
Amacam ? Clear tak ? .. weyh .. sekali lagi wa nak tekankan, kalau level Ustaz Azhar yang tersohor tu boleh gitu hormat pada TGNA, kekita yang tak berapa nak start ni.. agak agak le skit kedudukan kita ..huhu
Gejala Samseng UMNO Menjadi-jadi, Najib Perlu Dipertanggungjawabkan , at 25.5.12,
Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telurBatu dan telur berterbangan lagi di ceramah Pakatan Rakyat malam ini, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepalanya.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 11 malam ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai, Kuala Lumpur, yang terletak dalam kawasan parlimen PKR di Pantai Dalam.
Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.
Ia berlaku kira-kira 30 minit selepas bekalan elektrik ke majlis ceramah itu didakwa telah disabotaj dan disambung semula secara tergesa-gesa.
Bagaimanapun, keadaan di majlis ceramah itu tenang dan Anwar meneruskan ucapannya.
Sebelum itu, kira-kira 9 malam, kira-kira 80 orang yang berpakaian baju-T merah, berkumpul di luar tempat Anwar berceramah, sambil melaungkan "Tibai (Tolak individu Bernama Anwar Ibrahim)."
Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu di mana ceramah Pakatan menjadi sasaran balingan batu dan telur. Sebelum ini ia berlaku di Merlimau, Melaka pada hari Sabtu -mk
Gejala samseng yang berlaku kebelakangan ini semakin menjadi-jadi.
Ia angkara sikap pemimpin negara terutama Perdana Menteri dan Menteri KDN yang membiarkan hal tersebut berlaku dan bercambah terutama apabila ianya dihala dan ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Mereka seperti merestui hal itu dilakukan oleh ahli-ahli mereka.
Gejala samseng itu sebenarnya adalah manifestasi ketakutan UMNO BN terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat tempat di hati rakyat dan ia adalah kesan daripada ucapan Najib sendiri yang bersifat provokasi di Perhimpunan Agong UMNO dengan deklarasi beliau “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa” di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010 untuk mempertahankan Putrajaya walau apa pun terjadi.
Najib, Menteri KDN dan KPN perlu dipertanggungjawabkan.
Jika mereka tidak mahu bertanggungjawab, percayalah hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya dimana mereka dan UMNO akan hancur binasa lantaran Allah tidak akan membiarkan kezaliman dan kekejaman itu berpanjangan dan berkekalan.
Seperti yang pernah GB nukilan sebelum ini:
yang zalim pasti akan menerima balasannya. Allah tidak akan mengizinkan kerajaan yang zalim itu kekal lama. Bacalah Al-Quran. Di sana ada kisah-kisah pemerintahan Namrud dan Firaun yang zalim. Ada kisah Abu Lahab dan Qarun yang tamak haloba. "Baca" juga di sekeliling kita, tumbangnya Marcos di Filipina dan Thaksin di Thailand adalah kerana kezaliman dan salahguna kuasa. Begitu juga halnya di timur tengah seperti Syria dan Tunisia.
UMNO BN juga pasti tumbang. Itu keyakinan kita. Itu keyakinan orang beriman. Itu keyakinan pejuang kebenaran dan keadilan!
Calon Ikhwan FJP dahului pilihan raya Presiden Mesir , at 24.5.12,

(Dr Syed Azman berdiri di depan barisan rakyat Mesir yang sedang berpesta mengundi buat pertama kalinya)
Hari ini merupakan hari kedua Pilihanraya Presiden Mesir. Setakat ini ianya berjalan dengan penuh tenang dan aman dengan undi luar memberikan kemenangan kepada calon Ikhwan dari FJP.
Adalah dijangkakan proses pembuangan undi buat lebih 50 juta rakyat Mesir akan terus berjalan lancar bagi memilih Presiden Mesir pertama kali setelah kejayaan revolusi 25 Januari yang yang telah menumbangkan rejim Hosni Mubarak.
Pada hari kedua ini saya berada bersama beberapa pemerhati pilihanraya telah melawat tempat membuang undi di kawasan Asyar yang terletak di pinggir Kota Kairo.
Proses pengundian yang berjalan selama 2 hari kini semakin menjelaskan pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak.
Seramai 13 senarai calon yang bertanding tetapi empat calon yang paling popular setakat ialah Dr Mohammad Morsy dari parti FJP Ikhwan Muslimin, Dr Mon’im Aboul Futuh yang juga merupakan bekas pimpinan Ikhwan Mesir dan dua calon tajaan saki-baki rejim Mubarak iaitu ‘Amru Musa dan Shafik.
Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter dan pemerhati antarabangsa dari Carter Center kini berada di Mesir untuk menyaksikan pilihanraya bersejarah ini, sepertimana beliau juga ke Gaza untuk menyaksikan Pilihanraya Parlimen Palestin pada 25 Januari 2006 yang berakhir dengan kemenangan HAMAS.
Setakat ini proses undian berjalan lancar dimana setiap pengundi di wajibkan ‘celup jari’ bagi meengelakkan ‘pengundi hantu’ dan penipuan.
Sementara itu hakim-hakim yang diikitiraf telah dilantik bagi menyelia proses pengundian di tempat-tempat mengundi. Bagi menjaga keamanan dan keselamatan setiap tempat pengundian, puluhan ribu yang terdiri dari kalangan anggota tentera dan polis telah dikerahkan untuk berkawal dalam tempoh dua hari ini.
Bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan, Parlimen Mesir baru-baru ini telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri, sambil diperhatikan oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yng bertanding.
Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi disepanjang tempoh pengundian.
Inilah catatan awal perjalan pilihanraya yang sedang berjalan sekarang ini.
Bagi keputusan pilihanraya Presiden bagi rakyat Mesir yang menetap di luar negara, Dr. Mohamad Mursi dari FJP telah mendapat tempat pertama dengan lebih 37% undi dan Dr Abd Mun’im mendapat tempat kedua dengaan 27% undi.
Calon-calon lain tidak mendapat undi yang banyak dalam pemilihan ini. Pencapaian awal Dr. Mursi ini mungkin menjadi indikator positif kepada calon Ikhwan Muslimin dalam menentukan keputusan penuh pilihanraya Presiden Mesir yang sedang berjalan ini.
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Hubungi beliau melalui Twitter: @syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk
Lagi Intimidasi Ke Atas Ambiga, Petanda Lebih Cepat UMNO BN Berkubur! , at 24.5.12,
100, termasuk kumpulan motor serbu rumah AmbigaLebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.
Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.
Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".
Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan. -mk
'Ancaman sasar Ambiga kerana dia India, wanita'
WAWANCARA Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi sasaran ancaman pelbagai pihak disebabkan beliau keturunan India dan seorang wanita.
Sebaliknya, kata A Samad, ancaman itu, antaranya 'senaman punggung' di hadapan rumah, tidak akan berlaku sekiranya beliau berada di tempat Ambiga.
"Ambiga memang sepatutnya (mengetuai). Beliau seorang peguam, beliau mempunyai pengalaman yang banyak, dia menerima pujian dan sebagainya.
"Malang, oleh kerana dia seorang India, dia bukan Islam, malang. Kalau Ambiga itu saya, tidak berlaku ancaman yang berlaku terhadapnya (seperti) menayangkan punggung," kata A Samad ketika ditanya perbezaan peranannya dalam BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0.
Samad, seorang lagi pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu menegaskan bahawa "tiada perbezaan tetapi mempermudahkan" sesuatu perkara.
Ditanya sekiranya beliau dilihat lebih menonjol berbanding Ambiga, segala ancaman itu tidak akan timbul, Pak Samad menjawab:
"(Beliau) seorang wanita kerana itu mereka bersedia untuk melanggar (Ambiga). Kalau dari mula saya (pimpin), barangkali ada kewarasan-kewarasan yang lain," katanya.
Pak Samad berkata, beliau mungkin juga akan dituduh dipengaruhi fahaman komunisme disebabkan beliau membaca buku tokoh aliran itu seperti Mao Zedong dan karya-karya sasterawan kiri antaranya Fyodor Dostoyevsky dan Boris Pasternak.
'Sisa kuasa' hebohkan Melayu disanggah
Beliau bagaimanapun menegaskan membaca buku-buku jenis itu bukan untuk mengikuti fahamannya sebaliknya hanya mahu membandingkan karya pelbagai aliran.
"Jadi sebagai seorang penulis, (kita) ingin memahami. Kita membaca di pihak sana untuk mewaraskan pihak di sini. Ini (tidak), kita baca di pihak sana, tapi terus dicop (mengikuti) pihak sana (juga). Itu salah (menurut pandangan) otak orang-orang yang resah," katanya.
Tokoh yang mesra dipanggil "Pak Samad" berkata rakyat Malaysia mudah bertelagah disebabkan isu perkauman.
Malah, katanya, golongan yang disifatkannya sebagai "sisa kuasa" mula menghebohkan bahawa kuasa Melayu sedang disanggah atau kaum lain akan menyanggah ketuanan Melayu.
Pak Samad bagaimanapun mempersoalkan kewajaran perkara itu ditimbulkan dan membangkitkan apa yang dilakukan pihak yang membangkitkan perkara itu untuk melindungi ketuanan Melayu ketika berada di "takhta kuasa".
"Pada hal kita tidak mudah untuk mempercayainya. Oleh kerana kita merdeka sudah lama, kita mempunyai perdana menteri, semuanya Melayu. Timbalan perdana menteri, semua Melayu," katanya.
Ditanya sama ada golongan sastera mengambil peduli isu dibangkitkan BERSIH, Pak Samad mengakuinya tetapi menurutnya "bukan tugasnya untuk memobilisasi" kumpulan tersebut.
"Mereka perlu bertanyakan hati mereka, adakah mereka harus menyertainya. Tugas saya untuk memperjelaskan inilah situasi siasah negara kita.
"Adakah kita mahu berlanjutan atau kita mahu mengubahnya," katanya sambil menambah kumpulan sastera tidak terpisah dengan isu politik apabila menghasilkan karya atau mengadakan sesuatu perbincangan. -mk








Intimidasi yang berterusan yang dilakukan oleh puak pencacai UMNO ke atas Pengerusi BERSIH, S.Ambiga, menyerlahkan lagi sikap "assabiyah" dan perkauman sempit UMNO itu sendiri.
Dan semua mata rakyat Malaysia terbuka luas: bahawa laungan 1Malaysia Najib BENAR-BENAR omongan kosong.
Bak kata Pak Samad, hanya kerana Ambiga itu keturunan India dan merupakan seorang wanita pula, maka tidak hairan beliau menjadi sasaran ancaman pelbagai pihak.
Bagi GB yang sentiasa berpegang kepada hukum kebenaran dan keadilan, perbuatan pemuda-pemuda samseng UMNO itu akan hanya memakan diri mereka sendiri.
Lebih kerap dan keras UMNO/BN melakukan / merelakan intimidasi ke atas Ambiga, maka lebih ramai (setidak-tidaknya kaum India yang semakin celik dan sekalian peserta BERSIH) yang akan menolak UMNO BN ... dan akan lebih ramai yang akan bersimpati dengan Ambiga, berarti juga akan lebih cepat UMNO BN berkubur. Hukum kebenaran itu tidak boleh ditolak atau dinafi.
Dan itulah juga diantara "haramjadah" yang bakal menimpa Najib dan UMNO! -GB
Bila lagi lesen radio untuk Kelantan? , at 24.5.12,

(Tuan Guru Nik Aziz mencuba sukan memanah anjuran Yik)
KOTA BHARU: Tindakan Kerajaan Pusat yang masih
membisu tentang permohonan Kelantan untuk mendapatkan lesen stesyen
radio sendiri disifatkan sebagai pemikiran lapuk.Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memohon surat untuk mendapatkan kebenaran itu ketika Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan lagi.
Katanya, tindakan berdiam diri tanpa sebarang jawapan itu tidak wajar dilakukan oleh Kerajaan Pusat sehingga sekarang.
“Tindakan ini masih berfikiran kekampungan dan amat tidak wajar dilakukan oleh menteri-menteri di peringkat pusat.
“Mereka menganggap seolah Malaysia ini milik nenek moyang mereka, ini suatu kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Melayu,”ujarnya.
Berikutan kegagalan kerajaan Pusat menyediakan ruang itu, kerajaan negeri katanya telah melancarkan radio sendiri RTV melalui saluran internet.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian Sukan Memanah Peringkat sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Maahad Muhammadi.
Turut hadir anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Datuk Mohd Amar Abdullah serta pengetua-pengetua sekolah agama Yik.
Tambahnya, radio dan televisyen ini akan digunakan sebaiknya oleh kerajaan negeri untuk menyiarkan program serta aktiviti kerajaan negeri.
Sempena majlis ini, Tuan Guru menunjukkan kebolehan memanah.
Sebanyak Sembilan buah sekolah Yik menerima peralatan memanah dari Tuan Guru. -Hrkh
Langgan:
Catatan (Atom)









