Barisan Nasional (BN) berisiko kehilangan sokongan masyarakat India yang penting
bagi memenangi pilihan raya umum akan datang, selepas serangan terhadap Datuk
Ambiga Sreevasan ketahap kemuncak minggu lalu apabila ahli parlimen Umno, Datuk
Mohamad Aziz mencadangkan agar dia digantung kerana menderhaka.Akhbar-akhbar Tamil di negara ini menghebohkan berita dan analisis mengenai kenyataan di parlimen ahli parlimen Sri Gading dan ini mencerminkan populariti pemimpin gerakan reformasi pilihan raya – Bersih.
Ini menyebabkan kebimbangan pemimpin BN yang bekerja keras bagi mendapatkan kembali sokongan daripada 1.8 juta masyarakat India di negara ini, yang membentuk tujuh peratus daripada jumlah populasi penduduk dan juga pengundi.


