Ikuti Blog ini

Tabung Haji pun main politik

TabungHaji 

Legalah pendeposit-pendeposit Tabung Haji kerana diberi bonus tahunan Jubli Emas 2012 sebanyak 6.5 peratus dan tambahan bonus khas sebanyak  1.5 peratus menjadikan  8 peratus bonus  untuk tahun 2012 dan tertinggi sejak 50 tahun penubuhan Tabung Haji seperti diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Baguslah kerana boleh dan mampu memberikan bonus yang agak banyak tak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Nampaknya Lembaga tabung Haji juga main politik melalui Jamil Khir. Main politik dengan bonus dan duit orang untuk ke Mekah. Bukan mempertikaikan bonus yang ingin diberikan tetapi kerana PRU-13 boleh pula dilebihkan bonus tersebut.

Jangan dihiraukan tentang Jubli Emas 2012, itu cara untuk menyedapkan telinga, yang penting bonus dapat  memancing pengundi. Pancing undi yang difikirkan dahulu dan barulah timbulnya Jubli Emas. Kenapa selama berpuluh tahun hanya 4-6 peratus yang mampu diberikan. Tak mampukah sebelum ini?

Pendeposit-pendeposit Tabung Haji bolehlah pergi mendapatkan bonus 10 Febuari ini untuk bekal PRU13 bulan 3 nanti.

‘Ahli PAS’ pijak gambar Guan Eng, cukuplah


TEMERLOH: PAS Pahang menafikan laporan lidah Umno Utusan Malaysia hari ini mengenai penglibatan ahlinya dalam demonstrasi di pekarangan Masjid As-Syakirin, Maran.

“Perlakuan yang dilakukan oleh remaja upahan membawa bendera PAS dan memijak gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP jelas suatu tindakan terdesak Umno dalam menghadapi PRU13,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Kata beliau, saban hari, pelbagai pembohongan yang dilakukan oleh mereka dengan liputan media Umno ternyata satu sandiwara provokasi bagi mencetuskan kebencian antara kaum menjelang PRU13.

PAS Kawasan Maran, kata Tuan Ibrahim, telahpun membuat laporan polis pada pagi ini.

“Kita harap pihak polis bertindak, kerana bukti bergambar mereka yang terlibat dapat membantu penyiasatan. Kita akan mengikuti secara dekat kes ini, dan mengharapkan siasatan segera dijalankan,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat itu.

PAS Pahang, katanya akan mengadakan perbincangan dengan pihak guaman bagi meneliti kes itu untuk melaksanakan tindakan perundangan ke atas beberapa individu yang terlibat kerana melakukan pembohongan, mencemar nama baik parti dan tindakan provokasi.

“Untuk Umno, cukuplah main isu-isu provokasi. Ramai lagi rakyat Pahang ini yang merana tiada air paip, jalan sempit berbahaya dan tidak berlampu pada waktu malam dan pelbagai masalah tanah yang perlu diberikan perhatian,” katanya lagi. -Hrkh

Guru Sokong PR Disaran Letak Jawatan, Sokong Umno Ok.. - Pengarah Bahalol

Guru yang mahu aktif dalam politik disaran meletak jawatan bagi mengelak fokus mereka terganggu sewaktu sesi pembelajaran, kata Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Husin.

Beliau berkata JPNT tidak pernah menghalang mana-mana guru yang mahu meletak jawatan kerana berhasrat menceburi politik secara serius kerana tindakan itu lebih sesuai untuk kepentingan pelajar dan sektor pendidikan negeri ini.


Bagaimanapun, katanya, secara umumnya di Terengganu tidak ramai guru yang mahu aktif dalam politik dan kalau ada pun sekadar memegang jawatan biasa di peringkat cawangan.

“Sehingga kini, JPNT ada menerima kurang 10 permohonan rasmi daripada guru yang meminta kebenaran untuk memegang jawatan dalam parti politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Refleksi Pendidikan bersama 500 guru di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua guru di Terengganu agar sentiasa menyokong dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tidak sesuai jika kita sebagai penjawat awam tetapi menyokong pembangkang yang sentiasa tidak berpuas hati dengan apa sahaja usaha dilakukan kerajaan,” katanya. -TMI

Biarkan gambar ini berbicara dan izinkan ianya mengetuk pintu hati kita semua....




Biarkan foto ini berbicara dan izinkan ianya mengetuk pintu hati kita semua, menyentuh rasa tanpa perlu berkata-kata. Terasa tenang melihat ayahanda beradu lena melelapkan mata barang seketika, setelah selesai Zohor dilaksana.

Sayunya Hati melihat ayahanda seorang ulamak dan juga umara boleh beradu sedemikian rupa, di gelegar lantai tempatnya, tanpa ada sebarang alas di kepala.Namun inilah sikap ayahanda, bukan dikejar kesenangan harta, namun redha ALLAH jua yang di inginkan ayahanda.

Ayahanda selalu berpesan sepatah selidah buat kami semua bahawa jawatan itu adalah AMANAH dan bukannya GHANIMAH.

Benarlah, dan saksikanlah bahawa sungguh sederhana dan mudah berkiranya insan yang tubuh bergelar badan bernama Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz B Tuan Guru Hj Nik Mat Alim.

Biadap!! Pengurus Felda Kota Gelanggi 2 Rampas Mikrofon Ketika Ustaz Tuan Ibrahim Berceramah


Alhamdulillah selesai ceramah umum sebentar tadi. Tetapi kecewa dengan sikap pengurus Felda Kota Gelanggi 2 yang naik ke pentas untuk merampas microfon bagi mengganggu majlis.
Pengurus Felda tersebut telah merampas mikrofon ketika Ustaz Tuan Ibrahim berucap di pentas ceramah.

Adakah sebagai negara demokrasi perlu berkelakuan begini. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi semua orang berhak bercakap.
Pengurus Felda Kota Gelanggi ini benar-benar memalukan masyarakat Felda dan ianya sungguh biadap.
~mutaligat

Deepak dakwa Najib arah Boustead beli syarikatnya


Saudagar karpet Deepak Jaikishan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang bertanggungjawab mengarahkan Boustead Holding untuk mengambil alih kepentingan dalam syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd.

NONE"Arahan diberikan daripada Datuk Seri Najib kepada pengerusi Boustead secara langsung. Saya tahu perkara ini, sebab saya berada di sana sewaktu arahan diberikan," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Ahli perniagaan itu bagaimanapun tidak menyatakan bentuk arahan dan lokasi berkenaan ketika Najib didakwa memberi arahan tersebut.
Deepak mendakwa tindakan itu dibuat kerana Najib "tidak mahu didedahkan bahawa ahli keluarganya telah mendapat duit untuk meluluskan pemindahan tanah ini kepada kita".

Sehubungan itu juga, beliau menggesa Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik balik saman yang difailkan ke atas Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

NONEAhmad Zahid memfailkan saman berkenaan akhir bulan lalu atas kenyataan Rafizi berhubung urusniaga tanah melibatkan Boustead dan Astacanggih, yang didakwa memfitnah dirinya.
Deepak berkata, beliau berharap Ahmad Zahid dapat menarik balik tindakan undang-undang tersebut kerana Rafizi menurutnya "tidak tahu perkara ini".
"Apa-apa tindakan (sepatutnya) diambilkan ke atas Datuk Seri Najib kerana dia telah mengarah perkara ini berlaku.

"Jadi, saya minta kepada Datuk Zahid, tak payah ambil tindakan kepada Rafizi," katanya lagi dalam sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS hari ini.
Boustead pada 27 Disember lalu mengumumkan anak syarikat milik penuhnya Bakti Wira Development Sdn Bhd mengambil alih 80 peratus kepentingan dalam Astacanggih.
    
NONEPengambilalihan itu merupakan proses korporat untuk menguasai 80 peratus kepentingan dalam 80.9371 hektar tanah pembangunan di Bukit Raja membabitkan sebanyak RM160 juta atau RM18.37 sekaki persegi.

Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor pada masa itu menyatakan bahawa langkah berkenaan merupakan tindakan korporat Boustead Holdings Bhd yang berasaskan pertimbangan komersil.

Urusniaga menjadi sasaran kritikan PKR yang menyifatkannya sebagai pelaburan "tidak masuk akal" memandangkan tanah berkenaan masih dimiliki kerajaan persekutuan.

Parti itu menyebut tanah berkenaan tidak dimiliki Awan Megah dan tertakluk pada kebenaran pindah milik dan pembangunan oleh kerajaan Selangor. -M'kini

Siapa Sebenarnya Benarkan Kalimah "ALLAH" Dalam Al-Kitab? Jawabnya UMNO!!



Alkitab: Putrajaya sendiri nodai undang-undang Islam, kata Mufti Selangor

KUALA LUMPUR, 7 April — Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menyifatkan langkah Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia sebagai tindakan “menodai” undang-undang Islam negara ini.

Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.

“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.

“Undang-undang Islam ini telah dinodai, ada pihak yang buat undang-undang tapi mereka sendiri yang melanggar undang-undang yang telah dibuat dan ini adalah satu pencerobohan secara terhormat,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Kecewa dengan tindakan Putrajaya itu, Tamyes juga menyokong cadangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria agar undang-undang Islam dibatalkan sekiranya Putrajaya masih bertegas dalam isu tersebut.

“Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.

“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.

Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.

“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.

“Pendirian saya sangat jelas dalam perkara ini, undang-undang Islam tidak boleh dilanggar tapi apa yang berlaku sekarang ia dinodai oleh orang Islam sendiri... undang-undang Islam telah dinodai,” katanya.

Tambah Tamyes, beliau berharap agar Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan akan memandang serius akan perkara itu.

Kelmarin Harussani mencabar Putrajaya membatalkan undang-undang Islam sekiranya masih bertegas mahu membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Mufti Perak itu menegaskan sekiranya Putrajaya membuat keputusan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil itu, maka secara automatik enakmen agama Islam yang tidak membenarkan agama lain menggunakan istilah eksklusif bagi agama Islam terbatal sama sekali.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, kerajaan pusat mengumumkan 10 formula penyelesaian, antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia bagi menyelesaikan isu Alkitab.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Ini adalah perkembangan baru yang seharusnya diterima dengan senang oleh kumpulan Kristian,” kata Idris.

Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung, kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda salib pada kulit hadapan.

Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

Harussani juga menegaskan mana-mana kitab suci agama lain termasuk Kristian tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dan beberapa istilah lain yang eksklusif bagi agama Islam di negara ini. -TMI (7/4/11)



Pemimpin Umno pamer longgokan duit depan penduduk

(Ikmal menunjukkan longgokan duit kepada penduduk ladang Kerila, Tanah Merah)

TANAH MERAH: “Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

“Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

“Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci,” ujarnya.

Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa berkata, tidak pernah berlaku sebelum ini ada pemimpin Umno yang didakwa membawa begitu banyak duit untuk dipamerkan kepada orang kampung.

Katanya, pada awalnya ketika diberitahu pekerja di ladang berkenaan beliau kurang yakin, namun apabila ditunjukkan bukti bergambar keraguan hilang.

Katanya, insiden yang berlaku itu bukan perkara kecil sebaliknya ia melibatkan sesuatu berprofil tinggi, mempamerkan longgokan wang di hadapan penduduk kampung menjelang pilihan raya.

“Oleh itu saya berharap pihak berkaitan menyiasat isu tersebut kerana ia membabitkan maruah penduduk kampung,” ujarnya di sini.

Semalam lebih 50 penduduk dari beberapa kampung di Dun Gual Ipoh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Ikmal dan Naib Ketua Umno Tanah Merah, Bakri Mustapa yang didakwa tidak datang mengajar di sekolah.

Surat arah kempen


Sementara itu dalam perkembangan lain jabatan dan agensi di bawah portfolio agama Jabatan Perdana Menteri difahamkan menerima surat arahan daripada pegawai seorang menteri supaya membantu kempen di sebuah kawasan parlimen di Kedah.

Sumber sebuah jabatan berkaitan memberitahu, pihaknya menerima arahan bertulis supaya datang berkempen membantu menteri yang dijangka bertanding di Yan, Kedah.

“Bukan lagi arahan secara lisan sebaliknya dibuat secara bertulis,” dakwanya. -Hrkh

KANTOI ! Undi tidak percaya untuk Najib - Ketua Pemuda Umno.....


Undi tidak percaya kepada Najib


Ahli Umno dicadang supaya membuat undi tidak percaya kepada Datuk Seri Najib Razak ekoran kegagalannya dalam menguruskan negara ini.

Mohd Soberi Shafii (gambar), bekas Ketua Pemuda Umno Ketereh dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, kegagalan Najib mentadbir negara dan Umno memalukan seluruh ahli Umno.

"Bila Najib ke Kelantan baru-baru ini sekali lagi Najib memalukan Umno apabila membuat janji yang telah dibuat oleh Pak Lah sebelum ini,"
kata Soberi.

Menurut Soberi, akibat kesilapan yang dilakukan oleh Najib kini menyebabkan Umno dan BN diambang kekalahan yang memalukan dalam sejarah negara.

Ketika melawat Kelantan baru-baru ini, Najib membuat 7 Janji kepada rakyat Kelantan.

Akibat dari janji-janji itu, Najib dan Umno dipermain-mainkan oleh rakyat Kelantan.

Pelbagai pihak menjadikan 7 Janji itu sebagai bahan tulisan masing-masing dengan mempermainkan Najib.

Akibatnya, ahli Umno di Kelantan sendiri merasa malu dengan 7 Janji Najib itu, kata Soberi yang juga bekas Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan.

Pakatan Sasar Bina 10 Universiti Dan RM5 Ribu Sara Hidup Pelajar Setahun

SHAH ALAM : Dalam tempoh 10 tahun selepas memerintah, Pakatan Rakyat (PR) mensasarkan membina10 buah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan anggaran kemampuan menampung kira-kira 100,000 pelajar.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, disamping menanggung yuran pengajian, kerajaan yang ditadbir PR juga akan menyediakan biasiswa sebanyak RM5,000 setahun sebagai sara hidup pelajar.


“Bertambahnya tempat di IPTA akan melahirkan persaingan sihat sesama Institut Pengajian Tinggi Swasta(IPTS) di negara ini, mereka terpaksa meningkatkan kualiti dan mewujudkan jurusan yang tidak ditawarkan di IPTA bagi menarik minat pelajar .

“Pada masa ini terdapat pelajar lulusan IPTS yang tanggung hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi sukar dapat kerja kerana ijazah kolej swastanya ‘tidak laku’ dipasaran,” kata beliau dalam Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) pagi tadi.

Ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pendidikan Percuma: Implikasi Kewangan Kepada Malaysia’ itu, Rafizi turut berkata langkah PR itu bukan sahaja tidak akan memufliskan negara, malah merupakan suatu pelaburan jangka panjang yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

“Kalau ada yang menganggap membina menara 100 tingkat dengan belanja RM5 bilion itu sebagai pelaburan, kenapa memberi pendidikan percuma tidak dianggap sebagai pelaburan,” kata beliau lagi.

Menurut Rafizi, melaksanakan pendidikan percuma hanya memerlukan RM6.5 bilion setahun termasuk bayaran balik berjumlah RM2 bilion setahun selama 15 tahun kepada PTPTN.

Pada masa ini jumlah hutang PTPTN yang perlu ditanggung adalah sebanyak RM25.9 bilion.

Konvensyen dua hari yang dirasmikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu turut menampilkan beberapa ahli akademik dan tokoh muda lain sebagai pembentang kertas kerja.

Antara yang terlibat, mantan Profesor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Banner Nurul Izzah Diturunkan Oleh Balaci UMNO Sempat Dirakam



Cerita ajaib | Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah. Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik.

Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan & demokrasi di tanahair tercinta ini. Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan.

Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau. Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat. Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!

Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.

Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban. Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban.. -M Fakhrurrazy M Ariff

Banner Kak Izzah diturunkan


Di Jalan Pantai Baharu.


Di Kerinchi.
Kalau banner kak izzah dipotong kononnya alasan tak ada permit, barang2 yg ini pula ada permit tak?


- pakat-pakat kalih

TARIK BALIK PENGANUGERAHAN GELARAN WIRA ISLAM DRP NAJIB


UMNO/PERKASA/PEKIDA/JATI/GPMS/MAJLIS BELIA MALAYSIA/JAKIM telah melakukan kesilapan yang amat besar apabila menobatkan Najib Razak sebagai WIRA ISLAM TERUNGGUL DAN TERHEBAT YANG PALING BERANI dalam dunia sebaik saja menjejakkan kakinya di lapangan terbang sekembali dari lawatan ke Gaza, Palestine baru-baru ini.

Sepatuttnya gelaran itu lebih wajar diberikan kepada Mantan Mufti Perlis, Dato' Dr Asri b Zainul Abidin @ MAZA, Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Mazlee Malik dan Bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim.

Omakkau berhujah atas dasar ikut hukum akal logik.
1) Najib ke Gaza dengan dieskort tentera dan pengawal-pengawal peribadi ketika aman dengan menggunakan dana dan harta rakyat sedang mereka bertiga pergi kesana dengan duit sendiri tanpa pengawal semasa Gaza masih bergolak.

2)  Najib Razak dan Rosmah Mansor hanya pijak kaki di Gaza tak sampai beberapa jam dan tidak menginap disana sedangkan Dr Maza, Dr Mazlee dan Shahidan Kassim berada disana untuk beberapa hari dan bermalam dan tidur disana.

3)  Najib Razak pergi ketempat-tempat tertentu sahaja yang dipastikan keselamatannya terjamin sedangkan Dr MAZA sampai pergi kerumah pengasas Perjuangan Jihad HAMAS Al Syeikh As- Syahid Ahmad Yassin yang terkorban hasil bedilan roket Israel Laknatullah.

4)  Shahidan Kassim menyampaikan bantuan berupa wang dari koceknya sediri sedangkan Najib Razak keluarkan bantuan yang diambil dari dana Kerajaan.

Jadi siapa yang layak antara Najib Razak dan mereka bertiga untuk diberikan gelaran WIRA ISLAM TERUNGGUL , TERHEBAT DAN PALING BERANI SEKALI DIDALAM DUNIA?

Mohon dan desak UMNO, PERKASA, JATI, PEKIDA, JAKIM, GPMS dan MAJLIS BELIA MALAYSIA supaya tarik balik gelaran WIRA ISLAM yang tidak sewajarnya yang kini menjadi bahan momokkan dan ketawa antarabangsa dari Najib Razak untuk diserahkan kepada mereka bertiga!!!!!... ADA BERANI????...ADA HARGA DIRI????... TAUBAT LAHOM TIDAK AKAN BERANI PUNYA!!!! -Omakkau

[BERGAMBAR] Guru Wanita Mati Kemalangan, Terkejut Tengok Katak Dalam Kereta!



Rawang – Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.

Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.

Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.

Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta -hm


KATAK yang ditemui dalam kereta mangsa.


Asrama Darul Quran Rusila terbakar, 90 pelajar terjejas


MARANG: Hampir 90 pelajar lelaki Ma’ahad Darul Quran (MDQ) Rusila, Marang kehilangan tempat tinggal, pakaian serta buku pengajian sekolah apabila sebuah bangunan asramanya hangus terbakar.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.40 pagi ketika semua penghuni asrama di blok B tersebut berada di kelas pengajian masing-masing.
Harakahdaily dimaklumkan, kesemua pelajar asrama berkenaan tinggal sehelai sepinggang kerana api terlalu marak sehingga gagal menyelamatkan harta bendanya.

(Api yang marak memusnahkan sama sekali salah sebuah asrama pelajar MDQ)

Pengerusi Dana Pembangunan MDQ, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata bangunan asrama lelaki tersebut berusia lebih 28 tahun sejak sekolah MDQ ditubuhkan.

Katanya, asrama yang terbakar itu menempatkan pelajar-pelajar lelaki tingkatan dua dan tiga dari Terengganu, Pahang dan Kuala Lumpur.

“Ini bangunan kayu yang dijadikan asrama pelajar lelaki sejak lebih 28 tahun lalu apabila sekolah (MDQ) ditubuhkan di Rusila ini. Semua pelajarnya, tinggal sehelai sepinggang dan kehilangan tempat tinggal, pakaian, buku-buku sekolah dan harta benda yang tidak dapat diselamatkan,” ujarnya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurutnya, api terlalu marak dengan tiup angin yang kuat menyukarkan kerja-kerja memadam kebakaran tersebut.

Seorang penghuni asrama, Mohd Afifuddin Awang Luding, 16, mula menyedari kebakaran asramanya ketika keluar ke kantin asrama.

Namun, katanya usaha para pelajar dan orang kampung untuk memadam kebakaran tersebut tidak berjaya kerana api besar dan angin kencang.

“Saya dan semua rakan-rakan kini tinggal sehelai sepinggang, pakaian hilang, buku-buku dan harta benda lain habis hangus terbakar.

“Ini (kebakaran) sudah ditakdirkan dan kami redha dengan ujian dan musibah yang tentu ada hikmah Allah SWT,” ujarnya.

Menurutnya, perasaan sedih dan sayu turut menyelubungi hati kerana sayang kepada asrama dan sekolah MDQ.

Manakala, Mudir MDQ, Ustaz Yasin Salleh menyifatkan kebakaran asrama tersebut suatu ujian yang mempunyai hikmat tertentu.

Katanya, mungkin selepas ini akan datang sumbangan orang ramai bagi membolehkan pihak pengurusan sekolah menyiapkan satu blok asrama lelaki yang masih dalam pembinaan.

“Saya merayu dan memohon para dermawan, tokoh korporat dan orang ramai yang simpati dengan pusat pengajian Islam (MDQ) ini untuk membantu kami menyiapkan sebuah lagi blok asrama untuk pelajar lelaki,” ujarnya.

Menurutnya, sumbangan orang ramai boleh diteruskan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma’ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).

Pada kejadian tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar atas) bersama-sama para pelajarnya dan penduduk kampung berusaha memadamkan kebakaran tersebut dengan air sebelum Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba. -Hrkh

[VIDEO] Ribut Melanda "My Beautiful Malaysia" Di Teluk Chempedak Ketika PM Mula Berucap



Kuantan – Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam.

Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia.

Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.

Pengarah JPNINP, Fairojibanu Zainal Abidin mengesahkan kejadian itu tetapi belum pasti kecederaan yang dialami kakitangannya.

“Kita sudah maklum kejadian ini dan Norhashimah sudah dibawa ke HTAA untuk rawatan lanjut,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kecederaan yang dialami kakitangannya sehingga doktor mengesahkannya.

Pengunjung panik

Pengunjung pantai Teluk Chempedak, dekat sini, panik dan lari bertempiaran menuju ke bawah bangunan berdekatan selepas ribut dan hujan lebat tiba-tiba melanda kawasan berkenaan, semalam.

Akibat kejadian itu juga, dua pokok tumbang. Kejadian berlaku kira-kira jam 10.10 pagi ketika semua peserta siap mengadakan gotong-royong dan berkumpul di bawah khemah di dataran Teluk Chempedak untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin gergasi di situ.

Seorang petugas, Hazlina Ismail, 43, berkata, dia bersama rakan lain terpaksa melarikan diri apabila tiba-tiba khemah mereka terangkat dan terbalik bersama dua pokok berdekatan khemah terbabit.

“Saya dah nampak keadaan laut putih manakala angin sangat kencang dan kami yang berada di bawah khemah terasa seperti terbang,” katanya yang bertugas di bahagian jamuan.

Menurutnya, dia dan beberapa rakan lain cuba bertahan dan duduk di situ sehinggalah khemah terbalik akibat angin terlalu kencang.

Berlari selamatkan diri Rakannya, Sy Zaharah Sy Abd Rahman mengakui kejadian itu pertama kali dialaminya dan tidak menyangka ribut kuat memusnahkan khemah yang menjadi tempat mereka menyajikan makanan kepada tetamu.

Katanya, sebaik sahaja khemah ‘terbang’ dia berlari menyelamatkan diri ke bawah bangunan gerai makan berdekatan.

“Saya tidak mendengar apa-apa pun kecuali angin kencang,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian rakannya cedera dalam kejadian itu.

Ketika kejadian juga, polis dan anggota keselamatan turut membantu mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, semua pemimpin yang bersama meraikan My Beautiful Malaysia dan pengarah agensi kerajaan terus berada bersama ketika kejadian ribut dan meneruskan acara jamuan selepas itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dilihat menyajikan makanan kepada pengunjung dan peserta My Beautiful Malaysia. -SH

[Apa yang berlaku ini bukanlah kali yang pertama sebenarnya. Cuma kali berbeza apabila kelibat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak hanya berucap secara langsung dari Kuala Lumpur.

Sebelum ini di Padang MPK2 juga berlaku ribut yang cukup dasyat hingga merosakkan banyak booth pameran dan jualan ketika majlis pelancaran hari Koperasi.

Selepas itu satu lagi kejadian ribut disaksikan pula di Taman Gelora dalam acara yang turut melibatkan Najib.

Kini, kali ketiga ia berlaku di bandar Kuantan.

Apakah ia bermakna negeri Pahang bakal tenggelam dek gelombang kebangkitan suara rakyat pada Pilihanraya Umum akan datang agaknya? Malah, Kuantan juga ditenggelami air yang paling teruk dalam sejarah ketika banjir melanda baru-baru.

Mungkinkah "Tsunami Politik" yang sebelum ini tidak melanda Pahang akan menjadi kenyataan kali ini.

Kini, cuma rakyat yang berhak membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama UMNO BN atau membuat perubahan untuk menyelamatkan negeri ini.

Buat pilihan yang tepat dan mungkin ribut yang melanda ada hikmah dan satu petanda jelas angin perubahan akan melanda.

Kini segalanya terletak ditangan rakyat Pahang]
. -PDO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .