Ikuti Blog ini

Lawatan Najib rugikan 'rakyat' beribu ringgit.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/pentasrosmah.JPG-Pentas Rosmah RM250,000, peniaga rugi kerana Najib....???
KUALA TERENGGANU
- Buletinonline dimaklumkan kos pentas Pandu Puteri Turun Padang Bersama Masyarakat Nelayan, untuk program isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, adalah bernilai RM250,000.00

Program yang diadakan pada Sabtu 30 April, di Padang Astaka Seberang Pintasan, Dungun, adalah program berkembar lawatan suaminya, Presiden Umno, Najib Razak, ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir dan Bukit Tunggal.

Dengan harga pentas yang begitu mahal, Rosmah yang juga adalah Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia kini menjadikan pergerakan sukarelawan itu sebagai pergerakan elit.[Gambar kiri]

Lawatan Najib dan Rosmah itu, didakwa menyebabkan rakyat kerugian beribu-ribu ringgit.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani berkata program Rosmah itu adalah program biasa tetapi melibatkan perbelanjaan melampau.

Ia perlu ditegur kerana, katanya, dalam keadaan ekonomi serta kewangan negara yang ‘lemah’ tiba-tiba pemimpin bersikap boros.

“Saya rasa tidak seronok apabila ada sumber mengatakan kos perbelanjaan pentas sahaja hingga mencecah melebih RM200 ribu.

“Jika diambilkira semua kos perbelanjaan yang digunakan wang rakyat untuk program melibatkan isteri PM, Datin Rosmah Mansor itu boleh mencecah RM500 ribu atau RM1 juta,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, pemimpin seumpama itu tidak prihatin dengan masalah negara yang patut mengamalkan langkah berjimat-cermat.

Sementara itu, menurut Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu Ariffin Deraman, duit rakyat dikorbankan bagi melaksanakan projek-projek 'mee segera' yang dibuat kerana lawatan Najib.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/ceramahcbg3.jpgKatanya, ada satu kes, seorang 'rakyat marhaen' menjadi mangsa lawatan Najib apabila perniagaan besi buruknya di Bukit Tunggal, terpaksa dipindahkan kerana 'menyedapkan pandangan' mata Najib.

"apabila Najib datang, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu terpaksa 'punggah', tak mahu tengok besi buruk ni, terpaksa belanjakan puluhan ribu ringgit,

"siapa yang kena tanggung, tuan punya (perniagaan) tersebut terpaksa menanggung, (semata-mata) kerana Najib melawat,"ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Cabang Tiga, disini Khamis 5 Mei [Gambar kanan]

Ariffin yang ditemui selepas ceramah itu berkata, sepatutnya pemimpin datang melawat membawa kemudahan dan kesenangan kepada rakyat, namun ia jadi 'terbalik' apabila Presiden Umno datang melawat.

"Saya katakan Presiden Umno, bukan Perdana Menteri kerana bukan bendera Malaysia yang dipasang menyambut Najib, tetapi bendera-bendera Umno,

"ia menjelaskan lagi kepada rakyat, setelah lebih 50 tahun berkuasa, Umno terus menyusahkan hidup rakyat,"tegasnya.-BO


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .