Ikuti Blog ini

SABTU YANG MALANG?



Apakah hari Sabtu, 1 ogos ini akan menjadi hari yang paling malang bagi demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.

Gerakan Mansuhkan ISA (ISA) tetap bertegas ingin meneruskan Himpunan 100,000 secara aman walaupun pihak Polis BN telah memberikan amaran akan bertindak tegas atas alasan perhimpunan itu adalah HARAM di sisi undang-undang zalim dan tidak berperikemanusiaan Malaysia.

Mungkinkah peristiwa hitam himpunan membantah PPSMI akan diulangi malah lebih teruk lagi. Saya doakan ianya tidak berlaku sedemikian.

Pihak Polis sepatutnya mengambil pengajaran dari Himpunan BERSIH sebelum Pilihanraya Umum 2008 lalu di mana ianya berlangsung dalam suasana aman dan tenteram kerana tiadanya provokasi dari Polis. Ianya berbeza dengan himpunan PPSMI apabila rakyat yang berhimpun bertempiaran lari dan suasana kelam kabut berlaku kerana Polis melakukan provokasi dengan menembak gas pemedih mata dan air kimia pada awal himpunan lagi.

Maka saya sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan memohon jasabaik Musa Hassan agar memastikan himpunan GMI ini berlangsung dengan aman dan tenteram. Polis diharapkan dapat mengawal lalulintas dan sebagainya bagi memberikan keselesaan untuk rakyat berhimpun dan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum.

Tidak ada gunanya Polis melakukan provokasi dan bertindak kasar kerana rakyat bukannya hendak merusuh atau bertindak liar.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .