Pejabat Peguam Negara Fail Rayuan Terhadap Pembebasan Anwar
KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara, pada Jumaat memfailkan notis rayuan terhadap pembebasan dan pelepasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Apabila dihubungi Bernama, Timbalan Pendaftar Halilah Suboh mengesahkan bahawa notis itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah pada kira-kira pukul 4.30 petang. Notis itu dikatakan ditandatangani Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun.
Seorang lagi pegawai memberitahu Bernama bahawa mengikut Akta Mahkamah Keadilan 1964, hakim perbicaraan perlu mengemukakan penghakiman bertulis kepada pihak pendakwaan atau pembelaan dalam tempoh 14 hari bagi tujuan memfailkan notis rayuan.
"Setelah meneliti penghakiman bertulis itu, mereka akan membuat keputusan sama ada hendak memfailkan petisyen atau rayuan," katanya.
Hakim perbicaran Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang kini bercuti, dijangka kembali bertugas pada 25 Jan dan mengemukakan penghakiman bertulis beliau.
Pada 9 Januari, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar. Hakim Mohamad Zabidin berkata mahkamah tidak 100 peratus pasti bahawa integriti sampel DNA tidak diusik.
Beliau juga berkata mahkamah keberatan mensabitkan kesalahan Anwar semata-mata berdasarkan kenyataan Mohd Saiful yang tidak disokong dengan bukti.
Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful, 26, di kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Beliau dikenakan pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, apabila dihubungi Bernama, bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, 58, berkata dia gembira kerana Pejabat Peguam Negara memafailkan rayuan itu. - BERNAMA
Pada awalnya GB menduga Peguam Negara tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat.
Ini kerana menurut keputusan hakim, bahan bukti telah tercemar dan di dalam sebarang perbicaraan "bahan bukti" adalah kritikal - dan mahkamah tidak boleh bersandarkan penghakimannya ke atas keterangan semata-mata tanpa bukti yang sahih.
Justeru itu tiada premis untuk pihak pendakwa membuat rayuan.
Tetapi sepertimana GB nyatakan sebelum ini di Bahan DNA Tercemar. Harapan Saiful Merayu Tipis:
Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.
Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.
Perkataan yang GB tebalkan di atas menampakkan ia semacam satu kenyataan.
Ada rencana untuk mensabitkan Anwar bersalah TANPA BUKTI.
Kedua kita lihat permohonan Anwar untuk QAZAF telah dihalang di Mahkamah Syariah.
Ketiga, tiba-tiba semalam juga Mahkamah Rayuan memerintahkan peguam Karpal Singh (peguam yang terlibat secara terus di dalam kes liwat) supaya membela diri terhadap pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada sidang akhbar pada 2009. Umum meelihat ia adalah untuk menghalang Karpal dari memberikan tumpuan terhadap kes Anwar.
Justeru itu amat jelas dari hujjah di atas, ramai yang persoalkan apakah rayuan yang dikemukakan oleh Peguam Negara semalam hanya untuk memenuhi satu perancangan bagi bagi memenjarakan Anwar?
Tetapi seperti GB kemukakan juga sebelum ini di Ku Li Yakin Anwar Bakal Dipenjarakan:
Tetapi pada pandangan GB jika Anwar dipenjarakan, ia akan menyebabkan simpati dan kebangkitan rakyat, sepertimana yang berlaku di dalam PRU10 tahun 1999. Bererti UMNO akan habis jugak. Malah lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan.
Sifirnya: Anwar dipenjarakan atau tidak, UMNO tetap lingkup.
Bezanya ialah jika Anwar dipenjarakan, UMNO akan lingkup dengan lebih parah dan lebih dasyat jika Anwar tidak dipenjarakan FULLSTOP
Tragedi rampasan kuasa oleh Najib/UMNO-BN Perak bakal diulangi. Malaysia akan terus jadi perhatian dunia semula dan sebenarnya tindakan Peguam Negara itu akan menghantar UMNO BN ke pusara di dalam pilihanraya yang datang ini.