Ikuti Blog ini

Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya ‘dikahwinkan’

Abby: Mahu kembali berlakon
PENGLIBATAN selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu.

Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena politik sebagai ahli Pas. Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak ambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.

“Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah,” tegasnya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Shah Alam, semalam.

Menyentuh mengenai dakwaan dia kini semakin fanatik dengan politik, Abby, bagaimanapun menafikan perkara itu.

“Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.

“Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik.

“Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH,” katanya.

Susah dapat tawaran kerajaan

Dalam pada itu, Abby turut diminta mengulas mengenai kenyataannya berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni yang pernah disensasikan beberapa media sebelum ini.

“Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu, tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan.

“Rezeki daripada ALLAH, bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain,” katanya mengulas lanjut.

Rujuk bersama Norman?

Hubungan baiknya bersama Norman dan Memey mendapat reaksi positif dari semua pihak. Malah ada yang mendoakan agar mereka bersatu kembali sebagai keluarga.

Mengulas perkara itu, Abby ketawa kecil. Jelas Abby, perkara itu (rujuk bersama Norman), tidak pernah terlintas di fikirannya. Malah buat masa ini, dia masih belum memikirkan soal perkahwinan meskipun pernah digosipkan dengan beberapa ahli politik.

“Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya ‘dikahwinkan’ dan ada juga yang percaya.

“Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya ‘dikahwinkan’.

"Soal jodoh, itu kuasa Tuhan. Saya hanya mampu serah kepada-Nya,” jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya.

Berkongsi mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Abby berkata, sambutan tahun ini dilakukan secara sederhana memandangkan ketiga-tiga anaknya akan beraya bersama Norman dan Memey.

Malah menerusi Twitternya minggu ini, Abby ada mengakui Norman ada mengajaknya bersama ke kampungnya di Kuantan Pahang.

SH

Sambutan Aidilfitri Tok Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka


















Sumber gambar : FB Tok Guru Nik Aziz

KOTA BHARU
: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’.

Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

“Namun oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku, politik suku’ itu betul,” katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari.

'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.
Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah ‘dunia akhirat’ pada rangkaian ucapan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin’.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu ‘akhirat’.

“Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat.“Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu ‘akhirat’,” ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.Hrkh

Institusi Penguatkuasa, Kehakiman Bebas Jika Pakatan Menang


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata institusi demokrasi yang kuat seperti badan kehakiman dan agensi penguatkuasa yang bebas akan memastikan Pakatan Rakyat tidak bertukar menjadi ‘satu lagi Umno’.

Ini kerana Pakatan telah berjanji di dalam Buku Jingga bahawa institusi-institusi tersebut akan dibebaskan daripada campurtangan politik apabila perikatan itu berjaya memerintah negara.

Dipetik Selangorku, Anwar memberi jaminan tersebut ketika menjawab satu soalan yang dikemukan di dalam program ‘Borak Bersama Anwar’ yang disiarkan secara langsung melalui portal video web ‘You Tube’.

Soalan yang dikemukakan oleh seorang yang dikenali sebagai “Gunanaiker” melahirkan kebimbangan sekiranya KEADILAN menjadi ‘satu lagi Umno’ selepas menakluki Putrajaya.

“Gunanaiker” berkata kerisauan itu berdasarkan kehadiran ramai bekas pemimpin Umno-BN di dalam KEADILAN.

“Tanpa mengira sama ada mereka pernah menyertai mana-mana NGO, Umno, MCA atau atau MIC, mereka yang sertai KEADILAN perlu terima budaya politi baru bagi menjayakan agenda reformasi dan menyokong polisi Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

KEADILAN merupakan sebuah parti berbilang kaum dan mempunyai ahli dari pelbagai latar belakang termasuk bekas anggota Umno, MCA, MIC dan lain-lain pertubuhan bukan kerajaan.

Anwar berkata peranan institusi tersebut dipesongkan pada masa kini di bawah Umno-BN sehingga tindakan undang-undang tidak dapat diambil terhadap sesetengah pihak.

“Sekiranya badan-badan ini dibebaskan dari cengkaman politik kita tak perlu bimbang, kerana sesiapa sahaja boleh dikenakan tindakan.

“Kita tidak boleh mengambil sikap selektif dalam mengambil tindakan seperti yang berlaku terhadap Rafizi Ramli yang mendedahkan penyelewengan, tetapi membiarkan ‘perompak’ begitu sahaja,” kata Anwar lagi.

Sebelum ini Rafizi, yang merupakan Pengarah Strategik KEADILAN, didakwa di bawah satu akta kewangan setelah beliau mendedahkan dokumen-dokumen bank berhubung dengan projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Pada masa yang sama, Anwar melahirkan keyakinan yang intergriti institusi polis di negara ini dapat diperbaiki.

Seperti institusi yang lain, kepercayaan rakyat terhadap polis hanya dapat dikembalikan sekiranya ia bebas dari pengaruh politik.

Anwar merujuk kepada kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang melakukan keganasan terhadap beliau di dalam tahanan polis pada tahun 1998, sebagai contoh bagaimana polis digunakan oleh pentadbiran sekarang.

“Menteri patut fokus untuk baiki imej polis dan bagaimana hendak mengurangkan jenayah, bukanya campuri tugas polis,” kata Anwar.

Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program ‘Google Hangout’ yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara.

Antara pemimpin dunia lain yang pernah ditampilkan dalam program sama adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Dalam program tersebut, selain menjawab soalan dari laman sosial, beliau turut menjawab soalan-soalan dari enam panelis terpilih dari pelbagai latar belakang. -KD

Bas Khas Kerajaan Selangor Untuk PRU13

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melancarkan sebuah bas khas yang bakal digunakan untuk membantu pemimpin Pakatan Rakyat berkempen secara efektif pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kos sewa bas berkenaan ditanggung sendiri oleh Abdul Khalid untuk tempoh enam bulan dan akan bergerak ke seluruh Semenanjung Malaysia khusus ke kawasan pedalaman bagi memperkenalkan pemimpin kepada rakyat.


"Inisiatif ini sebenarnya untuk menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sudah bersedia menghadapi pilihan raya yang dijangka diadakan pada bila-bila
masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan bas berkenaan pada majlis rumah terbuka kerajaan negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata, bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.

Sementara itu, kira-kira 30,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat mengunjungi rumah terbuka itu sempena Aidilfitri anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Antara mereka yang hadir pada majlis yang bermula 11 pagi hingga 3 petang itu ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan anggota exco kerajaan negeri.

-Bernama

Pengacara Imam Muda 2 Kemalangan, Nyaris Maut


Petaling Jaya: Pengacara Imam Muda musim kedua (IM2), Dzulkarnain Hamzah atau ustaz Dzul terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang itu, ustaz Dzul mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kiri apabila kereta BMW 5 Siri yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.
Dzul yang dihubungi mStar Online di sini, Selasa berkata, semasa kejadian dia baru selesai mengadakan ceramah pertamanya di Subang Bistari dekat sini dan ingin ke Port Dickson melalui laluan di Sepang.“Semasa saya tiba di satu laluan di Sepang itu, saya ingin memotong sebuah lori muatan kepala sawit.
Malangnya pada waktu itu juga lori berkenaan membelok ke kanan tanpa memberikan lampu isyarat menyebabkan kenderaan saya merempuhnya,” katanya.Disebabkan kejadian itu, ustaz Dzull tidak sedarkan diri sehinggalah ketika dirawat di Hospital Putrajaya.Katanya, kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.
“Saya terpaksa menerima 12 jahitan pada bahagian lutut serta lapan jahitan pada bahagian dalam mulut termasuk bibir. Alhamdulillah, tiada kecederaan dalaman semasa imbasan x-ray dibuat oleh doktor,” jelasnya.Dia yang trauma dengan kejadian itu memberitahu, kemalangan tersebut menyebabkan bahagian depan sebelah penumpang keretanya remuk selepas terperosok dalam perut lori berkenaan.
"Saya juga bersyukur kerana hanya saya sahaja di dalam kereta berkenaan,” katanya.Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya.Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad.
Pada Jumaat ini, rakaman peringkat separuh akhir rancangan tersebut akan disiarkan bermula pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) yang dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. ~mstar

Pemuda Pas cabar Umno sediakan draf Hudud.

Sambil menegaskan Umno yang patut menyertai Pas, Pemuda Pas mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti Islam itu menyertainya ataupun Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, beliau yakin wakil rakyat Pas akan menyokong langkah itu jika Umno sanggup berbuat demikian.

"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas akan menyokongnya.

"Jika Umno tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, Umno hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir Khamis lalu, Nasrudin berkata, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa Umno boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud Pas sebaliknya hudud Islam.

"Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadan al Mubarak tahun ini," katanya lagi.
Sambil berkata beliau sangat simpati dengan Dr Mahathir, Nasrudin berkata, "beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri."

"Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama," katanya.
Sehubungan itu Nasrudin menegaskan bahawa Umno tidak mahu melaksanakan hudud.

"Ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan Adun Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam.

"Lebih parah apabila (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin Umno itu hilang akal, seluruh pemimpin Umno termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa," katanya.

Malah menurut Nasrudin, kuasa kerajaan federal berada di tangan Umno.

"Jadi, retorik apa lagi yang mahu Umno paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "Pas" kononnya, mana hudud Umno? sila kemukakan! Sekurang-kurangnya negeri yang ditadbir oleh Pas sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Kanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri Umno mana? Mana hudud Umno atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

"Pas sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud.

Sementara Umno pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, Pas sertai Umnokah atau Umno yang wajib sertai Pas untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanah air tercinta ini.

"Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," kata beliau lagi.

Komunis ada kerajaan, mengapa Islam tidak boleh?


KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan ‘permainan’ Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan ‘agama lain, politik lain’.
Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

“Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

“Namun oleh kerana kita lena dengan ‘permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan ‘agama suku, politik suku’ itu betul,” katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari.

'“Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’.

Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab.

"(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah ‘dunia akhirat’ pada rangkaian ucapan  ‘Selamat  Hari Raya, Maaf Zahir Batin’.

Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu ‘akhirat’.

“Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat.  Orang putih baca, teringatkan akhirat.

“Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu ‘akhirat’,” ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia. -Hrkh

'Saya tetap beraya di sisi imam Hoslan'

NONEDalam kemeriahan Hari Raya, tiada kegembiraan lain buat seorang isteri selain berada di samping suaminya yang tercinta.

Tetapi itu tidak berlaku kepada Noorliza Mat Isa, isteri kepada Hoslan Hussin – imam kontroversi yang dipenjara setahun kerana menghina mahkamah dengan melempar kasut ke arah panel hakim.

Tidak seperti selalu, Noorliza, 43, kali ini akan beraya di Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk melawat suami tercintanya pada raya ketiga esok – tarikh yang ditetapkan penjara Kajang.

Pada hari raya keempat Noorliza berkata, beliau bersama tujuh anak-anaknya yang berusia 6 hingga 16 tahun – akan pulang ke kampung dengan menaiki keretapi ke Sungkai, Perak.

"Ini kali pertama kami beraya tanpa imam (Hoslan). Selalu apa-apa kerja, persiapan memang imam yang buat. Tapi kali ni persiapan saya perlu buat sendiri.

NONE“Hari raya keempat baru pulang ke kampung, itu pun sekejap sahaja memandangkan anak-anak hendak sekolah pada hari Isnin," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pusat asuhan kanak-kanak tempat beliau bekerja di ibu negara baru-baru ini.
Harapan 'mustahil' sang isteri

Menceritakan persiapan hari raya, Noorliza turut berharap agar suaminya dibebaskan sebelum hari raya walaupun beliau tahu perkara itu mustahil.
"Kita dah buat parol (parole) agar imam boleh dikeluarkan awal daripada tempoh (tahanan) sebenar. Tapi orang dari pihak penjara kata benda ini mungkin makan masa," katanya.

Hoslan sebelum ini mengejutkan pelbagai pihak apabila melempas selipar ke arah panel hakim - tindakan yang menyebabkan Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menjatuhkan hukuman dilaporkan berkata, tempoh itu adalah hukuman setimpal bagi kes berkenaan.

NONESementara itu, bercerita mengenai persiapan menyambut Aidilfitri, Noorliza berkata, pakaian raya untuk anak-anaknya dibeli secara berperingkat memandangkan empat anaknya tinggal di asrama.

Sehari sebelum raya, kata Noorliza, apabila kesemua anaknya berada di rumah, barulah mereka akan keluar membeli-belah bersama-sama.

'Syukur sumbangan berterusan'

Bagaimanapun, Norliza lega kerana menurutnya anak-anak faham dan rakan-rakannya pula selalu memberi sokongan dan dorongan.

Hasil perkahwinan Hoslan dan Noorliza, mereka dikurniakan tujuh orang cahaya mata, masing-masing berumur 16, 15, 14, 12, 11, 8 dan 6 tahun.

Hoslan berasal daripada Slim River dan dibesarkan di Kampung Pandan manakala Noorliza dari Sungkai, Perak. Mereka berdua ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1998 sehingga kini.

NONEBercerita mengenai sumbangan yang diterimanya, Noorliza bersyukur kerana masih ada pihak yang menghulurkan bantuan kepadanya sama ada berbentuk kewangan dan barangan dapur bagi meringankan bebannya.

"Alhamdulillah sebab ada juga sumbangan saya dapat dari Muslimat PAS, dari Baitulmal. Ada juga yang beri beras dan barang-barang dapur. Jiran-jiran pun faham apa yang berlaku.

“Mereka kenal sangat imam sebab imam peramah dengan semua orang. Jadi mereka pun ada bantu juga," katanya lagi. -M'kini

Idulfitri: Kemenangan menentang kebatilan


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.

Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Oleh kerana itulah, Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di atas kejayaan menentang segala bentuk hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Kita berharap kemenangan menentang hawa nafsu dan kebatilan ini dapat dilakukan secara berterusan selepas ini dan diterjemahkan dalam erti kata yang lebih berkesan dan lebih besar untuk merungkai segala bentuk rangkaian jahiliah dan kezaliman di dalam negara ini untuk digantikan dengan kesejahteraan Islam.

Situasi politik semasa di negara ini sekarang menuntut kita sebagai umat Islam untuk kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam memimpin kehidupan manusia. Tidak ada sistem dan cara hidup yang lebih agung melainkan kita kembali kepada sistem dan panduan Islam sepertimana yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Menjadi suatu tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengembalikan kemenangan dan kedaulatan Islam di atas runtuhan sistem buatan manusia. Semangat kemenangan pada bulan Ramadhan mengatasi hawa nafsu hendaklah diteruskan pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada sehingga kita memperolehi kemenangan yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t di hari akhirat kelak.

Kita hendaklah mengingati kata-kata saidina Umar ibn al-Khattab, "Kita adalah satu kaum yang telah diberi kemuliaan oleh Allah s.wt. dengan islam, bagaimanapun, jika kita mencari kemuliaan itu dengan sesuatu yang dihina oleh Allah s.w.t maka kita akan dihina oleh Allah."

Yakinlah wahai para pejuang islam.

Sekian.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

XPRESI RAYA PEMUDA PUCHONG


Salam Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat di Malaysia, teruskan menyokong kami!!

DEWAN PEMUDA PAS PUCHONG

Video : Menarik !!! Iklan Raya Rakyat Kelantan 2012



Qabil yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung dan teringatkan kisah silam beliau ketika masih kecil dahulu.

Iklan Raya Khas mewakili rakyat Kelantan, membawakan mesej tuntutan royalti rakyat Kelantan & pembinaan lebuhraya rakyat KB-KK

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.TV Wau

Bangunan Dicatkan Dengan Lambang PAS Di Mesir


Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.

Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir...Allahhuakbar!! -fb Busman

Dulu para pelajar kita berpakaian kuning, Menteri Luar, Anifah Aman sibuk mengulas kononnya Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang 'duduk bantah', malah siap berbohong menyatakan "kuota haji yang dikeluarkan Arab Saudi kepada Malaysia akan dikurangkan, malah tidak mustahil tidak diberi langsung".

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, berkata kerajaan Arab Saudi amat sensitif terhadap sebarang bentuk demonstrasi.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak ketinggalan bersuara mengharamkan umat Islam menyertai BERSIH.

Sekarang nah, ketiga-tiga bolehlah buat kenyataan lagi, menyatakan Presiden Morsi hantar "nota diplomatik" supaya bangunan-bangunan di Mesir jangan dicatkan dengan lambang bulan ....

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya, lagi kamu tekan PAS, ia akan lagi bersemarak, bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia! -GB

MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam


Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud. -M'kini

Biodata Lengkap Dan Siapakah Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Pendakwah

Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir. Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak “mempopularkan” Ustaz ini dengan setiap kata-kata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan secara viral dan tidak pernah putus.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai

Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus Tarikh Lahir:
12 Februari 1964
Berasal:
Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu
Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)

Sehingga hari ini, nama Ustaz Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya. Ustaz Azhar Idrus sangat mesra dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benar-benar seorang Ustaz yang terbuka mindanya serta celik IT.

Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan soal agama melalui Facebook Page miliknya, Ustaz Azhar Idrus (Original)
Apapun sudah menjadi resmi alam, tak semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi oleh semua orang. Sering sahaja kata-kata UAI disalah-ertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat.

 Kepada yang aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
 
P/S: Ambe mengenali Ustaz Azhar sejak tahun 2004, semasa tu dia x terkenal lagi..dulu ceramah keras sikit sekarang nie slow sikit..hehe..Org pernah tanya dia..kenapa Ustaz orang mencari jalan untuk memburukkan Ustaz..Ustaz jawab kalau orang x marah maknanya perjuangan kite x betullah, Nabi Muhammad pun kena maki nie kan pulop aku..hehe

Takut pada PAS, situasi sudah kelam-kabut

Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.

Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP.

Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur.

Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud.

Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri.

Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya.

Serangan keatas KEADILAN pula dilancarkan keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari parti KeADILan. BN telah cuba menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor bahawa bekalan letrik mungkin terjejas disebabkan oleh kepimpinan Khalid yang tidak efisyen. Ini selepas cubaan menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa bekalan air mungkin akan terjejas juga dengan menggunakan alasan yang sama.

Nampaknya BN gemar main dengan api dan air demi meraih sokongan rakyat sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang ini.

Namun demikian jika PRU13 diadakan pada bulan Oktober hingga Disember selepas Belanjawan dibentangkan oleh BN pada 28hb September, Belanjawan yang baru akan dibentangkan oleh Pakatan selepas PRU13 jika Pakatan menang dan Pakatan Rakyat akan dapat melancarkan serangan yang lebih kuat terhadap BN dengan membentangkan idea-idea Pakatan yang lebih mesra rakyat pada masa kempen pilihanraya nanti.

"Walaupun Belanjawan BN penuh dengan gula-gula untuk mengumpan rakyat, berbagai alasan boleh diberikan untuk menidakkan gula-gula tersebut selepas BN menang. Justeru itu, semoga rakyat janganlah mudah diperdayakan," kata Dr. Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS.

Jika PRU13 diadakan sebelum Belanjawan, contohnya pada 16hb September, BN tidak dapat mengumpan rakyat.

Ini bermakna BN kini sudah mengalami kesukaran untuk mengadakan pilihanraya - sebelum Belanjawan pun sukar dan selepas Belanjawan pun sukar sebab masa sudah suntuk - dari pertengahan bulan September hingga hujung bulan Oktober ialah musim Haji, lepas itu dalam bulan November pula ialah masa peperiksaan SPM dan STPM dimana dewan sekolah digunakan dan pada bulan Disember pula, ibubapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mereka balik ke sekolah dan banyak lagi urusan peribadi perlu diselaraskan sebelum tahun baru bermula.

"Jelaslah BN sudah terlambat dan berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang," sambung Dr. Dzulkefly.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .