Ikuti Blog ini
DAP: Najib beri isyarat jangan sentuh Taib? , at 23.9.12,

"Dengan
isyarat jelas daripada Najib hari ini. Adakah SPRM berani menyiasat
Taib... Dan adakah ada mana-mana anggota parlimen BN yang berani
menyokong siasatan penuh SPRM terhadap laporan BMF?" soal pemimpin
popular DAP Lim Kit Siang.Lim mengulas tindakan Najib menolak dakwaan bahawa terhadap tertinggi Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dengan berkata terdapat banyak dakwaan dibuat dan ia tidak perlu dilayan.
NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).
Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.
Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.
Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya.
Tindakan biadab hina MB Kelantan , at 23.9.12,
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas Ketereh semalam, membuat laporan polis di balai Polis Kok Lanas, mengenai tindakan seorang pemegang akaun laman sosial yang dikenali sebagai Idham Zulfazli, menyamakan gambar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dengan seekor anjing.
Timbalan Pemuda Pas Ketereh, Abu Bakar Ibrahim berkata, tindakan itu amat biadab kerana menyamakan pimpinan ulama di negeri ini sama seperti haiwan yang tidak mempunyai pemikiran.
“Seharusnya dia berfikiran rasional dan tidak melakukan perlakuan itu, yang jelas bertentangan dengan hukum agama Islam.
Tindakannya itu merupakan perbuatan yang kurang matang dan turut menghina Tok Guru yang dihormati di negeri ini,” katanya.
Turut hadir membuat laporan, Penyelaras Dun Ketereh, Nik Mahadi Nik Mahmood. Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa termasuk kerajaan dalam menangani isu terbabit, yang juga menjatuhkan maruah umat Islam.
“Perkara ini perlu dipandang serius bagi memberi pengajaran kepada pihak terbabit agar tidak bertindak dengan sewenang-wenangnya terhadap ulama.
"Jika mereka tidak dikenakan tindakan, kita bimbang ia akan menular kepada generasi muda dan golongan ini boleh menulis dan memaparkan apa sahaja dalam laman sosial mereka,” katanya.~ sh
Gempar !!! Cristiano Ronaldo Beri kasut Emas untuk Bantu Rakyat Palestin Di Kecam Israel , at 23.9.12,
Perenang Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa nih? ,Sabtu, September 22, 2012 at 22.9.12,
Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung projek itu.
Najib dalam satu perutusannya yang telah disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, pada taklimat ringkas di Varne Ridge, Channel Swimming Holiday Park and Bungalow.
Najib Tun Razak mahu perenang daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengharumkan nama negara dalam usaha untuk menawan Selat Inggeris.
Berbalik kepada tujuh berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa agaknya mereka itu?
BATAS-BATAS AURAT LELAKI
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.
Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.
Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.
2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).
Dengar pula apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum memakai seluar pendek..
Mungkin mereka dari ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia sekadar mencontohi isteri pemimpin mereka yang mendedahkan aurat ketika mebaca Al-Quran ini kot...
"Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat" sila baca di ( SINI )
GAMBAR YANG MENYENTUH JIWA DAN MENAIKKAN SEMANGAT JUANG UNTUK MENUMBANGKAN UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI!!! , at 22.9.12,
Inilah sekeping gambar yang cukup menyentuh jiwa admin.
Keberanian yang dipamirkan beberapa anak muda yang berikhtizam mau menumbangkan UMNO/BN.
Pro-M menang 7 kerusi tanpa bertanding di UKM , at 22.9.12,
KUALA LUMPUR: Kumpulam Pro-Mahasiswa, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) semalam memperolehi kemenangan percuma di tujuh kerusi seawal hari penamaan calon semalam.
Kesemua kerusi itu dimenangi tanpa bertanding selepas tidak dicabar oleh mana-mana calon sehingga tamat sesi pencalonan dan bantahan semalam.
Kerusi tersebut di Fakulti Sains Teknologi, Ekonomi, Pengajian Islam, Pendidikan, Farmasi, Perubatan dan satu kerusi di peringkat umum.
Menurut Pengerusi GMUKM, Saudara Afif, biarpun memperoleh kemenangan awal kali ini, ianya tidak bermakna mereka akan memandang mudah tentangan daripada Aspirasi.
Selain itu beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu memaksa mahasiswa UKM untuk bertanding atas tiket Aspirasi pada pagi hari penamaan calon.
"Kita mempersoalkan bagaimana perkara ini boleh berlaku. Pentadbiran seharusnya menjadi pengadil yang baik. Tidak boleh berat sebelah menyebelahi mana-mana pihak," tegasnya dipetik Mahasiswakini.
Sebanyak 28 kerusi menjadi rebutan antara kumpulan GMUKM dengan Apsirasi pada pilihan raya kampus itu kali ini.
Dengan kemenangan tanpa bertanding di tujuh kerusi, bermakna 21 kerusi lagi bakal menyaksikan persaingan antara kedua-dua kumpulan tersebut sepanjang tempoh kempen kali ini.
Hari pengundian bagi pilihan raya kampus kali ini ditetapkan pada 25 September ini. -Hrkh
(Gambar) Beranikah Pemimpin Umno-Apco Buat Macam Nih? , at 22.9.12,
KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo
menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan
membakar replika CD filem jahat itu.
Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat.Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan
filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam,
Nabi Muhamad saw.
Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang
bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul
cinta.Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan
diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat
Jumaat nanti.
Bantahan yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa
masjid di Kelantan, Perak dan Johor.Minggu lalu, Presiden PAS memimpin
himpunan di Masjid Rusila, Marang. ~harakahdaily
P'raya UM: Siswa adu polis, dakwa 'salah guna kuasa' , at 22.9.12,
Mereka mendakwa jawatankuasa itu menerima enam pencalonan daripada pasukan lawan Penggerak Mahasiswa - kumpulan yang cenderung kepada aspirasi pemerintah - yang tidak mempunyai baki pengajian mencukupi walaupun setelah dibantah.
"Tujuan saya membuat laporan polis (kerana) tidak puas hati dengan perkara ini di mana berlaku penyalahgunaan kuasa...," laporan polis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Syis Abdul Kadir itu dipetik.
Syis membuat laporan itu di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur tengah hari semalam. PMIUM dianggap sebagai antara persatuan "tulang belakang" dalam gabungan longgar Pro-Mahasiswa.
Pengerusi Pro-Mahasiswa Edikuop Lakip Sediyanto berkata, usaha mereka mendapatkan penjelasan berhubung penerimaan enam calon pada Khamis malam (hari pencalonan) juga tidak mendapat layanan sewajarnya.
Pilihan raya kampus UM akan berlangsung pada 25 September ini, serentak dengan 14 universiti lagi, termasuk di beberapa universiti utama di Lembah Klang.
Pada pilihan raya kampus lalu, Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di UM, Penggerak Mahasiswa memperoleh 16 kerusi, sementara calon bebas dua kerusi. -M'kini
TAHNIAH PENCINTA NABI, TERIMA KASIH YANG MENJAYAKAN , at 22.9.12,
KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
TAHNIAH PENCINTA NABI, TERIMA KASIH YANG MENJAYAKAN
05 Dzu al-Qa'idah 1433 bersamaan 21 September 2012
Xpresi Hijau Kasih Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendapat respon positif daripada seluruh rakyat Malaysia. Xpresi rasa cinta kepada Junjungan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah dizahirkan di hadapan Kedutaan Amerika usai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji hari ini.
Ekspresi ini ternyata memberikan satu semangat kepada umat Islam untuk
mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi
wasallam dari dijadikan bahan mainan oleh musuh-musuh Allah.
Tahniah kepada ribuan peserta “Xpresi Cintakan Nabi” yang hadir. Bagi
Dewan Pemuda PAS Malaysia, semua peserta yang hadir mempunyai satu
pendirian yang jelas dan menyatakannya dengan tegas kepada mereka-mereka
yang cuba menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan
Islam.
Isu penghinaan ini ternyata bukanlah satu sifat dan sikap yang
bertamadun. Justeru, penghinaan yang dihamburkan oleh Sam Bacile ini
mendapat kutukan dari seluruh rakyat Malaysia termasuklah daripada cina
dan india.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada YB Tian Chua
[PKR] yang mewakili rakyat cina di Malaysia dan juga Saudara N Surenden
[PKR] yang mewakili rakyat india di Malaysia. Di samping itu, Dewan
Pemuda PAS Malaysia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang menjayakan Xpresi Hijau Himpunan Aman Cintakan Nabi
antaranya ;
YB Salahuddin Ayub
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Dr Dzulkifli Ahmad
Ustaz Idris Ahmad
Saudara Hanipa Maidin
YB Nurul Izzah Anwar [PKR]
Wakil Angkatan Muda Keadilan [AMK]
Cikgu Azmi [MAPIM]
Wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir [ILMAM]
Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia [GAMIS]
Angkatan Belia Islam Malaysia [ABIM]
Abby Abadi [Artis]
Pihak Polis
Wartawan [Media]
Juga terima kasih tidak terhingga dari Dewan Pemuda PAS Malaysia
mewakili sekalian peserta Xpersi HIjau Cintakan Nabi kepada Jabatan Amal
yang sedaya upaya mengawal himpunan kali ini dari sebarang provokasi
dan juga kekecohan.
Seterusnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta setiap negeri untuk
mengadakan munajat dan kempen “Cinta Nabi” pada jumaat depan untuk
memupuk kecintaan setiap ahli kepada batang tubuh Baginda shallallahu
‘alaihi wasallam.
Tahniah buat sekalian pencinta Nabi yang berakhlak di medan. Teruskan
perjuangan di landasan yang telah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
tinggalkan. Mari kita semarakkan rasa cinta dan rindu terhadap Baginda.
Mudah-mudahan Allah akan membuka jalan dan memberikan kemenangan
terhadap Islam.
Bi al-Ruuh, bi al-Daam nafdiika Ya Rasulallah.
Disediakan oleh;
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Didakwa Membunuh , at 22.9.12,
Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari Jaafar, 23, secara bersama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara 3.40 pagi dan 5.30 pagi pada 13 Ogos lepas.
Jaafar dan Ahmad Jiwari yang juga ahli perniagaan didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan wang jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Peguam Datuk Abd Halim Yahya yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana penjamin bagi Jaafar iaitu isterinya merupakan seorang pekerja kilang manakala penjamin bagi Ahmad Jiwari pula adalah ibu saudaranya.
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Okt untuk tarikh sebutan. - Bernama
Datuk Seri Jaafar b Shaari @ Ayah Pak merupakan Pengasas Utama Pertubuhan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia, sebuah pertubuhan yang mesra-UMNO.
Beliau sebelum ini pernah meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berundur daripada arena politik dan memberi peluang kepada generasi muda dalam parti itu membuktikan kemampuan mereka.
Dengena keceluparannya mengungkapkan Nik Abdul Aziz sewajarnya meletakkan semua jawatan sama ada dalam parti atau sebagai Menteri Besar Kelantan kerana beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.
Sila baca:
Kini orang yang meminta Nik Aziz meletakkan jawatannya itu rupa-rupanya adalah suspek utama kes bunuh!
Kebenaran dan keadilan terserlah lagi: Ada pembunuh dalam parti itu!
[VIDEO] Puak Syiah Cuba Ambil Kesempatan Berarak Sama , at 22.9.12,
Di dalam perarakan umat Islam membantah
dan mengecam filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad saw,
ada pula puak Syiah yang cuba mengambil kesempatan dan cuba membuat
onar dengan membawa bendera tertera "Ya Husin".
Namun ada peserta Unit Amal yang perasan dan berlaku sedikit pergelutan bagi gpemuda Syiah itu daripada cuba untuk mengeruhkan keadaan dan menimbulkan kekecohan.
TAHNIAH UNIT AMAL
Namun ada peserta Unit Amal yang perasan dan berlaku sedikit pergelutan bagi gpemuda Syiah itu daripada cuba untuk mengeruhkan keadaan dan menimbulkan kekecohan.
TAHNIAH UNIT AMAL
Ramainya Peserta Demo Umno!!!... ,Jumaat, September 21, 2012 at 21.9.12,
Saksikanlah!! inilah gambar demo Umno di kedutaan AS selepas solat
jumaat tengah hari tadi. Media pencacai Umno menganggarkan jumlah yang
hadir 10,000 orang.
Orang kuat Umno iaitu Ibrahim Ali dan Hassan Ali pun turut serta..
Manakala media pencacai Umno ini menyatakan sedikit kecewa apabila
diberitakan kehadiran peserta demo dari Pakatan Rakyat tidak sampaipun
1,000 orang.
Itulah modal lapuk media pencacai Umno dalam melaporkan berita. Bab Umno pasti up skit..
Maka saksikanlah kebenaran media pencacai Umno dengan melihat video peserta demo dari Pakatan Rakyat di bawah ini...dan gambar FB di sini
Ribuan di Kedutaan AS, bantah filem hina nabi , at 21.9.12,

KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Himpunan yang diberi nama "Expresi Hijau Kasih Nabi" anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.Antara yang berada di barisan hadapan perarakan ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.
Mereka juga menggunakan lori sebagai pentas bergerak di samping beberapa pimpinan di atasnya menyampaikan ucapan.
Sepanjang perarakan mereka melaungkan slogan 'hancur Amerika, hidup Islam, kami sayang nabi' sambil membawa poster dan kain rentang mengecam tindakan biadap penerbit filem berbangsa Yahudi, Sam Bacile itu.
Perarakan
ini turut dikawal pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sementara
lebih 200 anggota polis berkawal di hadapan bangunan kedutaan.Salahuddin dalam ucapannya mendesak Presiden Amerika Barack Obama memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas penghinaan yang dibuat penerbit filem Amerika itu.
"Kita orang Islam hormat agama lain. Kita hormat Yahudi, Budha, Sikh dan sebagainya. Oleh itu kita minta Amerika memohon maaf kepada umat Islam.
"Jangan hina nabi kami, kelak akan mengundang padah. Kami sayangkan nabi dan agama kami. Kita rela pertahankan dalam apa juga keadaan," katanya disambut laungan hidup Islam oleh para hadirin.
Sementara
itu, Tian Chua dalam ucapannya berkata, mewakili kaum Cina beliau kesal
dengan tindakan penghinaan terhadap agama Islam.Beliau juga mendakwa isu ini bukan isu agama Islam semata-mata malah juga berkait dengan isu kemanusiaan sejagat.
"Kita perlu tunjukkan semangat setiakawan. Penghinaan ini harus dihentikan dan Amerika perlu ambil tindakan segera.
"Kita tidak mahu berlaku pertembungan antara agama," ujarnya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim, Nasrudin Hassan dan Tian Chua dilihat masuk bertemu dengan wakil kedutaan.Sementara menunggu pertemuan dengan wakil kedutaan selesai, pidato di luar pagar bangunan kedutaan diteruskan.
Antara yang berucap termasuklah Timbalan Ketua DPPM, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad, dan Naib Presiden PKR N Surendran.
Enggan bertemu
Nasruddin ketika bercakap kepada media selepas keluar dari bangunan itu berkata, pihaknya kesal dengan layanan wakil kedutaan yang enggan bertemu dengan pihaknya untuk menerima memorandum.
Menurutnya,
tiada wakil pejabat kedutaan yang turun melainkan hanya menghantar
pengawal keselamtan dan ianya sekali lagi menunjukkan sikap biadap
negara itu."Ini adalah penghinaan berpanjangan. Dahulu Denmark telah menghina nabi dan sekarang berulang lagi.
"Mereka tidak boleh menghina agama laian walaupun mereka berkuasa. Kita tidak akan benar apa jua bentuk terhadap agama Islam ataupun agama-agama lain," katanya.
Beliau
juga mengumumkan himpunan serupa akan diadakan di seluruh negara pada
Jumaat akan datang beserta munajat perdana bagi menyatakan kecintaan
pada nabi.Sementara itu, sekumpulan peserta himpunan dilihat turut membakar kain rentang yang bercetak bendera amerika dan Israel sebagai tanda bantahan.
Himpunan tersebut kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.20 petang selepas bacaan doa penutup oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. -Hrkh
Umat Islam Kota Bharu mulakan bantahan , at 21.9.12,

(Tuan Guru Nik Aziz membakar replika CD filem pendek yang menghina Nabi Muhamad saw)
KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.
Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.
Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.
Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.
Bantahan yang sama juga diadakan di seluruh negara dan di beberapa masjid di Kelantan, Perak dan Johor.
Minggu lalu, Presiden PAS memimpin himpunan di Masjid Rusila, Marang. -Hrkh
Berikut adalah gambar-gambar di Kota Bharu pagi ini.

(Orang ramai melihat replika CD filem pendek hina Nabi dibakar)

(Ketua Muslimat, Siti Zailah berucap membantah filem itu)

(Antara Muslimat yang hadir dengan memakai 'headband' 'Kami sayang Muhamad')
Langgan:
Catatan (Atom)























