Ikuti Blog ini

Kuliah agama : Islam ditohmah sebar agama melalui mata perang



Hikmah mengapa al-Ghuzah atau perjuang diberi peruntukan daripada wang Negara atau harta zakat, peruntukan khas itu telah menimbulkan salah anggap di kalangan bukan Islam.

Mereka telah jadikan ini untuk mentohmah, peruntukan khas itu menyemarakkan kekerasan melalui askar

Penyebaran Islam didakwa tidak dengan dakwah, sebaliknya dengan kekerasan melalui mata pedang.

Dengan isyarat para pejuang telah diberi peruntukan khas daripada harta pemberian orang Islam berbentuk zakat, kononnya sebagai galakan untuk berperang.

Pada pendapat mereka bagaimana dunia akan selamat dan aman, jika sesebuah negera dikuasai oleh Islam yang didakwa menggalakkan para pejuang untuk berperang.

Kepada orang di luar Islam dan kepada generasi muda yang asas pengetahuan Islam terlalu cetek, mungkin mudah terpengaruh dengan persoalan bentuk provokasi itu.

Pertanyaan kepada mereka semula, menuduh orang Islam begitu berminat hendak berperang, seolah-olah masyarakat lain tidak terbabit dalam peperangan.

Kemukakan suatu fakta bukti adanya kerajaan selain Islam di muka bumi ini, yang tiada belanjawan untuk tentera dan pertahanan?

Pasti tidak ditemui Negara yang mengabaikan aspek keselamatan. Kalau diamati merekalah penganjur peperangan, dengan membuka medan perang di merata dunia.

Mereka membelanjakan peruntukan wang rakyat dan Negara bertrilion dolar, untuk mencipta dan membuat senjata pemusnah secara besar-besaran.

Mereka kritik Islam mengenai askar bukanlah untuk mencari kebenaran, tetapi kerana hendak memperlekeh Islam. Sedangkan perkara yang sama terdapat pada Negara selain Islam.

Tiap-tiap Negara saling memiliki senjata dan jentera perang sederhana atau besar, malah sanggup mengecilkan peruntukan yang lain demi kekuatan angkatan perang.

Itu dari segi kerajaan itu pasti wujud, hingga sesetengah Negara jatuh muflis, kerana perlumbaan dalam persenjataan di luar kemampuan, menyebabkan hutang Negara meningkat.

Dari segi orang perseorangan, manusia mana di dunia ini yang tidak berbalah dengan individual lain. Sama ada orang berfahaman demokrasi, sosialis dan komunis malah di kalangan yang mengaku Islam sendiri pun berkeadaan demikian.

Tuhan beri sebanyak sedikit sifat permusuhan kepada mereka, dalam pada itu Tuhan kurniakan juga sifat yang baik.

Terserah di kalangan manusia hendak memuja sifat yang hodoh atau sebaliknya. Jika bertembung pemuja perangai buruk sesame buruk pasti mencetuskan perbalahan.

Jika individu berbalah sesame individu dinamakan bergaduh, jika antara Negara berbalah dinamakan perang, sama ada perang dingin atau perang bersenjata.

Andaikan individu baik bertembung individu jahat, tidak mungkin yang baik akan beralah tanpa mempertahankan diri. Beralah tanpa membela diri boleh membawa kepada menghina diri dan berdosa.

Apabila perbalahan dalam bentuk kerajaan mesti membela rakyatnya dari penganiayaan. Apabila mempertahankan diri inilah yang dikatakan berperang, sebagai suatu tanggungjawab terhadap agama Negara dan rakyatnya.

Berdasarkan kajian bahawa berperang itu ialah mempertahankan diri, sesungguhnya pertahan diri itu ada dua keadaan.

Sama ada pertahan diri di medan sendiri, atau pertahan diri dalam bentuk membuat serangan, sebelum musuh datang menyerang.

Terserah kepada strategi yang mana lebih sesuai untuk pertahankan diri atau Negara, apabila ada tanda musuh hendak melakukan khianat sewajarnya ia diserang terlebih dahulu.

Sejarah membuktikan bahawa Nabi SAW berbuat demikian dalam perang Tabuk, ternyata strategi itu Berjaya mengempurkan musuh yang lebih besar jumlahnya, hingga mereka takut menyerang Negara Islam Madinah.

Dari sudut mana pun orang bukan Islam tiada hak untuk kritik pemberian dan peruntukan zakat untuk fi sabilillah, kerana sudah menjadi perangai manusia di dunia ini tidak sunyi daripada perbalahan.

Tuhan jadikan setiap manusia dengan caranya masing-masing, sebagaiman firman Allah SWT yang bermaksud :Katakanlah: Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaannya (tabiat dan pengaruh) masing-masing. Maka Tuhanmu lebih Mengetahui siapa yang lebih benar jalanNya.” (Surah Al-Israa – ayat 84).

Justeru itu punca perselisihan sentiasa wujud di kalangan manusia, cara mengelaknya ialah mengikut peraturan tertentu berdasarkan wahyu Ilahi.

Jika kerajaan mendisplinkan pegawainya melalui surat pekeliling, Allah SWT lebih dahulu mendisplin makhluk-makhluk melalui wahyu pekeliling-Nya, Al-Quran.

Sebelum itu Kitab Injil, Taurat dan Zabur diturunkan kepada para Rasul-Nya, mengikut zamannya masing-masing.

Kuliah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .