Ikuti Blog ini

Panas: Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota Buat Laporan Polis Atas Keganasan Penyokong Lynas !!

KUANTAN, 31 Mei - Nampaknya, penyokong kerajaan yang dipimpin sendiri oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang sendiri, terus melakukan kekecohan dengan menggunakan "bala tenteranya" yang terdiri daripada pemuda UMNO dan NGO berkaitan untuk menggasak kumpulan Save Malaysia Stop Lynas yang mengadakan demontrasi aman di Teluk Chempedak. Tidak cukup dengan tindakan menghalau peserta demontrasi awal pagi tadi, mereka kemudiannya menggasak Saudara Andasura Rabu (foto), Timbalan Ketua PAS Indera Mahkota ketika sessi sidang media. Tanpa menghormati arahan pihak polis.

Kumpulan terbabit menyerbu sidang media Andasura yang diadakan dipintu masuk ke bilik mesyuarat Hotel Hyatt. Difahamkan Andasura berada disitu atas jemputan pihak kerajaan sendiri (MITI) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). "Ketika saya keluar dari bilik mesyuarat, waratawan sudah penuh berada di pintu masuk danmengajukan soalan. Maka saya terpaksa memberikan komen dan pandangan saya terhadap apa yang telah dibentangkan kepada pihak IAEA itu. Say bertindak profesional dan tidak menimbulkan apa-apa ketegangan sebenarnya", kata Andasura. Sekumpulan penyokong Lynas yang diketuai oleh Azmi Nasir (adik Jamal Nasir bekas ADUN Beserah) telah cuba membuat provokasi ketika sidang media belum tamat. Ini menyebabkan pihak polis yang berada di situ terpaksa meleraikan keadaan dan mengarahkan pihak terbabit beredar.

Dalam masa yang sama sekumpulan penyokong Lynas yang berada di Restoran Bistro berhampiran telah beramai-ramai meluruk ke arah Andasura. Ketika itu YB Syed Mohammad Syed Lonik juga berada disitu. Mereka kemudian ditengking dan diherdik supaya "berambus". Kumpulan itu juga memarahi pihak polis kerana membenarkan sidang media diadakan. Beberapa orang anggota FRU meluru ke kawsan terbabit dan berlaku kekecohan dan pergaduhan di situ. Kumpulan berkenaan mengarahkan Andasura beredar dari Hotel Hyatt dan tinggalkan Teluk Chempedak.


ADUN Beserah sedang dikawal oleh pihak polis ketika kekecohan tersebut

Wartawan yang menemubual Andansura selepas keluar dari Hotel Hyatt

FRU cuba mengiringi tetapi tidak pula menghalang penyokong kerajaan

Andansura membuat laporan polis di Balai Polis Beserah selepas kejadian

[Selepas episod tolak menolak berlaku, penyokong kerajaan yang seolah-olah dibiarkan oleh pihak polis cuba menggasak kumpulan Andansura yang mahu beredar dari kawasan terbabit. Sekumpulan hampir 100 orang yang diketuai oleg beberapa orang pemimpin UMNO didapati cuba melakukan provokasi, termasuk menarik dan menolak mereka. Biar pun dikawal oleh beberapa orang anggota FRU yang mengiringi mereka ke kenderaan, namunpolis dilihat tidak serius untuk mengawal keadaan sebenarnya.

Mereka sepatutnya menghalang kumpulan penyokong kerajaan daripada mengekori mereka. Malahan, mereka terus diekori sehingga ke kenderaan dan diperlakukan sewenangnya termasuk ditendang dan cuba dipecahkan cermin kenderaan. Anehnya pihak polis hanya dapat mermerhatikan dan memantau sahaja, tanpa mengarahkan penyokong bersurai. Mereka kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Beserah sebelum diarah ke IPD Kuantan untuk laporan lanjut].-PahangDaily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .