Kuala Terengganu – Sekali imbas pandangan, mungkin tiada apa-apa kerana tidak perasan, namun sekiranya di amati betul-betul, ternyata ia adalah gambar seorang lelaki sedang memeluk dua orang perempuan seksi. Apa pun tujuan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memaparkan iklan kecil itu
berbanding papan tanda raksaksa promosi komersial dan propaganda politik, mungkin tidak sampai kepada matlamatnya.
Malahan, sekiranya usaha itu adalah untuk mencegah ‘amalan seks bebas’, sebaliknya akan menjadi penyumbang kepada aktiviti menyeleweng, oleh kerana gambar tersebut tidak membawa apa-apa ‘kegerunan’ langsung.
Usaha MBKT tersebut adalah umpama ‘melepaskan batuk ditangga’, supaya jangan dikata tidak ada, walaupun hanya diletakkan sekecil itu dan ditempat yang agak tersorok.
Pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam soal membanteras mungkar aktiviti seks diluar perkahwinan, samada yang bebas atau yang tidak bebas.
Peningkatan aktiviti tersebut kebelakangan ini amat mengejutkan dimana yang terakhir seorang remaja telah menjadi pembunuh psiko, sanggup merendam bayi yang baru dilahirkannya akibat hubungan luar nikah.
Justeru adalah wajar sekiranya kempen besar-besaran diadakan bagi membendung kegiatan haram tersebut kerana kebanyakkannya melibatkan orang melayu yang berugama Islam.
Ditambah dengan perkembangan terbaru dimana lebih dari lima video klip aksi panas pelajar sekolah yang didedahkan oleh akhbar media perdana, sedang beredar dipasaran.
Menurut rekod, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003.
Statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah mengikut negeri bagi tahun 1999 hingga 2003 mencatatkan bilangan besar 70,430 orang dengan Selangor seramai 12,836 orang, diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,108), Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu 574 orang.
Walaupun bilangan bagi tempoh tersebut adalah kecil untuk negeri Terengganu, namun ia adalah agak membimbangkan kerana seramai berdasarkan jumlah tersebut seramai 115 orang anak luar nikah yang dilahirkan setiap tahun.
Secara perinciannya dalam tempoh tersebut, seramai sekurang-kurangnya 10 pasangan telah melakukan zina/ rogol/ hubungan luar nikah pada setiap bulan.
Kes rogol pula semakin meningkat. Seramai 84 orang yang terlibat dengan jenayah rogol pada 2005, meningkat 47.6% kepada 124 orang pada 2006.