Ikuti Blog ini

Betul ke ni mati sebab terjun?


SHAH ALAM, 16 Julai - Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock meninggal dunia di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.

Tidak diketahui bagaiaman beliau mati samada terjatuh atau terjun dari bangunan MACC itu.

Teoh, setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, Adun Seri Kembangan dan juga Exco Selangor, diambil dari pejabatnya di bangunan SUK Selangor dalam serbuan yang dibuat oleh SPRM ke pejabat Ean semalam.

Ketika berita ini ditulis, Ean dan beberapa pemimpin kanan DAP berada di bangunan pejabat SPRM.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam respon segeranya mempersoalkan, "Adakah ini kes pertama kematian dalam tahanan SPRM, jumlahnya akan bertambah."

p/s: TERJUN KE TERJATUH KE ATAU KENE TOLAK????TUBUHLAH SURHANJAYA SIASATAN BEBAS...SIASAT BETUL2...NI BARU SU EXCO..TAH TAH ESOK LUSA EXCO,YB,MB PULAK YANG "TERJATUH"

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .