Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada
13 Januari 2013 telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin
Mat Isa sebagai anggotanya. Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau
sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugur atau memecat beliau
daripada parti PAS.
Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati
telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah
ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak
tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah,
di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat
oleh parti. Antaranya tidak
hadir mesyuarat.
Sebagai ahli parti beliau seharusnya mengambil kira peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh parti. Lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi orang nombor dua dalam PAS. Dalam beberapa keadaan tindak tanduk dan gelagat bekas Timbalan Presiden PAS ini telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti dan ianya boleh merugikan PAS. Andainya dia istiqomah dalam berjamaah pasti dia tahu menjaga adab berjamaah.
Ustaz Nasha bukannya di pecat atau digugurkan sebagai ahli PAS, ia cuma digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS sahaja. Jawatan
dalam Majlis Syura adalah lantikan bukan
pertandingan jadi istilah di pecat tidak timbul. Mana-mana parti dan
pertubuhan ahlinya terikat dengan peraturan soal gugur dan pecat kerana
melanggar peraturan adalah perkara biasa.
Sebagai ahli PAS dan Ahli Parlimen Ustaz
Nasha tentunya tahu adab dan peraturan berparti dan berorganisasi. Apa
pun parti politik yang Ustaz Nasha sertai semuanya ada peraturan dan
ahlinya mesti mematuhi peraturan, ini adalah jamaah. Mungkin dalam
sesetengah perkara Ustaz Nasha bertujuan baik tetapi dia tidak boleh
sewenang-wenang boleh melanggar
peraturan parti. Dia boleh berbincang dengan pemimpin Parti dan boleh
mengemukakan pendapat dalam Majlis Syura yang dia juga ahlinya.
Mereka yang menjadi ahli Majlis Syura
bukan calang-calang orang, tentunya telah mengambil kira semua perkara
sebelum mengambil tindakan untuk menggugurkanya.
Cuma yang aneh dan peliknya dalam isu pengguguran Ustaz Nasha ini tetiba sahaja pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri yang beria-ia sangat membela Ustaz Nasha. Dalam UMNO sendiri pun ramai ahlinya yang di gugur dan di pecat kerana melanggar peraturan parti tapi tiada pembelaan seperti Ustaz Nasha. Sedangkan ustaz Nasha masih lagi ahli PAS.
Terkini bila Ahli UMNO Pasir Gudang menutup bilik gerakan masing-masing dengan alasan kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk Abdul Ghani Othman. Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan telah memberi amaran kepada pemimpin akar umbi dengan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap ahli UMNO yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan raya umum akan datang.
"Pada sesiapa yang membuat kerja memboikot begini, mereka akan diambil tindakan. Kita akan ambil tindakan keras.
"Saya ulangi, kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada tempat untuk mereka dalam UMNO, pergilah cari NGO lain.
Ini baru tutup bilek gerakan sudah diberi amaran sebegitu. Kalau ada ahlinya macam Ustaz Nasha adakah Presiden UMNO dan Timbalannya akan mempertahankanya. Ini baru yang aneh namanya. UMNO juga seperti parti lain ada peraturan, mana-mana ahli parti yang melakukan kesalahan boleh di ambil tindakan. Semua parti ada peraturan yang telah ditetapkan kepada ahlinya.
Jika Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri serta Pemimpin UMNO merasakan Ustaz Nasha ini boleh
membawa untung kepada UMNO dan BN mengapa tidak di jemput Ustaz Nasha
untuk menyertai UMNO atau mungkin juga boleh diumumkan ia bakal calun BN
bagi kawasan Parlimennya sekarang. Mana tahu pengalaman dan nama yang
ada pada Ustaz Nasha boleh memperkukuhan UMNO dan BN di saat PRU13 tidak
lama lagi.
Ini lah baru namanya membela, Bukan hanya sekadar cakap dan buat kenyatan-kenyataan yang pelik dan aneh seperti dibawah ini.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa
pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena
mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke
Gaza. Terus baca DISINI
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan
pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai
satu tindakan yang aneh.Terus baca DISINI
PAS perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu,
Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan
pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan
Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS. Teruskan baca DISINI
Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS. Teruskan baca DISINI
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat
Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya
daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.
Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden Pas itu masih mempunyai pengaruh yang kuat. Teruskan baca DISINI