KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rantau
Panjang mengambil inisiatif mengagihkan keperluan asas kepada mangsa
banjir menggunakan lori.
Sejak
Kelantan dilanda banjir bermula Isnin lalu akibat air Sungai Golok
merentasi Daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah, Ahli Parlimen
Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof tidak menang tangan menghulurkan
bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
Hari ini beliau
mengagihkan bantuan mangsa banjir di 18 pusat pemindahan banjir
antaranya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Rantau
Panjang 2, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Sri
Kiambang dan Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol.
"Keadaan banjir di
sini masih lagi buruk dan hai ini Parlimen Rantau Panjang sediakan satu
lori bekalan makanan seperti beras, telur, sardin, biskut dan lain-lain
keperluan termasuk tempat tidur untuk mangsa-banjir di 18 pusat
pemindahan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Beliau
yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta orang ramai berdoa
agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku sepanjang bencana alam ini.
"Di
samping menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita berdoa agar semua
urusan dipermudahkan dan tiada kejadian buruk menimpa kita sepanjang
menghadapi musim tengkujuh ini," ujarnya.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini ialah 4010 orang.
Manakalan
enam jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan
Machang-Pkl Meleret-Wakaf, Jalan Pengkalan Rakit Bata, Jalan Pangkal
Meleret-Limau Hantu, Jalan Pangkal Gong - Kemubu, Jln Pasir Mas-Pohon
Tanjung-Rantau Panjang dan Jln Cabang 4/Kg Jambu/Meranti. -Hrkh
Konvoi Jelajah Oren: 'Kami memang rancang sekatan'
JEMPOL - Pemuda Umno bahagian Jempol mendakwa, insiden kekecohan yang
berlaku pada Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ di Felda Bukit Rokan Utara
Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi pihak
berkenaan.
Ketuanya, Mohd Nizam Aman berkata, tidak timbul
isu pemuda Barisan Nasional (BN) bersama penduduk bertindak agresif
semasa kejadian seperti didakwa.
“Keadaan mula tegang ketika konvoi jelajah terbabit sampai ke
persimpangan Felda Bukit Rokan Utara yang dicetuskan oleh kumpulan itu.
“Saya tidak berada di lokasi kerana mengadakan sekatan di Felda Bukit
Rokan Barat. Tapi saya diberitahu penduduk yang juga terdiri daripada
pemuda BN telah menghalang perjalanan mereka kerana sejak awal lagi kami
semua tidak setuju kumpulan itu masuk ke Felda,” katanya.
Menurutnya, mereka sememangnya sejak awal lagi merancang mengadakan
sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan di sana sebaik sahaja
mengetahui kehadiran konvoi jelajah berkenaan.
Bagaimanapun katanya, tujuan sekatan bukan untuk mencetuskan huru-hara tetapi hanya untuk menghalang konvoi itu terus diadakan.
“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya.
“Tiada apa yang perlu diselamatkan kerana nasib peneroka semakin baik di
bawah Felda. Lagipun selama ini tidak pernah mana-mana parti politik
selain Barisan Nasional (BN) yang membantu peneroka,” katanya.
Mohd Nizam berkata, dia bagaimanapun kesal dengan insiden yang berlaku kerana dua pemuda BN juga turut mengalami cedera ringan.
Sementara itu, penganjur konvoi tersebut menyifatkan ia kejadian
terburuk dan terhebat di Negeri Sembilan berbanding di negeri lain.
Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli
berkata, kekecohan yang tidak disangka-sangka itu turut memberi kesan
kepada peserta konvoi apabila dua daripada mereka cedera.
Katanya, kejadian berlaku apabila rombongan konvoi itu tiba berdekatan
persimpangan Felda Bukit Rokan Utara dan kemudiannya dihalang oleh
beberapa individu.
“Semasa perbincangan sedang dijalankan, secara tiba-tiba kumpulan yang
menghalang konvoi Oren ini bertindak agresif, dengan memukul kenderaan
pacuan empat roda kami dan secara meluru ke arah Ketua Penerangan Anak
Peneroka Felda
Kebangsaan (Anak), Noraza Muda.
“Pada waktu yang sama, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anak, Razali
Rashad turut dipukul, sehingga mendatangkan kecederaan di kening,
manakala Noraza cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu.
“Melihatkan keadaan Noraza dalam keadaan separuh sedar, kami memberinya
rawatan ringan sebelum pasukan polis membantu menghantarnya ke Hospital
Jempol untuk mendapatkan rawatan pesakit luar,” katanya kepada Sinar
Harian.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 2 berkata, keadaan Noraza bagaimanapun kini stabil. -SH
Sekarang mereka (UMNO BN) telah secara terang membuat pengakuan bahawa
mereka menghalang konvoi oren berkenaan. Akibat dari "halangan" itu
mereka bertindak liar dan ganas terhadap para peserta konvoi.
“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya."
Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh
menghalang ornag lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara
ini?
Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan?
Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni?
Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara?-GB
Benar-benar terdesak nampaknya UMNO/BN untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke 13 yang akan datang ini..
Sebelum ini dilaporkan pihak UMNO dengan kerjasama
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)telah memperbodohkan Orang Asal
dengan memberikan mereka latihan untuk mengundi Barisan Nasional dalam
PRU 13 ini.. ( baca di SINI )
Ini pula adalah laporan yang mengatakan anggota-anggota RELA di Sarawak
telah diarahkan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi
kepada Barisan Nasional.
Dalam satu majlis di Daerah Julau, Sarawak seorang Pegawai yang
berpangkat Leftenen Kolonel (RELA) dilaporkan telah berkata kepada
anggota RELA yang lain bahawa Kerajaan telah memperuntukkan sekitar
RM400 Juta kepada RELA.
Jumlah yang besar itu membuktikan keyakinan Kerajaan kepada pasukan beruniform itu katanya..
Oleh itu sebagai menunjukkan penghargaan kepada Kerajaan yang ada
sekarang anggota-anggota RELA sewajarnya memberikan sokongan yang tidak
berbelah bagi kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.. katanya.
Ini kes you help me, I help you laaa....
Pegawai RELA tu mesti penyokong kuat Barisan Nasional, sebabnya cara
beliau berfikir adalah sama dengan cara kebanyakkan pencacai UMNO
berfikir.
Dimana mereka gagal untuk membezakan antara Kerajaan Malaysia dan
Barisan Nasional, bagi mereka wang yang datangnya dari Kerajaan itu
adalah wang Barisan Nasional.
Walaupun hakikatnya wang tersebut datangnya dari berbagai jenis cukai
yang dikutip dari rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik..
Ini laporannya..
KUCHING: The neutrality of paramilitary volunteer corp, Rela, in Sarawak
has come under question following a recent “immoral” order by a top
ranking officer urging its members to support Barisan Nasional.
Sarawak has 300,000 Rela members stationed in 32 districts.Nationwide, there are 3.2 million members.
At a function in Julau district, Rela officer Lieutenant Colonel (Rela)
Moses Sipan reportedly told Rela members that the government had
allocated some RM400 million in the 2013 budget for the corp.
“This huge sum shows the government’s confidence in Rela.
“Therefore as a show of our appreciation we must give our undivided support to BN in the coming general election,” he said.
Julau has about 8,000 Rela members.
The constituency is currently held by Parti Rakyat Sarawak (PRS)
vice-president Joseph Salang, who is also a deputy minister in the
federal cabinet.
Sipan’s call to Rela members in Julau is also seen as an ‘order’ to all Rela members in Sarawak.
The directive has irked the opposition in Julau constituency and the state.
Slamming Sipan, state PKR chief Baru Bian said: “This is wrong. It is immoral and politically wrong for them to do that.
“Rela is not a political party. It is a voluntary organisation and funded by the rakyat’s money.
“You don’t use this kind of voluntary organisation to strengthen your
political influence.”
Bian, who is Ba Kelalan state rep, also criticised Kanowit MP Aaron
Dagang and BN politicians for ‘intimidating’ members of Rela and
coercing them into supporting BN.
Dagang had, in a separate gathering, also reportedly told 4,146 Rela
members in Kanowit to give their undivided support to Barisan Nasional
in the coming election.
He said that their votes would not only let the BN retain the Kanowit parliamentary seat, but also win with a big majority.
“We want the BN to win and form the next government because we want to ensure continuous development here and in other places.
“I believe this can be done if we give BN our support in the coming
election,” said Dagang, who is tipped to defend the seat on behalf of
PRS.
Both Julau and Kanowit constituencies are under pressure from rival
Sarawak Workers Party which is determined to purge PRS from these
seats.
SWP has also pledged to wrest four other constituencies from PRS namely Selangau, Sri Aman, Lubok Antu dan Hulu Rajang ~ Free Malaysia Today
Hmmm.. selepas Orang Asal diperbodohkan.. Anggota RELA pula dipaksa sokong BN... lepas ni siapa pulak yang menjadi mangsa?
Kempen 'Undi Bukan Rahsia' yang dijalankan oleh UMNO/BN terhadap penjawat awam tu dah habis atau belum agaknya?
Kebelakangan
ini sudah ramai mantan "orang-orang besar" mula menzahirkan diri
mengkritik kerajaan. Antaranya mantan IGP Musa Hasan.Marah betul dia
pada sepupu PMNajib ,Hishamuddin merangkap Menteri Bukit Aman dan Kem
Kemunting. Antara kemarahan yang amat sangat Musa pada Hishamuddin ialah
kerana sepupu Najib itu tidak menyambung IGPnya.
Marah Musa menyebabkan beliau mendedahkan krisis dalaman KDN seperti campurtangan Hishamuddin terhadap tugas polis.
Sebelum
ini, Musa terkenal dengan tugasannya mengusung tilam dalam kes Anwar.
Tugasnya bersama mantan KP Melaka Rodwan Yusof dalam kes Anwar menaikkan
pangkatnya sebagai IGP melangkaui senior-senior yang lain.
Tiada
diketahui mengapa secara sekonyong-konyong Musa berpaling arah menentang
bekas majikannya. Adakah beliau ingin bersihkan dirinya atau bertaubat?
Jika
mahu bersihkan dirinya, dia perlu mengikut apa yang dilalui oleh bekas
seniornya Datuk Ramli Yusof atau menjawab soalan Datuk Mat Zin Ibrahim.
Nama
Ramli sudah dibersihkan oleh perbicaraan mahkamah. Hingga kini, Ramli
dan Mat Zin masih "menyerang" Musa walaupun Musa kelihatan seperti pro-
pembangkang pula.
Kini,
Musa seperti mengikut jejak tuannya dahulu, Dr Mahathir yang mengkritik
penggantinya Abdullah Badawi. Musa pula mengkritik IGP Ismail Omar.
Jika
Mahathir marahkan Pak Lah kerana Budak Tingkat 4 dan Jambatan Bengkok,
Musa pula marahkan Ismail kerana tidak raikannya untuk majlis persaraan
sebagai IGP. Musa juga marahkan Menteri Polis Hishamudin kerana tidak
sambung IGPnya lagi.
Tidak
seperti mantan IGP yang dahulu yang ditawarkan jawatan yang hebat
sebagai orang besar Kilang Arak dan Syarikat Judi seperti Hanif Omar.
Tiada jawatan buat Musa untuk beliau kerja.
Barangkali PMNajib atas nasihat Hishamudin tawarkan Musa sebagai Guru KAFA sesuai sebagai anak Tok Guru rancangan Muqaddam!
Apapun, Musa perlu istiqamah dan buktikan kesungguhan beliau untuk menentang segala kemungkaran UMNO dan BN.
Musa
perlu buktikan. Kini beliau sedang jalanii ujian pertama iaitu diekori
anggota Cawangan Khas(SB). Sesuatu yang tidak pernah difikirkan beliau
semasa jadi IGP dulu.
Ujian
kedua sebagai tanda bencikan kemungkaran UMNO dan BN, Musa perlu ketuai
atau berarak bersama rakyat pada 12 Januari 2013 di Dataran Merdeka.
Diekori SB sudah dialami, asap dan air FRU belum lagi Musa rasai. Jom! Anda perlu buktikan. -tokpepijat
Maran: Kembara Oren Selamatkan Felda
peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan
Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi
ditahan dan diikat tangannya.
Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor.
Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai
program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar
dari Felda Bukit Kepayang, Bera.
"Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya.
Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut.
Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran,
Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan
mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok
dilepaskan.
Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki
kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di
dalam kawasan Felda itu.
Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya
mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah
berkenaan.
Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi.
“Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak
kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun
dengan aman.
“Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk
Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan
dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.
Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan.
Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak. -SH
(Skuad bantuan banjir Pahang menurunkan bahan bantuan untuk mangsa banjir)
KUANTAN: PAS Pahang mengerah seluruh petugasnya agar
bergerak ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir yang disifatkan paling
buruk dalam sejarah negeri itu.
Arahan supaya jentera PAS digerakkan di semua kawasan banjir itu
dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang
mempengerusikan mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Temerloh hari ini.
"Kita telah pilih Masjid Al Fatah, Kuantan sebagai Bilik Gerakan Bantuan Banjir kita," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.
Tuan Ibrahim berkata, mereka akan memberikan pelbagai bantuan dalam bentuk tenaga, makanan dan nasihat kepada mangsa.
Antara bahan makanan yang diedarkan adalah berupa roti, biskut, makanan segera, sardin dan lain-lain lagi di samping air bersih. (Petugas PAS sibuk membungkus bahan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir)
Bandar Kuantan dilanda banjir kilat paling teruk dalam sejarahnya sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar itu.
Kenderaan tidak dapat bergerak dan rosak ditenggelami air manakala rumah yang dilanda banjir pula penuh dengan lumpur.
Kedatangan banjir yang mengejut itu menyebabkan banyak harta benda dan barangan milik mangsa tidak dapat di selamatkan.
(Anggota Unit Amal turun menemui mangsa banjir dengan
membawa bantuan. Baju hijau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang,
Ustaz Yusof Embong.)
Menurut wartawan Harakahdaily yang berada di Chendor iaitu sempadan
dengan Terengganu, air banjir dikatakan semakin naik sekarang ini.
Ia menyebabkan bantuan agak sukar disampaikan tanpa kenderaan yang sesuai khasnya bot. -Hrkh
Bila rakyat bangkit maka para peniaga berdarah dan berjiwa pekat totok UMNO yang sombong, angkuh, berlagak dan kepala besar akan sakit.
Terbukti apabila rakyat mengambil sikap mau memboikot Restoran Sekinchan Ikan Bakar kepunyaan Jamal Yunus, Pengerusi Bersih 4.0 tiruan yang membuat fitnah konnnya para peniaga kecil di Kuala Lumpur kerugian ratusan juta ringgi kerana perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012, sampaikan sanggup mereka cipta cerita sambil mau berniaga didepan rumah Pengerusi Bersama Bersih 4.0, Datuk Ambiga untuk menampung segala kerugian.
Dan paling terserlah kesombongannya apabila mau gerakkan semua ahlinya untuk bertindak kasar dan agresif kepada semua peserta Janji Bersih ( Janji Demokrasi ) pada malam ambang Merdeka 30hb Ogos 2012 yang lalu di Dataran Merdeka.
Sekarang lihat apa terjadi pada perniagaan Restoran Sekinchan Ikan Bakarnya... Lepas satu satu rangkaian restorannya tutup.
Nak katakan ditutup untuk direnovasi, hasil tinjuan dapati tiada menampakannya sedemikian rupa. Setelah dibuat risikan dan pertanyaan, maka sah restoran ini sudah ditutup.
Kempen cabutan bertuah bernilai hampir RM2juta dengan hadiah utama kereta Lamborghini dan BMW tidak mampu menyekat keruntuhan restorannya satu demi satu.
Disini amat jelas, bukan saja yang tidak menyokong UMNO boikot restoran-restoranya tetapi pendokong dan penyokong UMNO totok pun tidak mau berkunjung bagi memberikan sokongan moral.
Ikut hukum akal logik, kalaulah ahli-ahli UMNO termasuk ahli PERKASA/PEKIDA/JATI/GAPS dll NGO mesra UMNO memberikan sokongan padu apa yang dilakukan oleh Jamal Yunus ini, maka mustahil rangkaian restorannya tutup satu demi satu.
Mangsa banjir di Kuantan di kejutkan dengan "Makhluk" ganjil timbul
sewaktu banjir melanda Bandar Kuantan semalam...Objek yang seperti kapal
selam Scorpion berlegar-legar dikawasan sekitar penduduk.Menurut salah
seorang penduduk Kampung,Pak Cik Atan Tuya,mungkin kapal selam Scorpion
itu dinaiki oleh Najib dan Rosmah untuk melawat mangsa banjir..Berita
ini dari Utuinasing.
Memang dasarpencacai dan penjilat bangkai umno. Umno memang bodoh dan
tolol, tak pernah belajar dari kesilapan terdahulu.. Kerjanya hanya
menfitnah dan tabur fitnah.
Kerna tergugat, pencacai dan penjilat umno terpaksa tabur dan akhinya kantoi lagi..
Fauzi tidak pernah menyesal sertai PAS
SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi
Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal
menyertai Pas.“Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat
pilihan yang tepat.
Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya
ini.“Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak
tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini,” katanya,
semalam.Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas.
Mesej itu berbunyi: “Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya
tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa
saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya
tinggalkan Pas.”Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut
berkata, kenyataan itu tidak benar.“Saya amat gembira dan bersyukur atas
apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas,” katanya. ~sinar
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN,
Yahya Sahri mendedahkan, air mineral yang diedar BN Selangor semasa
program-programnya menyalahi peraturan air mineral, malah logo halal
yang dilekat di botol itu diragui kesahihannya.
Beliau berkata, pembekalan air mineral percuma berjenama ‘Nurani
Rakyat’ dalam kempen Sayangi Selangor itu tidak pernah disahkan
kualitinya mengikut piawaian yang ditentukan kerajaan.
Katanya, ia melanggari Akta Makanan 1983, Akta Perihal Dagangan 2011, dan Sijil Perakuan Halal Jakim.
“Sebab itu kita minta Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) siasat dan ambil tindakan,” katanya pada sidang media
di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Yahya membandingkan air mineral berbotol yang dikeluarkan syarikat
komersil mematuhi sepenuhnya piawaian, sedangkan pembekalan produk yang
dibuat syarikat BN langsung tidak tertera dibiar melanggari
undang-undang.
“Sepatutnya pada botol ini tertulis jenis punca air dan lokasi
diperolehi, kandungannya dan nama syarikat yang membotolkan, tapi
langsung tak dinyatakan,” kata Yahya.
Beliau turut mempersoal kesahihan logo halal Jakim yang dipapar pada produk berkenaan.
Manakala jenis penutup botol air mineral itu berwarna biru, tanda kepada jenis air galian bawah tanah, namun diragui sumbernya.
“Bagaimana kalau saya katakan air ini berpunca dari air paip Syabas? (Syarikat Bekalan Air Selangor)” soal Yahya.
“Sendiri jadi
menteri sendiri buat peraturan, sendiri yang langgar. BN tipu rakyat di
program anjurannya. Ini penyalahgunaan logo yang jelas. Kita yakin dalam
masa kempen pilihan raya, air ini akan dibekalkan secara meluas di
program anjuran mereka,” katanya.
Menurut Yahya, melalui pemerhatiannya, pengeluaran produk tersebut menyalahi semua peraturan berkenaan.
“Bagi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, syarikat atau
institusi yang melakukan kesalahan boleh didenda sebanyak RM10 juta,
manakala RM2 juta bagi kesalahan individu,” kata Yahya.
Manakala penyalahgunaan sijil dan logo halal Jakim atau Jabatan Agama
Islam Negeri boleh didenda maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya
atau mengelirukan pengguna. -KD
Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang
dimenangi pembangkang, sekali gus meraih kemenangan majoriti dua pertiga
pada pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin BN
dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta
merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10
daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor
termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang
dimenangi merekasebelum ini.
"Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR
sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas
sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita
selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan
Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk
Seri Mohd Ali Rustam di sini.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata,
kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi
faktor utama kemenangan BN.
"Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang
diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),
Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi," katanya.
Selain itu, beliau berkata, faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.
Bagaimanapun, katanya, kemenangan tersebut hanya akan dicapai
sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap
parti.
Video Erma Fatima yang mengulas artis jangan menjadi “Window Dressing“.
Malu-malu, mungkin takut menyatakan yang dia menyokong UMno. Takut
kehilangan peminat dan terpaksalah Erma Fatima berlapik-lapik memberi
pendapat.
Nyatakan secara berterus terang
menyokong UMno dan jangan segan sehingga terpaksa menggunakan
ayat…Sekarang tengah war ya. sesiapa sahaja… PAS ke.. PKR ke.., Do they
know sejarah perjuangan Melayu itu sendiri.., Kenapa kita kena fight
untuk parti ini…, Apa kelebihan parti itu..
Juga janganlah hanya pandai kondem artis
lain yang secara terus terang menyokong sesuatu parti. Nyatakan
pendirian, tentu boleh cari makan juga!!
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai mulut
celupar seperti kenyataan daripada anak-anak muda di jalanan dan bukan
tindakan seorang pemimpin negara.
Menurutnya, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin
Yassin amat tidak wajar memandangkan beliau orang kedua pemimpin parti
dan negara.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada mulanya enggan mengulas, kerana tidak mahu melayan kenyataan seperti orang tidak cerdik itu.
Bagaimanapun, apabila ditanya lagi dia terus menjawab ringkas: “bukan taraf orang nombor dua untuk bercakap begitu”.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkara itu
di pejabatnya petang semalam selepas mengadakan pertemuan dengan
pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung Agenda Berkebajikan Wanita
Malaysia.
Katanya, kalau anak-anak muda di jalanan munasabah untuk keluar
kenyataan sedemikian.“Tapi kalau orang nombor dua parti atau nombor dua
pemimpin negara
memang bukan taraf dia,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.
Kelmarin, pemimpin kedua parti Umno itu berkata Tuan Guru Nik Aziz
sebagai mulut celupar apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong
Umno adalah mungkar. -Hrkh
Beberapa kawasan di sekitar bandar Kuantan hari ini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat yang berlarutan sejak malam semalam.
Kejadian
itu juga menyebabkan beberapa jalan utama di pusat bandar mengalami
kesesakan lalulintas setelah jalan raya dinaiki air sedalam 1.5 meter.
Antara
jalan yang ditenggelami air setakat pukul 3 petang ini ialah Jalan Tun
Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan
Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Air Putih, Jalan Pasar
dan Terminal Makmur.
Tinjauan Bernama di beberapa kawasan
sekitar pusat bandar mendapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan
raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup
perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.
Di kawasan
Air Putih dan Semambu, orang ramai mula meninggalkan rumah masing-masing
seawal pukul 10 pagi dan menyelamatkan barangan keperluan utama setelah
paras air sebatang anak sungai di Kuantan melimpah dan naik sehingga 1
meter.
Tinjauan
juga mendapati beberapa taman perumahan iaitu di Sungai Isap, Taman
LKNP, Bukit Setongkol, Taman Perumahan Transit Quarters dan Taman
Teratai turut ditenggelami air antara 0.1 meter dan satu meter.
Sementara
itu di Jerantut, polis menasihati 10,000 penduduk yang tinggal di
kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang di daerah
itu supaya berpindah segera jika paras air kedua-dua sungai naik.
Ketua
Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata keadaan cuaca yang tidak
menentu dengan hujan setiap petang sejak tiga hari lalu boleh
menyebabkan air Sungai Tembeling dan Sungai Pahang naik bila-bila masa.
Bercakap
kepada Bernama hari ini, beliau turut menasihati 50 pengusaha bot
pelancong ke Taman Negara supaya menghentikan segera perkhidmatan jika
paras air Sungai Tembeling naik.
Ini, katanya sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi mengutamakan keselamatan penumpang.
Sementara itu, Kuantan hari ini lumpuh akibat banjir teruk yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu.
Ia dilaporkan bermula sebelum tengah hari tadi selepas hujan selama lebih 10 jam. China Press menyifatkannya sebagai banjir paling teruk melanda Kuantan sejak 1971.
Menurut
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pahang, 14 simpang jalan utama di
Kuantan ditenggelami air setinggi kira-kira 1 meter pada jam 11 pagi
tadi.
"Operasi menyelamat masih lagi
berlangsung," kata seorang petugas di pusat kawalan itu sambil menambah
air telah mula surut secara perlahan-lahan.
Menurutnya,
petugas-petugas banjir sedang memantau paras air di Sungai Galing dan
Sungai Isap dan kenyataan rasmi mengenai perkembangan terkini bencana
itu bakal diketahui jam 8 malam nanti.
Beribu-ribu
orang dipercayai terjejas akibat banjir tersebut dan gambar-gambar
kenderaan tersadai akibat banjir itu sudah mula dikongsi dengan pantas
di laman media sosial.
Seorang penduduk Kuantan, Hasnul Hisham memberitahu Malaysiakini bahawa Jalan Beserah adalah paling teruk terkesan akibat banjir itu.
"Air Sungai Galing melimpah keluar dan tembok penahan di Sekolah Kebangsaan Galing juga telah pecah," kata Hasnul. -M'kini