Perhimpunan yang dianggap sebagai Pra-Bersih 3.0 itu bertujuan untuk menggalakkan orang ramai untuk menghadiri perhimpunan "duduk bantah" yang dirancang di Kuala Lumpur minggu depan.
Menurut
wakil kumpulan terbabit Philip Chua, perhimpunan itu diadakan juga bagi
memberitahu orang ramai di Melaka yang tidak dapat bertolak ke Kuala
Lumpur 28 April ini supaya dapat menyertainya di Dataran Pahlawan Mall
sahaja.Philip berkata, Dataran Pahlawan Mall dipilih kerana dibina di atas tapak padang Banda Hilir yang menjadi tempat bersejarah apabila Tuanku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan sebaik pulang dari London.
"Oleh sebab itu, orang-orang di Melaka sekali lagi akan berkumpul pada tarikh tersebut bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.
"Penyokong dijemput memakai apa jenis pakaian berwarna kuning dan baju T Bersih 3.0 yang tidak diharamkan tahun ini amat dialu-alukan.
"Orang
ramai boleh memakai topi atau topi kuning, membawa payung kuning atau
memakai baju hujan kuning dengan tujuan membanjiri padang dengan suasana
kuning," katanya.Selain itu, mereka turut mengedarkan risalah mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 kepada orang ramai dan melekatkannya pada cermin kereta.
Turut hadir, ADUN kawasan Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.
Pada 28 April ini, perhimpunan menuntut pilihan raya bebas dan adil akan dilangsungkan serentak di bandar besar di seluruh negara dan di seluruh dunia. -M'kini


