Cabaran kepada semangat demokrasi
Insiden mengejutkan kehilangan calon Pro Mahasiswa UM; Masturah Abu Bakar merupakan satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya kampus. Kehilangan Masturah dilihat sebagai "konspirasi terancang" pihak-pihak tertentu dalam menakutkan gerakan Pro Mahasiswa seterusnya menggagalkan kemenangan mereka di universiti-universiti. Apa yang akan berlaku sekiranya gerakan Pro Mahasiswa tewas? Ya. Pentadbiran universiti akan lebih mudah untuk menjalankan dasar-dasar yang menekan mahasiswa dari beraktivisme.

Mengulas insiden kehilangan Masturah, pihak pentadbiran universiti menekankan bahawa mahasiswa dilarang berkempen di luar kampus. Sekiranya berbuat demikian, mereka harus bertanggungjawab di atas tindakan yang mereka lakukan. Ini merupakan sebuah kenyataan yang sangat memalukan.
Logiknya seseorang individu itu memang bertanggungjawab atas apa yang dilakukan-tidak perlu peraturan bertulis pun kita sudah mengetahuinya. Isunya ialah - Masturah adalah seorang pelajar UM sendiri dan merupakan Calon Pro Mahasiswa yang bakal bertanding. Pihak universiti harus lebih prihatin dengan insiden yang menimpa Masturah dan bukan mengambil sikap eskapis. Ini sangat tidak profesional. Sikap acuh tidak acuh pentadbiran UM ke atas insiden yang menimpa Masturah cuma akan menjejaskan ketelusan dan kepercayaan pelajar dan masyarakat kepada institusi ulung tersebut.
Tempoh berkempen bagi pilihanraya kampus seluruh negara diperlihatkan dengan insiden-insiden buruk yang menjejaskan sistem demokrasi pilihanraya kampus. Antara lain adalah insiden mengoyak poster calon Pro Mahasiswa, membaling cat kepada kenderaan, membakar sepanduk dan sebagainya.
Apakah yang boleh diertikan dengan semua insiden ini? Ya. Mahasiswa kita cuba diterapkan dengan budaya "kebudak-budakan" dan tidak matang. Pihak lawan cuba melakukan provokasi, menakut-nakutkan calon Pro Mahasiswa; tujuan akhirnya agar calon Pro Aspirasi menang. Maka; mahasiswa sebolehnya akan dikawal dengan ketat.

Sehingga saat artikel ini ditulis, pilihanraya kampus telahpun berlangsung. Ia menyaksikan kemenangan calon-calon Pro Mahasiswa di UM, UKM, UIA dan pengaruh Pro Mahasisa mula bertapak universiti lain.
Nampaknya, gerakan mahasiswa mula mendapat momentum. Idealisme perjuangan mahasiswa harus dilaungkan. Perjuangan untuk menggangkat martabat mahasiswa perlu diperluaskan. Dan untuk hari-hari seterusnya, gerakan Pro Mahasiswa bakal menghadapi rintangan demi rintangan. Teruskan perjuangan! Ayuh ciptakan sejarah! Mantapkan agenda perubahan!

*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.