Ikuti Blog ini

[BERGAMBAR] Terbaik !!! Dari Penyokong Pas Kaum India



Terbaik !! dan Tahniah !! Rakan rakan dari DHPP kaum India sedang menaikkan bendera Pas di sekitar Kg Pandan dalam Parlimen Titiwangsa.

Segalanya dilakukan secara terbuka,siang hari pulak tu.Tiada lagi perasaan takut dikalangan mereka dalam menzahirkan pandangan politik.

Yang penting perubahan mesti dilakukan pada PRU 13.Gantikan Umno dengan Pas,BN dengan Pakatan Rakyat.Tahniah sekali lagi ~ Tinta Hijau DKB












 Sumber gambar DISINI

3 siri tangkapan mahasiswa dalam tempoh 2 minggu



KUALA LUMPUR: Dalam tempoh dua minggu, tiga siri tangkapan telah dilakukan pihak polis terhadap mahasiswa.

Menurut Facebook Berita Universiti, siri tangkapan pertama, tiga mahasiswa ditahan di hadapan RTM Angkasapuri ketika berhimpun bagi menuntut jawapan RTM berhubung penganjuran debat antara mahasiswa dan Perdana Menteri pada 22 Mac lalu setelah surat jemputan dihantar lebih dua minggu.

Tangkapan kedua pula, lima penuntut Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan yang terdiri daripada tiga siswa dan dua siswi ditahan pihak polis ketika mengadakan Speaker's Corner dan edaran risalah di sekitar Labuan pada 24 Mac lalu.

Siri tangkapan ketiga pada hari ini, 31 Mac, yang mana lima mahasiswa ditahan di Putrajaya pada kerana menganjurkan Konvoi dan Himpunan Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak). -Hrkh

Berita bergambar: Dato Seri yang dicari polis bersama orang BN













LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - mStar

Fulamak...Peguam Cun Jadi Calun Pakatan



Telah diumumkan  Calon Parlimen Paya Besar,Kuantan Pahang Cik Murni Hidayah (Lawyer) dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat sebentar tadi...Undilah Cik Murni!



 DS Anwar Ibrahim mengumumkan Cik Murni Hidayah calon PKR parlimen Paya Besar, Pahang


NOTA: 
ini peguam tukar tiub
dalam kes macam mana
nak jadi kaya
kah kah kah

NOTA:
untuk pembaca tukar tiub
minah cun ini memiliki sejarah perjuangan  yang panjang
bapa saudara minah ini  arwah cik gu zul
adalah pemimpin parti rakyat
yang menang pilihanraya  pada tahun 1969

budak suruhan british yang bernama tunku abdul rahman
telah menangkap YB PRM ini sehinggga TIDAK pernah
dapat mengambil kerusi ADUNYA

ibu kepada minah ini 
ialah penyokong tegar hishamuddin  rais
ketika di univedrsiti malaya

NOTA
minah cun ini
adalah aktivis
ngo - peguam untuk kebebasan

Najib ciplak Pakatan Rakyat satu persatu


(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling)

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.

Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.

Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.

(Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu)

Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling itu.

Rakaman gambar Najib Razak selepas menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.

Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.

Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.

Adalah dipercayai bukan itu sahaja yang akan ditiru oleh Najib. Harakahdaily dimaklumkan, Najib akan mempastikan segala janji utama Pakatan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya ini.

Ini bertujuan untuk membolehkan dia berkata, buat apa undi Pakatan, segala janji mereka sudah dibuat oleh BN.

Antara perkara yang menjadi sasaran adalah menggantikan PTPTN dengan biasiswa dan penurunan harga kereta.

Ini kerana Najib sedar dua perkara ini menjadi tarikan utama pengundi muda yang bakal menentukan hala tuju pilihan raya kali ini.

21 peratus pengundi dalam pilihan raya kali ini adalah pengundi pertama kali, yang tertinggi pernah dicatatkan oleh sejarah pilihan raya kali ini. -Hrkh

Pusat enggan, Kelantan bina sendiri stadium



PASIR PUTEH: Perletakan batu asas Kompleks Stadium Kelantan yang menelan belanja RM237 juta akhirnya berjaya dilaksanakan semalam.

Stadium yang bakal dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih itu terletak di Bukit Merbau, kira-kira 33 kilometer dari Kota Bharu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk melakukan majlis pecah tanah dan perletakan batu asas. (Gambar atas)

Kompleks sukan itu didirikan di atas tanah seluar 50 ekar milik kerajaan negeri berbanding keluasan keseluruhannya 75 ekar.

Pembinaan stadium ini menjadi hasrat dan cita-cita rakyat untuk terus maju dalam bidang sukan khususnya bola sepak.

Tuan Guru ketika berucap memberitahu, kerajaan Pusat tidak pernah berhenti daripada mengkhianati Kelantan dalam segala hal termasuk soal pembangunan.

Jelasnya, kerana keenganan Pusat untuk membantu Kelantan menyediakan stadium yang lebih canggih membuatkan kerajaan negeri terpaksa berusaha sendiri.

“Hasil mahsul kerajaan negeri sendiri seperti royalti disekat oleh golongan ini semata-mata bertujuan untuk melihat Kelantan tidak mampu membantu rakyat,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis yang penuh bersejarah itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Abdul Fatah Mahmod.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dun, Datuk Mohd Nasaruddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Meja B Md Anizam, Wan Ubaidah Omar.

Hampir 4,000 rakyat Kelantan hadir untuk meraikan majlis yang penuh bersejarah itu.

Terdahulu sebanyak 700 buah motosikal yang ditunggang anak muda mengiringi Tuan Guru masuk ke tempat perasmian.

Hadir sama pada majlis tersebut 20 orang pemain bola sepak lagenda Kelantan dan pemain antara tahun 70-an dan 80-an.

Husam ketika berucap pada majlis itu berkata, stadium tersebut bakal memuatkan 45,000 tempat duduk, ruang kemudahan untuk VIP dan VVIP, lapan ruang untuk solat.

Selain itu katanya, terdapat juga dewan, masjid yang boleh memuatkan 1,000 jemaah, kemudahan media, admin, keselamatan, dataran serbaguna dan berbagai lagi.

“Tempat parkir kereta sebanyak 4,000 buah dan bas 50 buah, tempat parkir untuk media, pasukan keselamtan dan VIP juga turut disediakan,” ujarnya. -Hrkh

StadiumBaruKelantan




StadiumBaruKelantan1

[BERGAMBAR] Ribuan Banjiri Jelajah Merdeka Rakyat Di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak



Kalau dilihat pada sambutan yang diberikan oleh rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Tapak Pasar Malam MPS, Gombak malam tadi 29hb Mac 2013 walaupun para pemimpin PR terutamanya DSAI, TGNA, Nurul Izzah, TGHA, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Mohamad Sabu dll diserang bertubi-tubi bertali arus tanpa henti dan jemu oleh UMNO melalui media milik dan kawalan mereka, sudah pasti UMNO akan bertambah panik, gelabah, cuak, gentar dan takut bila tarikh PRU 13 semakin hampir sama ada dibubar atau terbubar secara automatik.

Fitnahlah..tipulah...edar dan siarlah video seks rekacipta.. ugutlah... gunalah cara samseng..Rakyat tetap akan bangkit sepak terajang UMNO keluar dari Putrajaya.

Nampaknya mood dan hasrat rakyat mau melakukan perubahan adalah real dan bersungguh-sungguh.

Rakyat sudah bertekad akan menobatkan Pakatan Rakyat untuk ambil alih Putrajaya dari rejim UMNO/BN yang terkenal sebagai pemerintah yang korup, zalim, penakut, rakus, boros dan rasis.

INI KALILAH TUKAR...JOM UBAH... SELAMATKAN MALAYSIA... PAS GANTI UMNO... PR GANTI BN....UMNO IS DEAD!!!!! -wargamarhaen



[VIDEO] Zul Kulim Hina Ugama Hindu, PKR Desak Beliau Didakwa Dibawah Kanun Keseksaan



PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.

"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.

Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.

Perbualan dengan penjual berhala

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.

"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.

Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).

"Apa pasal anne (abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.

"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.

"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Hey dey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu. -mk




Zul Nordin hina agama lain bertentangan ajaran Islam – Bippa


Penghinaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin ke atas agama Hindu bertentangan ajaran Islam, kata Pengerusi Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim.

Katanya, memperlekeh ibadat kaum lain seperti dilakukan Zulkifli itu sangat memalukan sekaligus menunjukkan beliau jahil agama.

“Jelas perbuatannya bertentangan al Quran surah al-An’am ayat 108 yang melarang orang Islam mencerca sembahan golongan bukan Islam.

“Ini amat memalukan masyarakat Islam. Zulkifli boleh dikategorikan sebagai jahil agama,” katanya dihubungi.

Dalam ceramahnya menerusi video yang tersebar di internet semalam, Zulkifli memperlekehkan agama Hindu dengan menggambarkan penganutnya menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.

Kata Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu, bencana alam yang melanda kedai jual patung tuhan Hindu juga turut dilanda banjir, sedangkan premis itu menjual peralatan kebanggaan agama Hindu.

Ahmad berkata, tindakan Zulkifli itu akibat tidak mengambil teladan zaman Rasulullah yang berinteraksi semua kaum tanpa membeza-bezakan.

“Singkap kembali sejarah Rasulullah…Baginda melayan orang Islam atau bukan Islam sama, tiada beza.

“Tidak perlu hina agama lain, cukuplah jaga agama sendiri dan patuh pada ajarannya,” kata Ahli Parlimen Kuala Kedah itu.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Hindraf, S Jayathas menyeru Zulkifli supaya lebih sensitif bercakap soal agama terutama bukan Islam.

“Sebagai pemimpin, tak sepatutnya berlaku demikian. Sebagai Ahli Parlimen, pastinya beliau mengetahui tentang sensitiviti agama semua kaum di negara ini. Beliau tak layak jadi Ahli Parlimen,” katanya.

Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Guaman KEADILAN selepas menyertai parti itu pada Oktober lalu menggesa kerajaan serius menangani perkara tersebut.

“Selagi tidak diambil tindakan, dibimbangi Zulkifli akan lebih berani menghina agama lain pula. Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa perlu siasat segera walaupun perkara ini bukan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya
-KD

Masyakat India Sokong Perjuangan PAS



Masyarakat keturunan India yang beragama Hindu sudah memahami perjuangan PAS dan mereka tidak segan silu menyatakan sokongannya terhadap parti itu secara terang-terangan seperti gambar di atas.

Sungguh memalukan apabila Zul Kulim mengeluarkan kenyataan yang telah menghina penganut ugama Hindu. Ia amat mencemarkan agama Islam yang tidak mengizinkan kita untuk mencemuh agama lain. Ia melambangkan sikap sebenar manusia-manusia di dalam NGO pro-UMNO yang bernama PERKASA itu sebagai sebuah kelompok ektsreme dan bersifat assabiyah.

Gambar-gambar ini memaparkan masyarakat kaum India khususnya penganut Hindu menyokong perjuangan PAS yang tidak ekstreme seperti parti Melayu yang satu lagi itu. Orang India di negara ini semakin faham bahawa PAS di bawah kepimpinan ulamak memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk semua.


PAS FOR ALL











Cristiano Ronaldo Belajar Al-Quran dari Mesut Ozil




"Saya sudah mula menghafal Al-Fatihah..mungkin nanti saya akan meminta dia(Özil) untuk ajarkan saya berwudhuk.- Cristiano Ronaldo-
"Ronaldo selalu menunggu saya selesai solat di bilik rehat..saya tahu dia ingin mendengar saya mengaji."-Mesut Özil-

Rahsia Taktik Kotor Umno BN Untuk Menangi PRU13 Terbongkar..


KUALA LUMPUR 29 MAC: Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat.Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa.“Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. 
Mereka tetap akan meneruskan penipuan.“Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi. Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi.“Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai.

"Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu.Beliau berkata demikian pada Forum ‘PRU 13, Ke Mana Malaysia?’ anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center~ (SIRD) danMalaysiakini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi.Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Tim!balan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip.

Mengulqs lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN.“Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah.“Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan,” kata beliau.Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi.“Dalam negara dunia ketiga ini, ‘real’ politik itu tidak wujud.

Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN.“Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil.“Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita,” tegasnya. -KD

Fokus PRU13: Parlimen Arau dalam genggaman PAS


ARAU: Parlimen Arau (P003) antara yang paling awal memutuskan calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.

Pembahagian kerusi PAS ini sedikit sebanyak membuatkan Umno BN di negeri itu tidak senang duduk malah dimaklumkan mereka masih lagi bertelagah sesama sendiri untuk menentukan calon yang akan bertanding ekoran masalah dalaman Umno yang semakin kritikal.

Parlimen Arau mempunyai lima Dun iaitu N11 Pauh, N12 Tambung Tulang, N13 Guar Sanji, N14 Simpang Empat dan N15 Sanglang.

Pada PRU12, calon PAS, Datuk Dr Haron Din yang memperolehi 16,451 undi tewas kepada calon BN dengan majoriti hanya 300 undi.

Jumlah pengundi P003 pada PRU13 adalah 43,061 orang di mana pengundi kaum Melayu seramai 37,044, Cina (3,437), India (686), dan Siam (1,078).

Bagi mengetahui sejauh mana persiapan jentera PAS di Parlimen Arau, ikuti temubual wartawan Harakahdaily bersama Pengarah Pilihan Raya PAS Kawasan, Khairuddin Che Mat (gambar) yang ditemui di Pejabat MTD Simpang Empat,  baru-baru ini.

Sehingga hari ini, bagaimana persiapan jentera pilihan raya di peringkat kawasan Arau? Berapa peratus persiapan yang telah bergerak?

Pertukaran pengarah pilihan r
aya kerap berlaku, dan saya adalah pengarah yang keempat untuk tempoh ini.  Kali ini banyak kita gabungkan tenaga muda dengan tenaga veteran, seingga kini sudah 95 peratus persiapan yang dilakukan. Sekarang ini masuk ke peringkat memperkemaskan portfolio calon di mana akan digerakkan oleh kawasan masing-masing. Misalnya pihak pengurusan calon akan memberi taklimat kepada wakil calon, kemudian wakil calon akan bagi taklimat kepada pencadang dan penyokong . Seterusnya jawatankuasa logistik akan memanggil portfolio logistik di peringkat Dun. Bermakna di peringkat portfolio sudah bergerak bagi kawasan masing-masing. Macam media baru pun kita sudah gerakkan dan mereka berjalan dengan kumpulan merekalah, yang baru kita tubuhkan. Sekarang persiapan yang terkini kita sedang mempersiapkan video di mana video menjelaskan manifesto Pakatan Rakyat Perlis, video rayuan kepada pengundi-pengundi oleh calon-calon mereka antaranya rayuan untuk balik mengundi.  Kita juga akan memulakan ceramah berkelompok oleh calon-calon yang bertanding untuk menerangkan manifesto 7 agenda awal Pakatan Rakyat Negeri Perlis. Untuk di Arau calonnya Datuk Haron Din akan memanfaatkan perubatan Islam Darul Syifa' untuk berkempen pada PRU nanti.



Mengapa PAS Arau lebih teruja menggunakan media baru untuk berkempen adakah ini merupakan medium utama untuk menarik pengundi-pengundi muda?

Ya. Ini adalah antara sebab utamanya. Saya ingat penggunaan media baru ini akan mendapat sambutan khususnya kepada pengundi-pengundi muda. Misalnya kita sudah wujudkan laman Facebook Arau La Ni, baru seminggu kita tubuhkan. Nampaknya mendapat maklum balas yang baik oleh para pengundi muda.  Dan daripada sini kita akan kembangkan lagi misalnya kita cuba hidupkan suasana berkempen misalnya kita ketengahkan calon-calon untuk bercakap sendiri dengan para pengundi mereka. Malah video Arau yang kita muat naik telah disukai lebih 6,000 pengguna Facebook dan Youtube.

Dalam saat-saat genting ini, apakah isu-isu yang sering dimainkan oleh Umno BN dalam menyerang Pakatan Rakyat di Perlis khususnya di Arau?

Di sini isu yang sering dicanangkan oleh Umno BN adalah isu DAP (pemerintah). Apabila mereka masuk kampung akan bawa isu inilah. Umno BN akan mencanangkan apabila DAP menang dalam PRU ini mereka akan bergabung dengan MCA, dan Cina yang akan memerintah negara ini. Baru-baru ini saya ada jumpa Umno Padang Besar,  dan bertanya dengannya apa isu untuk Umno menghentam PAS mereka kata "kalau boleh biar PAS sebut Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri" Umno minta sebab mereka hendak buat isu untuk melagakan PAS dengan Anwar Ibrahim. Malangnya PAS tidak pernah menyebut perkara ini.  Jadi Umno mahu isu ini dijadikan umpan untuk mereka melaga-lagakan PKR dengan PAS.

Selain itu, isu yang lama masih lagi didendangkan Umno BN untuk meraih undi rakyat Perlis khususnya adalah isu fitnah Anwar iaitu liwat, di mana pendedahan bapa Saiful didakwa dibayar oleh Anwar, inilah yang sering dibawa dalam ceramah-ceramah Umno BN. Selian itu isu kalimah Allah dan pemberian BR1M, di mana Umno BN memutarbelitkan apa yang diungkapkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu dengan mengatakan Nik Abdul Aziz menghina penerima BR1M. Di sini kami menerangkan semula kepada pengundi-pengundi apa maksud sebenar yang hendak disampai oleh Mursyidul Am PAS.

Daripada isu-isu yang cuba dimainkan oleh Umno BN ini, sejauh mana ianya boleh mempengaruhi pengundi-pengundi di sini?


Isu BR1M memang terjejas bagi Melayu Perlis. Isu jawapan kepada Nik Abdul Aziz ini sukar untuk mereka fahamkan. Inilah yang dijadikan modal untuk Umno hentam PAS di pentas ceramah mereka, dan keadaan ini cukup mempengaruhi pengundi Melayu. Di sinilah peranan jentera PAS untuk menangkis tohmahan yang dilemparkan oleh Umno BN. Melayu Perlis ini susah untuk terima sebab 'termakan budi' banyak sangat. Kaum Cina...Insya Allah. Kaum Cina kita berani kata 50 peratus menyokong Pakatan
Rakyat.

Bergantung harap kepada undi Cina sahaja tidak mencukupi? Bagaimana PAS dan Pakatan Rakyat mahu memastikan kemenangan berpihak kepada PAS dalam PRU ini?

Pengundi muda insya Allah akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Berdasarkan culaan kita 70 peratus pengundi muda memihak kepada kita manakala 100 peratus pengundi luar yang pastinya balik mengundi turut berpihak kepada PAS. Saya yakin. Sebab itulah kita dalam usaha untuk memastikan pengundi luar balik mengundi dalam PRU nanti. Sebelum ini, calon Parlimen Arau P003 Datuk Haron Din pernah menyebut pada PRU 2004 dia kalah dengan majoriti 3,000 lebih, PRU 2008 dia kalah majoriti 300 lebih, dan PRU13 dia akan menang. Bila dia cakap begitu kita kenalah bekerja kuat bagi memastikan kemenangan ini.

Isu 'pergaduhan' dalaman Umno BN membabitkan bekas menteri besar masih berlarutan, sejauh mana isu ini boleh memberi kredit kepada PAS dan Pakatan Rakyat?

Isu pergaduhan YB Tambung Tulang dengan YB Guar Sanji sehingga ada yang sanggup memberi upah ratusan ringgit untuk melakukan kekerasan, memandangkan YB Guar Sanji dikatakan memihak kepada Menteri Besar Perlis sedangkan kedudukan beliau hari ini hasil pelobian YB Tambun Tulang. Malah perkara itu dimaklumkan oleh YB Tambung Tulang ketika di dalam satu mesyuarat, semua orang tahu isu ini. Jadi inilah permusuhan diantara Umno BN sendiri sehingga menjejaskan proses untuk memilih calon di kalangan mereka bagi PRU nanti. Dan saya lihat PAS dan Pakatan Rakyat perlu mengambil peluang atas masalah dalaman Umno BN ini menjelang PRU ke-13 nanti. Sikap samseng di kalangan Umno BN tidak pernah berubah, misalnya apa yang berlaku belon panas yang dilancarkan PAS dua minggu lalu dikianati, mereka yang tidak bertanggungjawab memotong tali belon tersebut. Kita telah membuat laporan polis. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .