Ikuti Blog ini

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PERINGKAT NEGERI MELAKA


Rakaman gambar diatas ialah suasana di Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Melaka malam ini dan bukannya jamuan makan malam bersama najib Razak dan Ali Rustam.

Mereka datang dengan kerelaan sendiri tanpa diberi upah, makan nasi bungkus dan air mineral.  Tiada pengangkutan bas percuma disediakan.

Dahlah tiada duit saku disediakan, duit dalam saku mereka pula dikeluarkan untuk tujuan derma dana politik PR menghadapi PRU 13.

UMNO sedar yang Melaka tidak boleh lagi dianggap sebagai simpanan tetap mereka.

Dulu kalau pihak pembangkang mengadakan ceramah, petugas lebih ramai dari pendengar, tapi itu sudah menjadi bahan sejarah.

Pasal itu Najib Razak sampai sekarang langsung tidak berani nak bubarkan parlimen.

TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU GOYANG NANTI JAWAB NAJIB UMNO NAK TUMBANGGGGGGG.

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat negeri Kedah





Kantoii..Orang Kuat Umno Pecah Tembelang Melayu Pulau Pinang...

Bekas Perdana Menteri, Tun  Dr Mahathir adalah orang yang paling bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah Melayu Pulau Pinang jika benar Umno dan Barisan Nasional (BN) ikhlas mahu menolong mereka.

Bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (gambar)  berkata, Dr Mahathirlah orangnya yang mendedahkan mengenai masalah Melayu Pulau Pinang ketika beliau melawat Tanjung To' Kong dahulu.

"Siapa yang mula buat cerita tentang peminggiran orang Melayu.  Setahu saya ia berlaku sejak di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir sendiri.

"Dia kata orang Melayu Pulau Pinang terpinggir ketika melakukan lawatan ke Tanjung To' Kong di Pulau Pinang, bila agaknya Ketua Menteri (Pulau Pinang) Melayu?" tanya Rahman yang mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS baru-baru ini.

Kata Rahman, sejak dari dahulu Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Cina.

"Pasal apa timbul cerita Melayu dipinggir. Sebab Cina dulu bersubahat dengan Umno dia tidak dipersalahkan.

"Sekarang ini Cina tidak sebulu dengan Umno kerana berkawan dengan PAS dan PKR terus dicop tidak betul dan bertindak menghalau orang Melayu.

"Boleh bertukar sekelip mata sahaja," katanya dalam wawancara khas dengan Harakah.

Rahman memuji sikap yang diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang dan menyifatkannya amat bijak dalam menguruskan negeri.

"Apa yang dilaksanakan BN (sebelum ini) jelas memnunjukan mereka tidak bijak mentadbir. Habis wang rakyat dipergunakan untuk pembinaan projek yang tidak menguntungkan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk mengatakan Malaysia megah tetapi pada hakikatnya dalam keadaan yang sakit tenat," katanya.

Pelbagai isu dibincangkan beliau dalam wawancara itu termasuklah bagaimana beliau boleh tertarik dengan PAS dan apa penilaian beliau terhadap PAS sekarang

Kembara Oren Selamatkan Felda di Besut dihalang


KUALA LUMPUR: Kembara Oren Selamatkan Felda dihalang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi, Besut Terengganu, semalam.
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman meskipun pihaknya mendapat kerjasama baik daripada polis; namun Umno dipercayai telah memperalatkan penduduk yang 90 peratus adalah remaja berusia sekitar 13 hingga 16 tahun.

Berikut ialah coretan beliau yang dipetik daripada blog Gaya Peneroka http://gayapeneroka.blogspot.com.

Kembara Oren Selamatkan Felda di halang masuk sewaktu sampai di Felda Selasih, Jabi. Meskipun kami mendapat kerjasama baik daripada pihak polis; namun Umno telah memperalatkan penduduk yg 90% adalah remaja berusia sekitar 13-16 tahun.

Tidak berapa kelihatan peneroka Felda dan anak muda. Saya tidak tau apa yang di'upah' kepada bebudak itu yg tidak tahu hujung pangkal isu di felda. Bila kita sebut ' undur Isa Samad', bebudak ini jerit, hidup Isa Samad, kami sayang Isa Samad....alahai kesiannya!

Budak2 sekolah pegang bendera Umno dan BN dan terpekik terlolong tak tentu pasal. Umno kehilangan sokongan, terpaksalah guna budak sekolah...

Budak2 sekolah maki hamun depan Pengerusi JKK dan polis yg turut disertai OCPD Besut. Umno berjaya tarbiyyah bebudak bawah umur jadi samseng dan berakhlak buruk.
Akhirnya, saya baca doa dan konvoi berundur utk meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir, Felda Tenang.

Saya dan pimpinan ANAK serta anggota kembara bersalaman dengan pegawai2 polis. Mereka sempat ucap tahniah dan menghargai kesabaran anggota kembara.

Biarlah masyarakat menilai perangai hodoh pemimpin Umno....Hrkh

PANAS!!! Gajet Baru Untuk Pemandu Elak Perangkap AES


KUALA LUMPUR: Orang ramai seolah-olah akan melakukan apa sahaja untuk melanggar undang-undang.

Ketika kecoh diperkatakan tentang Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang masih diteruskan, muncul satu gajet baru yang dijual dalam talian untuk membantu pemandu mengelak daripada dikenakan undang-undang trafik dan mengelak kesalahan dikesan melalui kamera.

Peranti buatan Taiwan ini dikenali sebagai "burglar-proof licence plate" tetapi ia juga mungkin dipanggil "sistem melarikan diri automatik" untuk perangkap kelajuan.

Ia mengaburi nombor plat depan dan belakang kenderaan atau salah satu daripadanya dengan hanya menekan satu butang.


Seorang ejen menunjukkan cara memasang plat yang dijualnya.
Pengguna harus mengaktifkannya apabila mereka melihat tanda amaran kamera perangkap kelajuan.

Kain hitam akan tertarik ke bawah secara automatik untuk menutup nombor plat, seperti versi kereta jenis Aston Martin DB5 yang digunakan dalam filem James Bond 'Goldfinger' dan Thunderball, pada tahun 1960-an.

Alat ini, yang berharga RM400 agak mudah dipasang dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam, telah menjadi item panas dan laris dengan penguatkuasaan AES.

Ia sedang dipasarkan melalui akaun Facebook yang menyenaraikan nombor telefon ejen di sekitar Lembah Klang.

Malah, terdapat juga peniaga di sekitar Johor dan Pahang.

Pemandu juga boleh membawa peranti ke kedai-kedai aksesori kenderaan untuk dipasang dengan upah kira-kira RM30.The Star bertemu seorang ejen di Bandar Sri Damansara yang mempunyai beberapa unit alat ini di dalam but keretanya.

Lelaki itu, dalam usia 40-an menjelaskan bagaimana untuk memasang penutup plat, wayar dan bingkai logam serta bagaimana untuk mengujinya sebelum digunakan.

"Pada mulanya, saya menjual satu atau dua unit kepada kawan rapat melalui Facebook tetapi kini permintaan sangat baik dengan adanya AES dan saya dapat menjual kira-kira 15 unit sehari," katanya.

Dia juga menawarkan lain-lain "nasihat" yang melanggar undang-undang, seperti di mana letaknya perangkap kelajuan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Karak.

"Jika anda ke Johor Bahru, tutup nombor plat depan kerana kamera hanya menangkap gambar dari hadapan. Jika anda menuju ke Kuantan, Pahang, tutup nombor plat belakang kerana kamera hanya menangkap gambar dari belakang," katanya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Awang berkata menutup nombor plat adalah satu kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pesalah boleh disaman dan diperintah untuk menghapuskannya. Adalah suatu kesalahan jika plat atau sebahagiannya dilindungi, begitu juga jika saiz huruf atau nombor berubah dan tidak boleh dilihat dengan jelas.

"Jika ditangkap, pesalah perlu membuka alat tersebut dan membawa kenderaan untuk pemeriksaan dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

mstar

Fuhh..Menggerunkan Puak Umno...




Antara Kaum India mendengar Kuliah UAI..Tq To Kedah Lani Info..
 
Gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Kedah Semalam..Inilah kesan daripada PAU yang lepas,membuatkan rakyat bertambah meluat dan bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan UMNO/BN...
















Jalan ke Putrajaya semakin terbuka luas

(Pemimpin Pakatan berdoa untuk memohon kekuatan dan bantuan dari Allah untuk ke Putrajaya)

ALOR SETAR: Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

"Adakah perwakilan ini menangis kerana takut kehilangan kuasa," tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di himpunan itu.


(Wakil PAS, PKR dan DAP Kedah membaca ikrar untuk bekerja keras bagi membolehkan Pakatan ke Putrajaya)

Pemimpin PAS di Kedah pula mengajak rakyatnya agar menjadikan usaha untuk ke Putrajaya sebagai kaedah untuk memudahkan pelaksanaan segala usaha untuk kepentingan negara dan rakyat.

Keyakinan dan harapan ini dikemukakan mereka dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam ini.

Lebih 20,000 rakyat Kedah memenuhi stadium terbuka ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak adalah pemimpin utama yang berucap di samping Haji Mohamad Sabu yang menjadi pengarah himpunan ini.

Selain memberikan ucapan, mereka juga mendengar ikrar dari wakil PAS, PKR dan DAP yang berjanji untuk memberikan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat dan berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan Pakatan ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Kedah ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor.

Esok himpunan akan diadakan di Melaka, Ahad ini di Pahang dan 14 dan 15 Disember depan di Paka, Terengganu.


Bela Islam dan Melayu



"Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar sambil menambah, "Saya berkata ini di depan semua pihak termasuk Cina dan India."

Anwar penuh keyakinan adalah tidak mungkin untuk PAS dan PKR untuk meminggirkan Melayu sebagaimana dituduh Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, Umno di depan orang Melayu akan berkata, DAP akan memimpin negara ini dan menjadikan Malaysia negara Kristian.


(Anwar berjanji akan memastikan martabat Islam dan Melayu terjamin di bawah Pakatan)

MCA pula di depan orang Cina berkata PAS akan menjadikan Malaysia negara Islam.

"Semua ini adalah cara nak pecah belah," kata Kit Siang.

Kit Siang juga mempersoalkan, apakah sebenarnya yang diminta maaf oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika PAU 12 baru-baru ini.

"Adakah kerana menjadikan Malaysia negara yang paling korup di kalangan perdana menteri Malaysia yang ada," kata beliau mengulas indeks korupsi negara yang sedikit menurun tetapi masih tertinggi berbanding indeks korupsi Malaysia di bawah perdana menteri sebelum ini. -Hrkh

'Penangan' Ustaz Azhar Idrus di Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah


(Ustaz Azhar Idrus memberikan tazkirah di majlis petang menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat)

ALOR SETAR: Lebih 5,000 rakyat Kedah mula berhimpun di Stadium terbuka Sultan Abdul Halim, Suka Menanti petang ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah.
Majlis bermula sejak jam 3 petang apabila para pemuda PAS membuat perarakan bermotor dari Gurun ke stadium berkenaan.

Di stadium terbuka itu, ucapan dari pelbagai NGO dibuat untuk menyatakan sikap mereka dalam pelbagai perkara yang menyangkut perjuangan dan tuntutan masing-masing.

(Perarakan bermotor yang disertai anak muda)

Antaranya Kempen Anti Saman Ekor (Kase), R yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan serta Anak. DAP pula membawa treler kempen mereka dan dijangka PKR akan datang dengan bas dua tingkatnya.

Acara kemuncak petang ini adalah tazkirah dari ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus. Sebelum bermula Ustaz Azhar Idrus melancarkan Alternatif Riding Club (ARC) peringkat negeri Kedah.

Dengan Leman Raja Lawak mengacarakan majlis, perhimpunan petang ini begitu meriah sekali apabila bandaraya Alor Setar bercuaca cerah yang membolehkan orang ramai memenuhi stadium terbuka itu dengan selesa.

Kemuncak perhimpunan adalah malam ini apabila tokoh-tokoh Pakatan Rakyat akan memberikan ucapan mereka yang berupa amanat-amanat penting menjelang pilihan raya umum akan datang.


(Antara orang ramai yang memenuhi padang stadium)

Antaranya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan razak.

Himpunan ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat di Johor. Besok himpunan akan diadakan di Melaka manakala Ahad akan diadakan di Temerloh, Pahang.

14 dan 15 Disember ini himpunan akan diadakan pula di Terengganu. Kemuncak adalah himpunan yang menjangkakan kehadiran 1 juta orang pada 12 Januari di Kuala Lumpur. -Hrkh






Jangan Berlagak Jika Ada Ilmu Silat - Pengasas Silat Pusaka Gayong


Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong

Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa.

“Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak.

“Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara.

Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu’ meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan.

Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata.

“Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak.

“Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat,” katanya.

Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah, 7 Disember ini.

Berita Dr. Asri jadi calon PKR fitnah Ulama’ Muda Umno (ILMU) ?

Memang tak mustahil khabar angin ni dicipta puak-puak Ulama’ Muda Umno yang cukup tak puas hati dengan Dr. Asri untuk menjejaskan reputasi Dr. Asri .
Semalam aku post ulasan aku berkaitan khabar angin bekas mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin yang katanya akan bertanding atas tiket PKR di Dun Penanti Pulau Pinang “Dr. Asri akan bertanding tiket DAP kerusi Parlimen dan PKR kerusi Dun?

Aku sebenarnya tak berapa percaya khabar angin tu dan harap sangat khabar angin tu fitnan semata-mata. Macam tak berapa sesuai kalau Dr. Asri bertanding Dun di Pulau Pinang pasainya kalau dia menang pun paling tinggi pun dia cuma boleh jadi Exco Agama di bawah pimpinan DAP.

Nampak tak berapa nak sesuai orang macam Dr. Asri yang selalu mencetuskan kontroversi dengan pandangan dia yang agak kerap jugak dilihar menentang arus duduk di post macam tu.

Kalau betul dia nak jadi orang politik lebih sesuai kalau dia pegang jawatan menteri di peringkat pusat ataupun Menteri Besar walaupun pada aku dia aku nampak lebih sesuai jadi pembangkang.
Apa pun, kat bawah ni aku salin tampal timeline tweeter dia berkenaan khabar angin tu.


Memang tak mustahil khabar angin ni dicipta puak-puak Ulama’ Muda Umno yang cukup tak puas hati dengan Dr. Asri untuk menjejaskan reputasi Dr. Asri .


Aku malas nak buat kesimpulan, hangpa baca sendiri dan hangpa simpul sendiri.
Sumber: Twitter realDrMAZA @ cenangau

Shahidan Kassim mahu jadi hero,tuntut royalti minyak jika Kelantan dapat.

Perlis akan menuntut bayaran royalti jika Kerajaan Pusat membayar kepada Kelantan. Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang) berkata, jika Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan Karajaan Kelantan, Perlis juga layak dan akan menuntutnya. "Sebenarnya Kelantan tidak layak mendapat bayaran royalti kerana minyak diperolehi jauh di tengah laut iaitu melebihi 100 kilometer dari pantai.

 "Mengikut peraturan, apa-apa yang berada tiga batu nautika dsri pantai adalah milik negeri. Melebih had itu adalah menjadi hak Pusat," katanya ketika mencelah pada sesi penggulungan Bajet 2013 semalam. Beliau yang juga bekas Menteri Besar berkata, minyak atau petroleum ditemui di perairan Malaysia adalah hak milik negara dan wajar dikongsi oleh semua negeri dan bukan menjadi hak negeri tertentu sahaja.

 "Kerajaan Pusat sudah bertindak adil dengan berkongsi hasil kekayaan minyak dengan semua negeri selama ini. "Semua negeri menikmatinya melalui wang ihsan. Bukan sahaja Kelantan, malah Perlis, Johor dan negeri lain merasai manfaatnya. "Jadi tidak adil jika Kelantan sahaja yang dapat menikmati duit royalti petroleum," kataya.

Disaman RM10Juta.. PapaGomo tak mengaku dia pemilik Blog PapaGomo..


Dari pendedahan-pendedahan yang berunsur fitnah yang dibuatnya, aku sangkakan dia ini seorang yang bertanggungjawab.. tapi rupanya sama saja dengan pencacai-pencacai UMNO yang lain.. berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan..

Menurut sumber yang mengikuti pusingan pertama saman Husam terhadap PAPAGOMO yang berjumlah RM10juta itu:


PAPAGOMO ini menggunakan peguamnya untuk kerap meminta penangguhan.

Tak tau kenapa PAPAGOMO nak pengangguhan ni.

Yang lebih menyedihkan, PAPAGOMO seboleh-boleh MENAFIKAN yang blog PAPAGOMO beliau itu bukan miliknya.

Kita semua ingatkan PAPAGOMO mahu mempertahankan hujjah tulisan beliau yang tidak disukai Husam Musa itu. Rupanya, sikit pun dia tak sentuh tulisannya itu. PAPAGOMO lebih selesa menafikan blog beliau itu adalah miliknya.

Rupanya, manusia PAPAGOMO ni hanya berani mengaum dalam alam siber sahaja. Bila disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, dia menikus.

Manusia PAPAGOMO ini adalah jenis manusia pengecut, bachul dan suka baling batu sembunyi tangan.

Dia lebih selesa melontar tuduhan dan fitnah dari jauh tanpa mengira tuduhan itu benar atau tidak. Apabila dia disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, terus lari lintang pukang.

Dia ingin mengikut jejak langkah kawannya, si Ruang Bicara Faisal, yang berjaya mengelak dari di saman kerana Mahkamah tidak yakin bahawa Faisal ini adalah tuan punya blog Ruang Bicara Faisal.

Namun jangan takut kerana walaupun RBF ini menang pusingan pertama, kes beliau sedang berjalan di Mahkamah Rayuan.

Khabarnya kali ini selori saksi2 akan memberi keterangan mengecam manusia bachul bernama Faisal ini.Maka atas pengalaman dengan blogger bachul nama Faisal itulah, kali ini peguam2 Husam Musa telah menyeret selori saksi yang akan mengecam PAPAGOMO.

Termasuk yg akan jadi saksi adalah sepupu kepada Papagomo sendiri. Kalau ahli keluarga pun cam dia, mcmna dia nak nafi lagi?

Rasanya kali ini PAPAGOMO tidak akan dapat lari seperti kawannya di Faisal itu. Ini kerana trick si Faisal tu Husam Musa serta lawyer2 Husam sudah maklum.

Apa punya manusia si Papagomo ni. Blog sendiri pun tak nak mengaku. Jelas kepada kita bahawa Papagomo ini adalah manusia pendusta.

~tulangbesi

Tak terima perbezaan idea punca samseng politik




 
SHAH ALAM: Pencetus kepada wujudnya politik samseng berkemungkinan hasil daripada kongkongan yang dilakukan dalam demokrasi politik negara ini, kata peguam Hanipa Maidin.

Bercakap dalam Wacana Sinar Harian hari ini beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, politik samseng itu juga wujud apabila pemain politik itu tidak mahu menerima kepelbagaian pandangan politik sebagai satu pertembungan sihat.

Malah katanya, ia menjadi lebih parah jika satu pihak itu melihat idea pihak lain sebagai ancaman kepada mereka.

"Mereka selalunya merasakan idea mereka tak diterima, mereka tidak senang dan iri hati dengan idea orang lain, maka timbul politik samseng," katanya.

Wacana Sinar Harian ke-16 hari ini membincangkan tajuk "Politik Samseng, Di Mana Maruah Kita?"

Wacana tersebut dibarisi panel Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Bekas Ketua Negara, Tan Sri Musa Hassan dan juga Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan.

Penganalisis Politik, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar pula bertindak sebagai perantara wacana tersebut.

Menurut Hanipa lagi, politik samseng mungkin boleh dielak jika parti-parti politik melihat pertembungan idea sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh semua pihak.

"Bila suasana pertembungan idea yang sihat dapat kita lakukan maka budaya samseng itu tidak akan berlaku dan selepas itu biarlah rakyat yang membuat pilihan siapa yang mereka pilih," jelasnya.

Hanipa juga berpendapat jika wujud kebebasan yang sekata untuk bersuara serta menyampaikan idea, maka suasana politik negara akan terus berlangsung dengan lebih aman.

"Di Malaysia kita lihat suasana samseng itu ditimbulkan oleh pemimpin itu sendiri yang tidak dapat menerima pendapat yang baru.

"Untuk menghapuskan suasana tersebut kita perlu lakukan perubahan terhadap kepimpinan yang ada, bila ini dilakukan saya pasti suasana itu kembali aman," jelas beliau. -Hrkh

Kes Pembunuhan Altantuya: Pengakuan Deepak Bukti Akuan Sumpah Kedua PI Bala Tak Sah



Merujuk kepada laporan Harakah mengenai pengakuan Deepak Jaikishan yang membantu keluarga Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk penyiasat bebas P Balasubramaniam (PI Bala) menukar akuan bersumpahnya, menjadi bukti bahawa akuan bersumpah kedua PI Bala jatuh tidak sah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu dibuka semula dengan mengambil kira akuan bersumpah pertama PI Bala, setelah akuan bersumpah kedua PI Bala didapati telah dipengaruhi oleh keluarga Najib Razak.

Berikutan tindakan PI Bala mengubah pengakuan bersumpah, Deepak sendiri mengaku ia dilakukan demi menolong keluarga Najib.Ini bukti yang cukup untuk memanggil Najib ke kandang saksi. Pengakuan bersumpah PI Bala yang pertama yang menyebut keterlibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya wajib dirujuk.

SAMM melihat kes pembunuhan Altantuya menerbitkan sudut persoalan yang pelbagai, apatah lagi ia berkait rapat dengan skandal Scorpene yang disifatkan sebagai ‘bapak’ kepada semua kes jenayah di Malaysia. Skandal pembunuhan Altantuya dan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang terkait ini harus dirungkai dan rakyat harus tahu.

Demi memastikan rakyat celik dalam isu ini, pelbagai usaha dilakukan oleh SAMM termasuklah jelajah sesi taklimat penerangan di setiap negeri, ceramah pencerahan dan SAMM juga akan melancarkan buku bertajuk ‘Antara Dua Razak, Dua Scorpene dan Satu Mongolia’ pada bulan hadapan.

Akhir sekali, SAMM seru supaya rakyat menolak kepimpinan Najib Razak yang tercalit skandal Altantuya dan Scorpene, dan hanya selepas Bn ditumbangkan barulah kebenaran akan terungkai kerana ketika itu tiada lagi imuniti undang-undang terhadap VIP dan VVIP negara.

Badrul Hisham Shaharin
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia



PI Bala gembira kebenaran akhirnya terserlah

Lelaki yang mendakwa telah dipaksa untuk mengubah akuan bersumpahnya yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, berkata beliau gembira bahawa kebenaran akhirnya terserlah juga.

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam berkata ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan, yang terlibat untuk mendapatkannya mengubah akuan berkanun (SD) itu, telah melakukan "perkara yang betul".

Dalam responnya melalui emel kepada Malaysiakini, Balasubramaniam menggesa Deepak supaya mendedahkan segala-galanya yang diketahui mengenai perkara itu.

Katanya, beliau mahu Deepak mengesahkan siapa sebenarnya individu yang terlibat dari awal hingga akhir.


Balasubramaniam kini hidup dalam buangan bersama keluarganya di India selama tiga tahun sejak beliau melarikan diri negara selepas menandatangani SD kedua.

Deepak, dalam satu wawancara dengan Malaysiakini awal minggu ini, berkata pembabitannya dalam konspirasi itu adalah ekoran permintaan dari seorang "rakan wanita" yang dikaitkan dengan pihak-pihak yang akan terjejas oleh SD pertama Balasubramaniam.

Sementara itu, Balasubramania berkata beliau mahu tahu siapa peguam yang didakwa merangka SD kedua, yang menurutnya, telah disediakan tanpa "pengetahuan atau input" daripadanya.

"Persoalannya ialah siapa yang melakukannya? Tiada siapa yang interviu saya sebelum menyediakan SD kedua. Ia disediakan tanpa pengetahuan atau input saya. Saya ingin mengetahui siapa peguam ini".
-mk

GOOLLL!! Satim Diman Berjaya Rembat 80 Ekar Tanah Rakyat Negeri Selangor Bernilai RM19.9 Juta




KUALA LUMPUR 6 Dis: Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman mendapat RM19.9 juta hasil daripada penjualan 80 ekar tanah kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, urusniaga itu berlaku semasa Selangor di bawah pemerintahan Umno BN.

Menurut Azmin, tanah tersebut pada mulanya dibeli oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu dengan harga RM1 sekaki persegi melalui dua syarikat – Nikmat Inai dan Supreme Precious Sdn Bhd.

“Satim memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam Nikmat Inai dan beliau juga mempunyai saham dalam Supreme Precious Sdn Bhd,” kata Timbalan Presiden KEADILAN itu ketika membacakan dokumen berkaitan di hadapan 4,000 penduduk pada Ceramah Merdeka Rakyat di Gombak malam semalam.

Azmin yang merupakan bekas Ahli Lembaga Pengarah PKNS meletak jawatan tersebut pada 23 Jun 2010 kerana mahu memberi laluan kepada tokoh lain dalam memberi sumbangan kepada anak syarikat kerajaan negeri itu.

Sambung Ahli Parlimen Gombak itu pada ceramah tersebut, beliau berkata, rakyat perlu pastikan Umno BN tumbang pada Pilihan Raya Umum kali ini bagi memastikan kezaliman dihapuskan.

“Kami tekad jika diberi mandat sebagai kerajaan, tidak akan ambil tanah walau seincipun kerana tanah adalah milik rakyat, bukan hak pemimpin.

“Bukti ini anda boleh lihat di Selangor di mana kita bukan sahaja tidak mengambil tanah, malah masalah tanah rakyat yang diabai Umno BN sekian lama kita selesaikan sebaik diberi mandat mentadbir negeri,” kata Azmin lagi.

Oleh Masdar Wahid
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .