Ikuti Blog ini
(Video) Ramai lagi artis akan sertai PAS - Dato' Tarmizi Mat Jam ,Selasa, Julai 10, 2012 at 10.7.12,
Tugas Ulama’ Memimpin Perubahan Ummah – Presiden PAS , at 10.7.12,
HULU TERENGGANU
- Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa
golongan yang berpendidikan agama tidak memisahkan cara hidup itu,
dengan politik dan menjadi ulama’ yang memimpin perubahan.Beliau berkata para Nabi-nabi dan Rasul-rasul juga merupakan ahli politik yang tidak memisahkan dengan dakwah.
Katanya, para anbiya dan para rasul juga mendepani golongan Raja-raja serta pemerintah di zaman masing-masing.
“Nabi-nabi juga adalah ahli politik. Nabi-nabi dan Rasul-rasul tidak memisahkan politik daripada dakwah. Nabi-nabi bukan sahaja berdepan dengan rakyat, Nabi-nabi juga berdepan dengan Raja-raja dan pemimpin di zaman masing-masing.
“Bacalah al-Quran yang menunjukkan Nabi-nabi dan Rasul-rasul berdakwah, berpolitik, memimpin umat dan memimpin negara. Ini peranan ulama’, peranan mereka yang mengaji di bidang agama untuk membetulkan doktor, membetulkan ‘engineer’, membetulkan petani, membetulkan peladang dan membetulkan rakyat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (Kudqi) Kali ke-10 di Dewan Utama Kudqi, Kubang Lembek, Manir, 9 Julai lalu.
Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Harun Taib dan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Hussin Awang.
Ustaz Abdul Hadi menyaran agar golongan ilmuan agama boleh menjadi ulama’ yang memimpin ummah dan bukan sekadar mengajar sahaja.
Namun, katanya kebanyakkan parti-parti Islam yang ada di seluruh dunia hari ini dipimpin oleh bukan di kalangan ulama’.“Pada hari ini, parti-parti Islam dikebanyakkan dunia terpaksa dipimpin oleh di kalangan yang bukan pengajian agama. Allamdulillah, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dipimpin oleh kalangan yang berpengajian agama.
“Ikhwan, Jameat Islami, parti Islam di Turki dan lain-lain. Dipimpin oleh mereka yang tidak dalam bidang pengajian agama. Tapi mereka orang Arab, mereka tahu bahasa Quran.
“Di mana pergi ulama’-ulama’nya. Kita (PAS) mahu menjadi ulama’-ulama’ yang kuat. Ulama’ yang memimpin dan bukan ulama’ yang mengajar sahaja. Tapi ulama’ yang mengajar dan memimpin masyarakat,” tegasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa pusat-pusat pengajian agama merupakan benteng yang mempertahankan umat Islam.
Menurutnya, golongan yang berpendidikan agama yang lahir di pondok-pondok pengajian Islam mempunyai jati diri yang kuat.
“Pusat pengajian agama adalah benteng yang mempertahankan umat. Bukan sekadar melahirkan para pelajar sahaja.
“Di zaman belum merdeka, pondok-pondok yang mengajar agama tidak ada syahadah, tidak ada sijil. Jika ada sijil pun tidak diiktiraf . Mereka (pelajar) yang lulus balik bekerja sendiri tetapi mempunyai jati diri (Islam) yang kuat,” ujarnya.
Kata Dato’ Seri Abdul Hadi, negeri-negeri Islam yang dijajah oleh penjajah, Islamnya boleh bertahan apabila ada pusat-pusat pengajian agama.
Pada majlis tersebut seramai 39 pelajar Kudqi menerima sijil serta plak bagi semua Graduan Fakulti Syariah wal-Qanun dan Fakulti Usuluddin Tafsir. Manakala, tiga pelajar terbaik menerima anugerah Amirul Mukminin Abu Bakar, Imam As-Syafie dan Imam Ibnu Kathir.

Ini Dia Dokumen Sahkan Najib Campurtangan Projek LRT Ampang , at 10.7.12,
Dokumen 'sahkan' PM campurtangan, dakwa PKRPKR telah mendedahkan satu dokumen (lihat lampiran di bawah) yang didakwanya membuktikan bahawa jawatankuasa peringkat tinggi yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada konsortium yang diketuai oleh George Kent Bhd.
Dokumen itu adalah minit mesyuarat kelima Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) pada 21 Jun, yang mempengerusikan Najib kerana beliau juga merupakan menteri kewangan.
Dalam sidang akhbar hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata anugerah itu adalah pelik kerana George Kent dianggap sebagai "pembida lebih tinggi tidak berpengalaman" dalam tender tersebut.
Menurutnya, kepakaran yang George Kent ada ialah mengilang meter air dan syarikat itu sebelum ini ditolak kerana ia tidak memenuhi keperluan minimum teknikal bagi kerja tersebut.
Najib, yang sebelum ini diminta menjelaskan dakwaan tersebut, menyangkalnya dengan berkata semuanya mengikut aturan. -mk
Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan Telah Menganugerahkan Tender Kepada George Kent
Pada 21 Jun 2012, Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) telah mengadakan mesyuarat kelima bagi tahun 2012 (Bil 5/2012). JPMK adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah tender projek-projek besar kerajaan. Keanggotaannya adalah seperti berikut:
1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Ser Najib Tun Razak selaku pengerusi,
2. Menteri Kewangan II, Dato’ Seri Husni Hanadzlah,
3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abd Aziz Wan Abdullah, dan
4. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Nozirah Bahari
Mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor bagi kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang pada harga RM1,180,037,624.
Keputusan ini kemudiannya dimaklumkan kepada Dato’ Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana bagi tindakan beliau yang selanjutnya dalam satu surat bertarikh 25 Jun 2012 yang disertakan bersama.
Pendedahan keputusan JPMK ini mengesahkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak telah campur tangan di dalam proses penilaian dan penganugerahan tender kerja-kerja tambahan LRT Laluan Ampang.
Lebih mengejutkan, keputusan JPMK yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri itu membatalkan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang sama pada 25 Januari 2012 yang melantik kontraktor lain yang lebih layak.
Saya mendesak Dato’ Seri Najib Tun Razak berterus terang dengan menjawab 3 soalan berikut, rentetan kenyataan tunggal beliau setakat ini kononnya proses anugerah tender ini mengikut prosedur yang betul:
1. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan sebuah syarikat yang telah jelas gagal di dalam penilaian teknikal diberikan tender bertentangan dengan keputusan jawatankuasa teknikal?
2. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi (harga George Kent adalah RM1.18 bilion berbanding harga Balfour Beatty pada RM1.01 bilion, iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta) kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan? dan
3. Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri campur tangan sedemikian rupa di dalam anugerah tender besar seperti ini?
Segala keputusan anugerah tender setakat ini membayangkan berlaku pergolakan dan menimbulkan lebih banyak persoalan.
Apakah pertimbangan sebenar Dato’ Seri Najib yang sanggup membahayakan nyawa ratusan ribu orang ramai dengan melantik sebuah syarikat milik rakan karibnya yang hanya berpengalaman mengilang meter air untuk membina sistem LRT negara?
Kenapa harga yang dianugerahkan kepada syarikat milik rakan karib beliau ini lebih mahal sebanyak RM167 juta sedangkan ada pembida yang dinilai layak kepakarannya pada harga yang lebih rendah?
Apakah jumlah RM167 juta ini juga boleh dikaitkan dengan apa-apa pembayaran berbentuk komisen kepada mana-mana ahli politik Umno/BN, seperti mana wujudnya pembayaran komisen kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib semasa pembelian kapal selam Scorpene dahulu?
Soalan-soalan ini akan terus berlegar dan akan memburukkan lagi imej Dato’ Seri Najib selagi ia tidak dijawab dengan jitu dan ikhlas oleh beliau.
Pun begitu, saya percaya Dato’ Seri Najib akan terus membisu kerana itulah tindakan beliau setakat ini bila berdepan dengan skandal di dalam pentadbiran beliau.
Oleh yang demikian, saya percaya tanggungjawab yang sama perlu digalaskan di bahu Dato’ Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana untuk mengesahkan bahawa George Kent telah dilantik sebagai kontrak bagi kerja-kerja pembinaan tambahan LRT Laluan Ampang, seperti mana yang diarahkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
10 JULAI 2012

GAMBAR YANG MENYUSUK KALBU YANG DIKELABUKAN DARI PENGETAHUAN UMUM.. , at 10.7.12,
Gambar-gambar ini taubat lahom tidak akan disiarkan di semua media cetak arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN.
Cukup terharu dan kagum amat, gaya hidup yang dilalui oleh seorang insan berjawatan sebagai Presiden Parti Islam terbesar di negara kita ini, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Rumahnya sekadar bertanggakan kayu yang sudah hampir lusuh dan cat yang sudah menggelupas.
Dalam rumahnya berlapikkan tikar getah dengan karpet murah.
Meraikan tetamu istimewa, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Mantan Menteri Penerangan dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, secara duduk bersila dengan menjamu selera di atas lantai dengan hidangan masakan kampung yang cukup sederhana tetapi menyelerakan.
Begitu sempoi dan cool sekali gaya hidup TGHA..
Jiwa admin amat tersentuh sekali. -Hrkh
WWW 1: Nizar saman Utusan, TV3 RM100 juta , at 10.7.12,
KUALA LUMPUR: Ahli
Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin hari ini
memfailkan saman fitnah kepada dua media pro Umno iaitu Utusan Malaysia
dan TV3 berhubung isu bidaan plat kenderaan WWW1.Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurutnya, pihak Utusan dan TV3 tidak memberi respons untuk memohon maaf dalam tempoh yang telah diberikan.
"Saya bersama peguam hari ini memfailkan saman masing-masing RM50 juta kepada Utusan dan TV3 selepas enggan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pekarangan mahkamah.
Beliau hadir bersama barisan peguamnya yang diketuai Zamri Ibrahim yang juga Pengarah Juham Pemuda PAS Perak. (Gambar)
Mengulas lanjut, mantan Menteri Besar Perak itu berkata, TV3 dalam Buletin Utama pada 30 Mei lalu mendakwa beliau telah mendakwa Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida plat WWW1 yang berharga RM520 ribu melalui laman Twitternya.
Utusan Malaysia pula dalam keluaran 31 Mei lalu juga mendakwa perkara yang sama.
"Kenyataan saya seperti yang kita boleh lihat, ianya langsung tidak menyebut nama Sultan Johor sebaliknya ianya diputarbelitkan untuk menjatuhkan kredibiliti saya," jelasnya.
Ujarnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada barisan peguamnya untuk tindakan lanjut dan berharap ianya dapat diselesaikan segera agar rakyat mengetahui perkara sebenar. -Hrkh
Bermain Dengan Angka, Najib DIkencingkan Dengan Akhbar Media Perdana , at 10.7.12,
Katanya 50 ribu orang sambut PM, kasihan…Katanya, Ahad lalu PM turun ke Bangi Selangor atas pentas ‘Janji Ditepati’ dengan sambutan 50,000 penduduk negeri Selangor. Hebat benar sambutan ini, kita tak dapat membayangkan dengan begitu ramai sokongan rakyat kepada PM kita, tapi Najib masih tidak sanggup membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13.
Gambar: Kanak-kanak (dalam bulatan) diperalatkan untuk sambut Najib di Bangi
Harus diingat, pilihan raya yang bakal diadakan kelak merupakan medan pertama Najib diuji dengan sebenar-benarnya. Kita tidak pernah lupa bahawa selama ini Najib naik kerana ‘bertenggek’ atas kapasiti giliran dan nasib.
Mudahnya dia naik
Masa mula-mula beliau terlibat dalam politik, adalah kerana menggantikan kerusi wakil rakyat milik ayahandanya yang meninggal dunia ketika menjawat jawatan Perdana Menteri. Ketika itu Najib dipilih oleh rakyat atas budi dan nama baik serta simpati kepada perjuangan ayahandanya.
Kemudian, rentetan sejarah jawatan beliau dalam parti dan kerajaan juga seakan rezeki terpijak. Beliau jadi Menteri Besar Pahang yang termuda, semua tahu ketika itu tiada wakil UMNO yang benar-benar layak dan disukai oleh istana Pahang, maka Najib mendapat laba dari situasi itu.
Kemudian dia naik jadi Ketua Pemuda UMNO kerana Anwar naik pangkat ke Naib Presiden, seterusnya beliau jadi Naib Presiden bila Pak Lah naik jadi Timbalan setelah Anwar ditendang keluar dari UMNO dan Kabinet. Selepas itu, Najib naik ke takhta no.1 kerana Pak Lah ditendang keluar oleh UMNO sendiri.
Begitulah nasib yang sentiasa menyebelahi Najib Tun Razak. Beliau belum pernah diuji dilapangan sebenar, dan pilihanraya akan datang pastinya akan menjadi medan ujian sebenar sama ada Najib betul-betul dikehendaki oleh rakyat Malaysia atau tidak.
Hebat-hebat Najib, pakai Utusan juga
Dalam rentetan ini, kini Najib sibuk ke hulu ke hilir berkempen baik atas kapasiti kerajaan mahu pun parti. Kita sebagai rakyat biasa, sudah tak boleh nak beza yang mana kempen guna duit parti yang mana guna duit cukai rakyat. Najib dan UMNO, main sapu sahaja.
Dalam banyak adegan kempennya, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia sering sahaja ‘menggubah’ sokongan orang ramai kepada Najib, seolah-olah Najib sudah dipilih oleh rakyat secara automatik dalam siri-siri kempen menggunakan wang cukai rakyat ini.
Yang terbaru, tanpa sebarang gambar yang menunjukkan orang yang menyambut Najib, tiba-tiba Utusan yang terkenal sebagai akhbar fitnah telah mendakwa sejumlah 50,000 orang telah menyambut Najib. Pelik, tapi inilah hakikatnya.
Dulu sewaktu Bersih 3.0, Utusan dakwa hanya 30 ribu orang sedangkan orang yang hadir, wartawan antarabangsa yang berada di ibu kota masa itu, gambar-gambar dimuat naik ke internet menunjukkan sebaliknya, malah jauh besar dari dakwaan Utusan itu.
Najib cetus kesesakan lalu lintas dengan bas-bas sewa
Teman terpanggil nak mengutuk di sini kerana dah rimas dengan dakwaan 50,000 di sana, 70,000 di sini. Kebetulan pula, teman terperangkap dalam kesesakan lalulintas sewaktu acara Najib itu berlangsung. Ya memang ramai orang yang datang, kebanyakan budak-budak sekolah.
Namun, dalam banyak-banyak itu, rasanya bas-bas sekolah lebih banyak dari pengunjung. Plat bas-bas ini ada yang bermula dengan P, D, C, A, N dan J. Pastinya bas-bas ini disewa khas dari negeri tersebut.
Selain dari bas persiaran dan bas sekolah, banyak juga bas-bas dari kolej swasta. Kasihan budak-budak kolej dipaksa datang menyambut PM. Jumlahnya sekitar 100 buah. Semua bas-bas ini diletakkan di luar kawasan tapak pesta.
Projek bawa orang datang guna bas charter ke program UMNO atau kerajaan BN pastinya projek yang cukup lumayan. Saiz tapak majlis sekitar 700 meter persegi. Kalau dikira dengan jari, pasti muatnya tidak lebih dari 5,000 orang. Itu pun kalau kawasan parking tak penuh.
Kalau nak membohong pun, agak-agak la. Tapi itu Utusan kan…
Bagi Najib yang hadir sebagai VIP, pastinya tidak akan melihat gambaran sebenar di luar pentas acara. Yang dilihat adalah mereka yang telah duduk bersimpuh di hadapannya. Pasti juak-juaknya akan berbisik, “ Dato’ Seri, inilah penyokong kita, kita mesti sukses punya”.
Tanpa sedar bahawa semua yang hadir, majoritinya (mungkin 5,000 agaknya) bukanlah penduduk Selangor. Kasihan Najib, kena main dengan pengelola majlis.
Nampaknya, perjalan politik Najib kali ini pastinya sukar. Tiada lagi tiket untuk bertenggek selesa demi menjamin kekuasaan seperti dahulu. Sudahlah dia disindir dua kali oleh Dato’ Chua Soi Lek – kerana ketua MCA sanggup berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng – pastinya Najib semakin tertekan untuk mengelak dari berdebat dengan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim.
Kini Najib harus terima realiti, dia kena tunjuk kekuatan yang sebenar dengan menerima jemputan debat Perdana dengan Anwar Ibrahim. Tak perlulah bergantung dengan Utusan yang sudah berkali-kali kalah dalam saman fitnah. Najib kena disedarkan bahawa rakyat belum lagi memilih Perdana Menteri sejak PRU 2008. Tunggulah sehingga PRU13 nanti. -Roketkini
[VIDEO & BERGAMBAR] Amukan Di Putrajaya: "Imam Mahadi" Ke Lanun? , at 10.7.12,

Individu yang mengaku dirinya "Imam Mahadi, yang mengamuk mau mengulingkan kerajaan dengan bantuan pasangannya dengan hanya bersenjatakan sebilah pedang samurai seperti dilaporkan oleh Utuseks Meloya dikenali dengan nama Khalil Afandi Hamid dan memiliki blog jenama Jaya Negara
Lelaki yang menyerbu pejabat JPM dan cuba menyerang orang ramai dengan pedang samurai di JPM rupanya seorang Penulis Blog Jaya Negara. Allahyarham sempat menulis entri terakhir tentang hidup dan mati. (Baca di sini...)

Mengikut kenyataan polis, lelaki ini mengangkat dirinya sebagai Imam Mahadi. Tak dapat dipastikan sama ada dia ni penyokong mana-mana parti sebab dari blognya itu tidak digambarkan ideologi politiknya. Pas pun dia bantai, Najib pun dia bedal. Tapi dia banyak bercakap mengenai ketuhanan...
Nama sebenar lelaki tersebut ialah Khalil Afandi Hamid 47 tahun, seorang penganggur manakala teman wanitanya bekas pelajar UIA berusia 28 tahun. Lelaki tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit dimasukkan ke hospital berkenaan, manakala suspek wanita masih menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
disunting dari: wargamarhaen
Ada persoalan yang agak pelik dan misteri di dalam kes ini.
1) Nak gulingkan kerajaan cuma dengan dua orang?
2) Topi ada lambang tengkorak, nak tunjukkan apa sebenarnya?
3) Pedang samurai - jarang orang Melayu guna pedang, mungkin ini kes terpencil.
4) Belenging tak berbaju (malah gambar profail di blog pun begitu). Perwatakan sedemikian aneh dan pelik kecuali orang tidak siuman.
5) Laporan Utusan menyebut dia bertakbir beberapa kali. Betulkah atau auta Utusan?
6) Mati kerana terkena tembakan di kaki.. mungkin darah dah keluar banyak
7) Blognya baru dibuat 1 bulan yang lalu.. semacam dirancang...GB
Rombongan 'tahniah Morsi' berlepas malam tadi , at 10.7.12,

(Tuan Guru Nik Aziz dalam sidang media semalam)
KOTA BHARU: Rombongan kerajaan Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, untuk menghantar perutusan tahniah di atas kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsi telah berlepas kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Rombongan berkenaan akan membawa surat perutusan tahniah dari Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Turut serta dalam rombongan itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ustaz Ahmad Fadzli Shaari, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, Anggota Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat.
Selain itu turut menyertai rombongan perutusan tahniah itu, Timbalan Anggota Exco kerajaan negeri, Zulkifli Mamat dan Pensyarah Kias, Ustaz Asri Daud.
Rombongan berkenaan dijadualkan bertemu dengan Morsi Rabu ini di Istana Presiden.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditanya berhubung perkara itu mengakui beliau mengirimkan perutusan tahniah itu sebagai sokongan perjuangan Islam yang telah berjaya mentadbir di sana.
Katanya, dengan kemenangan itu cukup membuktikan Islam tidak pernah mengamalkan kekasaran terhadap bangsa di dunia ini.
“Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin berkempen tidak menggunakan duit sehingga beliau memenangi pada pemilihan presiden, sebaliknya kebenaran perjuangan Islam,”ujarnya.
Tuan Guru turut mengakui beliau juga seharusnya turut menyertai rombongan itu, bagaimanapun terpaksa dibatalkan atas masaalah kesihatan.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian majlis menandatangani perjanjian pembangunan pusat kitar semula dan kompas antara MPKB-BRI dan SS Microbial Sdn Bhd. semalam. -Hrkh
Fulamak !!!! Kalau Bro Bikers Pun dah Sokong Tok Guru..pening kepala lagi Amano.. , at 10.7.12,
Tok Guru Nik Aziz Melepaskan para peserta..
Tok Guru menyampaikan sepatah dua kata
Himpunan Kelantan International Bikers
Tiga Peserta Bikers bergambar dengan Tok Guru Kite
berebut rebut The Bikers kita nak salam dengan Tok Guru
Para peserta berkonvoi keluar dari Kota Darul Naim
Ketu Marshall Bersalaman dengan tok Guru
Tok Guru Melepaskan peserta International Bikers
Ha Tu Dia ..Himpunan Motosikal Berkuasa Tinggi..
Terima kasih kepada Kelantan TV.. baru aku perasan..pada hari sabtu yang
lalu..banyak superbike masuk lebuh raya Gerik Jeli..aku ingat konvoi
biasa je..rupanya ada perjumpaan International Bikers di Kota darul Naim
pada 7/7/2012..bila pulang pun berderu deram superbike ni memotong
kereta aku.. memang terujala..ini gambar ori bukan edit tau.
Rebat air lebih besar dari BR1M ,Isnin, Julai 09, 2012 at 9.7.12,
Biarpun nilai RM11.20 sebulan itu dilihat kecil, namun apabila dikira untuk tempoh setahun sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Selangor menjadikan jumlahnya hampir RM540.
"Ini bermakna, rebat yang kita berikan kepada rakyat Selangor lebih RM40 dari yang kerajaan pusat beri. Sebulan RM11.20 didarabkan kepada 12 bulan dan darab lagi dengan empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat.
"Sedangkan, BN yang telah memerintah negara sejak 52 tahun lalu hanya boleh memberikan RM500 untuk setahun. Mana lebih baik?" soal Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ketika sidang Dun Selangor, petang tadi.
Beliau berkata demikian ketika membidas Adun Kuala Kubu Bharu, Wong Koon Mun, yang dilihat membandingkan usaha kerajaan negeri itu dengan pemberian BR1M yang lebih besar jumlahnya.
Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk memberi rebat bagi penggunaan 20 meter padu yang pertama kepada seluruh pengguna di negeri itu selepas mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008.
- Anis Nazri
[PECAH BERITA] Dua Mengamuk Di JPM, Seorang Mati Ditembak , at 9.7.12,
Putrajaya
- Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera
ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di
sini, petang tadi.Gambar: Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Foto ihsan Cari Malay Forum
Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.
Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.
Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.
Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.
Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya. -SH
Dr. Asri Ajak Sokong Pakatan Rakyat.. Ini Buktinya , at 9.7.12,
Betul ke neh? Cuba baca apa yang Dr Maza twitt kat atas neh.. Apa jadi
negaraku, penjenayah bertahta, pelapor direman dan didera. Kita wajib
berubah dan mengubah. Kalau diperhatikan betul2, apa yang cuba
disampaikan oleh dr asri seolah2 ada kaitan dengan apa yang telah
berlaku ke atas uncle seekers. Sebab baru2 neh uncle seekers telah
ditahan reman selama 4 hari sebelum disambung semula untuk 3 hari tak
silap aku menjadikan jumlah keseluruhan hari uncle seekers dan teman
wanitanya direman adalah sebanyak 7 hari.
Mula2 uncle seekers direman dibawah akta OSA. Akta yang mana kita tahu digunapakai oleh polis andai sesiapa mendedahkan dokumen sulit dan rahsia kerajaan ataupun pihak tertentu. Jadi besar kemungkinan dokumen yang didedahkan oleh uncle seekers adalah tulen. Jika tidak tulen maka kenapa ditahan di bawah akta OSA bukan di bawah akta fitnah mahupun akta keterangan pindaan 2012 yang telah berkuatkuasa baru2 ini?
Selesai satu kes. Namun sayangnya uncle seekers tiba2 pula kantoi pasal morfin. Ada yang cakap mungkin disebabkan ubat. Kalau kita ada mengambil ubat yang mengandungi ‘dadah’ jenis morfin maka tak mustahil ujian pengesan dadah menunjukkan positive dadah. Bukan bererti kita penagih dadah. Namun dalam masa yang sama jika uncle seekers tidak membuat penafian bahawa pdrm menfitnah dia maka automatik kita boleh menganggap bahawa isu tersebut adalah benar.
Apa pun boleh jadi uncle seekers belum lagi tahu apa yang dihebahkan oleh polis mengenainya. Ataupun kalau dia dah tahu dia bersikap berdiam diri sebab memang insiden tersebut benar. Sekarang neh kena tunggu uncle seekers keluar dulu baru boleh buat kesimpulan penuh.
Berbalik pada tweet Dr Asri, kalau diperhatikan memang seolah2 sedang mengajak menyokong PR bila menyebut kita perlu berubah dan mengubah. Sebenarnya apa lah sangat dibandingkan dengan 55 tahun berbanding 5 tahun yang diminta oleh pakatan rakyat.
Mula2 uncle seekers direman dibawah akta OSA. Akta yang mana kita tahu digunapakai oleh polis andai sesiapa mendedahkan dokumen sulit dan rahsia kerajaan ataupun pihak tertentu. Jadi besar kemungkinan dokumen yang didedahkan oleh uncle seekers adalah tulen. Jika tidak tulen maka kenapa ditahan di bawah akta OSA bukan di bawah akta fitnah mahupun akta keterangan pindaan 2012 yang telah berkuatkuasa baru2 ini?
Selesai satu kes. Namun sayangnya uncle seekers tiba2 pula kantoi pasal morfin. Ada yang cakap mungkin disebabkan ubat. Kalau kita ada mengambil ubat yang mengandungi ‘dadah’ jenis morfin maka tak mustahil ujian pengesan dadah menunjukkan positive dadah. Bukan bererti kita penagih dadah. Namun dalam masa yang sama jika uncle seekers tidak membuat penafian bahawa pdrm menfitnah dia maka automatik kita boleh menganggap bahawa isu tersebut adalah benar.
Apa pun boleh jadi uncle seekers belum lagi tahu apa yang dihebahkan oleh polis mengenainya. Ataupun kalau dia dah tahu dia bersikap berdiam diri sebab memang insiden tersebut benar. Sekarang neh kena tunggu uncle seekers keluar dulu baru boleh buat kesimpulan penuh.
Berbalik pada tweet Dr Asri, kalau diperhatikan memang seolah2 sedang mengajak menyokong PR bila menyebut kita perlu berubah dan mengubah. Sebenarnya apa lah sangat dibandingkan dengan 55 tahun berbanding 5 tahun yang diminta oleh pakatan rakyat.
Jika kita boleh vote bn out, kita juga boleh vote pr out kalau mereka tidak menjalankan tugas dengan betul. Sudah terlalu lama kita biarkan diri kita ditipu dan dimanipulasi oleh bn takan lah kita masih lagi nak mengharap pada yang tak boleh buat kerja sedangkan kita sudah diberikan satu pilihan yang lain?
Jika dulu boleh larh nak bersikap demikian ketika pas dan dap masih baru, masih belum mampu menyaingi kekuatan bn tetapi sekarang pas, dap dengan kerjasama dan bantuan dari pkr apa yang mustahil telah bertukar menjadi tidak mustahil lagi. Marilah kita sama2 berubah dan cuba melakukan perubahan dengan mengubah kerajaan kita sekarang. Orang kata if you don’t try then you don’t hope.
Jika kita takut mengambil risiko kita akan kekal seperti ini untuk selama-lamanya. Sudah tentu hasilnya seperti yang kita tahu dan sedia jangka. Tetapi jika kita berani mengambil risiko sekurang2nya kita ada peluang sebanyak 50-50. Samada gagal mahupun berjaya. Tetapi itupun lebih baik dari mereka yang tak berani amek risiko. Sebab kita dah tentu2 terbukti gagal 100%.
Fikirkan.
Sumber
MCA Tiru UMNO Guna Fitnah Seks Untuk Jatuhkan Lawan , at 9.7.12,
Chua Soi Lek, ingatlah penderitaan anak-anak orang lain apabila fitnah dibiarkanGEORGE TOWN, 8 JULAI: “Suami saya tidak mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan saya berulang kali menyatakan bahawa saya tidak pernah bergaduh dengan wanita tersebut atau menyerang sesiapa pun berhubung perkara tersebut.”
Demikian penjelasan terbuka Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berhubung tuduhan liar dan fitnah MCA terhadap dirinya dan suaminya, yang sengaja dibairkan oleh pemimpin parti itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang penah terpaling dengan skandal video seks dengan wanita yang bukan isterinya.
“Chua Soi Lek… janganlah terlalu kejam. Anda sepatutnya tidak membiarkan atau membenarkan parti anda menyebar dan mencetak penipuan terhadap suami saya mempunyai hubungan rahsia dengan seorang bekas kakitangannya dan saya menyerang beliau – untuk memusnahkan reputasi keluarga dan menjejaskan anak-anak saya.
“Anda mempunyai keluarga juga. Saya pasti bahawa keluarga anda sudah lalui suatu masa yang sukar apabila anda mengaku kepada umum mengenai hubungan sulit dan kemudian meletak jawatan sebagai menteri. Jangan jadikan keluarga lain melalui juga keadaan sama dan tambahan pula tiada kebenaran terhadap penyebaran penipuan tersebut.
“Sebagai seorang wanita, saya ingin menggesa isteri Chua Soi Lek supaya menghentikan sikap kejam suaminya. Beliau mungkin telah memaafkan kekejaman lampau suaminya terhadap dirinya, namun beliau patut menasihati suaminya bahawa semua wanita Malaysia tidak akan memaafkan Chua kerana membenarkan MCA meneruskan kekejaman penipuan sebegini terhadap seorang wanita yang tidak bersalah dan keluarganya,” kata beliau.
Chew yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana (Melaka) kecewa kerana Chua Soi Lek, tidak mempedulikan fitnah itu dengan menganggapnya sebagai masalah Guan Eng.
Sedangkan, Chua sendiri membiarkan Pengerusi MCA Melaka, Gan Tian Loo, untuk menyalahgunakan DUN Melaka bagi menyebarkan penipuan bahawa Guan Eng mempunyai hubungan sulit dengan bekas kakitangannya dan Chew pula kononnya telah menyerang wanita itu dan Guan Eng.
“Bagaimana ini boleh menjadi masalah suami saya apabila penipuan tersebut disebarkan oleh MCA?
“Sebagai seseorang yang mengetahui kesakitan yang dilalui keluarga dan isteri selepas pita seks Chua dengan dengan seorang wanita didedahkan, saya tidak sangka Chua akan menggunakan taktik sama terhadap pihak lawannya, terutamanya ia adalah satu penipuan.
“Kenapa sehingga kini MCA tidak dapat menunjukkan bukti bahawa saya memukul seseorang? Chua sepatutnya menyatakan dakwaan tersebut atau mengarahkan Gan untuk mengulangi kenyataannya di luar Dewan Undangan Negeri Melaka,” katanya.
Chew sedar bahawa pemimpin MCA penakut dan tidak berani mengulangi fitnah itu di luar DUN kerana tahu penipuan tersebut adalah tidak benar dan sekiranya beliau mengulanginya di luar, Chew dan suaminya akan mendakwanya di mahkamah.
“Gan merupakan seorang penakut yang bersembunyi di sebalik imuniti dewan, mengetahui apa yang dikatakannya di dewan tidak boleh didakwa oleh suami saya dan saya. Saya hanya boleh mendakwa Gan sekiranya beliau menyatakannya di luar Dewan. Gan cuba lari daripada tanggungjawab selepas menfitnah saya dan suami saya. Adakah ini gaya politik MCA?” soal beliau.
Chew mengingatkan Chua bahawa Guan Eng marah dengan fitnah tersebut kerana beliau memang tidak melakukan apa yang dituduh itu serta bimbang keselamatan dan ketenteraman jiwa anak-anak mereka.
“Kami tidak mahu anak-anak kami ke sekolah dan mengalami trauma tersebut secara berulang kali.
“Sebelum ini, terdapat penipuan disebarkan mengenai salah laku seksual terhadap salah seorang anak lelaki saya dan kini berkenaan suami saya pula. Kenapa MCA sanggup menghina diri sendiri dengan menggunakan isu seks untuk mencemarkan suami saya hanya kerana mereka sendiri mempunyai masalah sebegini – mereka fikir orang lain juga sama?
“Suami saya betul, beliau bukanlah Chua Soi Lek. Lagi pun Chua sehingga kini masih tidak memohon maaf berhubung kenyataannya sebelum ini bahawa saya tidak berkhidmat untuk kawasan DUN saya dan sepatutnya berkhidmat untuk suami saya.
“Ini satu kenyataan yang dahsyat dan ia membuatkan saya terfikir bagaimana Presiden MCA boleh mengungkapkan kenyataan sebegini yang merendahkan martabat seorang pemimpin wanita dengan tidak memeriksa semula kenyataan berkenaan,” tambah beliau.- Roketkini
Ini peniruan taktik UMNO yang menggunakan seks sebagai satu jalan untuk memusnahkan kredibiliti lawan. Tetapi malang, ia semata-mata FITNAH yang direka-reka.
Hukum kebenaran dan keadilan menetapkan: rencana yang jahat itu akan kembali kepad apihak yang merrencananya. -GB
Terkini! Suasana Mesyuarat Tertinggi PAS dan Mesyuarat Umno? , at 9.7.12,


YAB Tuan Guru Al Mursyidul Am, Tuan Guru Timb Al Mursyidul Am, Yb Tuan
Guru Presiden, Ust Nik Zawawi Salleh dan Ust Syed Abd Kader al Jofree

Mesyuarat Tertinggi Umno
Ada beza?
Masihkah kita mengatakan Parti PAS sesat?
Gambar Najib dan Hishamuddin dibakar dihadapan Kem Tahanan Kamunting (Video Inside) , at 9.7.12,
Untuk menunjukkan protes terhadap Najib dan sepupunya Hishamuddin Tun
Hussein yang bersikap acuh tak acuh akan nasib tahanan ISA, gambar
kedua-dua mereka telah dibakar siang tadi.
Dalam kejadian gambar mereka berdua itu telah dibakar dihadapan pintu pagar pusat Kem Tahanan Kamunting (Kemta) protes Gerakan Mansuhkan ISA.
Najib suatu masa dulu telah mengumumkan akan pemansuhan ISA oleh kerajaan UMNO/BN dihadapan ribuan pencacai UMNO dan ianya turut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia melalui media elektronik.
Kemunafikan Najib jelas terserlah bilamana dalam masa seminggu beliau mengumumkan Akta ISA itu dimansuhkan berlaku lagi tangkapan di bawah Akta tersebut di Sabah.
Dan hingga kini Kem Tahanan Kamunting masih teguh berdiri dengan di dalamnya terkurung 45 orang tahanan yang ditahan di bawah ISA yang kononnya telah dimansuhkan oleh Najib.
Baru-baru ini pula sepupu Najib yang juga Menteri Dalam Negeri dalam Twitternya beliau memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar - baca ( SINI )
Kalau pelakon filem ni.. Najib dan Hishamuddin boleh dikatakan pelakon yang berjaya membawa watak penjahat kerana berjaya menimbulkan rasa benci orang ramai terhadap mereka berdua..
Protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA yang telah berlangsung di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta) siang tadi.
Turut hadir dalam demo ini ialah Abby Abadi..
Dalam kejadian gambar mereka berdua itu telah dibakar dihadapan pintu pagar pusat Kem Tahanan Kamunting (Kemta) protes Gerakan Mansuhkan ISA.
Najib suatu masa dulu telah mengumumkan akan pemansuhan ISA oleh kerajaan UMNO/BN dihadapan ribuan pencacai UMNO dan ianya turut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia melalui media elektronik.
Kemunafikan Najib jelas terserlah bilamana dalam masa seminggu beliau mengumumkan Akta ISA itu dimansuhkan berlaku lagi tangkapan di bawah Akta tersebut di Sabah.
Dan hingga kini Kem Tahanan Kamunting masih teguh berdiri dengan di dalamnya terkurung 45 orang tahanan yang ditahan di bawah ISA yang kononnya telah dimansuhkan oleh Najib.
Baru-baru ini pula sepupu Najib yang juga Menteri Dalam Negeri dalam Twitternya beliau memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar - baca ( SINI )
Kalau pelakon filem ni.. Najib dan Hishamuddin boleh dikatakan pelakon yang berjaya membawa watak penjahat kerana berjaya menimbulkan rasa benci orang ramai terhadap mereka berdua..
Protes Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA yang telah berlangsung di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta) siang tadi.
Turut hadir dalam demo ini ialah Abby Abadi..
Gambar sebahagian perhimpunan protes ISA yang dihadiri 3 Artis
| Bakar tanda protes kezaliman Najib dan Sepupunya... |
Langgan:
Catatan (Atom)


















