Ikuti Blog ini

Tun Mahathir bersuara lagi

" Semasa zaman pemerintahannya atau lebih tepat semasa beliau berkuasa atau semasa beliau ada kuasa, setiap patah cakapnya, setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya, setiap renungannya, setiap sergahnya semuanya menjadi satu arahan.

Semuanya menjadi peraturan. Semua orang-orangnya, semua penasihatnya, semua juak-juaknya, semua Kementerian, Semua Jabatan dan semua Agensi Kerajaan akan akur dan patuh kepadanya.


Kalau dia bercakap pasal Agama, cakapnya akan menjadi fatwa.Bila dia mencerca hukum hudud, kebanyakan Mufti,Penasihat Agama, Profesor-Profesor akan mencari nas dan meneliti sirah kot-kot berjumpa dengan nas untuk menyokongnya. Bila dia mempertikai kebolehan Imam Bukhari menghafal ratusan ribu hadith Nabi Muhammad SAW, kebanyakan Mufti,Penasihat Agama serta Profesor-Profesor membisukan diri, mengambil jalan 'selamat' takut membantahnya.

Bila hakim membuat keputusan berlawanan dengan kehendaknya berkaitan dengan pembangunan empangan Bakun, beliau melenting dan membantah.

Bila dia menghina Raja-Raja Melayu di dalam krisis perlembagaan, beliau membuat 'road-show' pemimpin bersama rakyat yang dinamakan Semarak di beberapa negeri, dan saban malam TV menayangkan filem melayu yang menayangkan kezaliman Raja-Raja, tiada siapa berani menegurnya. Polis diam seribu bahasa. Rakyat terutama UMNO berdiri teguh dibelakangnya.

Begitulah hebatnya Tun Mahathir. Sekarang apabila beliau telah bersara dan sudah keluar dari UMNO, dia masih ber'kata-kata' lagi. Dia masih mengkritik UMNO lagi. Dia masih memberi peringatan kepada DS Najib agar memilih kabinet yang bersih dari rasuah.

Beliau berkata perampasan kuasa UMNO dari kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak adalah tidak sah.

Siapa yang ambil peduli kata-katanya? Kenapa jadi begitu?

Oh rupa-rupanya, di dalam UMNO, apabila sesaorang tiada kuasa, tiada kedudukan, maka ia akan hilang rakan dan taulan, UMNO tidak akan silu dan segan.

Tetapi jangan lupa ia masih ada Tuhan. Kembalilah kepada ajaran Islam daripada bermegah di atas kebangsaan, agar hidup di 'SANA' nanti aman. Amin.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .