Ikuti Blog ini

SULTAN SULU Sahkan Agbimuddin Kiram Adalah Bekas Penjawat Awam Di Kudat


Perit jerih Umno BN untuk kaitkan pencerobohan di Lahad Datu dengan pemimpin Pakatan Rakyat akhirnya gagal. Makin hari makin tembelang Umno BN semakin terbongkar.. Semakin Lahad datu bergolak makin Umno BN menghampiri ajalnya.


Sultan Sulu Sahkan Agbimuddin Pernah Bekerja Di Kudat, Nafi Ada Kewarganegaraan Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Mac — Agbimuddin Kiram adalah bekas penjawat awam di pejabat daerah di Sabah, kata jurucakap Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, tetapi menafikan  menerima kewarganegaraan Malaysia selepas dakwaan dari PKR.

Abraham Idjirani, setiausaha agung ‘kesultanan’ tersebut, memberitahu media Filipina di Manila bahawa Agbimuddin pernah bekerja selaku pembantu pegawai daerah di Kudat, menyokong kenyataan PKR pagi ini, berdasarkan pencarian dari slip gaji kerajaan Sabah dari arkib negeri.

Idjirani bagaimanapun mengatakan Agbimuddin — adik kepada Jamalul Kiram III — sebagai warga Filipina dan tidak pernah menjadi warga Malaysia seperti didakwa PKR.

“Semasa itu mereka berkata ‘bigyan nyo kami ng IC, sabi ng Sabah authorities kahit hindi kayo bigyan, kayo ang may-ari ng Sabah’ [berikan kami kad pengenalan, tetapi pihak berkuasa Sabah berkata jika tidak beri kad pengenalan pun, kamu memiliki Sabah juga],” kata Idjirani dalam portal berita InterAksyon tengah hari tadi.

Beliau berkata keluarga Kiram, yang mahu menuntut semula hak mereka sejak abad ke-17 terhadap negeri utara Borneo yang kini menjadi milik Malaysia, tinggal di Sabah sejak pembunuhan beramai-ramai Jabidah 1968.

Peristiwa Jabidah dilaporkan ialah pembunuhan 27 orang Islam Moro yang pada mulanya dilatih untuk misi rahsia menawan Sabah, dan dibunuh oleh tentera Filipina semasa pentadbiran Ferdinand Marcos, menurut laporan akhbar The Philippine Daily Inquirer hari ini.

Idjirani turut berkata beliau bercakap dengan Agbimuddin pagi ini di mana beliau terselamat dari terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan Malaysia hari ini.

"Raja Muda" yang mengetuai 200 orang puak bersenjata ke Lahad Datu sejak 9 Februari, yang kini menjadi pertempuran ganas dalam usaha mereka menuntut wilayah mereka.

Idjirani berkata beliau hanya berdoa dan tidak bersenjata apabila serangan pada 10:30 pagi tetapi dua orang militan terbunuh dalam serangan pasukan keselamatan Malaysia itu.

Jacel Kiram, yang merupakan anak perempuan Jamalul, turut dalam sidang media bersama Idjirani, yang melaporkan dua orang tersebut melindungi Agbimuddin dalam pertempuran tersebut.

"Noong nagkaroon ng encounter, close daw, masyadong malapit, nakita ng tao n'ya [Apabila serangan tersebut berlaku, ia sangat dekat] untuk membunuh Raja Muda tetapi orangnya melindunginya dalam serangan tersebut," kata Jacel dalam kenyataannya.

Idjirani berkata cuma 166 dari 235 pengikutnya yang ke Sabah bersama Agbimuddin yang tinggal dan mengulangi permintaan sultan kepada Presiden Filipina Benigno Aquino III mengambil pendirian tegas ke atas konflik Sabah dan "menangguhkan sementara kempen pilihan rayanya"-TMI

Pengkhianat terlicik negara Malaysia

Assalamualaikum wm muslimin/muslimat yang dihormati sekelian
Dunia tahu dan mengagumi betapa konon hebatnya sang penipu dan pembohong kaki kelentong anak Kutty dari Kerala, iaitu mantan Menteri Perdana Malaysia selama lebih dua dekad.

Kehebatan dan kelicikkannya memperdaya umum terutama segelintir umat Melayu dengan 'kepetahan' dan 'temberang'nya secara profesional amat mempersona bagi yang tidak mahu selidik dan fikir. 

Amat merugikan kaum Melayu yang malas menganalisis biji butir mamak ini sebaliknyai percaya bulat-bulat apa saja yang keluar daripada mulut licik, jahat dan busuk mamak pemfitnah tersohor abad ini!

Mereka lupa akan segala penyelewengan, kelentongan dan penyalahgunaan kuasa oleh pengkhianat ini yang lebih lama dari semua mantan menteri perdana yang lain. Selama itu dia menjadi 'diktator' terakus dan zalim di negara Malaysia tercinta ini, tanpa disedari rakyat terutama orang-orang Melayu!

Mamak pengkhianat ini disanjung, dipuja dan diarak jemput serata pelusuk kampung dan kota untuk diperdengarkan 'pembohongan' profesionalnya tanpa menyedari mereka dilembukan. Tidak cukup diperbodohkan,dicerca secara halus akan bangsa Melayu dengan slogan basi yang popular 'Melayu mudah lupa'! Lupa betul kerana selama pemerintahan diktator tua ini dia telah mengkayakan sanak saudara,kroni dan diri sendiri hingga termasuk senarai orang-orang terkaya di Malaysia malah dunia.

Melayu memang mudah lupa kerana mamak inilah menyebabkan berbilion wang negara tiris dan punah daripada skandal Perwaja, PKFZ, Petronas, pengkhianatan royalti minyak Kelantan juga Terengganu dan banyak lagi penyelewengan di'lupai' Melayu tapi bukan semua Melayu mudah lupa. Masih ada yang ingat sampai mati !

Mamak spesis dari Kerala ini mudah menyeleweng bila kuasa sudah di tangan tambahan lagi sekian lama, diputar dan di'badut'kan segala badan dan agensi kerajaan dari badan kehakiman, badan keselamatan dalam negeri hinggalah pada raja-raja Melayu. Dikhianatinya, sesuka hati dicaturnya sampai ada satu masa hakim yang telus dan berwibawa pun dikuaknya, digantikan dengan para syaitan dan pengampu pak angguk bila kehendaknya dibantah. Jangan lupa juga sekutu seketurunan rapatnya barua yang popular dengan 'correct correct correct' itu!

Di sebalik segala kebejatannya dan kezaliman termasuk akta ISA, konspirasi liwat bersiri, juga lain-lain penyalahgunaan kuasa mamak pengkhianat ini tetap disanjung gila oleh para pecacai dunggu bak lembu kondo yang mudah dipawahkan. Bayangkanlah satu contoh mudah lagi, hakim-hakim pun boleh diatur!
Tidak cukup kelentongan akal mamak ini, sang pecacai-pecacai dan pengampu membina yayasan minda kelentong mamak ini pula, teramat geliga konon otaknya bagi para pembodek padahal kelentongan saja kuat. Mungkin pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik felda boleh terima sang pembohong dari Kerala ini tapi tidak semudah itu oleh para pemikir yang celik akan kelicikkan anak Kutty ini !

Dari pengakuan dan soal-selidik rambang sekitar bandar Alur Setar juga beberapa kampung di Kedah yang amat mengenali suku-sakat keturunan mamak dari Kerala ini boleh disimpulkan bahawa mamak Madey Kutty ini secara diam dan halus amat-amat membenci orang Melayu. Di hati khianat busuknya memang dia amat tidak boleh pandang bangsa Melayu bak kata orang walau sebelah mata!

Tapi mamak jahat ini amat bijak mengunakan kepercayaan bangsa Melayu, diperdaya dan diperalatkan Melayu secara halus dan sewenang-wenangnya dari berkahwin sampai mempermainkan segala bidang kemelayuan untuk kepentingan diri.

Sampai ada yang mengatakan bahawa dia amat benci, meluat kepada bangsa Melayu dari pandangan mereka yang mengenalinya dari dekat akan hatibudinya!

Lihat saja 'jasa-jasa' lepasnya yang negatif dan khianat dari melingkopkan institusi raja-raja, institusi kehakiman dan terkini pendedahan projek IC di Sabah dan Sarawak. Walaupun pada mulanya mahu alih kesalahan pada Allahyarham Tunku Abdul Rahman, konon. Tapi terbongkar bahawa tindakan Tunku berbeza daripada projek IC yang merugikan negara.

Kini projeknya memakan diri, malah mengorbankan anggota keselamatan negara pula! Hanya alasan dunggu diberi mamak ini, walhal projek IC itu semata-mata untuk selamatkan parti karat biru daripada berkubur di Sabah!

Kini makin terburai kesan pengkhianatan mamak dajjal perosak ini di Sabah ,angkara sang Madey anak lelaki Kutty.

Di era kini, info di hujung jari tapi hairan masih ramai boleh diperlembukan mamak khianat ini. Butakah mereka akan segala kebejatan yang dilakukan? Allahyarham Tn Hj Ustz Fazil Nor tidak silap meramalkan mamak ini akan panjang umur untuk melihat hasil pengkhianatannya terhadap negara dan rakyat, juga khazanah negara yang diseleweng dan disalahgunakan.

Terkini dengan megah dan angkuh pula mamak ini menyarankan supaya buku biografi suami Hj Najib si Rosamh diedar sebanyak mungkin ke serata pelusuk tanah air! Apakah jasa-jasa dan kebaikan sang boros dan rakus itu hingga dia perlu dijadikan idola kepada pelajar-pelajar di sekolah?

Hanya yang berakal dan mahu berfikir sahaja yang tahu kesannya. Menjelang PRU-13 ini moga rakyat bangkit dan ubah kebejatan selama lebih lima puluh tahun ke arah negara yang lebih telus dan cemerlang di bumi Allah ini ins sya Allah.
Allahu Akhbar Allahu Akhbar Allahu Akhbar
jingoza

Habislah PAS Kali Ini..Maklumlah ..Gambar TGNA pun dia X..


# Jimmy ketua kampung berkata rasa tidak puas hati cerita hati saya! #



Menteri Besar Kelantan Nik Aziz telah berkata perkataan untuk memahami Cina di Kelantan Parti Islam, pemerintah telah "diseksa", objek terbaik siasatan adalah orang Cina Kelantan. Out-of-negeri kawan-kawan, dan tidak syak lagi bahawa Parti Islam begitu dahsyat, kengerian! Ambil melihat gambar ini, Dan Menteri Besar pulang dari Mekah, ramai orang Cina pergi ke lapangan terbang untuk bertemu dengannya. 23 tahun memerintah negeri Kelantan Cina keamanan fasa etnik lain ... at, rasa seperti keharmonian persaudaraan, semua orang luar tidak boleh bayangkan.

Tidak faham mengapa MCA telah di "propaganda" laman web berita dan memutarbelitkan kerajaan Kelantan juga telah bermain Dan kerajaan negeri dasar filem memutarbelitkan kebenaran! Field MCA mengelirukan orang lain saya tidak menyalahkan, tetapi yang rakyat Kelantan pemimpin MCA sendiri tidak berani menghadapi realiti, telah membuka matanya untuk berbohong.

Apakah kerajaan Kelantan tidak akan melibatkan diri dalam ekonomi, supaya ramai orang muda untuk meninggalkan rumah mereka. Adakah ia hanya rakyat Kelantan mengisi anda? Malaysia Timur dan lain-lain out-of-negeri orang untuk meninggalkan rumah mereka dan keluar bekerja? Jika anda tidak adalah kerajaan Funny pusat, kerana saya percaya di lebih daripada dua belas tahun yang lalu, Dan Negeri mempunyai salah satu daripada negeri-negeri kepunyaan maju!

Saudara, pemimpin MCA Kelantan, adakah anda benar-benar berfikir anda maaf? Bandar Raya Columbia calon MCA Kelantan juga dikenali untuk pembangunan satu, apabila anda mahu untuk membina sebuah apartmen di Columbia City, lokasi utama, Kerajaan Kelantan mempunyai setiap cara yang mungkin untuk menghentikan anda tidak boleh dibina? Mengapa kamu katakan dalam ucapan yang menjadi rakyat Kelantan fikir Dan kerajaan negeri berurusan dengan rakyat tidak cukup baik? Saya ingin bertanya bagaimana untuk dianggap baik? Untuk mendapatkan banyak kejuruteraan dianggap baik?

Negara akan musnah, dan anda mengarahkan orang lain untuk menyusahkan ucapan pembangkang tempatan, mengabaikan suara rakyat, dan berkeras pada emas sianida dan jarang bumi Linus dibawa. Begitu sukar bahawa kita perlu percaya anda? Kami juga ingin sekali lagi memberikan anda peluang? Memberitahu anda, tidak menjadi fantasi bodoh! Kita tidak mahu untuk mempercayai anda!

Saya berharap seluruh negara akan mempunyai pembetulan baru, dasar-dasar baru, harapan baru! Dear kawan-kawan, sila membuat baik menggunakan tangan, satu undi, bukan untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi juga demi anak-anak dan cucu di masa hadapan. Jangan biarkan mereka dilahirkan kita mesti menanggung hutang, jangan biarkan mereka dilahirkan untuk pergi dengan topeng oksigen!

Ini adalah suara saya, "rumah" saya I LOVE kelate Ambo LOVE TOK GURU! Sila berkongsi cerita ini keluar, supaya lebih ramai orang tahu Kelantan.

oleh Lim Jimmy.Traslate dari bahasa Cina ke bahasa Malaysia .Terbaik dari Mr Jimmy..lebih baik dari Orang UMNO

Tak manis terima rasuah mahal-mahal...


Rosmah: Tak manis tolak hadiah mahal

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjelaskan bahawa beliau kelihatan mewah kerana memakai perhiasan yang dihadiahkan oleh para tetamunya, demi menjaga hati individu berkenaan.
Katanya, tidak manis sekiranya pemberian mahal ditolak, dan ia menjadi pembaziran sekiranya barang kemas tersebut, termasuk cincin, jam dan perhiasan diri itu disimpan dalam peti besi.
"Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan berasa kecil hati," katanya.

Rosmah dalam buku biografinya terbitan Yayasan Amanah Perdana itu juga mendakwa tidak mahu bermegah-megah dengan pemberian tersebut.

"Takkanlah saya mahu menghebohkan kepada semua orang bahawa orang itu beri saya jam, orang itu beri saya beg tangan dan sebagainya. Itu sudah riak namanya, seperti mahu menunjuk-nunjuk," katanya.

Jelasnya, sebagai isteri perdana menteri mahu kelihatan kemas dan terhias apabila mengenakan perhiasan berkenaan, yang turut melibatkan barangan yang dibelinya sendiri.

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana apabila saya selekeh akhirnya saya dikritik," tambahnya yang bimbang akan diejek apabila masyarakat melihat penampilannya seperti itu.

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkata cincin kontroversi berharga RM24 juta yang dibawa masuk ke negara ini pada April 2011 untuk dilihat bakal bisannya Maira Nazarbayev, dikembalikan kepada syarikat penjual barang kemas itu setahun kemudian.

Katanya, cincin itu sampai ke Malaysia pada 16 April 2011 dengan satu penerbangan dari New York, dan dikembalikan semula ke ibu pejabat syarikat tersebut pada 13 Mei 2012.

"Kisah saya membeli cincin berlian berharga RM24 juta itu adalah tidak benar sama sekali. Ia adalah fitnah.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya," katanya dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku biografinya yang dilancarkan hari ini.

Buku biografi Rosmah berharga RM150 terbitan Yayasan Amanah Perdana itu ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. -M'kini

Tuan Ibrahim ketuai konvoi anak muda bermotosikal

(Tuan Ibrahim mengetuai konvoi bermotosikal bersama anak muda di Jengka)

JENGKA: Tanggal 17 Mac yang lalu, Karnival Anak Muda Bersama Artis anjuran Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Kuala Krau dengan kerjasama Alternatif Riding Club (ARC) Pahang, telah berlangsung dengan jayanya.

Konvoi disertai oleh kira-kira 250 buah motosikal dan 30 buah kereta turut disertai oleh Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Shahril Azman Al Haffiz, Ketua Pemuda PAS Pahang dan Tuan Haji Nazri Bin Hussin, Timbalan  Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau serta kepimpinannya.

Karnival bermula dengan Konvoi Anak Muda untuk Perubahan dari Pekan Kerdau melalui Pekan Jenderak.
Kemudian, konvoi berhenti  solat Zohor di Masjid Lama Bandar Jengka sebelum memulakan aktiviti sukan bermotor di Dataran Nadi Kota, Bandar Jengka.

Sambutan dan penyertaan daripada masyarakat setempat serta penduduk di sekitar Kawasan Kuala Krau untuk karnival dan konvoi ini adalah di luar jangkaan.

Di sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan Sembang Santai Anak Muda bersama Artis yang menampilkan Farah Asyikin Zulkifli (One in the Million) dan Nurul Suhadah Shuib (Ameerah Malaysia).

Kehadiran orang ramai yang terdiri daripada beliawanis dan kaum wanita adalah melebihi 300 orang. Keadaan hujan panas sedikitpun tidak mengganggu perjalanan program tersebut.

Kemudiannya, Munajat Anak Muda diadakan di Masjid Lama Jengka sebelum Pogram Bicara Selebriti berlansung pada malam harinya.

Program yang membawa penampilan Iwan yang bergandingan Farah Asyikin di samping Tuan Ibrahim bersama panelis lain telah menyebabkan orang ramai membanjiri Dataran Nadi Kota Jengka.

Iwan bersama Farah turut mempersembahkan beberapa buah lagu secara live kepada para hadirin.

Dalam ucapannya Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat bahawa perubahan bermula dari diri sendiri.

"Jangan harap perkara akan berubah sekiranya sendiri tidak berubah dulu. Nak berubah ke arah yang lebih baik, sendiri harus berubahlah dulu," katanya.

Kehadiran anak muda menggalakkan ini menandakan satu arus perubahan bakal berlalu di pilihanraya umum ke 13 akan datang.


Sumber berita: Helmy Harun

Datuk Ghafir Mahu Saman Utusan Kerana Putarbelit Kenyataan "Reban Ayam"



Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mahu memfail saman ke atas Utusan Malaysia berikutan kenyataannya diputar belit akhbar kawalan Umno itu.

Ghafir menegaskan, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkan mereka tiada misi jelas sehingga perlu ‘duduk di bawah rumah orang dan reban ayam’.

Beliau sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur diputar belit akhbar itu.

“Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

“Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin kenyataan saya. Saya akan saman mereka,”
kata Ghafir dipetik Malaysiakini.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah.

Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan ‘hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam’ dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal.

Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. -KD



Kenyataan 'reban ayam': Saya tak hina, kata Ghafir


Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah orang dan reban ayam".

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.

"Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

"Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin (putar -belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir ketika ditemui Malaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas sehinggakan "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau juga dilapor menyifatkan seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal danmembuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.

'Tengok dia punya jamban'

Sementara itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain.

"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah," katanya.

Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat respon daripada Kementerian Pertahanan.

"Satu lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena hantar ke London, Perancis atau sebagainya.

"Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.

"Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik.

Masuk dalam, tengok dia punya jamban! "Ada bekas tentera sini tak? Ramai?" soalnya sambil disambut laungan "ya" oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.

Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

"Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.

Turut berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.
-mk

Pengerusi, AJK Persatuan Kerabat Perak sertai PAS





BERUAS: Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, Raja Rozmal Raja Yaacob mengisytiharkan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar.

Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Di akhir ucapannya, Raja Rozmal membacakan ikrar dengan mengatakan akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

“Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (Gambar atas.)

Sementara itu, Mohammad Sabu berkata, kemasukan Raja Rozmal itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat di semua peringkat dan golongan inginkan perubahan.

Kata beliau, Umno tidak senang dengan suasana sekarang kerana ia telah menggugat impian mereka untuk terus berkuasa di negara ini.

Tegasnya, momentum perubahan tersebut telah memuncak dan tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat untuk terus membuat perubahan. -Hrkh

Gambar : Sultan Kelantan Hadiri Majlis Tahlil Wira Negara Yang Terkorban Di Lahad Datu

















Sultan Kelantan DYMM Sultan Muhammad V berangkat menghadiri Majlis Tahlil Arwah, Wira Negara Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail Di Kg Bayu Lalang,Dun Meranti ~ Lagi Gambar Dan Sumber FB

PAS Bidas Muhyiddin: Pembangkang Mahu Cetus Huru-hara, Bohong Kata Mat Sabu


Dakwaan bahawa pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan porak peranda hanya omongan bohong. kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, Mohamad atau Mat Sabu, sebaliknya berkata, pihak yang satu lagi mencetuskan kacau bilau ke atas ceramah-ceramah diadakan Pakatan Rakyat selama ini.

(Pihak yang satu lagi dipercayai merujuk kepada Barisan Nasional atau Umno).

Menurut Mat Sabu dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu tidak memberi sebarang nilai.

“Kita (pihak Pakatan) patuh kepada undang-undang. Mereka mengacau ceramah, buat sekatan, baling batu dan telur selama ini.

‘Depa (mereka) pembohong (merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin). Dia (pihak satu lagi) yang datang buat kacau segala ceramah kita. Apa yang beliau cakap tiada nilai dan membohong tentang dokumen yang kata kami akan mengagalkan pilihan raya umum nanti,” katanya ketika dihubungi FMT.

Muhyiddin dakwa ada maklumat

Semalam Muhyiddin mendakwa mempunyai maklumat dan beberapa dokumen yang boleh dipercayai bahawa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum dengan mewujudkan keadaaan porak peranda.

Muhyiddin mendakwa pembangkang gementar dengan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional yang sudah mula meningkat.

“Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat,” dakwa Muhyiddin.

Mat Sabu menggesa Muhyiddin agar mendedahkan dokumen yang dipercayai pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum.

Sambil mengulangi dakwaan Muhyiddin itu sebagai bohong, Mat Sabu percaya ia hanya kenyataan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada BN semata-mata. -FMT



Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta

Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan satu dakwaan yang tidak berasas.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara.

"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat) bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Selain menyifatkan dakwaan Muhyidin itu sebagai sangat prejudis, ia juga menampakkan seolah-olah 'ada pihak' yang mahukan huru-hara berlaku.

Dakwaan itu juga, kata Dr. Hatta seolah-olah cubaan untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan krisis yng melanda negara di Lahad Datu.

"Jika Naib Presiden PKR, Tian Chua boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, apa bezanya dengan Muhyiddin?" soal beliau.

Justeru, beliau berharap Muhyiddin tidak mengeluarkan kenyataan yang memberikan gambaran bahawa ada pihak yang ingin keadaan huru-hara berlaku.

Timbalan Presiden Umno itu mendakwa bahawa dari maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
-HD

Presiden PAS ziarah Madrasatul Quran milik Jamaah Tabligh

(Presiden PAS disambut oleh para pelajar Madrasatul Quran, Kubang Bujuk - gambar Facebook Yahaya Ali)

MARANG: Selepas membuat kunjungan hormat ke pusat kegiatan Jamaah Tabligh di Sri Petaling Kuala Lumpur, Presiden PAS berkunjung pula ke pusat pendidikan yang dimiliki jamaah itu dekat sini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kunjungan hormat ke Madrasatul Quran, Kubang Bujuk yang dimiliki Jamaah Tabligh semalam.


(Berdoa untuk guru-guru yang telah meninggal. - gambar Facebook Yahaya Ali)

Ketibaan beliau bersama Yang Dipertua PAS Marang Haji Yahaya Ali disambut oleh mudir madrasah itu, Haji Ramli.

Rombongan juga disambut oleh para pelajar sekolah itu yang menumpukan pengajian mereka untuk menghafaz Al Quran.

Sepanjang kunjungan hormat ini, Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang itu bertukar-tukar fikiran dengan Haji Ramli dan guru-guru lain di madrasah itu.

Tuan Guru sempat berdoa di kubur para pengajar dan pimpinan jamaah Tabligh yang ada di situ.
(Ketibaan Presiden PAS disambut oleh pimpinan Madrasatul Quran, Kubang Bujuk. - gambar Facebook Yahaya Ali)

Gempar!! Wakil Sultan Sulu Dakwa Konspirasi Sebenar Adalah Antara Najib Dan Aquino



Jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.Media Filipina siasat dakwaan konspirasi.
Pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis berkenaan secara aman.
Portal berita PhilStar juga memetik kenyataan Valte bahawa usaha berkenaan selari dengan tuntutan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki Moon agar untuk menghentikanpertentangan dengan segera.
Laporan hari ini juga menyebut, pegawai istana presiden sebelum ini mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.
Ia menyebut, pihak berkuasa Filipina juga menyiasat kemungkinan bahawa ekspedisi bersenjata itu cuba memalukan kerajaan Malaysia dan Filipina dan menggunakannya dalam tuntutan kesultanan itu di Sabah.
Biro siasatan kebangsaan negara itu dilaporkan melancarakan siasatannya dua hari lalu dengan memanggil penasihat kesultanan itu Pastor ‘Boy' Saycon untuk siasatan, sementara Aquino dijangka akan memaklumkan kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berhubung pemimpin konspirasi berkenaan, seperti yang didakwa.
Bagaimanapun, jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram menafikannya dan mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib dan Aquino.Beliau sepertimana dilaporkan mendakwa, perkara ini adalah untuk membantu rundingan di antara kerajaan Filipina dan militan Moro Independent Liberation Front dan pada masa yang sama mengalihkan perhatian orang ramai daripada keganasan yang berlaku di Sabah.
"Teori konspirasi ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Filipina dan kepada kesultanan Sulu, lebih-lebih lagi kepada Raja Muda (Azzimudie Kiram, yang mengetuai hampir 200 orang pencerobh di Sabah) dan rakyatnya," kata Jacel kepada media Filipina semalam.

Malaysian Prime Minister Najib Razak, accompanied by Defense Minister Zahid Hamidi, shares a light moment with soldiers at Tanduo village last Thursday. APMANILA, Philippines - An investigation into the conspiracy angle in the Sulu sultanate’s sending of armed men to Sabah is justified and consistent with efforts to end the violence in the territory immediately, Malacañang said yesterday.The Palace made this clear a day after the National Bureau of Investigation (NBI) summoned the sultanate’s adviser Pastor “Boy” Saycon for questioning on Tuesday on suspicion that he was part of a conspiracy to create unrest in Sabah by making hundreds of mostly armed followers of Sultan Jamalul Kiram III sail to the territory and claim it as their own.Saycon is secretary general of the Council for Philippine Affairs or COPA.

~oh rakyat

Mahkamah Kecoh, Polis Cuba Tahan Tian Chua Sebelum Didakwa



Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila polis tiba-tiba menyerbu untuk menahan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua walaupun belum dicaj apa-apa tuduhan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian baru selesai bersarapan bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Ahli Parlimen Batu itu diserbu beberapa polis untuk menahannya di lokap mahkamah.

Polis berkenaan dari pasukan siasatan Johor Baharu yang menyiasat keterangan berhubung kes kenyataan Tian yang diputar belit media kawalan Umno, baru-baru ini.

“Kami membantah tindakan polis itu, untuk apa polis mahu tahan Tian? Ini adalah cubaan untuk memalukannya,” tempelak peguam, Latheefa Koya.

Ekoran bantahan itu, polis membatalkan tangkapan ke atas Tian, namun beliau dikehendaki menyerahkan kad pengenalan sebelum masuk mahkamah.

Tian dijadualkan menghadapi dakwaan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948 pada jam 9 pagi ini.

Bagaimanapun, sehingga kini mahkamah belum memaklumkan kepada peguam sebarang maklumat berkaitan prosiding.

“Tanya pada polis, ada tak mana-mana pemimpin Umno yang ada kes jenayah lebih besar ditahan atau digari apabila mereka ke mahkamah? Tindakan itu membuktikan dakwaan ke atas Tian bersifat politik,” kata Latheefa mengulas.

Para penyokong yang hadir turut tidak puas hati terhadap tindakan polis itu.


Tian Chua cuba ditahan di kafetaria Mahkamah


Tindakan dua anggota polis yang ingin menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua di kafetaria Mahkamah Jalan Duta hari ini ditentang peguam sehingga menimbulkan sedikit kekecohan.

Tian bersama peguam Latheefa Koya dan beberapa penyokong bersarapan di kafetaria sementara menunggu kes Tian bermula.

Tian akan didakwa di bawah Akta Hasutan berkenaan isu Lahad Datu.

Latheefa sewaktu berunding dengan pihak polis berkata, Tian tidak perlu dibawa ke lokap mahkamah kerana beliau sendiri telah hadir dan bersedia untuk didakwa.

"Tujuan untuk menahan seseorang sebelum di dakwa adalah memastikan di hadir ke mahkamah "Dalam kes ini Tian sudah pun hadir ke mahkamah bersedia untuk didakwa.

"Jadi mengapa nak tahan dia di lokap, tidak ada keperluan," katanya kepada pemberita.

Sebentar tadi, Tian dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 6 untuk didakwa.

Sementara itu, puluhan ahli PKR dan penyokong PKR hadir ke mahkamah bagi menyatakan sokongan.
-HD


Tian Chua didakwa di mahkamah untuk sorok kegagalan kerajaan dalam Tragedi Lahad Datu

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan penuh kepada YB Tian Chua yang akan didakwa atas Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi hari ini.

SAMM percaya YB Tian Chua tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya dan manipulasi media yang dibantu oleh fitnah jahat blog pro-Umno menjadi punca kebencian yang ditimbulkan.

SAMM ingin mengingatkan semua bahawa perkara pokok yang menjadi punca tragedi berdarah di timur Sabah adalah kelemahan dan kesilapan kerajaan Umno menjaga kedaulatan negara.

Ia bermula apabila ratusan askar Sulu menembusi 4 agensi maritim negara untuk sampai ke Tg Labian dan seterusnya mara ke Kg Tandou.

Penceroboh ini juga diberi selama tiga minggu masa eksklusif untuk ‘rundingan’ dengan pihak keselamatan sedangkan tindakkan awal pasti mampu mengekang kehilangan banyak nyawa anggota keselamatan.

Akhirnya konflik ini berlanjutan dengan jumlah yang terkorban meningkat saban hari.

Apabila majoriti rakyat Malaysia mempersoal beberapa perkara sehingga timbul pelbagai spekulasi, kerajaan Umno mentafsir mereka ini sebagai biadap dan tidak patriotik.

Namun halangan media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan di Lahad Datu adalah punca sebab spekulasi tumbuh melata, termasuklah pandangan YB Tian Chua.

Segala berita dari timur Sabah dibuat melalui Ketua Polis, Ketua Angkatan Tentera dan Menteri Umno, sedangkan sumber ini tidak cukup telus kerana ia berlandas perang saraf bagi menghadapi musuh.

Tindakan menghalau wartawan Al-Jazeera dari lokasi konflik masih menjadi tanda tanya. Di mana jua berlaku konflik antarabangsa khususnya yang melibatkan tembakan dan letupan bom, sudah tentu ada ‘war correspondent’ atau wartawan perang.

Tetapi ia tidak berlaku di Sabah seolah-olah ada sesuatu yang cuba disorok. Maka timbul persoalan yang paling ditakuti oleh Umno iaitu “Apakah Lahad Datu satu konspirasi terancang?”

Tragedi berdarah Lahad Datu memberi gambaran buruk buat kerajaan Umno, malah mungkin yang terburuk dalam penggal ini.

SAMM percaya hanya dengan mendakwa Tian Chua dan pemimpin PR lain khususnya atas akta hasutan mampu mengolah pemikiran rakyat untuk lupa kesilapan kerajaan Umno.

Menuding kesalahan kepada pemimpin PR dalam isu Lahad Datu ini juga disifatkan sebagai jalan singkat untuk kerajaan Umno melepaskan diri dari terus dipersalahkan.

Malah tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akhirnya diheret sama menjadi satu end-game yang dirasakan terbaik untuk mereka terus berkuasa.

Namun begitu, SAMM yakin ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi Umno untuk mengolah persetujuan rakyat kononnya Anwar Ibrahim ialah dalang kepada pencerobohan Lahad Datu.

Memenjarakan Anwar atau Tian Chua atau sesiapa sahaja pimpinan PR tidak akan beri sebarang kelebihan terhadap kempen Umno untuk pertahan kuasa. Malah kerajaan Umno akan terus dilabel sebagai zalim oleh majoriti rakyat yang disadur kemarahan ekoran peristiwa Lahad Datu.

Hari ini YB Tian Chua didakwa, mungkin beliau akan ditahan. Dengan kuasa akta hasutan, penahanan kali ini membolehkan YB Tian Chua dihalang dari dijamin keluar.

Justeru itu SAMM menyeru kepada semua untuk bangkit memberi sokongan dan hadir bersolidariti buat Tian Chua di mahkamah Jalan Duta pagi ini.

SAMM juga dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah (APS) akan menganjurkan sebuah Pidato Perdana bertajuk ”Punca Sebenar Lahad Datu – Siapa Pengkhianat” di KLSCAH pada 18 Mac ini (Isnin).

Mengisi barisan pemidato adalah termasuk Tn Hj Md Sabu, YB Tian Chua, DS Lajim Ukim, DS Wilfred Bumburing, Datuk Kalakau dan ramai lagi yang mampu menghurai peristiwa Lahad Datu dari skop yang lebih eksklusif.

Saksi hidup peristiwa Lahad Datu juga akan diterbangkan dari Sabah untuk berucap pada malam tersebut sebagai penampilan istimewa.

Semua dijemput hadir untuk mendengar apa yang sebenarnya telah berlaku di Sabah, terutamanya dari kaca mata orang Sabah sendiri. Pengamal media dialukan untuk membantu hebahan ini.

Kesimpulannya, apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan Umno hari ini ialah ibarat tikus membaiki labu, semakin bertindak semakin rosak.

SAMM berani merumuskan bahawa jika Tian Chua dipenjarakan atau Anwar atau Hj Md Sabu atau sesiapa sahaja terus dizalimi, rakyat akan bangkit tanpa mampu disekat, dan Umno Barisan Nasional akan kalah lebih besar dalam pertembungan PRU13 – itu muktamad.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
-KD

[BONGKAR] Najib Ada 3 Nama! Kesahihan Angkat Sumpah Najib Dipersoalkan.



Mengapa sumpah jawatan PM Najib secara rahsia?

Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.

“Najib telah mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.

“Di sini lah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.


“Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?

“Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?

“Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri,” kata Mat Zain dalam surat tersebut.

Najib ada 3 nama

Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya.

“Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

“Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.

“Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul”dari nama allahyarham bapa beliau.

“Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak. Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.

Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat. -FMT

VIDEO MANA PALING BEST ?


A) VIDEO PRO BN

*by Encik Mansuh•1 week ago• Ditonton = 55,247 Like = 798 Unlike = 3,207

B) VIDEO PRO PR

*by ShilleNide•1 week ago• Ditonton = 210,619 Like = 3,020 Unlike = 184

*Data setakat 12 malam tadi.

[GAMBAR TERBAIK] Bendera PAS Depan Rumah Di Sebuah Pulau



Dua buah bendera PAS berkibar megah menghiasa depan rumah di pulau Batu-Sapi.

Menyedari rezeki itu di tangan Tuhan, bukan di tangan UMNO BN, mereka memanifestasikan "tak kebuloq tak dpaat BR1M, tak kelapaq jika tak sokong UMNO BN".
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .