KALAU difikirkan, dalam ramai-ramai pimpinan Umno, Najib Razak merupakan
pemimpin yang paling terdesak untuk meraih publisiti bagi menggambarkan
dirinya seorang pemimpin yang hebat. Dalam masa yang singkat beliau
mahu rakyat percaya beliau pemimpin yang hebat.
Sebelum ini tentu anda masih ingat bagaimana beliau mengupah kartunis
menerbitkan sebuah komik yang menggambarkan dirinya sebagai "Hero"
ala-ala kartun superman. Komik itu dilaporkan telah diedarkan kepada
pelajar sekolah rendah.
Lucu melihat gelagat pemimpin nombor satu Umno ini. Macam-macam cara
beliau mahu membuatkan rakyat percaya bahawa dirinya adalah seorang
pemimpin yang hebat dan wajar disokong pada pilihanraya umum yang akan
datang.
Terbaru, salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM mendedahkan taktik
terbaru Najib untuk mengangkat dirinya sebagai pemimpin hebat. Sebuah
buku yang mengampu Najib Razak diedarkan secara percuma di kaunter kedai
buku MPH.
Buku yang mengampu Najib bertajuk "Najib, nation on his mind, people on his heart"
(Najib, negara di dalam mindanya, rakyat di dalam hatinya) itu
diedarkan secara percuma. Orang ramai digalakkan untuk mengambil lebih
dari satu buku tersebut.
Seorang pemimpin, jika benar hebat, tidak perlulah dia sendiri
mengangkat dirinya, jika benar hebat tidak perlulah terbitkan buku
mengampu dirinya sendiri dan diedarkan secara percuma, nampak sangat
terdesak.
Buat macam-macam untuk naikkan diri sendiri, tapi bila Anwar cabar
berdebat, takut! Habis punah segala propaganda menggambarkan Najib
seorang pemimpin hebat. Kalau betul hebat sahutlah cabaran Anwar
berdebat, barulah rakyat boleh menilai kehebatan beliau, sama ada
realiti atau fantasi.
ReJaM© "Ini namanya masuk bakul angkat sendiri... "